Anda di halaman 1dari 12

SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH 2011

Adab Berbeza Pendapat


Dan Peranannya
Dalam Mencari Persamaan.

Anjuran:
Kerajaan Negeri Perlis

Pada:
22 hinga 24 April 2011.
Tempat:
De Palma Hotel Ampang

www.abuanasmadani.com

ٓ‫ٖذ‬ٝ ٍِ ،‫ئبث أػَبىْب‬ٞ‫ ّٗؼ٘ر ببهلل ٍِ ششٗس أّفسْب ٗس‬،ٓ‫ْٔ ّٗسخغفش‬ٞ‫إُ اىحَذ هلل ّحَذٓ ّٗسخؼ‬
ُ‫ ٗأشٖذ أ‬،ٔ‫ل ى‬ٝ‫ ٗأشٖذ أُ ال إىٔ إال اهلل ٗحذٓ ال شش‬،ٔ‫ ى‬ٛ‫ضيو فال ٕبد‬ٝ ٍِٗ ،ٔ‫اهلل فال ٍضو ى‬
ٌِ‫ِ ٗسي‬ٝ‫ً٘ اىذ‬ٝ ٚ‫ آىٔ ٗأطحببٔ ٍِٗ حبؼٌٖ بإحسبُ إى‬ٚ‫ٔ ٗػي‬ٞ‫ اهلل ػي‬ٚ‫ طي‬،ٔ‫ٍحَذًا ػبذٓ ٗسس٘ى‬
:‫ أٍب بؼذ‬.‫َ ًب‬ٞ‫حسي‬
Muqaddimah:
Bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan hati-hati kita dengan wahyu-Nya,
menyelamatkan kita dari kejahilan, memberi hidayat dari kesesatan dan seterusnya menjadikan kita
sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk faedah manusia, apabila kita beriman dengan wahyu
yang didatangkan kepada kita dan kita mengamalkannya sebagaimana semestinya.
Perbahasan tentang tajuk ini memang panjang kalau hendak diperincikan, tetapi untuk
menyesuaikan dengan masa dan peserta yang terlibat, maka pendekatan yang mudah dan ringkas
difokuskan kepada beberapa noktah penting. Mudah-mudahan dengan perbincangan yang sebegini
dapat membuka pemikiran masyarakat terhadap realiti umat yang banyak berkhilaf tetapi kurang
mengambil kira dari segi adab dan peraturannya.
Allah Swt telah menjadikan ikhtilaf, iaitu perberbezaan pendapat, citarasa, keinginan dan
segalanya menjadi tabiat kehidupan dunia dan para penghuninya.
Kebanyakan umat manusia pada hari ini, termasuklah umat Islam sendiri berada dalam
perselisihan pendapat yang besar lagi meluas, baik dalam hal aqidah, Syariah atau akhlak.
Perselisihan adalah satu daripada bentuk „fitnah‟ atau ujian Allah ke atas manusia. Meskipun
manusia diberi akal fikiran untuk membuat pilihan berdasarkan ilmu dan panduan wahyu, namun
perselisihan masih tetap berlaku.
Bahkan ikhtilaf itu juga berlaku di antara ibu/bapa dan anak, sedangkan anak itu datang dari
ibubapanya, merupakan cawangannya, tetapi perbezaan tetap berlaku, samada dari segi rupa paras,
warna, pendapat, pemikiran dan lain-lain.
Walaupun ikhtilaf itu satu sunnah Rabbaniyyah (ketentuan Tuhan Pencipta Alam), tetapi ia tetap
satu perkara yang sukar diterima.
Ramai orang bertanya, sampai bilakah akan berlakunya ikhtilaf di kalangan ulama'? Bilakah ia
akan berakhir? Bilakah umat Islam boleh bersatu?? Realitinya, khilaf itu akan berterusan selagi
wujudnya manusia di muka bumi ini, tidak perlu lagi kita bermimpi untuk menjadikan manusia itu
satu.
Firman Allah SWT:
ٌْ ُٖ‫خيَ َق‬
َ ‫ل‬
َ ‫ل َٗىِ َزِى‬
َ ‫ إِال ٍَِْ سَحٌَِ سَ ُب‬، َِِٞ‫ُ ٍُخْ َخيِف‬
َ ُ٘‫ضَاى‬َٝ ‫و اىَْبطَ ُأٍَ ًت َٗاحِذَ ًة َٗال‬ َ َ‫ َٗىَْ٘ شَبءَ سَ ُبلَ ى‬
َ ‫ج َؼ‬
 َِِٞ‫ج ََؼ‬
ْ َ‫ِ اىْجَِْ ِت َٗاىَْبطِ أ‬
َ ٍِ ٌَ ََْٖ‫ج‬
َ ُ
َ َ‫أل ٍْأل‬
َ ‫ل‬َ ‫ج َمِيََتُ سَ ِب‬
ْ ََ‫َٗ َح‬
Maksudnya: {Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan manusia umat
yang satu (tetapi dia tidak berbuat demikian). Dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih.
Kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu, dan kerana itulah Dia menjadikan manusia. Dan
dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka
jahanam dengan sekelian jin dan manusia (yang derhaka)}. [Hud: 118-119]
Al-Imam Ibnu Kathir rhm berkata: “Perbezaan pendapat di kalangan manusia dalam perkara
agama, iktikad, cara hidup, mazhab dan pandangan akan berterusan berlaku.”
Kata Ikrimah rhm: “Manusia adalah berbeza dalam menerima petunjuk hidayah Allah.”
Kata Al-Hasan al-Basri rhm: “Perbezaan juga berlaku dalam menerima rezeki, ada yang kaya
memperolehi banyak rezeki, ada yang miskin, sedikit rezekinya.”
Ibnu Kathir memilih pendapat yang pertama sebagai tafsiran yang paling tepat untuk ayat di atas.

