Anda di halaman 1dari 35

ANALISIS

SAHSIAH
SAYYIDINA ALI
Nurul Anisah Md Shah
PISMP PAI SEM 6

BIODATA
Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul
Mutalib
Tarikh lahir :10 tahun sebelum Nabi
menjadi rasul 601 masihi
Tempat dilahirkan: Dalam kaabah di
Mekah Al-Mukarramah
Jawatan : Khalifah ke-4 daripada
Khalifah Ar-Rasyidin
Tarikh Menjadi Khalifah: Tahun 35
Hijrah 655 M

Tempoh Pemerintahan : 4 tahun


Wafat : pada umur 63 tahun.
Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun
41 Hijrah 661 Masihi
sebab Kewafatan : Dibunuh oleh
Abdul Rahman bin Muljim di Bandar
Kufah
Gelaran : Karramahu wajhah, Abu
Turab, Haidarah(singa), abu Hassan
Keturunan Bani Hasyim

PERWATAKAN
Menurut As-Syabi dalam Mahmud
Syakir(2004) mengatakan bahawa
Aku pernah melihat Ali. Dia
berjambang lebat dan berkepala
separuh botak.
Menurut Mahmud Syakir(2004)
mengatakan bahawa dia mempunyai
mata yang besar dan bulat, berperut
buncit dan kepalanya separuh botak.

Yunus bin Abu Ishaq telah


meriwayatkan bahawa :
Aku pernah melihat Ali. (Pada
suatu hari) bapaku telah
berkata : Bangkitlah wahai
Amru dan lihatlah Amirul
Mukminin. Aku pun bangun
dan memandangnya. Apa yang
aku lihat beliau adalah seorang
lelaki yang memiliki janggut
dan jambang yang lebat.

Menurut Alexander,2001
Tubuhnya agak rendah dan gemuk

(berisi).
Kedua bahunya lebar.
Tangannya berurat.
Dadanya lebar dengan perut yang
agak besar.
Jari-jemarinya halus tetapi kuat.

Matanya lebar, bundar, hitam dan


sayu.
Raut wajahnya menarik dan selalu
tersenyum.
Berkulit sawo matang.
Kepalanya culah.
Ketika berjalan banyak condong ke
depan.
Pergerakannya lincah dan tangkas.

SEMASA KELAHIRANNYA
Setelah cukup masanya, Fatimah pergi
berdoa di hadapan Kaabah.
Saidina Ali dilahirkan di dalam Kaabah.
Kelahiran dalam Kaabah itu adalah yang
pertama dan terakhir dalam sejarah umat.
Fatimah menamakan bayi lelaki itu
Haidarah, yang bermaksud singa.
Rasulullah SAW tiba selepas itu lalu
menamakannya pula sebagai Ali. Ketika itu
Rasulullah berusia tiga puluh tahun.

ABU TURAB
Gelaran ini diberi oleh Rasulullah SAW
bermakna Bapak Pasir/ Debu/ Tanah.
Gelaran ini diperolehi kerana
Rasulullah tersua Saidina Ali yang
sedang berbaring di atas tanah di
Masjid Nabawi lalu terus dipanggil
baginda, Ya Abu Turab. Kemudian
Rasulullah menyapu tanah yang
melekat di punggung Saidina Ali.

Dalam peristiwa lain, Saidina Ali


pernah tidur di bawah sebatang
pokok kerana letih berperang.
Dia baring di atas tanah tanpa
beralaskan apa-apa. Rasulullah
kejutkannya dengan memanggil
nama tersebut.

Ketika Marah
Saidina Ali jika merasa marah
dengan isterinya (Fatimah- anak
Rasulullah), dia diam sahaja lalu
membawa hati dengan pergi ke
masjid dan berbaring di atas tanah.
Sekiranya Rasulullah melihat
keadaan ini, tahulah baginda yang
Saidina Ali ada krisis dengan
isterinya yang memerlukan bantuan
baginda.

KELUARGA RASULLULLAH
Mempunyai hubungan kekeluargaan
yang rapat dengan Rasulullah SAW
Adalah sepupu dan menantu
Rasulullah
Sejak kecil tinggal bersama
Rasulullah dan dididik oleh Baginda
Banyak mewarisi keperibadian dan
akhlak Rasulullah
Sangat mencintai dan menyayangi
Rasulullah

KANAK-KANAK
PERTAMAMEMELUK ISLAM
Memeluk Islam ketika berumur 8/10 tahun
Terkenal dengan panggilan Karramallahu
Wajhah bermaksud ALLAH SWT
memuliakan wajahnya keranabeliau tidak
pernah menyembah berhala
Tidak pernah dikotori keburukan jahiliah
Mentaati dan tidak pernah membantah
Rasulullah
Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk
syurga

SEORANG CENDIKIAWAN
TERULUNG
Seorang yang berpandangan jauh dan
berfikiran dalam.
Ini memudahkan beliau berinteraksi dalam
mesyuarat dan menyelesaikan masalah yang
rumit.
Berfikiran luas dan cerdas dalam menghadapi
sesuatu keadaan.
Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti
bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman
Sehingga digelar gedung ilmu

KETINGGIAN ILMU
Setiap tutur kata dan perwatakannya
menggambarkan masih banyak lagi
kehebatan, kepintaran dan
kebijaksanaannya yang terpendam.
Amat rapat dengan fakir miskin dan sangat
menghormati, dan membantu dalam apa
jua kesulitan dan kesusahan.
Cekap mengemukakan pendapat terhadap
kes-kes tertentu
Seorang ulama terkemuka ; segala masalah
dan hukum hakam yang dirujuk kepadanya.

1)Pewarisan bagi Khunsa


Pewaris ialah seorang khunsa maka dia
akan mewarisi sesuatu harta bergantung
pada saluran pembuangan air kecilnya.
Sayyidina Ali telah berkata : Orang
khunsa diberikan warisan mengikut
saluran kecilnya. Tetapi sekiranya dia
membuang air kecil melalui kedua-dua
saluran maka dia hendaklah diberikan
setengah lelaki dan setengah warisan
perempuan

2) Talak hamba
Perempuan
Umum : seorang suami mempunyai tiga
talak atas isterinya yang bebas
merdeka(bukan hamba) tidak kira sama
ada suami itu orang merdeka atau hamba.
Tetapi bagi isterinya taraf hamba maka
talak ke atasnya cumalah dua talak sahaja
Rasullullah s.a.w bersabda yang
bermaksud : Talak hamba perempuan
adalah dua talak dan edahnya pula adalah
dua kali haid.

Dua lelaki datang bertemu Umar AlKhattab.


Umar tidak terus menjawab tetapi segera
bangkit berjalan menuju ke masjid dan
berhenti bersebelahan dengan lelaki
yang kepalanya separuh botak. Umar
bertanya pada lelaki itu: Wahai tuan,
berapakah talak seorang hamba
perempuan? Lelaki tersebut
mendongakkan kepala memandang
Umar lalu mengisyaratkan dengan dua
jarinya. Umar pun berkata pada dua
orang lelaki tadi: Dua talak.

Salah soerang daripada dua lelaki itu


bersuara : subhanallah! Kami datang
bertanya pada tuan, tetapi tuan pula telah
berjalan bersama kami lalu berhenti pada
lelaki itu. Dan tuan pun menerima bulatbulat apa yang diisyaratkannya.
Umar berkata: Tahukah kamu siapa lelaki
ini? Jawab mereka: Tidak. Kata Umar:
inilah Ali bin Abu Talib. Aku sendiri akan
menjadi saksi bahawa aku pernah
mendengar Rasullullah s.a.w bersabda yang
bermaksud Kalaulah tujuh petala langit
dan iman Ali ditimbang di atas neraca
nescaya timbangan Alilah yang lebih berat.

PEMERINTAH YANG ADIL DAN


KREATIF
Dilantik oleh Rasulullah menjadi hakim di
Yaman.
Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang
kreatif serta tabah.
Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.
Menubuhkan pasukan polis diberi nama Assyurtah
Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan
perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah
sebelumnya

PENGORBANAN DAN JASA

Jurutulis Perjanjian Hudaibiah.


Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq).
Mengembangkan ilmu Islam.
Pensihat dalam bidang kehakiman kepadaketigatiga khalifah Ar-Rasyidin.
Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huruhara
Menjadi hakim di Yaman.
Penulis wahyu.
berusaha menyatupadukan umat Islam yang
sedang berpecah.

KEPERIBADI
AN
SAYYIDINA

BENCI PADA PERSELISIHAN


Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib
r.a bahawa beliau pernah berkata :
Laksanakanlah (perpaduan) seperti
yang telah kamu lakukan.
Sesungguhnya aku amat benci pada
perselisihan. (Aku tidak akan masuk
campur) sehinggalah semua orang
bersatu padu atau aku mati seperti
sahabat-sahabat yang mati (syahid).
Riwayat Bukhari

PAKAIAN
Ata Abu Muhammad pernah berkata : Aku
pernah melihat Ali memakai sehelai baju yang
buruk dan usang(seolah-olah tidak dibasuh).
Diriwayatkan daripada Al-Hurru bin Jurmuz
bahawa bapanya pernah berkata : Aku telah
Ali semasa beliau keluar dari istana khalifah.
Beliau memakai sehelai jubah yang amat
usang sambil memegang tongkat. Beliau
terus berjalan ke pasar lalu menyuruh orang
ramai supaya bertakwa pada Allah dan
memperelokkan urusan jualbeli.

Yazid bin al-Harith bin Bilal al-Fazari


meriwayatkan : Aku pernah melihat
Ali memakai kopiah Mesir yang
bewarna putih. Abu Isyaq asSyaibani menjelaskan : Aku telah
terbaca perkataan Muhammad
Rasullullah yang tertulis pada cincin
Ali sewaktu beliau mengadakan
perjanjian damai dengan tentera
Syam

RUMAH KEDIAMAN
Penuh dengan kekurangan &
bersederhana.
Ata meriwayatkan bahawa Ali pernah
berkata : Kami pernah ketiadaan
makanan selama beberapa hari. Begitu
juga dengan Nabi s.a.w Aku pun keluar
dari rumah lalu terjumpa wang satu
dinar di tengah jalan. Aku termenung
beberapa ketika memikirkan samaada
mahu mengambil atau membiarkannya.

Aku segera menemui penjual


gandum dan membeli seuncang
gandum darinya. Kemudian aku
terus pulang ke rumah lalu
menyerahkan uncang itu pada
isteriku, Fatimah. Aku berkata
padanya : Kisarlah tepung dan
bakarlah roti. Dia menurut kata.
Selepas berkata semikian aku pun
menemui Rasullullah dan
menceritakan padanya hal itu.

KEPERWIRAAN
Kekuatan dan keperkasaan yang tidak
terhingga. Hanya dapat disaksikan
semasa beliau bertempur.
Mempunyai semangat juang yang
sangat tinggi sehingga pihak lawan
terpaksa memperakuinya.
Semua medan pertempuran beliau
sertai antaranya Badar, uhud,
Khandak, Khaibar dan lain-lain lagi
melainkan perang Tabuk.

Ketika itu, Nabi Muhammad mengarahkan


beliau untuk menjaga keselamatan
keluarga baginda dan keluarga beliau
sendiri.
Menggunakan pedangnya bernama
Zulfakar (terdapat ulama mengatakan
ianya RAJA SEGALA BESI)
Terkenal dengan kepahlawanannya
semasa berjuang dengan Rasullullah s.a.w
Selalu menjadi pembawa bendera dalam
banyak peperangan.
Kehadirannya banyak membuahkan
kemenangan dengan izin Allah.

PEMUDA YANG BERANI


Terkenal dengan sifat gagah berani di
medan perang
Semasa peperangan Khandak telah
dicabar berlawan satu sama satu
dengan pahlawan Quraisy bernama
Amru bin Wahid.
Berjaya menewaskannya walaupun
Amru lebih berpengalaman.

ZUHUD
Beliau adalah seorang yang amat
zuhud
Anak beliau, Hassan Pernah
menceritakan : Demi Allah, dia tidak
pernah menyimpan wang emas atau
perak. Dia cuma ada tujuh atau
lapan dirham sahaja dan itu pun
telah diberikan kepada seorang
hamba perempuan.

Seorang yang sangat merendah diri.


Beliau tidak suka membeli sesuatu
barang daripada peniaga yang kenal
rapat denggannya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari


Sayyidina Ali telah pergi ke pasar
untuk menjual pedangnya. Beliau
berkata : Kalaulah aku memiliki
empat dirham sahaja nescaya aku
tidak akan menjualnya.
Hasan bin Soleh pernah bercerita :
Ramai orang sedang berbincang
tentang orang-orang yang zuhud di
hadapan Umar Abdul Aziz. Umar
berkata: Manusia yang paling zuhud
di dunia ini ialah Ali bin Abu Talib.

RENDAH DIRI
As-Syabi meriwayatkan bahawa Ali
r.a pernah berkata : Aku telah
mengahwini Fatimah binti
Muhammad. Aku tidak punya suatu
apa pun melainkan sebuah tilam
daripada bulu kambing sebagai
tilam untuk kami tidur di malam hari
dan sebagai tikar pada siang hari.
Aku tiada pembantu selain isteriku.

http://indahnyapendidikanislam.blogspot.c
om/2011/12/saidina-ali-bin-abu-talib-pemu
da-yang.html
diakses pada 30hb 6 2013 ditulis oleh
Mohd Amin bin Hassan pada Monday 12
Dec 2011
http://abuzulfiqar.tripod.com/id36.html di
akses pada 28hb 6 2013 pukul 10.08 pagi.
Di tulis oleh Alexanderwathern 2001
Mahmud Syakir (2004) Biografi Gemilang :
Ali bin Abu Talib(Abu Turab). : Penerbit :
Jasmine enterprise

Anda mungkin juga menyukai