Anda di halaman 1dari 4

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia

yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang
lain seperti songket dengan motif warna-warni.

Dipercayai kebaya berasal daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahun yang
lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya
yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan
keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah
mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya
menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.

Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang
Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-
manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan
juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi
desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi
boleh dikenakan dengan seluar jeans.
Selendang biasa adalah lebih kecil dan lebih nipis daripada selendang panjang. Bagaimanapun
corak selendang biasa lebih digemari kerana lebih ringkas dipakai. Selendang biasa dipakai
dengan menyangkutkannya di atas satu bahu ataupun kedua-dua bahu; menutupi kepala dan
bahu; diselempang di bahu kemudian melintasi badan dan diikat di pinggang; disangkut di bahu
dengan hujung yang di belakang diselempangkan di belakang badan dan disangkutkan pada
tangan (hujung yang satu bagi dilepaskan dihadapan badan) dan pelbagai cara lagi.

Selendang biasa diperbuat daripada tenunan sutera yang sudah menjalani proses ikat dan celup
atau dikenali dengan nama kain limar. Sisi selendang biasa dikemaskan dengan tenunan benang
emas. Kadang-kadang selendang ini juga disongket atau disulam dengan bunga emas.

Di Kelantan, selendang biasa dipakai oleh kaum wanita sebagai kain kemban semasa
mengenakan pakaian Cik Siti Wan Kembang.

Selendang biasa juga turut digunakan dalam upacara lenggang perut iaitu upacara yang dibuat
ketika wanita mengandung tujuh bulan. Tujuan upacara ini ialah supaya bayi yang dikandung
selamat dilahirkan.
 Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang di pakai di Malaysia dan negara serantau
biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak
Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada
leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup
atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di
jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang
Belut dan sebagainya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina.
Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di
jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan
juga bagi menunaikan solat Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan
juga majlis-majlis rasmi.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin
dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.
 

Anda mungkin juga menyukai