Teks ini saya buat untuk Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah saya. Bolehlah buat panduan bagi sesiapa yang ditugaskan menjadi pengacara majlis.. Bukanlah bagus sangat.. tapi
bolehlah.. cuma edit lah untuk kesesuaian.
**************(rehat)
Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang bertajuk Damai Yang Hilang Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah
bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*********(persembahan nasyid)
Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.
Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah
KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah
seterusnya.
Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu Mini Konvokesyen. Untuk menyempurnakan majlis,
dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.
Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :
********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.
Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan
dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************(Persembahan rekoder)
Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap
bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.
Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis
menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan majlis.
(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5
Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Kelas 4 Arif
Tempat pertama: Intan Suraya bt. Johari
Tempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. Rodzi
Tempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol
Kelas 4 Bestari
Tempat pertama: Hanesya Hezanea bt. Hafifi
Tempat kedua : Muhd. Faizal B. Abdullah
Tempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi
Kelas 5 Arif
Tempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri
Tempat kedua : Nursyazwani bt. Shahidan
Tempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi
Kelas 5 Bestari
Tempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
Tempat kedua : Nur Hidayah bt. Yusnizal
Tempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin
Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:
Tahun 4:
Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)
Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)
Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)
Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)
Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)
Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)
Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)
Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)
..
Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000 tahun lagi.Beliau
telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang dimaksudkan dan
dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis.
Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.
Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain...insyaAllah
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.
Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....
Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS 2010.
Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus
revolusi dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan kecemerlangan SKPBS.
*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik..................