Anda di halaman 1dari 3

BAB 4 - CARA PENYAMBUNGAN AYAT

1. Terdapat 4 bentuk penyambungan : Ayat-ayat tunggal/selapis pendek boleh disambung


menjadi :
Ayat selapis yang lebih panjang
Ali itu adek saya. Ia baharu masok sekolah
Sa-malam ia memanjat jambu. Ia bersama
dengan sa-orang budak lain. Pokok jambu itu
di-belakang sekolah.

Ali, adek saya itu, baharu masok sekolah.


Sa-malam ia dengan sa-orang budak lain
telah memanjat jambu di-belakang sekolah
itu.

Ayat berlapis
Ali berpegang kapada suatu dahan lapok.
Ali berpegang kapada suatu dahan lapok,
Dahan itu patah. Ali pun jatoh bersama-sama lalu patah dahan itu dan Ali pun jatih
dahan itu.
bersama-samanya.
Ayat berkait
Ia tiada chermat. Ia terpegang kapada suatu
dahan lapok. Dahan itu patah. Ia jatoh
bersama-sama dahan itu.

Oleh sebab ia tiada chermat ia telah


berpegang kapada suatu bahan lapok.
Apabila terpegang sahaja dahan itu pun patah
dan Ali pun jatoh bersama-samanya.

Ayat bercampur (Tidak dinyatakan contoh, hanya pembaca diminta merujuk Pelita Bahasa 1,
halaman 277)
- Penyambungan ayat dibuat bergantung kepada isi-isi yang munasabah, dengan
menggunakan persambungan penambah ( kata sendi, kata hubung dsb).
- Latihan disediakan

2) Menyambung ayat selapis menjadi ayat selapis yang panjang


Zaaba menerangkan bahawa ayat pendek selapis boleh disambung-sambungkan juga menjadi
ayat selapis yang lebih panjang. contoh :
- Dengan mengubah satu ayat pendek menjadi nama saingan, yang mana menerangkan
kepada kepada salah satu nama dalam ayat baharu itu.
Hassan ini abang saya. Ia sudah dapat kerja
sekarang.

Hassan, abang saya ini, sudah dapat kerja


sekarang.

-Dengan membuang salah satu benda(subjek) dan ceritanya (predikat) dijadikan sifat
menerangkan salah satu bahagian dalam ayat yang dikekalkan itu. cth :
Ia ada empat orang anak. Keempat-empat
orang anaknya maseh kechil lagi.
Ia pergi ka-kedai. ia bersama-sama abangnya.
Ia hendak membeli pisang.

Ia ada empat orang anak maseh kechil-kechil


belaka.
Ia pergi ka-kedai bersama-sama abangnya
hendak membeli pisang.

3) Menyambung ayat menjadi ayat berlapis


Ayat-ayat pendek selapis jika hendak disambung hendaklah menggunakan penyaambung ayat
(Kata sendi, kata hubung).
Saya ambil tongkat itu. Saya pukulkan
tongkat itu kapada-nya.
Dia menjerit oleh kesakitan. Dia tidak lari.
Dia tidak melawan.

Saya ambil tongkat itu lalu saya pukulkan


kapada-nya
Dia menjerit oleh kesakitan, tetapi dia tidak
lari dan tidak melawan

4) Menyambungkan menjadi ayat berkait


Ayat-ayat selapis jika hendak disambung menjadi ayat berkait, salah satu daripada ayat-ayat
selapis tersebut akan menjadi ayat besar, ayat lain menjadi ayat kecil, di mana kata sendi
penambat dimasukkan sahaja, ayat-ayat kecil menjadi penuboh kepada ayat besar.
Buku itu sudah hilang. Buku itu saya
pinjamkan kapada-nya sa-malam.
Ia tiba petang esok. Masa itu panggil-lah saya
segera.

Buku (yang saya pinjamkan kapada-nya samalam ) sudah hilang.


(Apabila ia tiba petang esok) panggillah saya
segera)

5) Menyambung menjadi ayat bercampur


Ayat-ayat selapis boleh disambung-sambungkan menjadi ayat bercampur sekiranya
menggunakan persambungan ayat berlapis dan ayat berkait sekali dirangkaikan dalam satu
ikatan itu. Ini akan menjadikan berangkai-rangkai ayat berlapis dengan ayat berkait, atau ayat
berlapis dengan ayat berkait, atau ayat berkait dengan ayat berkait.
Barangkali awak tidak ada kerja apa-apa esok
pagi. Datang-lah tolong saya. Saya
membasuh rumah.
Kitab itu nama-nya besar. Bilangan mukanya
banyak. Isi-nya tiada berapa baik. Kitab
y6ang demikian tidak di-hitongkan kitab
besar dengan sabenar-nya.

Kalau awak tidak ada kerja apa-apa esok


pagi, datanglah, tolong saya membasoh
rumah.
Jika suatu kitab itu nama-nya sahaja besar
atau bilangan mukanya sahaja yang banyak
tetapi isinya tidak berapa baik, maka tidaklah di-hitongkan kitab demikian itu besar
dengan sabenar-nya.

- Latihan disediakan
6) Disertakan contoh cerita-cerita /karangan yang menggunakan ayat-ayat pendek yang
disambungkan ayat-ayat tersebut. Tujuannya untuk memanjangkan sedikit cerita tersebut,
serta menjadikan ayat-ayat tersebut lebih gramatis dan sedap dibaca.
cth : i) Budak Berkehendakkan Bulan
ii) Kuching dengan Ikan Panggang
- Latihan menulis semula cerita pendek disediakan
i) Budak Hilang Duit
ii)Orang Miskin Membeli Ubi

Anda mungkin juga menyukai