1
Adapun maksud ayat: {Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu}; iaitu kecuali
mereka yang diberi rahmat daripada kalangan pengikut rasul-rasul, iaitu mereka yang berpegang
dengan seluruh ajaran yang diperintah oleh Allah dan Rasul-Nya.
Berkata Qatadah rmh: “Orang yang mendapat rahmat Allah itu ialah ahlul-jamaah, walaupun
pun tempat dan kedudukan mereka berjauhan dan berbeza. Ahli maksiat pula ialah ahli firqah, iaitu
kumpulan yang berpecah, walaupun tempat dan kedudukan mereka sama.” [Lihat Tafsir Ibnu
Kathir, dalam menghuraikan ayat ini].
Ayat di atas memberi isyarat bahawa khilaf merupakan suatu ketentuan dan memang berlaku,
maka dari sudut qadarnya satu realiti, tetapi dari sudut Syara‟ pula ada khilaf yang diterima dan ada
yang ditolak.
‫ {َٗال‬:ِِٔٞ‫ه ف‬ َ ‫ِ َّ َض‬
ْ ٍََِ َ٘ َُٕٗ- ‫َ َت‬ِٝ‫ع بَِْ سَبس‬ َ ‫َْْب ا ْى ِؼشْبَب‬َٞ‫ (أَح‬:‫ج ٍش قَبال‬ ْ ُ‫ِ ح‬ُ ْ‫ج ُش ب‬ْ ُ‫ َٗح‬ُٜ َِ‫سَي‬ُ ‫ػ َْشٍٗ اى‬ َ ُِ ْ‫ِ ب‬ ِ ََ‫ح‬ْ َ‫ػَبْذُ اىش‬
.َِِٞ‫ِ ٍَُٗقْخَ ِبس‬ َ ِٝ‫ِ َٗػَب ِئذ‬
َ ِٝ‫َْْبكَ صَا ِئش‬َٞ‫ أَح‬:‫سَيََْْب َٗ ُقيَْْب‬
َ ‫ َف‬-}َِْٔٞ‫ػي‬ َ ٌْ ُ‫ح َُِين‬
ْ َ‫ج ال أَجِ ُذ ٍَب أ‬
َ ْ‫ح ََِيُٖ ٌْ ُقي‬
ْ َ‫َِ إِرَا ٍَب أَحَ ْ٘كَ ىِخ‬ِٝ‫ اىَز‬َٚ‫ػي‬ َ
،ُُُُ٘ٞ‫ج ٍَِْٖب ا ْىؼ‬ ْ َ‫ َرسَف‬،ً‫غَت‬ِٞ‫ػظَ ًت َبي‬ِ ٍَْ٘ ‫ػظََْب‬ َ ََ٘‫َْْب ف‬َٞ‫ػي‬
َ ‫و‬َ ‫ ثٌَُ أَقْ َب‬،ًٍَْ٘ٝ ‫ث‬
َ ‫ رَا‬ ِٔ َ‫ بَِْب َسسُ٘هُ اىي‬َٚ‫طي‬ َ :ُ‫ه ا ْى ِؼشْبَبع‬ َ ‫فَقَب‬
‫ ((أُوصُِ ُكىْ تِتَمْىَي‬:َ‫َْْب؟ فَقَبه‬َٞ‫ َفََبرَا َح ْؼَٖذُ ِإى‬،ٍ‫ػظَ ُت ٍَُ٘دِع‬ ِ ٍَْ٘ ِٓ ِ‫َب َسسُ٘هَ اىيَ ِٔ مَأََُ َٕز‬ٝ :ٌ‫ه قَب ِئو‬ َ ‫ فَقَب‬.ُ‫ج ٍَِْٖب اىْ ُقيُ٘ة‬ ْ َ‫جي‬ ِ ََٗٗ
‫ َفعَهَ ُْ ُكىْ ِتّسَُُتٍِ َوسَُُ ِح‬،‫ش يِ ُْ ُكىْ َت ْعذٌِ َفّسََُشَي اخْتِالفًا كَثُِشًا‬ ْ ‫ وَِإٌْ عَ ْثذًا حَ َثشًُِا؛ فَئِ َ ُه َيٍْ َ ِع‬،ِ‫انهَهِ وَانّسًَْعِ وَانّطَاعَح‬
‫حذَثَ ٍح‬
ْ ‫حذَثَاخِ األُيُىسِ؛ فَِئٌَ كُ َم ُي‬ ْ ‫ وَإََِا ُكىْ وَ ُي‬.ِ‫جز‬ ِ ‫ععُىا عَهَُْهَا تِانَُىَا‬ َ ‫ّسكُىا تِهَا َو‬َ ًَ َ‫ ت‬،ٍََِ‫شذ‬ ِ ‫ٍ انشَا‬ َ َُِِ‫ا ْنخُهَفَا ِء انًَْ ْهذ‬
.ٛ‫ ٗاىخشٍز‬،ٔ‫ ٗاىيفظ ى‬،‫ ٗأب٘ داٗد‬،‫ سٗآ أحَذ‬.))ٌ‫ َوكُمَ ِت ْذعَحٍ ظَالنَح‬،ٌ‫ِت ْذعَح‬
Abdul Rahman bin Amru as-Sulami dan Hujr bin Hujr telah meriwayatkan: “Kami berdua telah
pergi bertemu dengan seorang sahabat yang bernama al-„Irbadh bin Sariyah ra. Beliau ialah seorang
yang telah diturunkan ayat al-Quran ini kepadanya:
Maksudnya: {Dan tiada (pula) berdosa ke atas orang-orang yang apabila mereka datang
kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh
kenderaan untuk membawamu.} [At-Taubah: 92].
Kami memberi salam kepadanya lalu berkata: “Kami datang untuk menziarahi tuan dan
menimba ilmu”. „Irbadh berkata: “Pada suatu hari, Rasulullah saw mengimami kami solat subuh,
kemudian Baginda berpaling ke belakang menghadap kami seraya menasihati kami dengan nasihat
yang sangat mendalam, begitu menusuk hati kami sehingga menitiskan airmata. Kami pun berkata:
Wahai Rasulullah, nampaknya ini seperti nasihat perpisahan, maka berwasiatlah lagi kepada kami”.
Lalu Baginda saw pun bersabda yang bermaksud:
((Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah! Taat dan patuh (kepada pemimpin),
walaupun pemimpin kamu itu seorang hamba abdi yang berkulit hitam! Sesiapa di antara kamu
yang hidup selepas ketiadaanku, dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu
berpegang teguh dengan Sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rashidin Mahdiyyin (yang mendapat
petunjuk). Gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham (iaitu berpeganglah dengan kuat) dan
jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bid’ah sedangkan
setiap bid’ah itu sesat.)) [HR Ahmad, Abu Daud, dan al-Tirmizi menyatakan ia Hasan Sahih].
Kata al-Hafiz Ibnu Rajab rhm: “Hadis ini adalah perkhabaran yang dicerita oleh Rasulullah saw
tentang perkara yang akan berlaku kepada umatnya selepas ketiadaan Baginda. Akan banyak
berlaku ikhtilaf dalam perkara usul al-din dan cabangnya. Khilaf dalam perkataan, amalan dan
kepercayaan (iktikad). Hadis ini bertepatan dengan hadis lain yang diriwayatkan bahawa umat ini
akan berpecah kepada lebih daripada 70 kumpulan, semuanya dalam neraka kecuali satu kumpulan
sahaja; iaitu mereka yang berada di atas landasan ajaran Rasulullah saw dan para sahabatnya. 3 )
}ٜ‫ً٘ أّب ٗأطحبب‬ٞ‫ٔ اى‬ٞ‫}ٕ٘ ٍب ّحِ ػي‬.
Hadis ini juga memberi arahan apabila berlakunya perpecahan dan ikhtilaf, semua umat
hendaklah berpegang dengan Sunnahnya dan sunnah khulafa‟ Ar-Rasyidin selepas darinya.” [Jami‟
al-Ulum wa al-Hikam 2/120].
Hadis ini juga menunjukkan satu mukjizat ilmiah Rasulullah saw yang besar kerana ia
menggambarkan suasana perselisihan yang akan berlaku kepada umat Islam disebabkan oleh
sesetengah amalan yang mereka lakukan selepas kewafatan Baginda saw. Lalu, Baginda awal-awal
lagi mengingatkan kepada sesiapa yang hidup pada zaman perselisihan itu supaya menghadapinya
dengan cara berpegang teguh kepada sunnah dan menjauhi perkara bid‟ah.
2
Apa yang diingatkan oleh Nabi saw itu benar-benar menjadi kenyataan apabila realiti sejarah
membuktikan bahawa fitnah perselisihan yang berlaku di zaman sahabat dan generasi seterusnya
adalah berpunca daripada keracunan pemikiran yang direka oleh puak yang menyeleweng seperti
Syiah, Khawarij, Muktazilah dan sebagainya.
Akibatnya perpecahan semakin membesar dari masa ke semasa, bertambah buruk lagi dengan
kedatangan penjajah kafir yang menguasai negara umat Islam dan meracuni pemikiran mereka
dengan pelbagai ideologi dan isme-isme yang menjauhkan umat Islam daripada agamanya,
sehingga mengakibatkan umat Islam menjadi mundur, lemah dan terjajah segala-galanya.

