Anda di halaman 1dari 1

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pengajaran berasakan kajian masa depan mengandungi lima bahagian: Bahagian 1: mengandungi

penerangan am daripada aspek objektif modul latihan, prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan. Bahagian 2: Mengandungi konsep belajar sendiri (apa? mengapa? bagaimana?) yang menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa depan. konsep utamanya ialah: 1. berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masamasa depan. 2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. 3. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. 4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan. 5. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. Bahagian 3: Cara menjalankan pengajaran berasaskan kajian masa depan (rangka perancangan) serta renungan dan penilaian kendiri. Bahagian 4: Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang saya tahu yang merangkumi perincian dan nota guru. Bahagian 5: Berkonsepkan penambahan ilmu. Kajian masa depan merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran boleh memberi kesan penting kepada guru dan murid yang bersedia menghadapi abad baru (penuh dengan cabaran dan dugaan). Mereka diharapkan dapat merancang masa depan dan ini akan mewujudkan masyarakat berwawasan yang lebih rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima dan menangani perubahan.

Anda mungkin juga menyukai