Anda di halaman 1dari 2

cara-cara mengawal/mengatasi kemarahan?

This Site Best Viewed with Firefox


(screen resolutions 1024x768). Get Firefox!
Click me!
Home Help Search Calendar Login Register Please login or register.
1 Hour 1 Day 1 Week 1 Month Forever
Login with jobmarket loginID, password and session length Welcome, Guest
March 22, 2011, 04:27:53 pmNews:National Internship Portal, International Credit
Report, Malaysia Top Corporate Directory, BASIS Group of Companies
Jobmarket Community > Enthusiasts-People > Building Relationship (Moderator:
Basis_Azhar) > cara-cara mengawal/mengatasi kemarahan?
Pages: [1] Go DownPrint
Author Topic: cara-cara mengawal/mengatasi kemarahan? (Read 1735 times)
shengal
Jobmarket Student
Full Member
My Popularity: 3
Offline
Gender:
Posts: 211
cara-cara mengawal/mengatasi kemarahan?
« on: December 14, 2009, 12:37:03 pm »
Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun,
dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang
serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca
pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari
sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus
dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi
kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan
fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita
sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai
panduan kita sendiri.
1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan
berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini
memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi
semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal
kemarahan anda.
2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah
tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang
daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya
kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.
3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi.
Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda.
Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain,
fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.
4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia
memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika
tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan
kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.
5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati
dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu
anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan
tekanan dan kemarahan itu.
6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah
pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak
mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang
jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan
rasa marah anda.
7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik
pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik
perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati
pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.
8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh
meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar
kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.
Dr Shengal- Logged
Pages: [1] Go UpPrint
Jump to: => Building Relationship
Ads here
Powered by SMF 2.0 RC1.2 | SMF © 2006 2009, Simple Machines LLC
redTed designed by pixelslot XHTML RSS WAP2

Anda mungkin juga menyukai