Anda di halaman 1dari 1

EKSPERIMEN 2: BEBASKAN SAYA!

PERNYATAAN MASALAH:
Adakah isipadu gelas akan mempengaruhi tempoh nyalaan lilin?
TUJUAN PENYIASATAN:
Untuk mengkaji hubungan di antara isipadu gelas dengan tempoh nyalaan lilin.
HIPOTESIS:
Jika isipadu gelas bertambah, maka tempoh nyalaan lilin bertambah.
PEMBOLEH UBAH
a) Dimalarkan
b) Dimanipulasikan
c) Bergerakbalas

: Saiz lilin
: Isipadu gelas
: Tempoh nyalaan lilin

BAHAN DAN RADAS:


1. Dua batang lilin
2. Pemetik api
3. Dua biji gelas berlainan isipadu
LANGKAH-LANGKAH:
1. Bahan dan radas disediakan seperti dalam rajah di bawah.
2. Kedua-dua lilin dinyalakan serentak.
3. Kemudian, kedua-dua lilin ditutup serentak dengan menggunakan dua biji
gelas berbeza isipadu.
4. Pemerhatian dicatatkan.
PEMERHATIAN:
Lilin dalam gelas A lebih cepat padam berbanding lilin dalam gelas B.
INFERENS:
Kerana isipadu gelas B mempunyai kandungan gas oksigen yang lebih banyak
berbanding dalam gelas A.
KESIMPULAN:
Semakin bertambah isipadu gelas, semakin lama lama tempoh nyalaan lilin.
Hipotesis diterima.

Anda mungkin juga menyukai