Anda di halaman 1dari 7

REFORMASI PILIHANRAYA

Kalau ikutkan situasi sekarang, mahu sahaja saya meminta supaya


semua pimpinan parti politik pembangkang mengambil ketetapan untuk
tidak lagi menyertai pilihanraya selepas ini, memboikot terus sehinggalah
satu perubahan atau reformasi dilakukan terhadap struktur Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) dan juga sistem 'care-taker government,' agar
pilihanraya kita menjadi satu proses pemilihan kerajaan yang terpercaya,
bebas dari segala bentuk penipuan dan keraguan.

Dari mereka yang mengikuti dan mengambil berat, sujud beberapa


cadangan. Ada yang mengusulkan supaya SPR diletakkan langsung di
bawah Parlimen. Tetapi dalam keadaan parlimen yang dikuasai oleh
Barisan Nasional, tentulah pula melalui pilihanraya yang penuh dengan
penipuan dan keraguan, apakah ketelusan dan akauntabiliti SPR sudah
boleh dijamin? Ada pula yang mencadangkan supaya SPR diletakkan di
bawah Majlis Raja-Raja. Tetapi dalam keadaan Raja-Raja yang sudah
hilang kuasa, bertindak atas nasihat Menteri Besar sahaja, ditambah
dengan semua negeri sekarang dikuasai oleh Barisan Nasional kecuali
Kelantan, tentulah juga melalui pilihanraya yang penuh dengan penipuan
dan keraguan, apakah kejujuran dan kebertanggungjawaban SPR sudah
turut boleh dijamin?
Terlalu banyak kemungkinan, penuh kekaburan, idea-idea ini nampaknya
tidak boleh dipakai. Karut-marut pilihanraya akan tetap terus berlaku.
Saya fikir SPR perlu punya satu 'superior council' yang dipanggil Lembaga
Pengawas. Keanggotaannya? Saya boleh mengambil sedikit idea
terdahulu. Seorang wakil dilantik oleh Parlimen, seorang wakil dilantik
oleh Majlis Raja-Raja, seorang wakil dilantik oleh SUHAKAM, 2 orang
wakil dilantik oleh Majlis Peguam, 2 orang wakil dari pertubuhan bukan
kerajaan yang berkait dengan pemantauan pilihanraya, 5 orang wakil dari
Barisan Nasional dan 5 orang wakil dari parti pembangkang. Semuanya
adalah 12 orang. Mereka ini bukan sahaja bertindak mengawasi SPR dari
segi pengurusan dan pentadbirannya, lebih dari itu mereka perlu diberi
kuasa sehingga ke tahap membatalkan pilihanraya secara serta-merta
walaupun ketika tempoh kempen dan pilihanraya sedang berjalan jika
berjaya dibuktikan penipuan telah berlaku.
Lembaga ini juga perlu diberi kuasa untuk memantau 'care-taker
government' yang memerintah ketika pilihanraya sedang berjalan.
Mekanisme perlantikan 'care-taker government,' had kuasa mereka dan
taraf perjawatan perlu dikaji semula. Lembaga mestilah ada hak sehingga
ke tahap memecat mana-mana orang yang menganggotai 'care-taker
government' ini jika berjaya dibuktikan mereka telah menyalahgunakan
kedudukan mereka untuk kepentingan kempen politik parti-parti tertentu
sewaktu dalam tempoh pilihanraya.
Kata orang menyuarakan idea memang mudah. Bagaimana pula cara
untuk merealisasikannya? Ia melibatkan undang-undang, terutamanya
Akta Pilihanraya dan Akta Kesalahan Pilihanraya, serta mungkin sedikit
Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan. Pindaan perlu dibuat,
draf pindaan mungkin mampu dibuat oleh pihak pembangkang kerana
ramai kalangan pimpinan adalah pengamal undang-undang.
Pembangkang juga masih punya wakil di Parlimen untuk membawa
Cadangan Pindaan Rang Undang- Undang Akta Pilihanraya dan Akta
Kesalahan Pilihanraya serta lain-lain yang berkaitan ke Dewan Rakyat.
Persoalan seterusnya adalah tentang cara mana Cadangan Pindaan ini
boleh berjaya dibentangkan, berjaya dibahaskan dan berjaya diluluskan
dalam keadaan Parlimen dikuasai oleh Barisan Nasional? Jika kita sampai
ke tahap membawa Cadangan Pindaan ini ke Dewan Rakyat, di waktu itu
saya mohon dan seru kepada seluruh rakyat yang mengaku menyokong
kebenaran dan suka keadilan ditegakkan supaya turun ke jalanraya
memberi sokongan, kalau boleh di hadapan Bangunan Parlimen itu
sendiri. Lima ratus ribu orang boleh turun di Taiwan, saya kira ahli-ahli
berdaftar sahaja di dalam parti-parti pembangkang seperti keADILan,
PAS, DAP dan lain-lain sudah melebihi jumlah ini, belum lagi dicampur
dengan penyokong dan reformis tidak berparti.
Untuk yang mengaku menyokong kebenaran dan suka keadilan
ditegakkan, saya ingatkan bahawa ini bukan lagi zaman menjadi orang
belakang, cukuplah menyokong dengan undi kononnya. Habis di situ.
Tetapi kemudiannya menyumpah di kedai kopi dan merungut di dalam
hati. Jadi cukupkah sokongan undi kita di saat kita sedar pengundian itu
penuh dengan penipuan dan penyelewengan?
Komitmen kita sedang dituntut. Jika mereka yang berada di Parlimen itu
mengaku mereka adalah wakil pilihan rakyat maka kitalah rakyat itu.
Bersuaralah, bangkitlah dan berdirilah bersama-sama kami, laungkanlah
kuat-kuat kalimah R E F O R M A S I !!!

