Anda di halaman 1dari 2

Arahan kepada calon

1. Jawab satu soalan sahaja.

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nama, Tingkatan, dan Nombor Soalan mengikut
susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan
anda. (Lihat gambar rajah di bawah).

Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Hadapan Lukisan.

Nama : …………………………
Tingkatan : ……………………..
5 cm
Nombor soalan : ………………..
Markah : ………………………..

8 cm

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.

(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan
kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.

(d) Anda tidak boleh menggunakan apa jua jenis pembaris semasa membuat lakaran asas.

(e) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja yang sudah siap.

(f) Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan.

(g) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan
asemblaj. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas
berwarna, atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan
lain-lain yang dibawa sendiri.

(h) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.
SENI HALUS
Jawab satu soalan sahaja

1. Hasilkan sehelai kertas pembalut hadiah dengan motif geometri. Corak anda hendaklah
memenuhi keseluruhan kertas lukisan. Anda dibenarkan menggunakan empat warna
sahaja.

2. Di dasar laut, ikan beraneka jenis sedang berenang di celah-celah rumpai laut.
Gambarkan suasana ini.

3. Beberapa biji limau, manggis dan tiga biji buah kelapa diletakkan di atas meja.
Gambarkan suasana ini.

4. Hasilkan satu gubahan pemandangan di tepi pantai pada waktu senja dengan
menggunakan elemen warna panas.

5. Hasilkan sebuah poster untuk aktiviti sukan yang telah diadakan di sekolah anda.
Kapsyen : Sukan Gemilang
Warna : Bebas

6. Di halaman sebuah rumah terdapat beberapa buah pasu yang ditanam dengan pelbagai
jenis bunga-bungaan. Pelbagai saiz batu kelihatan tersusun di sekeliling pasu tersebut.
Lukiskan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek
bentuk, jalinan dan ton.

~SOALAN TAMAT~
“Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang”
- William J. Siegel

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISEMAK OLEH:

(PN UMI ROKANA BT MUSTAFA) (PN NOR AZIZAH BT MOHAMAD) (PN NOR AZIZAH BT MOHAMAD)
GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL KP PENDIDIKAN SENI VISUAL GURU KANAN KEMANUSIAAN

Anda mungkin juga menyukai