Anda di halaman 1dari 4

1

Cara
terindah
untuk mati .

Jenis jenis kematian .

June 22, 2015(mutu qabla an tamutu )


perkataan mati disebut dua kali bagi
menunjukkan terdapat dua proses kematian .
kematian pada perkataan tamutu adalah
kematian alami seperti yang dijelaskan
sebelum ini . sebelumnya pada perkataan
mutu adalah kematian yang bersifat
maknawi iatu kematian nafsu atau kematian
kemahuan .

Selain kematian nafsu, terdapat juga jenis


kematian yang lain . contohnya , kematian
suri , kematian kecil , dan kematian hakiki .
atau kematian yang sebenar kerana kematian
jenis ini begini banyak dialami oleh manusia .
namun begitu banyak , hanya sedikit
manusia yang mahu menyedarinya

Kematian alami

Kematian alami (Al mautu at thabi i )


ialah kematian yang terjadi kepada semua
manusia iaitu roh dan jasad terpisah
sehingga tiada lagi tanda tanda kehidupan
seperti denyutan nadi dan degepun jantung
dalam jasad manusia . kematian ini terjadi
apabila berakhirnya usia individu di dunia
dengan sebab sebab yang allah tetapkan .
antaranya adalah sakit , kemalangan , tua ,
dan lain -lain .

Ulama tersohor iaitu muhyiddin bin arabi dan


ilmuwan tasawuf islam lain berpendapat ,
sebenarnya kematian alami ( al mautu al
thabi I ) ini adalah sebagai cara kembali ke
allah secara terpaksa ( ruju idtirari ) . semua
mahluk pasti mengalami kematian jenis Ini
sua ataupun tidak , rela ataupun terpaksa
(sou an wa karhan ) , bersedia ataupun
tidak , dan disedari ataupun tidak .
Dalam perjalanan kembali kepada allah
,kematian adalah satu episod sahaja selepas

episod kehidupan di dunia ini . episode ini


adalah antara episodalam barzakh iaitu
tempat penantian yang terbentang di antara
dunia dan akhirat . ini bermakna , pada
hakikatnya kematian adalah kematian yang
baru dengan peraturan dan peristiwa yang
baru .

contohnya , dalam dunia , jauhnya Perjalanan


hidup kita dikira dikira dengan umur yang
diberikan nya . manakala kehidupan di alam
barzakh , lamanya proses perjalanan dihitung
daripada jumlah dan kualiti amal ibadah kita
serta dosa dosa yang ernah dilakukan
semasa hidup di muka bumi . ada manusia
berasa seolah olah masa penantiannya di
alam barzakh terlalu panjang dan meletihkan
kerana dosa dosa yang dilakukan . ada juga
yang erasa seolah olah baru terbangun
daripada tudur nyenyak pada waktu siang
sebagaimana tidurnya pemuda ashabul kahfi
di dalam gua .

sardudin al qunawi , iaitu pelajar kepada


muhyiddi bin arabi berkata perlu diketahui ,
seoga allah monolongmu daripada kegelapan
dunia fana Ini . sebenarnya, roh manusia
diciptakan demi kehidupan abadi . menurut
wahyu ilahi , kesaksian para nabi , para
kekasihnya , dan penjelasan para ilmuwan
serta golongan arif billah iaitu mengenali
allah , roh tidak pernah binasa dan terhapus .

Anda mungkin juga menyukai