Anda di halaman 1dari 20

SOAL & JAWAB

UNIT PERJAWATAN AKADEMIK


BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

1) DASAR/KONSEP LATIHAN

S : Apakah yang dimaksudkan dengan latihan?

J : Latihan bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas


dan disiplin bertujuan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk
memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai
melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa
bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama
dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan
kecemerlangan organisasi.

S : Apakah objektif yang ingin dicapai dengan memberikan


latihan/kursus kepada kakitangan universiti?

J : Objektif yang ingin dicapai dalam memberikan latihan/kursus kepada


kakitangan universiti adalah:
a) Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan
berkompetensi
b) Mencapai hasil kerja yang berkualiti/bermutu tinggi
c) Meningkatkan kompetensi dan produktiviti
d) Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif
e) Mewujudkan nilai cipta (value-creation) dan nilai tambah (value-added) di
dalam sektor awam
f) Menyediakan halatuju kemajuan kerjaya

S : Apakah kursus yang ditawarkan oleh Unit Latihan, Bahagian


Sumber Manusia?

J : Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia menawarkan kursus


berdasarkan struktur latihan kakitangan universiti yang meliputi semua
skim perjawatan. Walau bagaimanapun penawaran kursus ini adalah
berdasarkan kajian keperluan kursus yang dijalankan dan kedudukan
kewangan universiti. Bagi kursus yang sangat-sangat diperlukan oleh
kakitangan tetapi tidak dilaksanakan di UPSI, kakitangan terbabit boleh
memohon kursus di luar UPSI mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

1
2) PERMOHONAN LATIHAN

S : Bagaimanakah cara permohonan untuk mengikuti latihan?

J : Permohonan kursus adalah dilakukan secara online melalui MyUPSI


Portal (http://myupsi.upsi.edu.my). Setelah mendapat perakuan daripada
Ketua Jabatan, pemohon akan mendapat memo tawaran untuk
menghadiri kursus terbabit.

S : Di manakah saya boleh melihat/merujuk jadual latihan tahunan Unit


Latihan?

J : Kalendar latihan boleh diperolehi atau dirujuk di laman web rasmi UPSI
(http://upsi.edu.my) dan juga menerusi MyUPSI Portal
(http://myupsi.upsi.edu.my)

S : Bolehkah saya membatalkan permohonan latihan saya dan


menggantikan dengan yang lain?

J : Setiap kakitangan UPSI perlu merancang dengan teliti kursus yang perlu
diambil berdasarkan Struktur Latihan Pembangunan Kakitangan dengan
mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Setelah mendapat perakuan
daripada Ketua Jabatan, pemohon tidak boleh menarik diri daripada
menghadiri kursus kecuali dengan alasan yang munasabah dan
mendapat kelulusan Pendaftar.

2
3) KURSUS PENGESAHAN JAWATAN/WAJIB

S : Apakah kursus wajib bagi kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris


(UPSI) sebelum mendapat pengesahan dalam jawatan?

J : Terdapat beberapa kursus yang wajib dihadiri oleh semua kakitangan baru
UPSI sebelum mendapat pengesahan dalam perkhidmatan.

Bagi kakitangan akademik, kursus-kursus yang wajib dihadiri adalah seperti


berikut:
a) Kursus Orientasi Kakitangan Baru
b) Kursus Induksi Khusus
c) Kursus Induksi Umum
d) Kursus Bahasa Inggeris*
i. Let’s Speak English
ii. Functional English
e) Kursus BITARA UPSI
f) Kursus Pensijilan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Tinggi
g) Program Latihan Pra-Pensyarah

*Perlu menduduki Placement Test untuk mendapat pengecualian kursus


tersebut

Hanya perlu menghadiri salah satu kursus yang dinyatakan

Kursus kakitangan bukan akademik adalah seperti berikut:

a) Kursus Orientasi Kakitangan Baru


b) Kursus Induksi Khusus
c) Kursus Induksi Umum
d) Kursus Bahasa Inggeris*
i. Let’s Speak English
ii. Functional English
e) Kursus BITARA

* Hanya perlu menghadiri salah satu kursus yang dinyatakan

S : Bagaimanakah cara untuk memohon kursus-kursus wajib tersebut?

J : Sepertimana kursus –kursus lain, kursus wajib tersebut juga boleh dimohon
melalui MyUPSI Portal (http://myupsi.upsi.edu.my).

3
4) SIJIL PENYERTAAN

S : Bilakah sijil penyertaan kursus akan diberikan kepada peserta?

J : Sijil kursus akan diserahkan kepada peserta kursus dalam tempoh masa dua
(2) minggu selepas kursus. Walau bagaimanapun, sijil penyertaan hanya akan
diberikan kepada peserta yang hadir sepenuhnya kursus tersebut. Peserta
yang tidak hadir penuh kursus terbabit dianggap sebagai tidak menghadiri
kursus.

5) IMPLIKASI KETIDAKHADIRAN

S : Apakah tindakan yang akan dikenakan apabila seseorang itu gagal


menghadiri kursus yang dipohon?

J : Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia akan memberikan Surat Peringatan


kepada peserta yang gagal hadir kursus tanpa mengemukakan alasan yang
munasabah. Surat tersebut akan dimasukkan ke dalam fail peribadi
kakitangan tersebut dan membawa kesan buruk terhadap rekod perkhidmatan
kakitangan berkenaan.

6) KURSUS INDUKSI

S : Apakah yang dimaksudkan dengan Kursus Induksi?

J : Kursus Induksi adalah kursus yang wajib dihadiri oleh penjawat awam bagi
semua lantikan baru pada atau selepas 1 Januari 1992 (Pekeliling
Perkhidmatan Tahun 1991). Kursus ini terbahagi kepada dua (2) iaitu Induksi
Umum dan Induksi Khusus. Kursus induksi terbahagi kepada dua (2) kumpulan
perjawatan iaitu Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Sokongan 1 yang
merangkumi Gred 27 dan ke atas dan Kumpulan Sokongan Gred 17 dan ke
bawah.

S : Apakah objektif pelaksanaan kursus induksi terhadap kakitangan


universiti?

J : Objektif pelaksanaan Kursus Induksi terhadap kakitangan universiti adalah


seperti berikut:
a) Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam
Perkhidmatan Awam mengenai sejarah negara, dasar utama kerajaan,
rancangan dan program pembangunan negara
b) Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur-prosedur
utama, arahan-arahan dan pekeliling serta panduan-panduan kerajaan
c) Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-
keperluan asas dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi
d) Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota
dalam Perkhidmatan Awam

4
S : Apakah perbezaan di antara Kursus Induksi Umum dan Kursus Induksi
Khusus?

Perkara Induksi Umum Induksi Khusus


Pengisian Dasar Pembangunan Negara, Memberi penerangan dan
Perintah Am, Panduan bimbingan selaras dengan
Pengurusan Pejabat dan keperluan dan matlamat
Arahan Keselamatan, Nilai dan organisasi
Etika dalam Perkhidmatan,
Pengurusan Sumber dan
Organisasi, Pengurusan
Perakaunan Kerajaan dan
Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam.
Jangkamasa i) Kumpulan Pengurusan &
kursus Profesional dan Sokongan 1
· 11 hari bekerja Dilaksanakan dalam
jangkamasa 3 hari sahaja
ii) Kumpulan Sokongan Gred bagi semua kumpulan dan
17 dan Ke bawah gred jawatan
· 7 hari bekerja
Lokasi Dilaksanakan di luar kawasan Dilaksanakan di dalam
Kursus UPSI kawasan UPSI
Penilaian Mempunyai elemen penilaian Tidak mengandungi elemen
yang terbahagi kepada dua (2) penilaian
kaedah iaitu Penilaian Sepanjang
Kursus (PSK) dan Ujian Akhir
Kursus (UAK).

S : Bagaimana peserta dinilai semasa mereka menjalani Kursus Induksi


Umum?

J : Peserta akan dinilai melalui tugasan kumpulan, tugasan individu, penilaian


daripada fasilitator kursus dan ujian di akhir kursus. Terdapat beberapa
perbezaan elemen penilaian yang diberikan kepada peserta bagi Kumpulan
Pengurusan & Profesional dan Sokongan 1 dan Kumpulan Sokongan Gred
17 dan Ke bawah.

Elemen penilaian tersebut adalah seperti berikut :

i) Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Sokongan 1

Tugasan Tugasan Ujian Akhir


Fasilitator Kursus
Kumpulan Individu Kursus
20% 20% 20% 40%

5
ii) Kumpulan Sokongan Gred 17 dan Ke bawah

Fasilitator Kursus Tugasan Kumpulan Ujian Akhir Kursus

40% 30% 30%

S : Apakah format ujian akhir untuk Kursus Induksi Umum?

J : Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Sokongan 1, format ujian


akhir adalah berbentuk objektif (aneka pilihan) dan subjektif (esei) manakala
bagi Kumpulan Sokongan Gred 17 dan ke Bawah, soalan adalah berbentuk
objektif sahaja.

S : Siapakah Panel Penggubal soalan untuk ujian akhir Induksi Umum?

J : Panel Penggubal soalan Induksi Umum adalah berbeza mengikut kumpulan


perjawatan. Kursus induksi bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan
Sokongan 1, soalan digubal oleh Panel Penggubal Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia (JPA). Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia hanya
memohon soalan daripada pihak JPA bagi tujuan mengadakan ujian akhir
untuk Induksi Umum manakala Panel Penggubal soalan bagi Kumpulan
Sokongan Gred 17 dan Ke Bawah adalah Panel Penggubal soalan dari UPSI.

S : Berapakah tempoh masa keputusan Kursus Induksi Umum boleh


diperolehi atau diketahui oleh peserta?

J : Keputusan dan Sijil Kursus akan diperolehi oleh peserta setelah Ketua Panel
SysCPD mengesahkan keputusan tersebut. Proses ini mengambil masa
sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh akhir mengikuti kursus. Sijil
Kursus Induksi Umum tersebut akan dihantar kepada individu melalui jabatan
masing-masing.

S : Bagaimana pula bagi mereka yang kandas dalam Kursus Induksi


Umum?

J : Bagi mereka yang didapati kandas dalam Kursus Induksi Umum ini, mereka
diberi peluang mengulangi ujian akhir kursus induksi pada siri yang
seterusnya.

6
7) KURSUS KENEGARAAN

S : Siapakah kumpulan sasaran untuk Kursus Kenegaraan?

J : Semua anggota perkhidmatan awam yang ingin menduduki Penilaian Tahap


Kecekapan (PTK) TK1 sebagaimana yang ditetapkan oleh Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

S : Apakah objektif Kursus Kenegaraan?

J : Objektif Kursus Kenegaraan ini adalah :

i. untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri


anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi
meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan

ii. untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan


pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam
menjalankan tugas

iii. untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di
kalangan semua anggota perkhidmatan awam

S : Apakah kurikulum Kursus Kenegaraan?

J : Kurikulum Kursus Kenegaraan merangkumi sejarah kebangkitan negara; isu


dan ehwal semasa; kesetiaan kepada Raja, Kerajaan dan Negara;
pengurusan integriti seperti pencegahan rasuah, akauntabiliti, moral dan
etika; dan pembangunan diri dan kumpulan. Walau bagaimanapun, pihak
penganjur kursus boleh mengubahsuai kandungan kursus tertakluk kepada
kelulusan Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam.

S : Berapakah tempoh masa/hari untuk mengikuti Kursus Kenegaraan?

J : Kursus Kenegaraan ini mengambil masa selama lima (5) hari. Pihak
penganjur kursus boleh mengubah tempoh kursus tertakluk kepada kelulusan
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam.

S : Bagaimana peserta dinilai semasa mereka menjalani Kursus


Kenegaraan?

J : Penilaian merangkumi dua (2) kaedah iaitu penilaian sepanjang kursus dan
ujian di akhir kursus. Peserta akan dinilai melalui Latihan Dalam Kumpulan
(LDK) – 55%, Ujian Aneka Pilihan (OMR) – 40% dan Pendidikan Jasmani

7
dan Kesihatan (PJK) – 5%. Pencapaian markah mengikut tahap kelulusan
adalah seperti berikut:

TAHAP AGIHAN MARKAH


KELULUSAN LDK (55%) OMR (40%) PJK (5%)

CEMERLANG 50 – 55 35 – 40 4–5

LULUS 28 – 49 20 – 34 0–3

KANDAS 0 – 27 0 – 19 –

S : Apakah format ujian untuk Kursus Kenegaraan?

J : Ujian di dalam Kursus Kenegaraan ini merupakan soalan berbentuk objektif.


Walau bagaimanapun, bentuk dan bilangan soalan ujian ini berbeza
mengikut kumpulan sama ada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan
Kumpulan Sokongan.

S : Adakah diberi pengecualian daripada mengikuti Aktiviti Pendidikan


Jasmani dan Kesihatan kepada mereka yang sakit, sudah berumur dan
sebagainya?

J : Ya. Bagi mereka yang tidak mampu untuk mengikuti aktiviti tersebut boleh
dikecualikan setelah dimaklumkan kepada Ketua Fasilitator kursus dengan
syarat mereka mengemukakan surat perakuan doktor.

S : Bagaimana pula penilaian terhadap mereka yang sakit, sudah berumur


dan sebagainya?

J : Bagi mereka yang sakit, sudah berumur dan sebagainya, mereka masih lagi
dinilai mengikut format penilaian Kursus Kenegaraan iaitu Latihan Dalam
Kumpulan (LDK), Ujian Aneka Pilihan (OMR) dan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK). Untuk mencapai tahap kelulusan LULUS, peserta hanya
perlu memperolehi sekurang-kurangnya 28 markah (LDK), 20 markah (OMR)
dan 0 markah (PJK).

S : Bagaimana proses keputusan Kursus Kenegaraan dikeluarkan?

J : Setelah kursus ini berakhir, markah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ujian
Aneka Pilihan (OMR) dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) akan
dicampurkan menjadi peratus (%) dan kemudiannya cadangan keputusan
tersebut dikemukakan kepada Mesyuarat Panel Penilaian Kursus
Kenegaraan untuk pertimbangan dan keputusan sama ada Lulus dengan
Cemerlang, Lulus atau Kandas. Bagi mereka yang Lulus dengan Cemerlang
dan Lulus, akan diberikan Sijil Kursus Kenegaraan.

8
S : Bagaimana pula bagi mereka yang kandas Kursus Kenegaraan?

J : Bagi mereka yang didapati kandas Kursus Kenegaraan ini, mereka boleh
diberi peluang mengulangi kursus ini selepas setahun dari tarikh kursus yang
dihadiri. Pengurangan tempoh ini boleh dipertimbangkan oleh Panel
Penilaian Kursus Kenegaraan.

S : Berapa lamakah keputusan tersebut boleh diperolehi atau diketahui


oleh peserta Kursus Kenegaraan?

J : Keputusan dan Sijil Kursus Kenegaraan akan diperolehi oleh peserta setelah
Mesyuarat Panel Penilaian Kursus Kenegaraan membuat tersebut dan ianya
mengambil masa sekurang-kurangnya dua (2) bulan daripada tarikh akhir
mengikuti kursus. Sijil Kursus Kenegaraan tersebut akan dihantar kepada
individu melalui jabatan/kementerian masing-masing.

8) KURSUS BITARA

S : Apakah yang dimaksudkan dengan Kursus BITARA?

J : Kursus BITARA UPSI adalah suatu kursus yang direka khas untuk kakitangan
UPSI bagi mengukuhkan struktur organisasi, sistem tadbir urus dan
pengurusan sumber manusia dan menyemaikan rasa cinta kakitangan
kepada universiti. Kursus ini juga direka bagi menerapkan enam (6) nilai
BITARA UPSI di kalangan warga UPSI dengan gabungan aktiviti fizikal,
syarahan, perbincangan, role play/games dan tayangan video/nyanyian.

Enam (6) nilai Bitara tersebut adalah :

BIL. NILAI BITARA PENUNJANG

i. Amanah
ii. Telus
1 Berintegriti
iii. Akauntabiliti
iv. Adil

i. Iltizam
ii. Cinta Ilmu
2 Profesional
iii. Kompeten
iv. Beretika

i. Muafakat
ii. Fokus Matlamat
3 Semangat Berpasukan
iii. Hormat Menghormati
iv. Bangga UPSI

9
i. Responsif
ii. Proaktif
4 Berorientasikan Pelanggan
iii. Mesra
iv. Berkualiti

i. Empati
ii. Penghargaan
5 Prihatin Kebajikan Anggota
iii. Keselesaan Persekitaran
iv. Peluang Untuk Maju

i. Penambahbaikan Berterusan
ii. Nilai Tambah
6 Kreatif & Inovatif
iii. Rebut Peluang
iv. Berdaya Cipta

S : Apakah kriteria pemilihan peserta BITARA?

J : Kursus Bitara UPSI adalah kursus wajib yang perlu dihadiri oleh semua
kakitangan UPSI. Peserta kursus ini adalah kakitangan yang berjawatan
tetap dan kontrak sahaja. Bagi memenuhi keperluan kursus ini, peserta
dikehendaki memohon untuk mengikuti kursus tersebut di laman web rasmi
UPSI (http://upsi.edu.my) atau menerusi MyUPSI Portal
(http://myupsi.upsi.edu.my). Jumlah peserta adalah dihadkan seramai 60
orang bagi setiap kursus untuk memberi lebih keselesaan kepada peserta-
peserta kursus.

S : Berapa tempoh masa/hari kursus ini berlangsung?

J : Kursus ini berlangsung selama 4 hari 3 malam.

S : Apakah pengisian Kursus BITARA UPSI?

J : Kursus ini cuba menerapkan enam (6) nilai BITARA UPSI yang perlu
diamalkan oleh setiap kakitangan UPSI. Terdapat juga aktiviti fizikal iaitu
senaman, kayak, Management Game dan Explore Race. Kemudian peserta
akan melalui program penerapan nilai Bitara sehingga hari terakhir kursus.

