Anda di halaman 1dari 88

TEORI PERKEMBANGAN

psikomotor Group A

Home

Free Template

Edit

Edit

BaKAL pEnDiDik Akan DaTang

Teori Kematangan Arnold Gesell, Robert Havighusrt Dan G. Stanley Hall

Author: teori perkembangan | | at 6:49 AM |

1.0 Pengenalan
Setiap insan mengalami perubahan dan perkembangan
daripada aspek fizikal, sosial, kognitif, dan emosi
daripada lahir sehingga remaja dan tua. Pembelajaran
hanya boleh berlaku apabila aspek fizikal, kognitif, dan
saraf pelajar mencapai kematangan. Sebagai guru kita
perlu
memahami
aspek
pertumbuhan
dan
perkembangan pelajar. Perkembangan kanak-kanak
terbahagi kepada perubahan kuantitatif iaitu perubahan
yang boleh diukur seperti ketinggian dan berat dan
perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan
yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain
contohnya
kemahiran
berfikir
dan
bersosial.
Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransuransur dan berterusan, hasil daripada tindakan yang
saling berkait antara proses kematangan dan

pembelajaran mengikut aturan semulajadi dan sifatsifat sejagat. Pengaruh baka dan persekitaran
memberikan
kanak-kanak
kadar
dan
tahap
perkembangan yang berbeza-beza.
Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu
dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu
tahap yang maksimum (Bee 1995; Rohani 2001). Tahap
perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada
lingkungan umur empat hingga enam tahun .Kajian
Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang
individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat
umur prasekolah. Pada usia ini kanak-kanak bertindak
aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas dengan
orang sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling.
Roopnarine dan Johnson (1997) menegaskan kanakkanak menempuh waktu perkembangan yang paling
sensitif justeru perlu diberi pendidikan seawal mungkin.
Sehubungan itu adalah penting kanak- kanak
mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang
berkesan, bermakna dan menggembirakan supaya
kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan
diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam
persekolahan formal (Rohaty 2003).
2.0 Definisi Pertumbuhan dan Perkembangan
Manusia
2.1 Definisi Pertumbuhan (Growth)
Pertumbuhan menunjukkan aspek perubahan pada
badan seseorang yang boleh diukur secara kuantitatif.
Perubahan pada badan kanak-kanak yang boleh diukur
secara kuantitatif adalah seperti berat dan tinggi.
Perubahan terebut dapat diukur dalam unit gram dan
sentimeter. Menurut Atan Long (1982) pertumbuhan

adalah perubahan yang dapat diukur daripada satu

peringkat yang lain dan dari satu masa kepada satu
masa yang lain. Pertumbuhan yang biasa akan terhenti
apabila orgasma itu sampai ke peringkat matang atau
dewasa.
2.2 Definisi Perkembangan (Development)
Perkembangan pula bermaksud perubahan tubuh
badan yang bersifat kualitatif. Perubahan yang bersifat
kualitatif, iaitu perubahan yang tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku
melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang
terlebih dahulu, Atan (1982). Sementara menurut
Papalia Dan Olds (1979) menjelaskan pembelajaran
tentang perkembangan kanak-kanak menfokuskan
kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara
kualitatif dan kuantitatif.
Secara ringkasnya, pertumbuhan adalah perubahan
bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan
berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan
kanak-kanak dari satu peringkat ke peringkat
perkembangan. Perkembangan adalah perubahan
kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku seperti
perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa,
penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu
yang bertambah dari semasa ke semasa akibat
kematangan, latihan dan pembelajaran.
2.3 Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan
Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai
arah. Arah perumbuhan dan perkembangan ialah dari
kepala ke kaki, dari tengah ke tepi, dari umum kepada
khusus. Pertumbuhan manusia akan terhenti apabila
seseorang itu akan mencapai kematangan yang biasanya

berlaku umur 17 hingga 19 tahun. Ini bermakna individu

tersebut telah sampai ke peringkat optimum dalam
perkembangan tingginya. Perkembangan akan berlaku
berterusan dalam hidup organisma dari percantuman
sel dan sehinngalah dia meninggal dunia.
Urutan pertumbuhan untuk satu kumpulan spesis
adalah sama walaupun berbeza antara seorang individu
dengan individu yang lain. Contohnya seorang kanakkanak yang berumur tujuh bulan hingga 12 bulan akan
mencapai kebolehan merangkak , duduk, berdiri,
bertatih dan berjalan. Terdapat perbezaan antara Fahmi
dan Fariz dalam jangka masa untuk mencapai
kebolehan tersebut. Fahmi boleh merangkak ketika
berumur tujuh bulan, mula bertatih ketika berumur 10
bulan, dan berjalan ketika berumur 12 bulan. Sementara
Fariz pula mencapai kebolehan merangkak ketika
berumur lapan bulan, bertatih ketika umur 10 bulan dan
boleh mula berjalan ketika berumur 13 bulan. Jangka
masa untuk mencapai tingkah laku adalah berbeza-beza
tetapi tingkah laku yang dicapai adalah sama urutan
tertibnya.
3.0
Teori-teori
Perkembangan
(
Teori
Perkembangan Manusia)
Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia
berlaku dari empat aspek perubahan iaitu jasmani,
mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua
faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
Dari aspek jasmani, perkembangan seseorang kanakkanak dapat dilihat apabila berlaku peningkatan
kemahiran dalam pertumbuhan fizikal seperti berjalan,
melihat, mendengar, membuat kerja dan sebagainya dan
perubahan tersebut bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat di ukur secara kuantitatif

tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat

yang berlainan daripada peringkat yang terdahulu.
Manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku dari
aspek pertumbuhan saiz badan, berat, gigi, tinggi,
struktur badan dan sebagainya yang boleh di ukur
secara kuantitatif. Perubahan tersebut dapat diukur
dalam unit gram dan sentimeter dan pertumbuhan yang
biasa akan berhenti apabila organisma itu sampai ke
peringkat matang atau dewasa.
Dari aspek mental, perkembangan seseorang kanakkanak dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut sudah
dapat menguasai kemahiran berfikir, mengingat,
menaakul, menganalisis dan sebagainya manakala
pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku apabila
meningkatnya keupayaan berfikir dalam diri kanakkanak. Seterusnya dari aspek emosi pula, perkembangan
dalam diri kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak
tersebut dapat mengawal perasaan dalam situasi
tertentu. Emosi ialah gambaran perasaan pada wajah
seseorang manakala pertumbuhan kanak-kanak pula
akan berlaku apabila kanak-kanak berusia pada umur
dua bulan setengah hingga tujuh bulan bayi dapat
menggambarkan pada wajahnya perasaan seronok,
gembira, duka, takut, sedih, bimbang dan sebagainya.
Persaan gembira digambarkan oleh bayi apabila dia
dapat menguasai sesuatu seperti dapat berdiri, dapat
memicit butang televisyen dan sebagainya dan akan
berasa marah jika keinginannya untuk melakukan
sesuatu dihalang.
Akhir sekali, perkembangan dari aspek sosial iaitu
kebolehan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan
orang lain. Perkembangan sosial yang dialami oleh
kanak-kanak seiring dengan pertumbuhan dan
perkembangan fizikalnya iaitu peningkatan kemahiran

disiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan

orang lain manakala kanak-kanak dapat meningkatkan
pertumbuhan apabila berjaya meluaskan perhubungan,
komunikasi dan pergaulan dengan orang lain kerana
kanak-kanak pada usia sebegini sudah pandai untuk
bersosialisasi dan bergaul dengan kanak-kanak yang
seusia denganya. Interaksi kanak-kanak boleh dikesan
melalui perkembanganya dalam aktiviti bermain iaitu
merupakan satu aktiviti penting kanak-kanak sejak lahir
hingga berumur 12 tahun.
4.0 Teori Perkembangan/Kematangan Arnold
Gesell
4.1 Profil Arnold Lucius Gesell
Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell.
Rousseau
mempercayai
bahawa
tingkah
laku
berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman
yang berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain
kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis.
Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan
kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma,
Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai
Mississippi bahagian utara.
Dalam
sebuah
penulisan
autobiografi,
beliau
menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami
hampir menyenangkan di mana hills, valley, water and
climate concurred to make the seasons distinct and
intense in my home town. Each season had its own
challenges and keen pleasures, accentuated by the
everchanging yet enduring river (Gesell, 1952).
Menurut Bakinsky (1983) Gesell menggunakan bahasa
yang sama untuk menerangkan keindahan yang

dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan its

seasons and sequences.
Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan
pemerhatian bersungguh-sungguh. Untuk menambah
pengetahuannya mengenai proses psikologi yang
tersirat, beliau menuntut di sekolah perubatan pada
umur 30 tahun, walaupun beliau telah memperolehi
ijazah doktor falsafah dan bekerja sebagai ahli psikologi
yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik
pertumbuhan kanak-kanak Yale, Gesell dengan rakan
sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah kajian teliti
dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanakkanak dan bayi.
Mereka mamperkembangkan norma tingkah-laku yang
menyeluruh yang masih bertindak sebagai bahan asas
informasi kepada ahli pediatik dan ahli psikologi. Gesell
juga memperkembangkan satu daripada kajian
pertamanya kecerdikan bayi (Gesell, 1952). Gesell
memperkatakan
bahawa
pertumbuhan
dan
perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua
faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu adalah
hasil daripada persekitaran sendiri.
Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa
perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman
dengan perlakuan baka. Satu ciri perkembangan yang
penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam
sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang
berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ
pertama yang berkembang dan berfungsi dulu.
Kemudian sel pembeza yang pantas bermula
membentuk pusat sistem saraf iaitu otak dan gentian
saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala
bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki
terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh blueprint genetik.

Perkembangan
berurutan
bersambung
selepas
kelahiran. Misalnya sebaik sahaja kepala berkembang di
peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan
dalam perkembangan awal selepas bersalin. Bayi pada
mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah,
kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan
mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu ,
lengan jari , batang tubuh dan kaki. Menurut Gesell
(1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar
duduk, berdiri, berjalan, dan berlari dan keupayaan
tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik.
Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang
berbeza dari segi kepantasan perkembangan.
Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang
sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens
yang serupa. Dari pandangan Gesell, perbezaan individu
dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya
oleh mekanisme genetik dalaman. Menurut Gesell
(1952) lagi kesan kematangan dibandingkan dengan
kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum
kelahiran, ini bermakna bahawa diasingkan kematangan
dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan
fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor
persekitaran ini penting. Kematangan menyokong
pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan
peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens
dan bentuk tingkah laku.
Ia adalah tugas mekanisme kematangan. Sebaik sahaja
bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang
berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu
dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan
budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam
cara yang sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa
kanak-kanak itu dengan jelasnya memerlukan

persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi

dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak
dengan berkesannya apabila mereka berirama dengan
prinsip kematangan dalaman. Gesell (1952) lebih
menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanakkanak akan perkara terdahulu daripada jadual.
Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap
apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang
dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka
mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari
keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu
pengajaran
tidak
memberi
makna
mungkin
menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanakkanak. Beberapa bukti untuk kedudukan kematangan
dalam pengajaran datang dari kajian terhadap anak
kembar seiras. Misalnya, Balinsky (1983) memberi
seorang kembar latihan aktiviti seperti memanjat tangga
dan memegang serta memanipulasi kiub.
Anak kembar ini dapat menunjukkan beberapa
kemahiran lebih daripada yang seorang lagi kembar
yang tidak dilatih juga akan menguasai kemudian, tanpa
banyak latihan. Dia akan buat demikian pada umur
semasa kita mengharapkan menjalankan berbagai
tugasan lain. Dengan jelasnya terdapat jadual waktu
dalaman yang menentukan kesediaan untuk membuat
sesuatu manakala kebaikan latihan awal bersifat
sementara sahaja.

RAJAH2.1
(Sekumpulan sel. Nukleus mengandungi
nukleus

kromosom yang terdiri

daripada gen cytoplasm)

Kematangan merujuk kepada proses perkembangan
yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen,
iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel.
Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk
tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses
mekanisme ringkas dimana gen tidak bekerja secara
berasingan dan mereka menerima isyarat daripada
cytoplasm, iaitu bahan sel di luar nukleus (Gesell, 1952,
rajah 2.1) oleh sebab cytoplasm) ialah persekitaran gen,
maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara
faktor dalaman dan persekitaran.
Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap
kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan
perkembangan, walaupun bersamaan dengan faktor
lain. Setakat ini saya secara dasarnya telah
menggambarkan pertumbuhan kematangan dengan
tingkah laku motor awal iaitu fokus utama kajian
saintifik gesell. Walau bagaimanapun gesell percaya
bahawa
kematangan
mengawal
pertumbuhan

keseluruhan personaliti. Kajian Mengenai Bentuk Gesell

(1952) mengatakan bahawa apabila kita mengkaji
pertumbuhan, kita tidak hanya mengukur benda dalam
bentuk kuatitatif tetapi perlu mengkaji bentuk itu.
Sesuatu bentuk mungkin yang mempunyai rupa atau
bentuk yang khusus, misalnya kenyitan mata. Tetapi
yang paling penting dalam proses pembentukan itu
dimana tingkah laku menjadi tersusun. Seterusnya
beliau mengatakan bahawa terdapat illustrasi yang jelas
mengenai proses pembentukan dalam kes pengilihatan
bayi. Semasa kelahiran mata bayi lebih bergerak tanpa
arah tetapi setelah beberapa hari ataupun jam bayi
dapat memberhentikan matanya dan melihat benda
untuk seketika masa.
Mereka dapat memberhentikan mata mereka dan
melihat at will kerana satu bentuk perkaitan baru telah
terbentuk antara dedenyut saraf dalam otak dan otototot
kecil yang menggerakkan mata. Dalam waktu sebulan,
bayi biasanya boleh mengikutinya melalui sebuah
organisasi baru iaitu antara otot mata dan otot yang
memusingkan kepala.Pembentukan berterusan dalam
proses perkembangan ialah apabila bayi dapat
mengorganisasikan pergerakan mata mereka dengan
pergerakan tangan mereka apabila melihat apa yang
mereka pegang. Dalam usia empat bulan, bayi iasanya
boleh memegang sebuah alat permainan dan
memerhatikannya dalam masa yang sama.
This is significant growth gain. It means that eyes and
hand are doing team work, coming into more effective
coordination. Mental growth cannot be measured in
inches and pounds. So it is appraised by patterns
(Gesell, 1952).

