Anda di halaman 1dari 29

1. TUGASAN 2 (20 %) NO.

SOALAN MARKAH

1.

Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.

20 Markah

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa malah lebih daripada itu.Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang bakal menerajui Negara kita nanti. Menurut kamus dewan profesion bermaksud satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan satu kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.Berdasarkan cirri-ciri profesion,Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep Profesionalisme sebagai :- suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh seseorang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,besikap jujur,dedikasi,bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan meneraju Negara ini.Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskinikan dari semesa ke semasa. Nilai bitara bermaksud unik,unggul dan tiada bandingan untuknya .Nilai bitara yang harus dimiliki oleh guru adalah integriti,professional,semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan dan kreati serta inovatif. Nilai Bitara : 1. Integeriti 2. Professional 3. Semangat Berpasukan 4. Berorientasikan Pelanggan

5. Kreatif dan inovatif

Integriti adalah sesuatu kualiti yang dimiliki secara konsisten.Ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten.Sebagai warga pendidik,personalti Bitara memainkan peranan yang penting bagi mencerahkan masa depan generasi yang bakal menerajui Negara ini.Nilai integriti mempunyai cepat petunjuk iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus. INTEGRITI Adil Amanah Telus Akauntabiliti Sebagai seorang guru yang adil haruslah mengajar murid mengikut jadual yang diberikan kepadanya.Guru hendaklah masuk kelas pada tepat waktu dan tidak pilih kasih terhadap murid.Contohnya,guru harus memberi peluang kepada setiap murid di dalam kelas.Selain ini, guru harus memasuki markah dengan adil.Guru tidak harus membuang masa dengan membuat kerja-kerja yang tidak member faedah kepada murid. Di samping itu, bersikap amanah salah satu kompenon dalam nilai bitara.Guru harus amanah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran.Guru hendaklah member fakta yang benar supaya murid kita melengkapi dengan ilmu pengetahuan.Murid-murid yang di kawasan pedalaman dan miskin tidak dapat mengakses internet seperi murid-murid tinggal di Bandar.Mereka seperti tertinggal dalam arena teknilogi.Oleh itu,seorang guru hendaklah menyampaikan fakta yang benar dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain ini guru hendaklah mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pusat perkembangan kurikulum(PPK).Akauntabiliti boleh dibahagikan kepada akauntabiliti terhadap ibu-bapa,akauntabiliti terhadap rakan sejwat.Akauntabiliti terhadap murid sangat penting.

Nilai Bitara seterusnya yang mampu memberi kesan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah professional.Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan.Nilai ini membawa maksud melatih seseorang guru agar mencapai tahap kompentasi yang baik.Seseorang guru yang ingin mencapai tahap kompentasi haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mengetahui/mempelajari perkara baru.Ini kerana kini kita berada di era globalisasi yang berorientasikan dunia teknologi.Kini semuanya dengan mengklik butang yang terdapat pada papan kekunci tetikus untuk mengakses internet.Semuanya dengan internet.Oleh itu sebagai seorang warga pendidik harus memperkemasukan diri dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Guru juga harus melahirkan generasi yang celik IT.JIka guru menggunakan IT dalam pengajaran dan pembelajaran maka dapatlah mencapai objektif yang diharapkan dapai8 dicapai dengan mudah.Ia berkesan kerana murid melibatkan diri dengan aktif dan memperolehi banyak maklumat atau pengetahuan yang baru.Ini secra tidak langsungnya akan meningkatkan kemahiran IT di kalangan murid. Guru hendaklah memperkemaskan diri untuk mengharungi dunia globalisasi ini.Guru hendaklah mempunyai perasaan ini hati yang positif.Ini hati yang positif dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan kita.Jika kita mempunyai usaha ynag lebih dan semangat ynag itu dapatlah kita menghadapi cabaran dalam dunia IT. PROFESIONAL Beretika Cinta ilmu Iltizam Kompeten Nilai professional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika,iltizam,cinta ilmu dan kompeten.Seseorang warga pendidik mesti beretika dalam profesionnya.Guru mestilah sentiasa mengutamakan keutaman organisasi.Organisasi bagi guru adalah sekolah.Guru harus menjaga maruah rakan sekerja dan murid-murid.Guru hendaklah beretika semasa mengajar dalam bilik darjah.Ini kerana mempengaruhi diri murid.Guru tidak harus memalukan murid yang lemah di hadapan kelas, tidak memberitahu maklumat peribadi yang memalukan kepada semua

murid,memarahi murid dengan menggunakan perkataan yang kasar.Ini akan menjejaskan pemiliran murid.Secara tidak langsung ia akan memberi kesan yang negatif kepada objektif pembelajaran kita.Ini kerana jika murid itu mengalami tekanan mental maka mereka akan hilang tumpuan di dalam kelas.Oleh itu, guru hendaklah beretika ketika berada di dalam kelas,mahupun di luar bilik darjah.Kita harus sedar bahawa kita pernah menjadi murid pada ketika dahulu.Kita hendaklah menjaga maklumat peribadi murid. Selain beretika nilai iltizam juga harus dimiliki oleh seseorang guru yang berkesan.Seorang guru yang bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi.Skkop seseorang guru adalah pengajaran dan pembelajaran.Guru harus merancang tugasan dan melaksanakannya dengan terperinci dan teliti.Sebagai warga pendidik harus melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa.Contohnya, guru melatih murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan.Tidak menganggap profesion ini sebagai kerjaya yang amat berat tetapi fikirannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian daripada tugasan kita untuk menyampaikan ilmu kepada muridmurid kita. Di samping itu cinta ilmu harus ada pada guru.Kini kita menuju kea rah wawasan 2020.Bagi merealisasikan wawasan tersebut.Guru harus mengemaskinikan diri mereka selama dengan pembangunan Negara.Guru dikhendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas Guru harus menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber makluman. Dengan cara ini guru dapat membangunkan minda murid dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, guru adalah life-long learner ataupun pelajar sepanjang hayat. Guru yang berkesan harus meningkatkan kualiti pencapaian diri dan harus menganggap tempat berkhidmat sebagai tempat yang sempurna dalam mencari ilmu pengetahuan. Guru yang berprofesional harus mempunyai nilai kompeten.Iaitu guru harus menyiapkan tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan.Sebagai contoh guru harus memastikan guru harus menyediakan rancangan pelajaran harian dan mengaplikasikannya dalam masa yang ditetapkan. Guru harus memastikan pembelajaran yang disampaikan kepada murid-murid dapat difahami dengan baik dan diimplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Nilai bitara yang seterunya adalah untuk menjadikan diri guru itu berkesan dalam pengajaran dan pembelajarannya ialah semangat berpasukan.Semangat berpasukan adalah bekerja tolong - menolong di bawah satu kepimpinan untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu.Seorang guru harus menghormati muridmurid dan juga rakan sekerjanya.Terdapat tiga petunjuk iaitu muafakat,fokus matlamat ,hormat- menghormati.Bermuafakat iaitu bersikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan sebarang masalah.

SEMANGAT BERPASUKAN Muafakat Focus matlamat Kompeten Hormat-menghormati

Guru hendaklah memberi kerja kumpulan bagi menerapkan nilai muafakat dalam kalangan murid.Ketika murid membuat kerja kumpulan mereka akan mengemukakan pendapat masing masing.Ketua kumpulan mengambil keputusan berdasarkan cadangan ahli kumpulan. Di sekolah menengah pula murid muridnya terdiri dengan berlainan agama,bangsa,berdaya.Di sini bolehlah guru menyatukan murid murid yang berlainan agama untuk mengintegrasikan pemikiran mereka. Selain ini , nilai hormat menghormati merupakan petunjuk yang terakhir dalam nilai bitara yang ketiga. Seseorang guru yang menginginkan objektif pembelajaran dicapai haruslah menanamkan sikap hormat menghormati dalam kalangan murid untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan sekumpulan. Kita hendaklah, menggalakkan murid memberi penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia.Jika seseorang itu menghormati hak dan keistimewaan orang lain dapatlah menangani masalah konflik dan salah faham di antara ahli kumpulan.Seseorang guru hendaklah menghormati para murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak menyalahgunakan

kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya.Guru haruslah mengucapkan maaf apabila guru membuat salah secara tidak sengaja.

Selain ini, guru hendaklah menukar pendapat dengan murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih efektif dan ban bermakna kepada murid.Guru seharusnya ingat bahawa murid murid adalah pelanggannya dan menjadi kewajipan seseorang guru untuk menyediakn perkhidmatan yang berkesan kepada mereka. Nilai bitara yang keempat ialah berorientasikan pelanggan.Guru yang mendidik anak bangsa perlu ingat dan sedar bahawa mereka merupakan aset yang bernilai kepada diri,keluarga, bangsa,agama dan negara.Setiap perkhidmatan yang diberikan perlulah sentiasa berorientasikan kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan murid.Pelanggan bagi seseorang guru adalah murid.Nilai bitara berorientasikan pelanggan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu responsif,berkualiti,mesra dan proaktif. BERORIENTASIKAN PELANGGAN Responsive Proaktif Mesra
Berkualiti

Seorang guru harus mempunyai nilai responsif. Responsif adalah memberikan tindakan yang cepat dan segera.Guru harus menerapkan nilai ini dalam kalangan murid.Ini kerana murid murid tidak mengharapkan guru semata- mata.Murid akan bertindak sendiri. Proaktif sangat penting dalam diri setiap individu samaada inidvidu tersebut,murid atau guru.Individu yang proaktif akan berjaga jaga menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugasan yang dilakukan.Seorang guru haruslah merancang dan merangka keperluan murid.Guru hendaklah mempunyai kemahiran merancang pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan diri murid.Responsif dan proaktif sangat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Seseorang guru hendaklah memperbaiki kelemahan dala pengajaran dan pembelajaran.

Semangat yang tinggi juga perlu ada pada seseorang guru dan modal insan yang unggul.Semangat yang tinggi perlu ditunjukkan dalam proses pembelajaran,mendidik anak bangsa dan memperkasakan bidang pendidikan di negara kita. Semangat yang membara dapat membantu diri murid dalam menimba ilmu.Kita sebagai guru hendaklah fikirkan amanah yang telah diberikan oleh ibubapa para murid kepada guru. Murid datang ke sekolah untuk menimba ilmu.Jadi seorang perlu sentiasa bertenaga dalam menjalankan tugas.Guru yang responsive dan proaktif mestilah menjadi guru yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan perkara di luar jangkaan. Contohnya , jika membuat cadangan mengajar untuk menunjukkan video kepada murid.Tetapi malangnya , pada waktu yang sama LCD dan laptop tidak boleh digunakan kerana guru lain menggunakannya.Maka, guru mesti mempunyai pelan B untuk menghadapi cabaran sebegini. Seterusnya,petunjuk mesra.Kemesraan merupakan satu aspek penting dalam profesion keguruan. Guru yang mesra akan mewujudkan persekitaran yang juga mesra dan menimbulkan suasana yang gembira di sekolah.Kita hendaklah sentiasa mengamalkan senyuman,mengangkuk kepada murid apabila berjumpa dengan mereka serta dengan rakan sekerja.Jika guru mesra di dalam kelas maka muridmurid berasa seronok semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Guru harus mempunyai hubungan baik dengan murid murid. Disamping itu,petunjuk berkualiti. Iaitu melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan berkualiti.Ini merupakan petunjuk yang terakhir dalam nilai bitara yang berorientasikan pelanggan.Kerja yang berkualiti bermaksud kerja yang dilakukan dan memberi kepuasan kepada murid.Jika murid memberikan sesuatu maklumat kepada murid harus memastikan maklumat itu adalah betul, benar iaitu diperolehi dari sumber yang asli.Guru tidak seharusnya memberikan maklumat yang tidak tepat kerana ini akan memberikan kesan yang negatif pada diri murid. Dalam era globalisasi,teknologi terkini semakin canggih seperti komputer

riba,kemudahan internet,telefon bimbit dan media massa yang pelbagai.Guru boleh mencari maklumat dari pelbagai sumber.Ia secara tidak langsungnya akan memberi kesan yang positif kepada diri murid.Ia juga membantu pengajaran dan pembelajaran guru sangat menarik dan efektif. Aspek yang kelima ialah kreatif dan inovatif.Kreatif dimaksudkan dengan kebolehan seseorang untuk mengembangkan idea baru daripada sumber asli serta kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama dalam sesuatu kaedah,kreatif boleh dibahagikan kepada

empat petunjuk.Iaitu berdaya cipta penambah baikan berterusan,rebut peluang dan tambah nilai.

KREATIF DAN INOVATIF Berdaya cipta Penambahbaikan berterusan Nilai tambah Rebut peluang Guru perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar diri kita sentiasa akses kepada ilmu baru. Guru hendaklah meneroka ilmu baru dari semasa ke semasa.Guru tidak harus selesa dengan ilmu yang diajar dalam kelas semata mata tetapi sentiasa bijak dan kreatif untuk meneroka dan mencari ilmu tambahan bagi menyampaikan maklumat yang betul,terkini dan mantap kepada murid di kelas.Guru haruslah melatih diri murid untuk merangsang pemikiran kreatif.Justeru itu, guru wajarlah mempelbagaikan latihan kepada murid. Seterusnya, penambahbaikan berterusan.Seorang guru yang menginginkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, perlu penambahbaikan secara berterusan.Jika sebagai guru ,penambahbaikan merangkumi cara mengajar, pendekatan baru untuk mengajar dan mencampurkan pelbagai teknik pengajaran,latihan dan kerja secara berkumpulan. Guru tidak harusnya menggunakan cara mengajar yang sama setiap hari.Murid akan berasa bosan dan tidak akan menumpukan perhatian.Guru haruslah sentiasa menggunakan cara mengajar yang berlainan untuk menarik minat para murid. Ini secara tidak langsungnya akan memberi kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya rebut peluang.Iaitu menggunakan peluang yang diberikan dengan maksima.Seorang guru hendaklah sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekeliling

mereka.Contohnya, jika terdapat tawaran berkursus di luar daerah , hendaklah menganggapnya sebagai cara seorang guru memperluaskan jaringan dengan para guru dari daerah daerah lain. Akhirnya nilai tambah.Nilai tambah bermaksud guru hendaklah menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar.Di sekolah guru hendaklah menyebarkan ilmu baru hasil pembacaan kepada anak murid .Guru seharusnya berfikir luar daripada kotak iaitu thinking outside of box. Pemikiran seseorang guru mestilah luas dan tidak memusatkan kepada satu fokus sahaja. Membimbing murid untuk berfikir luar daripada kotak.Sikap guru akan dipengaruhi oleh murid. Oleh yang demikian, guru haruslah menjadikan diri sebagai role model dan menunjukkan yang terbaik kepada generasi yang bakal menerajui negara kita pada masa hadapan.Guru hendaklah mempunyai kelima lima ciri yang dinyatakan untuk menjadikan dirinya sebagai warga pendidik.

KERJA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) TUGASAN ILMIAH TUGASAN 3 1(a) Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan Dalam tugasan tiga ini saya ingin mengupas satu isu yang melanggar etika perguruan. Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang. Seorang guru yang berumur dalam lingkungan 30-an tidak hadir bertugas tanpa sebeb selama lebih daripada dua tahun. Beliau digelarkan sebagai guru bermasalah. Setelah beliau ditempatkan di Sekolah X itu, beliau hanya bertugas selama enam bulan dengan kehadiran yang tidak memuaskan. Beliau juga malas mengajar di waktu pengajaran dan pembelajaran dan jugan sering kali keluar dari sekolah di waktu sekolah. Ini telah menyebabkan P&P sekolah itu terjejas sehingga pencapaian murid merosot. Beliau dikesan oleh Guru Besar bahawa guru tersebut mempunyai pengaruh politik yang kuat sehingga sanggup mengugut Guru Besar sekolah tersebut. Setelah separuh tahun pertama sesudah beliau ditempatkan di sekolah X, guru tersebut mengambil cuti panjang dan tidak kembali bekerja. Pihak sekolah dapat mengesan beliau bahawa guru tersebut telah pulang ke negeri lahirnya dan telah mula mengajar Tuisyen di tempat sendiri tanpa pengetahuan pihak sekolah. Beliau juga enggan memberikan sebarang jawapan kepada Ketua Jabatan mahupun Jabatan Pelajaran Negeri setelah beberapa amaran telah dihantar kepadanya. Sejurus dengan itu, guru tersebut telah dimasukkan dalam proses tindakan tatatertib. Ekoran daripada itu, guru tersebut kembali bertugas hanya selama enam bulan setelah dua tahun tidak kembali bertugas atas pengetahuan tindakan tatatertib terhadapnya. Setelah pembayaran gaji guru tersebut telah diaturkan, beliau telah mula mengubah perangai dia kepada yang sebelumnya dan masih tidak kembali untuk

bertugas. Tindakan beliau secara tiba-tiba tidak hadir untuk bertugas menyebabkan pihak sekolah mengambil tindakan drastic terhadapnya pada kali ini. Keadaan ini telah merosakkan imej sekolah tersebut dan juga mempengaruhi guru lain di sekolah tersebut untuk berbuat demikian. Pihak JPN juga telah mengidentifikasikan sekolah tersebut sebagai sekolah bermasalah walaupun Pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR amat baik. Dengan hanya satu perkara ini, sekolah tersebut tidak layak mendapat sokongan perkhidmatan dan bonus dalam kategori NKRA. Keadaan sebegini amat memalukan Guru Besar sekolah tersebut dan beliau telah ditukarkan ke sekolah dengan syarat turun pangkat. 1(b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. Kesan daripada isu tersebut akan mencemarkan imej sistem pendidikan negara kian tercalar apabila pelbagai insiden memalukan dan memualkan sering terpampang di media massa. Dulu salah laku pelajar menjadi tajuk berita, kini guru pula seolah-olah mengambil tempat dengan kesalahan dan perlakuan tidak masuk akal. Lebih memalukan apabila golongan dihormati dan disanjung itu terbabit pula dengan perbuatan mencemarkan maruah.Pastinya senario itu mengundang kemusykilan masyarakat, apakah yang sedang melanda institusi pendidikan negara hari ini hingga golongan guru hilang pertimbangan? Adakah perlakuan itu disebabkan tekanan kerja yang semakin bertambah hingga mereka 'terlanjur' perbuatan? Apakah mereka sememangnya 'mental ataui sakit jiwa' dan mengambil kesempatan atau masyarakat hanya memperbesar-besarkan hal kecil yang boleh ditangani tanpa pembabitan orang luar? Sikap masyarakat yang mudah mengambil tindakan dan melemparkan pandangan negatif hanya memburukkan keadaan selain menimbulkan ketegangan hingga menjejaskan maruah atau masa depan guru terbabit."Belum tentu mereka bersalah biarpun tindakan sudah diambil. Inilah sikap buruk masyarakat kita yang mudah sangat meletakkan kesalahan tanpa usul periksa sekali gus mencalarkan nama baik sekolah, pelajar serta peribadi individu."Tindakan terburu-buru tidak profesional dalam menangani masalah malah menjadikannya sebagai tindakan pasif bagi individu lain. Justeru sebelum mengambil keputusan, penilaian menyeluruh perlu dilakukan supaya pihak lain tidak teraniaya," katanya.Sejak akhir-akhir ini, media massa melaporkan masalah perlakuan guru yang dianggap bermasalah dan tidak sesuai dengan norma masyarakat hingga mencetuskan kebimbangan semua pihak.Antaranya perlakuan guru yang suka menyentuh fizikal pelajar berlainan gender dengan menggunakan 'hukuman' sebagai alasan menghalalkan

perbuatan (Rohany Nasir. 2003. Isu-isu Kaunseling dan Perkembangan Kerjaya. hlm. 28. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur). Ada juga menyentuh dengan alasan kasih sayang biarpun tidak perlu. Bagi mengelakkan kekeliruan, sama ada pelajar atau guru perlu tahu menggunakan hak masing-masing bukan menyalahgunakannya bagi tujuan tertentu."Selalunya insiden berlaku kerana pelajar berasakan hak peribadi dicabuli sementara guru beranggapan itu hak mereka untuk mendisiplinkan pelajar. Bila wujud kekeliruan, sudah tentu tercetusnya masalah."Sewajarnya kedua-dua pihak tahu batas-batas boleh digunakan bagi mengelakkan kontroversi. Sudah termaktub hanya atas sebab tertentu saja seseorang itu boleh disentuh, contohnya atas tujuan perubatan atau rawatan oleh mereka yang bertauliah seperti doktor."Jika semua pihak jelas mengenainya, sudah pasti tidak timbul isu begini. Sangat malang apabila guru dan pelajar terpaksa bertelingkah atau 'berperang' hanya kerana perkara boleh dielakkan," katanya.Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada guru suka mengambil kesempatan namun menganggapnya ia hanya kes terpencil. Guru terbabit katanya perlu mendapatkan rawatan psikologi bagi mengesan masalah supaya tidak bertambah kronik."Tidak dinafikan, ada guru suka menyentuh pelajar dan ini memang salah (Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Pustaka, Kuala Lumpur). Guru ini sebenarnya mungkin mengalami masalah emosi namun tidak mampu dikesan dengan mata kasar dan tekanan itu diterjemahkan dengan perlakuan."Guru berkenaan tidak rasa bersalah namun pelajar pula menjadi mangsa. Jika ini berlaku, pihak sekolah perlu mengambil tindakan tertentu supaya keadaan tidak bertambah melarat."Namun sebaiknya, biarlah hanya mereka yang terbabit saja mengetahui perkara ini supaya tidak memalukan mana - mana pihak. Yang dikesali apabila guru bermasalah, ia seperti diheboh-hebohkan hingga menjadi isu nasional sekali gus menyukarkan usaha sekolah menanganinya," katanya. Kaedah terbaik sama ada guru, pelajar mahupun sekolah perlu menjadi erat dan saling menyayangi selain semua pihak perlu merendahkan ego masing -masing. (Noor Azmi Ibrahim (1998). Kurikulum Abad Ke-21: Pengembangan dan Penekanan, Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur). Pertikaian yang berlaku hari ini disebabkan tiadanya elemen positif seperti kasih sayang, menghormati dan menghargai di kalangan warga sekolah hingga mencetuskan situasi 'hanya kauaku'."Apabila elemen positif tidak dimasukkan dalam perhubungan, sudah tentu mereka semakin Bahasa dan

renggang. Guru hanya menjalankan tanggungjawabnya mengajar, pelajar pula menerima sementara sekolah asyik berkira mengenai pencapaian kecemerlangan hingga terlupa keperluan kasih sayang."Ini menjadikan setiap golongan hanya tertumpu pada komuniti tertentu saja sedangkan sekolah boleh diibaratkan sebagai keluarga besar yang boleh berkongsi susah senang. Jalinan kemesraan dan kasih sayang perlu disemai mengikut batas ditetapkan. Pelajar juga perlu tahu status dan pandai menjaga diri. Jika betul guru bersalah dan perlu diambil tindakan, lakukanlah mengikut pertimbangan akal bukan emosi semata-mata. (Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dan Persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur). Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah juga perubahan kurikulum dan kokurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara awal. Perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak di samping harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung tinggi. Dengan itu, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang positif, apa lagi sifat toleransi dan kasih sayang. Artikel ini akan membincangkan kajian yang dijalankan dengan tujuan: pertama, untuk mengetahui hubungan di antara kecerdasan emosi dengan tekanan kerja dan niat berhenti kerja dari profesion perguruan, dan kedua, melihat interaksi kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial ke atas tekanan kerja dan niat berhenti kerja di kalangan guru.( Leblanc, Richard (1998). Good Teaching: The To Ten Requirements. Terbit dalam The Teaching Professor).

Oleh itu di sini bila kita membincangkan mengenai aspek pemboleh ubah tekanan dan keupayaan dalam menangani tekanan dalam kerjaya guru sudah pasti ia secara langsung berkaitan dengan dimensi ciri-ciri yang terdapat dalam kecerdasan emosi berkenaan. Ini kerana gejala emosi yang ditimbulkan oleh tekanan seperti resah, gelisah, mudah marah, kemurungan, berubah perasaan, rasa tidak selamat, mudah sensitif, sikap agresif atau permusuhan, letih emosi dan kehabisan tenaga akan memberi kesan ke atas keseluruhan kehidupan individu dan organisasi yang terlibat. Keupayaan dalam menangani semua ini akan melahirkan kepuasan dan peningkatan dalam prestasi kerja, yang mana ini semua dikaitkan dengan orang yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. Keupayaan dan kematangan dalam mengatasi tekanan kerja ini selari dan berkaitan secara langsung dengan dimensi kecerdasan emosi seperti yang diperkenalkan oleh Bar-On (1997) dalam kerangka modelnya yang terdapat dalam sub domain yang ke empat iaitu berkaitan dengan pengurusan tekanan. Menurut beliau individu yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi merupakan individu yang bijak dalam mengurus tekanan kerja yang dihadapinya pada setiap masa. Oleh itu sebarang tekanan kerja yang dihadapi dalam kerjaya akan dapat diatasi dengan mudah dan ini seterusnya akan menjamin kepuasan dan penglibatan kerja yang lebih berkesan di dalam kerja yang mereka ceburi. Selain itu orang yang dapat mengurus tekanan merupakan individu yang memiliki kebolehan bekerja dengan baik dan terkawal walaupun dalam suasana tertekan (Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur).

Menurut Salovey dan Mayer (1990) seseorang yang memiliki kecerdasan emosi berkemampuan dalam mengelola sebarang bentuk emosi yang mereka hadapi, malah berupaya mengelola emosi yang melibatkan diri orang lain di persekitarannya. Oleh itu keupayaan ini akan memberi satu kepuasaan serta penglibatan kerja yang tidak berbelah dalam kalangan individu terhadap kerjaya dan organisasi tempat mereka bekerja. Dapatan kajian ini juga bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990) yang mana menurut beliau tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kerjaya guru saling berkait rapat. Ini secara langsung membuktikan bahawa guru yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi berupaya dalam mengurus tekanan kerja dalam bidang kerjaya mereka dan ini seterusnya dapat membantu guruguru berkenaan menjadi lebih puas dan seronok terhadap segala kerja yang diamanahkan kepada

mereka (William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail Understanding Your Corporate Culture. Paradigm Shift International USA).

Goleman (1995) dalam modelnya juga telah membahagikan kecerdasan emosi kepada lima dimensi utama iaitu dimensi kenali emosi, dimensi memotivasi diri, dimensi mengelola emosi, dimensi mengenali emosi orang lain dan dimensi menjalinkan hubungan dengan orang lain. Berdasarkan pembahagian tersebut dimensi mengelola emosi merupakan dimensi utama yang melibatkan keupayaan seseorang dalam menangani perasaan agar perasaan dapat terungkap dengan tepat. Oleh itu, walaupun kecerdasan emosi tidak mempunyai hubungan yang positif secara langsung dengan tekanan kerja dalam kerjaya perguruan, namun sekiranya diperinci berdasarkan dimensi-dimensi yang terdapat dalam kecerdasan emosi itu sendiri seperti mengenal emosi, pengurusan diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial ia menunjukkan pekali hubungan yang positif. Ini menggambarkan kepada kita bahawa pemboleh ubah kecerdasan emosi sekiranya berdasarkan dimensi mengenal emosi, pengurusan diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial masih lagi berupaya memainkan peranan penting dalam menentukan keupayaan seseorang dalam mengurus tekanan kerja yang guru hadapi di sekolah. (Elaine, McEwan (19982001). Ten Traits of Highly Effective Teachers, McEwan-Adwin Groups). 1(c) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah. Isu ini boleh dikaitkan dengan teori pendekatan psikoanalitik. Signmund Freud adalah pengasas pendekatan psikoanalitik ini dalam bidang psikologi. Menuruti pendekatan ini adalah mempengaruhi tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotic dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hinggan dewasa. Oleh itu, Freud menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu.Jika kita kaitkan isu tersebut dengan teori pembangunan sahsiah maka kita sebagai guru harus mempersiapkan generasi pelajar hari ini bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi informasi abad ke-21 terletak di tangan dan dibahu seluruh kaum guru dan pendidik di pelbagai peringkat lebih-lebih lagi peringkat persekolahan rendah, amat memerlukan kesedaran yang tinggi bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan setiap aspek profesionalisme keguruan ke suatu tahap yang tidak mungkin lagi dipertikai dan diperlekehkan oleh masyarakat dan negara,. Usaha terbaru Kementerian

Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan mulai tahun 2001 adalah manifestasi dan bukti kepada komitmen bagi menggerakkan semua pihak untuk mencapai kecemerlangan pendidikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu, sekali gus memartabatkan pendidikan yang bertaraf dunia. (Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur).

Oleh kerana sifat sesuatu yang baru itu sering dipandang serong dan diragui, maka begitu juga persepsi sebahagian golongan pendidikan dan pentadbir pendidikan sehinggakan wujud semacam 'desakan' bagi mempermudahkan dan pengubahsuaian kepada instrumen Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan ini, adalah suatu sikap yang kurang wajar dalam konteks kita hendak memartabatkan pendidikan dan profesion keguruan.Bagaimana Fenomena Pendidikan dan Pengurusan Sekolah masa kini? Menurut Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Jemaah Nazir Sekolah (2001) menyebut bahawa; "Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewuibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global. (Rohany Nasir. 2003. Isu-isu Kaunseling dan Perkembangan Kerjaya. hlm. 28. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur). Fenomena lain ialah wujudnya keadaan kepakaran dan profesionalisme guru tidak kemas kini dan relevan ke arah pembangunan diri insan yang menyeluruh dan seimbang seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kajian pihak Nazir Sekolah juga mendapati kelesuan proses pendidikan ini ada kaitan secara sebab-akibat dengan amalan pentadbiran organisasi persekolahan yang lebih menguruskan hal-hal mekanikal seperti pengendalian perjawatan, gaji dan bangunan. Oleh itu kesempurnaan yang menonjol di sekolah bukan pada pelakuan manusianya tetapi pada hal-hal kebendaan, maka terhasillah keluaran sekolah yang berkembang di tahap persepsi atau tanggapan fenomena luaran sahaja sehingga kurang upaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan rasional dan membangun.( Beehr, T.A. & Newman, J.E. (1978). Job stress: employee health and organizational effectiveness: A facet analysis, model literature review)

Salah satu kayu ukur bagi menentukan sesebuah sekolah itu baik, maju, meningkat dan membangun hingga ke tahap cemerlang (atau sebaliknya) adalah menerusi pencapaian peperiksaan. Berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolh Rendah (UPSR) tahun 1999, sejumlah 1,919 buah sekolah rendah telah dikenalpasti sebagai "sekolah prestasi rendah" yakni sekolah-sekolah yang pencapaian peratus kelulusannya di bawah 30% Dalam hubungan penarafan sekolah di bawah Standard Tinggi Kualiti Pendidikan ini pula pihak Jemaah Nazir Sekolah telah mendapati bahawa penilaian keseluruhan sekolah-sekolah setakat ini berada pada tahap tiga iaitu lemah dalam indeks komposit tahap sekolah dengan skor antara 30 hingga 49 peratus. Kemudian kita didedahkan pula dengn dapatan hasil kajian sepasukan penyelidik Universiti Malaya terhadap "keberkesnan 3M" di antara sekolah-sekolah kebangsaan dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina khasnya, yang juga sekali lagi menampakkan "kelemahan dan ketidakberkesanan" yang ketara sekali berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan kita. Lama sebelum ini pun YAB Perdana Menteri Dato' Seri Doktor Mahathir Mohamad pernah "menyelar" sikap "tidak serius" yang terdapat di kalangan segelintir Guru Besar di sekolah-sekolah kebangsaan dan senario negatif dan "kurang menarik" yang wujud dan berlaku di sekolahsekolah ini. (Abdul Wahid Nuruddin. (1996). Stress Pekerjaan di Kalangan Guru. Tesis B. Ed., Universiti Utara Malaysia, Sintok). Kaitan isu ini dengan teori pembangunan sahsiah juga dapat kita lihat Apakah tidak apabila kita memperkatakan prestasi dan kualiti pendidikan ini dengan masalah dan dilema yang dihadapi seperti isu-isu kegagalan memenuhi kuota 55% kemasukan pelajar-pelajar Melayu ke IPTA kerana pencapaian yang rendah di dalam peperiksaan SPM dan STPM? Rumusan kajiankajian ini menyatakan bahawa pelajar-pelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi. Untuk mengatasinya kita perlu berpatah balik jauh ke belakang. Usaha membentuk pelajar-pelajar Melayu yang berdaya saing perlu bermula di peringkat sekolah kebangsaan (Isahak Haron, 2001). Nah begitu lantang sekali seruan ini dan sudah sewajarnya disambut bukan sahaja dengan semangat ingin menebus maruah malah memartabatkan pendidikan berkualiti di kalangan anak-anak Melayu. Maka inilah yang hendak dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan menerusi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (Block, J. (1995). On the relation bertween IQ, impulsivity and delinquency. Journal of Abnormal Psychology, 104.)

Apakah ertinya apabila Tapscott (1996) menyatakan bahawa pembelajaran tidak lagi dikendalikan oleh institusi pendidikan awam (sahaja)? Di Amerika Syarikat murid-muird yang belajar di rumah (home schooling) semakin meningkat dari tahun ke tahun; merupakan fenomena baru sejak beberapa dekad lalu sebagai manifestasi kepada 'ketidakpercayaan' ibu bapa dan orang awam terhadap mutu dan prestasi pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolahsekolah awam. Patricia M. Lings (1999) melaporkan sesi persekolahan tahun 1990-1991 terdapat 250,000 hingga 350,000 orang; sesi tahun 1995-1996 pula seramai 700,000 hingga 750,0000 orang kanak-kanak yang mengikuti homeschooling ini, dan manakala bagi sesei 19971998 telah mencecah seramai 1,000,000 orang kanak-kanak menyertai kaedah dan pendekatan belajar di rumah ini. Konsep belajar di rumah (homeschooling) ini menurut Erica Clery (1998), ialah wujudnya kebimbangan berlakunya 'kerosakan' mental, fizikal dan spiritual ke atas kanak-kanak yang belajar di sekolah-sekolah di bawah tadbiran dan seliaan kerajaan. Tidakkah 'bunga-bunga' kepada senario yang sama akan berlaku suatu hari nanti di negara kita sendiri, apatah lagi setelah mencapai status negara maju seperti yang diwawaskan? Tidakkah juga 'gejala-gejala kerosakan' ini sudah pun wujud dan berlaku dan saban tahun ianya semakin parah dan berdarah sehingga sistem pendidikan kita didakwa 'sudah ketinggalan zaman' oleh kesatuan perguruan kebangsaan Malaysia? Dengan yang demikian kita selaku guru-guru perlulah menyedari, memahami, dan menghayati betapa konsep penambahbaikan yang berterusan itu perlu dilaksanakan tanpa garis penamat sebagaimana gagasan yang dibawa menerusi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (Borg, M.G., Riding, R.J. & Falzon, J.M. (1991). Stress in teaching: a study of occupational stress and its determinants job satisfaction and career commitment among primary school teachers. Educational Psychology 11(1) 59-75). Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalamanpengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang tentu

membolehkan atau mengupayakan guru-guru

bertindak atau berpelakuan secara berkesan

untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya. Menjadi guru yang perkasa bukanlah bererti perkasa dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang lebih penting ialah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan keperibadiannya, kecekapan dan ketrampilannya, mental dan keintelektualannya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan dan kepemimpinannya. Oleh itu menjadi seorang guru yang perkasa amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya; teguh, tegas dan utuh atau rapuh, lemah dan tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya; luas, tinggi dasn mendalam atau sebaliknya dari segi intelektualnya yang digambarkan menerusi kesedaran-diri dan fahamkendiri yang mendasari kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Seorang guru yang perkasa juga seorang guru yang cekap dan berkesan. Jadi titik tolak bagi melakukan perubahan, dan kemudian mencapai kemahiran dan kesempurnaan memakan masa dan dayausaha. Bagi mencapai perubahan yang berjaya dan berkesan perlukan seseorang itu bukan sahaja menambah pengetahuan dan kemahiran baru malah sering pula memerlukan kita belajar semula sesuatu konsep, kaedah dan teknik yang mungkin kini sudah usang. Tidak ada orang yang tidak boleh melakukan aspek belajar semula ini kecuali seseorang itu sudah merasa dirinya sudah lengkap segala-galanya seperti kata Epictetus (55-135 M); "It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows." Pengalaman berserta beraneka kemahiran yang dititipkan oleh guru menerusi proses pengajaran dan pembelajaran umpamanya bermaksud melalukan perubahan sikap, seterusnya mengubah pemikiran dan paradigma sehingga terciptalah tangkah-laku yang dihasratkan itu tercapai. Menurut Dee Fink lagi penilaian bagi menghasilkan perubahan ke arah peningkatan profesionalisme individu seseorang guru itu amat besar faedahnya berdasarkan tiga sebab. Pertama, tanpa mengambil kira bagaimana baik atau buruk kita sebagai guru-guru, kita semua mempunyai potensi, menjadi lebih baik lama-kelamaan. Sementara sebahagian guru-guru bertambah baik dan hampir menemui potensi mereka, sayang sebahagian yang lainnya mengalami peningkatan yang kecil sahaja sewaktu peringkat awal kerjaya dan kemudiannya seolah-olah 'mendatar' kualitinya malah kadang-kadang 'merosot'. Kenapa? Natijahnya terdapat perbezaan pokok di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal meningkat, adalah disebabkan golongan pertama itu mengumpul maklumat mengenai pengajaran mereka dan

mengambil daya usaha bagi penambahbaikan sesetengah aspek daripadanya - setiap kali mereka mengajar. Mengapa perlunya membuat penilaian adalah bagi mendokumentasikan kualiti seseorang bagi rujukan pihak lain, yang perlu mengetahui track record seseorang sepanjang kerjayanya. Satu cara sahaja guru-guru boleh membekalkan maklumat seumpama ini iaitu dengan cara mengumpulnya, dan inilah penilaian. Dengan kaedah ini juga dapat membantu seseorang guru itu memahami keberkesanan pengajarannya dengan lebih baik lagi. ketiga pula merupakan satu keperluan yang bersifat peribadi dan keinginan manusia untuk menilai. Hal ini adalah bagi kepuasan mental dan psikologikal diri sendiri. Melakukan sesuatu kerja dengan baik adalah satu perkara; manakala satu perkara lagi dengan memiliki maklumat yang padu, kita tahu kita telah melakukan kerja dengan baik. Pengetahuan dan kepastian ini hanya mungkin jika kita membuat penilaian yang rapi dan telus (Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur).

Antara "Powerful" atau "Powerless" Selepas kita melakukan penilaian baharulah kita tahu status atau kedudukan tahap dan taraf ketrampilan kita selaku guru yang bagaimana; cergas dan cerdas; pantas dan tangkas; cekal dan tabah; mengurus masa atau membuang masa? Kemudian baru kita boleh "memilih" ada untuk menjadi guru yang "powerful" atau "powerless". Tentulah bagi menjadi seorang guru yang perkasa kita mestilah seorang yang "powerful" bukan sebaliknya. Jadi pilihan di tangan kita. Perasaan dan perlakuan "tidak berdaya" ("powerless") boleh berlaku daripada sekecil-kecil insiden atau peristiwa sehingga kepada masalah atau perkara yang besar. Jika kita gagal mengatsasi atau membiarkan keadaan "tidak berdaya" ini kita akan menjadi lebih tidak berdaya saing, lemah jiwa dan raga, lemah mental dan spiritual akhirnya kita melihat dunia dan kehidupan tidak memberi erti apa-apa, selanjutanya kita kecewa dan sengsara serta merintih nasib dan takdir. Apa yang kita buat apabila kita memilih menjadi seorang yang "powerless" ialah; tak kisah, tunggu, lengah atau lewatkan, tidak ambil tindakan atau "buat de' "sahaja, hampa, jadi tidak peduli, abaikan dan jadi seorang yang acuh tak acuh. Kemudian apa pula yang kita dapat bila kita merasa "powerless"; status quo, hubungan yang Kalah/Menang (Lose/Win), tidak dijangka/hasil yang tidak diketahui, ketidakpastian, hasrat dan angan-angan (fantasi), dan merosot keupayaan seterusnya prestasi jadi rendah.( William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail Corporate Culture. Paradigm Shift International USA) - Understanding Your

Jadilah Seorang Yang Powerful Jelas menjadi seorang yang "powerless" tidak menjanjikan sebarang kebaikan dan faedah sama ada dari segi peribadi, kumpulan, kelompok atau pun organisasi dan kerjaya yang kita ceburi. Tentulah kita memilih untuk menjadi "powerful" dan berjaya dalam semua bidang dan aspek kehidupan berkeluarga, sosial dan kerjaya dan dapat menyumbang kepada kesejahteraan bangsa dan negara menerusi tugas mendidik yang kita hayati ini. Dalam menajdi "powerful" kita perlu kenal tiga "kuasa" yang masing-masing ada baik dan buruknya iatu i) kuasa paksaan, ii) kuasa utiliti dan iii) kuasa berpusatkan prinsip (principle-centered). Fokus kita ialah kepada kuasa berpusatkan prinsip (principle-centered power) bagi mencapai hasrat menjadi guru yang perkasa; guru sebenar guru -- ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu! Kuasa berpusatkan prinsip adaah berasaskan apa yang anda boleh buat dengan orang-orang lain. Kuasa berpusatkan prinsip juga ertinya berasaskan 'hormat': individu yang dihormati akan dipercayai, disegani dan menjadi inspirasi kepada orang-orang lain, dan oleh itu kepemimpinannya diterima sepenuh hati. (Fink, L.Dee (1999). Evaluating Your Own Teaching. Terbit dalam Improving College Teaching oleh Peter Seldin (ed.). University of Oklahoma Instructional Development Program, July 20, 1999). Oleh itu guru-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan menjurus kepada kawalankendiri, tingkah-laku beretika dan kehidupan yang proaktif (Blaine Lee, 1997). Salah satu prinsip penting dalam mengurus diri dan organisasi ialah prinsip samarata atau adil (kepada orang lain dan kepada diri). Oleh itu satu keperluan yang mesti ada ialah keberanian menghadapinya, serta kemampuan dan keupayaan membuat teguran dan ulasan bagi membetulkan mana-mana individu yang tersasar dari landasan dan terkeluar dari tujuan dan matlamat organisasi. Di sini prinsip 'Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul' hendaklah menjadi pegangan. Intipati kepada prinsip ini ialah apa yang betul atau apa yang tidak betul bukan berdasarkan seseorang itu ketua (boss) atau penngikut (subordinate), tetapi kepada apakah persoalannya, apakah kesan atau implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsah, peraturan, dan objektivitinya, di mana matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betul dan tidak dipertikaikan lagi. Kesan dan Hasil Kuasa Berpusatkan Prinsip Guru-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan memberi pengaruh kepada berlakunya transformasi budaya belajar dan mengajar yang hebat. Transformasi ialah perubahan, yakni perubahan yang disebabkan wujudnya perhubungan di mana 'hormat' menjadi asasnya. Manusia tidak setia kepada logo mereka setia kepad orang

lain (pemimpin berprinsip). Blaine Lee (1997) dalam bukunya The Power Principle: Influence With Honour menyenaraikan empat kesan yang terhasil daripada kuasa berpusatkan prinsip ini sebagaimana berikut apabila kesan dan pengaruh orang perkasa ini tetap bersama atau di alam diri walaupun orang itu sudah tiada di dunia ini. Ertinya pengaruh orang yang perkasa ini meninggalkan kesan yang bukan sedikit malah berterusan sehingga pengaruh ini di 'turunkan' pula keapada generasi seterusnya. Tidak seperti kesan daripada kuasa paksaan yang cuma berkesan selagi orang takut. Juga tidak seperti kesan kuasa utiliti, ia datang dan ia pergi dan sangat bersifat sementara. Tetapi kuasa berpusatkan prinsip mewujudkan perhubungan yang berkekalan ia tidak terhenti bila pengurusan baru mengambil alih, tidak juga menjadi ketinggalan zaman bila muncul sesuatu yang baru. Kuasa berpusatkan prinsip menggalakkan tingkah-laku proaktif yang membina dan membawa perhubungan yang bukan bersifat situasional tetapi transformasional yang bererti kita membuat pilihan kepada mana yang lebih penting dan mana yang lebih bernilai dan berharga. Tingkah-laku proaktif melahirkan tingkah-laku yang dihormati: tak perlu penyeliaan, tak perlu mandur. Guru-guru yang bertingkah-laku proaktif dalam konteks ini sebenarnya memiliki standard dalaman yang lebih tiggi daripada apa yang diletakkan kepadanya. Ia tidak memikirkan untuk buat perkara lain, kerana bertentangan dengan jiwanya. Jika tingkah-lakunya merosot ke bawah paras yang ditentukan (standard), guru yang proaktif ini mampu 'membetulkan dirinya'. Falsafahnya "Saya boleh buat lebih baik. Saya boleh jadi lebih baik." Kawalan-kendiri : Ini bukan lagi kuasa yang datang dari luar. Kuasa berpusatkan prinsip fokusnya ke dalam diri. Ianya bergantung kepada keupayaan dalaman masing-masing bagi lebih tabah, lebih giat, lebih bersungguh-sungguh bila mengesampingkan apa yang mereka mahu berbanding apa yang lebih besar dan mustahak. Ini akhirnya membuatkan seseorang itu sanggup berkorban; iaitu melupakan apa yang kita hendak sekarang kerana hendakkan perkara-perkara yang lebih mendesak.( Noor Azmi Ibrahim (1998). Kurikulum Abad Ke-21: Pengembangan dan Penekanan, Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur). Membina Kesaling-bergantungan dalam kehidupan manusia tidak boleh hidup dan bekerja seorang diri, tidak kira sekaya mana atau selemah atau semiskin mana sekalipun, apatah lagi di dalam organisasi dan institusi zaman sekarang. Menerusi kuasa paksaan kita memupuk dan menggalakkan pelbagai jenis kebergantungan, manakala dalam kuasa utiliti ianya memupuk dan menggalakkan kebebasan -- kebebasan untuk memilih seperti kita boleh memilih untuk

bersatu atau kita memilih untuk berpisah. Oleh itu kesaling-bergantungan adalah kesan daripada kuasa berpusatkan prinsip: yang boleh menjawab soalan, "Apa yang boleh dan apa yang akan jadi bila kita bersatu?" Kesaling-bergantungan juga melahirkan sinergi daripada seluruh individu agar matlamat dan objektif institusi dan organisasi tercapai dengan cemerlang dan gemilang. Siapa Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu? Sebagai

golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih guru-guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secara kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000). Jadi menyediakan diri menjadi guru yang perkasa perlukan latihan dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan seperti tersirat di dalam Standard Tinggi Kualiti Pendidikan hari ini.] Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru ynag perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji; tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya. Prinsip utamanya seorang guru yang perkasa mesti faham bahwa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru sebenar guru mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad (menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan) dan kerja mengajar pula (tanpa sebarang muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenar guru ini dikelaskan sebagai Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru mengajar

murid belajar" dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula kita buktikan menerusi kerja-buat kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai tahap ini semua kita mestilah membetulkan iman (kepercayaan), bual (percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita sentiasa selaras antara ketiga-tiga aspek tersebut. Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu"; yanG membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muirdnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan yang sangat mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan gelagat yang tersasar jauh daripada etika dan adab seorang guru yang mursyid. Guru-guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guruguru begini tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru Sebenar Guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab; menganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas' ketika di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria dan dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa buku-buku tanpa bertangguh. (Fink, L.Dee (1999). Evaluating Your Own Teaching. Terbit dalam Improving College Teaching oleh Peter Seldin (ed.). University of Oklahoma Instructional Development Program, July 20, 1999). Cuba teliti dan kaji bagaimana gaya pengurusan, bagaimana kebolehan para pengurus pendidikan ini menangangi perubahan? Bagaimana wujud tidak kepemimpinan melalui teladan dan sebagainya. Begitu juga aspek kualiti guru di sekolah; bagaimana atau apa ciri-cirinya yang kita boleh kata guru yang berkualiti atau guru cekap itu? Cekap bukan bererti mampu habiskan sukatan pelajaran tetapi tahap penguasaan atau kemahiran murid tidak meningkat? Guru-guru terlatih pula jangan sampai ada berlaku sindrom guru "letih" dan tiada arah tujuan sebagai "guru sebenar guru"? Begitu juga yang kita kata guru berkualiti itu adakah sekadar memiliki diploma/ijazah sudah berkualiti? Bagaimana tahap "ilmunya" jika tidak mampu memperbetulkan kelemahan murid dalam pelbagai aspek P&P seperti aspek ejaan, sebutan, tulisan atau lain-lain

bidang kemahiran yang berkaitan? "Kurang kreativiti dan kegagalan mengurus dengan baik oleh pihak sekolah terutama guru besar dikenalpasti punca utama pelajar Melayu di Pulau Pinang terkandas dalam pelajaran, sekaligus gagal bersaing dengan pelajar kaum lain." Guru dan pelajar yang dulunya berlangsung secara harmonis, saling menghormati serta mendapat pengiktirafan masyarakat, kini semakin berantakan. Bukan saja pelajar dilanda masalah disiplin guru juga semakin mula menunjuk lagak dengan tindakan membelakangkan nilai kemanusiaan dan kewarasan. Dan masyarakat pula mula diasak pelbagai pertanyaan dan persoalan mengenai nilai serta kredibiliti guru. Adakah guru boleh mendidik?, Guru sudah hilang akalkah hingga sanggup mendera dan menghukum pelajar seperti haiwan? serta pelbagai lagi persoalan yang memerlukan jawapan segera. Malangnya, semakin banyak salah laku guru didedahkan, masih ada yang berani berterusan menongkah arus dengan mengambil jalan penyelesaian sendiri seolah-olah tragedi yang berlaku tidak mampu meninggalkan peringatan. Persoalannya, mengapakah guru masih tidak mahu mengambil iktibar? Adakah keberanian itu kerana berasa diri kebal dengan status terhormat yang diberikan masyarakat ataupun dibelenggu faktor lain hingga menjadikan mereka bertindak tanpa kewajaran. Bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata masyarakat seharusnya memahami guru hanya manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Menurutnya, status guru hanya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan manakala secara khususnya, mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran. Apabila masyarakat menggunakan status guru dalam membuat penilaian, secara tidak langsung membabitkan keseluruhan golongan berkenaan. Dengan kata lain, kalau seorang bermasalah, semuanya seolah-olah melakukan kesalahan serupa dan patut dihukum. Sedangkan yang bermasalah hanya seorang dua. Hakikatnya, mereka tetap sama seperti orang lain yang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan cabaran masingmasing, katanya. Kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan profesionalisme golongan terbabit. Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir pula dengan tragedi. Beliau berkata masyarakat boleh menyalahkan guru yang bersalah, namun perlu adil membuat penelitian terperinci sebelum menjatuhkan andaian. Akuinya, ada guru berdepan

dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah. Dunia pendidikan hari ini tidak sama seperti dulu. Cabaran keterlaluan bukan saja persekitaran tapi sikap segelintir masyarakat yang bongkak serta lepas tangan menjadikan guru seperti ditindas. Masyarakat tidak boleh memaksa untuk memenuhi kehendak mereka secara total, malangnya berapa ramai mahu memahami? Kesudahannya apabila sentiasa ditekan dan tertekan, mereka boleh hilang pertimbangan. Apabila timbul isu membabitkan guru, masyarakat pula memberikan hukuman dan komen negatif sedangkan kebenaran masih belum terbukti. Ini menambah lagi beban guru yang sudah sedia terbeban, katanya mengakui cabaran besar guru hari ini berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat. Malangnya dalam memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah tekanan memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru pasti sukar bernafas. Jadi mengapa masyarakat tidak mahu memudahkan tugasan itu dengan bersama menggembleng usaha dan memberi ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri tanggungjawab? Saya percaya cara itu dapat membantu mereka lebih berdaya saing dan kurang tekanan, katanya. Beliau bagaimanapun akur ada guru mempunyai emosi tidak stabil, bercelaru dan memerlukan rawatan sama ada berbentuk dorongan psikologi atau perubatan. Masalahnya, mereka berkelakuan normal namun bahaya kepada pelajar. Guru seperti ini memerlukan pemerhatian khusus dan sekolah terutama pentadbiran perlu peka kerana membabitkan soal keselamatan. Bagaimanapun, jangan meletakkan kesalahan atau noktah penamat terhadap perlakuan itu. Jika boleh dibantu, hulurkan bantuan ataupun merujuk kepada mereka yang lebih arif dan pakar untuk membantu, katanya. Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain. Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi

yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu. Tekanan demi tekanan di samping tidak mendapat sokongan persekitaran menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan. Untuk menyalur atau meredakannya, mereka menzahirkan kepada golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya pelajar menjadi pilihan. Malangnya, ramai tidak prihatin terhadap masalah ini dan melambakkan segala tanggungjawab pada guru. Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini tidak makan saman menyebabkan guru bagai terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi keadaan meskipun salah, katanya. Beliau berharap guru yang berasakan diri bermasalah agar dengan rela hati bertemu kaunselor atau pihak bertauliah untuk meredakan tekanan dan mencari alternatif terbaik untuk mengawal diri. Jika berasakan diri bermasalah, jumpa kaunselor untuk mencari penyelesaian. Tidak usah malu dan ketepikan persepsi buruk orang lain demi kebaikan diri sendiri. Amat malang sekali imej guru yang selama ini dihormati tercalar gara-gara masalah yang boleh diselesaikan. Dalam hal ini, masyarakat atau pelajar tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka berhak untuk bersuara, katanya. Bapa pelajar sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, Izir Ahmad, berkata guru yang melepaskan kemarahan kepada pelajar dianggap tidak profesional dan melanggar batas tanggungjawab diamanahkan.Saya akui ada pelajar hari ini sangat degil, namun sebagai guru dan orang dewasa, perlu bertindak secara matang untuk mengawal perasaan. Walaupun perasaan bersifat subjektif, namun ia boleh dibentuk dengan pemikiran positif. Sebagai bapa, saya juga gusar melepaskan anak ke sekolah untuk dididik oleh guru bermasalah. Bagaimanapun saya yakin hanya segelintir guru saja yang bermasalah manakala yang lain masih berdedikasi untuk mendidik pelajar menjadi cemerlang, katanya. Kesimpulan Kesimpulannya, kita boleh dikonklusikan bahawa sikap seseorang amat bergantung kepada apa yang mereka lakukan. Kita tidak boleh sekadar menjadi seorang yang cemerlang semata-mata untuk mendapat kenaikkan pangkat. Tetapi sikap dan tatakelakuan akan menentukan siapakah sebenarnya kita. Fahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat bergantung kepada mutu jatidiri individu yang berada di dalamnya sama ada ia seorang guru, pembantu tadbir pembantu am rendah atau pun pekerja rendah awam; yang semuanya mempunyai 'amanah tugas' dan tanggungjawab yang sudah jelas dan terperinci yang tidak boleh kita dakwa bahawa kita tidak tahu mengenainya. Marilah kita menginsafinya dengan

setulus ikhlas bahawa sebarang 'defisit pembelajaran' misalnya adalah kerana kita selaku guruguru yang tidak mengutamakan masa sebaik mungkin semasa mengajar selama ini.

Rujukan Abdul Wahid Nuruddin. (1996). Stress Pekerjaan di Kalangan Guru. Tesis B. Ed., Universiti Utara Malaysia, Sintok.. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Bar-On, R. (1997). The Emotional Quotient Inventory (EQ-i): Technical manual. Toronto: Multi Health Systems. Beehr, T.A. & Newman, J.E. (1978). Job stress: employee health and organizational effectiveness: A facet analysis, model literature review. Rohany Nasir. 2003. Isu-isu Kaunseling dan Perkembangan Kerjaya. hlm. 28. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Block, J. (1995). On the relation bertween IQ, impulsivity and delinquency. Journal of Abnormal Psychology, 104. Borg, M.G., Riding, R.J. & Falzon, J.M. (1991). Stress in teaching: a study of occupational stress and its determinants job satisfaction and career commitment among primary school teachers. Educational Psychology 11(1) 59-75. Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan dan Pustaka, Kuala Lumpur. William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail - Understanding Your Corporate Culture. Paradigm Shift International USA Bahasa

___________________(2001); Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. Lee, Blaine (1997). The Power Principle: Influence With Honor. Simon & Schuster, New York, USA. Elaine, McEwan (1998-2001). Ten Traits of Highly Effective Teachers, McEwan-Adwin Groups. http://www.elainemcewan.com/ten_traits_teachers.htm 30.09.2001

Clery, E.(1998). Home Schooling : The Meaning That The Homeschooled Child Assigns to This Experience. Issues in Educational Research, 8(1), 1-13. http://cleomurdoch.edu.au/gen/iir/iier8/clery.html Fink, L.Dee (1999). Evaluating Your Own Teaching. Terbit dalam Improving College Teaching oleh Peter Seldin (ed.). University of Oklahoma Instructional Development Program, July 20, 1999. Leblanc, Richard (1998). Good Teaching: The To Ten Requirements. Terbit dalam The Teaching Professor. Noor Azmi Ibrahim (1998). Kurikulum Abad Ke-21: Pengembangan dan Penekanan, Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur. Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dan Persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai