Anda di halaman 1dari 3

MENTERNAK BURUNG LAYANG-LAYANG (WALIT)

Pendahuluan

Penuaian sarang burung layang-layang bermula pada tahun 1878. Di Terengganu penuaian
secara komersil dijalankan di Pulau Redang iaitu di lapan buah gua. Terdapat 13 spesis
burung walit di Malaysia, tetapi hanya 2 spesis sahaja yang menghasilkan sarang yang
berekonomi tinggi iaitu:-

Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet)


Mempunyai bulu hitam berkilat. Bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian belakang
berwarna keputihan. Bersayap pendek 110 hingga 125 cm tetapi mempunyai daya kepakan
yang tinggi.

Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet)


Saiznya lebih besar daripada Aerodramus Fuciphagas dengan berwarna kelabu kehitaman.
Sayapnya berukuran 122 hingga 126 cm.

Makanan asas burung ini adalah serangga yang ditangkap semasa terbang di udara.

Pembinaan Rumah Burung Walit

1. Pengubahsuaian Premis Perniagaan dan Kediaman

Pengubahsuaian premis untuk menjadikan suasana bahagian dalam premis sesuai untuk
dihuni oleh burung walit. Antara yang perlu dilakukan adalah:-

a) penutupan pintu dan tingkap


b) penebukan lubang pengudaraan
c) penyediaan pintu masuk
d) pemasangan papan beluti (papan sarang)
e) pemasangan sistem audio

Pembinaan persekitaran yang sesuai menjadikan burung walit menginap di habitat barunya
dan memberi pulangan yang lumayan kepada pemiliknya.

2. Pembinaan Rumah Walit Baru

Pembinaan rumah walit baru adalah cara yang paling baik bagi menjadikan rumah walit
sesuai untuk dihuni oleh burung walit. Rumah walit yang dibina akan disediakan roving
room iaitu ruang untuk walit berputar sebelum menuju ke resting room iaitu tempat burung
walit berehat dan membina sarang.

Keluasan minima yang dicadang adalah seluas 20 x 30 kaki dan dibina minima 2 tingkat atau
berketinggian 30 kaki.

Tempat burung walit berehat dan membuat sarang dibuat berpetak-petak daripada papan.
Burung walit jantan dan betina akan sama-sama membuat sarang pada papan ini pada waktu
siang dan malam.
Lubang untuk burung walit keluar masuk berukuran 60cm x 60 akan dibuat di bahagian atas
rumah walit.

3. Pemasangan Sistem Audio

Sistem audio dipasang untuk memainkan suara burung walit pada waktu tertentu bagi
memanggil burung walit masuk ke dalam rumah walit, membuat sarang dan seterusnya
meningkatkan pengeluaran sarang.

Memunggut Hasil

Adalah lebih baik sarang diambil apabila burung walit sudah bertelur dan anak burung walit
sudah boleh terbang iaitu minima satu pusingan.

Anggaran Keuntungan Tahunan


*(Bergantung Kepada Lokasi dan Kesesuaian Bangunan)

Perbelanjaan RM

Bangunan Rumah Walit dan sistem audio 130,000


Modal Pusingan Setahun 200
(Bil elektrik untuk sistem audio)
Perbelanjaan Permulaan Setahun 130,200

Pendapatan RM

Akhir Tahun 1, 0.5 kg x 3,000 1,500


Akhir Tahun 2, 5 kg x 4,000 20,000
Akhir Tahun 3, 10 kg x 4,000 40,000
Akhir Tahun 4, 15 kg x 4,000 60,000
Akhir Tahun 5, 30 kg x 4,500 135,000

Keuntungan Tahunan

Tahun1, RM1,500 – RM130,200 = (128,700)


Tahun 2, RM20,000 – (RM128,700 + 200) = (108,900)
Tahun 3, RM40,000 – (RM108,900 + 200) = (69,100)
Tahun 4, RM60,000 – (RM69,100 + 200) = (9,300)
Tahun 5, RM135,000 – (RM9,300 + 200) = 125,500

Pada akhir tahun ke 5, pengusaha sarang walit telah memperolehi pendapatan bersih
sebanyak RM125,500 setahun dan modal yang dilabur dapat diperolehi kembali sepenuhnya.

Hubungan

Jika tuan/puan berminat dengan Perladangan Burung Walit ini dan ingin berkongsi maklumat
sila hubungi saya.

Nama : Mat Taupit bin Embong


Alamat : 75 – I, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu

Telefon : 013-9662539

Email : taupit2u@yahoo.com

WalitGanu, Kuala Terengganu


23.2.2010

Anda mungkin juga menyukai