Anda di halaman 1dari 3

SETULUS KASIH IBU

Hari itu ialah hari ulang tahun kelahiran Ana yang ke dua puluh. Seperti biasa, datuk dan neneknya sibuk membuat persiapan untuk mengadakan majlis kenduri do'a selamat sempena hari yang berbahagia itu. Ana pula berada dalam keadaan resah gelisah menantikan kedatangan posmen. Dia terasa begitu lambat posmen sampai pada hari itu. Setiap hari ulang tahun kelahirannya, ibu tersayang pasti akan mengirimkan surat dan kad ucapan selamat dari Amerika.

Seingat Ana, sejak dia masih kecil ibu nya telah pergi bekerja di Amerika. Begitulah yang diceritakan oleh datuk dan nenek kepadanya. Dan dia ingat -ingat lupa di waktu kecil ibu pernah menggendongnya dengan penuh kasih dan memandangnya dengan sorotan mata lembut bagai cahaya rambulan. Semua in i menjadi bayangan yang samar -samar dalam benaknya. Ana amat mengharapkan kepulangan ibunya. Di hatinya timbul pelbagai pertanyaan yang tidak pernah terjawab.

"Mengapakah ibu sampai hati meninggalkan aku?"

Setahunya, ibu gagal dalam perkahwinan dan me ninggalkan suaminya yang tidak bertanggung jawab. Mungkin juga itu sebab yang kukuh kenapa ibu berhijrah ke Amerika serta meninggalkan dia bersama datuk dan neneknya di sini.

Sejak kecil, di kala dia merindui ibu, Ana selalu merengek dan memohon kepada datuk dan nenek untuk membawanya ke Amerika bagi berjumpa dengan ibu tersayang. Datuk dan nenek selalu memberi pelbagai alasan untuk tidak membawanya ke sana.

"Ibu Ana sibuk bekerja di Amerika, dia juga sangat merindui Ana, namun dia tidak boleh menemani Ana jika Ana pergi ke sana. Maafkanlah ibumu, suatu hari nanti Ana akan mengerti semua ini."

Itulah yang selalu dikatakan oleh datuk dan nenek. Ana selalunya tidak membantah kata kata datuk dan nenek walaupun dalam hatinya merasa sedikit ragu -ragu. Walau sesibuk manapun, takkan tiada masa langsung untuk bertemu dengan anak kesayangan ibu. Itu yang Ana fikirkan selalu namun dia tidak pernah mengucapkan kepada datuk dan neneknya kerana tidak mahu berlaku tidak sopan terhadap keduanya.

Ana terus menantika n kedatangan surat ibu pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke dua puluh ini. Dia membuka kotak kesayangannya yang berisi seikat surat dari ibu yang disimpannya sejak dia kecil lagi. Dari ikatan surat yang telah menguning itu, dia menarik sepucuk surat. Itu ialah surat ibu untuknya ketika Ana berusia enam tahun dan mulai masuk

sekolah.

"Ana sudah masuk sekolah ya, tentu Ana mempunyai ramai teman dan hidup Ana tentu tidak sunyi lagi. Ana harus bergaul dengan baik, pakaian harus selalu bersih dan rambu t juga harus didandan dengan rapi ya.."

Kemudian Ana menarik sepucuk surat lain. Itu ialah surat ibu ketika dia berusia tiga belas tahun dan mulai masuk sekolah menengah.

"Belajarlah dengan tekun kerana masa depan akan bertambah cerah jika Ana memili ki ilmu yang tinggi. Dengan ilmu pengetahuan dan budi bahasa yang baik, Ana akan dihormati oleh ramai orang."

Dalam setiap surat, ibu menyampaikan kasihnya yang tiada batas kepada puteri tunggalnya. Semua surat ibu itu merupakan kasih dan motivasi terbe sar bagi Ana sepanjang hidupnya selama ini. Setiap malam sebelum tidur, Ana selalu memeluk kotak surat itu sambil merintih pilu.

"Ibu, di mana ibu berada? Apakah ibu memahami kerinduan Ana? Mengapa ibu tidak pernah datang menjenguk Ana di sini? Juga ibu tidak pernah meninggalkan nombor talipon ibu di sana?"

Akhirnya sampai juga posmen yang menghantarkan surat ibu yang ke tujuh puluh dua. Seperti biasa, Ana segera mengambil surat ibu dan membukanya. Datuk dan nenek akan berada di samping Ana setiap kali surat ibu sampai. Surat itu nampak lebih lusuh dan kuning jika dibandingkan dengan surat -surat yang terdahulu. Ana merasa hairan. Tulisan ibu dalam surat itu juga tidak lagi jelas dan rapi.

"Ana, maafkan ibu kerana tidak berupaya menghadiri ulang tahun kelahiranmu yang ke dua puluh ini. Sebenarnya ibu selalu ingin hadir di hari ulang tahun kelahiranmu setiap tahun. Namun, kalau saja Ana tahu bahawa ibu telah meninggal dunia karena penyakit kanser paru-paru sejak Ana berusia empat tahun. Sekarang Ana pas ti boleh memahami mengapa ibu tidak pernah hadir menemanimu pada setiap hari ulang tahun kelahiranmu"

Ana, maafkan ibu Ketika ibu tahu bahawa hayat ibu tidak panjang, setiap hari di waktu itu ibu menatap wajahmu, mendengar suaramu memanggil ibu dan ib u memelukmu erat-erat. Sungguh sedih sekali, ibu tidak mampu melihat buah hati ibu membesar menjadi dewasa. Inilah yang paling ibu terkilan dalam hidup ibu yang singkat.

Ibu tidak takut mati, tapi apabila mengingatkan bahawa ibu punya kewajiban untuk mendidik dan membimbingmu hingga dewasa, hati ibu pilu bagai dihiris dengan sembilu. Betapa ibu ingin melihatmu membesar dengan bahagia, namun apa daya ibu tidak memiliki kesempatan untuk itu. Akhirnya ibu memikirkan satu cara iaitu sebelum hidup ibu bera khir, dari pagi hingga malam ibu membayangkan engkau membesar dari tahun ke tahun, ibu membayangkan masalah dan peristiwa yang akan engkau lalui, kemudian dengan bertemankan airmata, ibu mulai menulis sepucuk demi sepucuk surat untukmu. Tujuh puluh dua pucuk surat telah ibu selesaikan di mana di dalamnya tertulis segala apa yang ingin ibu sampaikan kepadamu dan ibu serahkan kepada bapa saudaramu yang berada di Amerika. Ibu berpesan kepadanya untuk mengirimkan surat demi surat itu di saat -saat penting dalam hidupmu, untuk menyampaikan isi hati dan harapan ibu kepadamu. Walaupun jasad ibu telah tiada, namun dengan surat inilah hati ibu bertaut dengan hati Ana.

Ketika inisambil menatap Ana yang sedang bermain dan merebut surat yang sudah selesai ibu tulisair mata tiada henti mengalir, Ana belum mengerti bahwa hidup ibumu tinggal beberapa hari, tidak mengerti bahwa surat -surat ini akan Ana baca dalam jangka waktu enam belas tahun, satu demi satu datang menemani Ana. Anabetapa ibu amat menyayangimu, sungguh tidak sampai hati ibu meninggalkan Ana sendirian di dunia ini. Sekarang ibu hanya mampu dengan sisa tenaga yang ada membayangkan Ana yang telah dewasa, Ana yang telah berusia dua puluh tahun. Ana, ini surat ibu yang terakhir untukmu, ibu tidak kuat lagi untuk menulis, tapi kasih sayang ibu untukmu kekal selamanyaselamanya

Membaca surat ibunya yang terakhir itu, Ana tidak berdaya menahan gelora di hatinya, berbagai perasaan bercampur baur. Ana memeluk datuk dan nenek, menjerit dan menangis sesungguh hatinya. Surat ibu jatuh dari genggamannya, sekeping gambar yang telah kekuningan jatuh dari lipatan surat. Di dalam gambar itu kelihatan sorotan mata ibu yang penuh kasih, terus menatap Ana yang sedang bermain bersama selonggok surat. Di belakang gambar i tu ada goresan pena ibu yang telah pudar, tertulis: "Selamat hari ulang tahun anakku.."

Anda mungkin juga menyukai