Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM FASA

2011
3

PENULISAN JURNAL

Nama: Mohd Wakiyuddin bin Rosnan

Opsyen: PISMP IPG (Matematik)

Minggu Pertama: 31 Januari – 4 Februari 2011

1. Isu / Masalah

Untuk minggu pertama pratikum fasa dua ini, kebanyakan masa saya telah diisikan dengan
pihak pengurusan sekolah dan bersama guru pembimbing. Antara perkara yang diambil kira
sepanjang tempoh ini adalah dari segi perjalanan saya sepanjang tempoh praktikum kali ini.
saya telah menemui guru pembimbing saya sepanjang praktikum fasa 2 ini dan bertanya
berkenaan dengan silibus dan tingkahlaku murid-murid yang bakal saya ajar kelak. Antara
perkara yang menjadi masalah kepada pihak sekolah ialah dari aspek kemudahan yang
terdapat di sekolah seperti ruang yang sangat terhad. Ramai dalam kalangan guru yang
terpaksa duduk jauh dari bilik guru dek kepadatan jumlah guru. Disamping itu, kemudahan
seperti padang sekolah juga terhad dimana sebarang aktiviti sukan atau pendidikan jasmani
terpaksa diadakan di padang berdepan dengan sekolah. Perkara ini berbahaya kepada
murid-murid kerana mereka terpaksa menyeberang jalan untuk ke sana.

2. Analisis

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, saya dapati sekolah ini boleh
dikategorikan dalam kelompok sekolah-sekolah veteran atau sudah lama beroperasi.
Kedudukan sekolah juga berdekatan dengan pekan Bota Kanan dan perkampungan
disekeliling sekolah. Perkara ini menjadi punca mengapa mereka mempunyai ruang yang
amat terhad untuk dibangunkan. Peningkatan jumlah murid memaksa guru-guru untuk
mengalah dan memberikan keselesaan sepenuhnya kepada murid-murid yang ingin belajar.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki


a. Masalah ini lebih kepada pihak pengurusan sekolah dan saya tidak berkuasa
untuk mengubah sebarang dasar di sini.
b. Pihak pengurusan perlu mengenal pasti kelas-kelas atau kawasan-kawasan yang
kosong di sekolah yang boleh digunakan secara maksimum.
PRAKTIKUM FASA
2011
3

c. Kita sebagai guru perlu bersikap lebih terbuka dalam menerima keadaan yang
memaksa seperti ini dan bijak untuk mengatasinya.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba memastikan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung sentiasa lancer dan memastikan keselesaan murid-murid sentiasa menjadi
keutamaan supaya objektif pengajaran dapat dicapai.

5. Penilaian Kejayaan

Penilaian boleh dibuat dengan bantuan rakan guru pelatih yang lain dengan melihat
keberkesanan proses P&P yang dijalankan.

6. Tindakan Susulan

Jika perkara ini gagal, saya akan bersedia dengan rancangan yang lain dengan membuat
penambahbaikan dalam P&P saya.

Anda mungkin juga menyukai