Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN NAIB SETIAUSAHA

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI V


(INTERAKSI PROFESIONAL DENGA GURU CEMERLANG)
Sebelum
Program Bina Insan Guru Siri V iaitu Interaksi Profesional Dengan Guru
Cemerlang yang harus dilengkapkan pada semester ini telah dijalankan dengan
menemu bual guru cemerlang SM Sains, Kuching iaitu Pn Hjh Bt Khatib, Cik Rabiah
Bt Hj Ghani dan Cik Rozita Zin. bagi program kali ini, saya dipertanggungjawab
untuk memegang jawatan Naib Setiausaha bagi interksi professional dengan guru
cemerlang seperti yang dirancang.
Sebelum melakukan lawatan ke sekolah berkenaan, saya melaksanakan
pelbagai tugas di bawah bidang tugas sebagai setiausaha. Tugas pertama yang
dilaksanakan adalah berbincang dengan guru cemerlang menerusi panggilan telefon
untuk memaklumkan aktiviti yang dicadang untuk memenuhi kehendak program
Bina Insan Guru pada semester ini.
Seterusnya, tuga kami adalah menyiapkan kertas kerja bagi program interaksi
professional dengan guru cemerlang. Kertas kerja dibuat sebelum mengadakan
lawatan penanda aras dngan bimbingan dari pensyarah dan pengerusi lawatan
sendiri.
Setelah selesai menyiapkan kertas kerja lawatan, kami menyiapkan surat
bagi memohon kebenaran melaksanakan lawatan daripada pengarah institute. surat
memohan kebenaran tersebut dikepulkan bersama dengan cadangan kertas kerja
yang dihasilkan. dalam prosedur ini kami banyak menerima bantuan daripada
pensyarah dan pihak hal ehwal murid. setelah diluluskan oleh pengarah institute,
tugas kami yang seterusnya adaah menyiapkan surat kepada guru cemerlang
menerusi pengetua sekolah yang ingin ditemu bual,
Semasa
Semasa lawatan dijalankan, tugas saya sebagai naib setiausaha tidak begitu
banyak. Cuma pada lawatan yang dibuat, kami hanya mencatat perkara penting
yang ingin kami perolehi semasa mengadakan interksi professional degan guru

cemerlang. Kami juga meminta pendapat dan bertanya soalan kepada guru
cemerlang mengenai beberapa kemuskilan yang kami ingin ketahui.
Selepas
Setelah selesai mengadakan lawatan penanda aras berkenaan, kami telah
menyelaraskan format untuk menyediakan laporan bagi setiap ahli jawatankuasa
serta format membuat refleksi bagi setiap individu setelah berbincang bersama
pengerusi lawatan.

Disediakan oleh:

(LYLIAN CHING MANJAN)


Naib Setiausaha,
Program Bina Insan Guru Siri VI-Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai