Anda di halaman 1dari 3

KESELAMATAN DI JALAN RAYA

Hadirin yang dihormati,


Kita boleh mengelakkan kemalangan jalan raya di negara kita
dengan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang
ditetapkan. Salah satu peraturan penting yang wajib dipatuhi
oleh pengguna-pengguna jalanraya ialah mematuhi lampu
isyarat yang disediakan. Sekiranya lampu isyarat berwarna
merah, pemandu yang sedang memandu di laluan tersebut
mestilah memberhentikan kenderaannya. Seandainya
pemandu melanggar peraturan ini, kemalangan pasti berlaku.
Di samping itu, peraturan yang sama pentingnya dengan lampu
isyarat ialah pemanduan di jalanraya yang sebok. Para
pemandu kenderaan mestilah berhati-hati ketika memandu
kenderaan di jalan sebegini. Elakkan memotong kenderaan di
hadapan sewaktu kenderaan banyak di jalanraya. Kecuaian
sebegini boleh mengakibatkan kemalangan yang dahsyat dan
menyebabkan banyak nyawa terkorban.
Salah satu dari kes-kes kemalangan yang sering terjadi di
jalanraya adalah akibat dari kecuaian dan kelalaian pemandu
kenderaan sendiri. Para pemandu sering terlupa untuk
menutup pintu dan tingkap kenderaan dengan rapat dan
menguncinya sebelum memulakan perjalanan. Berbagai
kejadian yang tidak diingini boleh berlaku seperti peragut-

peragut ingin meragut beg dan barang-barang yang sudah


tentu mudah dicapai oleh mereka. Apabila keadaan ini terjadi,
pemandu kenderaan itu pasti tidak dapat menumpukan
perhatiannya dan akan memandu di dalam keadaan yang
berbahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu,
pastikanlah tingkap dan pintu kenderaan ditutup rapat dan
dikunci dengan betul sebelum memulakan perjalanan.
Seterusnya, para pemandu sebagai pengguna jalan raya
mestilah sentiasa menumpukan sepenuh perhatian sewaktu
memandu. Para pemandu mesti sentiasa memerhatikan papanpapan tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh
kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di
jalan raya. Di samping itu juga, segala masalah dan perkara
yang tidak sepatutnya difikirkan ketika memandu hendaklah
dilupakan seketika agar pemandu dapat memandu dengan
selesa dan selamat. Ini adalah penting agar sebarang
kecelakaan di jalan raya dapat dielakkan.

Hadirin yang saya hormati,


Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya yang berlaku tidak
diimpikan oleh setiap orang. Bak kata pepatah, pandu cermat
jiwa selamat. Para pengguna jalanraya mesti sedar akan
tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya.

Kempen-

kempen keselamatan jalan raya oleh pihak-pihak tertentu


seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis trafik dan agensi-

agensi kerajaan yang lain hendaklah selalu diadakan demi


memastikan keselamatan para pengguna jalan raya dan
mengelakkan kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa
dan harta benda.

Anda mungkin juga menyukai