Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat
kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif
mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut.
Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan
pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu
bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Vasudevant T.
Arasoo (1989), perkataan psikologi berasal daripada perkataan Yunani, psyche yang
bermakna fikiran atau jiwa dan logos bermakna sains.

Terdapat banyak cara di mana ahli psikologi sukan boleh membantu atlet. Antaranya
adalah penetapan matlamat, di mana psikologi sukan boleh bekerja dengan atlet dan
membantu mereka untuk menetapkan matlamat yang kecil dan boleh dicapai. Mencapai
matlamat ini akan membantu atlet untuk kekal bermotivasi dan juga boleh membantu
dengan pencapaian matlamat yang lebih besar. Seterusnya adalah meningkatkan
tumpuan, iaitu atlet boleh menjadi terganggu oleh banyak perkara yang berbeza termasuk
penonton atau tekanan untuk berjaya. Psikologi sukan boleh membantu atlet mempelajari
kemahiran memberi tumpuan dan mengekalkan fokus sepanjang pertandingan.

Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya
atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi
sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau
menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah
penggunaan dadah dalam ikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan
menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet. Tuntasnya, psikologi sukan adalah
bidang pengajian yang boleh memberi kesan kepada atlet yang berharga. Dengan ahli
psikologi sukan yang betul, anda boleh bekerja dan menghapuskan halangan-halangan ke
arah kejayaan dan meningkatkan tumpuan dan kesungguhan. Ini boleh membantu anda
menjadi lebih berjaya dan dapat meningkatkan mutu sukan negara yang kian merundum.

1
TUGASAN PROJEK
1.0 Kaedah Latihan Mental
1.1 Latihan Imageri

Drever (1971) mendefinisikan mind atau mental sebagai keseluruhan struktur dan
proses baik yang disedari maupun tidak, dan ia merupakan sebahagian dalam psikologi.
Nideffer (1992) pula menyebut mental training sebagai mental rehearsal, iaitu suatu
proses perlakuan di mana akhirnya atlet dapat mengubah sikap mentalnya,
memotivasikan diri sendiri, lebih cepat mempelajari ketrampilan baru serta dapat
meningkatkan seluruh kemampuannya dalam pelbagai situasi pertandingan. Latihan
mental juga berfungsi dalam meningkatkan fungsi fizikal serta memberi kemungkinan
timbulnya kekuatan dari dalaman diri individu, termasuk visualisasi, mengawal
pernafasan, teknik konsentrasi dan menenangkan fikiran.

Tujuan latihan mental diberikan kepada atlet adalah untuk meningkatkan prestasi
pencapaian atlet. Atlet juga perlu memiliki mental yang kuat, sehingga ia dapat berlatih
dan bertanding dengan semangat tinggi, tidak mudah menyerah, tidak mudah terganggu
oleh masalah-masalah sekeliling atau masalah peribadi. Dengan demikian ia dapat
menjalankan program latihannya dengan bersungguh-sungguh serta mengetahui teknik
dalam menangani kebimbangan yang tinggi dan strategi dalam pertandingan yang tepat,
sesuai dengan program latihan yang dirancang oleh jurulatihnya. Dengan demikian
dapat dilihat bahawa latihan mental bertujuan agar atlet dapat mencapai prestasi yang
maksimum, atau prestasi yang lebih baik dari sebelumnya.

Latihan imageri merupakan satu proses yang menggunakan visualisasi untuk


membayangkan situasi ( Block, 1981). Wann 1997, pula mendefinisikan latihan imageri
sebagai satu proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan
sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut. Latihan imageri juga dikenali
sebagai istirehat pemikiran. Istirehat secara saintifik yang dikenali sebagai tindakbalas
dan dipopularkan oleh Herbert Benson(1974). Ia menggunakan elemen meditasi tetapi
mengenepikan sebarang aktiviti yang berbentuk keagamaan. Ia turut digunakan sebagai
asas persediaan mental untuk menghadapi sebarang pertandingan.

2
Latihan imageri ini juga memerlukan penggunaan semua deria untuk
membayangkan dalam minda atau mereka semula pengalaman dalam minda. Dengan
adanya perubahan tingkah laku, perasaan atau fikiran atlet yang mengganggu atlet itu
sendiri serta mengganggu komunikasi antara atlet dengan orang lain, ini merupakan salah
satu indikator bahawa atlet tersebut mengalami disfungsi atau masalah psikologi.

