Anda di halaman 1dari 20

Falsafah Pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Sistem Pendidikan
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan
Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah

 Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah

 Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun
tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;
 Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah

 Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;
 Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-

1. sekolah akademik
2. sekolah teknik dan vokasional
3. sekolah kebangsaan agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah

 Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan


menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.
Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi
Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh
Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

 Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.


 Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

 Kurikulum Kebangsaan
 “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai
moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996


[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Imbasan Sejarah
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

 Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

 Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

 Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

 Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira


 Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang
diingini

 Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

 Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

 Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang
diingini

 Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

 Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia


dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara

 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan


 Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

 Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan

 Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

 Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Hala Tuju Pendidikan


Perundangan Pendidikan
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

Laporan-Laporan Penting
1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran
          dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata
Mahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan


1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 - Bahasa pengantar darjah 1
1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti
Peperiksaan Sekolah Rendah
1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 - MSSEE dimansuhkan
1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 - UDT dimansuhkan
1988 - PDL dimansuhkan
1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

Peperiksaan Sekolah Menengah


1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 - SPPTM dimansuhkan
1964 - FMC dimansuhkan
1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia dimulakan
1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 - Tahun terakhir bagi SRP
1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

Kurikulum
1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang
          telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah
rendah

Peperiksaan Khas
1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas
          (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh
          dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha)
1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-
Kementerian.
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
          Shah Alam ditubuhkan
1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran
Malaysia
1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak
          dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan
          Pendidikan Khas
1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan
          bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 /


2010: PELAKSANAAN DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA
INGGERIS (MBMMBI)
 

                                                            KP(BSPSH-SPDK)201/005/01(38)

                                                            25 Januari 2010

Semua Pengarah Pelajaran,

Jabatan Pelajaran Negeri,

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 / 2010:

PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN


MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan
digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI).

2.       Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan
dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik,
manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

3.       Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini,
sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid
menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

4.       Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar
PPSMI ke MBMMBI mulai tahun 2010 adalah seperti berikut:

PERINGKAT PERSEKOLAHAN
TAHUN
RENDAH MENENGAH
P&p Sains dan Matematik
P&p Sains dan Matematik
Mulai 2010 boleh menggunakan Bahasa boleh  menggunakan
Inggeris.
Bahasa Inggeris.
Mulai i)  P&p Sains dan     Matematik P&p Sains dan Matematik boleh
Tahun Satu di SK
2011 menggunakan Bahasa menggunakan
Malaysia.
Bahasa Inggeris.
 

ii) P&p Sains dan Matematik


Tahun Satu di SJK(C) dan
SJK(T) menggunakan bahasa
pengantar masing-masing.

 
i)  P&p Sains dan Matematik
Tahun Empat di SK P&p Sains dan Matematik
menggunakan Bahasa Tingkatan Satu dilaksanakan dalam
Malaysia dan/atau Bahasa
Bahasa Malaysia.
Inggeris sehingga kohort
tersebut tamat Tahun 6.

 
Mulai
ii) P&p Sains dan Matematik P&p Sains dan Matematik
2012
Tahun Empat di SJK(C) dan Tingkatan Empat boleh
SJK(T) menggunakan bahasa menggunakan Bahasa Inggeris
pengantar masing-masing dan/atau Bahasa Malaysia
dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat
sehingga kohort tersebut Tingkatan 5.
tamat Tahun 6.

Sila rujuk kepada Lampiran 1 dan Lampiran 2 bagi jadual peralihan dasar PPSMI ke dasar
MBMMBI.

5.       Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan Enam Rendah,
Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam Bahasa Inggeris.

6.       Penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam bagi kelompok mata pelajaran Sains dan
Matematik semasa peralihan dasar adalah seperti yang berikut:

JENIS PEPERIKSAAN PENGGUNAAN BAHASA PENGANTAR

Ujian Penilaian Sekolah Rendah Dwibahasa


(UPSR) sehingga 2015
Penilaian Menengah Rendah Dwibahasa
(PMR)
sehingga 2013

 
Dwibahasa

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga 2015

  

7.       Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru
Besar di bawah pentadbiran          Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

s.k.      1.         YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

                        Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

 
            2.         YB Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong

                        Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

            3.         YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi

                        Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

            4.         Ketua Setiausaha

                        Kementerian Pelajaran Malaysia

            5.         Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha

                        Kementerian Pelajaran Malaysia

            6.         Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

                        Kementerian Pelajaran Malaysia

            7.         Ketua-Ketua Bahagian

                        Kementerian Pelajaran Malaysia

            8.         Penasihat Undang-Undang

                        Kementerian Pelajaran Malaysia

            9.         Pegawai Perhubungan Awam

                        Kementerian Pelajaran Malaysia

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN


PERKEMBANGAN BARU DALAM
PENDIDIKAN 2010-2012
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
 
DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM
PENDIDIKAN 2010-2012
 
BERTEMPAT DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS, PADA 28
OKTOBER 2009, PUKUL 10.30 PAGI
 
Bismillahirrahmanirrahim.
 
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.
 
YB Datuk Dr. Wee Ka siong
Timbalan Menteri Pelajaran I
 
YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran II
 
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
 
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
 
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri
 
Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik yang saya hormati sekalian.
 
1.         Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat berhimpun dalam Persidangan Perkembangan Baru
Dalam Pendidikan 2010-2012 di Institut Aminuddin Baki pada hari ini. Sesungguhnya
persidangan ini amat penting kepada warga pendidik untuk mendapatkan penjelasan tentang
dasar-dasar baru dan perkembangan semasa berkaitan dengan pendidikan di negara
kita. Persidangan ini juga memberi peluang kepada warga pendidik untuk memperinci, mengkaji
dan membuat penilaian tentang pelaksanaan dasar-dasar yang sedia ada dan seterusnya
merancang penambahbaikan dalam konteks penyesuaian kepada dasar-dasar baru yang
diumumkan oleh kerajaan.
 
Matlamat Pendidikan
 
2.         Sesuatu dasar yang digubal tentunya mempunyai matlamat untuk dicapai. Dalam konteks
pendidikan, dua matlamat penting yang lazimnya disasarkan ialah untuk membangunkan potensi
insan secara menyeluruh dan memenuhi keperluan sosio-ekonomi negara. Kedua-dua matlamat
ini saling berkait antara satu sama lain. Sesuatu sistem pendidikan yang bertujuan
membangunkan potensi insan secara menyeluruh sudah pasti akan melahirkan manusia yang
bukan sahaja mampu untuk memacu pembangunan ekonomi negara, tetapi juga mengisi makna
kemajuan dengan nilai-nilai yang luhur. Lantaran itu, tokoh pembaharuan Islam tersohor,
Muhammad Abduh, menegaskan bahawa matlamat asas pendidikan (al-ta’līm wa al-tarbiyyah)
ialah untuk membentuk sahsiah insan melalui penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa
peribadinya agar ia menjadi insan yang baik (rijālan sālihan fī nafsih).
 
3.         Sesungguhnya, dasar pendidikan di negara kita dipandu oleh Falsafah Pendidikan Negara
yang bermatlamat untuk melahirkan insan kamil, iaitu insan yang terbangun segala potensi
manusiawinya secara sempurna dan seimbang. Dalam ertikata lain, matlamat pendidikan di
negara kita ialah untuk melahirkan insan yang baik melalui sistem pendidikan yang mampu
menggarap dan membina potensi akal, jasmani, emosi dan rohani murid secara holistik.  
Matlamat inilah yang melandasi setiap dasar dan perancangan pendidikan yang digubal dan
dilaksanakan di negara kita. Justeru itu, dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang
akan mengisi keperluan untuk memajukan ekonomi negara di masa hadapan, kita bukan sahaja
menekankan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran, tetapi juga keterampilan dan keperibadian
insan yang mulia.
 
