Anda di halaman 1dari 44

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Isi Kandungan
1.0

Sinopsis...........................................................................................................................2

2.0

Pendahuluan....................................................................................................................2

3.0

Definisi, Konsep dan Istilah Zakat..................................................................................3

4.0

Kandungan dan Perbincangan.........................................................................................4

4.1 Zakat Harta...........................................................................................................................4


4.1.1

Zakat Penternakan....................................................................................................4

4.1.2

Zakat Emas dan Perak............................................................................................11

4.1.3

Zakat Perniagaan....................................................................................................14

4.1.4

Zakat Pertanian......................................................................................................17

4.1.5

Zakat Madu dan Produk Haiwan...........................................................................20

4.1.6

Zakat Barang Tambang dan Hasil Laut.................................................................22

4.1.7

Zakat Pelaburan Kilang, Bangunan dan Lain-lain.................................................24

4.1.8

Zakat Pendapatan...................................................................................................27

4.1.9

Zakat Saham dan Sekuriti Kewangan....................................................................30

4.2

Zakat Fitrah...................................................................................................................32

4.2.1

Hikmah disyariatkan Zakat Fitrah.........................................................................32

4.2.2

Golongan Wajib Membayar Zakat.........................................................................33

4.2.3

Jenis Zakat Fitrah...................................................................................................36

4.2.4

Jumlah Zakat Fitrah...............................................................................................38

4.2.5

Waktu Membayar Zakat Fitrah..............................................................................40

4.2.6

Golongan Yang Berhak Menerima Zakat..............................................................40

4.3

Praktis Zakat di Malaysia..............................................................................................42

5.0

Kesimpulan...................................................................................................................43

6.0

Rujukan.........................................................................................................................44

Page | 1

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

1.0

Sinopsis

Topik tugasan ini adalah membincangkan tentang hukum zakat secara amnya dan fokusnya
adalah mengenai hukum zakat yang dibincangkan oleh Al-Qardhawi (1988) secara
khususnya. Dalam perbincangan ini, kami akan membincangkan mengenai rukun Islam yang
berkaitan dengan zakat serta hukumnya yang ditulis oleh Al-Qardhawi (1988) dengan buktibukti dan dalil-dalil yang dirujuk dan diambil dari dua sumber rujukan utama iaitu mengikut
Al-Quran dan Hadis.
Tajuk perbincangan di dalam topik ini juga mengambil kira pendapat dari empat
mazhab-mazhab utama dan mengambil kira perbezaan pendapat di kalangan-kalangan
jumhur ulama seperti perbezaan dari segi fatwa, cara pelaksanaan dan sebagainya. Dengan
ini, perbincangan menjadi semakin luas dan pelajar dapat meneliti dan menilai pandangan
yang paling sesuai mengenai hukum yang dibincangkan. Segala pandangan ini diambil dari
buku yang dibincangkan oleh Al-Qardhawi (1988) dan mengambil pandangan yang paling
sesuai antara perbezaan pendapat yang ada.
Dalam penulisan ini juga kita akan dapat mengetahui dan belajar tentang jenis-jenis
zakat yang dikenakan, penerima-penerima zakat, nisab dan haulnya, penjelasan ulama dan
perbezaan pendapat di kalangan mereka dan fatwa-fatwa yang ada. Semua pekara ini akan
dibincangkan dengan merujuk pada Al-Quran dan Hadis. Oleh itu, kami berharap dengan
hasil tugasan kami ini dapat memberikan pembaca ilmu yang bermanfaat dalam topik
mengenai hukum-hukum zakat. Semoga tugasan dalam memperjelaskan isu-isu mengenai
zakat ini dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

2.0

Pendahuluan

Zakat adalah merupakan suatu kewajipan yang dituntut oleh syarak dan wajib bagi seluruh
umat Islam yang memenuhi syarat untuk melaksanakannya. Sesiapa yang tidak
melaksanakannya adalah tergolong dalam kalangan orang yang melakukan dosa-dosa besar.
Kepentingan zakat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara tidak dapat lagi dinafikan
kerana zakat mampu mengubah diri seseorang itu, memajukan masyarakat sesebuah negara
dan membawa keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara.
Zakat ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat
harta dikenakan ke atas orang-orang yang mempunyai harta yang berlebihan di mana harta itu
mencapai nisab dan haul yang ditetapkan. Zakat harta ini bertujuan untuk menyucikan harta
Page | 2

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

seseorang itu dari sebarang unsur yang tidak patuh syariah dan mendidik jiwa untuk selalu
berjuang ke jalan Allah dan membantu mereka yang dalam kesusahan. Zakat fitrah pula
bertujuan untuk menyucikan diri dan jiwa seseorang itu dari segala perkataan dan perbuatan
yang sia-sia. Zakat fitrah ini hanya dikenakan semasa umat Islam menjalani ibadah puasa di
bulan Ramadhan dengan tujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik ketika
hari raya Aidilfitri. Zakat juga merupakan kekayaan sesebuah negara, dimana jika zakat itu
benar-benar digunakan ke jalan yang benar, ia boleh menjadi sumber kekayaan. Hal ini
demikian kerana fungsi zakat untuk membantu golongan-golongan susah iaitu fakir dan
miskin.
Permasalahan yang sering kali muncul dalam zakat bukanlah disebabkan konsep dan
kewajipannya, tetapi adalah mengenai ilmu pemahaman yang berbeza-beza dikalangan orang
Islam mengenai kewajipan, syarat dan lain-lain. Ilmu mengenai zakat ini masih perlu
diperluaskan lagi dan diberi perhatian serta pencerahan kepada umat Islam supaya zakat ini
dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan di negara-negara Islam.

3.0

Definisi, Konsep dan Istilah Zakat

Zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Pengertian bersih
dan suci dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya
daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada
sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya (Lembaga Zakat Selangor, 2014).
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan
kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh syarak. Golongan yang layak menerima zakat dipanggil golongan asnaf.
Golongan ini terdiri daripada fakir, miskin, amil, mualaf, riqab, gharimin, fisabilillah, ibnus
sabil.
Zakat adalah rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan Allah SWT
mensyariatkan zakat ialah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang
berada kepada golongan yang kurang berada, membersihkan diri pembayar zakat,
membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat, mewujudkan sifat bersyukur
terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di kalangan golongan yang berada,
mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik, mewujudkan

Page | 3

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

perhubungan antara hamba dengan Allah SWT di samping perhubungan antara manusia
dengan manusia.
Selain itu, zakat juga memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat
dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka, mewujudkan kesatuan di kalangan
masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan, memberi masyarakat satu cara
mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah SWT dan melahirkan rasa tenang dan
tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Firman Allah swt dalam surah At-Taubah ayat 60 bermaksud:
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orangorang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang
yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang
keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
(Surah At-Taubah 9: 60)

4.0

Kandungan dan Perbincangan

4.1 Zakat Harta


4.1.1 Zakat Penternakan
Antara binatang ternakan yang perlu dikeluarkan zakatnya iaitu unta, lembu, kerbau, kambing
dan biri-biri. Binatang-binatang tersebut telah dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya
untuk dimanfaatkan hasilnya. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan Dia telah menciptakan binatang untuk kalian. Padanya kalian dapatkan kehangatan
dan kegunaan lainnya dan sebahagian lagi kalian makan. Dan kalian menikmati
keindahannya ketika kalian menghalaunya ke kandang dan ketika kalian membawanya
merumput di pagi hari. Dan mereka memikul beban kalian ke negeri yang hanya dapat
kalian capai dengan susah payah. Sungguh Tuhan kalian maha Penyantun, Maha
penyayang.
(Surah Al-Nahl 16: 5-7)
Antara isu yang dibincangkan dalam zakat penternakan adalah:
1. Syarat-syarat zakat ternak
Page | 4

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Dalam perbincangan mengenai hukum zakat yang yang dikeluarkan oleh Al-Qardhawi
(1988), syarat-syarat zakat ternakan dapat dibahagikan kepada beberapa syarat. Antaranya,
cukup nisab, telah dimiliki setahun, diternak dan tidak digunakan untuk tujuan perkerjaan.
a. Cukup nisab
Bagi zakat binatang ternakan, perkara pertama yang perlu dipenuhi untuk mengeluarkan
zakat ialah cukup nisab, iaitu perlu mencapai kuantiti tertentu yang telah ditetapkan oleh
syarak. Bagi orang yang memiliki hanya seekor atau dua ekor unta, ia tidak tergolong di
kalangan orang yang perlu mengeluarkan zakat terhadap binatang ternakannya (Al-Qardhawi,
1988). Sebagai contoh, bagi binatang ternakan unta, jumlah minimum yang telah dipersetujui
oleh jumhur ulama adalah sebanyak 5 ekor. Kambing pula jika dibawah 40 ekor maka tidak
wajib dikenakan zakat.
b. Telah dimiliki satu tahun
Syarat ini berdasarkan amalan yang pernah dilaksanakan oleh Nabi dan khalifah dengan
melantik pengutip zakat untuk memungut zakat ternakan setiap setahun. Syarat satu tahun itu
adalah merupakan ketetapan para ulama mengenai kekayaan yang bukan untuk penggunaan
peribadi.
c. Diternak
Syarat yang dimaksudkan diternak ini ialah haiwan tersebut mestilah diurus dengan
sistematik sepanjang tahun dengan tujuan untuk memperoleh susu, benih baru dan daging.
Binatang ternakan ini hanya berlaku apabila binatang tersebut diternakkan dengan tujuan
untuk memperoleh susunya, anaknya, dagingnya atau untuk tujuan pembiakan. Tetapi apabila
binatang ternakan ini dijadikan sebagai alat penggangkutan dan untuk ditunggangi, maka ia
tidak wajib dikeluarkan zakatnya. Dalil syarat binatang yang diternak adalah seperti Hadis
sahih Bukhari yang bermaksud,
Rasulullah SAW berkata: Setiap unta yang digembalakan zakatnya setiap 40 ekor adalah
seekor anak unta betina yang selesai menyusu.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Abu Daud)
Apabila syarat penternakan kambing sudah ditetapkan, maka wajib pulalah syarat itu
pada unta dan lembu dengan cara mengqiaskan pada kembing tersebut kerana terdapat
persamaannya (Al-Qardhawi, 1988).
Page | 5

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

d. Tidak digunakan untuk tujuan pekerjaan


Binatang ternakan itu tidak boleh digunaka untuk tujuan pekerjaan dan untuk kepentingan
pemiliknya seperti menggunakan binatang ternakan untuk mengorek tanah pertanian,
mengambil air untuk menyirami tanaman, menggangkut barang dan sebagainya. Hadis dari
Ali yang bemaksud,
Lembu-lembu yang dipekerjakan tidak ada zakatnya.
(Hadis riwayat Abu Ubaid)
Jelasnya, binatang ternakan yang diperkerjakan sebagai pembajak tanah ladang dan untuk
mengambil air untuk menyirami tanaman tidak perlu dikeluarkan zakat kerana hasil dari
tanaman tersebut seperti buah-buahan dan gandum adalah benda yang akan dikenakan zakat.
Oleh itu, binatang ternakan yang digunakan untuk tujuan pertanian tidak dikenakan zakat
(Al-Qardhawi, 1988).
2. Zakat Unta
Menurut kesepakatan ijma ulama dan Hadis sahih yang diambil daripada Rasulullah SAW
dan para sahabatnya, nisab bagi 5 ekor sehingga 120 ekor adalah seperti berikut.
Nisab unta
5-9
10 14
15 19
20 24
25 35
36 45
46 60
61 75
76 90
91 - 120

Zakat yang wajib dikeluarkan


Seekor kambing
2 ekor kambing
3 ekor kambing
4 ekor kambing
Seekor anak unta betina (berumur 1 tahun lebih)
Seekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih)
Seekor anak unta betina (berumur 3 atahun lebih)
Seekor anak unta betina (berumur 4 tahun lebih)
2 ekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih)
2 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih)
Sumber: (Al-Qardhawi, 1988)

Nabi SAW mewajibkan zakat unta dibawah jumlah 25 ekor dengan kambing, bukan
dari unta itu sendiri. Namun, apabila telah mencapai jumlah 25 ekor keatas, maka zakat yang
dikeluarkan adalah dengan jenis unta itu sendiri.
3. Zakat Lembu

Page | 6

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Lembu merupakan binatang yang juga perlu dikeluarkan zakatnya. Lembu telah diciptakan
oleh Allah SWT untuk hambanya menikmati manfaat untuk kepentingan hidup seperti
mengambil susu, daging dan kulitnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Demi jiwaku dalam kekuasaanya atau demi tiada tuhan selain daripadanya, atau
sebagaimana janji atau sumpah. Apabila seseorang memiliki unta, lembu atau kambing dan
tidak menunaikan haknya, maka pada hari kiamat kelak ia tampak lebih besar dan lebih
gemuk dari dirinya yang biasa. Ternak-ternaknya akan menginjak-injaknya dengan telapaktelapak kakinya dan menanduknya dengan tanduk-tanduknya. Setiap selesai rombongan
ternak yang terakhir menginjaknya, maka yang pertama mengulanginya. Itulah hukuman
yang ia peroleh.
(Hadis riwayat Bukhari)
a. Nisab lembu dan kewajipan zakatnya
Dalam nisab lembu para fuqaha berselisih pendapat tentang nisab lembu dan wajib zakatnya.
Pendapat masyhur yang diambil dari keempat-empat mazhab mengikut nisabnya adalah:
Nisab lembu
1 - 29 ekor
30 ekor
40 ekor
59 ekor
60 ekor
70 ekor
80 ekor
90 ekor
100 ekor

Zakat yang wajib dikeluarkan


Tidak dikenakan zakat
Seekor anak lembu jantan atau betina (umur 1 tahun)
Seekor anak lembu betina (umur 2 tahun)
Tidak ada tambahan
2ekor anak lembu jantan
Anak lembu betina (umur 2 tahun) an anak lembu jantan (umur 1 tahun)
2 ekor anak lembu betina (umur 2 tahun)
3 ekor anak lembu jantan (umur 1 tahun)
Seekor anak lembu betina (umur 1 tahun) dan 2 ekor anak lembu jantan (umur

110 ekor

1 tahun)
2 ekor anak lembu betina (umur 2 tahun) dan seekor anak lembu jantan (umur

120 ekor

satu tahun)
3 ekor anak lembu betina (umur 2 tahun) atau 3 ekor anak lembu jantan (umur
1 tahun)

Tabi:

Anak lembu jantan yang berumur satu tahun masuk tahun kedua. Ia
dinamakan tabi kerana anak lembu tersebut masih mengikuti induknya.

Page | 7

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Musinnah:

Anak lembu betina berumur 2 tahun masuk tahun ketiga. Ia dinamakan


musinnah kerana mulai tumbuh giginya dan tidak diwajibkan zakat pada
lembu selain dari dua jenis anak lembu tersebut.

4. Zakat kambing biri-biri


Hadis yang diriwayatkan oleh Anas dalam surat Abu Bakar mengatakan bahawa dalam zakat
kambing biri-biri, jika jumlahnya 40 hingga 120 ekor, zakatnya adalah seekor kambing. Jika
jumlah kambing biri-biri adalah melebihi 120 sehingga 200 ekor, zakatnya adalah dua ekor
kambing. Apabila jumlah kambing melebihi 200 sehingga 300 ekor, zakatnya adalah 3 ekor
kambing. Apabila lebih dari 300, maka setiap 100 ekor zakatnya adalah seekor kambing.
Apabila kambing biri-biri yang diternak seseorang itu kurang dari 40 ekor, maka tidak wajib
dikeluarkan zakat kecuali dengan kehendak pemiliknya (Al-Qardhawi, 1988).
Hadis ini sama seperti di dalam Hadis Ibnu Umar dan kata sepakat dari para ulama.
Nisab bagi haiwan ternakan kambing ini pula dapat dilihat seperti berikut:
Nisab Kambing Zakat yang wajib dikeluarkan
1 - 39 ekor
Tidak ada zakat
40 120
1 ekor kambing
121 - 200
2 ekor kambing
201 - 399
3 ekor kambing
400 - 499
4 ekor kambing
500 - 599
5 ekor kambing
Demikian setiap 100 ekor zakatnya seekor kambing

Sebahagian para pembahas moden telah membuat kesimpulan bahawa syariat dalam
hal ini bertujuan untuk memberi kesempatan agar dapat menghasilkan kekayaan binatang
ternakan tersebut dan meringankan beban zakat terhadap para pemilik harta. Dalam kitab
Syarh ar-Risalah karangan Syekh Zarauq menyatakan,
Setiap harta yang banyak, banyak pula biaya pemeliharaannya, dan pengurusannya
menjadi lebih susah maka zakatnya sedikit, demi kebaikan pemiliknya, kerananya tercantum
dalam al-Ain, zakatnya 1/40 selain daripada itu lain pula.
(Al-Qardhawi, 1988)
5. Hukum zakat terhadap binatang ternakan yang masih kecil
Persoalan seterusnya adalah mengenai hukum zakat terhadap binatang ternakan yang masih
kecil. Hadis riwayat Malik dari umar, ia berkata kepada petugas zakatnya Sufyan bin
Abdullah at-Tsaqafi yang bermaksud:
Page | 8

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Kembalikan anak-anak kambing itu kepada mereka pengembala sebagai pemiliknya


ditolak, ketika kau meminta zakatnya, janganlah kau ambil.
(Al-Muwaththa, Jilid 1: 265)
Oleh itu dapatlah dibuktikan disini bahawa binatang ternak yang masih kecil tidak
diambil zakatnya.
6. Pengambilan zakat binatang ternakan
Isu seterusnya yang akan dibincangkan adalah mengenai isu pengambilan zakat ternak.
Beberapa perkara harus dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum pengambilan zakat ternak.
Antaranya adalah:
a. Mulus
Tidak terdapat sebarang cacat cela seperti sakit, luka, terlalu tua dan sebagainya yang
dapat mengurangi kegunaan dan nilai harganya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui
firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk, lalu kamu nafkahkan daripadanya.
(Surah Al-Baqarah 2: 267)
b. Betina
Zakat yang perlu dikeluarkan kebanyakannya adalah harus dari betina, seperti dalam
zakat unta yang mengambil anak unta betina yang berumur satu tahun lebih, dua
tahun lebih, tiga tahun lebih dan empat tahun lebih. Perbincangan ini dapat dibuktikan
melalui Hadis Suwaid bin Ghaflah yang menyatakan, telah datang petugas Rasulullah
SAW kepada kami dan ia berkata:
Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami untuk mengambil anak biri-biri betina dan
anak kambing betina sebagai zakatnya.
Ini jelas menunjukkan kekuatan Hadis tersebut bahawa binatang ternak dari betina
yang harus dizakatkan.
c. Umur
Faktor umur juga perlu diambil kira dalam pengambilan zakat ternak. Hal ini kerana
nas Hadis menetapkan umur-umur tertentu iaitu anak unta betina haruslah berumur 1
tahun lebih dan keatas, anak lembu jantan dan betina umur 1 tahun. Bagi anak lembu
jantan dan betina ini, harus ada syarat-syaratnya kerana mengambil zakat dibawah
Page | 9

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

umur tersebut akan memudaratkan fakir miskin dan mengambil zakat di atas umur
tersebut tidak adil bagi para pemilik harta.
d. Pertengahan
Pertengahan yang dimaksudkan di sini adalah pengumpul zakat tidak boleh
mengambil zakat yang baik atau yang kurang baik. tetapi harus mengambil dari
pertengahan, melainkan pemilik itu rela. Perkara ini dapat dibuktikan melalui sabda
Nabi SAW yang bermaksud:
Tiga perkara, barang siapa yang mengerjakannya, merasakan rasa iman, pertama: orang
yang menyembah Allah yang satu, tiada tuhan selain Allah. Kedua memberikan zakat
hartanya untuk membersihkan jiwanya, ia menentukan pengeluaran zakatnya setiap tahun,
ketiga ia tidak memberikan zakat dari binatang ternak yang sudah tua, yang buruk, yang
sakit, yang murah harganya dan tidak banyak air susunya, tapi ia mengeluarkan dari
hartanya dengan yang pertengahan. Sesungguhnya Allah tidak meminta kebaikan
daripadamu dan tidak memerintahkan kamu dengan keburukan.
(Nail al-Authar, Jilid 4: 114)
7. Zakat kuda
Pembahasan seterusnya adalah mengenai zakat kuda yang terdapat beberapa perbincangan
yang harus dijelaskan. Antara isu dalam zakat kuda ini adalah:
a. Zakat terhadap kuda tunggangan, angkutan dan kuda perang
Para ulama telah bersepakat bahawa kuda yang digunakan untuk tunggangan, pengangkutan
barang atau keperluan perang tidak dikenakan zakat. Hal ini kerana kuda-kuda tersebut
digunakan untuk keperluan pemiliknya dan tidak berkembang.
b. Kuda yang diperdagangkan
Para ulama telah bersepakat bahawa kuda-kuda yang dijadikan sebagai perdagangan akan
dikenakan zakat. Hal ini demikian kerana, kuda-kuda yang dikhususkan untuk perdagangan
menunjukkan pengembangan, pertumbuhan dan terdapat lebihan sama ada yang dibela atau
secara sengaja diberi makan.
c. Kuda-kuda yang sengaja diberi makanan
Menurut para ulama, kuda-kuda yang diberi makanan sepanjang tahun atau lebih tidak akan
dikenakan zakatnya. Dalil dari jumhur ulama tentang tidak wajib zakat pada kuda yang
bermaksud,
Tiadalah ada zakat bagi seorang Muslim dalam perhambaannya dan kudanya
Page | 10

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

(Al-Muntaqa, Jilid 4: 136)

4.1.2 Zakat Emas dan Perak


Emas dan perak berfungsi dengan baik sebagai alat pertukaran dan penyimpanan nilai
memandangkan banyak manfaat yang bakal diperoleh. Emas dan perak telah digunakan sejak
zaman dahulu sebagai alat tukaran nilai dan telah dikenakan zakat pada masa itu. Terdapat
faktor yang tersendiri mengapa emas dan perak dikenakan zakat, hal ini kerana emas dan
perak berfungsi sebagai alat yang menunjukkan kemewahan seseorang dan kesenangan hidup
di dunia yang perlu dikongsi bersama umat Islam yang lain yang lebih memerlukan. Emas
dan perak diwajibkan zakat walaupun ditempa dalam pelbagai bentuk yang lain. Zakat emas
dan perak terbahagi kepada dua iaitu zakat wang dan zakat perhiasan.
1. Zakat Wang
Zakat wang ditetapkan dalam Al-Quran, Sunnah dan Ijma ulama. Firman Allah SWT yang
bermaksud,
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkahnya pada jalan
Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa akan mendapat) siksa yang pedih.
(Surah At-Taubah 9: 34-35)
Dari Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah SAW dalam Hadis sahih bersabda yang
bermaksud:
Tidak wajib zakat perak yang kurang dari lima uqiah, zakat unta yang kurang dari
lima ekor, zakat kurma yang kurang dari lima wasq.
Antara syarat-syarat diwajibkan untuk zakat wang adalah seperti berikut:
a. Cukup nisab
Nisab seperti yang diketahui adalah jumlah terendah nilai harta yang dimiliki menurut
pandangan syariat. Jumlah harta dibawah jumlah tersebut menyebabkan pemilik tidak perlu
mengeluarkan zakat. Nisab zakat wang adalah sama dengan nilai 85 gram emas, yang sama
dengan 20 dinar seperti yang telah disebut oleh Hadis nabi.
Terdapat perbezaan pendapat mengenai situasi dimana terdapat syarikat yang
menghimpunkan ramai pemegang saham dengan jumlah wang yang mencapai nisab dan tidak
mencapai nisab bagi bahagian satu orang samada syarikat tersebut perlu mengeluarkan zakat
atau tidak. Menurut Abu Hanifah dan Malik, tidak wajib bagi setiap orang dari kumpulan
Page | 11

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

orang yang berurusan untuk membayar zakat, hingga sampai bagi setiap daripada mereka
satu nisab. Sedangkan menurut Syafii bahawa harta yang dimiliki secara bersama maka
hukumnya adalah seperti hukum harta perseorangan.
b. Cukup haul iaitu setahun
Zakat perlu dikeluarkan setelah sampai satu tahun (haul). Setiap setahun adalah diwajibkan
untuk membayar zakat. Menurut mazhab Hanafi, sempurnanya nisab tersebut disyaratkan
pada akhir tahun saja, pada permulaan tahun untuk permulaan pengiraan haul dan pada akhir
tahun untuk perwajiban zakat. Maka, tidaklah menjadi masalah jika ada kekurangan antara
keduanya. Sekiranya harta rosak atau hilang sebelum cukup haul terbatallah haul tersebut.
Jika harta bertukar tangan dan milik kepada orang yang lain maka pengiraan haul dimulai
daripada awal semula. Jumhur berpendapat gaji dan upah disyaratkan haul. Abu Hanifah
mengatakan bahawa semua hal tersebut dikumpulkan bersama wang yang dimiliki maka
dikeluarkan zakatnya kecuali jika wang-wang dari hasil usaha tersebut akan dijadikan
pengganti harta yang berzakat.
c. Bebas dari hutang
Menurut Abu Hanifah, hutang yang mencegah wajibnya zakat adalah hutang-hutang yang
padanya terdapat keperluan dari setiap sudut pandangan manusia. Berbeza dengan hutang
nazar, kifarat, haji kerana tiada tuntutan dengannya dari sudut pandangan manusia. Menurut
golongan Syafii seperti dikatakan Nawawi, hutang mencegah sebarang penunaian zakat.
2. Zakat Perhiasan
Zakat perhiasan ialah salah satu daripada zakat emas dan perak. Emas dan perak adalah
sejenis galian yang diwajibkan zakat. Ini adalah kerana logam ini sangat berguna berdasarkan
penggunaannya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Barang-barang perhiasan
yang lain selain daripada emas dan perak iaitu intan, mutiara, sutera, suasa dan sebagainya
adalah tidak wajib zakat ke atasnya. Menurut Ibnu Qadamah, emas dan perak yang jelas
keharamannya juga adalah diwajibkan untuk membayar zakat jika tiada perbezaan pendapat
para ulama dan zakatnya hendaklah wajib dikenakan zakat sekiranya timbangannya cukup
senisab dan haul.
Antara jenis perhiasan yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
a. Perhiasan yang dijadikan simpanan
Page | 12

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Perhiasan yang dijadikan hiasan diri dengan dipakai dan dimanfaatkan adalah tidak
diwajibkan zakat kerana dikategorikan sebagai perhiasan yang dimiliki untuk kepuasan nafsu
semata-mata. Oleh itu, pemilik yang menjadikan perhiasan seperti emas dan perak sebagai
harta dan kekayaan simpanan mereka menyebabkan zakat perhiasan diwajibkan keatas
mereka.
Menurut Said bin al-Musayyab, perhiasan jika dipakai dan dimanfaatkan maka wajib
dizakati. Manakala itu, Malik pula berpendapat barangsiapa yang mempunyai biji emas dan
perhiasan emas atau perak yang tidak dimanfaatkan untuk dipakai maka wajib dikeluarkan
zakatnya setiap tahun, ditimbang dan diambil zakatnya sebanyak 2.5% kecuali jika
ukurannya kurang dari 20 dinar atau 200 dirham.
b. Perhiasan yang melebihi kebiasaan
Perhiasan yang melebihi batas berlebih-lebihan adalah wajib dibayar zakat. Hal ini kerana
syariat membolehkan pemakainya ataupun wanita berhias dengan emas sebagai perhiasan
wanita secara ala kadar.
Hukum berlebih-lebihan adalah haram atau makruh. Menurut Nawawi, sahabatsahabat kami iaitu Al-Syafiiyyah berkata, setiap perhiasan yang diperbolehkan untuk kaum
wanita boleh dipakai jika di dalamnya tidak ada unsur berlebih-lebihan yang nyata, jika
perhiasan tersebut seperti gelang yang dipakai di kaki dengan berat 200 dinar maka yang
sahih menurut kepastian sebahagian kumpulan masyarakat mengharamkannya.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Makanlah, minumlah dan berpakaianlah dengan tanpa berlebih-lebihan dan tidak pula
dengan sombong.
(Surah al-A'raaf 7:31)

4.1.3 Zakat Perniagaan


Zakat perniagaan adalah salah satu harta yang wajib dikenakan zakat. Sebahagian ulama
mendefiniskan bahawa harta perniagaan adalah sesuatu yang dibeli atau dijual untuk tujuan
memperoleh keuntungan. Seseorang itu wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada
jumlah modal dan keuntungan apabila mereka memiliki harta perniagaan yang sudah cukup
setahun dan nilai harta tersebut mencapai jumlah nisab yang telah ditetapkan pada akhir
tahun tersebut. Antara perbincangan dalam zakat perniagaan adalah seperti berikut:

Page | 13

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

1. Landasan
Firman Allah SWT yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil
usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk
kamu.
(Surah Al-Baqarah 2: 267)
Selain itu, terdapat juga landasan berbentuk Hadis yang menurut Ibnu Human
merupakan Hadis hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya sendiri yang
bermaksud,
Rasulullah SAW memerintahkan kami agar mengeluarkan sedekah dari segala yang
kami maksudkan untuk dijual.

2. Perbezaan pendapat tentang hukum zakat perniagaan


Semua mazhab Ahli Sunnah mempunyai pendapat yang sama iaitu harta perniagaan wajib
dikenakan zakat kecuali ulama Zahiri yang mempunyai pendapat berbeza. Pendapat ulama
Zahiri tersebut adalah berdasarkan Hadis sahih Bukhari. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
Hamba dan kuda tunggang seorang muslim tidak wajib zakat.
Namun, jumhur membantah pendapat ini kerana ia berbeza dengan apa yang berlaku
sekarang. Kuda yang ditunggangi dan hamba yang harus berbakti tidak dikenakan zakat
kerana kedua-duanya adalah perkara atau keperluan asas pada waktu tersebut.
Selain itu, alasan lain yang digunakan adalah kekayaan seseorang Muslim itu sangat
suci dan harus bebas dari sebarang kewajipan. Pada zaman Rasulullah SAW, perniagaan yang
dijalankan meliputi semua jenis barang yang biasa dijual beli. Namun, tidak pernah terdapat
satu pun Hadis yang mewajibkan zakat terhadap harta perniagaan.
Prinsip yang dikemukakan ini tidak sesuai dengan landasan bahawa dalam setiap
kekayaan yang dimiliki terdapat hak orang lain. Tambahan pula, prinsip tersebut juga tidak
selari dengan prinsip yang dinyatakan secara khusus dalam Al-Quran dan Sunnah.

Page | 14

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Ulama-ulama fiqh mazhab Imamiah juga berpendirian bahawa harta perniagaan


tidak wajib dikenakan zakat, bahkan berpendapat harta perniagaan tiada kaitan dengan zakat.
Namun, mereka berpendapat lain iaitu keuntungan perniagaan yang diperoleh itu dikenakan
zakat sebanyak 1/5, bukan dari jumlah modal perniagaan yang dilaburkan. Imam Imamiah
terdiri daripada golongan yang meyakini bahawa Sayyidina Ali adalah imam selepas
Rasulullah SAW dengan dalil nas secara lengkap (Zamihan Hj Mat Zin Al-Ghari, 2013).
Pendapat golongan ini diambil berlandaskan firman Allah SWT yang bermaksud,
Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai ghanimah (harta rampasan
perang), maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk
RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin,
serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan),
(Surah Al-Anfaal 8: 41)
Mereka berpendapat bahawa semua hasil dan keuntungan perniagaan serta harta karun
termasuk dalam istilah ghanimah tersebut. Mereka juga berpendapat bahawa zakat sebanyak
1/5 itu hanya dikenakan atas keuntungan setelah ditolak dengan keperluan hidupnya serta
keluarganya selama setahun. Namun begitu, mazhab Sunni berpendapat, ghanimah dalam
firman Allah SWT di atas adalah rampasan perang, bukanlah keuntungan yang diperoleh
seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dan berdasarkan maksud daripada ayat itu
sendiri.
Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa harta perniagaan wajib dikenakan zakat.
Pendapat yang menolak hukum wajib terhadap zakat perniagaan adalah bertentangan dengan
landasan yang dipakai oleh masyarakat, ijma para sahabat dan juga ulama terkemuka.
3. Syarat zakat perniagaan
Antara zakat perniagaan adalah genap haul iaitu genap setahun, bebas dari bebanan hutang,
melebihi keperluan asas serta cukup nisab. Cukup nisab bermaksud melebihi jumlah
minimum tertentu yang mana pada hari ini nilainya bersamaan dengan 85 gram emas.
Menurut pendapat Imam Malik dan juga Imam Syafii, cukup nisab itu di kira pada akhir
tahun sahaja kerana menilai nilai harta perniagaan pada setiap masa adalah sukar. Zakat
perlulah dikeluarkan apabila harta perniagaan telah mencapai tempoh setahun dan jumlahnya
juga mencapai nilai minimum yang ditetapkan
Syarat seterusnya untuk zakat perniagaan adalah tindakan dan niat. Tindakan adalah
perbuatan membeli dan menjual dengan niat memperoleh keuntungan daripada tindakan
Page | 15

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

tersebut. Sebagai contoh, apabila seseorang itu membeli sebuah kereta untuk kegunaan
sendiri, maka ia tidak dikira sebagai harta perniagaan. Hali ini berbeza apabila seseorang itu
membeli beberapa buah kereta untuk dijual beli dan mendapatkan keuntungan, penggunaan
kereta-kereta tersebut untu keperluan sendiri tidak akan mengubah kereta-kereta tersebut
daripada sifat harta perniagaan.
Syarat seterusnya adalah harta perniagaan tersebut hendaklah bebas dari zakat
dualisme iaitu mengenakan dua zakat terhadap sesuatu harta dalam masa yang sama. Sebagai
contoh, apabila seseorang membeli tanah pertanian untuk dijual semula, namun ia digunakan
terlebih dahulu untuk tanaman dan telah pun dikeluarkan zakat hasil ke atasnya sebanyak
10%, maka tidak harus seseorang itu mengeluarkan zakat terhadap tanah tersebut.
Bagi barang yang tidak bergerak seperti bangunan dan perabot yang tidak dijual beli,
ia tidak termasuk dalam harta perniagaan yang perlu dikeluarkan zakat. Hal ini demikian
kerana, harta-harta seperti ini diperlukan bagi tujuan perniagaan dan ia bukan satu harta yang
berkembang.
4. Cara membayar zakat perniagaan
Tiga bentuk harta perniagaan yang dilaburkan adalah seperti berikut:
a. Harta dalam bentuk barang yang dibeli tetapi belum dijual
b. Harta dalam bentuk wang secara tunai atau di dalam bank yang di bawah
penguasaannya
c. Penghutang iaitu harta dibawah milik rakan kongsinya
Beberapa ulama Tabiin mempunyai pendapat tersendiri tentang cara pembayaran
zakat perniagaan yang terdiri daripada beberapa bentuk. Antaranya, Maimun Mihran berkata,
Apabila sudah tiba masanya untuk mengeluarkan zakat, kiralah jumlah wang tunai yang
dimiliki dan nilai barang yang ada serta jumlah hutang yang terdapat pada orang yang
mampu. Kemudian, tolak dengan hutangmu sendiri dan barulah dikeluarkan zakat dari baki
tersebut.
(Al-Qardhawi, 1988)
Hasan Basri pula berkata,
Apabila bulan seseorang untuk membayar zakat itu sudah tiba, zakat itu dikira dari jumlah
wang yang ada ditangannya, barang yang terjual dan semua hutang yang ada kecuali
hutang yang belum jelas dan hutang yang tidak mungkin dibayar.
(Al-Qardhawi, 1988)
Page | 16

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Daripada pendapat-pendapat diatas, jelas bahawa seorang peniaga beragama Islam


harus membayar zakat dengan kadar 2.5% apabila sudah tiba tempoh atau masa dengan
menggabungkan seluruh kekayaan iaitu modal, keuntungan, simpanan dan hutang yang boleh
dikutip.
Abu Hanifah dan Syafii berpendapat bahawa peniaga boleh memilih untuk
mengeluarkan zakat dalam bentuk wang atau pun barangan. Sebagai contoh, seorang peniaga
kain boleh mengeluarkan zakat berupa kain itu sendiri dan juga boleh berbentuk wang yang
sama nilai dengan kain tersebut (Al-Qardhawi, 1988).

4.1.4 Zakat Pertanian


Pertanian adalah salah satu sumber pendapatan dan ekonomi bagi manusia. Dengan
mempunyai tanah dan tanaman yang subur boleh menjadikan seseorang itu kaya. Oleh kerana
itu jugalah hasil yang dikeluarkan dari bumi tersebut diwajibkan zakat, iaitu zakat pertanian.
Zakat pertanian umumnya adalah hak yang wajib ditunaikan mengikut kaedah pengiraan
daripada hasil pertanian yang tertentu pada waktu hasil tersebut dituai.
Zakat pertanian adalah mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan bersih hasil
pertanian yang dimajukan oleh manusia dari jenis biji-bijian atau buah-buahan atau manamana hasil pertanian yang memberi manfaat serta menepati semua syarat, rukun dan sebab
(illah) diwajibkan zakat (Mujaini Tarimin, 1990).
Zakat pertanian juga dikenali sebagai al-usyr, zakat al-zuru wa al-thimar atau zakat
al-muasyirat (Al-Qardhawi, 1994) yang mempunyai maksud yang sama. Hasil pertanian
wajib untuk dikeluarkan zakat daripadanya.
1. Dalil yang mewajibkan zakat pertanian
a. Dari Al-Quran
Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil
usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk
kamu
(Surah Al-Baqarah 2: 267)

Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari
memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau-lampau (pada apa jua yang kamu
makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
melampau lampau

Page | 17

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

(Surah Al-Anam 6 : 141)


b. Dari Hadis
Sabda Rasulullah SAW
Pada apa-apa yang diairi (disirami) dengan air hujan, mata air atau air tanah (takungan)
dikenakan (zakat) sebanyak 10% , sedangkan pada apa-apa yang diairi dengan tenaga
dikenakan (zakat) sebanyak 5%
(Hadis riwayat Bukhari)
Pada apa-apa yang diairi dengan sungai dan hujan dikenakan (zakat) sebanyak 10%,
sedangkan pada apa-apa yang diairi dengan pengairan dikenakan (zakat) sebanyak 5%
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
c. Ijma
Para ulama bersepakat (ijma) tentang wajibnya zakat sebesar 10% atau 5% dari keseluruhan
hasil tani, sekalipun mereka berbeza pendapat tentang ketentuan-ketentuan lain.
2. Jenis hasil pertanian yang wajib dikenakan zakat
a. Empat jenis makanan
Menurut Ibnu Umar dan sebahagian ulama, mereka berpendapat bahawa zakat hanya wajib
kepada dua jenis bijian iaitu gandum (hintah) dan sejenis gandum lain (syair) dan dua jenis
buah-buahan iaitu kurma dan anggur.
Hadis yang diriwayatkan dari sumber Abu Burda dari sumber Abu Musa dan Muaz,
bahawa Rasulullah SAW mengirim mereka berdua ke Yaman untuk mengajar penduduk
disana mengenai agama, di antaranya mereka diperintahkan memungut zakat daripada
gandum, biji gandum, kurma, dan anggur.
b. Seluruh makanan yang dapat disimpan
Menurut Malik dan Syafii zakat wajib keatas segala makanan yang dimakan dan disimpan,
bijian dan buahan kering seperti gandum, biji gandum, jagung padi dan sejenisnya.
c. Semua yang kering, tetap dan ditimbang
Zakat wajib keatas bijian dan buahan yang memiliki sifat ditimbang, tetap dan kering yang
juga berupa makanan pokok seperti gandum, padi, jagung, kacang dan rempah. Buah-buahan

Page | 18

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

yang mempunyai ciri seperti diatas juga adalah tidak dikecualikan seperti kurma, anggur dan
buah badam (Al-Qardhawi, 1988).
d. Semua hasil tanaman
Abu Hanifah berpendapat bahawa semua hasil tanaman iaitu yang dimaksudkan untuk
memperoleh keuntungan darinya adalah diwajibkan zakat sebanyak 10% atau 5%. Kayu api
dan ganja dikeculikan daripada wajib zakat.
Menurut Abu Hanifah, tebu, kunyit, kapas dan ketumbar wajib dikeluarkan zakatnya
sekalipun bukan makanan pokok. Tambah beliau lagi, semua buah-buahan wajib dikeluarkan
zakatnya seperti jambu, tin, manga dan lain-lain. Begitu juga wajib mengeluarkan 10% zakat
semua sayuran seperti timun, labu, tembikai, lobak dan lain-lain.
3. Nisab zakat tanaman dan buah-buahan
Jumhur dan para ulama berpendapat bahawa tanaman dan buahan hanya dikenakan zakat
setelah mencapai timbangan yang menyamai berat 5 ekor unta. Tetapi Abu Hanifah
berpendapat bahawa tanaman dan buahan itu sedikit mahupan banyak wajib zakat
berdasarkan pengertian Hadis sahih,
Tanaman yang diairi oleh hujan zakatnya sepersepuluh.
(Hadis riwayat Bukhari)
4. Zakat tanah yang disewa
a. Pemilik yang mengusahakan tanaman atas tanahnya
Pemilik yang merupakan petani kerana mengusahakan tanaman atas tanahnya sendiri adalah
sangat terpuji dalan pandangan Islam. Dalam hal ini, zakat hasilnya adalah 10% atau 5%
kerana tanah dan tanamannya sendiri.
b. Zakat dari tanah yang dipinjam atas peminjam
Menurut Al-Qardhawi (1988), bila seseorang itu meminjamkan tanahnya kepada orang lain
untuk dimanfaatkan tanpa sebarang ganjaran adalah amat digalakkan oleh Islam. Maka zakat
tanah hendaklah dibayar oleh peminjam yang mengusahakan sesuatu di atas tanah tersebut
dan bukan lagi menjadi tanggungjawab pemilik untuk mengeluarkan zakat.
c. Tanah yang diusahakan secara bersama oleh pemilik dan rakan kongsi

Page | 19

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Apabila pemilik memberikan hak kepada rakan kongsi untuk mengusahakan tanahnya dengan
memperoleh sedikit keuntungan daripada keuntungan seperti perjanjian, maka zakat
dikenakan mengikut pendapatan masing-masing bila cukup senisab dengan hasil tanaman
yang lain.
Hanya bahagian individu yang cukup senisab sahaja diwajibkan mengeluarkan zakat
kerana bahagian yang tidak cukup senisab tidak dianggap sebagai orang kaya dan tidak
berkemampuan untuk membayar zakat.
Jumhur ulama berpendapat bahawa zakat diwajibkan ke atas yang menyewa. Hal ini
demikian kerana harta zakat adalah beban tanaman dan bukannya beban tanah dan pemilik
tidak menjana hasil pertanian daripada tanah tersebut maka pemilik tidak perlu mengeluarkan
zakat hasil tanaman yang bukan miliknya.

4.1.5 Zakat Madu dan Produk Haiwan


Madu adalah salah satu pemberian Allah SWT kepada hamba-hambanya yang banyak
mengandungi zat makanan. Firman Allah SWT yang bermaksud,
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di
gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan
oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagaibagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah Al-Nahl 16: 68-69)
Antara perbincangan yang terdapat dalam zakat madu dan produk haiwan adalah
seperti berikut:
1. Hukum zakat madu
Abu Hanifah dan pengikutnya berpendapat bahawa madu wajib dikeluarkan zakat dengan
syarat lebah tidak bersarang di tanah kharajiya. Hal ini disebabkan oleh tanah kharajiya telah
pun dikenakan cukai. Alasan yang digunakan untuk mewajibkan zakat ke atas madu diambil
daripada Hadis. Hadis Sulaiman Bin Musa yang bermaksud,

Page | 20

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Abu Sayarah Muti berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah bahawa saya mempunyai
lebah. Beliau bersabda, keluarkanlah satu per sepuluh. Saya meminta kepada Rasulullah
agar gunung saya dilindungi. Rasulullah melindungi gunung tersebut untuk saya,
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Namun begitu, terdapat juga pendapat yang tidak mewajibkan zakat madu. Malik,
Syafii Ibnu Abi Laila, Hasan Bin Abi Shalih dan Ibnu Al-Mundziri berpendapat bahawa
madu tidak wajib dikenakan zakat dengan alasan tidak terdapat ijmak dan Hadis yang pasti.
Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa madu adalah cecair yang keluar dari haiwan
seperti susu yang mana meneurut ijmak, susu tidak wajib dikenakan zakat.
Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahawa madu wajib dikenakan zakat kerana ia
merupakan kekayaan yang mendatangkan keuntungan. Beliau berpendapat bahawa nas yang
umum itu tidak membezakan sesuatu kekayaan dengan kekayaan yang lain. Selain itu, Hadis
yang berkaitan dengan madu diriwayatkan dari sumber yang banyak.
2. Jumlah dan nisab zakat madu
Para ulama bersepakat bahawa jumlah zakat madu yang perlu dikeluarkan adalah sebanyak
10% berdasarkan Hadis yang telah dinyatakan di atas. Bagi nisab madu pula, terdapat
perbezaan pendapat antara ulama kerana tiada Hadis tertentu yang menjelaskan tentang nisab
zakat madu. Menurut Abu Hanifah, nisab zakat madu adalah 1/10 tanpa mengira sedikit atau
banyak madu tersebut.
Menurut Al-Qardhawi (1988), nisab madu adalah sama dengan harga lima wasaq
(653kg atau 50 kail Mesir) makanan asas sederhana seperti gandum. Abu Yusuf pula
berpendapat bahawa nisab madu diukur dengan nilai 5 wasaq gandum yang paling rendah
kualitinya. Apabila harga madu mencapai nilai tersebut, maka wajib untuk dikeluarkan satu
per sepuluh sebagai zakat dan begitu juga sebaliknya.
3. Produk haiwan
Antara produk haiwan yang dihasilkan adalah susu dan juga sutera. Ulat sutera yang
dipelihara pada pokok sutera menghasilkan sutera yang sangat mahal di beberapa buah
negara. Menurut Al-Qardhawi (1988), susu dan sutera wajib dikenakan zakat 1/10 apabila
kedua-duanya belum dikenakan zakat pada dasarnya. Ia nya hanya untuk haiwan peliharaan
yang khusus diambil susu daripada haiwan tersebut dan bukanlah haiwan yang diniagakan.

Page | 21

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

4.1.6 Zakat Barang Tambang dan Hasil Laut


Al-Maaadin yang ditakrifkan oleh Ibnu Athir dalam an-Nihaya membawa maksud tempat
dari mana kekayaan bumi seperti emas, perak, tembaga dan lain-lain keluar. Takrifan dari
Ibnu Humam pula menyatakan bahawa madin berasal dari and yang membawa maksud
menetap. Kanz pula dapat didefinisikan sebagai tempat tertimbunnya harta benda kerana
perbuatan dari manusia.
Bagi rikaz pula, ia mencakupi keduanya iaitu madin dan kanz. Kata ini berasal dari
perkataan rakz yang bererti simpanan. Tetapi yang dimaksudkan ialah maruz yang membawa
maksud yang disimpan. Menurut Ibnu Qudamah yang disebutkan di dalam al-Mughni yang
berkaitan dengan madin yang bermaksud,
Sesuatu pemberian bumi yang terbentuk dari benda lain tetapi berharga.
Dalam takrifan ini kita boleh mengolahkan maksud ayatnya seperti sesuatu
pemberian bumi adalah membawa maksud bukan sesuatu pemberian laut dan bukan
simpanan manusia. Ayat yang berbunyi terbentuk dari benda lain membawa maksud bukan
tanah dan lumpur (Al-Mughni, jilid 3: 23). Madin yang dikemukan oleh Ibnu Qudamah juga
adalah seperti emas, perak, timah, besi, intan, batu permata, batu akik dan batu bata. Dan bagi
barang dagangan pula ia menunjukkan barang-barang cair seperti minyak bumi, belerang dan
lain-lain yang sejenisnya.
1. Penemuan harta terpendam dan kewajipan zakat keatasnya
Harta yang terpendam yang dimaksudkan ialah harta yang disimpan oleh orang-orang
terdahulu dan dijumpai di dalam tanah, iaitu seperti emas, perak, tembaga dan lain-lain lagi.
Menurut ahli fiqh, mereka telah menetapkan sebanyak 1/5 bahagian zakat di dalamnya. Hal
ini dapat dibuktikan melalui Hadis sahih Bukhari yang bermaksud:
Rikaz itu harus dikeluarkan zakatnya 1/5 bahagian.
(Hadis riwayat Jamaah)
Kewajipan ini juga dapat dilihat didalam ayat Al-Quran yang bemaksud:
wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baikbaik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untukmu.
(Surah Al-Baqarah 2: 267)

Page | 22

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

2. Barang tambang dan kewajipan zakat atasnya


Barang tambang yang dimaksudkan disini adalah yang dikeluarkan dari perut bumi iaitu
barang-barang tambang yang diletakkan Allah dalam tanah seperti emas, perak, tembaga,
besi, timah, belerang dan minyak bumi.
Menurut Abu Hanifah dan sahabatnya, setiap barang tambang yang dicipta dengan
menggunakan api atau diketuk dan ditempa, harus dikeluarkan zakatnya. Tetapi berbeza pula
dengan pandagan dari golongan hambali yang berpendapat bahawa tiada beza antara yang
dicipta dengan api dan yang bukan dicipta dengan api. Barang tambang yang dikenakan
kewajipan zakat ialah semua pemberian bumi yang terbentuk dari unsur lain tetapi berharga.
3. Nisab barang tambang dan waktu penghitungannya
Bagi barang tambang, maksud cukup satu nisab jumlah barang tambang yang diperoleh
bukanlah bermaksud bahawa cukup satu nisab itu sekali pertemuan, tetapi diperoleh berkalikali dan terus dijumlahkan. Tetapi hal ini bergantung kepada usaha, pendapatan dan jumlah
yang diperolehi. Apabila usaha ini dilakukan secara terus menerus dan memperoleh
pendapatan maka pendapatan itu akan terkumpul sehinggalah cukup nisab. Oleh itu, apabila
hasilnya sudah terkumpul tanpa putus, maka ia harus dikenakan zakat.
4. Kekayaan laut
Barang kekayaan laut yang terdiri dari mutiara, ambar (batu permata), karang laut dan
sebagainya mempunyai beberapa pandagan mengenai hukum zakatnya. Menurut Abu
Hanifah, Hassan bin Shalih dan mazhab Zaidah Syiah, hasil zakat ini tidak perlu dikenakan
zakat. Namun begitu ada pendapat lain yang dikeluarkan, iaitu kekayaan laut perlu
dizakatkan. Hal ini demikian kerana menurut riwayat yang dikeluarkan oleh Hasan Bin Imara
yang menyatakan bahawa Umar Bin Al-Khattab telah mengenakan zakat dari ambar (batu
permata) dan mutiara sebanyak 20%. Namun begitu ada juga pendapat yang menceritakan
bahawa Umar Al-Khattab hanya mengenakan 10% terhadap hasil laut tersebut (Al-Qardhawi,
1988).
Menurut pandangan dari dua imam besar iaitu Maliki dan Syafii, mereka
mengemukakan bahawa jumlah zakat yang dikenakan haruslah berbeza dari segi pekerjaan,
beban dan jumlah yang diperolehi. Dengan itu, jumlah zakatnya boleh menjadi 20% atau
2.5%.

Page | 23

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

4.1.7 Zakat Pelaburan Kilang, Bangunan dan Lain-lain


Hasil eksploitasi adalah kekayaan yang wajib dikenakan zakat kerana mengalami
pertumbuhan. Tedapat dua jenis hasil eksploitasi iaitu yang disewakan seperti bangunan, alaalat perhubungan dan lain-lain. Kedua adalah hasil produk yang dijual seperti susu dan bulu
daripada lembu dan kambing yang diternak. Hasil eksploitasi adalah keuntungan secara
berterusan yang diperoleh daripada sesebuah harta atau kekayaan tanpa berlakunya
perpindahan milik. Antara jenis kekayaan yang berkembang pada zaman ini adalah bangunan
yang disewakan, kilang untuk menghasilkan produk serta alat perhubungan seperti kereta,
kapal terbang dan kapal laut yang digunakan untuk mengangkut barang dan penumpang.
Antara perbincangan dalam zakat pelaburan kilang, bangunan dan lain-lain adalah seperti
berikut:
1. Perbezaan pendapat tentang hukum zakat pelaburan kilang, bangunan dan lainlain
Terdapat dua pendapat berkaitan dengan hukum zakat pelaburan kilang, bangunan dan lainlain iaitu tidak wajib zakat dan wajib zakat. Walau bagaimanapun, Al-Qardhawi (1988)
mengatakan bahawa pendapat yang mewajibkan kekayaan tersebut dikenakan zakat adalah
lebih kuat berdasarkan alasan-alasan tertentu.
Pertama, golongan yang berfikiran sempit mengemukakan bahawa hanya harta yang
dikenakan oleh Rasulullah SAW yang boleh dikenakan zakat. Namun, mereka yang
berfikiran luas membantah dengan mengatakan ketiadaan nas daripada Rasulullah SAW tidak
bermaksud zakat terhadap sesuatu harta itu tidak wajib. Hal ini demikian kerana Rasulullah
SAW hanya membicarakan kekayaan yang terdapat dalam masyarakat Arab pada waktu itu
seperti unta, kambing, jagung, gandum, kurma, anggur dan mata wang perak. Ulama-ulama
Islam telah mewajibkan zakat atas kekayaan-kekayaan lain yang tiada nas berdasarkan
analogy kepada jenis-jenis kekayaan yang tedapat dalam masyarakat Arab.
Kedua, mereka yang berfikiran sempit berpendapat bahawa ulama-ulama fiqh Islam
daripada pelbagai masa dan asal tidak pernah melaporkan tentang wajibnya zakat pelaburan.
Pendapat mereka yang berfikiran luas adalah harta yang berkembang dan mengalami
pertumbuhan tidak dikenal secara meluas pada masa itu bahkan terdapat harta yang
berkembang yang baru dikenali pada zaman modern ini. Namun demikian, sudah terdapat
beberapa fatwa ulama-ulama fiqh bahawa beberapa harta kekayaan tersebut itu wajib
dikenakan zakat (Al-Qardhawi, 1988)
Page | 24

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Ketiga, golongan yang berfikiran sempit juga mengemukakan fatwa ulama-ulama


fiqh bahawa rumah dan peralatan kerja dibebaskan daripada kewajipan zakat. Namun,
golongan yeng berfikiran luas berpendapat bahawa semua yang dibebaskan daripada
kewajipan zakat oleh para ulama itu adalah berbeza dengan apa yang kita ada sekarang.
Sebagai contoh, rumah untuk kediaman tidak sama dengan bangunan pencakar langit yang
dilaburkan, peralatan kerja seperti kapak dan gergaji juga tidak sama dengan mesin dan
peralatan yang digunakan untuk proses pengeluaran produk serta binatang tunggangan pada
zaman dahulu juga berbeza dengan kereta, kapal terbang dan kapal laut. Para ulama tidak
salah menetapkan hukum wajib zakat terhadap harta-harta tersebut kerana ia mengalami
pertumbuhan dan melebihi keperluan pokok pemiliknya.
2. Penetapan zakat bangunan, kilang dan lain-lain
Terdapat perbezaan pendapat dalam penetapan zakat bangunan, kilang dan lain-lain dalam
kalangan ulama. Ulama-ulama fiqh sunni dan Syiah berpendapat bahawa zakat tersebut
perlu dinilai dan disamakan dengan zakat perniagaan. Hal ini bermaksud zakat sebanyak
2.5% perlu dikira daripada harga bangunan yang dimiliki pada tahun tersebut dan ditambah
dengan keuntungan yang diperoleh juga pada tahun tersebut. Alasan bagi ulama yang
berpendapat sedemikian adalah kerana keumuman nas yang mewajibkan zakat secara mutlak
atas kekayaan. Selain itu, para ulama juga berpendapat bahawa kekayaan yang dilaburkan
sama dengan kekayaan yang diniagakan. Namun, pendapat ini tidak dipersetujui oleh
beberapa ulama kerana mereka berpendapat bahawa bangunan dan kilang yang disewakan
tidak sama dengan barang perniagaan. Barang perniagaan adalah sesuatu yang berpindah hak
milik melalui proses jual beli. Manakala, bangunan dan kilang yang disewakan menghasilkan
keuntungan tanpa mengubah pemilikan kilang dan bangunan tersebut.
Pendapat yang kedua adalah zakat bangunan, kilang dan lain-lain dikira sebagai zakat
wang berdasarkan hasil pelaburan yang sudah diterima. Alasan yang dipakai oleh mereka
adalah nas yang umum. Al-Hashir fi Mazhab an-Nashir berpendapat bahawa rumah,
bangunan, kilang dan barang-barang lain yang disewakan harus dikenakan zakat sebanyak
2.5% apabila hasil sewanya mencapai 200 dirham setahun.
Pendapat mutakhir tentang zakat bangunan, kilang dan lain-lain adalah dikira sebagai
zakat tanaman dan buahan. Pendapat mutakhir ini bersetuju dengan pendapat kedua iaitu
zakat dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh. Namun, mereka tidak sependapat dengan
jumlah zakat yang dikenakan. Menurut mereka jumlah zakat yang dikenakan adalah sebanyak
Page | 25

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

10% atau 5% berdasarkan analogi kepada tanah pertanian. Mereka berpendapat bahawa hasil
daripada kilang dan bangunan itu sama dengan hasil pertanian. Ulama-ulama fiqh yang
berpendapat sedemikian adalah seperti Abu Zahra, Abd Wahab Khalaf dan Abd Rahman
Hasan. Kekayaan yang dimiliki untuk memperoleh keuntungan wajib dikenakan zakat.
Sebagai contoh, alat-alat industri yang dilihat sebagai modal dan alat pelaburan. Alat-alat
industri tersebut merupakan kekayaan yang bertumbuh, keuntungan adalah diperoleh
daripada alat-alat tersebut dan juga keuntungan tersebut melebihi daripada keperluan
peribadinya. Selain itu, bangunan yang digunakan untuk tujuan pelaburan dan bukan untuk
kegunaan tempat tinggal peribadi juga dianggap sebagai suatu kekayaan yang bertumbuh dan
wajib dikenakan zakat. Bangunan-bangunan seperti ini mempunyai kemungkinan besar untuk
berkembang dan menghasilkan keuntungan yang banyak.
Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahawa pendapat mutakhir oleh ulama-ulama
besar ini adalah lebih tepat dan benar kerana berlandaskan syariat yang benar iaitu qias.
Namun, beliau berpendapat bahawa kekayaan yang dikenakan zakat tersebut adalah lebih
menyeluruh termasuklah kekayaan yang bergerak dan yang tidak bergerak. Bagi kekayaan
tidak bergerak seperti bangunan dan kilang, zakat yang dikenakan adalah sebanyak 10% atau
5%. Bagi kekayaan yang bergerak pula seperti haiwan yang diambil hasil daripadanya, zakat
yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% sahaja.
3. Nisab zakat pelaburan bangunan dan lain-lain
Para ulama berpendapat bahawa zakat pelaburan bangunan dan lain-lain dikira berdasarkan
nisab uang iaitu dengan nilai sebanyak 85 gram emas. Ia adalah lebih tepat dan mudah untuk
dilaksanakan berbanding dengan cara pengiraan yang lain. Zakat pelaburan bangunan dan
lain-lain dikira pada setiap tahun iaitu hasil produksi pada setiap bulan dijumlahkan sehingga
setahun. Tempoh setahun ini akan lebih menguntungkan fakir miskin dan golongan lain yang
berhak menerima zakat. Oleh itu, para ulama sependapat bahawa sesebuah kekayaan wajib
dikenakan zakat sudah cukup nisab seperti hasil sewa bangunan yang sudah cukup setahun.
Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahawa zakat hanya dipungut dari jumlah
keuntungan bersih yang bermaksud setelah ditolak dengan kos dan perbelanjaan lain seperti
gaji, cukai, hutang dan lain-lain. Selain itu, jumlah minimum perlu juga dibebaskan dari
kewajipan zakat. Hal ini hanya berlaku ke atas mereka yang tidak mempunyai sumber
pendapatan lain. Sebagai kesimpulan, zakat bangunan, kilang dan lain-lain hanya dikenakan

Page | 26

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

setelah ditolak dengan kos, perbelanjaan serta tertakluk kepada jumlah keperluan minimum
pemilik dan keluarganya dalam tempoh setahun.

4.1.8 Zakat Pendapatan


Zakat pendapatan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pekerjaan yang diusahakan
sendiri dan pekerjaan yang diusahakan oleh seseorang untuk manfaat pihak lain. Contoh
pekerjaan yang diusahakan sendiri adalah peniaga, doktor dan sebagainya tanpa ada campur
tangan pihak lain didalam urusan pekerjaannya. Mereka ini akan menerima upah melalui
hasil barang yang dijualnya. Dan yang kedua ialah pekerjaan yang diusahakan oleh seseorang
untuk manfaat pihak lain. Mereka ini akan menerima upah dari kerja-kerja yang telah selesai
dijalankan dan menerima upah dari pihak yang mereka bekerja, contohnya kakitangan
kerajaan dan swasta seperti guru, pensyarah dan sebagainya.
Isu perbahasan yang terdapat didalam topik ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
perbahasan mengikut pandangan fiqh tentang pendapatan, nisab mata pendapatan dan jumlah
zakat penghasilan dan sejenisnya.
1. Pandangan fiqh tentang pendapatan
Dalam isu ini, perbahasan akan dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu mengikut pendapat
mutakhir dan juga pendapat pada masa kini.
Pendapat mutakhir iaitu Abdur Rahman Hasan, Muhammad Abu Zahrah dan Abdul
Wahab Khalaf berpendapat bahawa pendapatan dapat diambil zakatnya bila sudah setahun
dan cukup senisab. Bagi Mahzab Hanafi pula, beliau menyatakan bahawa jumlah senisab itu
cukup terdapat pada awal dan akhir tahun sahaja tanpa harus terdapat dipertengahan tahun.
Oleh itu, telah terdapat beberapa Hadis yang membicarakan tentang harta pendapatan.
Antara bukti dari Hadis tersebut adalah dari Ibnu Umar yang bermaksud:
Siapa yang memperoleh kekayaan maka tidak ada kewajipan zakat atasnya dan
seterusnya.
(Hadis riwayat Tarmizi)
Harta pendapatan menurut para sahabat dan Tabiin, dari Ibnu Abbas, beliau
meriwayatkan tentang seorang laki-laki yang mengeluarkan zakat ke atas hasil yang
diperoleh. Hal ini menunjukkan bahawa ketiadaan ketentuan satu tahun bagi harta
penghasilan. Mengikut seorang dari sahabat nabi, iaitu Umar bin Abdul Aziz, dari Abu Ubaid
Page | 27