PENJELASAN TENTANG IKHTILAF ATAU KHILAF


Ikhtilaf dalam bahasa Arab membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara, dalam
ertikata setiap orang mengambil jalan yang berbeza sama ada dalam perkataan mahu pun pendapat.
Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama, oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf.
Sementara khilaf ialah pertentangan atau berlawanan “‫( ”ٍضبدة‬mudhaddah), jadi ia membawa
erti yang sama dengan ikhtilaf, walaupun maknanya lebih umum.
Khilaf itu sebahagian daripada (al-did, yang berlawanan) dan tidak semestinya setiap dua benda
yang berbeza itu berlawanan, walaupun dua benda yang berlawanan itu pasti berbeza 1. Maka
walaupun setiap khilaf itu satu ikhtilaf, tetapi setiap ikhtilaf itu tidak semestinya satu khilaf.
Ikhtilaf menurut istilah fuqaha’ bererti berbeza tentang pendapat, agama, jalan-jalan dalam
agama dan kepercayaan terhadap sesuatu yang boleh membawa kebahagiaan atau kecelakaan
kepada manusia di dunia dan akhirat2.
Pandangan imam Abu Ishak al-Syatibi rh dalam membezakannya:
1) Al-Khilaf ialah sesuatu yang lahir dari hawa nafsu yang menyesatkan, bukan hasil daripada
mencari objektif Syara‟ (Maqasid Syariah) dengan mengikut dalil-dalilnya. Oleh itu ia tidak
diambil kira kerana lahir daripada hawa nafsu, sepertimana tidak diambil kira mana-mana pendapat
yang menyalahi hukum Syara‟ yang sabit secara qat’iy.
2) Manakala Ikhtilaf pula ialah:
• Pendapat-pendapat yang lahir daripada ulama mujtahidin dalam masalah-masalah ijtihadiyyah
yang tiada nas qat’iy padanya, atau;
• Pendapat-pendapat terhadap masalah-masalah yang berlaku di antara dua pihak yang jelas
bertentangan menurut pandangan mujtahidin disebabkan tersembunyi sebahagian dalil-dalil dan
tidak ditemuinya.3
Namun demikian perbezaan di antara Ikhtilaf dan Khilaf yang dikatakan oleh al-Syatibi itu
hanyalah istilah sahaja yang dilihat tidak ada kekuatan sandarannya. Ini kerana para fuqaha‟ telah
menggunakan al-khilaf dan al-ikhtilaf dengan makna yang sama sahaja iaitu “Sesuatu yang tidak
disepakati para fuqaha‟ dalam masalah-masalah ijtihad tanpa memandang betul atau salah atau
ganjil pendapat yang diperkatakan itu”.
Para fuqaha‟ juga menggunakan kalimah “Al-Tanazu’” dengan makna al-ikhtilaf. 4
LARANGAN IKHTILAF DALAM ISLAM
Islam memerintahkan supaya bersatu dan bermuafakat serta melarang berpecah belah dan
berselisih pendapat. Dari sini dapat difahami beberapa perkara berikut:
• Pertama: Ikhtilaf adalah sesuatu yang boleh berlaku di kalangan manusia, kerana jika ia
mustahil berlaku pasti Syara‟ tidak akan melarangnya dan tidak menuntut mukallaf
meninggalkannya, kerana melarang dari melakukan benda yang mustahil adalah sia-sia.

1
Lihat Ibn Manzur (t.t) “Lisan al-Arab”, Matba‟ah al-Dar al-Arabiyyah Lial-Ta‟lif wa al-Tarjamah. Kaherah. jld:1, hal:
430.
2
Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al-Gharnati (t.t), “al-Muwafaqat”, Kaherah. Matba‟ah „Ali Subaih
Wa Auladihi. jld : 4, hal : 110.
3
Ibid.
4
Lihat: Al-Mausu‟ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiah 2/291, Risalah Ahkam: 229-230.
3
• Kedua: Apabila ikhtilaf itu sesuatu yang boleh berlaku dan lahir daripada manusia, maka ia
juga boleh dicegah dan boleh dihasilkan lawannya iaitu bersatu dan bersepakat, kerana salah satu
prinsip Syara‟ “Tidak ada taklif melainkan terhadap sesuatu yang mampu dilakukannya”, atau
“Tiada taklif terhadap sesuatu yang mustahil”.
• Ketiga: Apabila ikhtilaf itu sesuatu yang dilarang dalam Syariat Islam, maka sudah tentu ia
mazmum (dicela). Ini adalah kerana pada dasarnya yang dicela itu dilarang melakukannya.
• Keempat: Apabila ikhtilaf dilarang atau dicela, maka sesiapa yang terlibat melakukannya akan
dikenakan balasan siksa.
Oleh yang demikian timbul persoalan sejauh manakah boleh berlaku ikhtilaf di antara manusia,
dalam ertikata lain adakah ia suatu yang jarang atau sering berlaku, atau sampai kepada tahap mesti
berlaku? Adakah orang Islam dikecualikan daripada berlaku khilaf di kalangan mereka atau tidak?
Adakah khilaf itu satu jenis sahaja atau berbagai? Adakah celaan itu terhadap semua jenis khilaf
atau sebahagian sahaja? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan khilaf dan bagaimana
menanganinya? Apakah balasan seksaan akan dikenakan ke atas semua orang yang berkhilaf dan
lain-lain persoalan yang boleh dibangkitkan5.
Sebenarnya perbincangan ini amat luas, tidak mungkin diperkatakan semuanya dalam kertas
yang ringkas ini. Kita hanya akan memberi tumpuan kepada jenis-jenis khilaf, kaedah-kaedah
menangani masalah khilafiyyah dan adab al-Khilaf.
PEMBAHAGIAN KHILAF
Sebelum dibincangkan sebab-sebab khilaf antara fuqaha‟ ini, khilaf itu sendiri terbahagi kepada
tiga bahagian6:
1- ‫( انخالف انًمثىل‬Khilaf Yang Diterima).
Perbezaan yang berlaku dalam perkara-perkara yang disyariatkan itu berbagai-bagai, cuma
ulama‟ berbeza pendapat tentang yang lebih afdal dan patut diutamakan sahaja seperti haji Qiran,
Tamattu‟ dan Ifrad. Setiap jenis haji ini sah dilakukan walaupun mereka berselisih pendapat tentang
yang lebih afdal.
Demikian juga menyaringkan Basmalah dan memperlahankannya, kedua-duanya harus yakin
tidak membatalkan solat walaupun sebahagian ulama‟ mengatakan sunat membaca nyaring dan
sebahagian ulama‟ lain menganggapnya makruh.
2- ‫( انخالف انًزيىو‬Khilaf Yang Dicela).
Terdapat khilaf yang keji lagi dicela. Ini berpunca daripada empat sebab:
• Kejahilan.
• Kezaliman dan penderhakaan.
• Mengikut hawa nafsu.
• Menyalahi manhaj Nabawi dalam penerimaan hukum Syara‟ dan cara mengamalkannya.

3 . ‫( انخالف انّساثغ انًعمىل‬Khilaf Yang Harus Dan Dapat Diterima Akal)


Khilaf ini ialah perbezaan yang berlaku di kalangan ulama‟ mujtahidin dalam masalah
ijtihadiyyah iaitu masalah yang tidak terdapat nas qat‟iy. Namun demikian khilaf ini dapat diterima
dengan syarat-syarat berikut:
a. Hendaklah khilaf itu berlaku di kalangan ulama‟ fiqh dan orang yang berkelayakan dalam
agama.
b. Hendaklah ijtihad dan khilaf mereka itu dalam masalah far’iyyah yang tiada dalil-dalil qat’iy
berhubung dengan hukumnya.
c. Hendaklah tujuan masing-masing untuk mencapai kebenaran dan yang betul.
d. Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi mencapai kebenaran.

5
Dr. Abd al-Karim Zaidan, “Majmu‟ah Buhuth Fiqhiyyah” hal : 275-277.
6
Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir (1996), al-Urdun. Dar al-Nafais, “Masail fi al-Fiqh al-
Muqarin”, hal: 10.

4
Khilaf seperti ini juga berlaku di kalangan para sahabat dan tabi‟in, namun demikian tidak ada
seorang pun di kalangan mereka dicela kerana perbezaan yang berlaku itu, ini disebabkan masing-
masing bekerja untuk mencari kebenaran, kalau tersalah ketika menuntut dan mencari kebenaran itu
mereka tidak dipersalahkan bahkan dimaafkan. Ini jelas daripada sabda Baginda s.a.w:
:ُ‫َقُ٘ه‬ٝ  ِٔ َ‫سَِغَ َسسُ٘هَ اىي‬ َ ََُّٔ‫ِ ا ْىؼَبصِ أ‬ ِ ْ‫ػ َْشِٗ ب‬
َ ِْ َ‫ػ‬
]ٌ‫ ٍسي‬ٙ‫ه َأجْشٌ)) [سٗآ اىبخبس‬
ُ َ‫خّطَأَ فَه‬
ْ ‫ح َكىَ فَاجْتَ َهذَ ُث َى َأ‬
َ ‫ وَِإرَا‬،ٌِ‫ح َك َى ا ْنحَا ِكىُ فَاجْتَ َهذَ ُث َى َأصَابَ فَهَ ُه َأجْشَا‬
َ ‫((ِإرَا‬
Ertinya : “Apabila seorang hakim hendak menjatuhkan hukuman, lalu ia berijtihd dan betul
ijtihadnya, nescaya mendapat dua pahala, apabila tersalah ijtihadnya maka ia mendapat satu
pahala”. [HR: Bukhari No. 7352 dan Muslim No. 1716]

SEBAB-SEBAB KHILAF
Walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama‟ mujtahidin dan masing-masing
menjelaskan hujah yang menjadi sandaran kepada setiap masalah yang dihasilkan oleh ijtihad
mereka, tetapi perbezaan itu tidak sedikitpun membawa kepada pulau memulau, benci-membenci
tanpa mengetahui dalil-dalil sandaran hukum yang mereka ijtihadkan. Dalam pada itu mereka saling
hormat menghormati antara satu sama lain dan berlapang dada serta bertolak ansur dalam masalah
yang mereka tidak boleh bersatu. Ini disebabkan tabiat masalah yang dalilnya tidak qat‟iy, maka
pasti akan berlaku khilaf.
Lihatlah contoh Perbezaan pendapat antara tiga ulama' besar dari Iraq di bawah ini:
Abdul Warith bin Said menceritakan bahawa beliau telah pergi ke Makkah dan bertemu dengan
tiga ulama' besar dari Iraq, iaitu Imam Abu Hanifah, Muhammad bin Abdul Rahman Ibnu Abi Laila
dan Abdullah Ibnu Syubrumah. Beliau telah mengambil kesempatan untuk bertanya tentang
“Hukum seorang lelaki yang menjual sesuatu barang dengan syarat tertentu”, Al-Ba’i was Syart’.
Pertama beliau mengajukan soalan itu kepada Imam Abu Hanifah, beliau menjawabnya bahawa
jualan itu batal dan syarat itu juga batal.
Beliau kemudian pergi kepada Ibnu Abi Laila yang mengatakan bahawa jualan itu sah, tetapi
syaratnya batal.
Akhirnya beliau berjumpa dengan Ibnu Syubrumah yang mengatakan bahawa jualan itu sah
serta syaratnya juga sah.
Beliau lalu mengucapkan; “Subhanallah, tiga ulama' Iraq, berbeza pendapat dalam satu
masalah??”
Abdul Warith pun pergi semula bertemu dengan Abu Hanifah dan menceritakan tentang hal ini.
Abu Hanifah berkata: “Saya tidak tahu apa pandangan mereka berdua, tetapi bagi saya ialah hadis
yang diriwayatkan kepada saya oleh „Amru bin Syua‟ib, dari bapanya, dari datuknya bahawa
“Rasulullah saw melarang jualan yang bersyarat”, ini bermakna jualan dan syarat, keduanya tidak
sah!”
Beliau lalu pergi pula bertemu dengan Ibnu Abi Laila dan menceritakan tentang hal ini. Ulama'
itu berkata: “Saya tidak tahu apa pandangan mereka berdua, tetapi bagi saya ialah hadis yang
diriwayatkan kepada saya oleh Hammam bin Urwah, dari bapanya, dari Aisyah ra, bahawa
Rasulullah saw menyuruhnya membeli Barirah (seorang hamba) yang kemudiannya telah
dimerdekakan, sedangkan pemiliknya telah meletakkan syarat bahawa walaupun telah menjualnya
tetapi Barirah masih tetap di bawah kekuasaannya (wala’). Rasulullah saw lalu mengatakan bahawa
jualan itu sah tetapi syaratnya batal.”
Akhirnya Abdul Warith pergi bertemu dengan Ibnu Syubrumah dan menceritakan tentang hal
ini. Beliau berkata: “Saya tidak tahu apa pandangan mereka berdua, tetapi bagi saya ialah hadis
yang diriwayatkan kepada saya oleh Mis‟ar bin Kidam, dari Muharib bin Dithar, dari Jabir ra
bahawa beliau telah menjual untanya kepada Nabi saw dengan syarat beliau mahu terus
menungangnya sehingga tiba di Madinah. Ini bermakna jualan dan syarat, sah keduanya!” [HR al-
Tabarani, al-Mu‟jam al-Ausat: 335/4.]
Ini menunjukkan bahawa para ulama' ini sangat berpegang kepada hadis yang mereka terima.
Wallahu‟alam.

5
Punca berlakunya khilaf atau ikhtilaf dikalangan ulama’ boleh dibahagikan kepada dua:.
1.FAKTOR BUKAN ILMIAH:
Ialah faktor hawa nafsu yang dikuasai oleh syaitan melalui sifat-sifat mazmumah (keji) yang ada
dalam diri manusia. Antara ciri-ciri yang termasuk dalam faktor jenis ini ialah:
Pertama: Hasad dengki yang di dorong oleh permusuhan peribadi.
Faktor ini telah diingatkan oleh Rasulullah  dalam sabda-Nya:
،َ‫حِهكُ انشَعَش‬
ْ َ‫ ال أَلُىلُ ت‬،ُ‫ ِهٍَ انْحَانِمَح‬،ُ‫ ( َدبَ ِإَنُْكُىْ دَاءُ األُيَىِ َل ْثهَكُىْ؛ انْحَّسَذُ وَا ْنثَ ْغعَاء‬:َ‫ قَبه‬ َِٜ‫أََُ اىَْب‬
)ٍََِ‫حِهكُ انذ‬ ْ َ‫َونَكٍِْ ت‬
Maksudnya: ((Telah berjangkit kepada kamu penyakit umat-umat sebelum kamu, (iaitu penyakit)
hasad dan permusuhan, sedangkan permusuhan itulah pencukur. Ketahuilah! Bahawa aku bukan
mengatakan ia pencukur rambut, tetapi mencukur (pegangan) agama.)) [HR At-Tirmizi].
Kedua: Kejahilan yang dipengaruhi oleh sifat bohong dan khianat.
Faktor ini juga telah diingatkan oleh Rasulullah  dalam sabda-Nya:
‫ َوَُ ْؤتًٍََُ فُِهَا‬،ُ‫سَُىَاخٌ خَذَاعَاخُ َُصَ َذقُ فُِهَا انْكَا ِربُ َوَُكَ َزبُ فُِهَا انصَا ِدق‬ َ ِ‫عهًَ انَُاس‬ َ (( : َِٔ‫سسُ٘هُ اىي‬
َ ٍِ‫س َُ ْأت‬ َ َ‫قَبه‬
.))ِ‫ انشَجُمُ انتَافِهُ فٍِ أَيْشِ انْعَايَح‬:َ‫ وَيَا انشُ َو َْ ِثعَحُ؟ لَال‬:َ‫ لُِم‬.ُ‫ّطكُ فُِهَا انشُ َو َْ ِثعَح‬
ِ َُْ‫ َو‬،ٍُُِ‫ َوَُخَىٌَُ فُِهَا األَي‬،ٍُِ‫انْخَائ‬
Maksudnya: ((Akan datang kepada manusia tahun-tahun penipuan, (di mana) pembohong akan
dipercayai sedangkan yang benar didustai, pengkhianat akan dipercayai sedangkan yang jujur
dikhianati, dan akan bercakap pada masa itu Ar-Ruwaibidhah. (Baginda) ditanya: “Siapakah itu Ar-
Ruwaibidhah?” Baginda menjawab: “Lelaki lekeh (jahil) yang bercakap dalam urusan (yang
membabitkan kepentingan) umum)). [HR Ibnu Majah].
Kedua-dua faktor di atas mendorong manusia untuk mengeluarkan sesuatu pendapat tanpa
didasari oleh sifat ikhlas dan amanah ilmiah, sebaliknya lebih dikuasai oleh hawa nafsu yang
disuntik oleh sifat khianat, „ujub, cintakan kemasyhuran dan taksub.
Apatah lagi bila ia dibakar pula oleh semangat persaingan akedemik, politik, ekonomi dan
perbezaan ideologi. Orang yang dipengaruhi oleh faktor-faktor ini, biasanya berhujah dengan fakta
“dengar cakap”, tanpa disokong oleh bukti ilmiah yang konkrit, malah mereka sanggup
mengharuskan pembohongan dengan mengemukakan bukti-bukti palsu semata untuk
mempertahankan pegangan mereka. Sebagaimana puak Syiah yang tergamak mencipta hadis palsu
demi ideologi.
Jika ada bukti yang tidak menyebelahi mereka, mereka akan cuba sedaya upaya memutar
belitkan maksudnya atau mereka akan cuba memadamkannya dengan pelbagai teori dan
methodologi yang lemah. Keadaan ini menjadi lebih malang jika kesemua faktor ini dipengaruhi
pula oleh faktor “cari makan”.
Allah  telah berfirman:
               
Maksudnya: {Dan (sebenarnya) tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah
didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang
nyata, kerana hasad dengki sesama sendiri}. [Al-Baqarah: 213].7
2. FAKTOR ILMIAH:
Terdapat banyak sebab, faktor atau punca berlakunya sedemikian, setiap penulis yang
mencatatkan punca ini juga berbeza cara olahan /susunan mereka terhadap isu ini, untuk
meringkaskan perbincangan beberapa contoh sahaja akan disebut dibawah ini;
Pertama: ‫انتفاوخ فً انعمم وانفهى وانمذسج عهً تحصُم انعهى‬
(Perbezaan Dari Segi Akal Fikiran, Kefahaman dan Kemampuan Menguasai Ilmu)
Manusia berbeza sesama mereka dari segi paras rupa dan warna kulit dengan perbezaan yang
nyata dan ketara. Mustahil terdapat dua orang yang serupa seratus peratus dalam semua keadaan

7
Lihat: Ust Ab. Rashid & Kawan; Khilaf dalam Islam, Sebab dan Adab ms: 40-44.
6
walaupun mereka itu adalah sepasang adik-beradik kembar. Perbezaan ini sebenarnya adalah di
antara tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t sepertimana firmanNya:
]22 :ًٗ‫[س٘سة اىش‬ ِ
َ َِٞ‫َبثٍ ِى ْيؼَبِى‬َٟٝ ‫ل‬
َ ‫ َرِى‬ِٜ‫ُ ف‬
َ ِ‫ع َٗاخْخِالفُ َأ ْىسَِْ ِخنُ ٌْ ََٗأىَْ٘ا ِّنٌُْ إ‬
ِ ْ‫ألس‬
َ ‫ث َٗا‬
ِ ‫سََبَٗا‬
َ ‫ق اى‬ َ ِٔ ِ‫َبح‬َٝ‫ ٍَِِْٗ آ‬
ُ ‫خ ْي‬
Ertinya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya
ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”.
[Ar-Rum: 22]
Perbezaan sesama manusia tidaklah setakat rupa paras dan warna kulit sahaja bahkan perbezaan
itu menjangkau jauh lebih daripada itu kepada bakat semulajadi, persediaan, kecenderungan, aliran,
akal, kecerdikan, kepintaran, tabiat, naluri dan lain-lain sifat yang membentuk hakikat batin
manusia.
Perbezaan-perbezaan ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap khilaf fuqaha‟. Sebahagian
fuqaha‟ mempunyai kemampuan yang tinggi dari segi hafazan dan kefahaman, ada di antara mereka
yang hafazannya lebih baik daripada kefahamannya. Sementara yang lain pula kefahamannya lebih
baik daripada hafazannya8.

Kedua: ٍ‫انتفاوخ فً انحصُهح انعهًُح ويصذس انتهم‬


(Perbezaan Dalam Pencapaian Ilmu dan Sumber Pengambilan Ilmu)
Di antara faktor besar yang menyumbangkan khilaf fuqaha‟ ialah perbezaan mereka dalam
pencapaian ilmu, khususnya tentang al-Quran dan al-Sunnah. Apabila seorang faqih lebih
pengetahuannya tentang al-Quran dan al-Sunnah, maka hukumnya lebih hampir kepada tepat.
Sementara itu ayat-ayat al-Quran terbatas bilangannya dan dapat dihafaz. Sedangkan hadis-hadis
Rasulullah s.a.w pula banyak, tentulah sukar dikuasai dan dihafaznya. Ini adalah kerana ketika
Rasulullah s.a.w memperkatakan sesuatu atau melakukan sesuatu perbuatan tidak semua sahabat
mendengar atau melihat apa yang Baginda lakukan atau perkatakan. Maka apabila Baginda s.a.w
wafat, sunnahnya tersimpan kepada segolongan sahabat dan tidak semua sahabat yang menghimpun
sunnah itu di dalam dada atau buku masing-masing.
Para sahabat pula berbeza tahap dalam menghafaz al-Sunnah, ada di antara mereka yang
menghafaz dua atau tiga hadis sahaja, sementara yang lain ada yang menghafaz beribu-ribu hadis
dan pula yang sederhana sahaja hafazannya. Ramai sahabat bertebaran di beberapa wilayah Islam,
masing-masing menyebarkan sunnah yang dihafaznya kepada penduduk tempatan. Begitulah
caranya ilmu dan sunnah Rasulullah s.a.w tersebar luas di seluruh wilayah Islam. Ulama‟ setiap
negeri itu akan memberi fatwa berdasarkan hadis-hadis yang ada pada mereka, jika sesuatu perkara
itu tidak ada hadis pada mereka sebagai rujukan, mereka akan berijtihad, kadangkala ijtihad mereka
menepati hadis dan adakalanya tersalah.
Namun demikian Allah s.w.t telah menyediakan untuk umat ini beberapa tokoh yang mempunyai
cita-cita yang tinggi, azam yang kuat dan niat yang bersih, mereka menjelajah seluruh dunia Islam
merentasi timur dan barat bagi mengumpulkan sunnah Rasulullah s.a.w dan menyusunnya dalam
kitab-kitab al-Sihah, al-Masanid dan al-Ma’ajim.
Sebahagiannya masyhur dikenali ramai dan sebahagiannya tidak masyhur, kesemuanya ini
memudahkan untuk mengetahui sunnah Rasulullah s.a.w.
Tetapi untuk menguasai semua sunnah itu amat sulit bahkan mustahil, kerana himpunan hadis
begitu banyak. Lebih-lebih lagi arah pandangan ulama‟ berbeza dalam menghukum sebahagian
hadis, kerana sebahagian ulama‟ berpendapat beberapa hadis itu sahih sedangkan yang lain
berpendapat hadis itu daif. Ini adalah satu bab yang luas perbincangannya sehingga membawa
kepada berlakunya khilaf di kalangan ulama‟9.
Perhatian: Setiap faktor-faktor khilaf ini ada contoh-contohnya, namun untuk mengelak
10
daripada terlampau panjang kertas kerja ini penulis tidak memasukkannya dalam kertas ini .
8
Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir Op cit, hal : 20. Abd al-Karim Zaidan, Op cit, hal : 277.
9
Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir Op cit, hal : 20-27.
10
Ana telah mencatatkan sebab berlaku khilaf di kalangan ulama‟ salaf; sahabat dan tabi‟in dalam Majalah “SOLUSI”
Terbitan Telaga Biru, dalam ruangan SYIAR. Semoga para peserta beroleh manfaat darinya. [Abu Anas]
7
Demikian juga cara seseorang ilmuan itu mendapat pendidikan, guru, tempat dan suasana (bi-ah)
mereka belajar, semua ini juga ada kesan dan pengaruh ke atas keperibadian seseorang itu.
Ini menunjukkan betapa pentingnya memilih tempat dan guru untuk menerima pendidikan.
Ketiga: ‫انتفاوخ فً اإلحاطح تعهىو انهغح انعشتُح‬
(Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu-ilmu Bahasa Arab)
Allah s.w.t menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab. Firman Allah s.w.t
 ‫ًب‬ِٞ‫ػشَب‬
َ ‫ َٗمَ َزِىلَ أَ ّْ َضىَْْب ُٓ ُق ْشآًَّب‬
Ertinya: “Dan demikianlah Kami telah menurunkan al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa
„Arab......”. [Taha: 113].
Allah s.w.t memilih Rasul yang terakhir berbangsa Arab bahkan Baginda s.a.w seorang Arab
yang paling fasih bahasa Arabnya. Ulama‟ tidak dapat memahami al-Quran al-Karim dan al-Sunnah
Rasulullah s.a.w selagimana mereka tidak memahami bahasa Arab. Perbezaan yang nyata di
kalangan ulama‟ dalam memahami hukum-hukum Syara‟ disebabkan perbezaan mereka memahami
Lisan al-Arab, penguasaan terhadap rahsia-rahsia bahasa Arab. Faktor inilah juga akan
menyumbangkan khilaf di antara ulama11.

Keempat: ‫االختالف فً يذي حجُح تعط انًصادس انفمهُح‬


(Perbezaan Tentang Kehujahan Beberapa Sumber Hukum)
Khilaf ulama‟ dalam hukum-hukum furu‟, antara faktornya ialah berlaku khilaf di antara mereka
tentang kehujahan sebahagian sumber-sumber yang menjadi sandaran kepada hukum-hukum furu‟.
Contohnya: Fuqaha‟ telah khilaf tentang kehujahan al-Hadis al-Mursal, al-Qiyas, al-Ijma’, al-
’Urf, al-Masalih al-Mursalah, al-Istihsan dan Syar’u Man Qablana.
Setiap mereka yang berpendapat satu-satu sumber itu hujjah akan mengamalkannya dalam
mensabitkan sebahagian hukum Syara‟.
Sementara bagi mereka yang tidak menganggapnya sebagai hujjah akan menolak dan
membatalkannya serta hukum-hukum yang dibina ke atasnya selagimana tidak ada dalil yang lain12.

