Anda di halaman 1dari 28

DUGONG

Pengarang : Hizairi Othman


SINOPSIS
 Nak Dugong gentar apabila mendengar keluhan Tuk Dugong
yang mengatakan bahawa kaum mereka semakin pupus. Nak
dugong ingin berbicara dengan lebih lanjut dengan Tuk Dugong
apabila Nak Dugong 1 dan Nak Dugong ll mengajak pergi ke
seberang laut. Mereka sedang menikmati makanan di situ
apabila Nak Dugong ll menjerit meminta tolong. Nak Dugong
mendapati Nak Dugong l terperangkap di dalam jaring
sementara Nak Dugong ll terkena lembing. Pada masa yang
sama, Tuk Dugong menghampiri Nak Dugong dan
menasihatikannya agar meninggalkan kawasan itu. Tuk Dugong
bertindak menyelamatkan Nak Dugong yang hampir terkena
lembing manusia. Walau bagaimanapun, Tuk Dugong berjaya
ditangkap oleh manusia. Nak Dugong meninggalkan kawasan
itu dengan rasa kesal dan sedih yang amat sangat.
TEMA
• Kerakusan manusia demi kepentingan
diri.
• Nafsu manusia yang mengancam
mahluk yang lain.
PERSOALAN
 1. Dilema kepupusan spesis haiwan laut
Contoh: Dugong adalah hidupan laut yang semakin pupus kerana diancam oleh
manusia untuk mendapatkan daging,lemak,gading,dan kulit dugong untuk dijual

 2. Sikap dan tindakan manusia


Contoh: Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan dan sanggup membunuh
dengan kejam demi kepentingan dan keuntungan mereka.Peristiwa kematian
Nak Dugong I dan Nak Dugong II serta Tuk Dugong dapat dibuktikan.

 3. Pengorbanan dan tanggungjawab


Contoh: Tuk Dugong telah menyelamatkan Nak Dugong yang merupakan
pewaris generasi dugong yang diancam kepupusan.
WATAK &
PERWATAKAN
WATAK UTAMA
 Nak Dugong
 Sensitif
Ketika Tuk Dugong bertanyakan asal-usul dan hal ibu bapanya.Secara tiba-tiba dia berasa sedih dan ingin
menangis ketika dia teringat akan nasib ibu bapanya yang mati terbunuh akibat terkena kipas kapal.

 Menghormati orang yang lebih tua dan dewasa


Nak Dugong menghormati Tuk Dugong kerana dia telah banyak mengajarnya tentang kehidupan Dugong
yang penuh cabaran dan bahaya.

 Pendendam
Peristiwa Nak Dugong menyerang bot manusia yang menagkap Nak Dugong I dan Nak Dugong II.

 Setia Kawan dan simpati


Nak Dugong menghargai persahabatannya dengan Nak Dugong I dan II,walaupun baru berkawan dengan
Nak Dugong I dan II dia tetap hendak menyelamatkan mereka tetapi telah dihalang oleh Tok Dugong.

 Mudah Terpedaya
Nak dugong terperangkap dalam bahaya sewaktu di sebelah barat kerana sikapnya mudah terpedaya oleh
kata-kata Nak Dugong I dan II bertindak terburu-buru dan buruk sangka Nak Dugong cuba
menyelamatkan Nak Dugong I dan II dan Nak Dugong menganggap Cik Dugong suka melayan jantan.
WATAK-WATAK SAMPINGAN
Tuk Dugong
Bersikap terbuka
menceritakan pengalaman dan pengetahuanya kepada Nak Dugong mengenai sejarah dugong yang menjadi buruan
manusia

Bersyukur kepada tuhan


Dialog diantara Tuk Dugomg dengan Nak Dugongdapat dilihatkan keredhaan dan kesyukuran Tuk Dugong
terhadap takdir tuhan.Cthnya,dia bergitu marah apabila Nak Dugong mempersoalkan takdir yang ditentukan oleh
tuhan.

Ikhlas dan sanggup berkorban


Pengorbanan yang dilakukan oleh Tuk Dugong kepada Nak Dugong dengan ikhlas demi menjaga generasinya
supaya tidak pupus

Berani dan kuat semangat


Tuk Dugong berani menyelamatkan Nak Dugong drpd rejaman lembing,walaupun keadaan Tuk Dugong cedera
parah,namun sempat menyondol bot sehingga beberapa orang terhumban ke dalam laut.
 Cik Dugong
 Isteri kepada Ngah Dugong

 Bersikap sabar

 Dia memberi nasihat kepada Nak Dugong, tetapi dia tidak mendengar nasihat Cik Dugon

malah Nak Dugong memarahi Cik Dugong

 Tidak menyimpan dendam

 Cik Dugong tidak mengambil hati dengan kata-kata Nak Dugong yang menyakitkan hati
 Nak Dugong I dan Nak Dugong II
 Nakal !!!!

 Tidak mahu mendengar nasihat dugong yang lebih tua

 Terburu-buru dan tidak berhati-hati

 Mereka melakukan sesuatu tanpa berfikir tentang bahaya yang

menanti dan hanya mementingkan kelazatan makanan.


PLOT
 1. Permulaan
Tuk Dugong dan Nak Dugong bercakap tentang ancaman hidup yang sedang
mereka hadapi.
 2. Perkembangan
Nak Dugong 1 dan Nak Dugong 2 mencabar Nak Dugong supaya menyertai
mereka pergi ke seberang laut
 3. Perumitan
Nak Dugong 2 terkena lembing sementara Nak Dugong 1 terperangkap di dalam
jaring dan di tangkap oleh manusia.
 4. Puncak
Tuk Dugong terbunuh dalam usahanya untuk menyelamatkan Nak Dugong.
 5. Peleraian
Nak Dugong berenang meninggalkan kawasan itu dangan hati yang sangat
sedih.
LATAR
LATAR TEMPAT
 Gua
Tempat tinggal Nak Dugong untuk berehat,tidur dan makan
 Arah barat Lautan
Tempat menjadi medan tumpahnya darah Tuk Dugong tewas oleh tusukan
lembing ketika menyelamatkan Nak Dugong.Tempat ini jugalah Nak Dugong
I dan Nak Dugong II mati ditangkap oleh manusia.
 Lautan Afrika Barat
Tempat ibu bapa Nak Dugong terkorban akibat terkena kipas kapal.
LATAR MASA

 Zaman Moden
kerana banyak manusia yang bersikap tamak dan tanpa belas
kasihan terhadap haiwan.
 Dalam masa 2 hari
LATAR MAYARAKAT

 Masyarakat hidupan laut yang mempunyai panggilan dan pangkat.


Cth:- ikan bilis sebagai NakBilis, ikan tuna Sebagai Kak Tuna.
 Masyarakat ikan dugong yang bersatu hati memikifkan
kesinambungan keturunan mereka.
 Masyarakat ikan dugong yang mementingkan makanan tanpa
mementingkan keselamatan diri
GAYA
BAHASA
Cerpen ini banyak menggunakan gaya bahasa
bercerita. Contohnya:
Hatiku mula panas. Aku memang sudah lama
berlalu dengan Cik Dugong. seboleh-bolehnya
tidak mahu bertegur sapa.
DIALOG

 Contohnya:

“apa dosa kita, Tuk Dugong”

“Bodoh nya kau, Nak Dugong! Tu daging kau tu, hidangan enak bagi

mereka.

Lemak kita dijadikan minyak. Begitu juga nasib kulit kita dan gading kita.”
PEMILIHAN KATA (DIKSI).

 Contohnya:
bagaimana Tuk Dugong dapat memahami ombak yang bergelora didadaku ini?
Entah mengapa mulutku terkunci mendengar
 i. Pengulangan
Sedang aku menjenguk-jenguk di sekitar gua(Hal. 87)
 ii. Sinkof
Emm,kami nak ke sebelah barat(hal. 87)
Tapi sebelum itu,kau mesti ikut aku ke rumah Tuk dugong (hal. 87)
PENGGUNAAN AYAT

 Ayat Pendek
Cik Dugong menjanda sekarang (hal. 84)
Aku segera memintas (hal. 86)
 Ayat seru
i. ``Sini pun ada !” (hal. 87)
ii.``Tuk Dugong !” (hal. 90)
 Ayat Tanya
``Kamu berasal dari mana Nak Dugong?” (hal 84)
INVERSI

 Baru semalam Ngah Dugong mati


tersangkut dipukat manusia (hal 84 )
PERSONAFIKASI

 Tapi nampaknya mata ini berdegil (hal 86)


SIMILE

 Bagai pahlawan ,aku membelah air dengan


deras (hal. 91)
DISPERSONAFIKASI

 Aku terhenti dan seolah – olah beku (hal.


93)
PERIBAHASA

 Takut nanti habis, terbuang saja sepahnya


(hal. 88)
METAFORA

 Daku tiba-tiba menyemarak dengan api


dendam (hal. 90)
NILAI MURNI
 Kasih Sayang
Nak Dugong sedih apabila mengenangkan dirinya yang telah kehilangan kasih sayang
ibu bapanya yang telah mati.
 Baik Hati dan Tolong menolong
Nak Dugong yang cuba menyelamatkan Nak Dugong I dan II.Sikap ini juga dapat dilihat
pada Tuk Dugong yang telah menyelamatkan Nak Dugong dan menyebabkan dia
terkorban.
 Menghormati orang tua dan lebih dewasa
Nak Dugong amat menghormati Tuk Dugong
 Persahabatan dan setia kawan
Nak Dugong sangup membantu Nak Dugong I dan II tetapi telah dihalang oleh Tuk
Dugong.
 Pengorbanan dan tanggungjawab
Ini dapat dibuktikan oleh tindakan Tuk Dugong menyelamatkan Nak Dugong.
PENGAJARAN
 Kita perlulah mengambil berat terhadap hidupan laut seperti
dugong yang semakin pupus.
 Kita janganlah bersikap kejam terhadap hidupan laut sebagai
manusia membunuh yang sanggup membunuh dugong untuk mengaut untung.
 Kita janganlah memburu hidupan laut untuk mendapatkan
keuntungan.
 Kita perlulah berhati-hati dan berfikir tentang kesan sesuatu
tindakan sebeblum bertindak,terutama yang melibatkan nyawa.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai