Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak, khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa). Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan, khususnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negara amat menggalakkan para penternak dan golongan belia menceburkan diri dan memilih rusa sebagai haiwan ternakan utama. Penggunaan tanah yang tidak terlalu luas dan kajian mengesahkan bahawa rusa lebih cekap menukarkan rumput kepada daging jelas mengambarkan bahawa penternakan rusa menyediakan peluang perniagaan yang cerah pada masa hadapan. Semoga maklumat yang terdapat dalam blog ini akan dapat menerapkan nilai keyakinan diri kepada penternak dan mereka yang mula ingin berjinak dalam bidang ini, khususnya golongan belia agar rusa menjadi pilihan utama dalam aktiviti pertanian mereka. Sekian, terima kasih. Pengulas, Ferdyen.

Thursday, April 09, 2009


PEMBIAKAN RUSA
Rusa adalah haiwan ternakan yang mempunyai kadar kelahiran tahunan yang tinggi, khusunya rusa jenis timorensis (exotic) disamping kadar kematian yang rendah, iaitu 2% - 5%. Namun begitu, rusa juga mempunyai musim mengawan dan musim melahirkan anaknya yang tersendiri. Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa. Namun begitu, musim mengawan merupakan musim yang perlukan komitmen dan perhatian yang tinggi dari para penternak kerana musim ini kerap berlaku pergaduhan dan pertarungan diantara rusa jantan dan rusa betina. Bagi mengatasi masalah pergaduhan ini, langkah pencegahan seperti pengasingan rusa baka dan rusa jantan yang lain perlu dilakukan. Bagi mengetahui sama ada baka rusa betina bunting atau sebaliknya, kaedah pemerhatian melalui rectal palpation dan menimbang berat badan rusa adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan. Disediakan oleh Ferdyen_udeq di 1:14 PM 0 ulasan

TABIAT DAN HABITAT RUSA


Antara tabiat biasa dan habitat rusa adalah seperti berikut :1. Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan (semulajadi). Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa ; 2. Rusa lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar. Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padok atau kawasan pemagaran. Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa ; 3. Untuk mengekalkan kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok besar dan renek juga seharusnya dikekalkan dan jangan ditebang. Hal ini kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang ; 4. Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang ; 5. Persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air, maka kemudahan ini perlu disediakan ; 6. Perhubungan antara manusia (penternak) dan rusa perlu dipupuk seperti menyediakan pondok kecil dalam kawasan ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah liar rusa dapat dikurangkan. Disediakan oleh Ferdyen_udeq di 1:10 PM 0 ulasan

Wednesday, April 08, 2009


KESIHATAN DAN PENYAKIT RUSA
Walaupun rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi tehadap serangan penyakit, namun rusa juga tetap mempunyai masalah kesihatan dan serangan penyakitnya yang tersendiri. Antara penyakit yang sering menghantui aktiviti penternakan rusa ialah :Serangan Kutu : Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga minggu. Sakit Mata : Lebih kerap berlaku dalam kalangan anak-anak rusa. Antara puncanya ialah mata anak rusa mudah tercucuk rumput sehingga menyebabkan mata luka dan berair. Masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal melalui choramphenicol. Luka-Luka : Sering berlaku terhadap mana-mana rusa tanpa mengira peringkat umur. Antara

puncanya ialah rempuhan pada pagar, akibat objek tajam seperti sisa dawai duri, kaca, zink, paku, besi atau akibat masalah gigitan kutu. Untuk menghindari masalah ini, objek tajam perlu dikeluarkan dan dibersihkan dari tempat tinggal rusa dan penggunaan gusanex spray atau negusunt powder mampu untuk menangani atau merawat luka pada badan rusa. Bisul : Bisul sering menyerang bahagian kaki, pangkal paha dan juga celah kuku rusa. Untuk mengetahui sama ada masalah ini menghantui kesihatan seharian rusa, pemerhatian diperlukan terutama apabila rusa berjalan. Cacing : Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan. Parasitic : Ectoperasite (kutu, tick dan lice), internal parasite dan longworm. Bacterial : Salmonelosis, tuberculosis ceptospirosis, brucellosis, H. S. pasteurellosis, pneumonia, johnnes disease dan meliodiosis. Viral : Malignant catarrhal fever, foot and mounth disease, dan bovire viral disease. Proto Zoal : Babesiosis, toxoplasmosis dan anaplasmosis. Disediakan oleh Ferdyen_udeq di 10:10 AM 0 ulasan

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN MENTERNAK RUSA


Antara faktor mengapa kita harus memilih rusa sebagai pilihan haiwan ternakan dari haiwan ternakan lain ialah :1. Rusa mempunyai kadar melahirkan anak yang tinggi dalam setahun, iaitu antara 80% - 90% ; 2. Anak rusa yang lahir mempunyai kadar risiko kematian yang rendah dalam setahun, iaitu antara 2% - 5% ; 3. Rusa adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dari cuaca semasa seperti hujan dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu, rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun hujan, khususnya pokok-pokok renek ; 4. Rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu,

langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa ; 5. Rusa juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum), green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan guatemala adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu, makanan tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun ubi, acacia, hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ; 6. Mengikut kajian semasa yang dilakukan oleh badan-badan pembangunan pertanian negara, rusa juga ialah haiwan ternakan yang lebih cekap menukarkan rumput kepada daging jika dibandingkan dengan ternakan kambing atau lembu ; 7. Dressing percentage rusa juga hanya dalam linkungan 60% ; 8. Daging rusa adalah daging yang mempunyai lemak dan kolestrol yang rendah serta amat enak dimakan dan sering mendapat tempahan dari hotel-hotel terkemuka dan restoran-restoran tempatan mahupun luar negara ; 9. Selain itu, perusahaan penternakan rusa juga merupakan perusahaan yang cepat berkembang jika dibandingkan dengan perusahaan penternakan lain ekoran kelahiran anak rusa yang tinggi dan kematian yang rendah. Malah, penternakan rusa juga tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas seperti bebiri atau lembu kerana penggunaan keluasan penternakan rusa amat bergantung kepada cara penternakan rusa dilakukan, sama ada secara ladang (lepas bebas) atau secara potong dan bawa (cut and carry) ; 10. Membantu membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan negara. Penglibatan aktiviti pelancongan dalam penternakan rusa secara tidak langsung sebenarnya suatu kaedah yang mudah dalam mempromosikan penternakan rusa dan sekali gus meningkatkan ekonomi sara diri para penternak dan memajukan ekonomi negara ; dan 11. Penternakan rusa juga mampu menyahut cabaran kerajaan dalam memelihara dan memulihara kadar pertumbuhan rusa agar masalah kepupusan rusa dapat diatasi ekoran masalah pemburuan haram yang berleluasa. Disediakan oleh Ferdyen_udeq di 9:09 AM 0 ulasan

Tuesday, April 07, 2009


GALERI

Disediakan oleh Ferdyen_udeq di 12:18 PM 2 ulasan

PRODUK BERASASKAN RUSA


Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara dan golongan penternak itu sendiri ialah seperti berikut :DAGING : Digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga mempunyai

pasaran yang luas melalui permintaan yang tinggi dari hotel-hotel terkemuka negara, restoran-restoran dan para pemborong tempatan mahupun luar negara. KULIT : Digunakan sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan industri barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan lain-lain produk. ANTHER/VELVET (TANDUK) : Digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and chicken). Tanduk rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama dalam menghiasi dinding kediaman. TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES : Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan. GIGI : Dieksport keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain. LIGAMEN & TENDON : Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar negara seperti di negara jiran, terutama Thailand. EKOR : Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam dan luar negara seperti Hong Kong. Disediakan oleh Ferdyen_udeq di 7:52 AM 0 ulasan

Monday, April 06, 2009


JENIS-JENIS RUSA

Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon), sambar (Cervus unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), chital (Axs-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya ialah : Timorensis (Exotic) : Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis. Sambar : Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar. Axis-Axis : Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3000.00 keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim

khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial. Disediakan oleh Ferdyen_udeq di 8:39 PM 0 ulasan

HUBUNGI SAYA
untuk menghubungi saya berkaitan penternakan rusa dan sebagainya berkaitan rusa, sila email ke email berikut : ferdyen_udeq@yahoo.com atau ferdyen@gmail.com Sebarang pertanyaan akan cuba saya layani termasuk mencari baka rusa yang murah untuk diternak. Saya juga mengalu-alukan anda untuk add saya di ym dengan menggunakan email seperti yang tertera diatas dan semoga kemuskilan anda berkaitan rusa selama ini akan dapat saya bantu seadanya. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh Ferdyen_udeq di 6:39 PM 0 ulasan

PROSPEK MASA DEPAN PENTERNAKAN RUSA


Perkembangan dan tumpuan kerajaan Malaysia dalam membangunkan bidang pertanian memberi peluang kepada aktiviti pertanian dikembangkan hingga ke peringkat optimum. Hakikat ini menyaksikan banyak pihak, terutamanya golongan petani memajukan aktiviti pertanian mereka, antaranya aktiviti bercucuk tanam dan penternakan. .............. Namun begitu, bidang penternakan rusa negara masih kurang mendapat tempat di hati para mengusaha penternakan jika dibandingkan dengan penternakan lembu dan kambing. Kurangnya penglibatan penternak sebenarnya membawa kepada kurangnya bekalan daging rusa atau produk berkaitan rusa. Keadaan ini jelas mengambarkan bahawa bidang penternakan rusa sebenarnya mempunyai nilai pasaran yang begitu luas untuk diterokai jika dibandingkan dengan penternakan lembu mahupun kambing. ............... Selain itu, penternakan rusa turut membantu seruan pihak kerajaan dalam membantu mengatasi masalah kepupusan rusa yang kini mengancam kewujudannya. Penternakan rusa juga turut membantu dalam membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan, khususnya industri pelancongan negara Malaysia. ............... Akhir sekali, semoga sebarang maklumat dalam blog ini akan mampu membantu memberikan maklumat yang berkaitan kepada mereka yang mula berjinak dalam industri penternakan rusa sekali gus memajukan ekonami negara kita, khususnya bidang pertanian negara.

Anda mungkin juga menyukai