Pantang Larang Orang India
Pantang Larang Orang India
Perkahwinan kaum india di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil
tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat banyak adat dan
pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan.
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas
kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal
pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu
disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan
bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya
daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya, pada zaman moden sekarang ramai kaum india juga terus
mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini
membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india.
Tidak boleh makan lembu sebab lembu dikira sebagai haiwan yang suci.
Jangan potong kuku malam-malam nanti lambat kahwin.
Mimpi ular membawa maksud yang tidak baik.
Haruslah mengawal rasa marah, kerana rasa marah itu boleh membinasakan.
Haruslah menjaga lidah kerana dipercayai kata-kata seseorang boleh membunuh.
Tidak boleh memotong rambut pada hari Jumaat.
Apabila sudah berkahwin wanita haruslah sentiasa memakai thali dan pottu
yang berwarna merah, menandakan sudah berkahwin. Warna hitam menandakan
belum berkahwin.