Anda di halaman 1dari 4

86

Fakulti Pendidikan

Jabatan Pendidikan Teknik


dan Kejuruteraan

BORANG SOAL SELIDIK

“Konsepsi Pembelajaran Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) Skudai”

1. Soal selidik ini hanya untuk dijawab oleh pelajar Fakulti Pendidikan, Fakulti
Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan dan
Sains Geoinformasi, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber manusia,
UTM Skudai sahaja.
2. Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti konsepsi pembelajaran
di kalangan pelajar UTM Skudai.
3. Diharapkan saudara/i dapat memberi kerjasama dengan menjawab dan
memberi keterangan dengan jujur dan ikhlas terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan.
4. Segala maklumat yang diberikan oleh saudara/i akan DIRAHSIAKAN dan
semata-mata hanya untuk tujuan kajian Projek Sarjana Muda sahaja.
5. Kerjasama saudara/i amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih atas
jasa baik yang diberikan.

Disediakan oleh;
ATIKAHERMA BT BASRI
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Awam)
4 SPA
87

AP060014
BAHAGIAN A ( LATAR BELAKANG RESPONDEN )
Arahan : Sila tandakan ( / ) pada pilihan yang sesuai.

1. Umur :
__________ tahun

2. Jantina :
Lelaki ( )
Perempuan ( )

3. Bangsa :
Melayu ( )
Cina ( )
India ( )
Lain – lain : nyatakan ____________________

4. Fakulti :

Pendidikan ( )
Awam ( )
Elektrik ( )
FKSG ( )
FPPSM ( )

5. Tahun Pengajian :

Tahun 3 ( )
Tahun 4 ( )

6. Pendidikan Terakhir :
Matrikulasi ( )
STPM ( )
Diploma ( )
Lain – lain : nyatakan ______________

7. Pencapaian Akademik :
3.5 - 4.0 ( )
3.0 – 3.49 ( )
2.50 – 2.99 ( )
Bawah dari 2.50 ( )
88

BAHAGIAN B

ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada hanya petak anda fikirkan paling sesuai
berdasarkan:
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
Contoh

Item STS TS TP S SS
0 Pembelajaran adalah satu aktiviti yang /
menyeronokkan.

Item STS TS TP S SS
1 Pembelajaran adalah apabila saya diajar sesuatu
yang belum diketahui.
2 Pembelajaran adalah memperolehi fakta
sebanyak mana yang mungkin.
3 Pembelajaran adalah apabila seseorang
memberitahu saya sesuatu maklumat yang baru.
4 Pembelajaran membantu saya untuk menjadi
seorang yang pandai.
5 Pembelajaran adalah apabila saya boleh
menyampaikan sesuatu dengan cara yang
berbeza.
6 Saya telah mempelajari sesuatu apabila saya
dapat mengigatinya semula.
7 Sekiranya saya telah belajar sesuatu, ia
bermaksud saya boleh mengingat maklumat
yang dipelajari pada bila-bila masa.
8 Saya sepatutnya boleh mengingat apa yang
telah dipelajari .
9 Saya benar-benar faham sekiranya saya masih
ingat apa yang dipelajari.
10 Apabila saya mempelajari sesuatu, saya tahu
bagaimana untuk menggunakannya dalam
situasi yang berbeza.
11 Sekiranya saya menguasai sesuatu pelajaran,
saya tahu bagaimana untuk menggunakannya
bagi membantu rakan-rakan yang lemah.
12 Pembelajaran bermaksud memastikan diri
sentiasa mendapat maklumat terkini dan tahu
bagaimana untuk menggunakannya.
13 Saya tahu bahawa saya telah belajar sesuatu
sekiranya saya dapat menerangkannya kepada
orang lain.

Item STS TS TP S SS
89

14 Pembelajaran adalah mencari makna mendalam


tentang sesuatu perkara.
15 Pembelajaran merupakan sesuatu yang penting
dalam hidup.
16 Walaupun tugasan pembelajaran yang diberikan
sukar, saya tetap perlu fokus dan cuba
menyelesaikannya.
17 Belajar merupakan perkara yang perlu
diteruskan sepanjang hayat.
18 Pembelajaran membantu meluaskan pandangan
saya tentang kehidupan.
19 Pembelajaran mengubah cara saya berfikir.
20 Dengan pembelajaran, saya melihat kehidupan
daripada sudut yang berbeza.
21 Pembelajaran bermaksud saya mempunyai
kaedah baru untuk menilai sesuatu.
22 Dengan menambahkan ilmu, ia membantu saya
menjadi seorang insan yang lebih baik.
23 Saya menggunakan pembelajaran untuk
membangunkan diri saya sebagai seorang insan.
24 Apabila saya belajar, saya fikir bahawa saya
telah berubah sebagai seorang insan yang baik.
25 Pembelajaran perlu bagi saya meningkatkan diri
sebagai seorang insan.
26 Saya tidak akan berhenti belajar sepanjang
hayat.
27 Saya banyak belajar melalui interaksi dengan
orang ramai.
28 Pembelajaran adalah proses penambahan ilmu
pengetahuan berdasarkan pengalaman seharian.
29 Pembelajaran adalah cara bagaimana kita
berinteraksi dengan orang ramai daripada
golongan yang berbeza.
30 Pembelajaran tidak hanya apa yang dipelajari di
sekolah tetapi adalah bagaimana untuk
bertimbangrasa dengan orang lain.
31 Pembelajaran merupakan perkongsian nilai-
nilai hidup yang sama untuk menjadi ahli
masyarakat.
32 Pembelajaran merupakan proses membina
hubungan baik dengan orang ramai.

~ TERIMA KASIH ~

Anda mungkin juga menyukai