Aliran Pemikiran Islam Semasa - Faridsahran PDF
Aliran Pemikiran Islam Semasa - Faridsahran PDF
Powered by Joomla!
kalangan masyarakat Islam agar mereka dapat menyesuaikan diri dan bersaing dengan dunia moden yang dipelopori
oleh Barat. Kadangkala mereka menggunakan istilah liberalisasi dan emansipasi bagi menunjukkan bahawa masyarakat
Islam sedang terbelenggu dengan ikatan tradisi dan ortodoks. Matlamat aliran ini ialah untuk menjustifikasi pendekatan
moden dengan ajaran Islam. Aliran yang lebih bersifat intelektual ini timbul di peringkat awal dengan kemunculan
pelbagai penulisan dalam pelbagai bidang yang fokusnya untuk mentafsir kembali ajaran-ajaran Islam tradisi seperti
tulisan Afghani mengenai peranan dan fungsi agama, tafsir moden Muhammad ‘Abduh, analisa Shibli
Nu’mani dan Ameer Ali menganai sejarah Islam, tulisan Qasim Amin mengenai pembebasan wanita dan kajian
semula Ali Abd Raziq mengenai teori politik Islam. Secara umumnya pendekatan mereka diwarnai dengan penerimaan
Barat sebagai mercu ketamadunan dunia dan usaha untuk pembentukan semula pemikiran dan metodologi Islam agar
sesuai dengan piawai yang ditentukan oleh Barat.[4]
Sementara bentuk yang kedua agak bertentangan dengan pendekatan pertama iaitu lebih menunjukkan penolakan
terhadap barat. Penekanan mereka ialah untuk pembersihan semula ajaran-ajaran Islam. Reaksi ini timbul dengan
premis bahawa umat Islam telah lari dari ajaran yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan generasi awal.
Dengan tujuan mengembalikan masyarakat Islam kepada Islam yang sebenar, mereka mengkritik tafsiran-tafsiran ulama
tradisi yang telah membawa umat kepada belenggu taqlid. Dengan pendekatan aktivis dan politikal, aliran ini menolak
sistem yang dibawa oleh Barat dan berusaha ke arah pembentukan model dan sistem hidup Islam yang tersendiri
dengan membawa motto penting ‘Islam sebagai Cara Hidup’. Kebangkitan aliran ini ditandai dengan
kemunculan tokoh-tokoh gerakan Islam seperti Hasan al-banna, Syed Qutb, al-Maududi, Mustafa Siba’i dan
Abbas Madani. Berbanding dengan aliran modenis yang pertama, aliran yang selalunya digelar oleh kebanyakan
Orientalis sebagai fundamentalis atau revivalis[5], bermula dengan kelahiran Ikhwan al-Muslimin pada 1928. Matlamat
utama aliran ini ialah untuk membina semula sistem kehidupan Islam sebagai satu tentangan kepada sistem sekular
Barat melalui insitusi sosial dan politik. Pengaruh aliran ini begitu meluas dan dapat dilihat melalui penyebarannya
diseluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan Indonesia dengan penubuhan pelbagai gerakan Islam dan parti politik.
Kedua-dua aliran di atas walaupun dapat ditelusuri dari punca sejarah yang sama terutama sekali semangat tajdid yang
dibawa oleh Muhammad Abduh, akan tetapi mempunyai pendekatan yang bertentangan dan kadangkala berseteru.
Yang pertama lebih cenderung kepada Barat sementara yang kedua bersikap keras terhadap Barat.
Walaubagaimanapun mereka berkongsi pendekatan yang sama dari segi bersikap kritis dan kadangkala keras terhadap
tradisi tetapi dengan tujuan yang berbeza. Yang pertama bersikap kritis terhadap tradisi kerana bagi mereka tradisi Islam
menjadi penghalang kepada kemajuan dan kemodenan masyarakat Islam sementara yang aliran kedua bersikap kritis
terhadap tradisi kerana mereka merasakan banyak perkara yang perlu dibersihkan terutama penambahan-penambahan
yang dibuat dalam agama.
Isu utama dalam Aliran Moden
Antara isu utama dalam wacana golongan modenis ialah isu perubahan dalam agama yang juga dikenali sebagai debat
tradisi dan kemodenan (al-turath wa al-hadathah). Apakah perkara-perkara yang dianggap kekal dalam agama dan
apakah perkara yang berubah dan anjal? Apakah peranan konteks sosial dan sejarah dalam menentukan dogma dan
nilai-nilai agama? Adakah semua yang diwarisi oleh masyarakat Islam dari segi ibadah, akidah, nilai dan sistem
pemikiran bersifat kekal dan tidak boleh berubah? Golongan modenis sudah pasti menganjurkan perlunya perubahan
dalam beberapa aspek doktrinal dan amalan dalam Islam. Untuk itu ‘tradisi’ iaitu tafsiran yang diberikan
oleh ulama-ulama tradisi telah menjadi kritikan utama golongan ini. Hujah utamanya ialah memandangkan Islam
bersesuaian dengan setiap masa dan tempat, ia perlu mampu menyesuaikan dirinya dengan ilmu-ilmu moden. Kepada
golongan modenis, sekiranya ada pertentangan antara kemodenan dan Islam, bukan kita perlu menolak Islam akan
tetapi mentafsirkan ajaran Islam bersesuaian dengan kemodenan.
Modenis Muslim juga berpegang kepada premis bahawa ada perbezaan antara Islam yang sebenar dengan Islam yang
ditafsirkan oleh ulama-ulama tradisi. Memandangkan sebahagaian besar Shari’ah adalah berdasarkan
pentafsiran ulama-ulama tradisi, ia tidak boleh dianggap tegar dan tidak boleh berubah. Oleh kerana itu Shari’ah
perlu sentiasa dibuka kepada pentafsiran baru bagi membolehkan ia sentiasa dinamik dan bersesuaian dengan keadaan
semasa. Dengan itu juga pintu ijtihad perlu sentiasa dibuka. Antara isu yang lebih khusus dibahaskan ialah:
i)
Powered by Joomla!
Powered by Joomla!
Powered by Joomla!
Tradisi keagamaan Islam sejak dahulu berasaskan ilmu. Para ulama silam telah membina kerangka besar Ilmu Islam
yang sentiasa perlu dipelajari, dikaji dan di nilai dengan wajar. Oleh itu, khazanah ilmu mereka seharusnya di dekati
dengan penuh rendah diri dan hormat walaupun dengan pendekatan yang kritis, bukan dengan mengenepikan atau
meninggalkan mereka. Konsep ‘adab’ inilah yang menjadi antara ciri utama tradisi ilmu Islam yang tidak
terdapat dalam tradisi Barat. Oleh yang demikian tugas para reformis Islam sebenarnya adalah lebih berat dan
memerlukan jihad intelektual yang besar.
4. Kekeliruan Islam Liberal
Kekeliruan yang telah dibawa oleh kelompok Islam Liberal bukan sahaja dari segi menisbikan pentafsiran agama yang
telah mantap dibina oleh ulama-ulama terdahulu, akan tetapi yang lebih bahaya, mereka telah membuka ruang tanpa
had untuk semua semua jenis pentafsiran masuk dan bertindak sebagai wibawa dalam pentafsiran agama. Atas premis
tajdid dan pembebasan bersuara, pandangan-pandangan terpencil yang dibangkitkan oleh firqah-firqah tertentu dalam
sejarah Islam yang telahpun dijawab dengan tuntas oleh ulama-ulama berwibawa Islam dan telah mantap
diijma’kan seperti isu penciptaan al-Qur’an (khalq al-Qur’an), isu aurat dan murtad, ingin
dibangkitkan kembali dengan hujah yang mengelirukan. Hasilnya ialah masyarakat Islam telah dididik dengan asas-asas
agama yang mantap dan meyakinkan kembali keliru dan goyah akidahnya Kita tidak nafikan bahawa Islam merupakan
agama pembebasan. Islam datang dengan misi istiqlal dan hurriyyah untuk membebaskan manusia dari pengabdian
jahiliyyah sesama manusia kepada pengabdian yang tulus kepada Allah seperti yang di sebut olah al-Qur’an,
“Tidak aku jadikan manusia dan jinn semata-mata untuk beribadat kepadaku”. Akan tetapi kebebasan
yang dianjur oleh Islam bukan dengan cara merungkaikan apa yang telah disusun rapi olah agama menerusi pentafsiran
yang berwibawa oleh ulama-ulama silam. Tajdid dalam Islam mesti bersifat islahi iaitu pembebasan dari keburukan
kepada kebaikan. Kita tidak mahu menjadi seperti golongan yang diistilah oleh al-Qur’an sebagai yang membuat
fasad akan tetapi menyangka mereka membuat islah “Apabila disebut kepada meraka ‘Jangan kamu
membuat kerosakan di atas muka bumi. Lantas mereka menjawab, sesungguhnya kami membuat kebaikan. Ingatlah
sesungguhnya mereka adalah orang yang membuat fasad akan tetapi mereka tidak menyedari. (al-Baqarah,
2:11,12 Dalam sejarah Islam juga, seperti yang telah disebut, tidak ada yang dinamakan kelompok otoritarian agama
atau clergy yang mendominasi secara sakral kewibawaan agama sebagaimana yang terjadi terhadap masyarakat
Kristian sehingga menjustifikasi gerakan pembebasan yg dilakukan oleh kelompok reformis seperti Lutherian dan
Calvinian. Dalam Islam, asas utama dalam pentafsiran agama ialah asas ilmu yang mendalam terutama dalam bidang
agama dan bidang-bidang yang berkaitan. Dengan itu, ijtihad bukan monopoli totok kelompok agama dan bukan juga
hak semua individu. Ia berkait rapat dengan kewibawaan ilmu mereka yang melaksanakan ijtihad atau pentafsiran
agama. Demikianlah ulama dalam Islam dihormati kerana kewibawaan ilmunya dan bukan kesakralan posisinya. Oleh itu,
saranan kita ialah kelompok Islam liberal tidak perlu terlalu ghairah dalam membawa masuk isu-isu palsu (pseudoproblems) ke dalam wacana pemikiran Islam. Mungkin apa yang lebih wajar dilakukan ialah bersikap lebih
tawadu’ terhadap ilmu dengan menuntut ilmu dan mempertingkatkan kewibawaoan ilmiah.
Kesimpulan
Berdasarkan pandangan di atas, kita ingin menganjurkan bahawa tajdid atau islah dalam Islam boleh datang dalam dua
makna; pertama membawa pentafsiran yang segar dalam hal-hal keagamaan. Yang kedua, membawa kembali
kefahaman umat Islam kepada pemikiran tradisi ulama silam sebelum mempersembahkannya dengan pendekatan yang
baru. Yang kedua ternyata lebih berat dan memerlukan usaha yang lebih intensif dari para pemikir modenIslam. Ini juga
bermakna usaha yang lebih serius perlu diambil oleh para ulama, intelektual dan reformis Islam kini untuk menggali
semula dan mengkaji kekayaan tradidi keilmuan Islam.
Apa Seterusnya? Pelan Tindakan
Adalah menjadi satu sumbangan yang lebih besar kepada agama dan masyarakat Islam secara keseluruhannya
sekiranya para ulama dan pemikir Islam kini dapat mencetuskan satu sistesis antara usaha untuk membawa
pembaharuan dalam masyarakat dan usaha untuk melakukan kajian semula yang mendalam terhadap tradisi Islam.
Berikut adalah cadangan praktikal yang mugkin dapat dilakukan oleh kelompok ulama atau intelektual moden bagi
memastikan matlamat tersebut tercapai:
i)
Menerbitkan siri buletin berkala dan konsisten yang memperkenalkan idea-idea besar ulama silam dan juga moden
ii)
Menganjurkan seminar dan diskusi ilmu yang serius dalam membahaskan isu-isu penting berkaitan tradisi dan
kemodenan tanpa mempertentangkan kedua-duanya.
iii)
iv)
Menganjurkan kursus-kursus membaca teks-teks penting dalam tradisi Islam di pelbagai bidang keagamaan.
Mengedit serta menterjemah karya-karya agung sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
NOTA KAKI [1] Dibentang dalam ‘Seminar Islam dan Cabaran Semasa 2005’ anjuran Persatuan Ulama
Malaysia (PUM) pada 16 Julai 2005 di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson.
http://www.mindamadani.my
Powered by Joomla!
[2] Seyyed Hossein Nasr, Traditional Islam in the Modern World (Kuala Lumpur:Foundation of Tradisional Studies, 1988),
97.
[3] Untuk penjelasan lanjut mengenai aliran modenisme Islam, lihat Fazlur Rahman, Islam, edisi 2 (Chicago:University of
Chicago Press,1979), 212-34; Mazheruddin Siddiqi, Modern Reformist Thought in the Muslim World (New Delhi: Adam
Publishers and Distributors, 1993); Maryam Jameelah, Islam and Modernism (Lahore:Muhammad Yusuf Khan,1977);
Seyyed Hossein Nasr, Tradional Islam in the Modern World(Kuala Lumpur:Foundation for Traditional Studies,1987),75115; Mansoor Moaddel, Kamran Talattof, Contemporary Debates In Islam:An Anthology of Modernist and Fundamental
Thought (London:MacMillan Press, 2000) Mansoor Moaddel, Kamran Talattof, Contemporary Debates In Islam:An
Anthology of Modernist and Fundamental Thought (London:MacMillan Press, 2000).
[4] Mansoor Moaddel, Kamran Talattof, Contemporary Debates In Islam:An Anthology of Modernist and Fundamental
Thought (London:MacMillan Press, 2000),p.3-4.
[5] Contemporary Debates In Islam, 6; Rahman, Islam, 222.
[6] Lebih lanjut mengenai debat Liberal Islam, lihat Adnin Armas, Pengaruh Kristen-Orientalis terhadap Islam
Liberal:Dialog Interaktif dengan Jaringan Islam Liberal (Jakarta:Gema Insani Press,2003).
[7] Buku Charles Kurzman, Liberal Islam: A Source Book (Oxford University Press,1998) merupakan buku yang menjadi
asas perbahasan Islam Liberal.
[8] Untuk pandangan Yusuf al-Qardhawi mengenai Kemodenan dan Tradisi , lihat karya beliau al-Thaqafah al‘Arabiyyah bayna al-Asalah wa al-Mu’asirah, terjemehan Ahmad Nuryadi Asmawi di bawah tajuk Wawasan
Islam:Antara Keaslian dan Kemodenan (Selangor:Thinker’s Library,1996).
[9] Mohammad Nasih, Memahami Konsep Islam Liberal, Jaringan Islam Liberal,
http://www.islamlib.com/id/page.php?page=article
[10] Lihat perbahasan mengenai asas-asas Islam Liberal di Indonesia dalam hhtp://islamlib.com/REDAKSI/tentang.html
[11] Ibid.
[12] Ibid.
[13] Ibid.
[14] Mazheruddin Siddiqi, Modern Reformist Thought in the Muslim World (New Delhi: Adam Publishers and Distributors,
1993), 1-2; Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism (Kuala Lumpur:ISTAC,1993),33-7. Lihat penjelasan
lanjut Prof. al-Attas mengenai sejarah sekularisasi di Barat dan hubungannya dengan modenisme dalam karya ini.
[15] Robert B.Pippin, Modernism as a Philosophical Problem (Oxford:Blackwell,1991), p.17.
http://www.mindamadani.my
Powered by Joomla!