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

menyebutkan bahawa bila Umar memberikan gaji seseorang, ia memungut zakatnya, begitu
pula bila ia mengembalikan barang yang disita. Ia memungut zakat dari pemberian bila telah
berada di tangan penerima. Dengan ini, dapat dijelaskan lagi bahawa barang Umalah adalah
sesuatu yang diterima seseorang kerana kerjanya. Sebagai contoh, gaji pegawai dan pekerja.
Oleh itu dapat disahkan disini bahawa, zakat pendapatan telah dikenakan sewaktu zaman
Umar.
Dalam zakat mutakhir ini juga, terdapat perbezaan pandangan empat mazhab dalam
masalah harta pendapatan. Abu Hanafiah berpendapat bahawa harta penghasilan itu
dikeluarkan zakatnya bila mencapai masa setahun penuh pada pemiliknya, kecuali jika
pemiliknya mempunyai harta sejenis yang harus dikeluarkan zakatnya. Bagi imam Malik
pula, harta penghasilan tidak dikeluarkan zakatnya sehingga mencapai tempoh setahun, sama
ada harta tersebut sejenis dengan jenis harta pemiliknya atau tidak sejenis, kecuali jenis
binatang peliharaan. Menurut imam Syafii pula, harta penghasilan itu dikeluarkan zakatnya
apabila mencapai waktu setahun meskipun ia memiliki harta sejenis yang sudah cukup nisab.
Bagi pendapat masa kini, tokoh yang terkenalnya ialah Muhammad Ghazali. Dalam
bukunya iaitu Islam wa al-Audza al-Iqtishadiya menyatakan bahawa penetapan wajib zakat
dalam Islam hanyalah modal, bertambah, berkurang atau tetap, setelah melebihi setahun,
seperti zakat wang dan perniagaan iaitu sebanyak 1/10 atau 1/20. Oleh itu, kesimpulan yang
dikeluarkan oleh Ghazali adalah sesiapa yang mempunyai pendapatan tidak kurang dari
pendapatan seorang petani yang wajib zakat, maka ia wajib mengeluarkan zakat yang sama
dengan petani tersebut. Tanpa mempertimbangkan sama sekali keadaan modal dan
pensyariatannya.
2. Nisab Mata Pendapatan
Menurut Muhammad Ghazali dalam perbincangannya, beliau seringkali menggunakan
tanaman dan buah-buahan untuk dijadikan sebagai ukuran kiraan. Hal ini demikian kerana,
sesiapa yang memiliki pendapatan tidak kurang dari pendapatan seorang petani yang wajib
mengeluarkan zakat maka orang itu wajib mengeluarkan zakatnya. Ia bermaksud sesiapa
yang mempunyai pendapatan yang mencapai 5 wasaq (50 kail Mesir) atau 653 kg dari yang
terendah nilainya yang dihasilkan tanah, seperti gandum adalah wajib dikenakan zakat.
Dalam nisab mata pendapatan ini juga terdapat persoalan mengenai cara pengeluaran
zakat harta pendapatan. Menurut ulama-ulama salaf ia mempunyai dua cara dalam
Page | 28

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

mengeluarkannya. Yang pertama adalah mengikut Az-Zuhri iaitu bila seseorang memperoleh
penghasilan dan ingin membelanjakannya sebelum bulan wajib zakatnya datang, maka
hendaklah ia segera mengeluarkan zakat itu terlebih dahulu daripada membelanjakannya.
Dan apabila tidak ingin membelanjakannya maka hendaknya ia mengeluarkan zakatnya
bersamaan dengan kekayaannya yang lain-lain. Dan pendapat yang kedua pula menurut
Makhul, apabila seseorang harus mengeluarkan zakat pada bulan tertentu kemudian
memperoleh wang tetapi kemudian dibelanjakannya, maka wang itu tidak wajib zakat. Yang
wajib itu hanya wang yang sudah cukup bulan untuk mengeluarkan zakat.
3.

Jumlah Zakat Penghasilan dan Sejenisnya


Bagi perbincangan mengenai besar zakat penghasilan dan sejenisnya kita akan

melihat berapakah jumlah zakat yang ditetapkan untuk pelbagai penghasilan dan pendapatan.
Menurut Abu Zahrah dan teman-temannya, penghasilan yang diperolehi dari modal sahaja
atau dari modal kerja, seperti penghasilan fabrik, gedung, percetakan, hotel, kereta dan
sbagainya. Jumlah zakat adalah 1/10 dari pendapatan bersih setelah ditolak dengan hutang.
Bagi pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan sahaja seperti pegawai kerajaan dan
golongan profesional yang menerima pendapatan dari pihak lain dalam tempoh tertentu,
maka jumlah zakat yang mereka wajib keluarkan 1/40.
Oleh itu, dapatlah kita melihat disini bahawasanya zakat yang dikenakan terhadap
pendapatan kerja lebih kecil berbanding zakat yang dikenakan terhadap pendapatan modal
(Al-Qardhawi, 1988). Hal ini demikian kerana, modal adalah merupakan suatu yang kukuh
dan kerja pula merupakan pekara yang tidak begitu stabil. Maka, jelaslah disini bahawa Islam
itu indah dalam memberikan keadilan sebaiknya kepada penganut yang mengamalkan
ajarannya.

4.1.9 Zakat Saham dan Sekuriti Kewangan


Saham adalah surat bukti yang menyatakan bahawa seseorang turut serta dalam suatu
perjanjian untuk menyumbang dalam memajukan sesuatu dengan hasrat mendapat pulangan.
Pemilik saham berhak atas sebagian keuntungan yang dihasilkan syarikat yang dijalankan
oleh organisasi. Pemilik saham juga berhak mengemukakan cadangan dalam urusan-urusan
mengenai pimpinan syarikat. Sekuriti kewangan adalah surat bukti turut serta dalam pinjaman
kepada syarikat atau badan pemerintahan. Bunga sekuriti kewangan telah lebih dahulu

Page | 29

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

ditetapkan dan biasanya dibayar setengah tahun sekali dengan menukar tanda bukti yang
merupakan sekuriti kewangan itu sendiri.
Saham adalah bahagian dari modal suatu syarikat di mana seorang pemegang saham
itu termasuk pemilik aset syarikat. Sedangkan sekuriti kewanangan adalah perjanjian tertulis
dari bank, syarikat atau kerajaan kepada pembawanya untuk membayar sejumlah pinjaman
dalam masa tertentu dengan bunga tertentu.
1. Perbezaan saham dan sekuriti kewangan
Antara saham dan sekuriti kewangan terdapat beberapa perbezaan. Saham merupakan
bahagian kekayaan bank atau syarikat manakala sekuriti kewangan merupakan pinjaman
kepada syarikat, bank atau pemerintah. Saham memberikan keuntungan sesuai dengan
keuntungan syarikat atau bank yang berkemungkinan banyak atau sedikit sesuai dengan
keuntungan syarikat atau bank itu, dan terpaksa menanggung sekiranya syarikat mengalami
kerugian sedangkan sekuriti kewangan memberikan keuntungan tertentu atas pinjaman tanpa
bertambah atau berkurang. Pemegang sekuriti bererti pemberi hutang atau pinjaman kepada
syarikat, bank atau pemerintah sedangkan pembawa saham berarti pemilik sebagian syarikat
dan bank itu sebesar nilai sahamnya. Sekuriti kewangan dibayar setelah waktu tertentu,
manakala saham hanya dibayar dari keuntungan bersih syarikat.
Perbezaan lain antara saham dan sekuriti kewangan ialah sekuriti melibatkan bunga
yang berkategori riba yang dilarang. Walaupun begitu, sekuriti kewangan tetap merupakan
kekayaan dari pemiliknya yang sama dengan saham (Al-Qardhawi 1988).

Jika pemegang saham suatu syarikat turut memiliki syarikat tersebut, nilai sahamsahamnya boleh naik dan turun sehingga pemilik sahamnya berkemungkinan untung atau
rugi. Sama seperti konsep mudharabah, maka berbeza dengan pemilik sekuriti kewangan
sebab ia hanya memberi pinjaman kepada pemerintah, bank, dan lain-lain yang mengeluarkan
sekuriti kewangan dengan diberi bunga tertentu dan bayaran dalam tempoh yang tertentu.
2. Syarat wajib untuk zakat saham dikeluarkan
a. Pendapat pertama: Jenis perniagaan yang mengeluarkannya

Page | 30

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Samada syarikat itu syarikat industri, perdagangan atau campuran keduanya. Saham hanya
boleh dinilai setelah saham yang mencerminkan sebahagian kekayaan itu diketahui.
Berdasarkan faktor itu juga ditetapkan syarikat diwajibkan zakat atau tidak.
Pendapat ini dikemukakan oleh Syekh Abdul Rahman Isa dalam bukunya alMuamalat al-Haditha wa Ahkamuha. Ia berkata seperti berikut:
Banyak orang yang memiliki saham syarikat tidak mengetahui bagaimana hukum zakat
saham-sahamnya itu. Ada yang mengira bahawa saham-saham itu tidak wajib zakat, tetapi
itu salah. Ada pula yang mengira saham-saham itu mutlak wajib zakat, tetapi itu juga salah.
Yang benar adalah bahawa harus dilihat bentuk saham itu sesuai dengan bentuk syarikat
yang menerbitkan.
Mengenai sekuriti kewangan, Syekh mengatakan, sekuriti adalah sejenis cek berisi
pengakuan bahawa bank, syarikat atau pemerintah berhutang kepada pembawa sejumlah
tertentu dengan bunga tertentu. Pembayaran harus disegerakan setelah sampai tempohnya.
Waktu itu zakatnya wajib dibayar untuk setahun setelah sekuriti kewangan itu berada dalam
tangan. Ini adalah pendapat Malik dan Abu Yusuf.
Tetapi bila tempohnya belum sampai, maka pembayaran zakatnya tidak wajib kerana
ia merupakan hutang yang tertangguh. Begitu juga apabila belum cukup setahun dalam
pemilikannya, berdasarkan ketantuan bahawa zakat wajib apabila sudah berlalu satu tahun.
b. Pendapat kedua: Saham dan perniagaan dilihat sebagai sesuatu yang sama
Ulama-ulama besar seperti Abu Zahra, Abdur Rahman Hasan dan Khalaf, berpendapat
bahawa saham dan sekuriti kewangan adalah kekayaan yang diperjual-belikan, kerana
pemiliknya memperjual-belikan dengan menjual dan membelinya dan dari perniagaan itu
pemilik memperoleh keuntungan seperti pedagang dengan barang dagangannya kerana harga
pasaran sebenar berbeza dengan harga yang tertulis dalam perjanjian jual beli tersebut.
Berdasarkan pandangan itu maka saham dan sekuriti kewangan termasuk ke dalam kategori
barang dagang (Al-Qardhawi 1988).

4.2

Zakat Fitrah

Pengertian zakat fitrah adalah zakat yang harus di keluarkan oleh setiap muslim sama ada
lelaki atau perempuan, besar atau kecil, tua atau muda, di bulan Ramadhan sehingga
menjelang waktu solat Aidil Fitri. Dari sudut bahasa, zakat berasal dari perkataan Arab iaitu

Page | 31

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

fathara yang dapat berarti menjadikan, membuat dan mengadakan. Pengertian fitrah terdapat
pada ayat al-Qur'an surat al-Rum ayat 30 yang bermaksud :
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) firman
Allah yang ia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu tidak ada perubahan pada
firman Allah (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Surah Al-Rum 30: 30)
Zakat fitrah adalah zakat yang berfungsi mengembalikan manusia kepada fitrahnya,
yang bermaksud mensucikan diri mereka daripada kekotoran-kekotoran yang disebabkan
oleh pergaulan dan sebagainya sehingga manusia jauh daripada fitrahnya.
Hadis sahih Bukhari yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan satu
sha kurma atau satu sha gandum kepada setiap orang yang merdeka, hamba sahaya, lakilaki mahupun perempuan dari kaum Muslimin.
Hanafiah menyatakan bahawa zakat fitrah itu wajib, bukan fardhu, berdasarkan
kaedahnya yang membezakan antara fardhu dengan wajib. Fardhu merujuk kepada segala
sesuatu yang ditetapkan berdasarkan dalil-dalil qathi, sedangkan wajib adalah segala sesuatu
yang ditetapkan berdasarkan dalil zanni. Kesan daripada perbezaan ini menyebabkan orang
yang mengingkari fardhu adalah kufur dan sebaliknya orang yang mengingkari wajib adalah
tidak kufur.

4.2.1 Hikmah disyariatkan Zakat Fitrah


Hikmah diwajibkan zakat fitrah ini adalah sebagaimana Hadis sahih yang diriwayatkan oleh
Ibnu Abbas:
Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa
dari kata-kata yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata kotor, serta untuk memberi
makanan pada orang-orang miskin.
Hikmah pertama ialah berhubung dengan orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan.
Dalam berpuasa manusia tidak terlepas daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak
bermanfaat dan melakukan perbuatan yang sia-sia. Sedangkan, puasa yang sempurna ialah
puasa orang yang menjaga lidahnya dan anggota badannya. Tetapi manusia dengan
kekurangannya tidak terlepas daripada melakukan perkara berikut. Dari hal-hal berikutlah
wujudnya kewajipan berzakat fitrah diakhir bulan untuk menampung kekurangan-kekurangan
tersebut sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu akan menghilangkan sesuatu yang kotor.
Page | 32

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Hal ini dianggap sama dengan solat sunat rawatib, sebelum atau selepas solat lima
waktu, untuk menampung kelemahan-kelemahan yang wujud dalam menunaikan rukun iman
tersebut. Menurut Waki bin Jarrah, zakat fitrah pada bulan Ramadhan berfungsi untuk
menampung kekurangan puasa sama seperti konsep sujud sahwi yang berfungsi untuk
menampung kekurangan solat.
Hikmah kedua berhubungan dengan masyarakat dengan melahirkan rasa kasih dan
sayang terhadap orang yang miskin dan memerlukan. Hari raya ialah hari dimana setiap
muslim menzahirkan kegembiraan dalam setahun. Oleh itu, wajar untuk kita yang
berkemampuan membantu golongan yang memerlukan bagi bersama-sama menikmati
kegembiraan pada hari tersebut. Melalui pemberian zakat dapat mengelakkan daripada
mereka meminta-minta. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Zakat Fitrah merupakan pembersih bagi yang berpuasa dari hal-hal yang tidak
bermanfaat dan kata-kata keji (yang dikerjakan waktu puasa), dan bantuan makanan untuk
para fakir miskin."
(Hadis hasan riwayat Abu Daud)

4.2.2 Golongan Wajib Membayar Zakat


Dalam mengeluarkan zakat fitrah, tidak diwajibkan atas semua golongan kerana terdapat
golongan-golongan tertentu yang sudah ditetapkan syaratnya untuk dikenakan zakat fitrah.
Pekara ini dapat dilihat seperti didalam Hadis sahih Bukhari dari Ibnu Umar yang
bermaksud:
Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada laki-laki dan
perempuan merdeka atau hamba sahaya, segantang kurma atau segantang gandum.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Hadis di atas menunjukkan zakat fitrah
dikenakan ke atas setiap insan Muslim, tidak ada perbezaaan antara orang merdeka dan
hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak dan dewasa, kaya dan miskin, masyarakat bandar
mahupun luar bandar. Cuma yang terkecuali dari dikenakan zakat, adalah mereka yang bukan
muslim. Maka dengan ini dapatlah kita mengetahui bahawa zakat fitrah perlu dikeluarkan
oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Antara perbincangan yang terdapat dalam bahagian
ini adalah:
1. Hukum zakat fitrah terhadap isteri dan anak kecil

Page | 33

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Persoalan mengenai isteri dan anak kecil yang perlu dikenakan zakat fitrah masih menjadi
persoalan dikalangan para ulama, hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai perbezaan dalildalil yang dikemukakan dan perbezaan menurut mazhab. Misalnya pendapat dari mazhab
Zahiri yang berpegang pada pendapat Abu Hanifah iaitu, zakat fitrah wajib bagi si isteri itu
sendiri, dikeluarkan dari hartanya.
Manakala, menurut pandangan Imam Laits dan Ishaq bahawa suami wajib
mengeluarkan zakat fitrah untuk isterinya, kerana isteri masih dikira didalam nafkah suami.
Dan menurut Imam Syafii yang diambil melalui Hadis mursal:
Bayarlah zakat fitrah dari semua orang yang menjadi tanggungjawab kalian.
Pendapat jumhur ulama adalah yang paling sesuai untuk memberikan jawapan dalam
topik perbincangan ini, iaitu zakat fitrah itu wajib bagi anak kecil diambil dari hartanya
apabila ia memiliki harta dan dikeluarkan oleh walinya, dan apabila tidak mempunyai harta
maka zakat fitrahnya wajib dibayar oleh orang yang memberikannya nafkah.
2. Hukum zakat fitrah terhadap janin
Menurut jumhur ulama, kata sepakat telah dikeluarkan dengan menyatakan bahawa janin
tidak wajib untuk dizakatkan. Menurut Ibnu Hazm:
Apabila janin dalam perut ibunya telah sempurna berumur seratus dua puluh hari sebelum
terbitnya fajar malam hari raya Idil Fitri, maka wajib dikeluarkan zakat fitrah bagi dirinya.
Zakat fitrah yang dikenakan keatas janin mengikut Usman adalah sebagai istihbah
iaitu sesiapa yang membuat baik akan lebih baik baginya. Tetapi tidaklah wajib dikenakan ke
atas janin (Al-Qardhawi, 1988).
3.

Nisab zakat fitrah

Persoalan mengenai, adakah zakat perlu dikeluarkan apabila sampai nisab boleh dirujuk
kepada Hadis sahih Muslim dari Abu Hurairah RA iaitu Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:
Tidak wajib menzakatkan hamba sahaya melainkan zakat fitrahnya
Melalui ayat ini kita dapat mengetahui bahawa semua orang kaya atau miskin yang
tidak mempunyai harta apabila cukup nisab, maka perlulah dizakatkan. Pekara ini juga sama
seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
Page | 34

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang
baik
(Surah Al-Imran 3: 134)
Walau bagaimanapun, jumhur telah meletakkan syarat iaitu wajib dikenakan zakat
apabila sudah mencukupi keperluan makanan, pakaian dan keperluan sehariannya atau
terdapat lebihan dari penggunaan biasa.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Bayarkanlah zakat fitrah satu sha gandum atau bur dari setiap manusia, anak-anak atau
orang dewasa, merdeka atau hamba sahaya, kaya atau fakir, laki-laki atau perempuan. Jika
kamu sekalian kaya maka Allah akan mensucikannya, dan jika fakir maka Allah akan
mengembalikannya dengan yang lebih banyak daripada yang diberikannya.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
Dengan ini jelas bahawa Allah SWT mengenakan kewajipan zakat fitrah pada yang
kaya mahupun yang miskin adalah kerana mempunyai sebab dan akan digandakan pahalanya.
4. Syarat kewajiban zakat fitrah bagi si fakir
Para jumhur ulama mensyaratkan bahawa orang fakir wajib mengeluarkan zakat fitrah bila
dia pada hari dikenakan zakat fitrah mempunyai lebihan keperluan hariannya. Jika fakir
sekadar mempunyai tempat tinggal biasa, pakaian untuk yang dipakai untuk keperluannya
sahaja, binatang untuk digunakan keperluan dirinya sahaja dan tidak mempunyai harta
berkembang, maka tidak perlu dikenakan zakat. Namun, jika terdapat lebihan dari harta yang
boleh dikembangkan melebihi penggunaan keperluan kehidupan hariannya, maka perlulah
dia menzakatkan.
5. Hutang yang mempunyai tempoh tidak menghalang dari dikenakan zakat fitrah
Orang yang mempunyai lebihan harta hendaklah mengeluarkan zakat fitrah walaupun hanya
berhutang. Namun. apabila dia dituntut segera menyelesaikannya, maka menyelesaikan
hutang adalah diutamakan. Menurut Ibnu Qudamah, sesungguhnya hutang tidak menghalang
dari dikenakan zakat fitrah, tidak seperti zakat harta kerana zakat fitrah sangat diwajibkan
sehingga fakir pun diwajibkan. Oleh itu, dapat difahamkan zakat fitrah akan digugurkan

Page | 35

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

apabila penjelasan hutang mahu disegerakan, maka seseorang itu tidak wajib untuk
membayar zakat fitrah, malah perlu membayar hutang yang disegerakan.

4.2.3 Jenis Zakat Fitrah


1. Dalam bentuk makanan
Hadis-hadis yang ada hanya menjelaskan beberapa jenis makanan tertentu yang dikenakan
zakat iaitu kurma, gandum, anggur (kismis) dan keju. Ada juga riwayat menetapkan tepung
gandum dan juga biji-bijian. Namun, golongan Maliki dan Syafii berpendapat bahawa jenisjenis makanan ini bukan bersifat taabbuddi dan tidak dimaksudkan benda itu sendiri. Hal ini
bermaksud bahawa seseorang Muslim boleh mengeluarkan zakat fitrah daripada makanan
asas di negera masing-masing. Pada zaman dahulu, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah
dalam bentuk makanan atas dua tujuan iaitu pelakasanaannya lebih mudah kerana jarangnya
pemilikan wang pada zaman tersebut.
2. Dalam bentuk wang
Terdapat pelbagai pendapat berkaitan dengan zakat qimah ini. Zakat qimah adalah zakat yang
dikeluarkan dengan harga atau nilai.
Caranya adalah dengan berbentuk wang sebagaimana dengan makanan. Wang lebih
utama kerana ia dapat dimanfaatkan mengikut kepentingan penerima zakat. Tsauri, Abu
Hanifah dan sahabatnya membolehkan pengeluaran zakat fitrah dengan wang. Pada zaman
moden ini, zakat fitrah berbentuk wang adalah lebih mudah, praktikal dan bermanfaat
berbanding dengan zakat fitrah berbentuk makanan.
Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahwa zakat fitrah dengan menggunakan wang
adalah sah sebagaimana yang diterangkan dalam kitabnya Fiqhu al-Zakah yang bermaksud:
Pemberian dengan harganya ini lebih mudah di zaman kita sekarang ini, dan
terutama di lingkungan negara industri, dimana orang-orang tidaklah bermuamalah, kecuali
dengan uang. Dan sebagaimana pula di sebagian besar negara dan pada biasanya, lebih
bermanfaat bagi orang-orang fakir. Sesungguhnya yang tampak bagi saya, bahwa
Rasulullah SAW itu mewajibkan zakat fitrah dengan makanan, karena dua sebab: Pertama,
jarangnya mata uang di tanah Arab ketika itu, sehingga dengan memberi makanan itu, akan
lebih memudahkan bagi orang banyak. Kedua, sesunggahnya nilai mata uang itu berubah
dan berbeda daya belinya dari satu masa ke masa lain, berbeda dengan satu sha makanan
yang secara pasti mengenyangkan orang, sebagaimana makanan pada masa itu lebih mudah
bagi orang yang memberi dan lebih bermanfaat bagi orang yang menerima.

Page | 36

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Pernyataan di atas menjelaskan bahwa pada zaman sekarang wang lebih mudah dan
praktikal untuk membayar zakat fitrah. Hal ini demikian karena sebahagian besar orang orang
bertransaksi dengan wang. Selain itu juga zakat fitrah dengan wang akan lebih bermanfaat
bagi para mustahiq, dimana biasannya para mustahiq lebih banyak mendapatkan makanan
pada hari raya, sehingga mempunyai keinginan untuk dijual. Namun, apabila zakat fitrah
dikeluarkan dengan wang, maka para mustahiq dapat menggunakannya untuk membeli
sesuatu yang lain seperti pakaian dan keperluan yang lain.
Al-Quran adalah dasar hukum istinbat Al-Qardhawi (1988) yang bermaksud:
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan
doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah At-Taubah 9: 103)
Menurut Al-Qaradhawi (1988), ayat ini menunjukkan zakat pada asalnya diambil dari
harta (mal), iaitu apa yang dimiliki berupa emas dan perak termasuklah wang. Oleh itu, ayat
ini membolehkan seseorang Muslim membayar zakat fitrah dalam bentuk wang. Menurut
pandangan beliau juga sesungguhnya yang wajib adalah mencukupkan orang fakir dan
dengan menggunakan wang ianya lebih bermanfaat dan efektif.
Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan pendapat berkaitan dengan zakat qimah
(wang). Antaranya, nilai wang haruslah sama dengan 2.5 kg gandum atau kurma. Abu
Hanifah dan Abu Yusuf berpendapat bahawa zakat qimah boleh dipilih berdasarkan harga
kedua-duanya. Namun, menurut M. Yusuf Al-Qardhawi (1988), 2.5 kg perlu diambil dari
makanan asas negara yang berkualitas terbaik.
Terdapat ulama yang tidak membenarkan pengeluaran zakat fitrah dalam bentuk
wang. Imam Ahmad berpendapat bahawa zakat qimah ini tidak benar dan bertentangan
dengan Sunnah Rasulullah SAW. Ibnu Hazem pula berpendapat bahawa zakat qimah ini
bukan zakat yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Menurut pendapat Imam Syafii, zakat
fitrah dengan wang tidak dibolehkan dan harus membayar zakat fitrah dengan makanan
sebagaimana dalam kitab Al-Umm yang bermaksud:
Dan tidak boleh mengeluarkan zakat kecuali berupa biji-bijian, tidak berupa tepung kasar
dan halus juga tidak boleh mengeluarkan berupa harganya.

Page | 37

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Daripada perbincangan di atas, dapat kita fahami bahawa perbezaan pendapat ini
bergantung atas apa yang lebih bermanfaat bagi penerima zakat. Sebagai contoh, apabila
mengalami kesulitan mencari makanan, maka zakat makanan adalah lebih utama dan begitu
juga sebaliknya.

4.2.4 Jumlah Zakat Fitrah


Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan jumlah zakat fitrah yang perlu dikeluarkan.
Antaranya adalah:
1. 2.5 kg dari segala jenis makanan
Hadis Ibnu Umar RA yang bermaksud,
Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan, 2.5 kg kurma atau
gandum.
(Hadis Riwayat Jamaah)
Hadis di atas jelas menjelaskan bahawa zakat fitrah dikenakan sebanyak 2.5 kg dari
setiap jenis makanan bagi setiap individu. Imam Dahlawi berpendapat bahawa 2.5 kg adalah
cukup untuk memenuhi keperluan keluargan dan tidak terlalu membebankan bagi mereka
yang mengeluarkan zakat. Pendapat Jumhur ulama adalah berdasarkan Hadis Abu Said yang
bermaksud,
2.5 kg makanan, kurma, gandum, anggur dan keju.
Imam Nawawi mengemukakan bahawa Hadis ini mempunyai dua petunjuk iaitu
makanan bagi penduduk Hijaz adalah gandum sahaja. Petunjuk seterusnya adalah setiap
jenis makanan yang perlu dizakatkan adalah sebanyak 2.5 kg, bukan memandang dari sudut
harganya.
2. 1.25 kg tepung gandum
Abu Hanifah dan sahabatnya berpendapat bahawa jumlah zakat fitrah cukup dengan 1.25 kg
tepung gandum. Dalil-dalil Abu Hanifah dan ulama yang mempunyai pendapat yang sama
dengannya adalah seperti berikut :
Rasulullah SAW bersabda : Zakat fitrah 2.5 kg tepung gandum dari dua jenis.
(Hadis riwayat Abu Daud)
Page | 38

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Zakat fitrah 1.25 kg dari tepung gandum.


