Anda di halaman 1dari 6

Baju Belah Kebaya Panjang

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat 'mengurungkan' anggota badan.
Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau
upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-
Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya
panjang'. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus
di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang
tiga
Kebaya Kota Bharu
Di namakan Kebaya Kota Bharu kerana kebaya ini secara tradisinya dipakai wanita-wanita
Kota Bharu dan Kelantan. Apa yang membezakan kebaya Kota Bharu dan kebaya-kebaya lain
yang terdapat di Malaysia adalah dibahagian depan dada baju kebaya tersebut ia
mempunyai kancing, kebaya kota bharu ini juga mirip kepada kebaya di pulau Jawa terutama
di kota Bandung yang di panggil Kebaya Kutu Baru
Kebaya Riau-Pahang
Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang atau dipanggil Kebaya Turki,
perbezaan Kebaya ini dengan Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah mempunyai leher
berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang [3] tetapi bahagian hadapannya juga
berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah
kancingnya yang berbutang itu
Kebaya Nyonya
Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia. Kain
tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang
yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera
atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat Kebaya
Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai
dengan status Nyonya.
• Kebaya Saloma
Biduanita Puan Sri Saloma boleh dianggap sebagai pencipta atau pencetus
trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai
penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai. Saloma dilihat berani mencuba
dan memperkenalkan sesuatu yang baru dalam cara berpakaiannya. Pada
zaman 1950-an di mana orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang
teguh kepada tata susula Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian
'asing' bagi masyarakat Melayu ketika itu. Saloma mempopularkan fesyen
pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan
menampakkan dada. Saloma turut memperagakan pelbagai jenis kebaya
yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya. Fesyen
pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi
kemestian wanita dan artis wanita pada waktu itu. Begitu juga dengan
pakaian luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.
Kebaya Chitty
Seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri.
Sudah tentu, terdapat beberapa perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India
dan Cina. Kebaya Chitty agak konservatif amnya memihak kepada bahan legap untuk kebaya
mereka, berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty juga
cenderung untuk plainer, dengan sulaman halus atau tiada langsung - Tidak seperti Nyonya
kebaya, yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti dan halus. Satu lagi perbezaan adalah
bahawa wanita Chitty juga memakai kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek
(kebaya hip-panjang digemari oleh Nyonya).

Anda mungkin juga menyukai