Anda di halaman 1dari 1

Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera


melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan
dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu
menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal
pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

Memperkenalkan undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan
pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh,
industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber
merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap.
Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

Penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa


elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan
sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi.
Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam
sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan
seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses
yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar
pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.
panduanmalaysia.com

Anda mungkin juga menyukai