Anda di halaman 1dari 5

Maksud Kostum Kostum mempunyai pelbagai maksud tersendiri. Ia bergantung kepada pendapat masing-masing terhadap sesuatu kostum tersebut.

Antara maksud maksud kostum adalah seperti:

Sesuatu pakaian yang berasal dari sesebuah negara tertentu mengikut zaman atau masa, yang boleh dipakai mengikut kesesuaian sesuatu acara yang ingin dilakukan

pakaian yang dikenakan oleh seseorang itu untuk kelihatan lebih cantik, muda dan sebagainya atau ia juga boleh jadi sebaliknya berdasarkan pemilihan seseorng itu.

pakaian khusus ( merupakan pakaian seragam ) bagi perseorangan, regu olahraga, rombongan, kesatuan, dsb dl upacara, pertunjukan, dsb: kesebelasan tamu memakai -- putih hijau;

Maksud kostium dalam bahasa inggeris pula ialah : 1. A style of dress, including garments, accessories, and hairstyle, especially as characteristic of a particular country, period, or people. 2. An outfit or a disguise worn on Mardi Gras, Halloween, or similar occasions. 3. A set of clothes appropriate for a particular occasion or season

Apa itu cerita rakyat?

Cerita-cerita rakyat adalah cerita-cerita yang kita warisi turun-temurun daripada datuk nenek kita. Semua bangsa mempunyai cerita rakyat masing-masing. Walaupun pada asalnya cerita rakyat diwariskan dari mulut ke mulut, tetapi banyak cerita rakyat kini sudah dibukukan. Cerita rakyat seperti Si Luncai, Lebai Malang, Pak Pandir, Si Tanggang adalah cerita-cerita rakyat yang menjadi popular kerana dibukukan. Sesetengah cerita rakyat adalah panjang dan plotnya kompleks, oleh itu dinamakan 'hikayat', seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Panji Semerang dan lain-lain lagi.

Cerita rakyat yang dipilih.

Berdasarkan kepada lagu Bangau oh Bangau Sinopsis:Lagu ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang

masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.

Jika diteliti lagu bangau oh bangau itu bermula dari awal sehinggalah ke akhir, wujudnya sifat menyalahkan perkara lain kerana beberapa perkara yang menimpa diri. Bangau yang kurus menyalahkan ikan kerana tidak mahu timbul. Ikan yang tidak mahu timbul pula menyalahkan rumput yang panjang. Sehinggalah akhirnya lagu ini tamat pada babak melibatkan si ular yang memakan katak kerana memang ia merupakan makanannya. Dilihat dari sudut positif pula, lagu bangau oh bangau ini mempunyai pengajarannya. Pengajaran yang dapat dihayati adalah kita tidak perlu menyalahkan orang lain kerana sesuatu perkara yang menimpa diri. Jika bangau itu terus berusaha mencari ikan, pasti ia akan berjaya menemukannya.

Lirik lagu Bangau oh Bangau Bangau oh bangau Kenapa engkau kurus Macam mana aku tak kurus Ikan tidak timbul (2x) Ikan oh ikan Kenapa engkau tidak timbul Macam mana aku nak timbul Rumput panjang sangat (2x) Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat Macam mana aku tak panjang Kerbau tak makan aku (2x) Kerbau oh kerbau Kenapa engkau tak makan rumput Macam mana aku nak makan Perut aku sakit (2x) Perut oh perut Kenapa engkau sakit Macam mana aku tak sakit Makan nasi mentah (2x) Nasi oh nasi Kenapa engkau mentah Macam mana aku tak mentah Kayu api basah (2x) Kayu oh kayu Kenapa engkau basah Macam mana aku tak basah Hujan timpa aku (2x)

Hujan oh hujan Kenapa engkau timpa kayu Macam mana aku tak timpa Katak panggil aku (2x) Katak oh katak Kenapa engkau panggil hujan Macam mana aku tak panggil Ular nak makan aku (2x) Ular oh ular Kenapa engkau nak makan katak Macam mana aku tak makan Memang makanan aku (2x)

Anda mungkin juga menyukai