Anda di halaman 1dari 1

Pada pendapat saya,jika hanya pemberi rasuah dihapuskan tidak juga akan dapat

menangani gejala rasuah. Penerima rasuah sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan duit.
Tambahan pula, polis-polis yang berpangkat rendah yang sentiasa nak duit lebih. Tambahan
lagi, dunia sekarang ni, semuanya perlukan duit. Tiada sesiapa pun yang nak membayar
mahal-mahal. Orang akan berfikir, “kalau aku masuk mahkamah mahu kena RM400-RM500
kena bayar”. Banyak lagi proses yang perlu dilalui. Kalau bagi duit bawah meja RM100 dah
lepas untuk selesaikan masalah. Siapa yang tak nak? Memang sangat susah kalau nak
dihapuskan. Tapi kalau ada mekanisma yang betul-betul boleh menghapuskan amalan
rasuah ni, Alhamdulillah la. Bagi saya, kita kena disiplinkan iman dan diri kita sendiri. Tak
salah naik mahkamah sekalipun janji perut tidak kembung dan meletup di akhirat nanti.!

Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bersih dari rasuah, SPRM hendaklah
dijadikan satu badan suruhanjaya DiRaja dan diletak dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agung.
Di Malaysia, selagi orang-orang politik yang memerintah dan berkuasa ke atas SPRM tak kira
lah kalau SPRM tu di pantau oleh satu badan bebas yang dianggotai oleh ahli-ahli panel yang
dianggap bebas tapi yang sebenarnya ia dikawal oleh pemerintah, maka indeks rasuah di
Malaysia ini tetap pada takuk yang sama malah akan makin merudum. Lagipun, orang paling
atas dalan SPRM hendaklah diambil dari orang yang betul-betul ingin bekerja tanpa
kompromi dalam rasuah dan kalau tidak ada atau tak mampu untuk mencari atau
mengadakan orang yang betul-betul diperlukan dalam bidang tersebut, jangan malu untuk
membuka jawatan itu kepada orang luar kerana ia mungkin lebih berkecuali.

Bercakap pasal rasuah juga. Kita juga kena tengok nilai-nilai murni dalam setiap diri
individu. Kalau dari muda kita tidak disemai atau dididik dengan nilai jujur dan amanah
dalam diri kita, nilai-nilai negative yang ada boleh menyebabkan kita terjebak dalam rasuah.
Kita harus ingat, duit yang haram masuk dalam keluarga tidak akan berkat. Kalau cakap
pasal rasuah, bukan setakat orang-orang besar macam menteri dan syarikat-syarikat sahaja,
sekarang ni, kalau nak minta kerja pun kena ada ‘orang dalam’. Lebih-lebih lagi tempat kerja
yang namanya hebat. ‘Orang dalam’ ni boleh dianggap rasuah secara tak sedar. Nak masuk
sekolah asrama penuh pun kena ada ‘orang dalam’. Kasihan pada orang yang berhak tapi
tak dapat sebab adanya orang begini.

Kesimpulannya, rasuah bukan mudah untuk ditangani lebih-lebih lagi melibatkan


individu itu sendiri. Lebih-lebih lagi apabila dirasuah dengan jumlah wang yang
besar,memang semua gelap mata. Satu sahaja cara untuk menanganinya, iaitu mendidik
anak-anak dari kecil secukupnya dengan pegangan agama. Insyaallah mereka tahu akan
betul dan salah pada perkara yang mereka lakukan. Ini sahaja cara yang terbaik boleh
dilakukan. Seperti kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Anda mungkin juga menyukai