Anda di halaman 1dari 7

Pendidikan Keselamatan

K
eselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran di
mana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti
anjuran sekolah dengan selamat, sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa
sebarang gangguan dan kemalangan. Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan
sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa,
masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau
persekitaran yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah adalah satu aspek
penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua
orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk
mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah
keselamatan.

Kemalangan boleh berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas


sesebuah institusi disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak
bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan. Kemalangan yang dialami boleh
mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah,
harga diri, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut.
Kesemua ini boleh dirangkumkan sebagai sebab yang membawa implikasi kerugian.
Terdapat tiga faktor yang boleh dijadikan asas kepada punca berlakunya
kemalangan iaitu, faktor manusia, faktor persekitaran dan faktor semulajadi.

Kelemahan manusia merupakan punca utama berlakunya kemalangan.


Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh, cuai, lalai dan ditambah
pula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri sendiri memudahkan lagi
keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan manusia untuk mematuhi
peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu mengenai keselamatan bukan
sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan keselamatan orang
lain.

  Faktor persekitaran sebagai satu punca berlakunya kemalangan


sebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada faktor manusia. Ini
disebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk persekitaran.
Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan kerusi meja
murid tidak sedikit pun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah keselamatan

1
Pendidikan Keselamatan

sudah dipertimbangkan. Begitu juga di makmal sains atau di bengkel pertukangan


tidak dipaparkan dengan jelas peraturan-peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi.

Selain daripada itu, keadaan padang yang tidak dijaga rapi, bahagian-bahagian
usang bangunan sekolah yang perlu dibaikpulih, bahan-bahan mudah terbakar yang
diletak sewenang-wenangnya di dapur kantin adalah di antara perkara yang kerap
tidak diberi perhatian. Begitulah juga halnya jarang terdapat sekolah yang
menyediakan tempat menanti yang selamat bagi murid terutama yang sampai terlalu
awal atau terpaksa pulang lewat sementara menanti kenderaan.

Faktor alam semulajadi sering diabaikan kerana manusia menganggapnya


tidak begitu penting. Walau bagaimanapun apabila berlaku kerosakan harta benda
atau kehilangan nyawa manusia akan berusaha untuk mengatasinya.

Secara umumnya, semua jenis kecederaan yang dialami oleh seseorang


semasa ia bersukan atau mengambil bahagian dalam aktiviti kecergasan fizikal
adalah digelar sebagai kecederaan sukan. Pengetahuan kecederaan sukan adalah
sebahagian daripada ilmu sains sukan (sport science). Kecederaan sukan boleh
diklasifikasikan kepada dua cara iaitu ;

i) Mengikut punca sesuatu kecederaan itu

ii) Mengikut jenis tisu yang tercedera

Klasifikasi berdasarkan punca kecederaan sukan yang dialami oleh seseorang ada
punca atau sebabnya. Tiga punca yang biasa dikenal pasti sebagai penyebab
adalah kuasa luaran, kuasa dalaman dan kuasa luar biasa yang termasuk
‘penggunaan melampau (overused).

a) Kecederaan ekstrinsik (luaran).

Ini merangkumi kecederaan yang berpunca dari pihak lain (luar). Misalnya,
seorang pemain hoki mengalami bengkak di bahagian tulang kering kakinya
kerana dipukul dengan kayu hoki oleh pemain pihak lawan semasa
perlawanan.

2
Pendidikan Keselamatan

b) Kecederaan instrinsik (dalaman).

Ini merujuk kepada kecederaan yang berpunca dari kekurangan si mangsa itu
sendiri. Contohnya, kecederaan instrinsik adalah kejadian otot hamstring (otot
di belakang paha) terkoyak kerana peserta tidak memanaskan badan dengan
secukupnya. Kejang otot (muscle cramp) adalah satu lagi contoh kecederaan
instrinsik yang disebabkan faktor dalaman.

c) Kecederaan kronik.

Ini bererti kecederaan yang berpunca dari penggunaan berulangan yang


melampau sesuatu bahagian badan sehingga kecederaan berlaku.
Kecederaan ini juga disebabkan penggunaan anggota atau bahagian badan
yang masih cedera atau belum pulih dari kecederaannya. Tindakan luar biasa
ini menjadikan kecederaan bertambah teruk. Misalnya, seseorang pemain
tenis yang belum pulih dari kecederaan di bahagian sendi bahunya,
meneruskan latihan yang berterusan, besar kemungkinan akan mengalami
kecederaan kronik akibat dari pengggunaan melampau (overused)
pergerakan di bahagian sendi tersebut.

Bagi klasifikasi berdasarkan jenis tisu yang cedera adalah berasaskan jenis tisu
badan atau organ yang cedera iaitu:-

a) Kecederaan tisu lembut (soft tissue injuries). Ini adalah kecederaan yang
melibatkan kerosakan ke atas tisu lembut seperti bahagian kulit, isi, tendon,
ligamen dan otot. Berikut adalah beberapa contoh kecederaan tisu lembut:-

i) Luka – Ini berlaku apabila kulit terkoyak atau terhiris kerana ditembusi
benda tajam. Oleh sebab tisu-tisu di bawah kulit (salur darah yang
halus) juga cedera, maka pendarahan berlaku.

ii) Melepuh (blister) – kecederaan ini terjadi apabila berlaku geseran


antara suatu bahagian badan dengan permukaan yang lain. Sebagai
contoh apabila seseorang bermain tenis dengan raket gripnya tidak

3
Pendidikan Keselamatan

sesuai bagi genggamannya. Geseran tapak tangan dengan bahagian


grip raket boleh menyebabkan kulit tapak tangan pemain melepuh. Ini
adalah keadaan di mana cecair tisu terkumpul dan menjadikan kuli
tapak tangan menggelembung.

iii) Melecet (abrasion) – ini merupakan keadaan yang berlaku apabila


suatu bahagian badan bergeser dengan permukaan kasar ketika
seseorang itu terjatuh. Dalam kecederaan melecet hanya lapisan
epidermis kulit terkoyak tetapi tisu di bawah kulit tidak tercedera.

iv) Kontusi (contusion) – kecederaan kontusi berlaku apabila sesuatu


bahagian badan mengalami satu pukulan langsung ke atasnya. Kulit
dan tisu-tisu di bahagian yang terkena pukulan itu cedera dan kelihatan
bengkak dan lebam. Daya pukulan telah menyebabkan kapilari putus
dan diikuti dengan pendarahan dalaman yang menyebabkan lebam.

v) Terseliuh (sprain) – keadaan ini terjadi apabila ligament dan tisu-tisu di


bahagian sendi terpulas, teregang atau terkoyak kerana menanggung
beban yang kuat atau luar biasa dengan tiba-tiba. Misalnya, seorang
ahli gimnastik yang melakukan pendaratan yang tidak seimbang atas
kedua-dua belah kaki ketika mengakhiri sesuatu lombol boleh
menyebabkan bahagian pergelangan kaki terseliuh atau terpelecok.
Jika berlaku pendarahan dalaman di bahagian yang cedera, tanda
lebam akan jelas kelihatan kemudian.

vi) Koyak otot (muscle strain) – ini adalah kecederaan di bahagian otot
atau tendon apabila tisu tersebut terkoyak. Kesakitan di bahagian yang
cedera akan dirasai jika si mangsa cuba meneruskan pergerakaan
melibatkan bahagian tersebut. Tisu terkoyak disebabkan pengecutan
otot secara tiba-tiba dan juga ketidakupayaan bahagian otot tendon
untuk menanggung beban yang dikenakan. Biasanya kecederaan
koyak otot berlaku di otot utama.

vii) Kejang otot (muscle cramp) – ini adalah satu keadaan di mana otot di
bahagian yang kejang hilang sifat kontraksinya (penguncupan) buat

4
Pendidikan Keselamatan

sementara dan mengalami ‘muscle spasm’. Ini yang menjadikan otot


yang kejang itu rasa keras dan mangsa akan merasa sakit di bahagian
badannya itu. Puncanya, kejadian otot kejang adalah berbagai-bagai
dan biasanya disebabkan faktor seperti peserta kurang cergas ( daya
tahan otot), pergerakan yang mendadak, kekurangan garam mineral
(elektrolit) atau kehilangan air (dihidrasi) dalam badan.

b) Kecederaan tisu keras (hard tissue injuries). Umumnya, jenis kecederaan tisu
keras merujuk kepada kecederaan pada tulang-tulang dalam sistem rangka
tulang manusia. Punca kecederaan ini adalah ekstrinsik, iiatu disebabkan
tindakan luaran yang mengenakan satu daya langsung (direct force) sehingga
sesuatu tulang itu cedera. Berikut adalah contoh-contoh kecederaan tisu
keras:-

i) Patah (fracture) – keadaan ini berlaku apabila sesuatu bahagian tulang


tidak mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya secara
mengejut. Misalnya, apabila seseorang murid yang bermain bola sepak
yang terjatuh meluruskan tangannya untuk melindungi badannya dari
kecederaan. Daya dari berat badan yang jatuh tidak mapu ditanggung
oleh tangannya menyebabkan tulang tangan patah.

ii) Retak (crack/ hairline fracture) – Ini adalah seperti dalam keadaan
patah tetapi bahagian tulang yang cedera hanya mengalami retakan
dan tidak patah secara langsung.

iii) Dislokasi (dislocation) – Kecederaan ini juga dikenali sebagai terkehel.


Ini adalah keadaan di mana pangkal tulang tercabut atau terkeluar dari
bahagian sendinya. Biasanya, sesuatu pergerakan luar julat normalnya
yang dilakukan secara mengejut dan kencang boleh mengakibatkan
disloksia tulang. Misalnya, seorang murid melakukan aktiviti merejam
lembing dengan kencang tanpa pemanasan badan terlebih dahulu,
ianya boleh membawa kecederaan ini di bahagian sendi bahu.

iv) Konkusi (concussion) – Ini adalah kecederaan kepala bahagian kepala


seseorang di mana tengkorak mungkin pecah atau retak akibat dari

5
Pendidikan Keselamatan

pukulan, terhantuk atau ia terjatuh dengan bahagian kepala dahulu ke


atas permukaan keras. Gegaran yang berlaku kepada bahagian otak
boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Ini boleh membahayakan
nyawa mangsa tersebut dan kes ini perlu dirujuk dengan segera
kepada pegawai / pengamal perubatan.

c) Kecederaan organ dan bahagian badan.

Jenis ini merangkumi kecederaan khusus yang berlaku ke atas organ-organ


deria seperti mata, telinga. Hidung dan juga bahagian badan seperti mulut,
tengkuk, dada dan tulang belakang (kolum vertebra). Kesakitan dan
pendarahan akibat dari satu daya (pukulan) yang kuat ke atas organ atau
bahagian tersebut boleh mengancam nyawa si mangsa. Oleh itu, jika berlaku
kecederaan jenis ini, si mangsa perlu segera dibawa untuk mendapatkan
pemeriksaan dan rawatan oleh pakar perubatan.

Memandangkan mata pelajaran pendidikan jasmani (PJ) berkaitan rapat dengan


sukan, maka adalah munasabah bagi guru-guru yang mengajar PJ juga mempunyai
pengetahuan asas dalam bidang kecederaan sukan. Oleh itu, adalah penting guru
mempunyai pengetahuan prosedur keselamatan semasa di padang dan gelanggang
sewaktu aktiviti PJ dijalankan. Antara kepentingannya ialah :-
 Lebih peka terhadap keselamatan murid-murid semasa mengendalikan aktiviti
atau pelajarannya.
 Lebih bersedia dengan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah
kejadian kemalangan.
 Dapat bertindak menurut prosedur yang sepatutnya apabila berlaku
kemalangan dan kecederaan sewaktu aktiviti sukan.
 Mahir dalam membantu mangsa yang tercedera dengan memberi rawatan
bantu mula yang sepatutnya.
 Mengadakan pelan kontinjensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan.

6
Pendidikan Keselamatan

 Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan bertulis mengenai aspek-


aspek keselamatan pelajar.
 Guru tersebut merancang aktiviti dengan teliti dengan mengambil kira ruang
dan alatan yang hendak digunakan itu selamat dan tidak memudaratkan.

Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan pendidikan


kecemasan ini, seseorang guru akan bertindak dengan lebih yakin dalam
menjalankan tugasnya sepanjang masa. Ini akan meningkatkan lagi martabatnya
sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti
terhadap keselamatan murid-muridnya.

Anda mungkin juga menyukai