Walaupun demikian, koordinasi tangan dengan mata

adalah tidak menyeluruh pada usia empat bulan
pertama. Untuk seketika mata terlibat terlebih dahulu.
Misalnya, pada empat bulan bayi biasanya boleh
mengangkat sebuah kiub satu inci ataupun sebiji gulagula yang kecil dengan matanya iaitu mereka boleh
memfokus kepada kiub itu dan menganggapnya dari
sudut yang berlainan sedikit. Tetapi mereka masih tidak
dapat memegangnya dengan tangan mereka.
Mungkin kelihatan bayi sedang melihat kepada kiub itu
dan kemudian melihat tangan mereka seperti mereka
ada cara memegang kiub itu tetapi mereka tetap tidak
dapat membuat demikian. Sistem saraf masih belum
bertumbuh dengan secukupnya. Cuma sehingga enam
bulan barulah bayi dapat mengangkat kiub itu dengan
seluruh tapak tangannya dan sehingga sepuluh bulan
barulah bayi mereka dapat mengangkat biji gula-gula itu
dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Oleh demikian,
koordinasi tangan dengan mata berkembang dengan
perlahannya. Ia menjadi lebih tersusun dengan
perlahan-lahan dan diikuti dengan pergerakan yang
lebih halus.
Prinsip
Perkembangan
Pemerhatian
Gesell
mencadangkan beberapa prinsip perkembangan yang
lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu
penggabungjalinan dua hala, fungsi tidak bersimetri dan
peraturan kendiri. Penggabungjalinan Dua Hala
Manusia terbina daripada prinsip asas berpasangan
iaitu kita mempunyai bahagian otak yang terdiri
daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang
tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita

juga ada mempunyai cirri-ciri dualistic seperti apabila

kita mengeliatkan badan..
Penggabungjalinan dua hala merujuk kepada proses
perkembangan dua keinginan yang akhirnya akan
mencapai satu cara pengelolaan yang efektif. Seperti
contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan,
seorang bayi menggunakan sebelah tangan, kemudian
menggunakan
kedua-duanya
sekali,
kemudian
menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan
penggunaan kedua-dua belah tangan dan berulangulang sehingga dia mencapai dominasi satu tangan.
Perkara saling menggantikan penggunaan kedua-dua
belah tangan memberi contoh kepada kita tentang
penggabungjalinan dua hala.
Gesell
telah
menunjukkkan
bagaimana
penggabungjalinan dua hala memberi penjelasan
tentang corak beberapa tingkah laku, termasuk tingkah
laku yang boleh dilihat, iaitu merangkak dan berjalan
(Gesell,1946)
Gesell
juga
percaya
bahawa
penggabungjalinan dua hala akan menghuraikan
perkembangan sesuatu personaliti. Di sini kita melihat
kepada penggabung organisma yang memungkinkan
kecenderungan introvert dan extrovert. Sebagai contoh,
seorang kanak-kanak yang tenang pada usia tiga tahun
bertukar menjadi introvert pada usianya tiga tahun
setengah, yang akan bersikap pendiam dan resah.
Jangka masa introvert ini diikut oleh zaman extrovert
pada usia empat tahun dan kedua-dua keadaan ini akan
bergabung dan menjadi seimbang pada usia lima tahun.
Peredaran seperti ni akan bermula pada zaman bayi dan
akan wujud sehingga seseorang itu berusia enam belas
tahun. Organisma ini akan kehilangan keadaan

seimbang ini secara sementara pada waktu ianya

berkembang menjadi alam dalaman dan luaran yang
baru, tetapi kemudiannya mengelolakan diri pada tahap
yang baru (gesell, 1956). Fungsi tidak bersimetri melalui
proses penggabungjalinan dua hala kita telah
menseimbangkan asas berpasangan alam sekeliling kita.
Walau bagaimanapun kita jarang mencapai
keseimbangan yang tepat atau simetri, malah satu tahap
keseimbangan tidak bersimetri yang selalunya
berfungsi. Kita selalunya menunjukkan kesan apabila
kita menghadapi dunia darimsatu segi, lebih kepada
menggunakan sebelah tangan, sebelah mata dan lainlain lagi. Keadaan ketidakseimbangan bayi ini dapat
dilihat pada tonic neck reflex iaitu satu tindak balas
yang ditemui oleh Gesell dalam diri manusia. Gesell
mendapati bahawa bayi lebih suka berbaring dengan
mendongak kepala pada satu arah dan bila mereka
berbuat demikian, maka mereka akan memperlihatkan
kedudukan badan tonic neck reflex tersebut.
Mereka akan menjulurkan lengan pada arah kepala
ditudingkan (seolah-olah sedang memerhatikan tangan
tersebut) manakala tangan yang satu lagi akan
dibengkokkan lalu diletakkan di belakang kepala.
Kedudukan badan tonic neck reflex ini nampak seolaholah seperti cara asas berdiri seorang pemain pedang .
Kedudukan badan tonic neck reflex ini adalah dominan
dalam jangkamasa tiga bulan selepas kelahiran dan
kemudian ianya akan diselubungi oleh perkembangan
baru dalam sistem saraf (Gesell, 1946).
Kendiri Gesell (1946) percaya bahawa mekanisma
perkembangan intrinsik terlalu kuat sehingga organisma
tersebut pada sesuatu tahap akan dapat mengawal

perkembangan dirinya. Dalam satu siri penyelidikan

beliau telah menunjukkan bagaimana bayi dapat
mengawal kitaran menyusu, tidur dan keadaan berjaga
mereka. Bila bayi diberi kebebasan menentukan masa
menyusu dan tidur, mereka secara pelahan-lahan
memerlukan kala penyusuan yang kurang dan mereka
juga berada dalam keadaan berjaga lebih lama pada
siang hari. Kemajuan tidak dapat mengikut satu garisan
lurus, malah telah dapat beberapa perubahan yang
menerus termasuk yang menurun.
Akan tetapi bayi tersebut secara perlahan-lahan telah
mengalami jadual yang stabil. Gesell juga telah menulis
tentang peraturan kendiri ini dari pandangan yang
berbeza sedikit, iaitu memusatkan kepada keupayaan
organisma untuk mempertahankan satu integrasi yang
menyeluruhdan seimbang. Pertumbuhan tentu sekali
akan melibatkan ketidakseimbangan. Sebagaimana yang
kita lihat tadi corak tidur dan penyusuan berubah selalu.
Kita telah juga melihat ketidakseimbangan dalam
perkembangan personaliti di mana telah terdapat
jangkamasa stabil yang diikuti oleh jangkamasa yang
tidak stabil semasa bayi ini memasuki tahap introvet
dan ekstrovet yang baru.
Dalam satu perbincangkan yang menarik (Gesell, 1943)
telah mempersembahkan keadaan tiga orang kanakkanak secara hypotetikal, iaitu seorang yang lambat
membesar, seorang yang cepat membesar manakala
seorang lagi tidak sempurna tumbesarannya. Beliau
telah mencadangkan cara bagaimana setiap pembesaran
yang mungkin dapat dilihat dari segi beberapa jenis cara
pembesaran secara persendirian. Kanak-kanak A,
kanak-kanak B, yang membesar dengan cepat, mungkin

akan cepat bertindak balas, riang dan gembira, cergas

dan secara amnya cerdik dan pandai.
Kanak-kanak C, yang mengalami kebantutan pada
pertumbuhannya, mungkin kadang-kadang akan
bersikap lebih berhati-hati dan ada kalanya kurang
berhati-hati, murung, tidak sabar dan kadang kala
menunjukan kecerdikannya. Gesell percaya bahawa tabii
seseorang individu dan cara pembesarannya akan
mengakibatkan keinginan yang berbeza ke atas budaya
dan budaya juga patut cuba menyesuaikan diri dengan
keunikan setiap kanak-kanak. Gesell (1946) percaya
bahawa untuk membesar dan mendidik anak perlu
bermula dengan memberi pengiktirafan kepada
kebijaksanaan implisit.
Bayi memasuki ke alam duniawi dengan satu jadualyang
semula jadi yang dimana adalah hasil daripada
perkembangan beransur-ansur selama lebih daripada
tiga juta tahun, dimana mereka sangat arif tentang
keperluan diri dan juga tentang perkara yang mereka
sedia dan tidak sedia untuk berbuat sesuatu. Oleh
kerana ini para ibu bapa tidak harus memaksa anakanak mereka untuk melakukan sesuatu dengan
menggunakan pola-pola perlakuan perangai mereka,
tetapi mereka patut mengambil iktibar daripada anakanak mereka sendiri.
Dalam topik mengenai pemakanan, Gesell telah
menyarankan memberi makanan secara keinginan, iaitu
memberi makanan kepada bayi apabila ianya
menunjukkan persediaan untuk menerima makanan,
yang mana adalah bertentangan dengan corak memberi
makanan kepada bayi mengikut pola-pola yang telah
ditentukan. Bila ibu bapa berhenti memikirkan tentang

apa yang bayi mereka patut buat di samping mengikut

isyarat daripada bayi mereka akan mula menghargai
keupayaan semula jadi bayi tersebut untuk
perkembangan kendirinya.
Mereka akan dapat melihat bagaimana bayi dapat
mengawal corak pemakanan, masa tidur dan terjaga.
Kemudian mereka akan dapat melihat bagaimana bayi
tersebut belajar untuk duduk, merayap dan merangkak
dengan sendiri tanpa perlu menolak atau menujah
mereka. Ibu bapa akan percaya kepada bayi tersebut dan
juga kepada proses tumbesaran. Gesell menegaskan
bahawa tahun pertama masa yang paling sesuai untuk
mempelajari tentang ciri-ciri individu seseorang kanakkanak. Ibu bapa yang bertindak balas dengan keperluan
kanak-kanak semasa bayi akan secara semulajadi
sensitif terhadap kecenderungan dan keupayaan unik
kanak-kanak tersebut.
Mereka akan kurang meletakkan pengharapan dan citacita mereka sendiri ke atas kanak-kanak tersebut malah
lebih cenderung untuk memberikan ciri-ciri individu
kanak-kanak tersebut untuk berkembang dan mencari
identiti dirinya sendiri. Gesell menyatakan bahawa ibu
bapa perlu pengetahuan teoritikal mengenai trend dan
corak perkembangan di samping memiliki rasa sensitif
secara intuitif terhadap kanak-kanak. Secara khusus
mereka perlu tahu bahawa, perkembangan ada tidak
tetap dalam jangkasama antara stabil dengan tidak
stabil. Pengetahuan ini akan dibantu oleh pengetahuan
yang menyatakan bahawa kanak-kanak berusia dua
tahun setengah akan mengalami satu jangkamasa yang
mengelirukan yang akan menjadikan mereka sangat
degil.

Guru yang mengetahui sistem tumbesaran kanakkanak, tidak akan memaksa kanak-kanak yang berumur
enam tahun untuk mempelajari sesuatu bertentangan
dengan daya semula jadinya tetapi akan mengajar latih
tubi bila tiba waktunya, kanak-kanak tersebut akan
menerima faedah melalui pembelajaran (Gesell, 1946)
Pada waktu yang sama, adalah tidak mencukupi untuk
mengajar menggunakan teknik-teknik yang sesuai
mengikut setiap umur atau kelas, kerana peringkat
pembesaran kanak-kanak berbeza termasuklah bakatbakat istimewa yang terpendam.
Oleh itu, guru perlulah bekerja menuju ke arah keadaan
persediaan setiap kanak-kanak mengikut keistimewaan
kebolehan mereka. Pada ketika ini, kebanyakan sekolah
tidak berbuat demikian. Mereka memberi penekanan
yang lebih kepada pencapaian yang seragam seperti
pemberian gred mengikut tahap bacaan dimana mereka
tidak
mengendahkan
pembesaran
kanak-kanak
mengikut masa dan kemungkinan perkembangan
keunikan tersendiri.
Sekolah perlu mengajar kemahiran hidup yang seragam
tetapi dalam pemerintahan demokrasi, matlamat
terunggul ialah untuk membentu kanak-kanak
mengembangkan
perlakuan
kanak-kanak
yang
sepenuhnya. Untuk berbuat demikian, guru perlu
membiarkan kanak-kanak itu sendiri memberi panduan
kepada mereka sepertimana kanak-kanak itu sendiri
dipandu oleh pelan asas biologi bagi pembesaran optima
(Gesell, 1946).
4.2 Jadual perkembangan turutan tingkah laku
menurut Arnold Lucius Gesell

Arnold Lucius Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan

jadual
perkembangan
turutan
tingkah
laku
(perkembangan motor) kerana beliau berpendapat
bahawa semua perkembangan berlaku mengikut pola
dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah
laku kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya, semasa
berumur empat bulan, Fahmi telah boleh merangkak,
tingkah laku seterusnya adalah duduk dan mula belajar
berdiri. Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza
antara seseorang induvidu dengan induvidu yang lain
kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap
induvidu.
Jadual perkembangan turutan tingkah laku yang
dihasikan oleh Gesell boleh dibahagikan kepada lima
peringkat. Pada peringkat pertama iaitu pada usia lahir
hingga satu tahun, ciri-ciri perkembangan tingkah laku
yang dihasilkan pada usia satu bulan menurut Gesell
(1925) ialah bayi dapat menghasilkan tangisan berbezabeza untuk menyatakan kehendak yang berlainan
seperti tangisan lapar adalah berbeza daripada tangisan
ketika lampinya basah. Pada usia empat bulan,
koordinasi fizikal berlaku pada bayi iaitu mata bayi
boleh mengikut objek yang bergerak.
Misalnya bayi dapat melihat kapal terbang mainan yang
berpusing. Seterusnya, pada usia enam bulan bayi sudah
dapat menggenggam sesuatu objek misalnya bola, kubus
kayu, keringcing dan sebagainya. Pada usia tujuh bulan,
bayi sudah mula pandai duduk dan merangkak dengan
sendirinya tanpa bantuan daripada orang lain kerana
pada masa ini otot leher, tangan, kaki, pinggul bayi
sudah semakin kuat dan membolehkan bayi duduk dan
merangkak dengan cepat. Pada usia dua belas bulan,

bayi sudah mahir untuk melangkahkan kakinya dengan

berpaut pada kerusi, meja untuk mengimbangkan berat
badanya.
Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga dua
tahun, kematangan fizikal dan mental mula meningkat
iaitu bayi sudah pandai jalan bertatih dibantu oleh
pengasuhnya. Pada tahap ini juga, bayi sudah mula
faham istilah jangan dan pada usia dua tahun bayi
sudah mahir untuk berjalan tanpa bantuan daripada
pengasuhnya kerana bayi sudah memperolehi
keseimbangan badan yang sempurna. Pada peringkat ke
tiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun bayi sudah
mengcapai koordinasi mata, tangan dan kaki yang
semakin sempurna misalnya boleh mengurus diri
sendiri seperti boleh makan dan memakai kasut dengan
sendiri dan mula boleh bercakap dengan menggunakan
ayat yang mudah tetapi tidak begitu baik dan ayat yang
digunakan tidak begitu lengkap.
Pada peringkat keempat iaitu pada usia tiga hingga
empat tahun, koordinasi dan kematangan fizikal kanakkanak sudah semakin kukuh misalnya boleh
menunggang basikal beroda tiga dan boleh menuruti
arahan mudah daripada ibu bapa. Pada tahap kelima
iaitu pada usia empat hingga lima tahun, proses
interaksi kanak-kanak mula terbentuk kerana pada
tahap ini kanak-kanak mula bersosialisasi dan bergaul
dengan rakan-rakan seusia denganya kerana pada masa
ini kanak-kanak telah bersedia untuk memasuki alam
persekolahan iaitu ke kelas pra sekolah. Pada peringkat
ini juga kanak kanak suka untuk mengemukakan
soalan kepada penjaganya samaada ibu, ayah, guru dan
sebaginya untuk mengetahui sesuatu pekara kerana

kanak-kanak pada usia sebegini mempunyai sifat ingin

tahu yang sangat tinggi berdasarkan pemerhatian
mereka terhadap persekitaran sekeliling.
4.3 Aktiviti mengikut peringkat umur menurut
Arnold Lucius Gesell
Antara aktiviti yang boleh dilakukan pada setiap
peringkat umur mengikut teori Arnold Gesell ialah
penerokaan permainan untuk kanak-kanak berusia lahir
hingga satu tahun. Ibu bapa atau pengasuh sangat
memainkan peranan yang penting untuk memberi
rangsangan
yang
positif
dalam
membantu
perkembangan bayi tersebut. Cara aktiviti ini dilakukan
ialah letakkan bayi di lantai atau ruangan yang lebih luas
dan bersih kerana bayi memerlukan ruang yang lebih
luas untuk meneroka persekitaranya.
Seterusnya ibu bapa dapat memberi rangsangan kepada
bayi dengan memberi bayi pelbagai jenis permainan
yang berwarna-warni, berbunyi dan tidak mudah pecah
kepada bayi misalnya kubus kayu, bola, keringcing
untuk menarik perhatian bayi bermain dan pada masa
yang sama, ibu bapa digalakkan untuk bermain bersama
bayi dan memberi dorongan kepada bayi disamping
dapat mengawasi bayi tersebut. Aktiviti ini secara tidak
langsung dapat merangsang perkembangan motor kasar
dan motor halus bayi misalnya merangkak kerana pada
masa ini otot pinggul, bahu,tangan dan kaki bayi sudah
semakin kuat dan bayi dapat mengenggam atau
memegang objek ketika bermain.
Pada peringkat ke dua iaitu pada usia satu hingga dua
tahun, aktiviti yang boleh dilakukan ialah jalan bertatih.
Aktiviti ini boleh dilaksanakan di kawasan yang lapang

dan luas seperti ruang tamu, lantai yang mempunyai

permukaan yang lembut, halaman rumah, taman
permainan dan sebagainya kerana bayi memerlukan
ruangan yang besar untuk belajar berjalan. Ibu bapa
boleh memberi dorongan kepada bayi dengan
membantu bayi ketika proses bertatih dengan
mendampingi anak dari belakang bagi mendapatkan
sokongan yang baik. Selain itu, alat bantuan seperti baby
walker boleh digunakan bagi membantu bayi semasa
proses bertatih. Aktiviti ini juga akan membantu
perkembangan motor kasar dan motor halus bayi kerana
pada usia ini bayi sudah boleh melangkah kakinya dan
dapat mengimbangkan berat badanya.
Seterusnya, pada peringkat ketiga iaitu pada usia dua
hingga tiga tahun. Aktiviti yang boleh di jalankan ialah
mengajar cara makan yang betul kepada kanak-kanak.
Ibu bapa boleh menggalakkan kanak-kanak untuk
makan dengan sendirinya kerana kanak-kanak pada
usia sebegini kanak-kanak mampu untuk makan dengan
sendiri kerana pergerakkan motor halus iaitu koordinasi
mata, tangan dan keseimbangan badan kanak-kanak
sudah sempurna. Ibu boleh memberi rangsangan
kepada kanak-kanak dengan meletakkan makanan yang
lembut ke dalam bekas plastik misalnya agar-agar,
nestum dan sebagainya kemudian ibu hendaklah
mengajar kanak-kanak tersebut memegang sudu dan
cara makan yang betul dengan pengawasan daripada
daripada ibu bapa. Seterusnya ibu atau bapa boleh
memberi peneguhan positif kepada kanak-kanak seperti
pujian, bertepuk tangan jika kanak-kanak berjaya
menyuapkan makanan ke dalam mulut bagi merangsang
kanak-kanak untuk terus berusaha.

Aktiviti seterusnya ialah menunggang basikal beroda

tiga bagi kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun
iaitu pada tahap yang ke empat. Ibu bapa atau penjaga
memainkan peranan yang penting dengan membantu
kanak-kanak mengimbangi badan di atas basikal beroda
tiga. Ibu bapa juga perlu memberi rangsangan serta
sokongan kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak
dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti berbasikal
dengan pengawasan dan pemerhatian daripada penjaga
dalam aktiviti tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan perkembangan motor kasar dan
motor halus kanak-kanak kerana pergerakkan yang
terlibat semasa menunggang basikal beroda tiga ini
mampu merangsang perkembangan tersebut. Misalnya
genggaman tangan dan kayuhan basikal merupakan
salah satu contoh pergerakkan motor kasar dan halus
kanak-kanak.
Akhir sekali pada peringkat kelima iaitu pada usia
empat hingga lima tahun. Aktiviti yang boleh dilakukan
ialah bermain di taman permainan. Aktiviti ini boleh
dijalankan dengan penglibatan rakan-rakan yang sebaya
yang seusia denganya. Ibu bapa atau penjaga boleh
membawa kanak-kanak tersebut ke taman permainan
yang berdekatan dan berikan kebebasan kepada kanakkanak untuk bermain dengan rakan-rakan namun masih
dalam pengawasan daripada ibu bapa. Dengan cara ini,
kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan
sosialnya
iaitu
kebolehan
kanak-kanak
untuk
berinteraksi, bergaul dan bersosialisai dengan orang lain
dengan cara bermain.
5.0 Profil Robert James Havighurst

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di

De Pere, Wisconsin. Beliau adalah seorang professor,
pendidik dan pakar penuaan. Kedua-dua ibu bapanya,
Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred Weter
Havighurst adalah seorang pendidik di Universiti
Lawrence. Robert Havighurst adalah seorang yang rajin
bekerja dan amat terkenal pada tahun 80-an. Menurut
maklumat daripada keluarganya, Robert Havighurst
meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit
Alzheimer.
Robert Havighurst mula melangkah ke bidang
pendidikan di Wisconsin dan Illinois. Beliau mendapat
banyak ijazah dan telah mencapai pelbagai pencapaian
dalam bidang akademik Pada tahun 1918 -1921 B.A dari
Ohio Wesleyan University, manakala pada tahun 1922
M.A dari Ohio State Universiti, seterusnya pada
tahun1924, mendapat PHD di Chemistry Ohio State
Universiti, pada tahun 1953-1954, Fulbright Scholar,
Universiti Canterbury, New Zealand, pada tahun 1961,
Fulbright Scholar, University Buenos Aires, 1962
Honorary Degree Sc. Di Universiti Adelphi dan pada
tahun 1963, beliau mendapat Hon. L.L.D di Ohio
Wesleyan University. Ini adalah sebahagian daripada
kata-kata atau mutiara kata daripada Robert James
Havighurst mengenai teori yang diperkenalkannya.
"Family life is the source of the greatest human
happiness. This happiness is the simplest and least
costly kind, and it cannot be purchased with money. But
it can be increased if we do two things: if we recognize
and uphold the essential values of family life and if we
get and keep control of the process of social change so as

to make it give us what is needed to make family life

perform its essential functions."
"The modern world needs people with a complex
identity who are intellectually autonomous and prepared
to cope with uncertainty; who are able to tolerate
ambiguity and not be driven by fear into a rigid, singlesolution approach to problems, who are rational,
foresightful and who look for facts; who can draw
inferences and can control their behavior in the light of
foreseen consequences, who are altruistic and enjoy
doing for others, and who understand social forces and
trends."
"A successful mother sets her children free and becomes
free herself in the process."
"The two basic principle processes of education are
knowing and valuing."
"A developmental task is a task which is learned at a
specific point and which makes achievement of
succeeding tasks possible. When the timing is right, the
ability to learn a particular task will be possible. This is
referred to as a teachable moment. It is important to
keep in mind that unless the time is right, learning will
not occur. Hence, it is important to repeat important
points whenever possible so that when a student's
teachable moment occurs, s/he can benefit from the
knowledge."
Robert Havighurst adalah seorang ahli psikologi
Amerika Syarikat yang terkenal dengan mengemukakan
teori-teori
tugas-tugas
perkembangan
manusia
berlandaskan
sosiobudaya
berkaitan
dengan

perkembangan jasmaninya. Beliau menghuraikan

perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas,
seperti,berjalan, berlari atau melompat, yang di lahirkan
di dalam kehiduoan individu pada satu peringkat
tertentu. Kejayaan inidividu dalam perlaksanaan tugas
tertntu
akan
menbawa
kepuasan
serta
mengdorongkannya
mengulangi
tugas
tersebut.
Kegagalan melaksanakan tugas pada kali pertama akan
membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya
melakukan tugas itu.
Beliau pula menegaskan bahawa perkembangan
personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai,
norma-norma dan budaya masyarakat. Robert
Havighurst dalam bukunya Human Development And
Education
(1953)
menyenaraikan
tugas-tugas
perkembangan
kanak-kanak.
Beliau
telah
membahagikan peringkat-peringkat perkembangan
kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga
awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6
hingga 12 tahun), awal remaja dan remaja (12 hingga 18
tahun).
Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6
hingga 8 tahun), Havighurst mengatakan kanak-kanak
dapat membezakan lelaki dan perempuan. Mereka dapat
membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak
tahu membuat perbandingan. Selain itu juga, kanakkanak dapat menguasai konsep-konsep moral,nilai dan
kemahiran hidup. Mereka biasanya dilatih untuk belajar
berdikari kerana kanak-kanak pada peringkat ini
seharusnya digalakkan membuat kerja dengan usaha
sendiri. Mereka tidak boleh bergantung kepada orang
sekeliling mereka kerana daripada usaha mereka

sendiri, kanak-kanak dapat membentuk sifat kebebasan

peribadi. Guru-guru di sekolah boleh mengajar kanakkanak kemahiran membaca, menulis dan mengira
kerana perkembangan otak pada peringkat ini berlaku
dengan sangat cepat.
Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu
mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat
perkembangan. Sekiranya tugasan tersebut dapat
dilaksanakan dengan jayanya,hasilnya akan membawa
kebahagian kepada individu tersebut. Jika tidak,
individu itu akan mengalami masalah perkembangan
pada peringkat seterusnya. Havighurst mendefinisikan
tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman dan
pencapaian
sebagai
ciri-ciri
setiap
peringkat
perkembangan. Tugasan atau perkembangan adalah
satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai
oleh individu.
Sebagai contohnya, bayi perlu merangkak terlebih
dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) di mana bayi
perlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum
berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang
demikian, beliau juga percaya bahawa perkembangan
manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai,
norma-norma dan budaya masyarakat. Ini kerana
perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih
lancar sekiranya ibu bapa memahami keperluan
pembelajaran anak mereka terutamanya dlam proses
ini. Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut
peringkat umur masing-masing.
Faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak, setiap individu, kecuali kanak-kanak
berkembar, mempunyai ciri-ciri fizikal seperti saiz

badan, tinggi rendah, berat- ringan, bentuk dan

warna, organ deria serta kemahiran fizikal yang unik.
Kajian menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran khasnya
warna rambut dan organ deria diwarisi oleh gen-gen ibu
bapa.
5.1 Jadual Tugas Perkembangan individu merangkumi 10
peringkat usia

5.2 Aktiviti mengikut Teori Robert Havirgust

Robert Havighurst merupakan seorang pakar psikologi
Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan
sosiobudaya dan antropologi. Beliau telah menghuraikan
konsep tugas perkembangan dalam bukunya human
Development and Education yang diterbitkan pada tahun
1953. Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan
masyarakat tentang tinkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh
seseorang individu pada peringkat umur tertentu ( Atan Long,
1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas
perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang
perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan
terhadap
persekitara.
Beliau
berpendapat
bahawa
perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh
persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi

kanak-kanak dalam membentuk personaliti mereka. Kanakkanak yang berada dalam persekitaran yang baik
kebanyakannya lebih berjaya berbanding dengan kanak-kanak
yang berada dalam persekitaran yang kurang baik. Havighurst
membahagikan teori perkembangan kepada tiga peringkat
iaitu:
i) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0 6 tahun)
Pada usia ini kanak-kanak mula mengenali persekitaran yang
ada disekeliling mereka. Keinginan mereka untuk mencuba
sesuatu amat ketara. Mereka mula belajar bercakap dan
berinteraksi dengan orang yang ada disekelilingnya seperti ibu
bapa, saudara mara, kawan-kawan serta guru mereka. Melalui
percakapan ini mereka mula belajar menyebut perkataan yang
mudah sehingga terbentuknya satu ayat. Contohnya, sayuqina
yang berusia 5 tahun sudah pandai memahami setiap arahan
yang diberikan oleh ibunya. Selain itu, syauqina juga
mempunyai keinginan untuk membuat sesuatu yang dirasakan
betul seperti mengayuh basikal bersama teman-teman serta
meniru gaya orang lain seperti meniru gaya ibunya memakai
tudung. Disekolah, beliau belajar bertolak ansur dan
bertimbang rasa dengan rakan sebaya, contohnya berkongsi
mainan dengan kawan-kawan. Syauqina dapat bergaul dengan
rakan-rakan sebaya ketika disekolah dan menjadikan beliau
sentiasa seronok ketika diwaktu persekolahan. Kanak-kanak
pada peringkat ini juga belajar mendengar pandangan orang
lain seperti memberitahu mereka secara baik bahawa perkara
yang mereka lakukan itu adalah salah. Mereka juga bijak
dalam membezakan betul dan salah serta membuang najis
ditempat yang betul.
ii) Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 12 tahun )

Kanak-kanak pada peringkat ini kebanyakannya boleh

menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran dalam
menguasai sesuatu permainan contohnya permainan yang
melibatkan pergerakan motor kasar seperti tangan, kaki dan
sebagainya. Jika ibu bapa yang menginginkan anak mereka
bergelar jaguh badminton, mereka perlu memberi galakan dan
latihan agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut.
Contohnya Haji Sidek melatih anak-anaknya untuk mahir
dalam sukan badminton sejak kecil lagi iaitu pada peringkat
ini. Selain itu mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M
iaitu, membaca, menulis dan mengira. Kemahiran seperti ini
dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran disekolah
serta keperingkat yang seterusnya. Kanak-kanak ini juga mula
untuk berkawan dengan orang lain dan mampu memahami
konsep hidup serta moral.
Nicol David, merupakan jaguh skuasy dunia. Beliau
dilahirkan di Pulau Pinang. Nicol ialah anak perempuan
kacukan Cina India kepada Desmond David, seorang jurutera
berketurunan India dan Ann Marie David, seorang guru
berketurunan Cina. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik
lain yang bernama Liane dan Cheryl, kedua-duanya adalah
pemain-pemain skuasy pada aras kebangsaan. Pertembungan
pertama Nicol David dengan skuasy bermula pada awal
usianya pada 6 tahun pada masa itu beliau sangat kecil yang
mana raket skusynya lebih besar daripada beliau dan beliau
tidak ada kekuatan untuk mengangkatnya. Pada usia 8 tahun,
Nicol mula memandang serius pada skuasy,berlatih dengan
tetap dan bermain di dalam pertandingan skuasy. Melihat pada
usianya ramai yang tidak menyangka bahawa beliau dapat
bergelar ratu skusy pada hari ini dan gelaran datok yang
diterimanya amat berbaloi dengan pencapaiannya selama ini.

Dorongan ayah dan ibunya serta kejayaan adik beradiknya

dalam sukan skuasy menjadi pendorong untuk beliau berjaya.
Kanak-kanak pada usia ini jika dilatih dan didorong kerah
kajayaan maka suatu hari mereka akan berjaya dengan
cemerlang. Faktor sekeliling amat penting jika mahukan
mereka menjadi insan yang berguna dimasa akan datang dan
menjadi pengganti pemimpin yang sedia ada. Oleh itu,
peranan ibu bapa dalam menentukan corak dan masa depan
anak-anak mat perlu dititik beratkan.
iii) Peringkat awal remaja dan remaja (12 18 tahun)
Remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian
maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka
mula berada di peringkat operasi formal, iaitu boleh membuat
pemikiran hipotetikal-eduktif. Dari segi perkembangan emosi,
timbul pelbagai emosi lain seperti ingin kejayaan dan
penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal
emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya.
Remaja pada peringkat ini juga mula tertarik kepada rakan
sebaya daripada jantina yang berlainan. Mereka juga mula
mengalami perubahan yang ketara dari segi emosi, jasmani,
rohani, dan fizikal.
Perubahan mereka pada peringkat ini begitu jelas sekali iaitu
dari segi bentuk badan. Ada di antara mereka yang perubahan
bentuk badannya tidak setara dengan usia mereka. Hal ini
menunjukkan bahawa kematangan yang dialami seseorang
individu itu tidak dipengaruhi oleh usia tetapi dipengaruhi
oleh persekitaran yang ada disekeliling mereka. Mereka juga
mula berminat untuk bergaul dengan rakan yang berlainan
jantina serta menginginkan kebebasan dalam pergaulan tanpa
disekat oleh orang lain terutamanya ibubapa. Selain itu

mereka dapat memantapkan konsep baik dan buruk dalam

kehidupan seharian.
Contohnya seperti Norhafiza yang berusia 17 tahun. Beliau
merupakan seorang pelajar yang pintar dalam pelajaran.
Norhafiza mempunyai karakter yang ceria dan peramah.
Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, Norhafiza
sentiasa menjadi pelajar terbaik di sekolahnya. Beliau menjadi
pelajar contoh untuk pelajar yang lain. Beliau juga aktif
bersukan dan aktif dalam program kepimpinan seperti ketua
pengawas sekolah dan pengerusi kelab pidato. Norhafiza juga
seperti remaja yang lain yang inginkan kebebasan untuk
bergaul dengan rakan sebaya walaupun dia mempunyai
kotmitmen dalam pelajaran serta aktiviti yang beliau ceburi.
Rakan-rakan juga merupakan salah satu pendorong untuk
beliau berjaya dalam pelajaran kerana beliau sentiasa bertukar
pendapat dan berkongsi masalah pelajaran bersama rakanrakannya. Tetapi beliau tidak pernah mengabaikan
tanggungjawab yang dipikulnya. Norhafiza sentiasa tekun
mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini. Beliau
menjadikan ayah, ibu, abang serta kakaknya sebagai
pendorong untuk beliau terus berjaya. Norhafiza sentiasa
menjadikan abang dan ayahnya sebagai idola dan berharap
agar suatu hari beliau juga akan bergelar doktor seperti
mereka.
Jelaslah bahawa faktor sekeliling banyak mendorong
seseorang itu untuk berjaya. Sekiranya mereka berada dalam
kelompok yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah
maka potensi mereka untuk berjaya juga tinggi. Tetapi jika
mereka berada dalam kelompok yang sebaliknya maka

genersi yang bakal lahir adalah generasi yang tidak

mempunyai masa depan.
6.0 Profil G. Stanley Hall
G Stanley Hall telah di dilahirkan pada 1 Februari 1844 di
Ashfield, Massachusetts. Ibunya menitikberatkan tentang
keagamaan. Oleh itu beliau belajar di Williams College pada
1867 , dan kemudian belajar di Union Theological Seminary
bagi menyiapkan diri sebagai seorang paderi. Kehendaknya
adalah untuk mengembara dan mencapai sesuatu penting
dalam dunia. Dengan ini beliau pergi ke Jerman selama 3
tahun. Disana beliau belajar tentang psikologi dan antara
pensyarah beliau ialah Du Bois-Reymond's. Selepas tamat
belajar disana, beliau pulang ke New York dan bekerja
sebagai paderi di sebuah gereja. Kemudian beliau mengajar di
Antioch College, Dayton, Ohio. Beliau bertolak sekali lagi ke
Jerman untuk belajar dengan Wilhelm Wundt ahli psikologi.
Selepas itu, beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Harvard
University. Antara rakan sekerjanya ialah William James.
Beliau menerima kedoktorannya pada 1878 dan menjadikan
beliau sebagai orang pertama Amerika yang mendapat
kedoktoran dalam psikologi. Kemudian pada tahun 1880,
beliau bekerja bersama Wilhelm Wundt di makmal Leipzig.
Pada 1882 dia pernah dilantik sebagai profesor psikologi dan
pedagogi di Johns Hopkins University, dan menjadikan beliau
sebagai orang pertama Amerika bekerja di makmal psikologi.
Pada 1889 Hall dipilih sebagai presiden pertama Clark
University, dan bekerja selama 31 tahun sebagai presiden di
Clark University. Pada 1887 beliau menjadi Presiden pertama
dalam Kelab Psikologi Amerika. Beliau meninggal dunia pada
24 April 1924.

Dia seorang ahli psikologi Amerika dalam bidang keremajaan

dan juga merupakan seorang pendidik. Dia tertumpu
perhatiannya pada keperluan pendidikan remaja-remaja. Dia
memberi banyak sumbangan untuk pendidikan Amerika
dalam psikologi, termasuk kepimpinannya dalam kajian
kanak-kanak dan penjajahannya kepada teori remaja-remaja.
Beliau membantah hebat untuk penekanan pada subjek-subjek
ajaran tradisional, seperti huruf Latin, Matematik, Sains, dan
Sejarah, di sekolah tinggi, sebaliknya sekolah tinggi itu harus
lebih memberi tumpuan pada pendidikan remaja-remaja dan
menyediakan pelajar untuk melangkah ke kolej.
6.1 Penubuhan Institusi Kanak-kanak di Clark Universiti
Pada tahun 1909, beliau telah menubuhkan Institusi KanakKanak Di Clark University. (Children Institute di Clark
University). Institut ini diasaskan dengan tujuan
menambahkan pengumpulan data-data ke atas kanak-kanak,
beliau pada mulanya berharap akan mewujudkan psikologi
berdasarkan prinsip-prinsip genetik dan bersifat evolusi (hasil
langsung kepentingan fungsionalisnya dalam penyesuaian
mental) dan menggunakan data itu untuk membentuk asas
untuk amalan-amalan pendidikan bunyi. Institut itu berfungsi
kerana kedua-dua sebuah makmal untuk data bagi
mengesahkan teori rekapitulasi Hall, dan seperti sebuah
program untuk mengajar dan meningkatkan kajian kanakkanak kepada guru dan lain-lain dalam pendidikan.
Data-data ini tidak membantu keupayaan bagi mengesahkan
kedudukan teori ini. Oleh itu, institut ini berfungsi
terutamanya sebagai satu entiti pendidikan dan menarik
kepentingan pengajar-pengajar, guru-guru, dan ibu bapa.
Beliau telah mewujudkan satu suasana intelektual daripada
mewujudkan sesuatu persekitaran yang formal. Beliau

menyumbang sesuatu yang baru dalam ilmu psikologi iaitu

kepentingan genetik dan evolusi dalam psikologi, yang telah
dibuktikan melalui tulisan-tulisannya dan sokongannya kajian
psikologi perkembangan dari segi perspektif filogenetik dan
ontogenetik. Teori ini menjelaskan bahawa setiap individu
akan melalui proses perubahan dari segi deria pemikiran &
deria fizikal selaras denagn perkembangan minda & tubuh
badan.
Idea-idea ini membangkitkan beliau bagi meneliti aspekaspek perkembangan kanak-kanak dalam tingkah laku kanakkanak itu sendiri. Pembangunan kanak-kanak dipengaruhi
oleh tingkah laku mereka. Walaubagaimanapun karakter
subjektif tentang kajian ini membuatkan pengesahannya
mustahil. Kerjanya juga telah diselidiki menggambarkan
kontrovesi tentang perbezaan di antara perempuan dan lelaki
sama seperti konsep cara menambah penduduk sesuatu
bangsa.
Beliau menggunakan Teori Evolusi Darwin dan Teori Ernst
Haeckel ("ontogeni mengulang filogeni") sebagai rujukan
yang paling besar dalam kajian beliau. Pada lewat Century ke19, Hall telah dipengaruhi oleh Charles Teori Evolusi Darwin.
Teori Evolusi Darwin adalah adalah diilhamkan daripada
Charles Darwin adalah seorang naturalis Inggeris yang teori
revolusinya meletakkan landasan bagi teori evolusi moden
dan prinsip garis keturunan yang sama (common descent)
dengan mengajukan seleksi alam sebagai mekanismanya.
Teori ini kini dianggap sebagai komponen integral dari
biologi (ilmu hayat) Ia menyediakan satu daya untuk
peperiksaan
saintifik
perkembangan
kanak-kanak.
Penekanannya pada tingkah laku kewujudan spesies berbeza
dirangsang oleh satu kecenderungan dalam melihat kanak-

kanak bagi mengenal pasti mereka kelakuan adaptif . Kajiankajian ini adalah nilai saintifik yang terhad kerana kurang
objektiviti dan kerap gagal dengan menggambarkan kelakuan
diperhatikan, pengesahan pembuatan adalah mustahil. Darwin
telah memerhatikan yang anak akan mewarisi satu persamaan
daripada ibu bapa mereka iaitu dikenali sebagai baka.
Teori Evolutionary akan meluaskan skop psikologi dan
membawa kepada satu "genetik" analisis peringkat-peringkat
pertumbuhan dan pembangunan manusia. (Gutek, Gerald.
Pendidikan di Amerika Syarikat.- An Historical Perspective.
Prentice-Hall, 1986. Halaman 196.) Teori Ernst Haeckel
adalah ilham daripada ahli biologi ternama dari Jerman iaitu
Ernst Haeckel, seorang naturalis, doktor, profesor dan
seniman, yang menemukan, menjelaskan, dan menamakan
ribuan spesies baru, membuat peta pohon genealogi hubungan
semua makhluk hidup, dan membuat istilah biologi baru,
seperti filum, filogeni, ekologi, dan kingdom Protista. Haeckel
menyebar dan memperluaskan karya Charles Darwin di
Jerman, serta mengembangkan Teori Rekapitulasi yang
kontroversial.
6.2
Peringkatperingkat
pertumbuhan

Perkembangan

dan

Teori perkembangan G.Stanley Hall tidak digunakan dengan

meluas dalam dunia perdidikan kerana telah muncul teori
perkembangan yang lain iaitu teori perkembangan kognitif
Jean Piaget. Dalam teori ini, terdapat 3 peringkat
perkembangan dan pertumbuhan iaitu:
i) Peringkat pertama
Daripada enam atau tujuh pengalaman hidup kanak-kanak
adalah melalui deria-deria fizikal yang menyerupai binatang-

binatang. Pertumbuhan fizikal adalah pesat dan tahap tenaga

adalah tinggi. walaubagaimanapun alasan ini belum
dikembangkan, kerana sensitif kepada agama, atau sosialisasi.
Contohnya mereka akan membuat sesuatu perkara
berdasarkan pemerhatian mereka tanpa memikirkan kesap dan
akibat.
ii) Peringkat kedua
Daripada usia lapan tahun, otak telah berkembang untuk saiz
sepenuhnya. Beliau membantah bahawa jika pada peringkat
ini pendidikan formal sepatutnya mula. Kerana kemahirankemahiran pemikiran bagi membangunkan kanak-kanak pada
peringkat ini adalah kejam dan tidak sesuai disebabkan
mereka tidak bersiap sedia untuk menangani dengan
pemikiran yang kompleks atau isu-isu moraliti. Tingkah laku
kanak-kanak yang negatif mula terbentuk seperti tidak
menghormati orang lain dan menunjukkan kelakuan nakal
iii) Peringkat ketiga
Peringkat ini adalah peringkat keremajaan kanak-kanak. Pada
peringkat
perkembangan
seksual
bermula.
Beliau
beranggapan dan membantah tentang sekolah campuran
kerana baginya adalah tidak sesuai pada peringkat ini. Tanpa
gangguan seks kanak-kanak pada peringkat ini boleh belajar
dengan lebih baik. Mereka lebih bersedia belajar tentang isuisu moral, dan bagaimana untuk hidup dalam masyarakat.
Beliau berpendapat sekolah tinggi adalah untuk memfokuskan
pada persediaan untuk kehidupan dalam bermasyarakat.
Adalah lebih bagus dan wajar jika mereka menyambung
pengajian mereka pada peringkat yang lebih tinggi.
6.3 Ujian kebolehan bakat umum (The General Aptitude
Test Battery)

Ujian ini di gunakan sebagai penentu terhadap kecekapan

pemikiran seseorang kanak-kanak. Ia merupakan salah satu
bakat semula jadi yang diperolehi melalui pengetahuan,
pemahaman dan juga sikap. Seseorang akan melakukan
sesuatu bagi mencapai satu tahap tertentu mengikut
Kecenderungan-kecenderungan terhadap fizikal atau mental.
Sifat semula jadi dan bakat adalah kesan kepada pencapaian
yang mewakili pengetahuan atau keupayaan yang diperolehi.
Hubungan antara bakat dan darjah kecerdasan adalah
bertentangan,dengan keupayaan mental manusia. Keupayaan
lisan, angka dan ruang.bakat digabungkan bagi melihat
keupayaaan mental seseorang samada rendah atau tinggi.
Bakat seseorang lahir dari diri mereka sendiri. IQ adalah amat
penting dari bakat. Ini kerana keupayaan IQ akan kita lihat
bermula dari peringkat awal lagi.
6.4 Contoh ujian kebolehan bakat umum
Soalan: Padankan rajah A dan rajah B mengikut bentuk
bongkah yang sama.

Jawapan: A-5, B-3, C-6, D-1, E-4, F-2

Kesimpulan : Melalui ujian ini kanak-kanak boleh melakukan
aktiviti mengenal pasti bentuk sesuatu objek dan juga kanakkanak dapat mengenal abjad dan nombor yang terdapat dalam
kotak tersebut.

7.0 Penutup
Berdasarkan ketiga-tiga teori dapat disimpulkan bahawasanya
tahap perkembagan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai
sudut seperti fizikal, kognitif, emosi & sosial walaupun
masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang
sama.Perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak
juga di pengaruhi oleh persekitaran.jika baik persekitaran
yang di bina maka pertumbuhan dan perkembangan seseorang
kanak-kanak juga baik.Selain itu juga pertumbuhan dan
perkembangan seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh
peranan ibu bapa dan guru,Ibu bapa atau guru seharusnya
seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara
bagi membantu pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara
optimum , supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak berkembang seiring.
Sehubungan itu, semua keperluan dan kepentingan dalam
pertumbuhan dan perkembangan dapat dipenuhi oleh kanakkanak dengan baik.ibu bapa dan guru perlu menyediakan
keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam
pertumbuhan dan perkembangan mereka,semua keperluan dan
kepentingan
terhadap
kanak-kanak
adalah
saling
berkaitan.penyedian terhadap keperluan dalam mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan seseprang kanak-kanak
haruslah perlu di titik beratkan dari aspek keselamatan dan
kualiti sesuatu perkara agar perkara tersebut memberi
kepentingan kepada kanak-kanak tersebut.
Penyediaan sesuatu keperluan haruslah jaga berdasarkan
tahap perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh apabila
kanak-kanak tersebut baru pandai mengayauh basikal ,maka
ibu bapa perlu menyediakan sebuah basikal yang beroda tiga.
Hal ini kerana kanak-kanak tersebut baru pandai

menggunakan basikal dan baru pandai mengayuh.oleh itu

amat bahaya jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak tersebut
mengayuh basikal tanpa sokongan. Kanak-kanak tersebut
masih berada pada tahap rendah dalam menguasai kemahiran
tersebut. Oleh itu penyediaan terhadap sesuatu keperluan
untuk kanak-kanak harus menitikberatkan keselamatan dan
kepentingannya.
8.0 Bibliografi
1.

Abdul Aziz Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah

Nachiappan (2007). Psikologi pendidikan. Kuala
lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd

2.

Carol Seefeldt & Barbaraa A. Wasik Palatini

(2006). Early Education Three, Four
and Five
Years Olds Go To School. Pearson Education Inc.

3.

Consult G. E. Partridge (2010). Genetic Philosophy

of Education. Diperoleh pada
Januari 2, 2010
daripada.http://en.wikipedia.org/wiki/G._Stanley_
Hall.

4.

Fuchs, Estelle, and Havighurst, Robert J. 1973. To

Live on This Earth: American Indian Education.
Garden City, NY: Anchor Press/Doubleday.

5.

Huzaidy Hussein.(2010). Biodata G.Stanley Hall.

Diperoleh pada Januari 3, 2010
daripada
http://www.scribd.com/doc/4384568/bio-of-gstanley-hall

6.

Robert J. Havighurst (1971) Developmental Tasks

and Education, Third Edition.
New York.
Longman.

0 comments:
Post a Comment
Newer Post Home

Teori Kematangan Arnold Gesell, Robert Havighusrt Dan G. Stanley Hall

Posted by teori perkembangan at 6:49 AM

menggunakan sebelah tangan, sebelah mata dan lain-

lain lagi. Keadaan ketidakseimbangan bayi ini dapat

dilihat pada tonic neck reflex iaitu satu tindak balas
yang ditemui oleh Gesell dalam diri manusia. Gesell
mendapati bahawa bayi lebih suka berbaring dengan
mendongak kepala pada satu arah dan bila mereka
berbuat demikian, maka mereka akan memperlihatkan
kedudukan badan tonic neck reflex tersebut.
Mereka akan menjulurkan lengan pada arah kepala
ditudingkan (seolah-olah sedang memerhatikan tangan
tersebut) manakala tangan yang satu lagi akan
dibengkokkan lalu diletakkan di belakang kepala.
Kedudukan badan tonic neck reflex ini nampak seolaholah seperti cara asas berdiri seorang pemain pedang .
Kedudukan badan tonic neck reflex ini adalah dominan
dalam jangkamasa tiga bulan selepas kelahiran dan
kemudian ianya akan diselubungi oleh perkembangan
baru dalam sistem saraf (Gesell, 1946).
Kendiri Gesell (1946) percaya bahawa mekanisma
perkembangan intrinsik terlalu kuat sehingga organisma
tersebut pada sesuatu tahap akan dapat mengawal
perkembangan dirinya. Dalam satu siri penyelidikan
beliau telah menunjukkan bagaimana bayi dapat
mengawal kitaran menyusu, tidur dan keadaan berjaga
mereka. Bila bayi diberi kebebasan menentukan masa
menyusu dan tidur, mereka secara pelahan-lahan
memerlukan kala penyusuan yang kurang dan mereka
juga berada dalam keadaan berjaga lebih lama pada
siang hari. Kemajuan tidak dapat mengikut satu garisan
lurus, malah telah dapat beberapa perubahan yang
menerus termasuk yang menurun.
Akan tetapi bayi tersebut secara perlahan-lahan telah
mengalami jadual yang stabil. Gesell juga telah menulis

tentang peraturan kendiri ini dari pandangan yang

berbeza sedikit, iaitu memusatkan kepada keupayaan
organisma untuk mempertahankan satu integrasi yang
menyeluruhdan seimbang. Pertumbuhan tentu sekali
akan melibatkan ketidakseimbangan. Sebagaimana yang
kita lihat tadi corak tidur dan penyusuan berubah selalu.
Kita telah juga melihat ketidakseimbangan dalam
perkembangan personaliti di mana telah terdapat
jangkamasa stabil yang diikuti oleh jangkamasa yang
tidak stabil semasa bayi ini memasuki tahap introvet
dan ekstrovet yang baru.
Dalam satu perbincangkan yang menarik (Gesell, 1943)
telah mempersembahkan keadaan tiga orang kanakkanak secara hypotetikal, iaitu seorang yang lambat
membesar, seorang yang cepat membesar manakala
seorang lagi tidak sempurna tumbesarannya. Beliau
telah mencadangkan cara bagaimana setiap pembesaran
yang mungkin dapat dilihat dari segi beberapa jenis cara
pembesaran secara persendirian. Kanak-kanak A,
kanak-kanak B, yang membesar dengan cepat, mungkin
akan cepat bertindak balas, riang dan gembira, cergas
dan secara amnya cerdik dan pandai.
Kanak-kanak C, yang mengalami kebantutan pada
pertumbuhannya, mungkin kadang-kadang akan
bersikap lebih berhati-hati dan ada kalanya kurang
berhati-hati, murung, tidak sabar dan kadang kala
menunjukan kecerdikannya. Gesell percaya bahawa tabii
seseorang individu dan cara pembesarannya akan
mengakibatkan keinginan yang berbeza ke atas budaya
dan budaya juga patut cuba menyesuaikan diri dengan
keunikan setiap kanak-kanak. Gesell (1946) percaya
bahawa untuk membesar dan mendidik anak perlu

bermula dengan memberi

kebijaksanaan implisit.

pengiktirafan

kepada

Bayi memasuki ke alam duniawi dengan satu jadualyang

semula jadi yang dimana adalah hasil daripada
perkembangan beransur-ansur selama lebih daripada
tiga juta tahun, dimana mereka sangat arif tentang
keperluan diri dan juga tentang perkara yang mereka
sedia dan tidak sedia untuk berbuat sesuatu. Oleh
kerana ini para ibu bapa tidak harus memaksa anakanak mereka untuk melakukan sesuatu dengan
menggunakan pola-pola perlakuan perangai mereka,
tetapi mereka patut mengambil iktibar daripada anakanak mereka sendiri.
Dalam topik mengenai pemakanan, Gesell telah
menyarankan memberi makanan secara keinginan, iaitu
memberi makanan kepada bayi apabila ianya
menunjukkan persediaan untuk menerima makanan,
yang mana adalah bertentangan dengan corak memberi
makanan kepada bayi mengikut pola-pola yang telah
ditentukan. Bila ibu bapa berhenti memikirkan tentang
apa yang bayi mereka patut buat di samping mengikut
isyarat daripada bayi mereka akan mula menghargai
keupayaan semula jadi bayi tersebut untuk
perkembangan kendirinya.
Mereka akan dapat melihat bagaimana bayi dapat
mengawal corak pemakanan, masa tidur dan terjaga.
Kemudian mereka akan dapat melihat bagaimana bayi
tersebut belajar untuk duduk, merayap dan merangkak
dengan sendiri tanpa perlu menolak atau menujah
mereka. Ibu bapa akan percaya kepada bayi tersebut dan
juga kepada proses tumbesaran. Gesell menegaskan
bahawa tahun pertama masa yang paling sesuai untuk

mempelajari tentang ciri-ciri individu seseorang kanakkanak. Ibu bapa yang bertindak balas dengan keperluan
kanak-kanak semasa bayi akan secara semulajadi
sensitif terhadap kecenderungan dan keupayaan unik
kanak-kanak tersebut.
Mereka akan kurang meletakkan pengharapan dan citacita mereka sendiri ke atas kanak-kanak tersebut malah
lebih cenderung untuk memberikan ciri-ciri individu
kanak-kanak tersebut untuk berkembang dan mencari
identiti dirinya sendiri. Gesell menyatakan bahawa ibu
bapa perlu pengetahuan teoritikal mengenai trend dan
corak perkembangan di samping memiliki rasa sensitif
secara intuitif terhadap kanak-kanak. Secara khusus
mereka perlu tahu bahawa, perkembangan ada tidak
tetap dalam jangkasama antara stabil dengan tidak
stabil. Pengetahuan ini akan dibantu oleh pengetahuan
yang menyatakan bahawa kanak-kanak berusia dua
tahun setengah akan mengalami satu jangkamasa yang
mengelirukan yang akan menjadikan mereka sangat
degil.
Guru yang mengetahui sistem tumbesaran kanakkanak, tidak akan memaksa kanak-kanak yang berumur
enam tahun untuk mempelajari sesuatu bertentangan
dengan daya semula jadinya tetapi akan mengajar latih
tubi bila tiba waktunya, kanak-kanak tersebut akan
menerima faedah melalui pembelajaran (Gesell, 1946)
Pada waktu yang sama, adalah tidak mencukupi untuk
mengajar menggunakan teknik-teknik yang sesuai
mengikut setiap umur atau kelas, kerana peringkat
pembesaran kanak-kanak berbeza termasuklah bakatbakat istimewa yang terpendam.

Oleh itu, guru perlulah bekerja menuju ke arah keadaan

persediaan setiap kanak-kanak mengikut keistimewaan
kebolehan mereka. Pada ketika ini, kebanyakan sekolah
tidak berbuat demikian. Mereka memberi penekanan
yang lebih kepada pencapaian yang seragam seperti
pemberian gred mengikut tahap bacaan dimana mereka
tidak
mengendahkan
pembesaran
kanak-kanak
mengikut masa dan kemungkinan perkembangan
keunikan tersendiri.
Sekolah perlu mengajar kemahiran hidup yang seragam
tetapi dalam pemerintahan demokrasi, matlamat
terunggul ialah untuk membentu kanak-kanak
mengembangkan
perlakuan
kanak-kanak
yang
sepenuhnya. Untuk berbuat demikian, guru perlu
membiarkan kanak-kanak itu sendiri memberi panduan
kepada mereka sepertimana kanak-kanak itu sendiri
dipandu oleh pelan asas biologi bagi pembesaran optima
(Gesell, 1946).
4.2 Jadual perkembangan turutan tingkah laku
menurut Arnold Lucius Gesell
Arnold Lucius Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan
jadual
perkembangan
turutan
tingkah
laku
(perkembangan motor) kerana beliau berpendapat
bahawa semua perkembangan berlaku mengikut pola
dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah
laku kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya, semasa
berumur empat bulan, Fahmi telah boleh merangkak,
tingkah laku seterusnya adalah duduk dan mula belajar
berdiri. Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza
antara seseorang induvidu dengan induvidu yang lain
kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap
induvidu.

Jadual perkembangan turutan tingkah laku yang

dihasikan oleh Gesell boleh dibahagikan kepada lima
peringkat. Pada peringkat pertama iaitu pada usia lahir
hingga satu tahun, ciri-ciri perkembangan tingkah laku
yang dihasilkan pada usia satu bulan menurut Gesell
(1925) ialah bayi dapat menghasilkan tangisan berbezabeza untuk menyatakan kehendak yang berlainan
seperti tangisan lapar adalah berbeza daripada tangisan
ketika lampinya basah. Pada usia empat bulan,
koordinasi fizikal berlaku pada bayi iaitu mata bayi
boleh mengikut objek yang bergerak.
Misalnya bayi dapat melihat kapal terbang mainan yang
berpusing. Seterusnya, pada usia enam bulan bayi sudah
dapat menggenggam sesuatu objek misalnya bola, kubus
kayu, keringcing dan sebagainya. Pada usia tujuh bulan,
bayi sudah mula pandai duduk dan merangkak dengan
sendirinya tanpa bantuan daripada orang lain kerana
pada masa ini otot leher, tangan, kaki, pinggul bayi
sudah semakin kuat dan membolehkan bayi duduk dan
merangkak dengan cepat. Pada usia dua belas bulan,
bayi sudah mahir untuk melangkahkan kakinya dengan
berpaut pada kerusi, meja untuk mengimbangkan berat
badanya.
Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga dua
tahun, kematangan fizikal dan mental mula meningkat
iaitu bayi sudah pandai jalan bertatih dibantu oleh
pengasuhnya. Pada tahap ini juga, bayi sudah mula
faham istilah jangan dan pada usia dua tahun bayi
sudah mahir untuk berjalan tanpa bantuan daripada
pengasuhnya kerana bayi sudah memperolehi
keseimbangan badan yang sempurna. Pada peringkat ke
tiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun bayi sudah

mengcapai koordinasi mata, tangan dan kaki yang

semakin sempurna misalnya boleh mengurus diri
sendiri seperti boleh makan dan memakai kasut dengan
sendiri dan mula boleh bercakap dengan menggunakan
ayat yang mudah tetapi tidak begitu baik dan ayat yang
digunakan tidak begitu lengkap.
Pada peringkat keempat iaitu pada usia tiga hingga
empat tahun, koordinasi dan kematangan fizikal kanakkanak sudah semakin kukuh misalnya boleh
menunggang basikal beroda tiga dan boleh menuruti
arahan mudah daripada ibu bapa. Pada tahap kelima
iaitu pada usia empat hingga lima tahun, proses
interaksi kanak-kanak mula terbentuk kerana pada
tahap ini kanak-kanak mula bersosialisasi dan bergaul
dengan rakan-rakan seusia denganya kerana pada masa
ini kanak-kanak telah bersedia untuk memasuki alam
persekolahan iaitu ke kelas pra sekolah. Pada peringkat
ini juga kanak kanak suka untuk mengemukakan
soalan kepada penjaganya samaada ibu, ayah, guru dan
sebaginya untuk mengetahui sesuatu pekara kerana
kanak-kanak pada usia sebegini mempunyai sifat ingin
tahu yang sangat tinggi berdasarkan pemerhatian
mereka terhadap persekitaran sekeliling.
4.3 Aktiviti mengikut peringkat umur menurut
Arnold Lucius Gesell
Antara aktiviti yang boleh dilakukan pada setiap
peringkat umur mengikut teori Arnold Gesell ialah
penerokaan permainan untuk kanak-kanak berusia lahir
hingga satu tahun. Ibu bapa atau pengasuh sangat
memainkan peranan yang penting untuk memberi
rangsangan
yang
positif
dalam
membantu
perkembangan bayi tersebut. Cara aktiviti ini dilakukan

ialah letakkan bayi di lantai atau ruangan yang lebih luas

dan bersih kerana bayi memerlukan ruang yang lebih
luas untuk meneroka persekitaranya.
Seterusnya ibu bapa dapat memberi rangsangan kepada
bayi dengan memberi bayi pelbagai jenis permainan
yang berwarna-warni, berbunyi dan tidak mudah pecah
kepada bayi misalnya kubus kayu, bola, keringcing
untuk menarik perhatian bayi bermain dan pada masa
yang sama, ibu bapa digalakkan untuk bermain bersama
bayi dan memberi dorongan kepada bayi disamping
dapat mengawasi bayi tersebut. Aktiviti ini secara tidak
langsung dapat merangsang perkembangan motor kasar
dan motor halus bayi misalnya merangkak kerana pada
masa ini otot pinggul, bahu,tangan dan kaki bayi sudah
semakin kuat dan bayi dapat mengenggam atau
memegang objek ketika bermain.
Pada peringkat ke dua iaitu pada usia satu hingga dua
tahun, aktiviti yang boleh dilakukan ialah jalan bertatih.
Aktiviti ini boleh dilaksanakan di kawasan yang lapang
dan luas seperti ruang tamu, lantai yang mempunyai
permukaan yang lembut, halaman rumah, taman
permainan dan sebagainya kerana bayi memerlukan
ruangan yang besar untuk belajar berjalan. Ibu bapa
boleh memberi dorongan kepada bayi dengan
membantu bayi ketika proses bertatih dengan
mendampingi anak dari belakang bagi mendapatkan
sokongan yang baik. Selain itu, alat bantuan seperti baby
walker boleh digunakan bagi membantu bayi semasa
proses bertatih. Aktiviti ini juga akan membantu
perkembangan motor kasar dan motor halus bayi kerana
pada usia ini bayi sudah boleh melangkah kakinya dan
dapat mengimbangkan berat badanya.

Seterusnya, pada peringkat ketiga iaitu pada usia dua

hingga tiga tahun. Aktiviti yang boleh di jalankan ialah
mengajar cara makan yang betul kepada kanak-kanak.
Ibu bapa boleh menggalakkan kanak-kanak untuk
makan dengan sendirinya kerana kanak-kanak pada
usia sebegini kanak-kanak mampu untuk makan dengan
sendiri kerana pergerakkan motor halus iaitu koordinasi
mata, tangan dan keseimbangan badan kanak-kanak
sudah sempurna. Ibu boleh memberi rangsangan
kepada kanak-kanak dengan meletakkan makanan yang
lembut ke dalam bekas plastik misalnya agar-agar,
nestum dan sebagainya kemudian ibu hendaklah
mengajar kanak-kanak tersebut memegang sudu dan
cara makan yang betul dengan pengawasan daripada
daripada ibu bapa. Seterusnya ibu atau bapa boleh
memberi peneguhan positif kepada kanak-kanak seperti
pujian, bertepuk tangan jika kanak-kanak berjaya
menyuapkan makanan ke dalam mulut bagi merangsang
kanak-kanak untuk terus berusaha.
Aktiviti seterusnya ialah menunggang basikal beroda
tiga bagi kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun
iaitu pada tahap yang ke empat. Ibu bapa atau penjaga
memainkan peranan yang penting dengan membantu
kanak-kanak mengimbangi badan di atas basikal beroda
tiga. Ibu bapa juga perlu memberi rangsangan serta
sokongan kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak
dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti berbasikal
dengan pengawasan dan pemerhatian daripada penjaga
dalam aktiviti tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan perkembangan motor kasar dan
motor halus kanak-kanak kerana pergerakkan yang
terlibat semasa menunggang basikal beroda tiga ini
mampu merangsang perkembangan tersebut. Misalnya

genggaman tangan dan kayuhan basikal merupakan

salah satu contoh pergerakkan motor kasar dan halus
kanak-kanak.
Akhir sekali pada peringkat kelima iaitu pada usia
empat hingga lima tahun. Aktiviti yang boleh dilakukan
ialah bermain di taman permainan. Aktiviti ini boleh
dijalankan dengan penglibatan rakan-rakan yang sebaya
yang seusia denganya. Ibu bapa atau penjaga boleh
membawa kanak-kanak tersebut ke taman permainan
yang berdekatan dan berikan kebebasan kepada kanakkanak untuk bermain dengan rakan-rakan namun masih
dalam pengawasan daripada ibu bapa. Dengan cara ini,
kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan
sosialnya
iaitu
kebolehan
kanak-kanak
untuk
berinteraksi, bergaul dan bersosialisai dengan orang lain
dengan cara bermain.
5.0 Profil Robert James Havighurst
Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di
De Pere, Wisconsin. Beliau adalah seorang professor,
pendidik dan pakar penuaan. Kedua-dua ibu bapanya,
Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred Weter
Havighurst adalah seorang pendidik di Universiti
Lawrence. Robert Havighurst adalah seorang yang rajin
bekerja dan amat terkenal pada tahun 80-an. Menurut
maklumat daripada keluarganya, Robert Havighurst
meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit
Alzheimer.
Robert Havighurst mula melangkah ke bidang
pendidikan di Wisconsin dan Illinois. Beliau mendapat
banyak ijazah dan telah mencapai pelbagai pencapaian
dalam bidang akademik Pada tahun 1918 -1921 B.A dari

Ohio Wesleyan University, manakala pada tahun 1922

M.A dari Ohio State Universiti, seterusnya pada
tahun1924, mendapat PHD di Chemistry Ohio State
Universiti, pada tahun 1953-1954, Fulbright Scholar,
Universiti Canterbury, New Zealand, pada tahun 1961,
Fulbright Scholar, University Buenos Aires, 1962
Honorary Degree Sc. Di Universiti Adelphi dan pada
tahun 1963, beliau mendapat Hon. L.L.D di Ohio
Wesleyan University. Ini adalah sebahagian daripada
kata-kata atau mutiara kata daripada Robert James
Havighurst mengenai teori yang diperkenalkannya.
"Family life is the source of the greatest human
happiness. This happiness is the simplest and least
costly kind, and it cannot be purchased with money. But
it can be increased if we do two things: if we recognize
and uphold the essential values of family life and if we
get and keep control of the process of social change so as
to make it give us what is needed to make family life
perform its essential functions."
"The modern world needs people with a complex
identity who are intellectually autonomous and prepared
to cope with uncertainty; who are able to tolerate
ambiguity and not be driven by fear into a rigid, singlesolution approach to problems, who are rational,
foresightful and who look for facts; who can draw
inferences and can control their behavior in the light of
foreseen consequences, who are altruistic and enjoy
doing for others, and who understand social forces and
trends."
"A successful mother sets her children free and becomes
free herself in the process."

"The two basic principle processes of education are

knowing and valuing."
"A developmental task is a task which is learned at a
specific point and which makes achievement of
succeeding tasks possible. When the timing is right, the
ability to learn a particular task will be possible. This is
referred to as a teachable moment. It is important to
keep in mind that unless the time is right, learning will
not occur. Hence, it is important to repeat important
points whenever possible so that when a student's
teachable moment occurs, s/he can benefit from the
knowledge."
Robert Havighurst adalah seorang ahli psikologi
Amerika Syarikat yang terkenal dengan mengemukakan
teori-teori
tugas-tugas
perkembangan
manusia
berlandaskan
sosiobudaya
berkaitan
dengan
perkembangan jasmaninya. Beliau menghuraikan
perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas,
seperti,berjalan, berlari atau melompat, yang di lahirkan
di dalam kehiduoan individu pada satu peringkat
tertentu. Kejayaan inidividu dalam perlaksanaan tugas
tertntu
akan
menbawa
kepuasan
serta
mengdorongkannya
mengulangi
tugas
tersebut.
Kegagalan melaksanakan tugas pada kali pertama akan
membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya
melakukan tugas itu.
Beliau pula menegaskan bahawa perkembangan
personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai,
norma-norma dan budaya masyarakat. Robert
Havighurst dalam bukunya Human Development And
Education
(1953)
menyenaraikan
tugas-tugas
perkembangan
kanak-kanak.
Beliau
telah

membahagikan peringkat-peringkat perkembangan

kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga
awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6
hingga 12 tahun), awal remaja dan remaja (12 hingga 18
tahun).
Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6
hingga 8 tahun), Havighurst mengatakan kanak-kanak
dapat membezakan lelaki dan perempuan. Mereka dapat
membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak
tahu membuat perbandingan. Selain itu juga, kanakkanak dapat menguasai konsep-konsep moral,nilai dan
kemahiran hidup. Mereka biasanya dilatih untuk belajar
berdikari kerana kanak-kanak pada peringkat ini
seharusnya digalakkan membuat kerja dengan usaha
sendiri. Mereka tidak boleh bergantung kepada orang
sekeliling mereka kerana daripada usaha mereka
sendiri, kanak-kanak dapat membentuk sifat kebebasan
peribadi. Guru-guru di sekolah boleh mengajar kanakkanak kemahiran membaca, menulis dan mengira
kerana perkembangan otak pada peringkat ini berlaku
dengan sangat cepat.
Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu
mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat
perkembangan. Sekiranya tugasan tersebut dapat
dilaksanakan dengan jayanya,hasilnya akan membawa
kebahagian kepada individu tersebut. Jika tidak,
individu itu akan mengalami masalah perkembangan
pada peringkat seterusnya. Havighurst mendefinisikan
tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman dan
pencapaian
sebagai
ciri-ciri
setiap
peringkat
perkembangan. Tugasan atau perkembangan adalah

satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai

oleh individu.
Sebagai contohnya, bayi perlu merangkak terlebih
dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) di mana bayi
perlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum
berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang
demikian, beliau juga percaya bahawa perkembangan
manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai,
norma-norma dan budaya masyarakat. Ini kerana
perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih
lancar sekiranya ibu bapa memahami keperluan
pembelajaran anak mereka terutamanya dlam proses
ini. Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut
peringkat umur masing-masing.
Faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak, setiap individu, kecuali kanak-kanak
berkembar, mempunyai ciri-ciri fizikal seperti saiz
badan, tinggi rendah, berat- ringan, bentuk dan
warna, organ deria serta kemahiran fizikal yang unik.
Kajian menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran khasnya
warna rambut dan organ deria diwarisi oleh gen-gen ibu
bapa.
5.1 Jadual Tugas Perkembangan individu merangkumi 10
peringkat usia

5.2 Aktiviti mengikut Teori Robert Havirgust

Robert Havighurst merupakan seorang pakar psikologi
Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan
sosiobudaya dan antropologi. Beliau telah menghuraikan
konsep tugas perkembangan dalam bukunya human
Development and Education yang diterbitkan pada tahun
1953. Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan
masyarakat tentang tinkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh
seseorang individu pada peringkat umur tertentu ( Atan Long,
1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas
perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang
perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan
terhadap
persekitara.
Beliau
berpendapat
bahawa
perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh
persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi
kanak-kanak dalam membentuk personaliti mereka. Kanakkanak yang berada dalam persekitaran yang baik
kebanyakannya lebih berjaya berbanding dengan kanak-kanak
yang berada dalam persekitaran yang kurang baik. Havighurst
membahagikan teori perkembangan kepada tiga peringkat
iaitu:
i) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0 6 tahun)
Pada usia ini kanak-kanak mula mengenali persekitaran yang
ada disekeliling mereka. Keinginan mereka untuk mencuba
sesuatu amat ketara. Mereka mula belajar bercakap dan
berinteraksi dengan orang yang ada disekelilingnya seperti ibu
bapa, saudara mara, kawan-kawan serta guru mereka. Melalui
percakapan ini mereka mula belajar menyebut perkataan yang
mudah sehingga terbentuknya satu ayat. Contohnya, sayuqina
yang berusia 5 tahun sudah pandai memahami setiap arahan
yang diberikan oleh ibunya. Selain itu, syauqina juga

mempunyai keinginan untuk membuat sesuatu yang dirasakan

betul seperti mengayuh basikal bersama teman-teman serta
meniru gaya orang lain seperti meniru gaya ibunya memakai
tudung. Disekolah, beliau belajar bertolak ansur dan
bertimbang rasa dengan rakan sebaya, contohnya berkongsi
mainan dengan kawan-kawan. Syauqina dapat bergaul dengan
rakan-rakan sebaya ketika disekolah dan menjadikan beliau
sentiasa seronok ketika diwaktu persekolahan. Kanak-kanak
pada peringkat ini juga belajar mendengar pandangan orang
lain seperti memberitahu mereka secara baik bahawa perkara
yang mereka lakukan itu adalah salah. Mereka juga bijak
dalam membezakan betul dan salah serta membuang najis
ditempat yang betul.
ii) Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 12 tahun )
Kanak-kanak pada peringkat ini kebanyakannya boleh
menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran dalam
menguasai sesuatu permainan contohnya permainan yang
melibatkan pergerakan motor kasar seperti tangan, kaki dan
sebagainya. Jika ibu bapa yang menginginkan anak mereka
bergelar jaguh badminton, mereka perlu memberi galakan dan
latihan agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut.
Contohnya Haji Sidek melatih anak-anaknya untuk mahir
dalam sukan badminton sejak kecil lagi iaitu pada peringkat
ini. Selain itu mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M
iaitu, membaca, menulis dan mengira. Kemahiran seperti ini
dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran disekolah
serta keperingkat yang seterusnya. Kanak-kanak ini juga mula
untuk berkawan dengan orang lain dan mampu memahami
konsep hidup serta moral.
Nicol David, merupakan jaguh skuasy dunia. Beliau
dilahirkan di Pulau Pinang. Nicol ialah anak perempuan

kacukan Cina India kepada Desmond David, seorang jurutera

berketurunan India dan Ann Marie David, seorang guru
berketurunan Cina. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik
lain yang bernama Liane dan Cheryl, kedua-duanya adalah
pemain-pemain skuasy pada aras kebangsaan. Pertembungan
pertama Nicol David dengan skuasy bermula pada awal
usianya pada 6 tahun pada masa itu beliau sangat kecil yang
mana raket skusynya lebih besar daripada beliau dan beliau
tidak ada kekuatan untuk mengangkatnya. Pada usia 8 tahun,
Nicol mula memandang serius pada skuasy,berlatih dengan
tetap dan bermain di dalam pertandingan skuasy. Melihat pada
usianya ramai yang tidak menyangka bahawa beliau dapat
bergelar ratu skusy pada hari ini dan gelaran datok yang
diterimanya amat berbaloi dengan pencapaiannya selama ini.
Dorongan ayah dan ibunya serta kejayaan adik beradiknya
dalam sukan skuasy menjadi pendorong untuk beliau berjaya.
Kanak-kanak pada usia ini jika dilatih dan didorong kerah
kajayaan maka suatu hari mereka akan berjaya dengan
cemerlang. Faktor sekeliling amat penting jika mahukan
mereka menjadi insan yang berguna dimasa akan datang dan
menjadi pengganti pemimpin yang sedia ada. Oleh itu,
peranan ibu bapa dalam menentukan corak dan masa depan
anak-anak mat perlu dititik beratkan.
iii) Peringkat awal remaja dan remaja (12 18 tahun)
Remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian
maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka
mula berada di peringkat operasi formal, iaitu boleh membuat
pemikiran hipotetikal-eduktif. Dari segi perkembangan emosi,
timbul pelbagai emosi lain seperti ingin kejayaan dan
penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal
emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya.

Remaja pada peringkat ini juga mula tertarik kepada rakan

sebaya daripada jantina yang berlainan. Mereka juga mula
mengalami perubahan yang ketara dari segi emosi, jasmani,
rohani, dan fizikal.
Perubahan mereka pada peringkat ini begitu jelas sekali iaitu
dari segi bentuk badan. Ada di antara mereka yang perubahan
bentuk badannya tidak setara dengan usia mereka. Hal ini
menunjukkan bahawa kematangan yang dialami seseorang
individu itu tidak dipengaruhi oleh usia tetapi dipengaruhi
oleh persekitaran yang ada disekeliling mereka. Mereka juga
mula berminat untuk bergaul dengan rakan yang berlainan
jantina serta menginginkan kebebasan dalam pergaulan tanpa
disekat oleh orang lain terutamanya ibubapa. Selain itu
mereka dapat memantapkan konsep baik dan buruk dalam
kehidupan seharian.
Contohnya seperti Norhafiza yang berusia 17 tahun. Beliau
merupakan seorang pelajar yang pintar dalam pelajaran.
Norhafiza mempunyai karakter yang ceria dan peramah.
Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, Norhafiza
sentiasa menjadi pelajar terbaik di sekolahnya. Beliau menjadi
pelajar contoh untuk pelajar yang lain. Beliau juga aktif
bersukan dan aktif dalam program kepimpinan seperti ketua
pengawas sekolah dan pengerusi kelab pidato. Norhafiza juga
seperti remaja yang lain yang inginkan kebebasan untuk
bergaul dengan rakan sebaya walaupun dia mempunyai
kotmitmen dalam pelajaran serta aktiviti yang beliau ceburi.
Rakan-rakan juga merupakan salah satu pendorong untuk
beliau berjaya dalam pelajaran kerana beliau sentiasa bertukar
pendapat dan berkongsi masalah pelajaran bersama rakanrakannya. Tetapi beliau tidak pernah mengabaikan
tanggungjawab yang dipikulnya. Norhafiza sentiasa tekun

mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini. Beliau
menjadikan ayah, ibu, abang serta kakaknya sebagai
pendorong untuk beliau terus berjaya. Norhafiza sentiasa
menjadikan abang dan ayahnya sebagai idola dan berharap
agar suatu hari beliau juga akan bergelar doktor seperti
mereka.
Jelaslah bahawa faktor sekeliling banyak mendorong
seseorang itu untuk berjaya. Sekiranya mereka berada dalam
kelompok yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah
maka potensi mereka untuk berjaya juga tinggi. Tetapi jika
mereka berada dalam kelompok yang sebaliknya maka
genersi yang bakal lahir adalah generasi yang tidak
mempunyai masa depan.
6.0 Profil G. Stanley Hall
G Stanley Hall telah di dilahirkan pada 1 Februari 1844 di
Ashfield, Massachusetts. Ibunya menitikberatkan tentang
keagamaan. Oleh itu beliau belajar di Williams College pada
1867 , dan kemudian belajar di Union Theological Seminary
bagi menyiapkan diri sebagai seorang paderi. Kehendaknya
adalah untuk mengembara dan mencapai sesuatu penting
dalam dunia. Dengan ini beliau pergi ke Jerman selama 3
tahun. Disana beliau belajar tentang psikologi dan antara
pensyarah beliau ialah Du Bois-Reymond's. Selepas tamat
belajar disana, beliau pulang ke New York dan bekerja
sebagai paderi di sebuah gereja. Kemudian beliau mengajar di
Antioch College, Dayton, Ohio. Beliau bertolak sekali lagi ke
Jerman untuk belajar dengan Wilhelm Wundt ahli psikologi.
Selepas itu, beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Harvard
University. Antara rakan sekerjanya ialah William James.
Beliau menerima kedoktorannya pada 1878 dan menjadikan

