Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENDAHULUAN

Istilah politik berasal daripada perkataan yunani ‘polis’ yang bermaksud negara kota. Aristotle
merupakan tokoh serajawan yang pertama yang memperkenalkan istilah ini ke dalam dunia
ilmu melalui bukunya iaitu ‘Politcs’ yang telah ditulis lebih kurang pada tahun 300 sm (Mustafa
Ahmad, 2006 :2 ). Selain itu, istilah politik juga merupakan satu konsep umum yang memberi
gambaran kepada kita tentang corak pemerintahan. Tokoh-tokoh sarjana politik lalu seperti
Aristotle, St Augustine dan sebagainya telah mengatakan bahawa kegiatan politik berkisar
terhadap persoalan nilai-nilai yang murni dan tinggi nilainya. Untuk menjalankan sistem
pemerintahan ini, kewujudan negara sangat diperlukan kerana melalui ruang inilah kita dapat
melihat bagaimana pemerintah menjalankan pemerintahan terhadap orang yang
diperintahannya. Hal ini kerana Aristotle telah menggariskan bahawa politik merupakan perkara
yang berhubung dengan kehidupan di dalam negara kota. Melihat pada konteks hari ini, negara
kota boleh disamaertikan seperti kewujudan sesebuah negara.

Negara merupakan satu yang penting untuk melaksanakan sesuatu pemerintahan.


Tanpa kewujudan negara yang sempurna pemerintahan yang hendak dilakukan oleh sebarang
individu mahupun kuasa adalah mustahil. Di dalam sains politik, konteks negara dilihat melalui
sekumpulan manusia yang menduduki wilayah yang tetap di bawah penyelengaraan sesebuah
kerajaan dan tidak tertakluk kepada sebarang kuasa luar (K. Ramanathan, 2003 : 127 ). Selain
itu, negara juga merupakan satu organisasi yang penting didirikan untuk menjaga kepentingan
kesemua ahli masyarakat. Terdapat juga segelintir sarjana politik menggagap bahawa negara
itu adalah system kuasa dan ada yang lain pula berpendapat negara itu sebagai system
kebajikan. Oleh kerana negara mempunyai wilayah dan sempadan, pelbagai sistem
pemerintahan yang berlainan dapat dilihat mengikut dasar ketua atau pemerintah malahan
dasar-dasar ini mula berubah mengikut geografi dan peredaran zaman.

Sesetengah pendapat mengatakan bahawa negara dan kerajaan adalah satu perkara
yang sama. Hal ini kerana dua-dua perkara ini sangat berkait rapat dan sukar untuk dibezakan.
Namum begitu negara dan kerajaan adalah dua perkara yang berbeza kerana konsep negara
boleh disifatkan sebagai pentas manakala kerajaan pula sebagai pelakon utama yang
mengemudi dan mentadbir negara ( Mustafa Ishak, 2006 : 25). Dengan ini kita dapat melihat
bahawa peranan yang dimainkan oleh sesuatu kerajaan sangat tinggi. Kerajaan yang stabil dan
baik mampu menukar sebuah negara yang daif dan miskin menjadi sebuah negara yang
berdaya, maju dan mampu bersaing dengan negara-negara yang lain, manakala kerajaan yang

1
lemah dan tidak cekap boleh membuatkan negara yang kaya menjadi muflis dan mundur. Hal
ini dikatakan mengapa kerajaan merupakan salah-satu jentera negara dan merupakan imej
kepada negara tersebut. Buktinya negara-negara dunia ketiga seperti Afrika tidak mampu maju
kerana mereka mempunyai kerajaan yang kurang stabil. Peperangan seperti peperangan
diantara puak dan suku kaum yang masih berlaku sehingga ke hari ini menyukarkan kerajaan
Afrika untuk membentuk satu dasar ataupun merangka pembangunan negara ini. Sebailknya
negara-negara maju seperti Jepun dan sebagainya sangat maju dari segala bidang berikutan
mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh. Masalah-masalah dalaman seperti menggulingkan
kerajaan tidak berlaku sama sekali.

Antara jenis pemerintahan yang pernah wujud di dunia adalah sistem pemerintahan
monarki, sistem demokrasi dan sistem pemerintahan totalitarian dan sebagainya. Aristotle telah
menjeniskan pemerintahan kepada dua iaitu pemerintahan yang “biasa” dan pemerintahan
yang “dicemarkan” (Katri Kamsona Kibat, 1986 : 71). Menurutnya lagi pemerintahan monarki
yang biasa akan berpandukan kepada undang-undang dan keadilan ( Katri Kamsona Kibat,
1986 : 71). Pihak pemerintah juga akan menjaga dan mementingkan kesejahteraan dan
kebajikan rakyatnya. Oleh itu negara yang diwujudkan lebih aman dan sentosa. Apabila sistem
monarki ini dicemarkan, satu bentuk kuasa yang baru akan diwujudkan iaitu pemerintahan tirani
( Katri kamsona Kibat, 1986 : 71 ). Disinilah berlakunya masalah seperti kelaziman,
pemerintahan kuku besi dan sebagainya. Begitula juga seperti sistem pemerintahan yang lain,
sistem pemerintahan yang baru akan wujud apabila sesuatu sistem pemerintahan ini berubah
dasarnya ataupun berlaku perubahan pada corak mentadbir. Contohnya autokrasi kepada
oligarki.

2
2.0 SISTEM PEMERINTAHAN MONARKI

2.1 DEFINISI

Istilah monarki berasal daripada perkataan latin iaitu “monos” yang bermaksud satu dan
“archien” yang bermaksud memerintah. Gabungan kedua-dua istilah ini bermaksud
pemerintahan dimana kuasa negara terletak dibawah satu tangan orang (Katni Kamsona Kibat,
1986 : 73 ). Selain itu, terdapat sumber-sumber rujukan lain juga mengatakan bahawa istilah
yang kudua ialah “cracy”. Istilah ini juga mempunyai maksud yang sama iaitu bermaksud
pemerintahan (Hasnah Hussain, Mardiah Nordin, 2007 : 169 ). Walaupun kedua-dua sumber ini
mempunyai perbezaan dari segi istilah, namun maksud yang hendak disampaikan adalah
sama. Berdasarkan daripada kedua-dua sumber ini sistem monarki boleh digambarkan bahawa
sistem pemerintahan sesebuah negara melalui oleh seorang raja. Hal ini bermaksud sesebuah
negara itu mempunyai seorang sahaja pemerintah dan keputusan negara bergantung kepada
raja tersebut.

Di dalam sistem ini, negara dianggap sebagai sebuah keluarga, manakala raja bertindak
sebagai bapa yang mengawal dan mentadbir negara. Peranan yang dimainkan oleh rakyat pula
ialah bertindak sebagai anak dan mesti mengikuti dan taat pada segala kehendak seorang
bapa. Walaupun raja bersifat kejam, rakyat tetap harus patuh dan taat kerana hanya tuhan
sajalah yang mampu mencabut kuasa seorang raja (K. Ramanathan, 2003 : 378 ). Ini
menunjukan bahawa seorang raja itu bebas untuk membuat kuputusan atau dasar
pemerintahan negara yang diperintahnya. Perkara ini menyebabkan mengapa sistem
pemerintahan monokrasi sering dikaitkan dengan kezaliman pemerintah dan pemerintahan
berunsur kuku besi. Hal ini kerana dalam monarki raja bertindak sebagai “ruler” kepada negara
dan rakyat dimestikan untuk mematuhi segala perkara yang telah diperintahkan ke atas
mereka. Sistem pemerintahan ini juga merupakan sistem pemerintahan yang terawal dan
tertua yang wujud di dunia. Contoh empayar yang telah mengamalkan sistem pemerintahan ini
adalah empayar mesir purba, parsi, China dan India.( K.Ramanathan, 2003 : 379)

3
2.2 CIRI-CIRI MONARKI

Sistem monarki lebih menunjukkan kepada penguasaan seorang raja terhadap negaranya.
Oleh itu, ciri-ciri pemerintahan monarki banyak berkait dengan kedudukan raja tersebut.
Kedudukan raja sangat diangkat sehingga raja dikatakan mempunyai asl-usul dari tuhan. Oleh
yang demikian masyarakat pada zaman ini percaya dan menggangap bahawa seorang raja
mempunyai kuasa ghaib. Contohnya ialah rakyat empayar India percaya bahawa raja Nepal
merupakan penjelmaan semula dewa Vishnu (K. Ramananthan, 2003 : 378). Antara contoh lain
pula ialah raja Jepun dianggap sebagai Dewa matahari. Di China pula raja dianggap sebagai
“putera syurga” dan pada zaman pemrintahan Min Ching dan di negara-negara di Eropah pada
kurun kelima dan keenam kepercayaan bahawa kuasa raja itu diturunkan tuhan telah menjadi
pegangan ( Katri Kamsona Kibat, 1986 : 74). Pada waktu ini sistem pemerintahan ini digelarkan
sebagai monarki zaman silam (K. Ramanthan, 1986 : 379 ). Oleh kerana mempunyai hubungan
dengan tuhan, hak menaiki takhta tidak boleh dipinda kepada orang-orang yang bukan
mempunyai kerabat diraja. Mereka percaya bahawa hanyalah tuhan sahaja yang mampu
melantik seorang raja. Pada waktu ini raja berfungsi sebagai pemerintah utama negara dan
mengetuai semua jawatan pemerintahan. Beliau juga kerap-kali mengetuai angkatan bala
tentara sewaktu menghadapi peperangan. Selain itu raja juga merupakan pendeta agama dan
memegang jawatan sebagai ketua hakim.

Monarki juga merupakan satu sistem pemerintahan beraja yang mementingkan


kemegahan seorang raja. Raja dianggap sebagai simbol keagungan dan kedaulatan negara.
Jika negara mempunyai seorang pemerintah yang unggul dan berwibawa, kedudukan atau
darjat sesebuah negara akan dipandang tinggi dan dihormati negara lain. Kedudukan raja
sangat dihormati dan seorang raja biasanya berkuasa mutlak terhadap negaranya. Raja jenis ini
dikatakan memainkan peranan sebagai pendeta agama serta hakim (K. Ramanathan, 1988 :
159 ). Akan tetapi pada waktu ini pemerintahan kuku besi dan atau kaedah paksaan digunakan
sewaktu memerintah. Hal ini kerana seorang pahlawan atau orang besar mengambil alih
pemerintahan dengan mengalahkan raja yang sedia ada. Akan tetapi sokongan yang diberikan
rakyat tetap kepada raja yang lama. Oleh kerana raja yang baru ini ingin memperolehi
kepercayaan dan mandat daripada rakyat, kezaliman dan pemerintahan kuku besi terpaksa
dijalankan dengan tujuan untuk memindahkan kesetiaan rakyat terhadap raja yang lama
kepada raja yang baharu. Dengan ini rakyat terpaksa akur dan menerima raja yang baharu
untuk mengelakkan daripada dikenakan hukuman yang berat. Contohnya apabila Sparta telah
menawan Athens didalam perang Peloponnesian. (K. Ramanathan, 2003 : 379 )
4
Raja pada zaman monarki juga merupakan raja yang disahkan kedudukannya sebagai
raja pemerintah oleh golongan gereja atau agama. Perkara ini berikutan wujudnya institusi-
institusi agama yang berpengaruh seperti kristian katolik dan islam (K. Ramanathan, 1988 : 160
). Pada waktu ini raja-raja digalakkan untuk memerintah mengikut syarat-syarat yang telah
dietatapkan oleh kitab-kitab suci. Bagi mengukuhkan lagi institusi raja, pada waktu ini paderi-
paderi atau kiai agama diundang didalam sambutan pertabalan raja dan mereka telah
ditugaskan untuk membacakan doa agar tuhan merahmati pemerintahan raja tersebut.
Contohnya ialah Raja Charlemange di Perancis dalam tahun 800 t.m (K. Ramanathan, 1988 :
160 ). Sewaktu pertabalan beliau sebagai raja ketua gereja Roman Katholik iaitu Paus telah
terlibat dan beliau telah digelarkan sebagai Holy Roman Empire.

Selain itu, pemerintahan monarki juga dikaitkan dengan pemerintahan bercorak tirani.
Kebanyakkan pemerintahan jenis ini tidak dikaitkan dengan pemerintahan beraja. Akan tetapi
pemerintahan jenis ini juga mempunyai ciri-ciri ketuhanan dalam menjalankan pemerintahan.
Aristotle berpendapat cara pemerintahan jenis ini sebagai pemerintahan yang paling tidak stabil
kerana kewujudan raja bergantung kepada kuasa kuku besi dalam menjayakan pemerintahan
dan mendapatkan taat setia rakyat (K. Ramanathan, 1988 : 159 ). Hal ini kerana suasana yang
digambarkan adalah rakyat tidak hidup dengan tenang dan kemungkinan untuk berlakunya
pemberontakan sangat tinggi ekoran daripada ketidakpuashatisan rakyat terhadap raja
tersebut. Antara ciri-ciri lain ialah Monteaqui telah menyatakan bahawa sebuah negara monarki
mempunyai kawasan sempadan yang sederhana luas kerana menggagap jika kawasan yang
terlalu besar, kerjaan yang wujud tidak dapat bertahan lama dan akan digantikan dengan
pemerintah yang baru.( Alan R. Ball, 1993 : 45 )

2.3 KEKUATAN

Setiap corak pemerintahan mempunyai kekuatan dan kelebihanya yang tersendiri. Begitu juga
dengan sistem pemerintahan ini. Walaupun secara kasarnya sistem monarki dilihat sebagai
5
satu sistem pemerintahan yang tidak bertimbang rasa kerana hanya seorang sahaja yang
membuat keputusan, akan tetapi kejayaan pemerintah mengatur strategi pemerintahan
negaranya terbukti berkesan dan berjayanya. Buktinya dapat dilihat empayar-empayar seperti
empayar Mesir Purba, Empayar Cina, Empayar India dan Empayar Islam pernah menempah
nama dalam peradaban dunia sewaktu pada masa dahulu. Sunggupun begitu artifak-artifak dari
empayar ini masih lagi terdapat sehingga kehari ini membuktikan bahawa negara-negara ini
pernah melakukan perdagangan dengan negara luar. Perkara ini merupakan salah-satu aspek
yang membuktikan bahawa sistem monarki juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Antara kekuatan yang boleh didapati melalui sistem monarki ialah tidak berlakunya
masalah perwarisan takta kerajaan (K. Ramanathan, 2003 : 377 ). Hal ini kerana pemerintah
pada zaman ini dikatakan mempunyai hubungan atau asal-usul dengan tuhan. Oleh yang
demikian jika raja mangkat, individu yang layak untuk mewarisi takhta raja tersebut hanyalah
pewaris raja atau sanak-saudara yang rapat sahaja. Perkara ini dilihat sebagai kekuatan kerana
tidak berlaku persaingan atau perubutan takhta dan pengganti kepada raja ataupun perlantikan
raja baru tidak memakan jarak masa yang panjang. Oleh itu, urusan pentadbiran negara tidak
akan tergendala dengan jarak masa yang lama dan masalah dalam sistem pentadbiran tidak
berlaku. Selain itu juga, perang dingin ataupun perang saudara contohnya satu puak dengan
puak yang lain merebut takhta tidak akan berlaku. Selain itu kesetiaan rakyat yang tinggi
terhadap pemerintah tidak perlu dipupuk kerana rakyat percaya bahawa pewaris juga
mempunyai kuasa seperti raja yang telah mangkat. Oleh yang demikian urusan pentadbiran
dapat dijanlankan dengan mudah.

Selain itu pemerintahan ataupun pentadbiran lebih mudah untuk diuruskan kerana raja
berkuasa penuh terhadap negaranya. Oleh kerana pemerintahannya bercorak secara terus dan
tidak memerlukan perbahasan parlimen dan sebagainya, sebarang keputusan boleh
dilaksanakan dengan cepat (Katri Kamsona Kibat, 1986 : 74 ). Perkara ini juga dilihat sebagai
salah-satu kekuatan kerana setiap idea atau rancangan yang ingin dilaksanakan oleh
pemerintah tidak mendapat tentangan daripada mana-mana pihak. Perkara ini sangat sesuai
terutamanya di negara-negara yang sedang mengalami perubahan dan pembangunan kerana
ia boleh mendisplinkan rakyat dan memaksa mereka mematuhi arahan kerajaan
(K. Ramanathan, 2003 : 378 ). Contohnya pembangunan dari segi ketenteraan. Jika negara
diancam oleh kuasa luar, raja tersebut boleh menuntut rakyatnya untuk berkhidmat sebagai
tentera dan bersiap-sedia untuk turun ke medan perang. Jika rakyat enggan pula, kaedah
paksaan boleh dijalankan kerana raja mempunyai kuasa yang mutlak terhadap rakyatkan. Oleh
6
yang demikian, kekuatan ketenteraan dapat ditingkatkan dan keselamatan negara lebih
terjamin.

Jika negara-negara monarki mempunyai seorang raja yang berwibawa dan karismatik
perkara ini dilihat sebagai satu kekuatan yang jelas. Seperti yang sedia maklum, raja yang
berwibawa mampu menjadikan sebuah negara yang mundur menjadi sebuah negara yang maju
dan mampu berdaya saing dengan negara maju yang lain melalui strategi-strategi
pemerintahan yang cemerlang contohnya dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Jika raja
tersebut mahir atau peka terhadap negaranya beliau boleh menaikkan taraf ekonomi melalui
membuat hubungan diplomatik dengan negara luar contohnya berkongsi teknologi dalam
sistem pertanian negaranya. Jika negaranya mempunyai hasil bumi yang kaya, raja tersebut
mampu menjadikan negaranya sebagai negara pengeksport hasil bumi seperti bijih timah yang
utama dan mampu mendapatkan pulangan hasil yang lumayan untuk digunakan
membangunkan negaranya sendiri. Selain itu, memajukan sistem pendidikan supaya rakyatnya
tidak cetek akal dan sebagainya. Contohnya ialah raja yang berjiwa moden yang mampu
mendatangkan perubahan serta pemodenan kepada negara seperti Raja Meiji di Jepun dan
Raja Mongkut dan Raja Clulalongkorn di negara Thai (K. Ramanathan, 2003 : 381). Oleh
kerana mempunyai pemerintah yang berwibawa Thailand merupakan negara yang tidak pernah
dijajah di dunia ini.

Selain itu, oleh kerana mempunyai kawasan empayar yang luas seperti empayar yang
pernah wujud pada zaman-zaman silam seperti Mesir, Parsi dan sebagainya, ramai ahli
antropologi telah menyifatkan bahawa sistem monarki merupakan sistem yang paling berkesan
untuk memerintah kawasan yang begitu luas kerana mempunyai daya ketahanan untuk
memerintah dalam jarak jangka masa yang lama (K. Ramanathan, 1988 : 159) . Oleh yang
demikian peluang ini membolehkan mereka menakluk negara-negara lain untuk meluaskan
tanah jajahan. Selain itu, pemberontakkan yang jarang akan berlaku menyebabkan raja pada
sistem monarki mampu memerintahkan sebuah negara yang luas.

Selain itu, pemerintahan melalui sistem monarki juga mampu memberi keadilan kepada
rakyatnya dan mengelakkan golongan yang kaya atau kuat menindas golongan yang miskin
dan lemah. Hal ini kerana raja yang bersikap adil pasti akan menyeru rakyatnya supaya tidak
menindas orang lain. Oleh kerana akur terhadap perintah raja, amalan menindas dikalangan
rakyat boleh dielakkan.
7
2.4 KELEMAHAN

Setiap corak pemerintahan pasti mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Hal ini kerana
fitrah manusia tidak mampu untuk mencipta sesuatu yang sempurna pada keseluruhannya.
Oleh kerana sentiasa dibendung oleh sifat-sifat yang buruk seperti tamak, sering lupa diri dan
sebagainya menjadikan manusia kerap-kali melakukan kesilapan yang mengundang padah.
Begitu juga dengan sistem ini. Jika diteliti dengan lebih mendalam, banyak kelemahan-
kelemahan sistem ini telah pun dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah.

Antara kelemahan sistem ini ialah, negara yang diperintah oleh raja yang tidak cekap
menyebabkan negara mudah ditakluki oleh orang asing (K. Ramanathan, 2003 :381 ). Hal ini
kerana sistem monarki menjadikan seorang raja merupakan imej kepada sesebuah negara.
Jika raja tersebut tidak berwibawa dan tidak cekap dalam mempertahankan negara contohnya
lemah dari segi perancangan kemajuan dan kurang teknik peperangan menyebabkan negara
lebih mudah ditakluki, contohnya ialah perkara yang berlaku keatas raja-raja di tanah melayu.
Oleh kerana tamakkan kuasa menyebabkan negara tergadai dan jatuh ketangan pihak british.

Antara ciri-ciri sistem monarki ialah raja berkuasa mutlak. Kebiasaannya raja yang
berkuasa mutlak lebih cenderung untuk bersifat zalim dan melaksanakan pemerintahan kuku
besi dan mendatangkan beban kepada rakyat (K. Ramanathan, 381 ). Hal ini kerana tiada
pihak yang akan menentang beliau. Rakyat harus tunduk kepada perintah raja. Walaupun raja
mungkin kejam, bagainda harus dipatuhi dan hanya tuhan sahaja yang mampu mencabut atau
menarik jawatan beliau sebagai raja (K. Ramanathan, 2003 : 378). Oleh yang demikian raja
dengan sewenang-wenangnya menjalankan pemerintahan yang kejam tanpa perlu rasa
bimbang ada pihak yang akan menggulingkan kuasa dan sebagainya. Akan tetapi jika masalah
penggulingan takta berlaku, pemerintahan secara tirani tetap juga akan berlaku kepada ingin
memaksa segelintir penyokong raja yang lama untuk taat kepada raja yang baru. Hal ini
mengapa Aristotle menggariskan bawaha sistem pemerintahan ini adalah tidak stabil (K.
Ramanathan, 1988 : 160).

Dibawah pimpinan raja yang tidak adil juga mampu mendatangkan risiko kepada golongan
miskin untuk ditindas oleh golongan yang kaya. Sewaktu pada masa dahulu, amalan memberi
hadiah kepada raja sangat kerap dan menjadi perkara biasa. Dalam konteks sekarang kita
melihat amalan ini sebagai rasuah. Jika golongan bangsawan menindas golongan yang miskin
seperti memaksa menjadi hamba akibat tidak dapat melunaskan hutang dan sebagainya,

8
mereka tidak perlu takut terhadap kemurkaan atau hukuman dari raja kerana raja yang tidak
adil sedah pasti memilih untuk menerima sogokan daripada menerima aduan rakyat.

Selain itu, corak pemerintahan sistem monarki juga tidak mampu untuk mengecap
peredaran arus masa dan kemodenan. Hal ini kerana kemajuan teknologi samada dari segi
ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya menjadikan seseorang individu lebih berfikiran
secara kreatif dan kurang percaya terhadap perkara-perkara mistik seperti raja mempunyai
hubungan dengan tuhan atau memiliki kuasa ghaib dan sebagainya. Oleh yang demikian rakyat
mula bangkit mempersoalkan sistem pemerintahan yang kuno dan institusi ini mula tergugat
dan mendapat tentangan. Buktinya Perancis telah menamatkan institusi beraja di Eropah.
Selain itu pemberontakkan yang telah dilakukan oleh Bolshevik pada tahun 1919 telah
menamatkan sistem raja mutlak di Rusia yang telah mencapai hingga abad ke-20. (K.
Ramanathan, 1988 : 161)

3.0 SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI

3.1 DEFINISI

Demokrasi berasal daripada perkataan latin iaitu “demos” yang membawa rakyat dan perkataan
“kratos” yang membawa maksud kuasa-kuasa di tangan rakyat (K. Ramanathan, 1988 : 22 ).

9
Kuasa ditangan rakyat ini membawa maksud bahawa rakyat terlibat secara langsung dalam
sistem pemerintahan. Hal ini boleh dilihat sebagai bertentangan kepada sistem monarki hanya
raja sahaja yang mengawal pemerintahan sesuatu negara. Selain itu juga terdapat juga
pengarang-pengarang sains politik yang lain mendefinisikan “krastos” sebagai pemerintahan
( Hasnah hussain, Mardiana Nordin, 2007 : 164 ). Dengan ini kita dapat mentakrifkan bahawa
bahawa sistem demokrasi adalah satu sistem pemerintahan dimana rakyat boleh
mengekemukan pendapat dan kehendak mereka tanpa menghadapi sebarang sekatan dari
pihak pemerintah.

Bagi mengukuhkan lagi pendapat ini Abraham Lincoln telah mengatakan bahawa
demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat. Selain itu James
Bruce juga telah mendefinisikan bahawa demokrasi adalah satu corak pemerintahan (.K.
Ramanathan, 2003 : 415) Namun demokrasi bukan sahaja satu amalan pemerintahan, ia juga
dapat diertikan sebagai satu amalan kehidupan masyarakat (K. Ramanathan, 2003 : 415).
Berdasarkan definisi beliau saya dapat mengketangahkan bahawa di dalam sistem demokrasi
mempunyai sifat tidak merendahkan orang lain, bebas serta mempunyai semangat bekerja
yang tinggi.

Konsep demokrasi telah diasaskan oleh kerajaan Greek purba pada abad ke-4 sebelum
masihi. Di antara negeri-negari kecil di Greece, Athens merupakan sebuah negeri yang sering
menjadi tumpuan cendiakawan-cendekiawan politik seperti Socrates, Plato, Aristotle dan juga
Pericles (K. Ramanathan, 1988 : 22). Tokoh-tokoh inilah yang banyak bertanggujawab dalam
mengembangkan sistem demokrasi iaitu satu corak pemerintahan dimana mengutamakan
rakyat jelata bukan raja. Sejarah telah menunjukkan bahawa sebelum wujudnya konsep ini,
beberapa negara pada awal tamadun dunia telah mengamalkan sistem pemerintahan monarki
ataupun sistem pemerintahan beraja, namun pada zaman Renaissance iaitu sekitar 1400-1600
T.M konnsep demokrasi telah diamalkan semula memandangkan sistem monarki lebih bersifat
menindas ( Hasnah hussain, Mardiana Nordin, 2007 : 164).

Kerajaan rakyat tidak bermaksud bahawa rakyat yang memerintah negara dan negara
ini tidak mempunyai badan pemerintahan yang khusus. Istilah kerajaan rakyat ini membawa
maksud bahawa rakyat mempunyai hak dan membolehkan mereka memilih sendiri pemimpin
yang mereka mahukan dikalangan mereka. Selain itu, rakyat juga mempunyai hak untuk
menentukan bentuk dasar pemerintahan yang mereka inginkan serta menentukan siapa yang
harus memerintah. Lazimnya perkara ini dianggap rumit kerana calon yang disuarakan rakyat

10
mungkin melebihi daripada seorang dan jika satu medan yang betul untuk menentukan
pemerintah boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pihak lain. Oleh yang
demikian biasanya undian akan dilakukan bagi menentukan siapakah memerintah negara itu
dan terlibat sebagai pengundi adalah kesemua rakyat negara itu sendiri tidak kira golongan
majoriti ataupun golongan minoriti.

Demokrasi juga merupakan salah satu sistem pemerintahan yang sentiasa boleh
diamalkan walaupun perubahan masa dan teknologi berlaku. Tokoh-tokoh lain seperti Robert
A.dahl telah mentakrifkan demokrasi pada hari ini sebagai satu sistem politik yang memberi
peluang kepada rakyat jelata membuat keputusan-keputusan secara umum (K. Ramanathan,
1988 :23 ). J.W Garner pula berpendapat bahawa demokrasi beerti pemerintahan yang mirip
kepada perwakilan (K. Ramanathan, 1988 : 24 ). Pegawai-pegawai serta agen-agen
pemerintahan dipilih daripada pengundi secara langsung dan mereka haruslah menjalankan
apa yang telah dikehendaki berdasarkan apa yang dikehendaki oleh pemilih tadi. Selain itu R.M
Maclver juga berpendapat bahawa demokrasi sekaran bukannya rakyat memerintah tetapi
rakyat akan mengawal pemerintah dengan cara membuat tunjuk perasaan secara berterusan
melalui pilihanranya (K. Ramanathan, 1988 :24). Oleh yang demikian jelaslah bahawa
demokrasi adalah satu sistem pemerintahan yang mendengar suara rakyat dala menjalankan
pentadbiran negaranya.

3.2 CIRI-CIRI

Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi yang pertama ialah pemerintahan secara perwakilan
(K. Ramanathan, 1988 :24). Perwakilannya ini biasanya dilipih oleh rakyat melalui undian.
Tujuannya badan perwakilan dilantik sebagai pihak yang menguruskan pemerintahan adalah
untuk mencapai keptusan yang muktamad tentang soal-soal pokok serta dasar-dasar awam

11
sesebuah masyarakat (K. Ramanathan, 1988 :25). Pada hari ini penggunaan sistem ini adalah
secara yang berkesan kerana biasanya perwakilan yang dilantik adalah ramai. Oleh yang
demikian mereka akan berbincang sesama mereka demi mendapatkan keputusan yang ideal
dan bertepatan dengan kehendak rakyat jelata. Selain itu, perwakilan ini juga
bertanggungjawab menjadi saluran kepada rakyat untuk menyampaikan suara dan kehendak
kepada pemerintah negara.

Ciri demokrasi yang kedua pula ialah menjalankan proses pilihanraya dan pemerintahan
majority. Demokrasi juga menekankan supaya wakil-wakil rakyat mestilah dipilih secara terbuka
berdasarkan kelayakan dan peraturan pencalonan.( K. Ramanathan, 1988 :25 ). Oleh yang
demikian rakyat haruslah memilih calon yang betul-betul berkaliber sewaktu mencabut undi bagi
mengelakkan berlakunya masalah dalam masalah pentadiran. Plato telah menekankan
kepentingan rakyat memiliki ilmu dalam sistem demokrasi. Hal ini kerana pada pandangan
beliau rakyat yang kurang ilmu pemgetahuan mungkin akan diperalatkan oleh orang yang
pandai berpidato, tetapi tidak amanah dan tidak bertanggunjawab. Beliau juga menasihatkan
supaya rakyat berhati-hati dalam mengamalkan demokrasi yang memungkinkan pemilihan
pemimpin tidak setia kepada kepentingan bersama negara.( K. Ramanathan, 2003 : 416). Ini
menunjukkan bahawa semua hal harus diselesaikan melalui undi. Semua orang mempunyai
hak yang sama iaitu berpegang pada satu undi.

Ciri sistem demokrasi yang ketiga pula ialah pengiktirafan kebebasan minoriti. Dalam
sistem ini golongan minoriti yang mempunyai syarat yang cukup sebagai pengundi mempunyai
hak untuk bersuara dan memilih calon yang mereka mahukan tanpa dikenakan sekatan
ataupun syarat daripada pemerintah negara. Hal ini kerana aspek utama yang dinilai dalam
sistem ini ialah jaminan hak-hak asasi golongan minoriti dan majoriti (K. Ramanathan, 1988 :
26). Dasar yang dibuat oleh kerajaan ialah dasar yang menepati dengan kehendak rakyatnya.
Apabila dasar atau keputusan yang dibuat, keputusan itu adalah keputusan kolektif dan pihak
minoriti tetap diberi peluang dengan berdasarkan kepada semangat kebebasan dan
kesaksamaan ( Katri Kamsona Kibat, 1986 : 77). Oleh yang demikian peristiwa seperti
penindasan terhadap sesetengah golongan seakan-akan tidak wujud andainya sesebuah
negara mengamalkan dan tidak mencemarkan sistem ini.

Ciri sistem pemerintahan demokrasi yang keempat ialah mengamalkan persamaan


(equality) terdapat rakyatnya (K. Ramanathan, 1988 : 27). Terdapat pelbagai persamaan yang
diamalkan boleh dilihat iaitu persamaan dari segi undang-undang, peluang, persamaan dalam

12
pemilikan harta milik dan persamaan perlakuan. Persamaan dalam undang-undang bermaksud
seorang itu mempunyai taraf yang sama dari segi undang-undang. Walaupun berasal daripada
golongan keluarga yang berada tindakan undang-undang tetap juga akan diambil andainya
mereka melakukan kesalahan. Ini menunjukkan sistem ini tidak mengelaskan individu mengikut
kelas-kelas sosial dari segi undang-undang. Persamaan peluang pula dirujuk kepada
kebenaran atau kebolehan rakyatnya dalam menggunakan kemudahan awam yang disediakan
oleh kerajaan. Contohnya penggunaan pejabat pos dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga tokoh-tokoh politik lain seperti Raymond Gattles
membincangkan tentang ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi ini. Antara perkara yang
digariskan oleh beliau ialah bentuk pemerintahan yang didokong oleh persetujuan umum iaitu
disokong rakyat. Walaupun sistem ini memilih pemerintah melalui sistem pilihanraya, pihak
yang kalah biasanya akan terus dibenarkan untuk bertanding pada masa-masa akan datang
kerana sistem ini membenarkan kebebasan dalam berpolitik. Lazimnya penyokong-penyokong
pihak atau parti yang kalah tetap akan menerima dasar dan dilaksanakan oleh pemerintah yang
memenangi pililhanraya. Contohnya walaupun menyokong parti pembangkang, individu
tersebut tetap akan membayar cukai kepada kerajaan mengikut piawai yang telah ditetapkan.
Selain itu, antara perkara lain yang telah digariskan oleh Rayamond ialah pembuatan dasar
awam oleh wakil rakyat yang dipilih menerusi proses pilihanraya, ketua negara atau ketua
kerajaan dipilih secara langsung atau tidak langsung melalui proses pemilihan umum, hak
memilih secara langsung diberikan kepada rakyat jelata atas dasar keselamataan dan jabatan-
jabatan serta tugas pemerintahan negara dipegang oleh pegawai yang dilantik berdasarkan
kelayakkan daripada semua golongan rakyat ( Mustafa Ishak dan Afifi abdul Razak, 2006 : 108)

Antara pandangan tokoh lain seperti Alan R.ball pula telah menyenaraikan tujuh ciri-ciri
sistem politik demokrasi iaitu terdapat banyak atau lebih daripada satu parti politik yang
bersaing untuk mendapatkan kuasa politik, persaingan kuasa ini berjalan secara terbuka dan
bukan secara rahsia, dan ianya berdasarkan peraturan-peraturan yang sejagat dan termaktub.
Selain itu kemasukan dan rekutmen ke dalam arena dan kedudukan politik adalah terbuka.
Terdapat pilihanraya dari masa ke semasa yang berlandaskan penyertaan yang sejagat. Dalam
sistem ini juga kumpulan-kumpulan pendesak bebas bergerak untuk mempengaruhi keputusan
kerajaan. Persatuan-persatuan seperti kesatuan pekerja dan persatuan-persatuan sukarela
tidak dikongkong oleh kerajaan. Sistem ini juga membenarkan kebebasan sivil seperti
kebebasan beragama dan kebebasan daripada ditahan secara sembarangan diiktiraf dan
dilindungi. Perkara ini menuntut wujudnya kebebasan yang agak luas bagi media massa seperti
13
akhbar, televisyen dan radio. Akhir sekali beliau menyenaraikan bahawa terdapat pemisahan
kuasa iaitu dewan perwakilan rakyat mempunyai kuasa untuk mengawal eksekutif dan adan
kehakiman pula bebas daripada kedua-duanya (Mustafa Ishak dan Afifi abdul Razak, 2006 :
108 ).

3.3 KEKUATAN

Sistem demokrasi merupakan salah-satu sistem pemerintahan yang telah lama diasaskan dan
masih lagi digunapakai sehingga ke hari ini. Hal ini kerana sistem ini mempunyai banyak
kekuatan dan kelebihan sehingga sistem ini masih lagi diterima dan dianggap ideal untuk
digunakan walaupun dunia telah mengalami urbanisasi dan pemodenan.

Kekuatan sistem demokrasi yang pertama ialah sistem ini banyak memberi perhatian
kepada rakyat biasa. Seperti yang kita tahu, sistem ini tidak memerlukan seseorang itu
mempunyai darah atau kelas sosial yang tinggi untuk menjadi pemerintah dan perkara ini
menyebabkan sesiapa sahaja mampu menjadi pemerintah asalkan beliau mendapat sokongan
daripada rakyat jelata. Pada zaman pemerintahan Kota Greek dan Rom, rakyat lelaki yang telah
dewasa biasanya akan mengadakan perhimpunan sekerap mungkin untuk berbincang atau
berdebat mengenai urusan pentadbiran kerajaan mereka( Katri Kamsona Kibat, 1986 : 79).
Perkara ini dilihat sebagai satu keterbukaan dalam sistem ini yang tidak terdapat dalam sistem
pemerintahan yang lain.

Kekuatan yang kedua pula ialah demokrasi berasaskan atas prinsip kesamaan (K.
Ramanathan, 2003 : 447). Dalam pentadbiran demokrasi semua rakyat dianggap mempunyai
hak yang sama dan berhak menikmati apa juga perkhidwatan awam yang disediakan kerajaan.
Demokrasi juga menolak pendapat bahawa sesetengah individu dilahirkan untuk menjadi
hamba dan kaum elit sahaja yang berhak menikmati kebebasan. Perkara ini dilihat sebagai
kekuatan kerana penerimaan semua pihak dalam proses pentadbiran mampu meningkatkan
keyakinan diri dan dapat mengelakkan perasaan bangga individu terhadap kaum dan
keturunannya. Perkara ini juga dapat dilihat bahawa sistem demokrasi menolak unsur-unsur
penindasan.

Kekuatan sistem demokrasi seterusnya ialah memberikan hak untuk memilih


pemerintahan (K. Ramanathan, 2003 : 448). Rakyat berhak memilih sesiapa sahaja yang
mereka rasakan mampu untuk mentadbir mereka. Selain itu perkaran ini dilihat sebagai
kekuatan apabila kuasa rakyat mampu memulihkan sistem pentadbiran yang semakin pincang.

14
Hal ini kerana jika rakyat merasakan pemimpin yang sedia ada tidak mampu memberi jaminan
lagi terhadap keselamatan negara ataupun gagal memenuhi permintaan rakyat, pilihanraya
boleh dijalakan dan mereka bebas memilih pentadbir baru tanpa perlu risau akan keselamatan
mereka akan digugat oleh bekas pemerintah lama kerana tidak melantik wakil yang sedia ada
untuk menerajui kerajaan. Oleh yang demikian perkara ini dilihat mampu menjadi teguran atau
peringatan kepada setiap pemerintah di negara demokrasi agar tidak leka dan menjalankan
pentabiran negara dengan penuh dedikasi dan bertanggunjawab. Sejarah juga telah
membuktikan bahawa negara yang diperintah oleh seorang pemerintah banyak menimbulkan
masalah dan penindasan dari segi mental dan fizikal terhadap rakyatnya.

Sistem demokrasi juga mampu menggalakan pembangunan diri rakyatnya (K.


Ramanathan, 2003 : 449). Hal ini kerana sistem ini lebih mengkehendaki rakyatnya agar
memajukan diri dalam bidang ilmu. Perkara ini pernah diluahkan plato kerana pada pandangan
beliau rakyat yang cerdik akal biasanyanya mampu membuat pertimbangan yang bijak sewaktu
memilih calon-calon yang mengundi demi memastikan pilihan rakyat tidak salah (K.
Ramanathan, 2003 : 416). Selain itu kebebasan yang diberikan oleh sistem ini dalam
bepersatuan, kebebasan media menyiarkan berita menyebabkan rakyat lebih aktif dan
berfikiran terbuka. Dalam hal ini seorang rakyat yang mempunyai daya pemikiran kreatif dan
kritif dapat dilahirkan melalui sistem demokrasi ini. Buktinya, kebanyakkan tokoh-tokoh politik
yang menyokong dan mengembangkan ideologi demokrasi terdiri daripada cendiakawan-
cendekiawan yang disegani dan hasil karya mereka masi lagi dijadikan sebagai rujukan dalam
sistem pembelajaran sehingga ke hari ini.

Demokrasi juga dilihat sebagai sebuah atau satu sistem pemerintahan yang mampu
membaiki taraf hidup manusia (K. Ramanathan, 2003 : 450). Hal ini kerana unsur kebebasan
yang diberikan memperi peluang kepada golongan bawahan atau kurang berkemampuan
dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Pengetahuan asas dalam kehidupan ini akan
digunakan untuk memajukan taraf hidup masing-masing. Tamahan lagi, unsur kapitasilme yang
menggalakkan rakyatnya bersaing dan menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha
dan bekerja kuat dalam mengejar kemewahan menyebabkan rakyat di negara demokrasi lebih
berusaha keras dan mempunyai pemikiran yang lebih kreatif. Dengan pemikiran dan faktor
seperti ini rakyat tidak menjadi seorang yang seakan-akan katak dibawah tempurung dan
sentiasa berusaha gigih memajukan dirinya untuk membaiki kehidupan masing-masing.

15
Secara tidak langsung, unsur kebebasan dalam memilih pemimpin dilihat dapat
meningkatkan lagi semangat seseorang sentiasa mengingatkan orang lain akan tanggungjawab
yang dipikul (.K. Ramanathan, 2003 : 450) Hal ini kerana melalui sistem ini rakyat sentiasa
mempunyai hak untuk menukarkan kerajaan yang lama dengan kerajaan yang baru andai
kerajaan lama dilihat tidak produktif dalam urusan kerja. Hal ini merupakan salah-satu teguran
atau cara bagaimana sistem ini memastikan seseorang pemerintah tidak leka dan ingat akan
tanggungjawabnya. Oleh itu, pemerintah tidak akan membuat kerja secara sambil-lewa kerana
bimbang kedudukannya akan diganti oleh orang lain. Tamabahan pula, pertukaran kerajaan
boleh dilakukan secara aman dan tidak memerlukan kekerasan lebih mengingatkan lagi pihak
pemerintah supaya sentiasa menjalankan tanggunjawab secara efektif.

Demokrasi juga mampu mengalakkan semangat bekerjasama melalui penyatupaduan


rakyat (K. Ramanathan, 2003 : 451). Perkara ini dapat dilihat apabila sesuatu negara itu
mempunyai penduduk yang berbilang kaum serta pelbagai agama. Contohnya ialah negara
Malaysia, walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum, mereka lazimnya akan
bekerjasama sewaktu mengundi untuk memilih calon yang mereka suka. Bagi parti politik pula,
kerjasama yang erat amatlah perlu dalam memastikan parti politik sentiasa mendapat sokongan
daripada rakyat. Keputusan yang dibuat secara beramai-ramai dalam menyelesaikan masalah
adalah lebih baik berbanding keputusan yang dibuat oleh perseorangan. Oleh yang demikian
kita dapat melihat kerjasama boleh terbentuk daripada kedua-dua pihak, rakyat bekerjasama
dalam memilih pemerintah manakala pemerintah pula akan saling bekerjsama dalam
menyediakan sebuah negara yang baik untuk rakyat.

Akhir sekali sistem demokrasi mampu mendatangkan perubahan sosial, politik dan
ekonomi terhadap sesuatu negara (K. Ramanathan, 2003 : 452). Untuk mendapatkan sokongan
yang berterusan daripada rakyat pemerintah akan berusaha membuat dasar-dasar kerajaan
yang mampu meningkatkan pendapatan ekonomi negara. Contohnya pembukaan kilang-kilang
dan pembangunan yang dijalankan akan membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada
rakyatnya. Dengan ini masalah sosial seperti pengganguran dapat dielakkan dan taraf hidup
rakyat semakin meningkat.

3.4 KELEMAHAN

Sama seperti pemrintahan jenis monarki, sistem demokrasi juga mempunyai kelemahannya
yang tersendiri. Kelemahan ini mungkin berpunca daripada pemberian unsur kebebasan yang
melampau atau sebagainya. Selain itu, memiliki rakyat yang terlalu ramai menyukarkan pihak
16
pemerintah untuk memenuhi segala yang dikehendaki rakyat (K. Ramanathan, 2003). Perkara
ini menjadikan sistem pemerintahan ini lebih kompleks.

Kelemahan sistem pemerintahan demokrasi yang pertama ialah pemerintahan ini


memudahkan proses perebutan kuasa berlaku dengan sewenang-wenangnya (K. Ramanathan,
2003 : 453). Oleh kerana rakyat berhak memilih pemerintah yang menjadi pilihan mereka,
masalah perubutan kuasa akan sering berlaku tanpa melihat dulu kemampuan yang kerajaan
sedia-ada miliki. Contohnya ialah jika rakyat melihat pergerakkan negara mundur dari segi
ekonomi atau sebagainya, mereka akan cenderung untuk memilih kerajaan yang baru walhal
kemunduran itu disebabkan kemerosotan ekonomi dunia dan sebagainya.

Selain itu juga pemerintahan secara demokrasi boleh juga berlaku sikap lepas tangan
terhadap masalah rakyat oleh pmerintah (K. Ramanathan, 2003 : 453). Hal ini kerana parti yang
menang biasanya mempunyai ponyokong yang ramai dan fenomena politik yang berlaku ialah
rakyat biasanya akan setia pada parti tersebut. Oleh kerana menyedari perkara tersebut,
kerajaan akan bertindak mengabaikan suara penyokong parti pembangkang dan perkara ini
juga dilihat sudah menyeleweng daripada konsep demokrasi. Selain itu juga, masalah rasuah
juga lebih cenderung berlaku dalam sistem demokrasi contohnya rasuah untuk mendapatkan
undi dan sebagainya. Perkara-perkara seperti inilah yang menyebabkan pemerintah lama-
kelamaan akan bersikap lepas tangan terhadap kerja dan pada masa yang sama kepentingan
rakyat mula diketepikan.

Sistem undian dalam pemerintahan demokrasi juga boleh menyebabkan pemimpin yang
terpilih adalah pemimpin yang kurang pakar dalam pentadbiran (K. Ramanathan, 2003 : 454) .
Hal ini mungkin disebabkan rakyat telah termakan dengan propaganda-propaganda parti
sehingga mereka bersetujua membuang undi memilih pemimpin yang kurang pakar. Negara
yang diteruji pemimpin yang kurang pakar akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam
sistem politik dan pentadbiran. Hal ini mampu membuatkan sebuah negara yang maju jatuh
mundur menjadi negara yang miskin. Selain itu, keselamatan negara dan rakyat dan negara
terancam kerana mungkin boleh ditawan oleh negara-negara lain yang lebih kuat dari segi
kuasa ketenteraan dan ekonominya.

Pemerintahan secara demokrasi juga mungkin akan meyebabkan sebuah negara


mengalami masalah ketidakstabilan politik ekoran daripada kerap kali berlakunya pertukaran
kerajaan (K. Ramanathan, 2003 : 454). Seperti yang telah didedahkan, rakyat berhak memilih
kerajaan atau pemimpin yang mereka perlukan dan pertukaran kerajaan tidak memerlukan
17
rampasan kuasa dan sebagainya. Kerajaan yang baru pastinya akan muncul dengan idea-idea
dan dasar yang baru. Hal ini kerana setiap parti mesti memenuhi segala janji dan propaganda
yang telah dibuat untuk mendapatkan kepercayaan rakyat. Dasar yang baru mula dilaksanakan
walhal dasar pemerintah yang lama masih lagi belum mencapai objektifnya. Kadang-kala dasar
yang dibuat menelan belanja yang agak besar dan perkara ini dilihat sangat merugikan
terutama jika dasar kerajaan yang lama memerlukan sedikit sahaja masa untuk berjaya dan
mencapai sasaran objektif yang telah disasarkan. Hasilnya masalah ketidakstabilan politik akan
berlaku kerana lain acuan lain kuihnya dan kerajaan yang sepatutnya menjadi imej sesebuah
negara dilihat tidak tetap dan berubah-ubah.

Antara kelemahan sistem pemerintahan demokrasi yang adalah berlaku juga masalah
ketidaksamaan hak sosial yang diagihkan kepada rakyat (K. Ramanathan, 2003 : 455). Hal ini
berlaku akibat daripada pembentukan parti politik yang juga berasaskan kaum. Jika parti itu
menang, pemerintah lebih cenderung untuk menjaga kepentingan kaum mereka kerana hendak
memastikan kepercayaan dan taat setia penyokong terhadap parti itu. Contohnya ialah
walaupun Malaysia merupakan negara yang majmuk hak dalam mendapatkan pendidikan di
peringkat tinggi adalah dilihat tidak adil ekoran daripada kuota-kuota yang telah digariskan oleh
pemerintah.

Amalan demokrasi juga dilihat sebagai satu sistem yang lebih memihak kepada
golongan yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan tinggi (K. Ramanathan, 2003 : 455).
Hal ini kerana masayarakat pada zaman moden ini lebih cenderung untuk melihat kepada
kebendaan dan dimikili seseorang dalam menentukan calon untuk memerintah. Calon yang
kaya-raya juga lebih cenderung untuk mengamalkan politik yang tidak sihat dengan
menggunakan wang ringgit dalam meraih undi. Jika individu yang seperti ini mendapat
sokongan dan menjadi pemerintah, ternyata pentadbiran yang akan dilakukan juga korupsi
kerana mempunyai nilai moral yang kurang baik. Dengan ini bagaimana negara ini akan
diperintah secara adil dan saksama jika mempunyai seorang pemimpin yang kurang kesedaran
sivik dan ternyata orang yang tidak layak juga mampu mentadbir dalam sistem pemerintahan
demokrasi.

Selain itu juga sistem demokrasi juga dilihat sebagai satu sistem pemerintahan yang
kurang berkesan untuk diamalkan dinegara yang mempunyai krisis kerana lazimnya keputusan
negara kerana setiap keputusan akan dibincangkan dan diperdebatkan terlebih dahulu dan
biasanya memakan masa yang agak lama.

18
4.0 SISTEM PEMERINTAHAN TOTALITARIAN

4.1 DEFINISI

Sistem totalitarian merupakan satu bentuk pemerintahan yang memegang setiap pergerakan,
fikiran dan aktiviti rakyatnya. Di dalam sistem ini hanya terdapat satu sahaja parti politik yang
berkuasa untuk memerintah dan kuasa parti ini merangkumi beberapa aspek yang menyeluruh
seperti politik, ketenteraan dan kehakiman (K. Ramanathan, 1988 : 227). Menurut sejarah
sebelum tahun 1930 pemerintahan toliter tidak pernah wujud dan mula bertapak di Itali, Jerman
dan Rusia pada awal abad ke-20. Tokoh yang dikatakan mengasaskan ideologi totalitarian ialah
Benito Mussolini yang memerintah Itali pada tahun 1925 (K. Ramanathan, 2003 : 381). Perkara
ini telah disokong didalam Jurnal Contemporary Review keluaran April 1928 yang menyebut
kerajaan fasis Mussolini di Itali yang menolak fungsinya sebagai satu rejim toliter dan menyertai
lapangan pengundian setara lawannya (K. Ramanathan, 1988 : 227).

Terdapat juga penulis dan pengkaji terkenal seperti Carl Friedrich dan Zbigniew K.
Brzezinski telah mendefinisikan toliter sebagai satu sindrom yang mempunyai enam perkara
yang saling berkaitan. Antara elemen-elemen yang berikut adalah (K. Ramanathan,1988:288) :

I. Satu parti massa yang lazimnya dipimpin oleh seorang pemimpin yang bersifat
karismatik.

II. Satu ideologi rasmi yang menyeluruh, iaitu yang merangkumi segala aspek
penghidupan manusia.

III. Pengawasan alat-alat sebaran am agar mereka tidak menyeleweng dari hasrat
pemimpin dan hanya menyebarkan ideology rasmi.

IV. Ekonomi yang dipimpin dari pusat. Pengawalan yang diadakan mempunyai dua
matlamat. Yang pertama untuk membolehkan negara menjadi kuat dan berkuasa agar
setiap keperluan sama ada berbentuk senjata, perjalanan industri dan lain-lain dapat
dikawal. Kedua ekonomi yang terpimpin digunakan sebagai alat menguruskan hal-hal
politik. Ini bererti rakyat boleh dikerah untuk memajukan kawasan yang tidak
berpenduduk dan untuk meningkatkan pengeluaran dalam sektor-sektor tertentu.

V. Pengawalan senjata dan hanya pemerintah dan orang tertentu sahaja yang dibenarkan
memiliki senjata.

19
VI. Polis digunakan bagi menyekat kegiatan rakyat yang tidak disahkan. Terdapat institusi
polis rahsia yang menggunakan paksaan dan penindasan bagi memastikan bahawa
ketaatan rakyat tidak berbelah bagi. Institusi polis rahsia bertindak di luar undang-
undang negara dan bertindak mengurung orang-orang yang disyaki bersalah tanpa
dihadapkan ke mahkamah.

Negara-negara Komunis yang menggunakan sistem pemerintahan toliter sering


menolak pengelasan ini kerana menganggap konsep toliter ini digunakan ke atas mereka
semata-mata sebagai satu gelaran mencemar (K. Ramanathan, 1988 : 299 ). Mungkin perkara
ini dinafikan bagi menjaga hati rakyatnya daripada terus menumpahkankesetian kerana
kebiasaannya konsep yang diamalkan totalitarian dilihat lebih mengokong seseorang itu.
Namun begitu, mereka tetap teguh dengan pendirian dan percaya bahawa pengawasan yang
menyeluruh perlu dan perkara ini tidak patut dipersoalkan (K. Ramanathan, 1988 : 229).

Antara negara-negara yang telah terlibat dengan sistem pemerintahan totalitarian ialah
kerajaan Fasis di Itali sewaktu berada dibawah pemerintahan Mussolini bermula daripada tahun
1922 hingga 1943. Negara Jerman sewaktu berada di bawah pemerintahan Adolf Hitler (1933-
1945). Negara soviet union iaitu Rusia sewaktu di bawah pemerintahan Josef Stalin (1929-
1953). Republik rakyat China sewaktu di bawah pemerintahan Mao Zedong (1949-1976), Korea
Utara sejak dari tahun 1948 hingga ke hari ini, Kambodia (1976-1979) dan akhir sekali negara
Afghanistan sewaktu di bawah pemerintahan Taliban iaitu pada tahun 1955 hingga 2001 (K.
Ramanathan, 2003 : 382).

4.2 CIRI-CIRI

Sistem pemerintahan totalitarian mempunyai ciri-ciri pemerintahannya yang tersendiri.


Ciri-ciri yang pertama ialah ialah mempunyai ideologi yang universal (K. Ramanathan, 2003:
383). Ideologi seperti ini bertujuan untuk menyanjung kepentingan negara atau pemerintahan
sendiri sebagai unsur-unsur yang bakal meliputi dunia. Hal ini menampakkan bahawa mereka
lebih percaya bahawa sistem yang diamalkan mereka adalah sistem yang terbaik dan lama-
kelamaan dunia mula akan menyedari kelebihan sistem pemerintahan totalitarian dan sistem ini
akan digunapakai di setiap negara. Selain itu ideologi ini juga bertujuan untuk membentuk
semula masyarkat dunia seperti yang dibayangkan oleh penajanya dan akan melibatkan
20
kaedah-keadah politik yang inginkan kemegahan seseatu bangsa tertentu (K. Ramanathan,
1988: 230 ). Contohnya yang telah dipraktikkan oleh Hitler yang mengatakan bahawa darah
yang mengalir dalam bangsa Aryan adalah bangsa yang baik berbanding bangsa-bangsa lain.

Ciri-ciri sistem totalitarian yang kedua pula ialah penyertaan yang dipaksa dalam
lapangan politik (K. Ramanathan, 2003: 383 ). Sistem ini memaksa rakyatnya menyertai aktiviti-
aktiviti politik melalui organisai-organisasi yang telah ditubuhkan oleh kerajaan totalitarian.
Contohnya pilihanraya. Biasanya jentera-jentera pemerintahan seperti polis rahsia dan lain-lain
kelengkapan pemerintahan digunakan untuk mengawasi tingkah-laku rakyatnya supaya tidak
menyeleweng dari matlamat rasmi pemerintah (K. Ramanathan, 1988 : 230). Hal ini dibuktikan
apabila jumlah rakyat yang keluar mengundi adalah hampir seratus-peratus berbanding dengan
sistem lain iaitu hanya 40 hingga 80 peratus sahaja rakyat yang keluar pada hari pengundian.

Selain itu sistem totalitarian memberi tekanan ke atas kepada pertubuhan-pertubuhan


swasta yang ditubuhkan dalam negara itu (K. Ramanathan, 2003 : 384 ). Hal ini kerana
pemerintah sentiasa memastikan perkara-perkara yang boleh membangitkan isu penentangan
terhadap kerajaan dihapuskan sama sekali. Oleh yang demikian pertubuhan-pertubuhan swasta
yang tidak menepati matlamat rejim akan diharamkan atau disekat oleh kerajaan. Walaupun
perkara ini berlaku juga dalam sistem pemerintahan yang lain, namun rejim totalitarian sangat
berhati-hati dan pengharaman dijalankan secara menyeluruh dan ketat tanpa mengira
kepentingan keperluannya. Buktinya banyak penentangan atau kegiatan pembangkang oleh
pihak atau pertubuhan tertentu telah dijalankan di negara Rusia, China, Poland dan Jerman,
namun hasrat mereka tetap tidak berhasil kesan daripada sekatan yang kuat dari pemerintah.
( K. Ramanathan, 1988: 231)

Sistem totalitarian juga kerap-kali menggunakan kekerasan dalam pentadbiranya (K.


Ramanathan, 2003 : 384). Aktiviti kekerasan ini dijalankan dengan cara menubuhkan dan
menggunakan jentera-jentera pemerintahannya untuk menyekat dan membantutkan kumpulan
atau puak-puak yang didapati terlibat dalam menentang kerajaan. Bagi seorang pemimpin di
negara totalitarian, penggunaan kekerasaan dianggap wajar kerana aktiviti seperti inilah yang
mampu membuatkan rakyat tunduk dan patuh pada arahan kerajaan tanpa menyoal atau
meraguinya. Buktinya di jerman pusat-pusat penghapusan bangsa yahudi banak ditubuhkan
dan di rusia pulak menghapus golongan yang menentang Josef Stalin adalah perlu dan sah.( K.
Ramanathan, 1988: 231)

21
Corak pemerintahan sistem totalitarian berunsur tidak tetap (K. Ramanathan, 2003:
231). Hal ini kerana pendirian kerajaan yang sentiasa berubah-ubah dan menyebabkan haluan
dasar-dasar yang telah digubal tidak dapat dipastikan. Di negara Jerman Hitler merupakan
seorang penggubal undang-undang dan undang-undang yang digubal mengikut citarasa beliau
sewenang-wenangnya. Selain itu, beliau juga kerap kali menukar ganti pegawai-pegawai
kerajaan dan angkatan tenteranya. Lain pula yang berlaku di Rusia, Stalin merupakan seorang
pemimpin yang licik apabila menggunakan tindakan yang tidak tetap dalam dasar kerajaan bagi
mengeliru dan memerangkap pihak-pihak yang menentang beliau (K. Ramanathan, 2003: 384) .
Hal ini menampakkan sistem totalitarian, tidak mempunyai peraturan tertentu yang
membolehkan individu serta rakyat menjalankan kegiatannya. Hal ini kerana tiada sesiapa yang
mampu meramalkan keadaan yang akan berlaku pada masa akan datang. Hal ini akan
menimbulkan perasaan takut rakyat kepada kerajaan dan tidak sanggup diperangkap oleh
pemerintah mereka sendiri.

Ciri yang terakhir ialah mempunyai matlamat yang tunggal (K. Ramanathan, 2003 : 385).
Mengejar sesuatu matlamat yang telah dirangka oleh kerajaan adalah perlu dan segera
dijalankan walaupun kadang-kala terpaksa menggunkan sistem paksaan keatas rakyatnya
sendiri. Selain itu matlamt-matlamat lain negara dianggap tidak penting dan akan diketepikan
dengan serta-merta untuk merealisasikan matlamat yang tetap ini. Jika terdapat pihak yang
menentang dalam mengejar matlamat ini, pihak tersebut akan segera dikenakan sekatan
ataupun dihapuskan oleh kerajaan. Tindakan menghalang matlamat daripada tercapai dianggap
satu perkara yang tindakan yang salah dan cuba menjatuhkan kerajaan.

4.3 KEKUATAN

Walaupun sistem pemerintahan totalitarian sering dikaitkan dengan berlakunya unsur-unsur


penindasan, sistem pemerintahan jenis ini juga ternyata mempunyai kekuatannya yang
tersendiri yang tidak dimiliki oleh mana-mana sistem pemerintahan jenis lain.

Kekuatan sistem pemerintahan totalitarian yang pertama ialah mempunyai


pemerintahan yang cekap dan lebih terkawal. Corak totalitarian mempunyai persamaan dengan
negara yang mengamalkan corak pemerintahan berbentuk monarki kerana dalam negara
tersebut, hanya raja sahaja yang berhak untuk menggubal dasar dan menjalankan urusan
pentadbiran ataupun hanya pemerintah tunggal yang berkuasa. Hal ini dikatakan totalitarian

22
mampu mewujudkan suasana politik yang lebih terkawal kerana segala keputusan atau dasar
yang ingin dilaksanakan kerajaan boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu melalui berbagai-
bagai proses yang melambatkan dasar itu dilaksanakan. Lagipun kenyataan menunjukkan
bahawa rakyat sama sekali tidak akan membantu apa yang diusulkan kerana bimbang akan
dianggap sebagai pemberontak. Hal ini kerana totalitarian adalah satu bentuk pemerintahan
yang memegang setiap pergerakan, fikiran dan aktiviti rakyat (K. Ramanathan, 1988: 226).
Tambahan pula, sesiapa yang dilihat cuba untuk menghalang percubaan negara menuju
kepada matlamat tersebut akan disingkirkan atau dihapuskan dan tindakan menghalang atau
melambatkan keadaan juga dianggap sebagai tindakan yang haram (K. Ramanathan, 1988 :
232).

Kekuatan yang kedua pula ialah, tidak wujud persaingan parti politik yang lain dalam
sistem totalitarian. Hal ini kerana terdapat satu sahaja pihak yang memerintah negara tersebut.
Selain itu parti tunggal ini sahajalah yang terlibat dalam melaksanakan dasar-dasar negara dan
menentukan ideologi negara itu. Kekuatan yang dilihat disini ialah biasanya negara yang dilihat
mempunyai satu sahaja pihak yang memerintah akan bertukar kerajaan dalam jarak masa yang
panjang. Maksudnya jika saya adalah pemimpin di negara ini, kematian sahaja yang dapat
dilihat yang mampu membuatkan pemerintah yang baru akan naik. Kekuatannya disini mampu
menyediakan negara dengan perkara-perkara pembangunan yang teliti kerana mempunyai
pengalaman memerintah negara itu dengan masa yang panjang. Contoh yang dapat dilakukan
ialah, jika hasil negara itu kurang memberangsangkan, pembangunan boleh dijalankan secara
beransur-ansur dan perbelanjaan negara dapat dikawal. Oleh yang demikian masalah ekonomi
seperti inflasi dan tidak akan berlaku dan ekonomi negara berada dalam keadaan yang stabil
walaupun bersifat sederhana.

Selain itu juga, pemerintahan jenis totalitarian menyebabkan rakyat memberi ketaatan
sepenuhnya kepada pemerintah walaupun kadang-kala kerana terpaksa. Hal ini menunjukkan
bagi seorang pemerintah totalitarian mampu menyediakan negara untuk menghadapi apa juga
cabaran yang datang. Oleh kerana mengamalkan dasar diktator secara menyeluruh kerajaaan
mampu membuatkan rakyat mengikut perintah dalam masa yang singkat. Contohnya dalam
bidang ketenteraan. Apabila Adolf Hitler mula ingin menawan dunia dan melaksanakan
ideologinya bahawa bangsa Jerman sahaja bangsa yang bagus di dunia ini, beliau mula
menakluki negara-negara di sekitarnya. Kekuatan yang dikumpulkan melalui memperkuatkan
kuasa ketenteraan melalui penglibatan rakyat dilakukan dengan mudah dan hasilnya Jerman
menjadi sebuah negara yang digeruni kuasa-kuasa besar seperti Soviet, Amerika Syarikat dan
23
negara-negara lain pada waktu itu. Selain itu juga kerajaan yang mengamalkan totalitarian
dalam pentadbiran tidak perlu berdepan dengan pemberontakan yang dilakukan oleh mana-
mana pihak. Hal ini kerana mentaliti rakyat telah dididik untuk taat dan patuh dan tidak
menentang kerajaan. Perkara ini dianggap seperti mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
terhadap negara. Oleh yang demikian masalah-masalah dalaman negara seperti
pemberontakan berjaya dielakkan.

Kekuatan yang terakhir ialah sesuatu perubahan dapat dilaksanakan dengan cepat dan
pantas. Dalam negara yang bercorakkan totalitarian ini, segala keputusan ataupun dasar
negara adalah diputuskan oleh seorang pemimpin sahaja. Apa sahaja yang diputuskan oleh
mereka akan menjadi dasar ataupun ideologi negara. Oleh itu, segala perubahan yang ingin
dilaksanakan adalah dibawah tanggungjawab pemerintah itu sahaja. Jika ada perubahan yang
ingin dilakukan, pemerintah boleh terus sahaja melaksanakan dasar atau perubahan yang ingin
dilakukannya tanpa perlu mengambil kira persetujuan rakyat mahupun mengadakan
perbincangan dengan rakyat. Oleh itu, sebarang perubahan yang dilakukan adalah dalam
tempoh masa yang cepat dan tidak melibatkan banyak proses serta tidak melambatkan
sebarang urusan. Ini adalah amat berbeza dengan sistem pemerintahan yang bercorak
demokrasi kerana satu perubahan atau dasar yang ingin dibuat perlu melalui beberapa proses
yang merumitkan disamping mendapat persetujuan rakyat. Proses ini akan melambatkan satu-
satu proses perubahan yang ingin dilakukan.

4.4 KELEMAHAN

Tidak dapat disangkal lagi bahawa, sistem totalitarian mempunyai kelemahannya yang
tersendiri. Namun begitu, kelemahan-kelemahan yang dimiliki istem ini tidak menjadikan negara
totalitarian sebuah negara mundur atau miskin. Hal ini kerana sejarah telah membuktikan
bahawa negara yang masih mengamalkan totalitarian seperti Korea juga tergolong dalam
sebuah negara yang maju.

Kelemahan sistem totalitarian yang pertama ialah hak kebebesan yang dimiliki oleh
rakyat tidak terjamin dan kadang-kala dilihat sebagai seolah-olah tiada langsung istilah bebas.
Hal ini kerana bermula dari fizikal hinggalah ke mental rakyat di negara totalitarian dipengaruhi
oleh pemerintah negara. Rakyat juga tidak mempunyai hak kebebasan seperti hak kebebasan
24
untuk bersuara, berparti politik, mengunakan media massa dan membela diri. Rakyat tidak
bebas untuk menjalani kehidupan seperti yang mereka ingini dan mereka perlu mengikut segala
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perkara ini boleh menyebabkan rakyat mengalami
masalah kekurangan maklumat am dan kadang-kadang mampu menjadikan seseorang yang
dianggap sebagai katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui tentang dunia luar.
Berfikiran seperti ini adalah satu perkara yang menyedihkan bagi mereka yang hidup di zaman
globalisasi dan serba moden.

Kelemahan totalitarian yang kedua ialah kebajikan rakyat akan terabai. Ini kerana,
dalam corak pemerintahan totalitarian, pemerintah akan menjalankan pemerintahan yang hanya
menuju ke arah pencapaian matlamat mereka sendiri dan untuk memperolehi kepentingan diri
mereka sendiri. Ini secara tidak langsung menyebabkan hak-hak rakyat akan terabai apabila
pemerintah yang memerintah negara tersebut merupakan seorang yang kejam dan tidak
mempunyai perikemanusiaan. Oleh kerana takutkan dengan jentera-jentera pemerintah yang
sentiasa memerhati rakyat tidak berani bersuara walaupun hidup dalam keadaan yang makin
dihimpit dengan masalah kemiskinan.

Memerintah dengan cara kekerasan dan paksaan juga dilihat sebagai satu kelemahan
yang terdapat dalam sistem ini. Kebiasanya sesiapa sahaya yang dilihat mempunyai potensi
untuk menjatuhkan atau melambatkan dasar kerajaan akan dihukum atau dihapuskan dengan
segera. Dengan ini orang yang teraniaya tidak mempunyai peluang untuk membela diri sendiri
dan perkara ini amatlah menyedihkan. Bayangkan jikalau anda menjadi mangsa fitnah orang
lain dan anda tiadak mempunyai peluang untuk membela diri anda sendiri.

Kelemahan totalitarian yang terakhir ialah rakyat tidak diberikan hak dalam memilih
pemerintah mereka. Ini kerana dalam corak totalitarian, rakyat terpaksa akur dan tunduk
kepada pemerintah. Tambahan pula, negara totalitarian hanya wujud satu parti politik sahaja
dan tidak wujud pilihanraya. Ini memustahilkan rakyat untuk memilih pemerintah mereka kerana
kepelbagaian parti politik dan pilihanraya merupakan faktor utama supaya rakyat memilki hak
memilih pemerintah mereka. Ini mempunyai persamaan dengan corak monarki kerana monarki
juga hanya wujud pemerintah tunggal dan tidak wujud pilihanraya untuk rakyat memilih
pemerintah mereka. Akan tetapi, in berbeza dengan corak pemerintahan demokrasi. Ini kerana,
demokrasi memberikan hak untuk memilih pemerintahan. Proses pemilihan ini dilakukan dalam
proses pengundian melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya tersebut mereka akan mengundi

25
dan memilih wakil yang mereka sukai dan wakil tersebutlah yang akan mewakili mereka serta
menjalankan pemerintahan.

5.0 PERBANDINGAN

Banyak bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga sistem pemerintahan yang


pernah wujud sejak dari zaman dahulu sehinggalah ke hari ini. Kepentingan untuk mewujudkan
pemerintahan adalah lumrah kepada manusia kerana jika dilihat dari konteks agama itu sendiri
manusia dilhirkan untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini. perubahan masa dan keadaan
menyebabkan ketiga-tga sistem ini mempunyai persamaan dan perbezaannya yang tersendiri.

Perbandingan bagi mengenalpasti perbezaan diantara sistem monarki, demokrasi dan


totalitarian ini boleh dilihat daripada sudut pemerintahannya. Antara perkara yang boleh dikaji
ialah bagaimana ketiga-tiga sistem pemerintahan ini menjalankan corak pentadbiran masing-
26
masing. Sistem pemerintahan monarki dan totalitarian mempunyai banyak persamaan dalam
corak pentadbirannya. Pemerintahan monarki terkenal dengan pemerintahan yang dijalankan
secara berkuasa mutlak. Dalam sistem ini rakyat biasanya akan menerima apa juga idea raja
kerana mengganggap bahawa raja adalah seorang yang berkait rapat dengan tuhan dan apa
sahaja yang diperintahkan raja biasanya akan ditaati oleh rakyat. Pemerintahan monarki juga
dikatakan bersifat tirani iaitu kejam kerana rakyat terdapat perbezaan kelas. Pemerintahan
totalitarian juga dilihat sebagai sebuah pemerintahan yang berunsur kuku besi dan rakyat
terpaksa menerima dan melaksanakan bulat-bulat dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah.
Hal ini kerana kerajaan dalam sistem totalitarian biasanya mengawal kesemua aktiviti-aktiviti
rakyat dan perkara ini yang menampakkan kedua-dua sistem ini menggunakan kekerasan
dalam unsur pentadbiran. Berbeza pula dengan sistem demokrasi, kerajaan dililhat lebih
bersifat mesra rakyat kerana pada kebiasaanya apa yang diputuskan oleh kerajaan adalah
perkara yang membantu membaiki taraf hidup rakyat. Dalam aspek ini, demokrasi dilihat
sebagai satu sistem pemerintahan yang lebih efisyen daripada sistem monarki dan totalitarian.

Di bawah skop pemerintah juga kita boleh menilai perbezaan ketiga-ketiga sistem
pemerintahan ini melalui bagaimana seseorang pemerintah atau pentadbir itu dilantik. Kerajaan
monarki merupakan kerajaan yang terawal wujud dan banyak memasukkan unsur keagamaan
dalam pentadbiranya. Oleh itu, sistem pemerintahan monarki menggunakan kaedah perwarisan
takhta untuk melantik pemerintah baru. Apabila raja itu mangkat, baginda akan digantikan oleh
anak-anak ataupun sanak-saudara yang rapat dengannya. Hal ini menampakkan kita bahawa
hanya satu keturunan sahaja yang akan memerintah dan lapisan sosial yang lain tidak
mempunyai hak untuk memerintah. Berbeza dengan sistem monarki, demokrasi lebih
menampakkan bahawa yang mempunyai kuasa untuk melantik pemerintah adalah rakyat
negara itu sendiri. Dan perwarisan takhta tidak akan berlaku sama-sekali kerana biasanya
pemerintah baru akan dilantik melalui sistem pilihanraya lima tahun sekali. Jika pentadbir yang
lama mampu mengekalkan sokongan rakyat kepadanya, beliau akan terus menjadi pemerintah,
namun jika gagal pemerintah baru akan dilantik.

Urusan pentadbiran oleh kerajaan juga dilihat mampu membezakan ketiga-tiga sistem
ini. dalam sistem monarki raja adalah pembuat kuputusan ataupun dasar, hal ini kerana raja
adalah ketua untuk segalanya contohnya ketua agama, ketua tentera dan sebagainya.
Walaupun mempunyai pembesar yang membantu raja dalam urusan pentadbiran, pembesar
dilihat tidak mampu menghalang segala keputusan raja. Dalam sistem demokrasi, wujud
sebuah badan pentadbiran yang dilihat lebih sistematik kerana mempunyai tiga badan besar
27
iaitu badan eksekutif, badan kehakiman dan badan legisatif. Dasar-dasar yang hendak dibuat
dalam sistem demokrasi juga bisanya akan diperdebatkan terlebih dahulu dan kewujudan dasar
secara membabi buta dapat dielakkan. Sistem totalitarian pula sistem dimana satu sistem
hanya perseorangan sahaja yang memerintah, pemerintah biasanya akan menentukan sendiri
dasar dan ideologi yang hendak digunakan dalam negaranya. Namun begitu beliau tidak
bertindak sebagai ketua dalam bidang agama seperti dalam sistem monarki.

Perbandingan seterusnya boleh dilihat dari perspektif rakyat yang bernaung dibawah
ketiga-tiga sistem pemerintahan ini. Perbezaan boleh dilihat melalui bagaimana kebajikan dan
keperluan rakyat dipelihara sewaktu tampuk pemerintahan dijalankan. Rakyat sistem monarki
kebiasannya hidup dalam keadaan yang tertindas dan tiada kebebasan yang diperolehi rakyat
kerana walaupun raja yang memerintah itu kejam, rakyat harus mentaati perintah raja. Berbeza
dengan sistem demokrasi kebajikan dan kebebesan rakyat sentiasa terpelihara kerana kuasa
untuk menukarkan pentadbir berada di tangan rakyat negara itu sendiri. Oleh yang demikin
adalah menjadi perkara utama yang harus dipenuhi oleh kerajaan ialah menyediakan
kehidupan yang sempurna kepada rakyatnya. Hal ini mengapa peristiwa seperti penindasan
pemimpin terhadap rakyatnya kurang berlaku di negara-negara yang mengamalkan sistem
demokrasi. Keinginan untuk menikmati kebebasan seakan-akan terkubut kepada rakyat yang
berada dibawah naungan sistem totalitarian. Hal ini kerana antara tunjang kerajaan totalitarian
mengekalkan pemerintahannya ialah melalui menyekat segala kebebasan rakyat. Akan tetapi
kebajikan rakyat sentiasa terpelihara kerana kebiasannya negara yang mengamalkan sistem
totalitarian adalah negara komunis. Dalam negara komunis tidak ada individu yang terlalu kaya
dan tidak ada individu yang terlalu miskin kerana hasil negara akan dibahagikan secara sama-
rata kepada rakyat.

Aspek seterusnya ialah bagaimanakah perbezaan taraf sosial rakyat berdasarkan


negara yang mengamalkan salah-satu daripada sistem pemerintahan ini. Di dalam negara
monarki, jurang perbezaan social jelas kelihatan seperti golongan raja, golongan bangsawan
dan golongan hamba. Mungkin kerana sistem inilah yang wujud pada zaman monarki
menyebabkan taraf sosial rakyat dibezakan. Golongan atasan biasanya akan menindas
golongan hamba dan raja yang kejam akan menindas rakyatnya. Layanan yang diperolehi oleh
golongan-golongan kelas juga berbeza seperti golongan bangsawan dihormati manakala
golongan miskin akan diperhambakan. Dalam sistem demokrasi pula, tidak berlaku hal-hal
seperti ini. kesemua rakyat samaada golongan majoriti dan golongan minoriti dilayan sama-rata.

28
Mereka bebas menikmati apa jua kemudahan awam yang telah disediakan kerajaan
sewengang-wenangnya.

Selain itu keselamatan yang dimiliki oleh rakyat juga boleh dilihat mempunyai
perbeazaan yang ketara. Dalam sistem monarki, keselamatan rakyat adalah tidak terjamin dan
biasanya bergantung kepada ciri-ciri raja yang memerintah, jika raja yang memerintah adalah
raja yang adil makan layanan yang diberikan kepada rakyat adalah sama. Oleh yang demikian
rakyat akan hidup dengan lebih selamat kerana tidak berlaku penindasan. Dalam sistem
demokrasi pula tahap keselamatan yang dimiliki rakyat dilihat sebagai yang paling memuaskan
diantara ketiga-tiga sistem ini kerana kuasa negara berada di tangan rakyat dan kerajaanlah
merupakan institusi yang harus takut kerana pada bila-bila masa sahaja mereka boleh
dijatuhkan andai rakyat tidak berpuas-hati dengan pemerintahan. Kehidupan rakyat dalam
sistem totalitarian sentiasa dibelenggu dengan ketakutan kerana kerana keselamatan mereka
boleh tergugat bila-bila masa. Contohnya jika difitnah sebagai pihak yang menentang kerajaan,
mereka akan disekat dan dihapuskan dengan sekeras-kerasnya oleh kerajaan.

Perkara ketiga dalam menilai perbezaan sistem pemerintahan ini adalah melalui negara.
Kerajaan merupakan imej kepada negara. Oleh yang demikian keselamatan negara sangat
penting untuk dipertahankan. Melalui sistem monarki, negara biasanya berada dalam keadaan
yang selamat kerana kebiasannya negara monarki mempunyai keluasan yang besar. Oleh yang
demikian, tentara yang kuat dapat dibentuk kerana rakyat yang ramai boleh dikerah untuk
menjadi tentera oleh raja monarki. Begitu juga dengan totalitarian, keselamatan negara lebih
terjamin kerana tidak ada pihak dari dalam contohnya puak penentang cuba bangun untuk
memberontak. Hal ini urusan pentadbiran dan politik lebih stabil dan politik yang stabil mampu
mewujudkan sebuah negara yang berpengaruh dari segi ekonomi.

6.0 KESIMPULAN

Monarki, demokrasi dan juga totalitarian merupakan sistem pemerintahan yang masih
diamalkan sehingga ke hari ini. hal ini membuktikan bahawa sistem pemerintahan ini masih
mempunyai nilainya tersendiri dan sesuai dipraktikkan walaupun berbagai arus permodenan
telah melanda. Buktinya antara negara yang masih mengamalkan kerajaan monarki adalah
Brunei Darussalam. Monarki pula merupakan sebuah pemerintahan yang paling popular kerana
digunapakai dalam banyak negara contohnya negara Malaysia manakala sistem pemerintahan
totalitarian telah digunakai oleh Korea Utara sebagai sistem pemerintahan sejak dari tahun
1948 dan masih bertahan sehingga ke hari ini.
29
Sejarah telah membuktikan bahawa monarki merupakan satu pemerintahan yang
terawal dan yang tertua di dunia. Peranan sistem raja merupakan aspek utama yang menjadi
ciri-ciri monarki kerana sistem ini amat mengangkat dan mementingkan pengaruh raja
sehinggakan digambarkan bahawa raja merupakan simbolik lambang kepada kekuatan negara.
Hal ini kerana peranan dan kekuasaan raja sentiasa dikaitkan dengan unsur-unsur tuhan. Oleh
yang demikian rakyat akan tunduk dan taat kepada perintah raja kerana raja mempunyai unsur-
unsur daulat. Namun begitu keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti ini menyebabkan
terdapat raja dalam sistem monarki menggunakan unsur kekerasan terhadap rakyat sewaktu
menjalankan pemerintahan. Sehingga ke hari ini masih banyak negara yang mengamalkan
sistem monarki beraja, namun begitu raja tidak lagi berkuasa mutlak, akan tetapi raja hanya
yang diuasai oleh perlembagaan atau raja berpelembagaan.

Sistem demokrasi pula adalah sistem pemerintahan yang wujud selepas sistem
monarki. Berbeza dengan monarki, demokrasi dilihat sebagai satu sistem yang lebih mesra
rakyat kerana rakyat mempunyai hak dalam pentabiran kerajaan. Ini tidak bermaksud berjuta-
juta rakyat menjadi pemerintah akan tetapi rakyat yang memilih sesiapa yang mereka inginkan
untuk mentadbir negara. demokrasi adalah satu sistem yang lebih sistem kerana mempunyai
badan-badan khusus yang mengawal pentadbiran negara iaitu badan eksekutif, badan legisatif
dan badan kehakiman. Namun begitu tiada negara yang mengamalkan demokrasi unggul
sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Aristotle dan tokoh-tokoh politik yang lain. Hal ini
berikutan peredaran arus masa dan perubahan gaya hidup yang lebih maju menyebabkan
demokrasi moden telah terbentuk dan diamalkan dalam banyak negara di dunia. Ini
membuktikan bahawa demokrasi adalah satu sistem pentadbiran yang lebih sistematik kerana
pentadbiran dikawal oleh banyak pihak dan masalah penyelewengan dalam pemerintahan
dapat dielakkan.

Sistem pemerintahan totalitarian merupakan sistem pemerintahan yang masih baru


berbanding usia monarki dan demokrasi kerana wujud sekitar tahun 1990-an. Sistem ini
menampakkan bagaimana memerintah mengawal ketat unit-unit yang teradapt di dalam
negaranya. Dalam sistem ini hanya satu sahaja parti politik yang dibenarkan memerintah dan
sebarang ancaman yang menggugat parti tersebut dianggap sebagai menggugat kesejahteraan
negara. oleh yang demikian pemerintah dalam sistem totalitarian mengawasi kesemua perkara
dalam negaranya dengan ketat termasuklah politik, ekonomi, ketenteraan dan kehakiman.
Dalam sistem ini juga rakyat hanya akan mengikut telunjuk pemerintah dan tidak dibenarkan
bersuara. Gambaran yang boleh diberikan adalah rakyat negara totalitarian adalah sebuah
30
angkatan tentera manakala rakyatnya adalah tentera. Pemimpin negara pula merupakan jeneral
atau ketua tentera yang memberi arahan kepada tentera-tenteranya dalam menggerakkan
batalion tentera itu.

Jika dibandingkan sistem monarki dan totalitarian mempunyai banyak persamaan


contohnya hanya seorang sahaja yang pemimpin dan rakyat harus patuh pada arahan
pemimpin. Pemimpin negara bertanggjawab dalam menentukan dasar dan matlamat negara
dan pihak lain tidak boleh campur-tangan apatah lagi membangkang idea-idea yang
dikeluarkan oleh pemerintah. Perkara ini amat bertentangan dengan sistem demokarsi kerana
dalam sistem ini rakyat bebas menyuarakan pendapat andainya rakyat tidak berpuas hati
dengan dasar-dasar negara. Selain itu dasar dan matlamat negara dirangka dan diperdebatkan
dulu kekuatan dan kelemahannay sebelum bersetuju untuk disahkan oleh rang undang-undang.

Kesimpulannya, andai saya merupakan seorang pemimpin negara saya lebih memilih
untuk mengamalkan sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan kerana sistem ini lebih
stabil dan sistematik. Selain itu sistem ini mempunyai banak kebaikan seperti menjaga
kebajikan rakyat kerana tujuan negara wujud adalah untuk berkhidmat untuk rakyat. Konsep
negara itu sendiri telah mengatakan bahawa negara akan wujud apabila rakyat telah
menyerahkan kepercayaan untuk mengawal kehidupan meraka. Oleh yang demikian
sepatutnya rakyat yang menjadi keutamaan dalam pentabiran bukannya kehendak seorang
pemerintah. Selain itu melaksanakan demokrasi unggul adalah satu perkara yang mustahil
kerana sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan mungkin akan bercanggah dengan pendapat
orang lain. Oleh itu beberapa ciri-ciri atau unsur daripada sistem monarki akan saya serapkan
dalam pemerintahan saya demi melicinkan lagi urusan pentadbiran. Contohnya ialah
memasukkan kekuatan sistem totalitarian iaitu mempunyai matlamat yang tunggal. Hal ini tidak
bermaksud saya akan mengabaikan matlamat yang lain. Matlamat negara demokrasi adalah
menyediakan keperluan rakyat dan perkara ini akan didahului dahulu. Selain itu menyekat
pertubuhan yang mentang idea kerajaan boleh diserap. Akan tetapi siasatan yang terperinci
akan dijalankan terlebih dahulu. Pihak yang tertuduh juga diberi peluang untuk membela diri
dan jika tidak disabitkan dengan kesalahan tuduhan akan digugurkan dan sekatan tidak akan
dilakukan. Hal ini boleh mengelakkan berlakunya aktiviti-aktiviti keganasan seperti masalah
pengeboman berani mati dan sebagainya.

Akhir sekali tidak kira apapun sistem yang digunakan, politik yang adil, politik yang tulus
serta amanah, amalan korupsi dalam birokrasi dapat dielakkan andainya seorang pemimpin itu

31
adalah seorang yang adil serta amanah dan memasukkan unsur-unsur islam dalam
pentadbirannya. Bak kata pepatah raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

7.0 REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya siapkan tugasan
kali ini mengikuta tarikh yang telah ditetapkan. Asas sains politik EDU 3106 merupakan salah
satu subjek yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk pelajar-pelajar PISMP
Pengajian sosial yang berada di semester tiga. Di dalam subjek ini pelajar-pelajar telah
didedahkan apa itu negara dan kerajaan dengan terperinci dan perkara yang menjadi tugasan
pelajar pada kali ini ialah pelajar dikehendaki menganalisis dengan terperinci jenis-jenis kuasa
seperti monarki, demokrasi dan juga totalitarian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu En Mohd Ashraf Bin Ibrahim kerana telah memberi penerangan dan garis panduan yang
tetap bagaimana hendak menyiapkan tugasan mengikut skop yang digariskan. Jutaan terima
kasih juga saya salurkan kepada rakan-rakan kerana banyak memberi pertolongan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini.

32
Antara masalah yang terpaksa ditempuhi dalam menyiapkan tugasan ini adalah
bagaimana untuk menilai fakta dan menterjemah bahan-bahan rujukan bahasa inggeris. Selain
itu juga, saya diarahkan untuk memuatkan nota khaki yang sebenar dalam tugasan ini.
Walaupun sebagai latihan, saya merasakan agak sukar kerana ini adalah percubaan pertama
saya.

Faedah yang telah saya prolehi sewaktu menyiapkan tugasan ini ialah bagaimana jenis-
jenis pemerintahan ini telah dijalankan dan perkara-perkara seperti kelebihan dan kelemahan
yang terdapat dalam jenis pemerintahan ini juga dapat diketahui. Dengan ini saya dapat
mempersiapakan diri kerana saya adalah pelajar sains sosial dan menjadi keutamaan kepada
pelajar-pelajar sains sosial mendalami hal-hal yang berkaitan politik serta mampu bercakap dan
menghuraikan fakta-fakta politik.

Setelah menjalankan kajian yang teperinci saya mendapati Malaysia merupakan sebuah
negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Namun begitu sistem demokrasi yang diamalkan
bukanlah demokrasi unggul tetapi demokrasi moden yang telah disesuaikan mengikut keadaan
negara. Oleh yang demikian hak kebebasan rakyat dalam bersuara tidaklah begitu bebas
kerana ada antara perkara seperti percakapan yang berunsur perkauman tidak dibenarkan di
dalam negara. sesiapa yang didapati lantang menyuarakan perkara yang dianggap menggugat
keselamatan negara akan dikenakan tindakan ISA. Namun begitu kita selaku rakyat Malaysia
haruslah bersyukur kerana kita bebas daripada unsur keganasan dan pemerintahan yang kejam
seperti yang dialami oleh negara-negara yang mengamalkan ciri pemerintahan monarki dan
totalitarian seperti di negara Afghanistan sewaktu berada dibawah pemerintahan Taliban dan
Jerman sewaktu diperintah oleh Adolf Hitler.

33
8.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Halin Hamid (2003). Mengenali Institusi Sosial. Serdang : Universiti Putra Malaysia

Allan R. Ball (1993). Politik Dan Kerajaan Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Katni Kamsona Kibat (1986). Asas Ilmu Politik. Shah Alam : Biroteks Institut Teknologi Mara.

Shah Alam

Mohd Fuad Sakdan ( 1997). Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka

Mustafa Ishak Dan Afifi Abdul Razak (2006). Politik Dan Pemerintahan Negara. Singapura :

Thomson Learning
34
Ramanathan, K. (1998). Konsep Asas Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ramanathan, K. (2003). Asas Sains Politik Edisi Ketiga. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd

35

Anda mungkin juga menyukai