Anda di halaman 1dari 1

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.

com/

KESAN MEDITASI KE ATAS PRESTASI SUKAN

Menurut Cox, 1998, kesan meditasi ke atas prestasi sukan seperti juga teknik relaksasi

progresif dan latihan autogenik adalah dalam bentuk secara tidak langsung. Apabila seseorang

atlit berasa tenang, serta bebas dari ketegangan otot, beliau dapat memberikan tumpuan

sepenuhnya kepada apa yang perlu dilakukan. Kesannya, prestasi serta pencapaian beliau dalam

acaranya akan meningkat berbanding ketika beliau dalam keadaan tertekan dan dilanda

kebimbangan. Berdasarkan kajian, meditasi secara langsung dapat mengurangkan kebimbangan,

ketegangan serta tekanan dalam diri atlit. Justeru, penggunaannya sebagai salah satu cara untuk

mengurangkan kebimbangan adalah digalakkan. Cuma halangan yang bakal dihadapi adalah

masa yang diperlukan untuk menguasai kemahiran ini serta kesukaran untuk mengosongkan

fikiran serta berfikir secara pasif (tidak kritikal) tentang apa sahaja yang terlintas dalam kotak

fikiran kita. Sekiranya halangan ini dapat diatasi, meditasi merupakan satu lagi pilihan untuk

mengurangkan kebimbangan dan ketegangan atlit dalam sukan.

Oleh itu, meditasi boleh digunakan sebagai “switch off” atau melawan tindak balas yang

berlawanan iaitu meditasi dilakukan dengan pelbagai bentuk meditasi, teknik atau sistem yang betul

misalnya kundalini yoga yang melibatkan keadaan atau kedudukan pada tahap kebangkitan yang tinggi.

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai