Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 2: PROPOSAL

GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NORFIRDAUS BINTI MOHAMMED ASHAARI (A149324)

NAMA PENSYARAH:
CIK MAZALAH BT AHMAD

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FASA ANALISIS

TAJUK PENGAJARAN
Tajuk pengajaran yang dipilih adalah Mari Mengenal Waktu.

MASALAH PENGAJARAN
Masalah pengajaran yang dapat dikenalpasti adalah kemahiran sedia ada kanak-kanak
bermasalah pembelajaran ini hanya mengetahui dan dapat membaca jam pada waktu yang
tepat sahaja. Disebabkan itu, bahan bantu mengajar dicipta bagi mengajar para pelajar
memahami dengan lebih terperinci cara-cara membaca dan mengira jam dan minit dengan
lebih tepat.

PELAJAR SASARAN
Pelajar-pelajar Tingkatan 1 Bermasalah Pembelajaran yang berfokuskan kepada subjek
Matematik.

OBJEKTIF PENGAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat :
a) Menyebut masa dalam sistem 12 jam
b) Membezakan antara jam dan minit
c) Meletakkan jarum panjang dan jarum pendek pada waktu yang tepat.

ISI KANDUNGAN PENGAJARAN


Subjek yang diajar adalah subjek Matematik. Topik yang diajar oleh guru adalah Mari
Mengenal Waktu. Melalui topik ini, guru akan mengajar pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran mengenai fungsi-fungsi jarum pendek dan panjang yang terdapat pada jam.
Selain itu, guru juga akan mengajar pelajar bagaimana cara membezakan jam dan minit.
Hal ini disebabkan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini hanya dapat membaca jam
pada waktu yang tepat sahaja. Oleh itu, guru menggunakan bahan bantu mengajar bagi
memudahkan pelajar untuk lebih memahami dengan mudah akan topik Mari Mengenal
Waktu.

KAEDAH PENGAJARAN (PENGGUNAAN BAHAN)


Kaedah pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah
kaedah main peranan, perbincangan dan juga pembentangan.

LANGKAH PERTAMA:
Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Guru meminta para pelajar
melukiskan jam mengikut kreativiti mereka pada helaian kertas kosong yang diberikan.
Kemudian, guru akan menunjukkan kepada para pelajar Model Jam yang telah
disediakan oleh guru. Guru akan menerangkan kepada pelajar fungsi-fungsi bagi jarum
panjang dan jarum pendek yang terdapat pada jam. Jarum pendek mewakili jam dan jarum
panjang mewakili minit. Guru akan memberikan contoh-contoh bagi memastikan pelajar
lebih memahami akan fungsi-fungsi jarum berkenaan.

LANGKAH KEDUA:
Guru bertanyakan beberapa soalan kepada para pelajar. Para pelajar diminta untuk melukis
jarum panjang dan pendek pada kertas kosong yang diberikan mengikut soalan yang
diberikan. Pelajar akan berbincang bersama ahli kumpulan bagi mendapatkan jawapan
terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh guru. Kemudian, para pelajar akan melukis
jawapan berkenaan pada kertas kosong yang telah diberikan.

LANGKAH KETIGA:
Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan kelas. Setiap wakil akan
menunjukkan kepada semua pelajar akan jawapan yang telah dibincangkan dengan ahli
kumpulan. Guru akan meminta wakil pelajar berkenaan melihat jawapan yang diberikan
dengan jawapan yang guru tunjukkan pada Model jam. Adakah jawapan yang diberikan
sama atau sebaliknya. Pelajar diminta untuk menerangkan akan jawapan yang telah
diberikan ahli kumpulan masing-masing.

BAHAN RUJUKAN YANG DIGUNAKAN.


Bahan rujukan yang digunakan semasa membuat bahan bantu mengajar ini adalah contoh
yang terdapat dalam internet.

FASA PERANCANGAN

TUJUAN BAHAN DIBINA


Tujuan bahan bantu mengajar dibina adalah bagi memberikan gambaran yang lebih jelas
kepada para pelajar untuk mengenali fungsi jarum panjang dan pendek yang terdapat pada
jam.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN


Model Jam
Kertas warna, kertas minyak, pen marker, kabus putih, double sided tape, pisau, jarum
peniti, kotak serbaguna, no-no diy, sellotape

PROSEDUR PEMBINAAN BAHAN


MODEL JAM:
1) Potong kabus putih menjadi bentuk empat segi.
2) Gunting kertas minyak mengikut bentuk kabus putih dan tampal kertas minyak tersebut
pada kabus putih berkenaan.
3) Double sided tape digunakan bagi menampal nombor 1 hingga 12 pada kabus putih
mengikut urutan.
4) Gunting kotak serbaguna seperti bentuk jarum dan tampal kertas warna pada kotak
tersebut bagi mewakili panjang dan jarum pendek.
5) Letakkan kotak serbaguna yang telah siap dipotong tersebut pada bahagian tengah
kabus putih dan tebuk jarum peniti pada kotak berkenaan.
6) Lukiskan garisan pendek bagi mewakili minit di antara no-no yang telah dilekatkan
menggunakan pen marker.

TEMPOH MASA YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BAHAN


Anggaran tempoh masa yang diperlukan bagi membina bahan adalah satu jam.

KEMAHIRAN/KEPAKARAN

YANG

DIPERLUKAN

UNTUK

MEMBINA

BAHAN
Kemahiran yang diperlukan untuk membina bahan bantu mengajar adalah kemahiran
memotong, menggunting dan menampal.

KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BAHAN


Bahan

Ringgit Malaysia
(RM)

Kabus putih

3.00

Kertas warna

1.00

Kad minyak

0.80

Pen marker

2.00

Jarum peniti

1.00

Pisau

0.50

Double sided tape

1.00

Kotak serbaguna

0.50

Nombor-nombor DIY

2.00

Sellotape

0.20

Jumlah

12.00

Anda mungkin juga menyukai