Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN KES 2 : PERHUBUNGAN INTERPERSONAL “PUTUS CINTA”

Perhubungan interpersonal dalam kalangan murid-murid sekolah memberi kesan ke atas


pembentukan akhlak individu. Individu yang berjaya menjalinkan perhubungan sosial yang sihat dan
menguruskan perhubungan interpersonal dengan baik, bakal menjadikannya individu yang lebih sihat dari segi
mental dan emosi. Kesihatan mental dan emosi seterusnya akan menjadikann individu tersebut lebih berdaya
saing baik dalam bidang akademik mahupun dalam arena kerjaya yang diceburi suatu hari nanti.

LATAR BELAKANG KLIEN

Biodata

Umur : 17 tahun Tingkatan : 5 PD

Bilangan adik beradik : Sulong dari 4 orang Bangsa : Melayu

Jantina : Perempuan

PROFAIL DIRI

Murid ini telah berpindah sekolah dari Sekolah Menengah Harian ke Sekolah Menengah Teknik
selepas tamat Penilaian Menengah Rendah dengan tujuan untuk menimba pengalaman dan pembelajaran baru
dalam suasana persekitaran sekolah yang baru. Prestasi akademik klien sederhana dan menyatakan bahawa
akan berusaha untuk memperbaiki prestasi akademiknya dengan bersungguh-sungguh. Klien berada dalam
aliran teknikal iaitu kelas Perakaunan. Klien berbangsa Melayu dan dan berasal dari keluarga yang berada.
Bapanya seorang kontraktor kelas A manakala ibunya berniaga. Merupakan anak sulong dari empat beradik
yang semuanya perempuan.

LATAR BELAKANG MASALAH

Kes dan isu

Klien mengadu bahawa emosinya terganggu kerana tindakan orang lain. Klien mengadu tidak dapat
fokus semasa pembelajaran dalam kelas dan berasa menyampah dan terganggu melihat rakan dan orang
sekelilingnya berpasangan dan menjalin hubungan cinta. Dirinya kadang kala berasa marah dan tidak selesa
berhadapan dengan situasi tertentu sehingga beliau banyak menyisihkan diri dari rakan-rakan dan bergaul
mesra dengan kaum lelaki. Klien hadir ke Unit Bimbingan Kaunseling secara sukarela setelah tidak keruan untuk
menghadapi masalahnya.
Penerokaan tentang punca masalah klien telah dibuat dalam sesi yang pertama. Pada awalnya klien
agak keberatan untuk menceritakan masalahnya bersama dengan seorang pelajar lelaki sekelasnya. Klien
akhirnya telah menceritakan secara terperinci berkenaan hubungannya bersama rakan sekelasnya selepas
beberapa penerokaan dan rapport dilakukan. Klien sebenarnya telah menjalin perhubungan sebagai pasangan
bercinta dengan pelajar lelaki berkenaan sejak di Tingkatan 3 lagi. Tetapi hubungan yang terjalin itu telah putus
beberapa bulan lalu kerana ada perselisihan faham. Hubungan itu diputuskan oleh teman lelakinya yang
merupakan kawan sekelasnya sendiri kerana telah mempunyai teman wanita lain yang merupakan rakan klien
dan jiran satu perumahan dengan klien sendiri. Klien merasa tidak selesa dan cemburu melihat mereka sering
bertemu dan berdua-duaan. Ketidakselesaan ini juga menyebabkan klien hilang fokus terhadap pembelajaran
dan kesihatan dirinya. Klien juga mengatakan rasa ketakutan dan benci untuk bertemu dengan lelaki tersebut
sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah namun pada waktu yang sama beliau mengikuti
perkembangan bekas teman lelakinya itu. Pemikirannya menjadi ‘kosong’, mukanya terasa ‘panas’ sewaktu
bertemu dengan lelaki tersebut. Dalam kes ini klien kelihatan terganggu kerana banyak pemikiran tidak rasional
dalam fikirannya. Apabila keinginan klien tidak dipenuhi, beliau cenderung untuk meletakkan kesalahan kepada
orang lain. Klasifikasi kes ini sebagai kes psikososial.

PROSES INTERVENSI

Model dan Pendekatan

Kerangka rujukan teori yang digunakan dalam kes ini adalah Rational Emotive Behavior Therapy
(REBT). Pengasas REBT ialah Albert Ellis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa reaksi emosi serta gaya
hidup seseorang itu berkait rapat dengan kepercayaan asas individu tersebut. Ini bermaksud, reaksi emosi
seseorang adalah hasil daripada pemikiran (Othman,2000). Seorang individu mempunyai potensi untuk berfikir
secara rasional dan tidak rasional. Bagaimana pun, kerap kali individu merosakkan keupayaan ini dengan
pemikiran yang tidak rasional.

Teori REBT merupakan satu pendekatan yang optimistik kerana ia menjelaskan bahawa individu
mencipta tekanan dalaman berdasarkan sistem kepercayaan sendiri, maka mereka juga boleh belajar untuk
membuat penilaian kendiri dan mencabar pemikiran yang menghasilkan kerisauan terutamanya kesan daripada
tindakan keterlaluan yang bersifat emosi (Knaus, Dr William J).

REBT mengandaikan bahawa kecelaruan emosi berlaku apabila individu berkecenderungan berfikir
secara tidak rasional hasil daripada permintaan tidak munasabah. Dalam hal ini, klien telah mengalami
gangguan emosi menyebabkan gangguan penumpuan klien terhadap akademik. Intervensi dilakukan supaya
klien akan berfikiran lebih rasional dan memperoleh emosi baru. Teori REBT mencadangkan bahawa pemikiran,
perasaan dan tindakan bukanlah fungsi yang harus dipisah-pisahkan. Secara kognitif, kesan emosi klien (C) tidak
berpunca secara langsung daripada isu (A), tetapi berpunca daripada sistem kepercayaan (B) sebagai reaksi
terhadap isu (Knaus, Dr.William J).
A (Isu) B (Kepercayaan) C (Kesan kepada tingkah laku & emosi)

D (Intervensi) E (Emosi baru)

Rajah di atas menunjukkan bagaimana sesuatu isu itu memberi kesan kepada tingkah laku dan emosi
individu dengan dipengaruhi oleh sistem kepercayaan yang tidak rasional. A merupakan isu yang melibatkan
individu. Isu tersebut telah memberi kesan ke atas tingkah laku dan emosi individu, iaitu C. Pada individu
tersebut, A yang menyebabkan C. Sebenarnya sistem kepercayaan individu tersebut iaitu B yang menyebabkan
konsekuen yang terhasil di C. Oleh yang demikian, intervensi iaitu peranan D, iaitu logik yang dapat digunakan
dalam tujuan mempertikaikan B iaitu sistem kepercayaan yang tidak rasional. Intervensi diberikan dengan
hasrat menghasilkan perubahan emosi yang baru.

Penerokaan/Mengenalpasti Masalah

Klien melihat dirinya tidak dapat dikawal kerana tindakan orang lain. Beliau berasa begitu
menyampah, benci dan cemburu melihat bekas teman lelakinya berdua-duaan dengan orang lain. Keadaan ini
telah menyebabkan emosinya terganggu dan hilang fokus dalam pembelajarannya. Emosinya terganggu
sebenarnya bukanlah disebabkan oleh bekas teman lelakinya yang telah mendapat pasangan baru tetapi hasil
daripada emosi cemburu,marah, kecewa dan benci klien. Sistem kepercayaan klien adalah bahawa lelaki itu
tidak seharusnya berpasangan dengan orang lain jika bukan beliau(klien) adalah pasangannya.

Oleh yang demikian, klien ini harus diberi intervensi untuk membina sistem kepercayaan baru. Sistem
kepercayaan baru ini akan membantunya berfikiran secara lebih rasional dan menerima kenyataan bahawa
setiap individu berhak ke atas perlakuan dirinya sendiri.

A = Benci, menyampah,cemburu melihat teman lelakinya berpacaran dan menjauhkan diri daripada
bersosial.

B = Klien cemburu,berpendapat bekas teman lelakinya tidak layak berpacaran dengan orang lain
melainkan saya.

C = Emosi terganggu dan hilang fokus dalam akademik dan sosial

D = Celik akal hasil sesi kaunseling

E = Penerimaan kenyataan bahawa setiap individu berhak memilih teman yang disukai/diminati.
Pelan Tindakan

Empat sesi proses rawatan yang digunakan adalah :

1) Psychodiagnsis Ratiosnal Emotive Behavior Theraphy


2) Working Through Rational Emotive Behavior Theraphy
3) Insight Rational Emotive Behavior Theraphy
4) Reeducatin Rational Emotive Behavior Theraphy

1) Psychodiagnosis Rational Emotive Behavior Theraphy

Menurut Ellis, demandingness atau kehendak keterlaluan merujuk kepada cara indvidu menggunakan
‘harus’ dan ‘mesti’ tanpa batas, percaya bahawa sesuatu perkara mesti berlaku atau mesti tidak berlaku dan
keadaan yang tercipta adalah sesuatu keperluan mutlak. Ia boleh berlaku dalam keadaan :

Awfulizing

Keadaan di mana kejadian yang lepas, kini dan akan datang telah diperbesar-besarkan dan diperlihat
sebagai sesuatu yang terlalu teruk yang telah berlaku. Dalam hal ini, klien telah melihat kejadian beliau
ditinggalkan oleh teman lelaki yang telah mencari teman baru sebagai satu kejadian yang terlalu besar dan
sukar diterima. Kejadian ini memberi impak sehingga mengakibatkan klien sentiasa gelisah melihat orang
berdua-duaan dan hilang fokus terhadap pembelajaran.

Discomfort intolerance

Individu tidak dapat menerima sesuatu keadaan. Ia selalu terjadi berikutan daripada awfulizing yang
mengarah kepada kehendak kerana sesuatu perkara itu tidak berlaku. Klien tidak menerima kenyataan bahawa
orang yang disukainya telah menyukai orang lain. Klien seolah-olah mengharapkan lelaki tersebut dikeji dan
dihukum kerana tindakannya yang menimbulkan ketidakselesaan kepada klien.

People rating

Memberi nilai kepada seseorang individu atau menilai kepentingan seseorang. Ia merujuk kepada
generalisasi umum. Individu tersebut menilai trait personaliti tertentu berdasarkan standard kehendak
tertentu. Kemudian beliau mengaplikasikan nilai tersebut kepada individu secara total. Dalam hal ini, klien telah
menganggap bahawa “ ‘lelaki’ itu melakukan sesuatu yang teruk, maka dia seorang yang teruk” dan “saya telah
ditinggalkan oleh lelaki itu, maka saya seorang yang teruk”.

Klien seorang pelajar yan periang dan menampilkan diri sebagai seorang yang terurus dan bergaya
sementelah berasal dari keluarga yang berada. Klien mampu berinteraksi dan bergaul mesra dengan rakan-
rakannya yang lain. Namun sejak hal ini berlaku klien kadang kala menjauhkan diri dari rakan-rakan dan banyak
termenung. Hilang fokus dalam pembelajaran amat ketara sehingga guru yang mengajarnya banyak memberi
komen dan ibunya telah menghubungi kaunselor bertanyakan masalah anaknya ini. Klien seorang yang degil.
Dalam sesi yang pertama klien banyak meletakkan kesalahan kepada orang disekelilingnya. Di samping banyak
menyalahkan bekas teman lelakinya itu punca masalah yang dihadapinya.

Klien menganggap kejadian beliau ditinggalkan kekasih merupakan perkara yang sangat besar dan
berat untuk beliau hadapi. Secara tidak sedar beliau seolah-olah mahu semua orang membenci dan meletakkan
kesalahan pada bekas teman lelakinya itu. Perasaan awfulizing dan discomfort tolerance menyebabkan beliau
benci dan cemburu melihat teman lelakinya mempunyai teman wanita yang baru dan berdua-duaan. Klien
mengukuhkan pandangan sendiri dengan membuat genaralisasi bahawa lelaki itu harus dibenci dalam people
rating klien. Hal ini menyebabkan klien berhadapan dengan masalah. Emosi terhasil iaitu
marah,dendam,cemburu dan kecewa hingga menyebabkan tingkahlakunya bermasalah seperti hilang
tumpuan,banyak termenung dan kurang bergaul dengan rakan yang lain.

Klien menyedari dirinya telah berada di Tingkatan 5 dan prestasi pelajarannya adalah sederhana. Oleh
itu beliau perlu melipat gandakan usaha dalam persediaan SPM nanti. Klien meletakkan pencapaian keputusan
SPM yang baik sebagai keutamaannya. Beliau rela mengorbankan banyak perkara lain termasuk percintaan
demi mencapai keputusan SPM yang baik. Matlamat kaunseling ditetapkan oleh klien adalah ingin mempelajari
cara mengatasi gangguan emosi akibat pemikirannya yang kurang rasional. Sesi kaunseling bersama klien ini
telah dijalankan sebanyak 3 kali.

2) Working Through rational Emotive Behavior Theraphy

Sebelum sesi kaunseling dijalankan, persetujuan termaklum (informed consent) telah diperoleh. Klien
telah dimaklumkan bahawa matlamat kaunseling hanya dapat dicapai sekiranya klien sendiri memberi
komitmen tinggi dalam sesi kaunseling. Sesi bersama klien tidak dapat dirakam kerana klien tidak setuju untuk
rakaman dan merasa kurang selesa sekiranya rakaman dibuat ke atasnya. Kesedaran harus dicapai bagi
mengatasi masalah kekurangan dari segi pemikiran yang tidak rasional yang mengakibatkan emosinya yang
tidak tenteram. Perkara paling utama yang perlu disedari klien adalah beliau sendiri mesti ada keinginan untuk
mengambil langkah untuk mengubah dirinya.

Bimbingan telah dibuat dengan menggunakan teknik pengajaran, teknik persuasif dan teknik
konfrontasi. Semasa teknik pengajaran digunakan, saya telah mengambil peranan yang lebih aktif daripada
klien untuk menunjukkan betapa tidak rasionalnya pemikiran klien.

Happenning + Thougt = Feeling Reaction

Teman lelaki cari teman lain Berharap dia akan Berasa sedih atas kehilangan Hilang fokus kepada
kembali dan menyampah melihat pembelajaran
orang lain berdua-duaan

Klien yang mendakwa teman lelaki mencari teman lain menyebabkannya hilang fokus terhadap
pelajaran. Saya membantu klien melihat bahawa reaksinya terhadap situasi telah menggambarkan bahawa
perasaan datang dari pemikiran tidak rasional klien sendiri. Klien diberi beberapa situasi lain sebagai home
assignment supaya beliau mampu mengasingkan kepercayaan tidak rasional.
Melalui teknik persuasif, klien telah diberi peneguhan terhadap keyakinan diri tentang pemikirannya yang
benar dan rasional. Menurut Ellis, kepercayaan yang sentiasa menyebabkan ketidakpuasan pada diri adalah
tiga pemikiran tidak rasional yang umum. Setiap pemikiran tidak rasional ini mengandungi satu kehendak, sama
ada kehendak terhadap diri sendiri, orang lain atau dunia luar secara umum. Kepercayaan ini dikenali sebagai
‘the three basic must’ iaitu :

1. “Saya MESTI berbuat sebaik mungkin untuk mendapat pengiktirafan tentang persembahan diri saya.
Jika sebaliknya maka diri saya adalah tidak baik”.
2. “Orang lain MESTI melayan saya secara bertimbang rasa, adil dan baik serta dalam keadaan yang saya
mahukan. Jika mereka tidak memberikan layanan yang saya mahukan, mereka adalah tidak aik dan
mereka harus dikeji dan dihukum”.
3. “Saya MESTI mendapat apa yang saya mahukan pada masa yang saya inginkan. Saya tidak patut
mandapat apa yang saya tidak mahu. Adalah sangat teruk jika saya tidak dapat apa yang saya mahu
dan saya tidak dapat menerima keadaan tersebut”.

Kepercayaan dan permintaan yang menyebabkan masalah. Permintaan yang dikurangkan dan
kepercayaan yang lebih fleksibel akan membawa kepada emosi yang lebih sihat dan tindakan yang lebih
rasional. Klien berpegang kepada konsep ‘mesti’. Maka klien ditanya soalan :

“Adakah hanya kerana lelaki itu tidak memilih kamu sebagai teman wanita, maka kamu ‘mesti’
menyalahkan diri sendiri yang tidak berbuat baik?.”

“Adakah semua orang ‘mesti’ memilih kamu sebagai teman wanita?”

“Adakah tertulis di mana-mana bahawa setiap orang ‘mesti’ berlaku adil kepada kamu?”

“Adakah orang yang tidak memilih kamu sebagai teman wanita seperti kehendak kamu maka dia ‘mesti’
dikeji dan dihukum?”

“Adakah semua perkara ‘mesti’ berlaku seperti dikehendaki diri kamu?”

Apabila klien mengatakan ‘tidak’ kepada persoalan-persoalan di atas, maka klien telah dibimbing untuk
melihat dirinya telah berpegang kepada double standard. Dengan cara begini, klien telah dibimbing untuk
mengubah pandangan kerana pandangannya itu adalah tidak benar dan tidak rasional. Teknik konfrontasi
digunakan untuk membimbing klien membuat penerokaan kendiri tentang kemampuannya untuk
mengawal perlakuan dirinya sendiri tetapi tidak mungkin mengawal pandangan dan perasaan orang lain.
Klien telah dibimbing untuk membentuk beberapa persoalan ;

“Secara spesifik/khusus apakah keutamaan saya buat masa ini?”.

“Apakah matlamat yang ingin saya capai dalam hidup ini ?”


“Bagaimana peranan pasangan /bekas teman lelaki memberi kesan kepada pencapaian matlamat diri
saya?”

“Apakah yang boleh saya lakukan untuk memperoleh perasaan puas terhadap perlakuan saya?”

Klien telah dicabar untuk memikirkan bahawa keutamaannya pada masa kini adalah untuk mencapai
keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau juga mula memikirkan matlamat
hidupnya yang tidak harus dirintangi dengan pandangan tidak rasional yang menghasilkan tindakan
menghalang pencapaian matlamat hidup. Klien dicabar atau diberi tentangan hebat untuk memikirkan
keperluan dan keutamaan mencapai apa yang dihajati melebihi tindakannya yang sentiasa berpaut kepada
pemikirannya yang tidak rasional.

3) Insight Rational Emotive Behavior Therapy

Pada tahap ini, saya memimpin klien supaya sedar tentang pemikirannya yang tidak logik. Klien
diharap dapat mengubah fikirannya menerima keadaan yang lebih realistik. Klien mula memahami bahawa
semua tingkah laku manusia ada sebab dan puncanya. Reaksi emosi dan tingkah laku kita sangat
dipengaruhi oleh pemikiran atau idea, kepercayaan dan falsafah hidup kita. Oleh itu, setiap individu berhak
mengawal reaksi emosi dan tindakan sendiri kerana kepercayaan dan falsafah hidup dicorakkan oleh diri
sendiri. Kepercayaan kita pula boleh diuji, diterokai dan dibuktikan. Sekiranya kepercayaan kita didapati
kurang ‘valid’ atau tidak rasioanal, maka ia boleh diubah atau ditinggalkan agar dapat dibentuk satu sistem
kepercayaan baru yang lebih rasional yang bakal menjana tindakan yang rasional juga.

Pada tahap ini (sesi ketiga/akhir), klien telah meletakkan keutamaannya kepada pembelajaran. Beliau
juga menetapkan matlamat untuk mencapai keputusan akademik yang lebih baik agar lebih berdaya saing
apabila melanjutkan pelajaran dan menceburi bidang kerjaya yang dipilih kelak. Klien juga mendapati
bahawa perlakuan dan emosinya tidak seharusnya ‘dikawal’ oleh peranan pasangan rakan itu kerana dia
berhak menentukan perlakuan dan emosinya. Sekiranya klien sendiri dapat ‘menentukan’ dan ‘mengawal’
emosi dan perlakuannya sendiri maka beliau akan berasa puas terhadap perlakuannya sendiri. Klien telah
diberi rangsangan untuk mencapai celik akal seperti yang berikut :

“Saya bertanggungjawab terhadap perlakuan saya.”

“Bukan semua orang harus sayang pada diri kita.”

“Orang tidak sayang saya bukan bermaksud saya tidak baik.”

“Orang itu tidak sayang pada saya, dia masih berhak menyayangi orang lain.”

“Saya boleh mengubah diri saya tetapi saya tidak boleh mengubah orang lain.”
4) Reeducation Rational Emotive Behavior Theraphy

Teknik Emotif iaitu Time Projection juga telah digunakan. Teknik ini bertujuan membimbing klien untuk
melihat bahawa dia masih mampu meneruskan hidup selepas satu kejadian yang tidak selesa dialami. Klien
telah diminta untuk membayangkan semula kejadian ketika lelaki tersebut meminta untuk memutuskan
perhubungan dengannya, kemudian membayangkan bagaimana perasaannya dalam seminggu, sebulan,
setahun dan seterusnya. Klien mendapati bahawa dia sememangnya dapat menjalinkan perhubungan
dengan orang lain tanpa perlu ditemani lelaki tersebut.

Teknik behavioristik iaitu paradoxical behavior digunakan untuk membimbing klien yang ingin
mengubah kecenderungannya yang kurang berfungsi dengan baik sewaktu bertemu dengan lelaki
tersebut. Beliau telah diberi galakan untuk membuat latihan tindakan sebelum bertemu lelaki tersebut.
Penekanan diberi terhadap kepentingan tidak menanti peluang untuk bertindak, tetapi melatih dirinya
untuk menghasilkan tindakan baru sebelum beliau betul-betul berjumpa dengan lelaki terseut. Walaupun
tindakannya tidak spontan, tetapi lama kelamaan tindakan itu akan terhasil secara semulajadi dan beliau
mampu bertindak secara bersahaja sewaktu berjumpa atau berhadapan dengan bekas teman lelakinya.

Perlakuan dan emosi baru yang terbentuk diperkukuhkan denga pengajaran nilai dan sikap serta
rohani (agama) kepada klien. Klien dipandu untuk membentuk penghargaan diri dan keyakinan diri yang
tinggi. Pada tahap ini, klien kelihatan lebih riang dan lebih selesa untuk menerima kenyataan behawa
semua orang berhak untuk menjalinkan perhubungan dengan orang lain. Klien menyedari bahawa beliau
berhak menentukan kepuasan terhadap perlakan dirinya, begitu juga orang lain.

Melalui cara perbualan swadiri, penialaian swadiri dan peneguhan swadiri (Othman,2000), klien telah
dapat memperkukuhkan keyakinan diri dan menghilangkan rasa ketakutan bertemu dengan bekas teman
lelakinya. Klien sudah berupaya untuk berhadapan dengan pasangan rakan tersebut.

REFLEKSI KAUNSELOR

Sebagai seorang kaunselor yang mengenali klien, saya amat berempati dengan klien akan peristiwa
yang dialaminya namun sebagai seorang manusia yang mempunyai banyak tanggungjawab hidup mesti
diteruskan. Klien yang pada awalnya seorang yang tidak terbuka akhirnya telah meluahkan peristiwa yang
dialaminya dengan penuh kepercayaan dan ingin dibantu. Ini memudahkan saya meneroka dan mengenalpasti
permasalahan yang dihadapinya. Hasil sesi saya bersama klien sebanyak 3 kali saya dapat membuat rumusan
bahawa klien seorang yang tidak rasional. Banyak pemikiran yang tidak rasional menjadi punca pada
tingkahlaku yang dialaminya. Akhirnya saya dan klien berjaya mengatasi pemikiran-pemikiran yang tidak
rasional klien. Pada akhir sesi klien kelihatan amat tenang dan rasional untuk menempuhi kehidupan
sehariannya tanpa teman lelaki yang didambakannya.

Hidup mesti diteruskan dan pemikiran yang rasional membuka jalan ke arah kehidupan yang positif dan
produktif.

Anda mungkin juga menyukai