Terdapat beberapa kepentingan dan manfaat jika latihan imageri ini dilakukan
terhadap atlet. Antaranya adalah dapat membiasakan para atlet dengan keadaan venue
pertandingan dan rutin pertandingan. Dari aspek motivasi pula atlet perlu melakukan
imaginasi matlamat pada masa tersebut atau melakukan yang terbaik aksi semasa
pertandingan di samping dapat mengalahkan pihak lawan. Selain itu, dapat membantu
atlet dalam melaksanakan kemahiran yang sempurna dalam setiap pembelajaran dan
amalan. Menurut Orlick (1979) , latihan imageri memberi peluang kepada seseorang itu
berdepan dengan masalah-masalah tertentu dengan cara menggambarkan masalah
tersebut dl dalam minda sebelum berdepan dengan masalah berkenaan secara nyata.
Orlick (1988) juga menegaskan bahawa latlhan imageri mudah digunakan bagi
mempelajari kemahiran baru di samping dapat meningkatkan prestasi para atlet.

Sehubungan itu, latihan imageri juga dapat membantu atlet untuk meningkatkan
tahap konsentrasi untuk kembali semula ke tahap yang terbaik. Kepentingan latihan
imageri juga adalah dengan melihat kejayaan bagaimana melakukan imaginasi
kemahiran ke arah tahap pencapaian prestasi yang terbaik. Selain itu, set prestasi ke
tahap yang lebih baik dan mencapai kejayaan cemerlang juga ditekankan. Latihan
imageri juga dapat membantu dalam mengelakkan kecederaan daripada berlaku
semasa beraksi kerana latihan imageri ini membantu pergerakan kinetik yang kompleks
dan selamat.

Latihan imageri juga perlu dilakukan terhadap atlet disebabkan atlet berasa
bimbang terhadap pihak lawan. Hal ini demikian, atlet merasakan dirinya tidak setanding
dengan pihak lawan menyebabkan ia berfikir sedemikian. Menurut (Wann,1997)
kebimbangan merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa
yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang
mendatangkan kesan negatif, maka ia akan menghasilkan kebimbangan.

3
Seterusnya Orlick ( 1988) telah membahagikan latihan imageri kepada dua jenis
iaitu latihan statik dan latihan dinamik. Latihan statik ialah proses awal di mana pelaku
belajar mengenal dan mengawal imej, merasa menyentuh dan membau, mengingat
keadaan persekitaran, relaksasi dan mengawal imageri. Latihan dinamik pula
melibatkan aktiviti memperbaiki kemahiran, meletakkan diri dalam aksi, menghapus
kesalahan dan merekod serta merakam ingatan. Kedua-dua jenis latihan ini jika
dilakukan akan dapat memantapkan imageri yang dibuat oleh seseorang.

Semasa melakukan imageri, berlaku juga tiga perkara penting iaitu pembentukan
imageri, pembentukan persepsi dan penguncupan otot. Dapatan daripada kajian Vealey
dan Walter (1993 ) menunjukkan latihan imageri dapat mengukuhkan memori otot dan
menyebabkan otot menguncup mengikut turutan yang sarna dengan aktiviti fizikal yang
sebenar. Imageri melibatkan gabungan fungsi fisiologi tubuh dan program kawalan
motor di mana menurut Orlick (1980) program kawalan motor itu pula hanya dapat
dihuraikan melalui beberapa teori.

Aspek dalam melaksanakan latihan imageri dapat dilakukan seperti berikut:


a) Tempat yang tenang dan tidak mempunyai sebarang gangguan serta mengambil
posisi yang selesa dan cuba untuk relaks.
b) Imaginasi yang diberikan harus positif serta bermakna, jangan menggunakan reverse
psikologi.
c) Berimaginasi secara keseluruhan.
d) Dapat dilakukan sebelum dan semasa latihan atau pertandingan.
e) Akhiri latihan ini dengan menarik nafas secara panjang, membuka mata dan kembali
menyesuaikan diri dengan sekeliling.

4
1.2 Pelaksanaan latihan imageri untuk atlet olahraga 100 m

Latihan imageri dalam acara olahraga digunakan untuk membantu pelari pecut
dalam meningkatkan prestasinya untuk sesuatu perlawanan. Terdapat beberapa
langkah yang telah dilaksanakan dalam latihan imageri ini. Berikut merupakan langkah-
langkah pelaksanaan yang telah dilakukan dalam latihan imageri kepada atlet olahraga
100 meter.

Langkah 1 Letakkan atlet di suatu tempat yang tenang dan sunyi tanpa sebarang gangguan

Langkah 2 Jurulatih meminta atlet untuk memejamkan mata dan cuba untuk berada pada
posisi yang relaks serta kosongkan fikirannya.

Langkah 3 Jurulatih meminta atlet membayangkan di mindanya bahawa dia sedang berada
di trek 100 m. Apakah yang anda dapat lihat? Apakah anda boleh mengenal
tempat tersebut? Apakah anda kenal suara di tempat itu?

Langkah 4 Bayangkan dirinya adalah seorang juara dan merupakan pelari pecut dunia
yang tiada tandingannya. Membayangkan bahawa dirinya adalah yang paling
pantas. Kemudian, dirinya sedang melakukan teknik di fasa permulaan dan
berada di blok permulaan. Segala kemahiran dan teknik akan diaplikasikannya.
Pelepas akan memberikan arahan untuk berlepas. Dirinya akan fokus terhadap
jarak larian yang akan dilaluinya dan membayangkan bahawa jarak tersebut
adalah dekat dan hanya ada satu laluan sahaja yang akan dilaluinya. Mindanya
akan memproses bahawa dia akan lari sepantas kilat dan tiba di garisan
penamat seterusmya menjadi juara yang tidak mampu dikalahkan oleh sesiapa
pun. Dirinya mendapat sanjungan dan pujian daripada ibu bapa dan penonton.
Lihat, rasa dan alami apa yang difikirkan dalam minda.

5
Langkah 5 Lagu We Are The Champion seterusnya akan dimainkan untuk menaikkan lagi
motivasi dan semangat dalam dirinya. Maka, tahap motivasi dan kebangkitan
akan membuak-buak dan kesemua tafsiran negatif sama ada bimbang, risau,
stres dan tidak yakin akan dapat dihapuskan oleh atlet tersebut.

2.0 BUKTI KAJIAN/ULASAN


ARTIKEL MENGENAI TEORI
PSIKOLOGI SUKAN

6
3.0 KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN

Menurut Weinberg dan Gould (1999), psikologi sukan merupakan satu bidang kajian
saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. .
Psikologi sukan pula merupakan satu bidang kajian yang saintifik yang melihat kesan
serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif ke atas
mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut
(Wann, 1997).

Terdapat beberapa kepentingan psikologi sukan yang dapat membantu


perkembangan individu dan masyarakat dalam memantapkan sukan negara. Antara
kepentingan tersebut adalah dapat meningkatkan prestasi dan potensi atlet di dalam
sukan. Melalui psikologi sukan, guru atau jurulatih sukan dapat membantu atlet untuk
mempersiapkan diri menghadapi pertandingan yang bakal disertai. Sosialisasi merupakan
proses di mana anggota masyarakat saling berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu
sama lain serta menentukan peranan yang mesti dimainkan oleh setiap anggota
masyarakat untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Secara tradisinya, penyertaan dalam
sukan untuk kaum lelaki dan wanita sudah lama terbentuk. Kita boleh lihat bagaimana
pembahagian serta jenis-jenis sukan mengikut jantina terbentuk dalam masyarakat kita.
Bagaimanapun, bagi wanita yang melibatkan diri dalam sukan secara aktif, mereka
sebenarnya telah melangkah batas norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat,
khususnya dalam sukan yang kompetitif selepas baligh.

Menurut Eccles dan Harold (1991), terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk
menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi, situasi dan persekitaran dan
faktor peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara individu. Dalam
konteks sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan dalam kehidupan seseorang

7
kanak-kanak lelaki atau perempuan mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan
(Greendorfer, 1992). Antaranya dorongan kedua ibu bapa serta pengaruh abang atau adik
turut mempengaruhi penglibatan dalam sukan (Eccles & Harold, 1991) ; Greendorfer,
1992). Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi
dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan
menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.

Proses sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan
dan proses sosialisasi melalui sukan. Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke
dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada
seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang
jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja
oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian
tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan
jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri individu terbabit.
Tambahan pula, penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling
berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan
bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap
sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah.

Sosialisasi yang terdapat dalam sosiologi sukan adalah proses sosialisasi melalui
sukan. Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat
mensosialisasikan individu terbabit. Elemen-elemen yang terdapat dalam peraturan sukan
seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati di antara individu serta
mematuhi undang-undang dan peraturan dapat membantu untuk pembentukan sifat
peribadi individu itu sendiri. Melalui sukan sikap individu dapat di bentuk dengan
menunjukkan sikap yang baik, nilai-nilai murni, tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan
individu terserlah. Melalui sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika
dahulu seorang individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu
tersebut bertukar menjadi orang yang agresif. Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam
sukan ragbi dan gusti.

8
Selain itu, psikologi sukan juga dapat membina asepk positif terhadap penyediaan
mental, prestasi kemahiran dan keuoayaan seseorang atlet seperti penentuan matlamat,
penyediaan mental sebelum bertanding dan kemahiran komunikasi. Seterusnya, psikologi
Sukan juga bukan hanya menumpukan kepada ahli sukan bermasaah tetapi memberi
tumpuan terhadap latihan kemahiran psikologi. Psikologi sukan juga sangat penting
kerana dapat membantu atlet untuk mengekalkan motivasi, menguruskan diri,
menghadapi tekanan pertandingan, mengawal penumpuan, meningkat dan mengekalkan
semangat percaya akan diri serta meninggikan kemahiran berkomunikasi.
Kewujudan psikologi sukan dalam kalangan atlet amat penting untuk memupuk
sikap atlet yang matang dan profesional. Bagi menjana kualiti atlet yang setaraf dengan
atlet antarabangsa, ISN dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan agensi lain
seperti Kementerian Pendidikan mewujudkan bengkel psikologi sukan kepada jurulatih
dan pengamal sukan. ISN juga menyediakan beberapa ahli psikologi sukan untuk
kumpulan sukan tertentu dan mereka ini bertugas sepanjang masa bersama pasukan yang
dipertanggungjawabkan dan bukan pada masa kejohanan sahaja. Di samping itu,
psikologi sukan juga amat penting kerana ia dapat merancang program yang bersesuaian
dari aspek psikologi dan motivasi mengikut kumpulan sukan bagi membantu atlet
meningkatkan prestasi mereka sebelum, semasa dan selepas latihan.

Tuntasnya, psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan


dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Psikologi sukan juga
merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing
atas usaha dan keupayaannya sendiri. Ini seterusnya akan dapat membantu jurulatih atau
seseorang individu untuk memahami, menjelas dan menduga peristiwa yang berlaku
kepada seseorang atlet. Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan psikologi dan sosiologi
sukan dalam membantu meningkatkan perkembangan individu dan peningkatan kualiti
sukan negara.

9
4.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat kurnianya


saya dapat menyelesaikan tugasan projek Psikologi Sukan (PJM 3172). Sepanjang saya
melaksanakan tugasan kerja kursus yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah
memperoleh pelbagai pengetahuan baharu dan input-input yang berguna berkaitan
dengan psikologi dan sosiologi sukan amat penting sebelum seseorang guru merancang
program latihan sukan kepada murid-murid.

Selain itu, saya juga mengetahui dengan lebih terperinci dengan konsep sosiologi
sukan dan perkembangan dalam sukan. Pengetahuan dalam psikologi dan sosiologi
sukan yang diperoleh dapat membantu saya sebagai bakal guru dalam meningkatkan
tahap profesionalisme agar lebih mantap dan mapan. Tambahan pula, tugasan ini dapat
membantu saya dalam merangka latihan mental bagi tujuan penghasilan periodisasi
latihan yang efektif dan menyeluruh.

Saya kini mengetahui bahawa seseorang guru hendaklah mengetahui berkaitan


dengan kaedah dalam melaksanakan sesuatu latihan mental itu. Sebagai contoh, terapi
pernafasan, visualisasi, imageri, penetapan matlamat dan meditasi. Hal ini demikian,
kaedah tersebut merupakan elemen utama dalam sesuatu proses pelaksanaan latihan
mental kepada atlet. Sebagai bakal guru, saya juga kini mengetahui bahawa
pelaksanaan latihan mental dapat menjadikan program latihan lebih bersistem dan

10
mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Tambahan pula, elemen-elemen yang
terkandung dalam latihan mental yang dilaksanakan dapat memberi peluang kepada
murid dalam mengawal kebimbangan, tekanan, menumpukan perhatian terhadap
pertandingan, memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan
kepekaan terhadap nilai-nilai sahsiah.

Di samping itu, saya juga didedahkan berkaitan dengan kepentingan asas dalam
pelaksanaan latihan mental bagi atlet. Hal ini adalah kerana latihan mental yang
dilaksanakan ini dapat menjadikan sesuatu perancangan ke arah kecemerlangan
prestasi atlet menjadi lebih berkesan dan dapat dijadikan panduan kepada para jurulatih.
Di samping itu, kaedah latihan mental yang dibina oleh guru mampu melahirkan insan
yang harmonis, kritis dan kreatif serta menangani segala halangan dan cabaran yang
dihadapi. Latihan mental yang telah dilakukan terhadap atlet iaitu dengan menggunakan
latihan imageri dapat membantu atlet dalam mengurangkan tekanan, kebimbangan dan
stress untuk menghadapi sesuatu pertandingan.

Sementelahan itu, latihan mental yang dilaksanakan ini dapat membantu atlet
dalam membina keyakinan diri dan meningkatkan tahap motivasi mereka. Latihan ini
dapat diaplikasikan oleh atlet dalam menjalani kehidupan seharian di samping dapat
membantu atlet dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Tindakan yang
terancang juga dapat dilakukan dengan adanya latihan mental yang diaplikasikan dalam
melakukan sesuatu perlakuan atau tindakan.

Saya juga mengetahui bahawa latihan mental ini telah berjaya membantu proses
pembelajaran kemahiran motor di samping dapat meningkatkan prestasi dalam
melakukan kemahiran motor. Salah satu bentuk latihan mental tersebut ialah latihan
imageri. Lantaran itu ,latihan ini sangat penting untuk melihat keberkesanan latihan
imageri ini dalam konteks pembangunan sukan di negara kita.

Tambahan pula, berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan khususnya


dalam melaksanakan latihan mental kepada para atlet dan ini seterusnya dapat
membantu saya sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani dalam mengurangkan
tekanan atau kebimbangan dalam kalangan atlet serta usaha meningkatkan kualiti
prestasi atlet Kaedah latihan mental ini tidak mempertimbangkan perbezaan minat,

11
kecenderungan dan tahap kefahaman atlet. Melalui kaedah latihan mental yang
dilaksanakan ini juga, saya dapat mengetahui tahap pencapaian dan kemampuan yang
sesuai digunakan oelh seseorang atlet dalam menjalani sesuatu proses latihan.

Natijahnya, latihan mental dapat membantu para atlet dalam mengurangkan


tahap kebimbangan yang dihadapi sebelum menghadapi sesuatu pertandingan. Hal ini
demikian, seseorang guru haruslah menjalankan penilaian terutamanya untuk mengukur
pencapaian prestasi atlet melalui penilaian berterusan. Maka, aspek-aspek ini perlu
diaplikasikan dalam proses latihan untuk memastikan atlet dapat mendorong ke arah
pencapaian yang cemerlang. Diharapkan segala makrifat yang diperoleh sepanjang
melaksanakan tugasan ini dapat saya aplikasikan apabila berada di sekolah kelak.

RUMUSAN

Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi
sukan ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok
yang mana melibatkan strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk
mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui konsep dan fokus
utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi
mutu pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru, mereka
mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan
memperkenalkan psikologi sukan serta perkembangannya kepada umum.

Di samping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh seseorang yang


ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang pendidikan yang
merupakan syarat utama dalam profesion ini. Antaranya termasuklah beberapa jenis
perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli psikologis sukan seperti perkhidmatan klinikal,
pendidikan dan penyelidikan. Selain itu, perkara yang perlu diterapkan kepada ahli
psikologi sukan adalah etika-etika dalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi
menjaga imej mereka yang terlibat dalam profesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu di
ambil kira kerana aspek-aspek tersebut akan mempengaruhi seseorang ahli psikologi
sukan serta memberikan kesan yang positif ke arah usaha meningkatkan mutu
persembahan dan pencapaian atlet negara.

12
Tuntasnya, jika kebimbangan tidak dapat ditangani dengan baik, ia akan
menjejaskan prestasi dan menyebabkan seseorang hilang minat untuk menyertai
pertandingan. Hal ini demikian, sesetengah kanak-kanak tidak mahu terlibat dalam
pertandingan kerana mereka menganggap pertandingan dalam sukan merupakan
sesuatu yang menakutkan lebih daripada sesuatu yang menyeronokkan dan sukan
merupakan sesuatu yang mencabar. Oleh itu, seorang jurulatih sama ada di peringkat
sekolah, daerah atau kebangsaan, harus mengenali personaliti atlet mereka bagi
memudahkan mereka menangani sebarang masalah berkaitan dengan prestasi.

13

Anda mungkin juga menyukai