Anda di halaman 1dari 1

jalin silaturahim panjangkan umur, murah rezeki

apakah amalan paling mudah semoga allah permudahkan rezeki dan panjangkan umur?
jawapannya begitu mudah iaitu menghubungkan silaturahim.

perkara ini dijelaskan daripada anas bin malik, katanya, dia mendengar rasulullah
saw bersabda bermaksud: �sesiapa yang ingin dimudahkan (allah) rezekinya atau
dipanjangkan (allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim
(hubungan kasih sayang).� (hadis riwayat bukhari)

silaturahim adalah suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat islam
sentiasa menjaganya. malah, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak
mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

jalinan silaturahim amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan
berjaya. ia disebabkan ukhuwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana
allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Anda mungkin juga menyukai