Transformasi dan Pembaharuan Pendidikan
 
4.         Di samping mengekalkan matlamat asas ini, sistem pendidikan di negara kita sentiasa
melalui proses transformasi dan pembaharuan dari masa ke semasa seiring dengan peredaran
zaman. Dalam dasawarsa awal selepas merdeka, pendidikan di negara kita menjadi wahana
penting untuk membangunkan negara dan memupuk perpaduan nasional. Oleh itu, dasar awal
pendidikan kebangsaan digubal untuk mencapai dua matlamat penting ini.
 
5.         Seterusnya, sewaktu negara kita sedang mengorak langkah sebagai sebuah negara
industri baru yang pesat membangun dalam dekad 80-an dan 90-an, pendidikan menjadi wahana
untuk melahirkan sumber manusia yang berupaya untuk mengisi keperluan perindustrian negara.
Selanjutnya, kini ketika kita sedang bersiapsiaga untuk melakukan lonjakan berganda bagi
mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi, pendidikan menjadi wahana penting untuk
melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berketerampilan untuk memacu
ekonomi berasaskan pengetahuan.
 
5.         Keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan, di
samping mengekalkan matlamat asas untuk melahirkan insan yang baik, merupakan prasyarat
utama kepada kejayaan kita memajukan negara dan pada masa yang sama membina masyarakat
yang beradab. Malah, sistem pendidikan yang berfungsi dengan baik ialah sistem yang sentiasa
melalui proses transformasi dan pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa.
 
6.         Dalam konteks pendidikan di negara kita, beberapa dasar yang diumumkan oleh kerajaan
baru-baru ini, termasuk dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI), mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan memperkasa pendidikan
prasekolah merupakan komponen penting transformasi dan pembaharuan yang sedang berlaku
dalam sistem pendidikan kita, yang mana natijah akhirnya ialah berlakunya peningkatan pada
kualiti pendidikan. 
 
Akses Kepada Pendidikan Berkualiti
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
 
7.         Alhamdulillah, Malaysia hari ini telah diiktiraf sebagai antara negara yang paling berjaya
dalam menyediakan akses kepada pendidikan untuk semua rakyat. UNESCO dalam Education
for All Global Monitoring Report 2009 telah meletakkan Malaysia pada kedudukan 45 daripada
129 negara, sekali gus menempatkan Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan
aras tinggi pada Indeks Pembangunan Pendidikan untuk Semua. Ini merupakan satu kejayaan
yang amat membanggakan untuk sistem pendidikan Malaysia.
 
8.         Walaupun kita berada pada kedudukan yang baik dalam indeks pendidikan untuk semua,
ini tidak bermakna kita boleh kekal selesa dengan pencapaian kita. Dalam usaha untuk
melonjakkan kemajuan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi, kita mestilah
sentiasa berusaha bukan sahaja untuk meningkatkan akses kepada pendidikan, tetapi
memperluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti.
 
Bidang Keberhasilan Utama Negara Sebahagian Daripada Proses Transformasi dan
Pembaharuan Pendidikan
 
9.         Oleh sebab itu, YAB Perdana Menteri telahpun menjadikan pemeluasan akses kepada
pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA), dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berdaya maju dan
mampu memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Pengenalan NKRA pendidikan merupakan
sebahagian daripada proses transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan kita
yang insyaAllah akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini.
 
10.       Untuk mencapai hasrat ini, Kementerian Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan empat komponen kecil NKRA pendidikan iaitu: pertama, meningkatkan kadar
penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012; kedua, memastikan semua
murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah; ketiga, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi; dan keempat,
memperkenalkan New Deal atau Bai’ah Baru kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk
meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah.
 
Pertama: Meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir
tahun 2012
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
 
11.       Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah halnya
dengan pendidikan anak-anak. Keutamaan harus diberikan kepada usaha menggilap potensi
anak-anak sejak dari awal lagi, iaitu di peringkat pendidikan prasekolah. Untuk itu, pendidikan
prasekolah akan diperkasakan dan dijadikan sebahagian daripada aliran perdana dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Pada masa ini, 67% kanak-kanak kohort umur 5 tahun mengikuti
pendidikan prasekolah kerajaan dan swasta. Menjelang tahun 2012, kerajaan mensasarkan
peningkatan kadar penyertaan pendidikan prasekolah kepada 87%, iaitu penambahan sebanyak
20%. Dijangkakan seramai lebih 440,000 murid akan mengikuti prasekolah pada tahun 2012
berbanding 342,706 murid pada tahun ini.
 
12.       Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan strategi yang
komprehensif dan bersepadu. Antaranya ialah menambah baik kurikulum prasekolah, termasuk
menambah waktu interaksi dalam Bahasa Inggeris. Bilangan prasekolah juga akan ditambah
dengan pembinaan 4,194 kelas prasekolah baru menjelang tahun 2012. Kerajaan juga
menimbang untuk mewujudkan kemudahan prasekolah berpusat, kemudahan asrama dan
pengangkutan kepada murid di luar bandar dan pedalaman. Di samping itu, pihak swasta akan
digalakkan untuk menyediakan pendidikan prasekolah melalui pemberian insentif seperti geran
dan pengecualian cukai.
 
13.       Selanjutnya, Kementerian Pelajaran akan menyediakan latihan yang komprehensif
kepada guru prasekolah, termasuk guru-guru prasekolah swasta melalui pelbagai program latihan
keguruan seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Peningkatan
Profesionalisme Guru Prasekolah. Bagi mengatasi masalah kekurangan guru terlatih di kawasan
luar bandar dan pedalaman, pihak Kementerian akan memberikan keutamaan kepada kawasan
berkenaan dalam proses penempatan guru, di samping mengambil calon-calon tempatan untuk
dilatih sebagai guru prasekolah. Pihak Kementerian juga akan melaksanakan pelbagai program
penerangan dan promosi, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, bagi membangkitkan
kesedaran di kalangan ibubapa tentang kepentingan pendidikan prasekolah kepada
perkembangan potensi anak-anak.
 
Kedua: Memantapkan penguasaan literasi dan numerasi murid
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
 
14.       Suka atau tidak, adalah amat merugikan jika terdapat kanak-kanak di negara kita yang
mengikuti alam persekolahan tetapi masih gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira (3M) apabila meninggalkan bangku persekolahan. Makanya, Kerajaan telah
mensasarkan agar semua kanak-kanak normal yang mengikuti alam persekolahan mesti
menguasai ketiga-tiga kemahiran asas ini ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum
penghujung tahun 2012. 
 
15.       Dengan kaedah pengajaran yang berkesan, kemudahan pembelajaran yang mencukupi
dan pelaksanaan pelbagai program meningkatkan penguasaan 3M seperti Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis, Program Pemulihan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira
(PROTIM), Program Bimbingan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROBIM) dan
Program Pemulihan Khas, saya percaya bahawa masalah kegagalan menguasai kemahiran asas
literasi dan numerasi akan dapat dielakkan, sekali gus mengurangkan kadar keciciran dan tahap
pencapaian pelajar yang rendah. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan mewujudkan
3,399 Kelas Pemulihan Khas di seluruh negara. Daripada jumlah ini, sebanyak 111 kelas (3.3%)
telah siap dibina, 2,917 (85.9%) sedang dalam pembinaan dan 3 (0.1%) di peringkat prabina.
 
Ketiga: Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi
 
16.       Bagi menggalakkan budaya kecemerlangan di sekolah, kerajaan mensasarkan 20 buah
sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Pemilihan SBT akan
dibuat berdasarkan tahap kecemerlangan akademik dan pencapaian pelajar termasuk disiplin,
kebersihan, aktiviti ko-kurikulum dan penguasaan bidang keutamaan sekolah. Natijahnya ialah
untuk menjadikan SBT sebagai penanda aras kecemerlangan kepada sekolah-sekolah lain,
sekaligus melonjakkan pencapaian pelajar secara keseluruhan di negara ini. 
           
Keempat: Memperkenalkan Bai’ah Baru (New Deal) kepada pemimpin sekolah
 
17.       Kerajaan juga akan memperkenalkan Bai’ah Baru atau New Deal dengan menawarkan
ganjaran kewangan dan bukan kewangan kepada pemimpin dan pasukan pengurusan sekolah
yang menunjukkan prestasi cemerlang. Tujuan diperkenalkan Bai’ah Baru ini ialah untuk
memastikan setiap sekolah ditadbir secara profesional bagi meningkatkan tahap kecemerlangan
sekolah. Pihak Kementerian akan menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh Pengetua dan
Guru Besar di sekolah masing-masing pada setiap tahun penilaian bedasarkan lima aspek iaitu
pencapaian akademik, kokurikulum, disiplin, iklim sekolah dan kepimpinan. Sasaran yang
ditetapkan perlu dipersetujui secara bersama oleh Kementerian Pelajaran dan Pengetua atau Guru
Besar.
 
Bidang Keberhasilan Utama Kementerian
 
18.       Di samping empat komponen kecil Bidang Keberhasilan Utama Negara yang telah saya
sentuh tadi, Kementerian Pelajaran juga mempunyai dua komponen kecil bidang keberhasilan
utama khusus untuk dicapai iaitu memperkasa pendidikan vokasional dan kemahiran serta
memastikan semua sekolah mendapat bekalan elektrik 24 jam.
 
Pertama: Memperkasa pendidikan vokasional dan kemahiran
 
19.       Pendidikan vokasional adalah penting dalam usaha kita untuk melahirkan modal insan
yang berkemahiran tinggi. Dalam konteks ini, Mata Pelajaran Vokasional (MPV) menyediakan
laluan kepada pelajar di sekolah menengah harian untuk mengikuti pendidikan kemahiran
berbentuk hands-on. Untuk itu, Kementerian Pelajaran akan memperkasa pendidikan vokasional
dengan mensasarkan penambahan sejumlah 300 bengkel vokasional di seluruh negara. Pada
masa ini, sebanyak 144 buah bengkel (30%) telah siap dibina, 126 (26%) dalam pembinaan dan
30 (6%) pada peringkat prabina.
 
Kedua: Bekalan elektrik 24 jam di semua sekolah
 
20.       Bagi mencapai sasaran menyediakan bekalan elektrik 24 jam kepada semua sekolah pula,
Kementerian Pelajaran telah memperluaskan Sistem Solar Hibrid kepada 78 buah sekolah di
Sabah, di mana 87% daripadanya telah siap dibina. Sebanyak 103 buah sekolah lagi sedang
berada di peringkat prabina. Di Sarawak, sejumlah 427 (99%) projek bekalan elektrik telah siap,
sementara baki 3 projek masih dalam pembinaan. 
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
 
21.       Saya ingin menegaskan bahawa kesemua sasaran yang ditetapkan ini adalah sesuatu yang
realistik dan boleh dicapai. Soalnya ialah sejauhmana kita sebagai warga pendidik bersedia untuk
berusaha dengan gigih dan istiqamah dalam mencapai sasaran meningkatkan kualiti pendidikan
negara. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
 
22.       Oleh itu, pelaksanaan NKRA menuntut amalan budaya kerja cemerlang, sikap
kebertanggungjawaban dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang
terbaik demi nusa dan bangsa. Justeru, tugas besar yang menanti para warga pendidik ialah untuk
menjayakan transformasi dan pembaharuan pendidikan dengan satu hasrat dan satu tekad bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara. Ini adalah satu amanah besar yang tergalas di bahu kita
semua. Untuk itu, seluruh warga pendidik perlu saling bantu membantu dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab mulia ini, dengan hasrat untuk menghasilkan kejayaan secara kolektif.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
 
23.       Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh
dalam melaksanakan dasar-dasar baru kerajaan seiring dengan perkembangan terkini dalam
dunia pendidikan hari ini. Sesungguhnya, selaku Menteri Pelajaran, saya amat menghargai
sokongan dan kerjasama seluruh warga pendidik dalam menjayakan wawasan dan gagasan
Kerajaan untuk meningkatakan kecemerlangan dan mutu pendidikan negara. Marilah kita
bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar sentiasa diberikan kekuatan untuk
menjunjung amanah perjuangan memartabatkan pendidikan negara.
 
24.       Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya merasmikan Persidangan
Perkembangan Baru Dalam Pendidikan, 2010-2012.
     
Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai