Anda di halaman 1dari 8

Ciri-ciri Insan Bermoral.

Seseorang insan bermoral adalah seseorang yang memahami keperluan


untuk memenuhi peraturan dalam masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhi tanpa
berfikir.

PE
RA
TU
RA
N
MA
SY
AR
AK
AT
Peraturan menjimatkan tenaga dan masa manusia daripada terpaksa sentiasa
berfikir bagaimana mereka sendiri mesti berkelakuan.
Selain peraturan masyarakat, satu lagi kandungan etika yang penting
ialahkeperibadian mulia. Insan moral mempunyai keperibadian yang baik dan
mengamalkankesederhanaan (mengikuti jalan tengah ) dan boleh dipuji.
KEPERIBADIAN MULIA
Insan moral merupakan seorang insan yang menganggap perasaan,
keperluan dan kepentingan orang lain sama pentingnya dengan perasaan,
keperluan dan kepentingan sendiri. Penerimaan perasaan, hak-hak dan
keperluan-keperluan orang lain dari segi emosi merupakan satu sikap emosi
terhadap tingkap laku moral.
Seseorang bermoral perlu mempunyai fahaman mengenai dirinya sendiri dan
telah memperolehi keinsafan sendiri, iaitu mengetahui kelemahan-kelemahan
serta kekuatan-kekuatan tentang dirinya. Dia juga adalah seorang yang sihat

dari segi fisiologi dan emosi.


Seseorang yang bermoral berupaya membuat keputusan secara
rasional (berdasarkan konsep, prinsip serta hukum), sejagat (berdasarkan
keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan dan hak seseorang individu)
dan preskriptif (berdasarkan keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan dan hak
seseorang individu). Orang yang bermoral dapat bertindak secara terkawal dan
tidaklah keterlaluan serta mempunyai fikiran waras serta berupaya untuk
meletakkan had-had tertentu bagi satu-satu tindakan yang melampau.
Tindakan bermoral berdasarkan autonomi atau kebebasan. Insan moral harus
bertindak asalkan tidak melanggar batas-batas peraturan dan undang-undang
yang ditentukan oleh keluarga, komuniti, masyarakat dan negara. Orang
bermoral seharusnya menonjolkan keadilan dari segi perlakuan, peraturan serta
membuat keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah.
CIRI-CIRI SEORANG YANG BERMORAL
Orang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:

Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.

Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam


pergaulan dengan orang lain.

Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui


kesilapan dan kelemahan sendiri

Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati dan ini termasuk


menghormati:

Raja dan negara.

Orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran.

Ibu-bapa.

Hak asasi manusia.

Kepercayaan dan adat resam pelbagain kaum.

Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu.

Undang-undang.

Maruah diri.

Kejujuran juga merupakan salah satu sifat insan moral. Kejujuran adalah sikap
dan perlakuan yang membayangkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan. Insan moral juga mengandungi sifat-sifat lain
selain apa yang dinyatakan yang akan memanfaatkan diri sendiri dan orangorang di sekelilingnya.

Peranan Guru Dalam Pembentukan Insan Bermoral.

Guru merupakan agen utama dalam melahirkan insan bermoral dan


berakhlak mulia. Peranan guru sebagai pendidik bagi membentuk generasi yang
bermoral pada masa sekarang dan masa akan datang adalah sangat penting. Di
mana guru bukan saja menyampaikan ilmu tetapi membentuk insan yang
berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan spiritual. Guru
berperanan memberi bantuan dan semangat, memerhati dan membentuk sahsiah
yang murni dan mendisiplinkan pelajar-pelajar supaya patuh terhadap peraturanperaturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat.
Antara peranan yang dapat dimainkan oleh guru dalam membentuk peribadi
dan melahirkan pelajar yang bermoral, ianya boleh dilihat dari lima peranan penting
seperti yang berikut :
1. Menyampaikan ilmu (Muallim). Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini

akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru
berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam
proses melahirkan insan yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan
pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam
menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini bersesuaian dengan dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia yang menekankan nilai-nilai murni merentasi kurikulum
(Saharudin, 2008:10).

2. Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah (Murabbi). Guru sejati, guru


cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiyah.
Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada bolah
membaca sehingga menjadi pemimpin Negara. Guru Murabbi adalah guru segalagalanya. Oleh yang demikian, guru seharusnya sentiasa peka kepada perubahan.
Perubahan yang berkaitan dengan profesionnya dan juga perubahan lain yang
berlaku di sekelilingnya. Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul
tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan
kepada murid-muridnya. Guru Murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang
mulia. Beliau menjadikan sekolah sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa
memerangi kejahilan, kebodohan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya
(Saharudin, 2008:10).

3. Memperkembangkan kemahiran (Mudarris). Guru-guru berperanan untuk


memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran
dalaman guru menurut Ranjit Singh Malhi dalam bukunya, Success depends on
Teachers memberi ulasan kepada PIPP yang merangkumi empat aspek utama iaitu;
kemahiran sikap

peribadi (personal

attributes), kemahiran

penampilan

diri

(interpersonal), kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat


keputusan.
Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh
kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan
orang-orang lain serta persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai
kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi, seperti tidak mengaitkan
apa-apa yang boleh menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan katakata kesat dan menghina mereka (Saharudin, 2008:10).
Kemahiran

penampilan

diri

(interpersonal)

pula

berkaitan

kemahiran

seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran
melibatkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan lain
perkataan kemahiran menggunakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran
atau pedagogi pengajaran. Contohnya, guru seharusnya mempunyai kemahiran
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai

dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan, sekiranya guru menggunakan peralatan bantu
mengajar terkini seperti komputer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari
internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi
untuk mewujudkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk
mewujudkan sumber pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi
nasional (Saharudin, 2008:10).

4. Mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib). Selaras dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan
yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani
(JERI). Guru muaddib adalah guru yang menganjarkan adab dan budi pekerti.
Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap
yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan
masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya
berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh Allah (Tuhan sekalian Alam) seperti
firmannya amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa
yang kamu tidak berjalan (Surah Ash-Shaff ayat 3).
Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti
mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada
seseorang guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat
yang demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru
yang muaddib akan memandang ke hadapan dan tidak mudah menyerah kalah.
Guru seperti ini sentiasa berfikir Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan
keluar mengikut pintu lain atau saya akan buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu
akan menjadi, sama ada dalam gelap atau dalam terang. Sikap inilah yang boleh
menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu
dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang (Saharudin, 2008:11).

5. Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid). Guru adalah


pemimpin bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak Usman

Awang, beliau menyatakan, jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, jika hari
ini seorang raja menaiki tahta, jika hari ini seorang presiden sebuah Negara,
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Tugas membentuk kepimpinan
insan merupakan yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu
guru. Dilihat dari sejarah kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya seorang guru dan
para pemimpin mendapat didikan dari guru. Oleh yang demikian, sejarah
membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpin dan membentuk kepimpinan
insaniah (Saharudin, 2008:11).

Antara contoh yang boleh ditunjukkan di sini di mana seorang guru boleh
memainkan peranan penting sebagai Muallim, Murabbi, Mudarris, Muaddib dan
Mursyid. Contohnya, salah satu perkembangan diri iaitu nilai keyakinan wujudnya
Tuhan. Guru sebagai Muallim iaitu orang yang berpengetahuan akan memainkan
peranan menerapkan nilai tersebut ke dalam diri murid supaya meyakini kewujudan
Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Sebagai
Muallim, adalah penting menekankan kepentingan berpegangan kepada agama
sebagai pedoman hidup yang juga merupakan tuntutan semua agama dan
tanggungjawab bersama mengamalkannya. Penerapan amalan baik dituntut oleh
setiap agama seperti bermaaf-maafan dan bersyukur.
Di sinilah guru akan memainkan peranan, bukan sahaja sebagai Muallim
tetapi juga Murabbi iaitu memainkan peranan sebagai menjayakan proses
pendidikan. Sebagai Murabbi, guru perlu menggalakkan murid-murid mengamal dan
menghayati cara hidup mengikut tuntutan agama masing-masingi seperti bagi
agama Kristian pergi ke gereja, Buddha ke tokong manakala Hindu ke kuil untuk
beribadah dan berdoa.
Manakala guru sebagai Mudarris iaitu memperkembangkan kemahiran
dengan cara mengadakan perbincangan tentang amalan baik mengikut ajaran
agama masing-masing. Melalui perbincangan ini, murid-murid akan mengutarakan
cara mereka mengamalkan agama masing-masing dan menceritakan keseronokan
mereka ketika menyambut perayaan agama mereka. Guru sebagai Mudarris akan
menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti kumpulan dengan aktif, di mana

secara tidak langsung ianya meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka serta


menunjukkan kemahiran interpersonal mereka.
Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai
Muaddib iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru
mewujudkan situasi perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid
memainkan peranan sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk
beraya bersama-sama. Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi
mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi pekerti
melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main
peranan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan
agar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.
Dengan terlaksananya perbincangan dalam kumpulan dan aktivit main
peranan ini, maka guru telah berjaya memainkan peranan sebagai Mursyid iaitu
melahirkan murid yang akan memimpin ahli keluarga supaya wujud keharmonian
dan kesejahteraan dalam diri, keluarga dan Negara. Maka akan terlahirlah muridmurid yang bermoral seterusnya membentuk generasi yang berkualiti dan
berwawasan.
Dalam membentuk pelajar yang bermoral, cemerlang dan gemilang di masa
kini, dan masa hadapan, tindakan tersebut hendaklah dilakukan bermula daripada
awal. Ini bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya.
Adalah sangat penting, peranan yang dimainkan oleh seorang guru sebagai
(Muallim), Murabbi, Muaddib, Mursyid dan Mudarris dalam pembentukan generasi
pelajar yang bermoral pada masa akan datang selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak
mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

RUJUKAN :
Peranan-guru-dalam-membentuk-generasi Atas talian
http://nroslan1.blogspot.com/2009/07/html
Peranan guru Pendidikan Moral di sekolah. Atas talian
http://www.scribd.com/doc/

Anda mungkin juga menyukai