(Hadis riwayat Hakim)
Rasulullah SAW mewajibkan zakat 2.5 kg kurma atau gandum atau 1.25 kg tepung
gandum.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)
Daripada riwayat yang terkumpul, ia menjelaskan bahawa tepung gandum bukanlah
satu makanan yang terkenal semasa zaman Rasulullah SAW. Ulama berpendapat bahawa
jumlah zakat fitrah 1.25 kg tepung gandum ini adalah memadai dengan 2,5 kg gandum kerana
ketiadaan tepung gandum di Madinah pada waktu tersebut. Hadis yang menguatkan pendapat
ini adalah:
Rasulullah SAW memerintahkan zakat fitrah 2.5 kg kurma dan gandum biji, maka para
sahabat menyamakan 1.25 kg tepung gandum dengannya.
(Hadis riwayat Bukhari)
Daripada perbincangan dan penjelasan di atas, dapat kita simpulkan bahawa Hadis
berkaitan 1.25 kg tepung gandum tidak terlalu dhaif sehingga ditolak keseluruhannya. Oleh
itu, untuk mengeluarkan zakat tepung gandum, seseorang boleh mengeluarkan sebanyak 1.25
kg iaitu bersamaan dengan 2.5 kg kurma atas dasar ijtihad sahabat. Namun, mengeluarkan
zakat sebanyak 2.5 kg tepung gandum dapat menjamin keselamatan dan mengelak dari
kekhilafan serta mengikut jejak Rasulullah SAW (Al-Qardhawi, 1988)
3. Melebihi 2.5 kg
Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahawa zakat fitrah yang melebihi dari batas yang
diwajibkan tidak menjadi masalah malah merupakan satu kebaikan. Firman Allah SWT yang
bermaksud,
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang
ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya.
(Surah Al-Baqarah 2: 184)
Ayat di atas merupakan penjelasan tentang fidyah puasa iaitu dengan memberi makan
orang miskin.

Page | 39

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

4.2.5 Waktu Membayar Zakat Fitrah


Hukum membayar zakat fitrah adalah berbeza-beza mengikut waktu zakat tersebut
dikeluarkan. Hukum tersebut boleh menjadi wajib, afdhal, sunat, makruh, dan malahan boleh
menjadi haram.
Zakat wajib dikeluarkan apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit
matahari pada keesokan harinya. Waktu yang paling afdhal mengeluarkan zakat fitrah ialah
sebelum solat sunat hari raya. Sepanjang bulan Ramadhan adalah disunatkan untuk
pembayaran zakat fitrah. Hukum menjadi makruh sekiranya pembayaran zakat dibuat selepas
solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal. Selepas terbenam
matahari satu Syawal adalah haram zakat fitrah.

4.2.6 Golongan Yang Berhak Menerima Zakat


Zakat fitrah tidaklah sama dari segi konsepnya, tujuannya dengan zakat harta. Kedua zakat
ini mempunyai perbezaan dari segi istilah dan tujuannya. Oleh itu, sudah tentu terdapat
perbezaan dari segi pengagihan kepada golongan yang berhak menerima zakat fitrah ini.
Mengikut para ulama pula, mereka telah mencapai kata sepakat bahawa zakat fitrah ini perlu
dibahagikan kepada fuqara Muslimin, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Cukupkanlah mereka (orang-orang fakir miskin) pada hari ini (hari raya puasa).
(Hadis riwayat Imam Al-Baihaqi dan Daruqutni)
1. Perbezaan pendapat mengenai hak penerimaan zakat fitrah pada fakir zimmi
Dalam penentuan mengenai fakir zimmi dibolehkan menerima zakat fitrah atau tidak, para
ulama berpendapat bahawa golongan ini tidak dibolehkan menerima zakat fitrah manakala
bagi pendapat Abu Hanifah pula, beliau berpendapat bahawa hal itu dibolehkan. Perkara asas
perbezaaan pendapat dari yang tidak dibolehkan dan juga dibolehkan adalah dari persoalan
mengenai adakah zakat fitrah itu diberikan untuk yang fakir sahaja, atau untuk yang fakir dan
Islam.
Mengikut segolongan ulama, mereka mensyaratkan ahli zimmi yang dibolehkan
menerima zakat fitrah ini adalah dari mereka yang terdiri daripada pendeta. Seperti riwayat
Ibnu Syaibah yang menyatakan bahawa Abu Maisarah memberikan zakat fitrah kepada para
pendeta. Amr bin Maimun, Amr bin Syurahbil dan Murrah Hamdani memberi zakat fitrah
sebahagian kepada para pendeta.
Page | 40

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Namun demikian, zakat fitrah ini hanya boleh diberikan kepada ahli zimmi setelah
segala fakir miskin orang Islam telah dipenuhi terlebih dahulu.
2. Adakah zakat fitrah dibahagikan kepada lapan asnaf
Mengenai persoalan adakah zakat fitrah ini layak diterima atau tidak oleh lapan golongan
asnaf ini telah menjadi isu yang dibincangkan dan terdapat perbezaan pandangan oleh setiap
mahzab. Menurut Mazhab Syafii, zakat fitrah wajib diserahkan kepada golongan yang
berhak menerima zakat, mereka wajib diberi dengan adil dan rata. Manakala menurut mazhab
Ibnu Hazm, zakat fitrah yang diberikan sendiri oleh pengeluar zakat, maka tidak terdapat
bahagian petugas dan gugurnya bahagian muallaf kerana urusan mereka adalah dibawah
tanggungjawab penguasa.
Pendapat Ibnu Qayyim pula, beliau menyatakan bahawa zakat fitrah ini adalah layak
untuk orang-orang miskin sahaja, hal ini demikian kerana, beliau menyatakan bahawa Nabi
SAW tidak pernah membahagikan zakat fitrah kepada golongan lapan asnaf dan tidak pula
menyuruh untuk diberikan dan tidak pula dilakukan oleh para sahabat dan orang-orang
selepasnya.
Bagi Mazhab Maliki pula, beliau menyatakan bahawa zakat fitrah itu hanyalah
diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Zakat fitrah tidak akan diberikan kepada
petugas zakat, muallaf, orang yang berhutang dan orang yang berperang kecuali jika
seseorang itu adalah benar-benar fakir.
Oleh itu dapatlah disimpulkan disini, bahawa didalam pengagihan zakat fitrah ini
terdapat tiga sudut pandangan yang berbeza, iaitu sudut pandangan dari mazhab Syafii,
Maliki dan jumhur ulama. Bagi imam Syafii, beliau berpandangan bahawa zakat fitrah ini
wajib dibahagikan kepada lapan golongan asnaf. Manakala bagi pendapat imam Maliki,
beliau menyatakan bahawa zakat fitrah ini adalah wajib untuk golongan yang fakir sahaja.
Dan pendapat jumhur ulama pula, mereka membolehkan zakat fitrah ini dibahagikan kepada
golongan lapan asnaf tetapi setelah tuntutan kepada fakir dipenuhi terlebih dahulu (AlQardhawi, 1988).

4.3 Praktis Zakat di Malaysia


Terdapat beberapa perbezaan antara zakat yang dinyatakan dalam buku hukum zakat dengan
zakat yang dilaksanakan di Malayisa. Antara zakat yang dilaksanakan di Malaysia yang tidak
Page | 41

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

dinyatakan dalam buku tersebut adalah zakat wang simpanan. Wang simpanan termasuklah
wang yang disimpan dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa,
amanah saham nasional berhad dan lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana
institusi kewangan. Zakat wang simpanan ini dikenakan keatas jumlah baki terendah dalam
tempoh setahun simpanan (Pusat Pungutan Zakat, 2014). Ia juga hanya dikenakan apabila
jumlah wang simpanan menyamai atau melebihi nisab yang telah ditentukan.
Selain itu, zakat kumpulan wang simpanan pekerja. Wang tersebut adalah wang
simpanan milik individu sepanjang tempoh perkhidmatan yang telah mencukupi semua
syarat-syarat wajib zakat kecuali sempurna milik. Oleh yang demikina,caruman kumpulan
wang simpanan pekerja hanya diwajibkan zakat apabila ia dikeluarkan daripada simpanan
tersebut. Zakat ini berkonsepkan zakat simpanan atau zakat wang. Kewajipan zakat simpanan
ini adalah bersandarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud,
".....Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan)
azab seksa yang tersangat pedihnya. (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan
hartabenda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan rusuk
mereka, serta belakang mereka (lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah apa yang kamu
simpan untuk dirimu sendiri, oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan itu."
(Surah At-Taubah 9: 34-35)
Namun, terdapat juga persamaan pelaksanaan zakat seperti yang dinyatakan dalam buku
Hukum Zakat dengan apa yang dilaksanakan di Malayisa. Antaranya adalah zakat saham.
Saham didefinisikan sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi
perdagangan khususnya di Bursa Malaysia. Zakat saham dikenakan keatas saham-saham
yang disenaraikan. Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada
dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang
dijual beli untuk tempoh kurang daripada setahun. Bagi saham-saham berbentuk pelaburan
jangka panjang iaitu melebihi setahun, maka zakat dikira keatas jumlah lot yang dipegang
dengan harga terendah seunit.
Zakat yang lain yang juga dilaksanakan di Malaysia adalah seperti zakat pendapatan.
Zakat gaji dan pendapatan diisitilahkan sebagai zakat Al-Mal Al-Mustafad iaitu zakat yang
bersumberkan gaji dan pendapatan professional. Zakat gaji dan pendapatan ini termasuklah
segala jenis pendapatan seperti gaji, upah, bonus, elaun, pencen dan lain-lain bentuk
perolehan semasa hidup, bersara atau mati.
Page | 42

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

5.1

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa zakat telah diwajibkan di Madinah dan diterangkan
batas-batas serta hukum-hukumnya. Zakat adalah sutu sistem Islam yang unik. Zakat
merangkumi sistem kewangan, ekonomi, sosial, politik, moral dan agama secara tidak
langsung.
Zakat dikategorikan sebagai sistem kewangan dan ekonomi kerana zakat merupakan
cukai harta yang ditentukan. Ia dapat dikategorikan sebagai cukai kepala iaitu zakat fitrah dan
sebagai cukai harta yang dipungut dari modal dan pendapatan. Zakat adalah sumber
kewangan baitulmal dalam Islam yang berterusan. Zakat digunakan untuk membebaskan
setiap orang dari kesusahan dan menyempurnakan keperluan mereka dalam bidang ekonomi
dan lain-lain. Zakat juga merupakan satu cara yang praktis untuk pengumpulan kekayaan dan
menjadikannya sebagai satu harta yang berkembang.
Zakat adalah sistem sosial kerana ia berfungsi menyelamatkan masyarakat yang
kurang bernasib baik bagi menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Golongan
yang bernasib baik akan membantu golongan lemah dan sekaligus merapatkan jurang sosial
sesama muslim. Zakat juga berfungsi sebagai satu sistem politik kerana pada asalnya
negaralah yang mengelola pemungutan dan pembahagiannya terhadap sasarannya dengan
menitikberatkan unsur keadilan. Hal ini dilakukan dengan menggunakan perantaraan yang
dipercayai iaitu amil zakat.
Zakat juga dapat dikategorikan sebagai sistem moral kerana zakat bertujuan
membersihkan hati orang kaya dari riak dan pentingkan diri. Zakat membersihkan golongan
ini dengan melakukan pengorbanan dan memahami penderitaan orang lain dengan melakukan
amal. Tidak dapat disangkal lagi bahawa zakat adalah sistem agama Islam. Zakat merupakan
salah satu daripada rukun Islam yang wajib dipatuhi dan diamalkan dalam kehidupan
seharian mukmin. Ianya satu ibadah yang penting untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
bagi mendapatkan keberkatan-Nya.

6.0

Rujukan

Lembaga Zakat Selangor. (2014). Pengertian Zakat. Retrieved at May 7, 2015 from
http://www.zakatselangor.com.my/.
M. Yusuf Al-Qardhawi. (1998). Hukum Zakat. Singapura: Penerbitan Pustaka Nasional Pte.
Ltd.
Page | 43

BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT

Mujaini Tarimin. (1990). Zakat Pertanian: Sistem dan Pelaksanaannya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Pungutan Zakat. (2014). Jenis Zakat. Retrieved at May 6, 2015 from
http://www.zakat.com.my/.
Yusuf Al-Qardhawi. (1994). Fatwa Masa Kini. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Zamihan Hj Mat Zin Al-Ghari. (2013). Bahaya penyelewengan syiah. Kuala Lumpur: Majlis
Penjelasan Fatwa 2013.

Page | 44

Anda mungkin juga menyukai