Pengerusi dan Setiausaha SPR wajar


dipecat - Azmin Ali
Intan Abdullah
Fri | May 18, 07 | 03:32:47 PM
Naib Presiden KeADILan, Mohamed
Azmin Alimendedahkan betapa BN
cukup gentar dengan kehadiran Dato'
Seri Anwar Ibrahim dalam kempen
Pilihan Raya Kecil Dun Ijok 28 April
lalu. Apa pun bagi beliau, walaupun
tewas, hasilnya cukup positif. Ikuti
wawancara beliau dengan Intan
Abdullah pada 7 Mei lepas di Taman
Tun Dr Ismail.
Peranan dan kempen Dato' Seri Anwar
Ibrahim dalam pilihan raya kecil di
Ijok, berjaya menaikkan undi KeADILan
sebanyak 13 peratus, apa pandangan
saudara?
Saya yakin faktor Anwar cukup penting
dalam pilihan raya umum yang akan
datang. Peranan beliau di Ijok
menyebabkan BN menjadi cemas,
dengan serangan beliau ke atas
perlaksanaan dasar dan kecurangan
dalam BN, memberi kesan yang positif
kepada pengundi Ijok.
Rakyat melihat Anwar sebagai tokoh
yang boleh mengangkat martabat dan
harakat umat dan bangsa Malaysia.
Rakyat daripada bangsa lain merasakan
Anwar mempunyai keupayaan untuk
membawa keluar masyarakat daripada
kemelut ekonomi dan politik
berdasarkan rekod dan kewibawaan
beliau dalam bidang-bidang ini.
Justeru peranan Anwar dilihat begitu
penting dalam pilihan raya umum yang
akan datang.
Keduanya, peranan Anwar dari segi
mengukuhkan lagi kerjasama antara
parti-parti politik, khususnya PAS dan
DAP. Terbukti di Ijok, kerjasama
antara KeADILan, PAS dan DAP, cukup
terserlah dan meyakinkan rakyat
bahawa dalam banyak perkara kita
boleh bekerjasama dengan baik,
khususnya dalam reformasi dan agenda
perubahan yang dipimpin oleh DSAI.
Analisis keputusan pilihan raya di Ijok
mendapati ada bukti bahawa 142
kertas undi tidak dikembalikan kepada
SPR?
Ia berlaku di saluran empat, daerah
mengundi Pekan Berjuntai Bestari
Utara.
Boleh jelaskan isu ini?
Saya berpendapat ia adalah amalan
yang telah 'establish' yakni sudah agak
biasa dibuat di kalangan Umno dan BN,
dan apa yang berlaku adalah
berdasarkan perancangan yang cukup
rapi.
Kami mendapati bahawa pengundi
yang masuk ke pusat mengundi
mengambil kertas undi, tetapi tidak
memasukkannya semula ke dalam peti
undi.
Kemudian, mereka akan keluar dari
tempat pembuangan undi dan
berhimpun di suatu tempat yang telah
ditetapkan. Selepas itu, mereka akan
menjual kertas-kertas undi ini kepada
ketua-ketua cawangan Umno dengan
nilai RM500 sehelai kertas undi yang
kosong.
Ketua cawangan kemudiannya akan
mengumpulkannya dan akan pangkah
BN, seterusnya mereka akan masuk ke
tempat mengundi sebagai pengundi
yang sah menjelang jam terakhir
pengundian (biasanya pukul 4 ke atas).

Ketua-ketua cawangan ini, selain dia


mengambil kertas undi untuk dirinya
sendiri dan

pemBeLa-RakYat Reply »
Kuala Lumpur, Malaysia |
Report Abuse
|
Judge it!
|
#2
May 21, 2007
 

pangkah, dia juga akan menggunakan


kesempatan itu untuk memasukkan
kertas-kertas undi sebanyak 10 atau 20
helai yang dibeli tadi.
Buktinya ialah 142 pengundi yang
mengambil kertas undi tetapi tidak
mengembalikannya ke peti undi,
bermaksud mungkin mereka tidak
sempat memasukkannya ke peti undi
selepas masa yang telah ditetapkan.
Pada masa yang sama, kes ini
membabitkan pengundi saluran empat
iaitu pengundi muda. Adalah mustahil
mereka tidak tahu prosedur atau
proses pengundian kerana ia adalah
satu jumlah yang sangat ketara.
Ada terdapat perubahan dalam senarai
daftar undi, saudara ada maklumat?
Sebenarnya terdapat 1,111 orang
pengundi berdaftar pada 2004, tetapi
pada pilihan raya kali ini nama mereka
gugur pada senarai daftar pemilih yang
terkini. Hal ini berlaku tanpa
pengetahuan pengundi tersebut.
Sebagai contoh ada seorang pengundi
wanita di Sekolah Kebangsaan Ijok
pada 2004, tetapi pada kali ini
namanya tercicir. Dia mempertikaikan
kerana beliau tidak pernah memohon
untuk dipindahkan tetapi namanya
dicicirkan.
BN mengatakan bahawa isu pengundi
hantu sengaja ditimbulkan. Adakah
pihak saudara mempunyai bukti?
Ini bukan suatu perkara yang baru dan
kita mengemukakan kepada SPR
berulang kali tetapi tiada usaha
mengemaskinikan daftar pemilih
dijalankan.
Sebagai contoh, dalam daftar pemilih
di Dun Ijok, ada 50 orang pemilih yang
telah meninggal dunia tetapi masih
berdaftar sebagai pemilih. Selain itu
juga, ada 32 orang pemilih yang
berumur melebihi 100 tahun.
Pengundi hantu ini tidak semestinya
yang mati, hidup dan pergi mengundi.
Watak pengundi hantu sekarang
pelbagai; antaranya yang kita fahami
pengundi hantu ini ialah pengundi yang
telah mati tetapi pergi mengundi.
Namun begitu, dalam pilihan raya di
Ijok yang lalu, daripada 50 yang mati,
12 daripadanya datang mengundi.
Manakala 1,111 pula telah digugurkan
nama mereka tanpa kebenaran dan
makluman kepada mereka.
Apa yang saya takrifkan pengundi
hantu ini adalah pengundi yang tiada
kelayakan dari segi undang-undang
untuk membuang undi di sesuatu
kawasan tetapi dibenarkan untuk
berbuat demikian.
Hal yang sama berlaku di Ijok, ada 979
pemilih baru yang didaftarkan oleh SPR
berdasarkan senarai daftar pemilih
yang baru diwartakan pada 4 April
2007.
Walau bagaimanapun mengikut undang-
undang, semua pemilih baru mestilah
dipamerkan terlebih dahulu sebelum ia
diwartakan.
Ia adalah untuk memberi makluman
kepada pengundi tentang sebarang
perubahan yang berlaku. Tetapi
malangnya hal ini tidak berlaku di Ijok,
iaitu senarai pemilih baru ini

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan
Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan
persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan
pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses
demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab
Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam
setiap pilihan raya.

Untuk memenuhi tanggungjawab dan menjalankan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya serta
melaksanakan keputusan-keputusan Suruhanjaya, sebuah Urus Setia diwujudkan selaras dengan
seksyen 3, Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19). Urus Setia ini diketuai oleh seorang Setiausaha
(pegawai awam) yang menjadi Ketua Pegawai Pentadbir organisasi berkenaan. Urus Setia SPR ini
mempunyai 14 pejabat pilihan raya negeri, dengan masing-masing diketuai oleh seorang Pengarah
Pilihan Raya Negeri, untuk melaksanakan fungsi SPR. Anggota-anggota pejabat pilihan raya negeri
diambil daripada perkhidmatan awam Malaysia. Carta organisasi Suruhanjaya adalah seperti di Rajah
1.

Anda mungkin juga menyukai