Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN A

PANDUAN
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG
TUJUAN
1.

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan


membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

KONSEP
2.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,


dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru
Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

3.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.

4.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam


perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

OBJEKTIF
5.

Objektif Guru Penyayang;


5.1

Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

5.2

Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

5.3

Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

5.4

Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada


sekolah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kepedulian : perihal atau sikap ambil peduli (terhadap seseorang atau sesuatu), perhatian, keprihatinan
Kamus Dewan (2005) DBP: Kuala Lumpur. ms 1158

Anda mungkin juga menyukai