Kelima: ‫االختالف فً انششوغ انتً َجة تىافشها فً انحذَث انصحُح انزي َجىص االحتجاج ته‬
(Perbezaan Tentang Syarat-syarat Yang Wajib Dipenuhi Pada Hadis Sahih Yang
Boleh Dijadikan Hujah)
Al-Hanafiyyah telah meletakkan syarat bagi beramal dengan Hadis Ahad; hendaklah perawi itu
tidak beramal menyalahi apa yang diriwayatkannya, tajuk hadis itu bukan daripada perkara yang
umum balwa (kebiasaan umum) dan hendaklah hadis itu tidak menyalahi konsep al-qiyas dan dasar-
dasar umum dalam Islam khususnya apabila perawi itu bukan seorang yang faqih.
Sementara al-Malikiyyah mensyaratkan Hadis Ahad itu hendaklah selari dengan amal ahl al-
Madinah, kerana ianya sama seperti periwayatan daripada Rasulullah s.a.w, sedangkan riwayat
orang ramai lebih berhak diamalkannya daripada riwayat seorang sahaja. Lagipun penduduk
Madinah lebih mengetahui yang terakhir warid daripada Rasulullah s.a.w.13
Jumhur fuqaha‟ pula yang terdiri daripada al-Syafi‟iyyah, al-Hanabilah, al-Zahiriyyah dan
sebahagian fuqaha‟ mazhab lain berpendapat yang pentingnya wajib beramal dengan Hadis Ahad
itu ialah apabila riwayatnya itu sahih dan berhubung sanadnya dengan Rasulullah s.a.w, maka
hendaklah diistinbatkan hukum daripadanya serta dijadikan sebagai sumber perundangan Islam.
Sekiranya sanad hadis itu tidak berhubung dalam ertikata hadis mursal, mazhab Syafi‟i
menerima pakainya dengan syarat ianya daripada mursal kibar al-tabi’in seperti perawinya Sa‟id
bin al-Musayyib dan mempunyai sanad daripada riwayat lain atau hadis itu selaras dengan kata-kata
sahabat atau difatwakannya oleh kebanyakan sahabat. Namun begitu bagi mazhab Ahmad bin

11
Ibid. hal : 30
12
Ibid. hal : 31.
13
Ibid, hal : 31-32.
8
Hanbal pula hadis mursal tetap diambil dan diterima pakai apabila tidak ada pada bab yang
berkenaan hadis yang berhubung sanadnya.14

Keenam: ‫االختالف فً انمىاعذ األصىنُح‬


(Perbezaan Tentang Beberapa Qawa’id Usuliyyah).
Qawa’id Usuliyyah ialah prinsip-prinsip, method, manhaj, cara dan kaedah-kaedah yang digubal
oleh para mujtahidin sebagai panduan untuk melakukan istinbat hukum-hukum Syara‟. Para ulama‟
fiqh akan iltizam dengannya bagi mengambil hukum-hukum Syara‟ daripada dalil-dalilnya yang
tafsili.
Khilaf dalam Qawa‟id Usuliyyah adalah di antara faktor-faktor yang menyumbangkan khilaf
dalam hukum-hukum furu‟.
Qawa‟id Usuliyyah ini sebahagiannya merujuk kepada bahasa Arab dan sebahagian yang lain
merujuk kepada akal. Di antara contoh-contoh khilaf tentang Qawa‟id Usuliyyah adalah seperti
berikut:
‫ اىيفظ اىَشخشك‬ْٚ‫ذ ٍؼ‬ٝ‫ ححذ‬ٚ‫ االخخالف ف‬.1
‫ اىْذة‬ٚ‫ اى٘ج٘ة أٗ ػي‬ٚ‫ حَو األٍش ػي‬ٚ‫ االخخالف ف‬.2
‫ٌ أٗ اىنشإت‬ٝ‫ اىخحش‬ٚ‫ ػي‬ْٜٖ‫ حَو اى‬ٚ‫ االخخالف ف‬.3
‫ذ‬ٞ‫ اىَق‬ٚ‫ حَو اىَطيق ػي‬ٚ‫ االخخالف ف‬.4
‫ اىَجبص‬ٚ‫قت أٗ ػي‬ٞ‫ اىحق‬ٚ‫ حَو اىيفظ ػي‬ٚ‫ االخخالف ف‬.5
‫ اىخبص ّخبش األحبد‬ٚ‫ حَو ػبً اىقشآُ اىسْت اىَخ٘احشة ػي‬ٚ‫ االخخالف ف‬.6
ٚ‫ ػًَ٘ اىَقخض‬ٚ‫ االخخالف ف‬.7
‫ اىخطبة‬ٙ٘‫ فح‬ٚ‫ دالىت اىْض ػي‬ٚ‫ االخخالف ف‬.8
‫ آخ‬ٚ‫ؼٖب اى‬َٞ‫ ج‬ٚ‫شجغ اى‬ٝ ‫ذة ٕو‬ٞ‫ سج٘ع االسخثْبء اى٘اسد بؼذ جَو ٍف‬ٚ‫ االخخالف ف‬.9
‫ ٍفٍٖ٘ٔ اىَخبىف‬ٚ‫ دالىت اىْض ػي‬ٚ‫ االخخالف ف‬.10
Ketujuh: ‫( االختالف فً انمشاءاخ فً انمشآٌ انكشَى‬Khilaf Tentang Qiraat Dalam al-Quran al-
Karim)
Kelapan: ‫( االختالف تّسثة تعاسض االدنح‬Khilaf Disebabkan Percanggahan Dalil-dalil)15.

KAEDAH MENANGANI MASALAH KHILAFIYYAH


Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum fiqh ada yang disepakati para imam
mujtahidin, ada yang hanya disepakati dikalangan ulama‟-ulama‟ mazhab berkenaan sahaja, ada
yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf dikalangan
ulama‟-ulama‟ dalam mazhab yang sama.
Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalam perkara
ijtihad dan hukum yang berasaskan kepada dalil-dalil zanni adalah suatu perkara yang tabi‟iy
bahkan pasti berlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelum ini.
Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab fiqh adalah suatu yang tidak logik, kerana ia
memaksa orang lain meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untuk berada dalam satu
mazhab sahaja. Ini tidak mungkin bahkan ianya bercanggah dengan konsep dan tuntutan ijtihad
kerana seorang yang mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnya
bahkan tidak harus ia bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang lain.
Sementara orang awam pula boleh bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulama‟
mujtahidin yang menjadi pilihannya.

14
Ibid.
15
Ibid, hal : 33-40.

9
ADAB AL-IKHTILAF
Sebagai seorang muslim, kita perlu menghayati akhlak-akhlak Islamiyyah dalam semua keadaan
sebagaimana yang diajar kepada kita oleh Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Adapun adab atau etika dalam berhadapan dengan masalah-masalah khilafiyyah khususnya bagi
kita yang bukan ulama‟ mujtahidin perlu sekali diberi penekanan agar tidak menimbulkan porak
peranda dan kecelaruan dalam masyarakat.
Adalah penting perkara ini diberi perhatian sewajarnya:
1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentimen ta’asub mazhab secara buta
tuli kerana mazhab bukanlah sebagai faktor memecah belahkan Islam dan bukan sebagai agama-
agama yang menasakhkan Syariat Islam, bahkan ia merupakan sebagai aliran pentafsiran dan
pemahaman Syariah. Ia juga merupakan method dan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam
mengistinbat hukum.
Kesemuanya bertujuan untuk mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
2. Kita tidak harus merasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab kerana perbezaan
dalam pemahaman dan istinbat adalah suatu perkara lumrah dan tabi‟iy bagi akal manusia, maka
sudah pasti akan berbeza dalam istinbat dan fahaman. Bahkan kita boleh berbangga dengan
perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan kepada kita sebagai suatu perbendaharaan fiqh yang amat
berharga.
Ia juga merupakan sebagai bukti betapa berkembang subur dan hidupnya fiqh, betapa luasnya
pemikiran para fuqaha‟ kita yang agong dalam melaksanakan kewajipan mereka memberi khidmat
kepada Syariat Islam yang mulia.
3. Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh ulama‟-ulama‟ mujtahidin dalam
berbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka dan kita percaya bahawa
mereka akan diberi pahala sama ada betul ataupun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan
mereka16.
4. Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah khilafiyyah.
5. Kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan
mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menentang amalan-amalan yang bercanggah
dengan hukum-hukum yang disepakati para ulama‟. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah:
" ‫ وإًَا َُكش انًجًع عهُه‬،‫" ال َُكش انًختهف فُه‬
Maksudnya: “Tidak atau jangan dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha‟
(dalam masalah ijtihadiyyah). Dan sesungguhnya yang perlu dibantah ialah perkara munkar yang
disepakati ulama‟ atas pengharamannya”17.
6. Kita mesti beradab dengan ulama‟ yang berbeza pandangan dengan kita, jangan celupar mulut
melempar tuduhan kalimah yang tidak baik ke atas amalan-amalan yang khilafiyyah ijtihadiyyah.
7. Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapatnya sebagai
sesat, pemecah belah masyarakat, pembuat bida‟ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing
ada hujah dan alasan yang perlu kita hormati.
8. Sebagai seorang pendakwah, guru atau imam harus bijak dalam menangani masalah
khilafiyyah dengan penuh hikmah dan Mau’izah al-hasanah. Menyediakan badil / gantian yang
terbaik kepada amalan yang sedia ada tapi kurang baik dari segi dalil dan sandarannya.
Silap uslub dakwah / tarbiah yang digunakan boleh menimbulkan perpecahan dalam masyarakat
dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.
9. Sebagai seorang pendakwah, kita perlu memfokuskan hala tuju dakwah, samada syarahan,
pengajaran dan penulisan kepada persoalan pokok yang perlu kita berganding bahu dalam
membangun atau meruntuhnya. Seperti isu keruntuhan moral di kalangan masyarakat hari ini.
mengutamakan yang aham minal muhim.
10. Mengelak dari melakukan masalah yang dipertikaikan memang digalakkan berdasarkan
kaedah fiqhiyyah “‫( ”انخشوج يٍ انخالف يّستحة‬Keluar dari khilaf itu digalakkan).

16
Abd al-Karim Zaydan, Op cit, hal : 413.
17
Al-Suyuti (1998) Beirut. Dar al-Kitab al-‟Arabi, “al-Asybah wa al-Nazair”, hal : 292.
10
Oleh itu, mengambil ajaran yang diyakini dalil dan sandarannya adalah diutamakan, dan lebih
meyakinkan, agar terhindar dari melakukan amalan yang dipertikaikan oleh sebahagian ulama dan
ada keraguannya padanya.

Beberapa orang ulama telah menulis kitab yang membincangkan isu ini, antaranya;
a- Raf’ al-Malam ‘an al-immah al-A’lam karangan Syeikh Islam Ibn Taimiah.
b- Al-Tanbih ‘ala al-Asbab allati aujabat al-Khilaf oleh: Ibn Al-Sayyid al-Bathlumi.
c- Al-Insaf fi Bayan Asbab al-Ikhtilaf oleh Shah Waliyyullah al-Dihlawi.

PENUTUP
Perbahasan masalah khilafiyyah perlu ditangai dengan bijaksana, isu ini tidak wajar
diperbesarkan dan saling menyalahkan antara satu sama lain, dengan cara mengajar masyarakat
agar membenci dan memusuhi golongan yang tidak sehaluan dengan kita. Ini kerana khilaf dalam
masalah furu‟ suatu yang tidak dapat dielakkan.
Apa yang penting bagi umat Islam ialah berganding bahu menegakkan Syariat Islam dalam diri,
rumahtangga, masyarakat dan negara.
Seterusnya memerangi kemaksiatan dan kemungkaran yang disepakati dan bekerja keras
menegakkan yang ma‟ruf yang diijma‟ ulama‟ di samping mendidik ummah agar berpegang kepada
sumber Islam yang asli dan dipastikan ketulenannya, seterusnya berlapang dada dan bertolak ansur
ketika menghadapi perkara-perkara khilafiyyah ijtihadiyyah dalam semangat persaudaraan Islam
dan kesatuan ummah. Wallahua'lam.
.ٌ‫ آىٔ ٗطحبٔ ٗسي‬ٚ‫ّب ٗقذٗحْب ٍحَذ ٗػي‬ٜ‫ ّب‬ٚ‫ اهلل ػي‬ٚ‫ ٗطي‬،‫ٗاهلل أػيٌ ببىظ٘اة‬

Rujukan:
1-Asbab Al-Khilaf Baina al-Ulama. Oleh: Sheikh Muhammad bin Soleh al-Utahimin.
2-Wala Yazaluna Mukhtalifin”. Oleh Dr. Salman bin Fahd Al-Audah. Muassasah al-Islam al-
Yaum.
3-Adab al-Ikhtilaf: Syeikh Abdullah bin Bayyah http://www.binbayyah.net/portal/research/182
4-Risalah Ahkam (2005): Oleh Prof. Madya Haji Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad, Terbitan Intel
Multimedia and Publication.
5-Majalah Solusi, Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Isu 18, 19.
Dan lain-lain, seperti yang tercatat di nota kaki.

Akhukum;
Abu Anas Madani,
Pondok Sungai Durian, Kelantan.
25 R. Thani 1432H – 30 Mac 2011.
www.abuanasmadani.com

11

Anda mungkin juga menyukai