beliau sebagai orang pertama Amerika yang mendapat

kedoktoran dalam psikologi. Kemudian pada tahun 1880,
beliau bekerja bersama Wilhelm Wundt di makmal Leipzig.
Pada 1882 dia pernah dilantik sebagai profesor psikologi dan
pedagogi di Johns Hopkins University, dan menjadikan beliau
sebagai orang pertama Amerika bekerja di makmal psikologi.
Pada 1889 Hall dipilih sebagai presiden pertama Clark
University, dan bekerja selama 31 tahun sebagai presiden di
Clark University. Pada 1887 beliau menjadi Presiden pertama
dalam Kelab Psikologi Amerika. Beliau meninggal dunia pada
24 April 1924.
Dia seorang ahli psikologi Amerika dalam bidang keremajaan
dan juga merupakan seorang pendidik. Dia tertumpu
perhatiannya pada keperluan pendidikan remaja-remaja. Dia
memberi banyak sumbangan untuk pendidikan Amerika
dalam psikologi, termasuk kepimpinannya dalam kajian
kanak-kanak dan penjajahannya kepada teori remaja-remaja.
Beliau membantah hebat untuk penekanan pada subjek-subjek
ajaran tradisional, seperti huruf Latin, Matematik, Sains, dan
Sejarah, di sekolah tinggi, sebaliknya sekolah tinggi itu harus
lebih memberi tumpuan pada pendidikan remaja-remaja dan
menyediakan pelajar untuk melangkah ke kolej.
6.1 Penubuhan Institusi Kanak-kanak di Clark Universiti
Pada tahun 1909, beliau telah menubuhkan Institusi KanakKanak Di Clark University. (Children Institute di Clark
University). Institut ini diasaskan dengan tujuan
menambahkan pengumpulan data-data ke atas kanak-kanak,
beliau pada mulanya berharap akan mewujudkan psikologi
berdasarkan prinsip-prinsip genetik dan bersifat evolusi (hasil
langsung kepentingan fungsionalisnya dalam penyesuaian
mental) dan menggunakan data itu untuk membentuk asas

untuk amalan-amalan pendidikan bunyi. Institut itu berfungsi

kerana kedua-dua sebuah makmal untuk data bagi
mengesahkan teori rekapitulasi Hall, dan seperti sebuah
program untuk mengajar dan meningkatkan kajian kanakkanak kepada guru dan lain-lain dalam pendidikan.
Data-data ini tidak membantu keupayaan bagi mengesahkan
kedudukan teori ini. Oleh itu, institut ini berfungsi
terutamanya sebagai satu entiti pendidikan dan menarik
kepentingan pengajar-pengajar, guru-guru, dan ibu bapa.
Beliau telah mewujudkan satu suasana intelektual daripada
mewujudkan sesuatu persekitaran yang formal. Beliau
menyumbang sesuatu yang baru dalam ilmu psikologi iaitu
kepentingan genetik dan evolusi dalam psikologi, yang telah
dibuktikan melalui tulisan-tulisannya dan sokongannya kajian
psikologi perkembangan dari segi perspektif filogenetik dan
ontogenetik. Teori ini menjelaskan bahawa setiap individu
akan melalui proses perubahan dari segi deria pemikiran &
deria fizikal selaras denagn perkembangan minda & tubuh
badan.
Idea-idea ini membangkitkan beliau bagi meneliti aspekaspek perkembangan kanak-kanak dalam tingkah laku kanakkanak itu sendiri. Pembangunan kanak-kanak dipengaruhi
oleh tingkah laku mereka. Walaubagaimanapun karakter
subjektif tentang kajian ini membuatkan pengesahannya
mustahil. Kerjanya juga telah diselidiki menggambarkan
kontrovesi tentang perbezaan di antara perempuan dan lelaki
sama seperti konsep cara menambah penduduk sesuatu
bangsa.
Beliau menggunakan Teori Evolusi Darwin dan Teori Ernst
Haeckel ("ontogeni mengulang filogeni") sebagai rujukan
yang paling besar dalam kajian beliau. Pada lewat Century ke-

19, Hall telah dipengaruhi oleh Charles Teori Evolusi Darwin.

Teori Evolusi Darwin adalah adalah diilhamkan daripada
Charles Darwin adalah seorang naturalis Inggeris yang teori
revolusinya meletakkan landasan bagi teori evolusi moden
dan prinsip garis keturunan yang sama (common descent)
dengan mengajukan seleksi alam sebagai mekanismanya.
Teori ini kini dianggap sebagai komponen integral dari
biologi (ilmu hayat) Ia menyediakan satu daya untuk
peperiksaan
saintifik
perkembangan
kanak-kanak.
Penekanannya pada tingkah laku kewujudan spesies berbeza
dirangsang oleh satu kecenderungan dalam melihat kanakkanak bagi mengenal pasti mereka kelakuan adaptif . Kajiankajian ini adalah nilai saintifik yang terhad kerana kurang
objektiviti dan kerap gagal dengan menggambarkan kelakuan
diperhatikan, pengesahan pembuatan adalah mustahil. Darwin
telah memerhatikan yang anak akan mewarisi satu persamaan
daripada ibu bapa mereka iaitu dikenali sebagai baka.
Teori Evolutionary akan meluaskan skop psikologi dan
membawa kepada satu "genetik" analisis peringkat-peringkat
pertumbuhan dan pembangunan manusia. (Gutek, Gerald.
Pendidikan di Amerika Syarikat.- An Historical Perspective.
Prentice-Hall, 1986. Halaman 196.) Teori Ernst Haeckel
adalah ilham daripada ahli biologi ternama dari Jerman iaitu
Ernst Haeckel, seorang naturalis, doktor, profesor dan
seniman, yang menemukan, menjelaskan, dan menamakan
ribuan spesies baru, membuat peta pohon genealogi hubungan
semua makhluk hidup, dan membuat istilah biologi baru,
seperti filum, filogeni, ekologi, dan kingdom Protista. Haeckel
menyebar dan memperluaskan karya Charles Darwin di
Jerman, serta mengembangkan Teori Rekapitulasi yang
kontroversial.

6.2
Peringkatperingkat
pertumbuhan

Perkembangan

dan

Teori perkembangan G.Stanley Hall tidak digunakan dengan

meluas dalam dunia perdidikan kerana telah muncul teori
perkembangan yang lain iaitu teori perkembangan kognitif
Jean Piaget. Dalam teori ini, terdapat 3 peringkat
perkembangan dan pertumbuhan iaitu:
i) Peringkat pertama
Daripada enam atau tujuh pengalaman hidup kanak-kanak
adalah melalui deria-deria fizikal yang menyerupai binatangbinatang. Pertumbuhan fizikal adalah pesat dan tahap tenaga
adalah tinggi. walaubagaimanapun alasan ini belum
dikembangkan, kerana sensitif kepada agama, atau sosialisasi.
Contohnya mereka akan membuat sesuatu perkara
berdasarkan pemerhatian mereka tanpa memikirkan kesap dan
akibat.
ii) Peringkat kedua
Daripada usia lapan tahun, otak telah berkembang untuk saiz
sepenuhnya. Beliau membantah bahawa jika pada peringkat
ini pendidikan formal sepatutnya mula. Kerana kemahirankemahiran pemikiran bagi membangunkan kanak-kanak pada
peringkat ini adalah kejam dan tidak sesuai disebabkan
mereka tidak bersiap sedia untuk menangani dengan
pemikiran yang kompleks atau isu-isu moraliti. Tingkah laku
kanak-kanak yang negatif mula terbentuk seperti tidak
menghormati orang lain dan menunjukkan kelakuan nakal
iii) Peringkat ketiga

Peringkat ini adalah peringkat keremajaan kanak-kanak. Pada

peringkat
perkembangan
seksual
bermula.
Beliau
beranggapan dan membantah tentang sekolah campuran
kerana baginya adalah tidak sesuai pada peringkat ini. Tanpa
gangguan seks kanak-kanak pada peringkat ini boleh belajar
dengan lebih baik. Mereka lebih bersedia belajar tentang isuisu moral, dan bagaimana untuk hidup dalam masyarakat.
Beliau berpendapat sekolah tinggi adalah untuk memfokuskan
pada persediaan untuk kehidupan dalam bermasyarakat.
Adalah lebih bagus dan wajar jika mereka menyambung
pengajian mereka pada peringkat yang lebih tinggi.
6.3 Ujian kebolehan bakat umum (The General Aptitude
Test Battery)
Ujian ini di gunakan sebagai penentu terhadap kecekapan
pemikiran seseorang kanak-kanak. Ia merupakan salah satu
bakat semula jadi yang diperolehi melalui pengetahuan,
pemahaman dan juga sikap. Seseorang akan melakukan
sesuatu bagi mencapai satu tahap tertentu mengikut
Kecenderungan-kecenderungan terhadap fizikal atau mental.
Sifat semula jadi dan bakat adalah kesan kepada pencapaian
yang mewakili pengetahuan atau keupayaan yang diperolehi.
Hubungan antara bakat dan darjah kecerdasan adalah
bertentangan,dengan keupayaan mental manusia. Keupayaan
lisan, angka dan ruang.bakat digabungkan bagi melihat
keupayaaan mental seseorang samada rendah atau tinggi.
Bakat seseorang lahir dari diri mereka sendiri. IQ adalah amat
penting dari bakat. Ini kerana keupayaan IQ akan kita lihat
bermula dari peringkat awal lagi.
6.4 Contoh ujian kebolehan bakat umum
Soalan: Padankan rajah A dan rajah B mengikut bentuk
bongkah yang sama.

Jawapan: A-5, B-3, C-6, D-1, E-4, F-2

Kesimpulan : Melalui ujian ini kanak-kanak boleh melakukan
aktiviti mengenal pasti bentuk sesuatu objek dan juga kanakkanak dapat mengenal abjad dan nombor yang terdapat dalam
kotak tersebut.
7.0 Penutup
Berdasarkan ketiga-tiga teori dapat disimpulkan bahawasanya
tahap perkembagan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai
sudut seperti fizikal, kognitif, emosi & sosial walaupun
masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang
sama.Perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak
juga di pengaruhi oleh persekitaran.jika baik persekitaran
yang di bina maka pertumbuhan dan perkembangan seseorang
kanak-kanak juga baik.Selain itu juga pertumbuhan dan
perkembangan seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh
peranan ibu bapa dan guru,Ibu bapa atau guru seharusnya
seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara
bagi membantu pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara
optimum , supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak berkembang seiring.
Sehubungan itu, semua keperluan dan kepentingan dalam
pertumbuhan dan perkembangan dapat dipenuhi oleh kanakkanak dengan baik.ibu bapa dan guru perlu menyediakan
keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam

pertumbuhan dan perkembangan mereka,semua keperluan dan

kepentingan
terhadap
kanak-kanak
adalah
saling
berkaitan.penyedian terhadap keperluan dalam mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan seseprang kanak-kanak
haruslah perlu di titik beratkan dari aspek keselamatan dan
kualiti sesuatu perkara agar perkara tersebut memberi
kepentingan kepada kanak-kanak tersebut.
Penyediaan sesuatu keperluan haruslah jaga berdasarkan
tahap perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh apabila
kanak-kanak tersebut baru pandai mengayauh basikal ,maka
ibu bapa perlu menyediakan sebuah basikal yang beroda tiga.
Hal ini kerana kanak-kanak tersebut baru pandai
menggunakan basikal dan baru pandai mengayuh.oleh itu
amat bahaya jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak tersebut
mengayuh basikal tanpa sokongan. Kanak-kanak tersebut
masih berada pada tahap rendah dalam menguasai kemahiran
tersebut. Oleh itu penyediaan terhadap sesuatu keperluan
untuk kanak-kanak harus menitikberatkan keselamatan dan
kepentingannya.
8.0 Bibliografi
1.

Abdul Aziz Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah

Nachiappan (2007). Psikologi pendidikan. Kuala
lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd

2.

Carol Seefeldt & Barbaraa A. Wasik Palatini

(2006). Early Education Three, Four
and Five
Years Olds Go To School. Pearson Education Inc.

3.

Consult G. E. Partridge (2010). Genetic Philosophy

of Education. Diperoleh pada
Januari 2, 2010

daripada.http://en.wikipedia.org/wiki/G._Stanley_
Hall.
4.

Fuchs, Estelle, and Havighurst, Robert J. 1973. To

Live on This Earth: American Indian Education.
Garden City, NY: Anchor Press/Doubleday.

5.

Huzaidy Hussein.(2010). Biodata G.Stanley Hall.

Diperoleh pada Januari 3, 2010
daripada
http://www.scribd.com/doc/4384568/bio-of-gstanley-hall

6.

Robert J. Havighurst (1971) Developmental Tasks

and Education, Third Edition.
New York.
Longman.

http://teoriperkembangan.blogspot.com/2010/03/teori-kematanganarnold-gesell-robert_26.html
0 comments on "Teori Kematangan Arnold Gesell, Robert Havighusrt Dan G. Stanley
Hall"
Post a Comment
Newer Post Home

Lorem Ipsum

kids song..enjoy it!

Music Playlist at MixPod.com

LanD oF LeARninG

About us
teori perkembangan
we are from early childhood education, sem 3 universiti pendidikan sultan idris :-)
hope guru dan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak dapat maklumat daripada
blog kteorg nie...hehe..idup pndidikan awal kanak-kanak!!!!!
View my complete profile

My bELOvED LeCTurer

NUR HIDAYAH SHAZIRA

D 20082034022

NOOR SYAFIQAH

D 20082033977

NURUL LAILI ASYIKIN

D 20082034030

NORHIDAYAH

D 20082034048

NUR ASYIQQIN

D 20082034065

HAMIZAH

D 20082034070

Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah

pLay CoRner

Blog Archive

2010 (5)
o March (5)

Penghargaan

cover

Soalan Latihan

tokoh teori kematangan

Teori Kematangan Arnold Gesell, Robert Havighusrt...

Followers
presentation-slide powerpointteori kematangan
View more presentations from shaziera.

TeaM Power PuffGirl

Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

My Blog List
Term of Use
TEORI PERKEMBANGAN Copyright 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for
Tadpole's Notez Flower Image by Dapino

Anda mungkin juga menyukai