Anda di halaman 1dari 6

Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa
peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg.
Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.
Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung
berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk
mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Alat pengukur tekanan darah (sphygmomanometer)

>Mercury Sphygmomanometer... Digunakan bersama Stethoscope..


>Digital Sphygmomanometer...
Tekanan Darah berubah-ubah
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut
keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa
semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah
anda yang sebenar.
Apakah dia tekanan darah tinggi?
Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa
yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 140 / 90
mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin
mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat.
Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Faktor menyebabkan Tekanan Darah Tinggi

Klasifikasi Tekanan Darah Tinggi


Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi sepertiserangan
jantung, angin ahmar, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang.
Memastikan tekanan darah optima
a) memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau
lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
b) tidak merokok – narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih
cepat dan menyempitkan saluran darah halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam
dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
c) kurangkan pengambilan garam – garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan
lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah
menjadi tinggi
d) kurangkan lemak – lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan
menjadikannya tebal dan kejang
e) kekalkan berat badan unggul
f) bersenam secara berkala
g) elakkan pengambilan alkohol
Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-
a) Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
b) Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
c) Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.
Pencegahan
Pencegahan adalah langkah terbaik untuk mengawal tekanan darah tinggi. Berikut adalah
beberapa petua yang penting untuk anda :
a) Kekalkan berat badan anda

Anda perlu mengawal berat badan ke tahap yang ideal. Ini ialah kerana pertambahan berat
badan berlebihan ia akan meningkatkan tekanan darah. Jadi, sekiranya anda memiliki berat
badan yg berlebih, berusahalah menurunkannya dan mendapatkan julat berat badan yang
ideal dan kekalkannya buat selama-lamanya.
Cara utk mengira BMI (Body Mass Index) :
b) Amalkan tabiat makan yang baik

Tabiat makan yang baik akan mengurangkan risiko terhadap banyak penyakit termasuk
tekanan darah tinggi
Berikut ialah beberapa garis panduan yang perlu diikuti untuk mengamalkan tabiat makan
yang baik.
a) Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol.
b) Berhati-hati dengan pengambilan gula dan garam
c) Pelbagaikan makanan anda
c) Amalkan Senaman

Bersenam adalah baik kerana ia dapat menurunkan paras kolesterol darah dan dapat
merendahkan tekanan darah. Senaman adalah apa juga bentuk aktiviti fizikal yang
dijalankan secara berterusan selama sekurang-kurangnya 10 minit dan dapat meningkatkan
denyutan nadi. Berikut adalah beberapa petua yang penting untuk melakukan senaman :
d) Jangan merokok

Merokok telah diketahui umum boleh merosakkan saluran udara dan paru-paru dan
keseluruahn sistem penafasan. Ia juga mampu meningkatkan tekanan darah. Senarai di
bawah adalah beberapa bahan kimia beracun yang merbahaya yang terdapat di dalam rokok
yang dapat merosakkan saluran darah.
 Nikotin (bahan kimia di dalam rokok) mampu mengecilkan saluran darah
 Karbon monoksida boleh merosakkan pengalas saluran darah, dan boleh
menyumbang kepada pembentukan arterosklerosis
 Sebagai kesimpulan, merokok boleh mengeraskan arteri dan juga menyumbang
kepada arterosklerosis.

Prognosi/Complication

Anda mungkin juga menyukai