Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|1

UNIT 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan definisi am pembangunan sahsiah. 2. Membincangkan pengertian pembangunan sahsiah daripada pelbagai perspektif. 3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah guru. 4. Membincangkan ciri-ciri sahsiah guru. 1.1 PENGENALAN

pakah yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan pembangunan sahsiah? Anda mungkin terbayang cara seseorang berpakaian dan menghias diri atau tergambar tingkah laku seseorang atau sekelompok manusia. Ramai orang melihat sahsiah dari aspek luaran tanpa meninjau secara terperinci aspek dalaman individu yang juga menggambarkan sahsiah dirinya.

Rajah 1.1 Guru sebagai cermin keperibadian murid

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|2

Mari kita fikirkan bagaimana guru sebagai cermin keperibadian murid dalam konteks pembangunan sahsiah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Pada pendapat anda, apakah perkara penting yang mampu diubah dan dibangunkan oleh guru terhadap sahsiah murid-murid di sekolah? Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadi role model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuk sahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid.

1.2

PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH


elepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, mari kita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan juga berdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|3

merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan maksud sahsiah mengikut pemahaman yang anda perolehi. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

1.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


embangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan. Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional daripada perspektif Islam agar tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Jika ditinjau dan dihalusi sirat terdahulu, umat Islam berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatan yang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Terdapat beberapa pendapat yang berbeza berkaitan dengan pembangunan sahsiah mengikut perspektif Islam. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekanan penting kepada kedua-dua akhlak tersebut. Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|4

bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t, interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Pendapat ini adalah selaras dengan Mohd Ismail (1999) yang menyatakan bahawa proses pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada proses pembangunan insan yang cemerlang, diikuti dengan proses pembangunan anak cemerlang serta proses pembangunan individu cemerlang. Selain itu, Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia. Namun, aspek dalaman boleh dilihat menerusi Mazahir atau tingkah laku luaran. Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina. Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Dengan kata lain, sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran, penelitian serta paksaan. Secara ringkasnya, pembangunan sahsiah dari perspektif Islam boleh diertikan sebagai membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempunyai nilai murni dan berdaya maju.

1.4

PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT

Dari perspektif Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmani manusia sendiri. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|5

Berdasarkan definisi-definisi sahsiah yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh, sila isikan dalam jadual di bawah intipati atau perkara asas yang mendefinisikan sahsiah secara keseluruhan.

Penilaian

Perasaan

Akal

Naluri

Minat

Sikap

Penampilan

Ibadah

Perhubungan Sesama Manusia

Mencari Rezeki

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|6

Bina satu peta minda untuk merumuskan definisi-definisi pembangunan sahsiah berdasarkan pelbagai pendapat dan perspektif Islam.

MyGuru.

Kemudian, bincangkan dengan rakan-rakan sekumpulan berkaitan dengan pembangunan sahsiah daripada perspektif agama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya dalam

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|7

1.5 CIRI-CIRI SAHSIAH


Sejauh mana anda mengenali diri anda? Pernahkah anda memahami ciri-ciri sahsiah yang ada dalam diri anda? Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi. Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten. Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu;

a. Hubungan dengan tuhan b. Kejiwaan yang kental c. Konsep kendiri yang mantap

a. b. c. d.

Berfikir secara positif Menangani stress Mengurus keperluan kerjaya Mengurus diri dan kehidupan

a. Mempamerkan tingkah laku b. Penampilan kendiri c. Pengurusan kendiri

a. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi b. Penerimaan terhadap orang lain c. Persediaan untuk memberi dan menerima pendapat Rajah 1.2 Empat aspek dalam sahsiah

Di samping itu, ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam adalah digariskan berpandukan AlQuran. Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|8

tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta ibadat kepada Pencipta. Terdapat lapan ciri yang digariskan mengikut perspektif Islam seperti dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3 Ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|9

1.6

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH

embangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan, penyakit, kecerdasan dan temperamen. Faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak-kanak, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan masyarakat (rujuk Rajah 1.4).

Rajah 1.4 Faktor baka dan faktor persekitaran mempengaruhi pembangunan sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 10

Faktor Baka Berikut adalah empat elemen penting dalam faktor baka yang mempengaruhi pembangunan sahsiah individu (Mohd Ismail et al. 2004); a) Saiz Badan Saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuan orang. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri individu dan seterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat. b) Penyakit Terdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yang muda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya dengan rakan-rakan. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individu ke arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi terganggu. c) Kecerdasan Setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikan masalah seharian mereka. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademik atau pekerjaan. Menurut Azizi et al. (2007), kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik. Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyai tahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya. d) Temperamen Temperamen merupakan sifat semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antara individu dengan individu yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesra dengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi.

Faktor Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah individu. Antara faktor persekitaran termasuk keluarga, pengalaman awal, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa dan masyarakat (Mohd Ismail et al. 2004). a) Keluarga Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak didikan

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 11

ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan. Selain itu, kedudukan kewangan keluarga juga menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya seperti bahan pengajaran tambahan. Ibu bapa yang mampu membeli buku rujukan tambahan, komputer, alat permainan atau alat muzik lebih banyak menyediakan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sebaliknya. Dalam erti kata yang lain, terdapat proses sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas iaitu kelas bawahan tidak menggalakkan anak berfungsi dengan lebih sempurna berbanding dengan anak-anak kelas pertengahan atau atasan yang lebih bersedia untuk masuk ke sekolah, disebabkan persekitaran yang berlainan. b) Pengalaman Awal Pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa kanak-kanak tersebut melangkah ke peringkat dewasa. Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa merasa bimbang dan bersalah. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diri dan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Impak tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif. c) Kebudayaan Kebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Budaya sama ada daripada keluarga atau masyarakat telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. Penekanan kepada satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengaruhi pembangunan sahsiah kanak-kanak. Contohnya, sesebuah keluarga yang menekankan kekayaan dan kebendaan sebagai nilai yang penting dalam hidup, maka kanak-kanak yang membesar akan bersifat materialistik. d) Pengaruh Sekolah Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah. Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif, kurang inovatif serta takut membuat perubahan. Hal ini akan menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut. Selain itu, guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil. Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya, guru yang tidak adil, pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang tidak baik. Maka, persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan pembangunan sahsiah berlaku. Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 12

e) Pengaruh Rakan Sebaya Menurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al. 2004: 27), terdapat tiga cara utama bagaimana individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka. Pertama, anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka; kedua, mereka terpengaruh dengan kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. Ketiga, mereka ingin membuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan. f) Media Massa Media massa memberi pengaruh yang kuat terhadap pembangunan sahsiah individu. Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting seperti program-program bercorak keagamaan, sains, national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan intelek seseoran individu. Secara langsung melalui program-program ini lebih menggalakkan individu untuk berfikir, membangkitkan motivasi dan minat untuk belajar. g) Masyarakat Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar undang-undang demi memperolehi kekayaan. Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini. Oleh itu, adalah penting untuk melihat kepada dua faktor utama tersebut iaitu faktor baka dan faktor persekitaran dalam usaha untuk membangunkan sahsiah murid-murid di sekolah nanti. Dengan kata lain, guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 13

Berdasarkan pengalaman hidup anda, kaitkan dengan dua faktor utama yang paling mempengaruhi diri anda dalam konteks pembangunan sahsiah.

__________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________

Statistik telah menunjukkan bahawa keruntuhan sahsiah di kalangan remaja semakin serius berlaku. Terdapat pihak yang menuding jari untuk menafikan tanggungjawab terhadap pembentukan sahsiah remaja kini. Apakah pendapat anda berkaitan dengan isu tersebut?

RUMUSAN
Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek fizikal, emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor keluarga adalah penting selain faktor kendiri individu itu sendiri.

KATA KUNCI
1. Sahsiah 2. Akhlak 3. Penampilan 4. Baka 5. Persekitaran

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 14

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan pembangunan sahsiah. 2. Senaraikan ciri utama dari perspektif Islam yang menunjukkan seseorang itu mempunyai sahsiah yang tinggi. 3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sahsiah? Bagaimanakah ia mempengaruhi pembentukan tersebut?

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A


Keperibadian Penilaian Jasmani Rohani Akal Perangai Sentimen Minat Cita-cita Pembinaan Akidah Penampilan Penghayatan Al-Quran Berkeluarga Perhubungan Sesama Manusia Pembangunan Jiwa / Hati Personaliti Perasaan Perlakuan Akhlak Naluri Kognitif Kecerdasan Sikap Kepercayaan Nilai-nilai Ibadah Pengetahuan Agama Adab Kehidupan Mencari rezeki Budi Pekerti

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 15

RUJUKAN
Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan. Petaling Jaya: Longman. Abdullah Nashih Ulwan (1994). Pesanan kepada pemuda Islam. Kuala Lumpur, Penerbitan AlRamadhan. Al-Ghazali (1989). Bimbingan mukmin pada mencari ridha al-Alamin. (Terjemahan oleh Sayyid Ahmad Semait). Singapura: Pustaka Nasional Ptd. Ltd. Asmah Bee Mohd Noor & Iran Herman (1995). Membina kesejahteraan remaja. Bangi: Tekno Edar: Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, Nordiana Mohd Nor & Noordin Yahaya (2007). Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Unpublished Article. Pp1-17. Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson Education Inc. Ee Ah Meng (1996). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma Imam al-Nawawi Dalam Pembinaan Insan: Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-Salihin. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kamus Dewan (2011). Dipetik pada 6 http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sahsiah&id=+Cari. Mac 2011 daripada

Mohd Ismail Mustari (1999). Belia sebagai insan cemerlang dari perspektif Islam: Kajian status beliabelia Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor : Unplished Thesis. Universiti Kebangsaan Islam. Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Surathman, Abd Basit Abd Samat, Abdul Rahman Hamzah, & Abdul Hafiz Abdullah (2004). Kajian sahsiah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang, Kluang, Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Nasir Ripin, Azmishah Suratman, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad, dan Zulkiflee Haron, (2006). Kajian Program Bina Sahsiah Staf di IPTA: Kajian kes di UTM & USM. Laporan Kajian. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 16

Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob (2007). Teori personaliti dari perspektif Islam, Timur, dan Barat. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Wan Azmi Ramli (1992). Pembangunan masyarakat dari perspektif kebajikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai