Anda di halaman 1dari 5

Suara Yang Didengar Mayat

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:

1.      Keluarga
2.      Hartanya
3.      Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;

1.      Keluarga dan Hartanya Akan Kembali


2.      Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
 
 Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai
Fulan Anak Si Fulan..
 Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
 Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah
Menumpukmu

 Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

 Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."  

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai
Fulan Anak Si Fulan...
 Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
 Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

 Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

 Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

  Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si
Fulan
 Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
 Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...


 Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
 Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

 Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si
Fulan..
 Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
 Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat

 Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."


  Ketika Mayat Siap Disholatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak
Si Fulan..
 Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
 Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

 Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

  Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai


Fulan Anak Si Fulan...
 Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan
Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...


 Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
 Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

 Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

  Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .Allah Berkata Kepadanya, "Wahai


Hamba-Ku.... .
 Kini Kau Tinggal Seorang Diri
 Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

 Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

 Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri

 Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

 Hari Ini,....

 Akan Kutunjukan Kepadamu

 Kasih Sayang-Ku

 Yang Akan Takjub Seisi Alam

 Aku Akan Menyayangimu

 Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

  Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
 Kembalilah Kepada Tuhanmu
 Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

 Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku

 Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Anda Ingin Beramal Shaleh...?


Tolong Kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!
Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam
menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut)
dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti
wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja...
Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan  ini...

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan


membaca email ini.

Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa
dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang
bagi sebahagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan
menjemput kita???
Kesempatan ini marilah kita saling menasihati dalam kebenaran dan beramal
shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai
kebaikan.  Mari berlumba dalam kebaikan.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 11 February 2010

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1019/SUARA-YANG-DIDENGAR-MAYAT

Orang Islam Bertutur Baik

Oleh Mohd Shauki Abd Majid

DALAM Islam kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan
dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan
jiwa yang hina.

Kerana itu ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah SAW mengingatkan
kita bahawa: Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang
menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan
manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan
darah dan lenyap sama seka

Kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik. Baginda tidak
pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.

Sebaliknya baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau
melukai perasaan orang lain.

Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: Tidak pernah Rasulullah SAW melakukan perbuatan keji, tidak
pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai
seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.

Rasulullah SAW adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir
yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.
Abu Hurairah berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada
Nabi Muhamad SAW agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “Saya memukul dengan
tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.”

Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan semoga Allah SWT menghinamu!
Maka bersabdalah Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam
menghadapinya.

Daripada Abu Darda r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Aku memohon kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik.
Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk
memberi rahmat.

Begitulah citra peribadi Rasulullah SAW, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia
agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan
atau masalah.

Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang
bukanlah daripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan
dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak
terjerumus pada dua kesesatan iaitu berlebih-lebihan atau sikap lalai. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada
mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Surah Al-Fatihah: 6-7)

Di dalam masyarakat Islam tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang
dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam
kehidupan umat manusia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu. Para sahabat menjawab: Orang yang tiada lagi
mempunyai wang dan harta.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu
juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul
ini dan itu.

Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan
baiknya habis pada hal belum dapat menutup kesalahannya maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan
kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.

Seorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang
kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang menyeret kepada
perbuatan dosa.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.

Firman Allah yang bunyi: Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji. (Surah Al-Humazah:1)

Dalam ayat ini, Allah SWT mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun
mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata
ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.

Sesungguhnya Allah SWT itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang
kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.

Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan
hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela,
mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor. (Surah An-Nahl: 25)

Dari ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang tersebut jelaslah membuktikan bahawa Islam melarang
umatnya mencarut dan memaki hamun sesama muslim.

Ini kerana kerja-kerja mencarut adalah kegiatan dan perbuatan syaitan. Bagi mereka yang masih tegar dengan
pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa
Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya
Islam. Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada sifat yang buruk.

Anda mungkin juga menyukai