S : Siapakah yang layak diberikan penangguhan bagi menghadiri Kursus


Bitara UPSI?

J : Kursus Bitara UPSI adalah kursus wajib bagi tujuan pengesahan jawatan dan
kenaikan pangkat. Kakitangan perlu merancang dengan sebaik-baiknya
untuk menyertai kursus ini bagi memudahkan proses pengesahan jawatan.
Walau bagaimanapun, kakitangan akan diberikan penangguhan bagi kes-kes
tertentu :
• Cuti Belajar SLAB/SLAI/Sabatikal
10
• Cuti Bersalin
• Cuti Haji

Bagi kes kecemasan dan kes-kes lain peserta perlu mengemukakan surat
penangguhan melalui Ketua Jabatan kepada Pendaftar. Permohonan yang
mendapat kelulusan Pendaftar sahaja akan diberi penangguhan.

S : Siapakah fasilitator bagi Kursus Bitara UPSI?

J : Kursus Bitara UPSI ini dirancang dan dibangunkan pada tahun 2006 oleh
UPSI dan dibantu oleh pakar runding (Focus Learning) maka fasilitator
kursus ini adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan pegawai-
pegawai UPSI dengan bimbingan pihak konsultan. Mulai tahun 2008, kursus
ini menggunakan sepenuhnya tenaga fasilitator dari UPSI tanpa bantuan
konsultan.

S : Bagaimanakah status permohonan Kursus Bitara ini dapat diketahui?

J : Peserta boleh menelefon Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia untuk


mengetahui status permohonan bagi kursus ini. Surat tawaran kepada
peserta akan diserahkan dua (2) minggu sebelum tarikh kursus.

S : Bolehkah saya menghadiri kursus ini jika saya mengalami masalah


kesihatan?

J : Peserta yang mengalami masalah kesihatan tidak digalakkan untuk


menyertai kursus ini tetapi bagi masalah kesihatan yang berpanjangan
seperti lelah dan sakit jantung, kakitangan boleh menyertai kursus ini dengan
memaklumkan masalah kesihatan tersebut kepada urusetia dengan kadar
yang segera. Peserta akan diberikan pengecualian untuk aktiviti fizikal seperti
kayak.

S : Sekiranya saya berminat untuk menjadi fasilitator kursus ini,


bagaimanakah cara permohonan tersebut dilakukan?

J : Kakitangan yang berminat untuk menjadi fasilitator Kursus Bitara perlu


menghantar memo kepada Pendaftar melalui Ketua Jabatan. Bahagian
Sumber Manusia akan memproses permohonan tersebut dan akan
memberikan latihan kepada kakitangan tersebut. Kakitangan tersebut akan
diberikan satu slot pada kursus ini sebagai ujian kepada kemampuan
kakitangan tersebut. Setelah panel penilai berpuas hati, kakitangan tersebut
akan diserapkan menjadi fasilitator Kursus Bitara UPSI.

11
S : Apakah tindakan yang akan dikenakan jika saya tidak menghadir
kursus Bitara UPSI?

J : Kakitangan yang tidak menghadiri Kursus Bitara UPSI tanpa alasan yang
menusabah akan diberi Surat Peringatan atau Surat Amaran. Ia akan
memberi implikasi yang tidak baik terhadap rekod perkhidmatan kakitangan
tersebut. Surat tersebut akan dimasukkan ke dalam fail peribadi dan akan
membawa kesan kepada pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.

8) KURSUS ANJURAN LUAR

S : Bagaimanakah proses permohonan Kursus Anjuran Luar?

J : Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Mengikuti Kursus Anjuran


Agensi Luar dengan melayari laman web rasmi Bahagian Sumber Manusia
(http://bsm.upsi.edu.my).

S : Siapakah yang bertanggungjawab untuk membiayai perbelanjaan


kursus tersebut?

J : Pemohon boleh memohon untuk mengikuti kursus anjuran luar menggunakan


peruntukan BSM atau PTj masing-masing. Jika menggunakan peruntukan
BSM, perlu mendapat kelulusan Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian
manakala jika menggunakan peruntukan PTJ, pemohon perlu mendapatkan
kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.

9) PRAKTIKUM

S : Bagaimanakah cara untuk memohon praktikal di UPSI?

J : Pemohon perlu menghantar surat permohonan praktikum kepada Unit


Latihan, Bahagian Sumber Manusia dan seterusnya Unit Latihan akan
menghantar permohonan tersebut kepada PTj yang tertentu berdasarkan
kelayakan pelajar tersebut.

S : Adakah UPSI memberi elaun atau tempat penginapan kepada pelajar


praktikal tersebut?

J : UPSI tidak menawarkan sebarang elaun atau tempat penginapan kepada


pelajar praktikal terbabit.

12
Sistem Pembelajaran Profesional Berterusan
(Continuous Professional Development – SyCPD)

1) KAKITANGAN PENTADBIRAN & SOKONGAN

S : Berapakan mata minimum yang perlu dikumpulkan oleh kakitangan


Pentadbiran dan Sokongan?

J : Mata minimum yang perlu dikumpulkan adalah berdasarkan kumpulan gred


perkhidmatan kakitangan tersebut seperti jadual dibawah :

MATA MINIMUM/
GRED
SETAHUN
41 - 54 30
27 - 40 25
17 - 26 20
1 - 16 10

S : Berapakan mata minimum yang perlu dikumpulkan oleh kakitangan


akademik?

J : Bagi tujuan Penilaian Tahap Kecekapan, seseorang kakitangan Akademik


Gred DS 45 – 54 harus mengumpulkan mata minimum sebanyak 48jam
setahun dan melengkapkan empat (4) modul PTK yang telah ditetapkan dan
masa setahun.

Bagi kakitangan Akademik yang tidak menduduki PTK, mereka hanya perlu
mengumpulkan 10 mata minimum setahun untuk tujuan Penilaian Prestasi.
Mereka perlu menduduki Kursus CPD (Pentadbiran & Sokongan) yang
dianjurkan Universiti.

Walaubagaimanapun, kakitangan di Gred DG 41 – 54, mereka perlu


memenuhi keperluan mata minimum sepertimana kakitangan Pentadbiran
dan Sokongan Gred 41 – 54.

S : Bolehkan pengumpulan mata yang melebihi mata minimum dibawa ke


tahun hadapan?

J : Pengumpulan mata yang melebihi mata minimum tidak dibenarkan dibawa ke


tahun hadapan (keputusan Mesyuarat Panel SysCPD; Bil 1/2009, 15 Januari
2009)

13
S : Adakah kakitangan perlu disahkan jawatan dahulu untuk mengumpul
mata CPD?

J : Tidak perlu. Semua kakitangan lantikan tetap , sama ada sudah disahkan
dalam perkhidmatan atau dalam tempoh percubaan perlu mengumpulkan
mata CPD

S : Berapakah mata CPD sekiranya seseorang kakitangan menghadiri


kursus atau seminar yang termasuk dalam kompetensi?

J : Mata CPD yang layak diperolehi oleh kakitangan tersebut ialah 1 jam
bersamaan 1 mata untuk jam sebenar berkursus dan 1.5 mata untuk satu
hari persidangan.

S : Adakah mata CPD boleh dipohon bagi kakitangan yang menghadiri


syarahan umum?
J : Boleh.

S : Adakah mata CPD boleh dipohon oleh kakitangan yang menjalankan


tugas hakiki? (Cth: pensyarah yang mengajar, boleh atau tidak
memohon mata CPD apabila memberi kuliah?)

J : Tidak boleh sekiranya adalah tugas hakiki.

S : Bagaimana jika seorang kakitangan itu berkhidmat kurang daripada


setahun? Berapakan mata minimum yang perlu dikumpulkan?

J : Jika seseorang kakitangan berkhidmat kurang daripada setahun, formula


berikut akan digunakan untuk mengira mata minimum SysCPD yang perlu
dikumpulkan.

Bil. Bulan
Berkhidmat Mata
X
12 bulan
minimum

S : Bagaimana jika seseorang kakitangan tidak mencapai mata minimum


CPD?

J : Kakitangan tersebut akan mendapat Aras I atau Aras II sahaja mengikut


kriteria yang telah ditetapkan dan juga menjejas sumbangan kepada Laporan
Penilaian Prestasi Tahunannya (LPPT)

14
S : Apakah program latihan yang disediakan di dalam SysCPD?

J : Bagi kakitangan Pentadbiran dan Sokongan, terdapat enam (6) kategori


program latihan yang boleh dipohon dalam SysCPD ini iaitu:

1. Kursus Jangka Pendek ;


2. Kursus Jangka Sederhana/Jangka Panjang ;
3. Pengembangan Ilmu & Kemahiran ;
4. Aktiviti Badan Ikhtisas ;
5. Pengiktirafan kepakaran ; dan
6. Penerbitan/Penulisan

S : Apakah program latihan yang disediakan di dalam SysCPD bagi


kakitangan Akademik?

J : Bagi kakitangan Akademik, mereka boleh mengikuti Kursus Jangka Pendek


/Seminar/ Persidangan/ Bengkel. Walaubagaimana pun, penyertaan hanya
akan dikira sebagai peserta sahaja mengikut perkiraan 1 jam = 1 mata.

Sebarang penglibatan seorang pensyarah sebagai pemudahcara/ fasilitator/


penganjuran latihan tidak akan diberi mata CPD kerana perkara tersebut
akan dikira di CV kenaikan pangkat akademik.

Latihan adalah termasuk latihan anjuran Pusat Tanggungjawab dan kursus


luar negara.

S : Apakah kursus atau seminar yang tidak menyumbang kepada mata


CPD?

J : Kursus yang tidak mempunyai kaitan dengan tugas hakiki atau bidang
kompetensi kakitangan tersebut.

S : Apakah yang perlu dilakukan oleh kakitangan untuk menuntut mata


CPD apabila kakitangan tersebut menghadiri latihan anjuran pihak luar?

J : Kakitangan perlu mengisi Borang Permohonan Mata CPD dan


mengemukakan dokumen sokongan dan laporan mengikut format yang
ditetapkan oleh Unit Latihan untuk pertimbangan SysCPD UPSI.

S : Adakah kursus anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia atau


kementerian lain mendapat mata CPD?

J : Ya, sekiranya ia berkaitan dengan tugas hakiki atau bidang kompetensi


kakitangan tersebut.

15
S : Adakah seseorang kakitangan yang menghadiri kursus anjuran badan
sukarela (RELA / Koperasi) dapat / boleh memohon mata CPD?

J : Permohonan boleh dibuat kepada Panel SysCPD UPSI dan akan ditentukan
di peringkat tersebut.

S : Bagaimanakah mata CPD diberikan bagi setiap kategori tersebut?

J : Setiap kategori dikreditkan dengan mata CPD yang berlainan mengikut


kategori * (lampiran)

S : Berapakah mata CPD yang diberikan jika kakitangan mengikuti Kursus –


kursus wajib perkhidmatan?

J : Bagi kursus – kursus wajib perkhidmatan seperti Orientasi, Kursus Induksi,


Kursus Kenegaran, BITARA dan Let’s Speak English hanya akan diberikan 2
mata CPD (keputusan Mesyuarat Panel SysCPD; Bil 1/2009, 15 Januari
2009)

S : Adakah mata CPD yang diberikan oleh badan ikhtisas luar sama dengan
mata SysCPD UPSI?

J : Semua mata CDP akan ditentukan oleh Panel SysCPD UPSI mengikut
kriteria SysCPD UPSI.

S : Adakah lawatan sambil belajar untuk menambah pengetahuan dikira


mata CPD?

J : Ianya bergantung kepada aktiviti semasa lawatan dan akan dipertimbangkan


oleh Panel SysCPD UPSI.

S : Apabila CPD dilaksanakan, adakah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)


akan dijalankan?

J : PTK masih dijalankan dalam format CPD.

S : Bagaimanakah Penilaian Tahap Kecekapan dilaksanakan dalam


SysCPD?

J : Bagi kakitangan pentadbiran dan sokongan, mereka dikehendaki


mengumpulkan cukup mata minimum CPD untuk mendapat Aras III dalam
PTK. Untuk mendapatkan Aras IV, kakitangan dikehendaki memohon untuk
menjalani penilaian seperti yang ditetapkan oleh Panel Penilai SysCPD
UPSI.

16
Butiran lanjut seperti dibawah:

Kumpulan
Aras Mata CPD Keterangan
Perkhidmatan
<mata
Gred 17 - 54 I Tidak Mencapai Mata Minimum
minimum
≥mata Capai Mata Minimum + Tidak Melengkapi
II
minimum Laporan Kursus
≥mata Capai Mata Minimum + Melengkapi Laporan
III
minimum Kursus
IV ≥mata Mencapai Aras III + Lulus Dengan Cemerlang
minimum Dalam Penilaian
* Kaedah penilaian – Tugasan/ Viva/
Persembahan/ Temuduga lain-lain kaedah
(Penilaian dijalankan oleh Panel SysCPD
yang dilantik oleh Lembaga Penilaian
Kompetensi UPSI)

17
Kumpulan
Aras Mata CPD Keterangan
Perkhidmatan
Gred 1-16 I 0-5 Tidak mencukupi mata minimum
II 9-Jun Tidak mencukupi mata minimum
III ≥10 Capai mata minimum CPD
IV ≥10 dan lulus Mencapai Aras III + Lulus Dengan Cemerlang
kaedah Dalam Penilaian
penilaian khas *Kaedah penilaian – temuduga/ persembahan
(Penilaian dijalankan oleh Panel SysCPD
yang dilantik oleh Lembaga Penilaian
Kompetensi UPSI)

S : Bilakah penilaian oleh Panel SysCPD akan diadakan?

J : Penilaian akan dilakukan pada bulan Jun dan Disember setiap tahun
bergantung kepada keputusan Lembaga Penilaian Kompetensi UPSI.

S : Siapakah Panel Penilai SysCPD yang akan membuat penilaian bagi


tujuan Penilaian Tahap Kecekapan?

J : Sekurang-kurangnya tiga (3) tiga Panel Penilai dilantik oleh Lembaga


Penilaian Kompetensi UPSI.

S : Sekiranya ada kakitangan yang tidak berpuas hati dengan keputusan


Panel SysCPD, apakah yang wajar dilakukan?

J : Beliau boleh membuat rayuan kepada Lembaga Kompetensi UPSI.

S : Kursus apakah yang diperlukan seseorang kakitangan untuk


menghantar Laporan Kursus?

J : Kakitangan yang ingin dinilai dalam Penilaian Tahap Kecekapan sahaja perlu
melengkapkan Laporan Kursus bagi setiap kursus Anjuran Unit Latihan
Bahagian Sumber Manusia dan kursus-kursus anjuran agensi luar. Kursus –
kursus wajib adalah dikecualikan daripada Laporan Kursus.
Format Laporan Kursus boleh didapati di laman web Bahagian Sumber
Manusia (http://bsm.upsi.edu.my).

18
S : Kenapakah seseorang kakitangan tidak mendapat anjakan gaji
sedangkan beliau telah mendapat Aras IV?

J : Selain daripada PTK, syarat untuk mendapatkan anjakan gaji adalah melalui
Laporan Penilaian Prestasi yang cemerlang dan perakuan Ketua Jabatan.

S : Sekiranya kakitangan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma,


Ijazah, Sarjana dan PhD, adakah beliau layak mendapat mata CPD?

J : Tidak, kerana itu adalah kemajuan kerjaya individu.

S : Bagaimanakah jika terdapat Ketua Jabatan bersikap pilih kasih dan


hanya menghantar kakitangan yang sama sahaja menghadiri kursus
atau seminar?

J : Tidak timbul isu tersebut kerana semua kakitangan layak untuk menghadiri
kursus bagi mengumpul mata CPD dan aktiviti ini dipantau oleh Panel
SysCPD, UPSI.

S : Bagaimanakah jika Pusat Tanggungjawab tidak mempunyai peruntukan


yang mencukupi untuk menganjurkan kursus?

J : Pusat Tanggungjawab boleh membuat kerjasama dengan Unit Latihan


melalui perancangan latihan pada penghujung setiap tahun untuk program
latihan tahun berikutnya.

2) PENILAIAN PRESTASI

S : Bagaimanakah SysCPD boleh menyumbang kepada markah Penilaian


Prestasi?

J : Mata minimum yang dikumpulkan akan menyumbang kepada Penilaian


Prestasi Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran. Jika kakitangan mencapai
mata minimum, markah di bahagian ini akan dijana secara automatic kepada
markah Penilaian Prestasi seperti Jadual di bawah:

Had
maksima Perolehan dari
Perolehan Pertimbangan
Mata CPD Markah dari Ketua Jabatan
Kumpulan Gred SysCPD
Minimum Bhg.V
Markah
Markah LPP
LPP
20% 20% - 35%
Gred Khas VK 10 25% 15% 10%
JUSA VU 10 35% 21% 14%

19
Akademik 45 - 54 10 20% 12% 8%
A 41 - 54 30 20% 12% 8%
B 27 - 40 25 25% 15% 10%
C 17 - 26 20 25% 15% 10%
D 1 - 16 10 20% 16% 4%

Bagi yang tidak memenuhi mata minimum yang ditetapkan, markah Penilaian
Prestasi bahagian Perolehan dari SysCPD akan ditentukan sepertimana format
berikut:

Mata
Wajaran
minimum x 6*
Mata penuh

% markah
% LPP Wajaran
bahagian
x
Pengetahuan &
10
Kemahiran

* Dengan perkiraan 6:4. 6 adalah daripada SysCPD, dan 4 lagi


daripada ketua Jabatan

20

Anda mungkin juga menyukai