Anda di halaman 1dari 1

Langkah- langkah pengurusan bilik darjah yang sesuai untuk

melahirkan murid yang berdisiplin

Dalam konteks pengurusan bilik darjah, pengawalan disiplin murid adalah


tanggungjawab utama guru. Guru bertanggungjawab menetapkan peraturan
bilik darjah dan memastikan peraturan tersebut sentiasa dipatuhi
murid.Kecekapan guru menguruskan disiplin bilik darjah dengan berkesan
akan menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang optimum dan
seterusnya pemupukan nilai-nilai moral dapat dilakukan dengan mudah.

Beberapa langkah yang harus diambil oleh guru untuk melahirkan murid yang
berdisiplin. Langkah- langkah ini adalah dihuraikan secara ringkas seperti
berikut:
1. Menghormati murid-murid dan melayan mereka dengan baik untuk
mengeratkan dan merapatkan hubungan guru dengan murid, demi
mengelakkan murid-murid daripada menimbulkan masalah disiplin dalam
bilik darjah.
2. Menghargai dan memuji murid-murid yang berkelakuan baik ataupun yang
menunjukkan prestasi dan pencapaian dalam aktiviti pembelajaran.
3. Bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan dan ganjaran
yang diberikan.
4. Menetapkan peraturan kelas dengan jelas dan mudah dipatuhi.
5. Elakkan amalan mengguna ungutan atau hukuman dera. Berikan
bimbingan dan kaunseling yang wajar kepada murid yang menimbulkan
masalah disiplin.
6. Memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid dan memuji mereka yang
berkelakuan baik.
7.

Anda mungkin juga menyukai