Anda di halaman 1dari 106

Taisir MustoIahuI-Hadis

1. 0 PRAKATA
2. 0 PENDAHULUAN
2.1 SELAYANG PANDANG SEJARAH PERTUMBUHAN LMU MUSTALAH DAN
PERNGKAT-PERNGKATNYA
2.2 KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL D DALAM LMU MUSTALAH
2.3 DEFNS-DEFNS ASAS

3.0 BAB PERTAMA : AL-KHABAR
3.1 FASAL PERTAMA : Pembahagian Al-Khabar berdasarkan kepada jalan dan
cara sampainya kepada kita.
3.1.1 PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATR
3.1.2. PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD
3.2 FASAL KEDUA : Klasifikasi Khabar Ahad berdasarkan kepada kekuatan
dan kelemahannya
3.2.1 Al-Khabar al-Maqbul
3.3 - FASAL KETGA: KHABAR MARDUD
3.3.1 PERBAHASAN PERTAMA : DHAF
3.3.2 Perbahasan Kedua: Mardud Dengan Sebab Gugur Perawi Dari Sanad
3.3.3 PERBAHASAN KETGA : Mardud dengan sebab kecaman pada perawi


03a3 Nama AIIah ya3 Maha P03asih Iai Maha P03yaya3

1. PRAKATA

Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan nikmat kepada orang-orang
slam dengan menurunkan al-Qur'an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan
suratan hingga hari akhirat dan menjadikan penjagaan sunnah Penghulu sekalian rasul
antara penyempurnaan penjagaan al-Qur'an.
Selawat dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah s.w.t. mewakilkan baginda
untuk menjelaskan perkara yang dikehendakiNya dari al-Qur'an dengan firmanNya:
-- + +- .- '~ '- - ~' =- '--
"Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur`an agar kamu menerangkan kepada umat
manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan."

Lalu Rasulullah s.a.w. bangun sebagai seorang yang menjelaskan al-Qur'an dengan
ucapan-ucapannya, perbuatan-perbuatannya, pengakuan-pengakuannya dengan gaya
jelas lagi terang.

Keredhaan buat para sahabat yang menerima secara langsung daripada Rasulullah
s.a.w. lalu mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang slam
sebagaimana mereka mendengarnya dalam keadaan suci dan murni dari kekeruhan
pengubahan dan penukaran.

Rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan sunnah daripada
generasi demi generasi dan mereka telah meletakkan prinsip-prinsip dan neraca-neraca
yang halus untuk menjaga penukilannya dan periwayatannya demi memurnikannya dari
penyelewengan golongan yang batil.
Balasan yang mulia untuk mereka yang menjejaki salaf dari kalangan ulama slam yang
menerima prinsip-prinsip periwayatan sunnah dan neraca-neracanya daripada salaf, lalu
mereka menyaringnya, menyusunkannya dan mengumpulkannya di dalam karangan-
karangan yang berasingan yang kemudiannya dinamakan dengan ilmu mustalah hadis.

Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu mustalah hadis sejak bertahun-tahun di
Kulliyyah Syariah di Universiti slam Madinah, yang ketika itu teksnya "Ulum al-Hadith
karangan bn al-Salah kemudian digantikan pula dengan kitab ringkasannya al-Taqrib
tulisan mam al-Nawawi, penulis bersama dengan para mahasiswa mengalami
kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab secara kulit ke kulit walaupun ianya
sangat hebat dan faedahnya melimpah. Antara kesukaran tersebut ialah perincian dan
penjelasan pada sesetengah perbahasan terutamanya pada kitab bn al-Salah. Di
samping terlalu ringkas di tempat yang lain terutamanya pada kitab mam al-Nawawi.
Lain-lain kesukaran seperti frasa-frasa kitab yang sukar difahami, perbahasan-
perbahasan yang tidak lengkap seperti tidak mengemukakan definisi, mengabaikan
contoh, tidak menyatakan faedah perbahasan, tidak menyebut karangan-karangan yang
terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang penulis temui dalam kitab-kitab ulama
terdahulu yang lain malah sesetengah kitab itu tidak meliputi semua ilmu-ilmu hadis.
Setengahnya pula tidak disaring dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka sama ada
perkara-perkara yang mereka tinggal tersebut jelas kepada mereka atau kerana
keperluan zaman mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab
lain yang kita ketahui dan tidak ketahui.

leh itu, penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang mustalah hadis dan
ulum hadis untuk para mahasiswa Kulliyyah Syariah yang akan memudahkan mereka
memahami kaedah-kaedah ilmu ini. Penulis membahagikan setiap perbahasan kepada
perenggan bernombor yang dimulakan dengan definisi diikuti dengan contohnya dan
kemudian pembahagiannya.. diakhiri dengan perenggan tentang karangan-karangan
yang terkenal dalamnya. Semua itu dengan frasa yang mudah, laras ilmiah jelas tanpa
kesukaran dan kerumitan. Penulis tidak menyentuh kebanyakan khilafiah, pendapat-
pendapat dan meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang
dikhususkan untuk subjek ini di Kuliyyah Syariah dan Kulliyyah Pengajian slam.

Penulis menamakan buku ini dengan %aysir Mustalah al-Hadith. Penulis tidak
berpendapat dengan buku ini, kitab-kitab ulama terdahulu dalam ilmu ini tidak diperlukan
lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak kunci, catatan tentangnya
dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab para imam dan ulama terdahulu
tetap terus menjadi rujukan ulama dan ahli ikhtisas ilmu ini dan merupakan mata air
melimpah yang mereka menceduk darinya.

Penulis tidak lupa untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit beberapa
tulisan pengkaji yang sangat bermanfaat terutamanya sanggahan terhadap kekeliruan
orientalis dan golongan menyeleweng. Cuma sesetengahnya berjela, terlampau ringkas
dan ada yang tidak meliputi kesemua topik. leh itu, penulis mahu buku ini menjadi
pertengahan di antara yang terlalu mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi
kesemua perbahasan.

Yang baru dalam buku ini ialah:

1. Pembahagian setiap perbahasan kepada perenggan bernombor yang
memudahkan pelajar memahaminya.
2. Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti
mengemukakan definisi, contoh dan sebagainya.
3. Meliputi semua perbahasan mustalah hadis secara ringkas.

Dari segi penyusunan bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz bn Hajar di dalam
kitabnya Nukhbah al-Fikar dan syarahnya Nuzhah al-Nazar kerana ia merupakan
susunan terbaik yang diusahakan oleh beliau. Kebanyakan perbahasan ilmiah penulis
bergantung kepada kitab "Ulum al-Hadith oleh bn al-Salah, ringkasannya "al-Taqrib
oleh al-Nawawi dan syarahnya "Tadrib al-Rawi oleh al-Suyuti.

Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama
tentang khabar, bab kedua tentang al-jarh wa al-ta`dil, bab ketiga tentang riwayat dan
prinsip-prinsipnya dan bab keempat tentang sanad dan pengetahuan tentang para
perawi.

Dalam mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa,
penulis menginsafi akan kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu ini
dan penulis tidak mendakwa diri ini bersih dari kegelinciran dan kesilapan. Adalah
diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini mengingatkan penulis
agar dapat penulis membetulkannya. Penulis berharap kepada Allah s.w.t agar para
mahasiswa dan mereka yang terlibat dengan hadis mendapat manfaat daripadanya
serta Dia menjadikannya sebagai amal ikhlas keranaNya.
atas
2. PENAHULUAN

Selayang pandang sejarah pertumbuhan ilmu mustalah dan peringkat-
peringkatnya
Tulisan-tulisan yang terkenal
Definisi-definisi asas

2.1 SELAYANG PANANG SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU MUSTALAH AN
PERINGKAT-PERINGKATNYA

Seorang penyelidik dapat mengamati asas-asas dan prinsip-prinsip periwayatan dan
nukilan cerita ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Al-Quran menyebutkan:
'-- - ~' -'= '-~ -~' '+ - '-
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
berita, maka periksalah dengan teliti."


Al-Sunnah pula mengatakan:
' -~ _~~ ~' -' -- _~'~ ~ _= _ ~ - ~~ '~ '--~
"Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu
dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang
disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yang mendengarnya"
Riwayat al-Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi 7/453).

Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan:
--- - - .~'= - -~ - - ~ _ - .~'= -
"Alangkah banyaknya orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebih memahami
daripadanya. Dan betapa banyak orang yang membawa fiqh tetapi ia bukan seorang
faqih." Abu Daud, Aun al-Ma'bul 10/54).

Di dalam potongan al-Quran dan hadis ini, terdapat prinsip kepastian dalam menukilkan
cerita, cara-cara menjaganya dan berhalus serta teliti di dalam menyampaikannya,
terutamanya apabila ragu-ragu tentang kebenaran penyampaiannya. Daripada sinilah
jelas kepada kita tentang kepentingan dan nilai sanad dalam penerimaan dan penolakan
riwayat.

Di dalam muqaddimah "Sahih nya, mam Muslim menukilkan kata-kata bn Sirin, " Tidak
pernah ulama bertanyakan tentang sanad. Tetapi apabila berlaku fitnah, mereka
berkata: Sebutkan kepada kami tokoh-tokoh kamu. Lalu dilihat kepada ahli sunnah
maka diambil riwayat mereka kemudian dilihat pula kepada ahli bid'ah lalu tidak diambil
riwayat mereka

Berdasarkan kepada prinsip ini, riwayat tidak boleh diterima kecuali setelah diketahui
sanadnya, maka muncullah ilmu al-Jarh wa al-Ta'dil, perbincangan terhadap perawi,
pengetahuan tentang sanad muttasil bersambung) dan munqati terputus) dan
pengetahuan tentang kecacatan yang tersembunyi. Kemudian muncul pula
perbincangan tentang para perawi tetapi tidak banyak kerana tidak ramai perawi-perawi
yang ditajrihkan pada peringkat awal.

Kemudian ulama meluaskan perbincangan ilmu-ilmu tersebut sehingga muncul banyak
ilmu yang berkaitan dengan hadis dari sudut penjagaan, catatan, method kaedah)
penerimaan dan penyampaian, pengetahuan tentang nasikh dan mansukh, perkataan
yang sukar gharib) dan sebagainya. Walaubagaimanapun semuanya itu disentuh oleh
para ulama secara lisan.

Perkembangan terus berlaku sehinggalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hadis ini
dicatit dan dibukukan tetapi masih lagi berselerak di dalam pelbagai kitab dan
bercampur dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu usul, fiqh dan hadis. ni dapat dilihat
di dalam karya mam Syafii di dalam al-Risalah dan Al-Umm.

Setelah ilmu-ilmu ini matang dan istilah-istilahnnya kemas serta dapat berdiri sendiri
iaitu pada abad ke empat Hijrah, ulama telah menyusun secara berasingan ilmu
mustalah hadis. Ulama pertama yang menulis secara terpisah penulisan mustalah hadis
dalam kitab yang khusus ialah Muhammad al-Hassan al Ramahurmuzi meninggal
360H) dengan kitabnya "al-Muhaddith al-Fasil Baina al-Rawi wa al-Wa'iy.


atas

2.2 KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL DI DALAM ILMU
MUSTALAH

1. Al-Muhaddith al-Fasil Bayu al-Rawi wa al-Wa'iy
Kitab ini ditulis oleh al-Qadhi Muhammad al-Hassan bin Abdul Rahman bin
Khallad al-Ramahurmuzi wafat 360H), tapi beliau tidak meliputi kesemua
perbahasan mustalah hadis. Senario begini biasanya berlaku kepada orang yang
mula-mula merintis dalam menulis mana-mana ilmu.

2. Ma'rifah 'Ulum al-Hadith
Penulisnya Abu Abdullah al Hakim al-Nisaburi wafat 405H). Kitab ini meliputi 52
jenis ilmu hadis bagaimanapun ia tidak tersusun mengikut tertib ilmu mustalah.

3. Al-Mustakhraj 'ala Ma'rifah 'Ulum al-Hadith
Ditulis oleh Abu Nu'aim Ahmad bin Abdullah al-Asfahani wafat 430H). Beliau
menambah beberapa kaedah yang tidak disebutkan oleh al-Hakim. Dalam pada
itu masih ada beberapa fasal yang tertinggal yang mungkin dapat ditambah oleh
orang lain.

4. Al-Kifayah Fi ilm Al-Riwayah
Karangan Abu Bakar Ahmad Bin Ali Bin Thabit Al-Khatib Al-Baghdadi W463).
Sebuah kitab yang lengkap dengan permasalahan-permasalahan ilmu mustalah
yang telah disaring, menjelaskan kaedah-kaedah periwayatan dan diakui
sebagai sumber utama ilmu ini.

5. Al-Jami' Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami' juga ditulis oleh AL-Khatib Al
Baghdadi. a membincangkan etika periwayatan sebagaimana jelas tertera pada
tajuknya. Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat
bernilai dari segi kajian-kajian dan bahan-bahannya atau kandungannya. Sangat
sedikit sekali bidang-bidang ulum hadis yang tidak ditulis oleh beliau melainkan
ada karangan yang berasingan tentangnya. Benar sekali kata-kata Al-Hafiz Abu
Bakar Bin Nuktah: "Setiap orang yang adil pasti mengetahuii bahawa semua
muhaddithin selepas beliau adalah bergantung kepada kitab-kitabnya.

6. Al-lma' ila Ma' rifah usul Al-Riwayah Wa Taqyid Al-Sama' ditulis oleh Qadhi yad
Bin Musa Al-Yahsub w 544 ) kitab ini tidak meliputi kesemua perbahasan ilmu
mustalah tetapi hanya berkaitan dengan kaedah penerimaan dan penyampaian
hadis serta cabang-cabangnya. Kitab ini sangat baik dalam bab ini dan
mempunyai susunan yang indah.

7. Ma La Yasa' al-Muhaddith Jahluh
Ditulis oleh Abu Hats Umar bin Abdul Majid al-Mayanaji W 580H). a
merupakan satu risalah yang ringkas.

8. 'Ulum al-Hadith
Karangan Abu 'Amr Uthman bin Abdul Rahman Shahrazuri yang lebih dikenali
dengan bn al-Salah W643). Kitab ini sangat terkenal dan merupakan antara
kitab-kitab yang terbaik dalam ilmu mustalah. Pengarangnya menghimpunkan
perbahasan-perbahasan yang terselerak di dalam karangan-karangan al-Khatib
al Baghdadi dan ulama sebelumnya. Kitab ini penuh dengan fakta-fakta penting
cumanya ia tidak tersusun dengan rapi. ni kerana pengarang mendiktekan satu
demi satu kepada pelajar-pelajar beliau. a telah diringkaskan, dinazamkan,
dikritik dan juga disokong.

9. Al-Taqrib wa al-Taysir Li Ma'rifah Sunan al-Basyir al-Nazir
Ditulis oleh Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi W676). Kitab ini
merupakan ringkasan kepada kitab "`Ulum Hadith bn Salah. Kitab ini sangat
baik namun kadang-kadang terdapat frasa-frasa yang sukar difahami.

10. Tadrib al-Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi
Ditulis oleh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti W 911) merupakan
ulasan kepada karangan "Taqrib al-Nawawi. Pengarangnya mengumpul
pelbagai fakta penting yang berguna.



11. Nazm al-Durar fi ilm al-Athar
Pengarang ialah Zainuddin Abdul Rahim bin Al-Husain al-raqi W 806)
ungkapan-ungkapan syair ini terkenal dengan "Alfiyah al-raqi. Beliau telah
menazamkan kitab "`Ulum Hadith bn Salah dengan membuat beberapa
tambahan. a sangat baik dan banyak mempunyai fakta-fakta penting dan ditulis
beberapa ulasan. Antaranya dua ulasan yang disusun oleh pengarang sendiri
Fath al-Mughith- al-raqi).

12. Fath al-Mughith Fi Syarh Alfiyah al-Hadith
Ditulis oleh Muhammad bin Abdul Rahman W902) merupakan penjelasan
kepada "Alfiyah al-raqi. a huraian yang paling lengkap dan baik bagi "Alfiyah.

13. Nukhbah al-Fikar Fi Mustalah Ahl al-athar
Karangan al-Hafiz bn Hajar al-`Asqalani W 852). Sebuah risalah yang terlalu
ringkas tetapi sangat baik dan bermutu. Pengarang telah mencipta dan
pembahagian yang baru yang tidak pernah ada sebelum ini . Beliau sendiri
menghuraikannya dengan diberi nama "Nuzhah al-Nazar dan kitab ini juga telah
diberi penjelasan oleh ulama lain.

14. Al-Manzumah al-Bayquniyyah
Disusun oleh Umar bin Muhammad al-Bayquni W 1030). a merupakan nazam
yang sangat ringkas tidak melebihi 34 bait dan baik. a telah dihuraikan dengan
banyaknya oleh ulama.



15. Qawa'id al-Tahdith
Disusun oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi W 1332) merupakan karya
yang sangat bermutu. Di samping itu terdapat banyak lagi kitab-kitab lain untuk
disebutkan dan penulis hanya menyebutkan yang masyhur sahaja. Semoga
Allah s.w.t memberi ganjaranNya kepada kita semua.

atas

2.3 EFINISI-DEFINISI ASAS

1. lmu al-Mustalah:
lmu tentang prinsip-prinsip dan kaedah untuk mengetahui keadaan sanad
dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.
2. Subjeknya:
Sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.
3. Faedahnya: membezakan di antara hadis yang sahih daripada hadis yang
bermasalah.
4. Al-Hadith
Dari sudut bahasa: yang baru, ahadith merupakan kata jama'nya yang dibuat
dengan tidak mengikut kaedah qias.
Dari segi istilah: Perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dalam
bentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat.
5. Al-Khabar
Dari segi bahasa bermaksud berita, jama'nya akhbar. Dari segi istilah ada
tiga pendapat:
a) a adalah sinonim dengan al-Hadith dari segi istilah.
b) Antonim dengan al-hadith iaitu al-hadith ialah perkara yang datang
daripada Rasulullah s.a.w. manakala al-Khabar datang daripada orang
lain.
c) Lebih umum daripada al-Hadith iaitu al-Hadith sesuatu yang berpunca
daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan al-Khabar berpunca daripada
Rasulullah s.a.w. dan juga orang lain.

6. Al-Athar
Dari sudut bahasa bererti baki sesuatu benda.
Manakala dari segi istilahnya ada dua pendapat:
a) Sinonim bagi al-Hadith
b) Antonim bagi al-hadith iaitu al-Khabar ialah sesuatu yang disandarkan
kepada sahabat dan tabi'in sama ada ucapan atau perbuatan.
7. Al-snad: Mempunyai dua pengertian iaitu,
a) Menyandarkan hadis kepada pengucapnya dengan secara bersanad.
b) Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan.

8. Al-Sanad
Dari segi bahasa bermaksud yang dipegang dinamakan begitu kerana hadis
itu disandarkan kepada al-Sanad dan berpegang kepadanya.
Dari segi istilah bermaksud turutan jaluran perawi-perawi sehingga sampai
kepada matan.

9. Al-Matn Matan)
Dari segi bahasa ia bererti tanah yang keras dan tinggi.
Manakala dari segi istilah ia bermaksud ucapan yang menjadi tempat yang
berakhirnya sanad.

10. Al-Musnad
Dari segi bahasa ia bermaksud kata nama objek dari asnada `al-syai` ilayhi'
dengan erti menyandarkan dan menisbahkan.
Dari segi istilahnya ia mempunyai tiga makna:
a) Setiap kitab yang terkumpul padanya riwayat-riwayat semua sahabat
secara berasingan.
b) Al-Hadith al-marfu' yang bersambung sanadnya atau yang sanadnya
bersambung.
c) Semakna dengan sanad atau dengan erti sanad dengan itu adalah al-
musnad masdar mimi masdar yang dimulakan dengan huruf mim).

11. Al-Musnid
Seorang yang meriwayatkan hadis dengan bersanad sama ada dia
memahaminya atau semata-mata meriwayatkan.

12. Al-Muhaddith
Seorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadis riwayah dan dirayah dan
mengetahui kebanyakan riwayat-riwayat hadis serta mengenali keadaan
perawi-perawinya.

13. Al-Hafiz
Ada dua pendapat
a) Semakna dengan Al-Muhadith. ni mengikut kebanyakan ahli-ahli hadis.
b) Seorang yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhadith iaitu
pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat lebih banyak
daripada yang tidak diketahuinya.

14. Al-Hakim
Seorang yang ilmunya yang meliputi kesemua hadis sehingga tidak terlepas
daripadanya kecuali beberapa hadis sahaja. ni mengikut sebahagian ulama.

atas

3.0 BAB PERTAMA : AL-KHABAR
Fasal pertama: Pembahagian al-Khabar berdasarkan sampainya kepada kita
Fasal kedua: al-Khabar al-Maqbul yang diterima)
Fasal ketiga: Al-Khabar al-Mardud yang ditolak)
Fasal keempat: Al-Khabar yang berkongsi sifat Maqbul dan Mardud.

3.1 FASAL PERTAMA : P0mbahaia3 AI-Khabar b0rdasarka3 k05ada jaIa3
da3 cara sam5ai3ya k05ada kita.
Berdasarkan kepada sampainya kepada kita, al-Khabar terbahagi kepada dua iaitu:
a) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang tidak dapat dihitung
bilangannya ia adalah Al-Mutawatir
b) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang dapat ditentukan
bilangannya ia adalah Al-Ahad.
Setiap bahagian ini mempunyai beberapa bahagian dan perincian yang akan
disentuh nanti, nsya Allah.

3.1.1 PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR

Definisi:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada perkataan al-tawatur iaitu yang
berturut-turut seperti contoh tawatara al-matar iaitu hujun turun berturut-turut.
Dari segi istilah ia bererti khabar yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai dan pada
kebiasaannya mustahil mereka berpakat untuk berdusta.
Huraian definisi:
Al-khabar atau al-hadith yang diriwayatkan oleh setiap tabaqat sanad oleh ramai perawi
yang menurut hukum aqal atau secara logiknya mustahil mereka bersetuju untuk
mereka-reka al-khabar ini.

Syarat-syarat al-Mutawatir

Jelas daripada huraian istilah tadi bahawa al-tawatur tidak akan ada pada al-khabar
melainkan dengan adanya empat syarat iaitu:

1. Diriwayatkan oleh bilangan perawi yang ramai; terdapat perbezaan pendapat
dalam menentukan had minimum bagi bilangan yang ramai ini. Pendapat yang
terpilih ialah seramai sepuluh orang.
2. Bilangan yang ramai ini terdapat dalam setiap tabaqah sanad.
3. Pada kebiasaannya mustahil yang mereka berpakat untuk berdusta
4. Asas bagi khabar ini adalah indera seperti kami mendengar, kami melihat, kami
merasai dan sebagainya. Tetapi sekiranya sandaran khabar ini ialah aqal seperti
pendapat tentang alam ini baru, pada ketika itu al-khabar tidak boleh dinamakan
dengan Al-Mutawatir.
Hukumnya:

Al-Mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu ilmu yang diyakini dan seseorang itu
mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti persis orang
menyaksikan sendiri sesuatu peristiwa dan dia tidak teragak-agak untuk
membenarkannya begitulah halnya dengan hadis mutawatir. leh kerana itu seluruh
hadis mutawatir diterima dan tidak perlu lagi mengkaji keadaan perawinya.

Bahagiannya:

Mutawatir terbahagi kepada dua:
1. Al-Mutawatir Al-Lafzi iaitu hadis yang mutawatir pada lafaz dan maknanya
seperti hadis:
'-' ~ -~-~ - '~~~ = - ~ ~
"Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaklah dia
mempersiapkan tempatnya di dalam api neraka."
Hadis ini telah diriwayatkan oleh lebih 70 orang sahabat.

2. Mutawatir Al-Ma'nawi iaitu hadis yang mutawatir pada makna tidak pada
lafaz seperti hadis mengangkat dua tangan ketika berdoa. anya telah
diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. hampir atau lebih kurang seratus hadis.
Setiap hadis menyebutkan baginda mengangkat tangan ketika berdoa
cumanya dalam keadaan yang berbeza-beza. Dari segi keadaan ianya tidak
mutawatir tetapi masing-masing menyebut mengangkat tangan ketika
berdoa. Dengan itu ia menjadikan tawatur berdasarkan kepada keseluruhan
atau gabungan jalan-jalan sanad.

Kewujudannya
Terdapat bilangan yang cukup banyak hadis mutawatir antaranya hadis tentang
kolam,menyapu khauf, mengangkat dua tangan di dalam solat, hadis "semoga Allah
menyinari seseorang yang mendengar hadis dan banyak lagi.
Bagaimana pun kalau dibandingkan dengan hadis ahad, bilangan hadis mutawatir
sangatlah sedikit.

Karya yang masyhur

Ulama memberi perhatian khusus dalam menghimpun hadis-hadis Mutawatir di dalam
karangan berasingan bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan antaranya:

a) "Al-Azhar al-Mutanathirah Fi-al-akhbar al-Mutawatirah karangan mam al-
Suyuti. Kitab ini disusun mengikut bab-bab.
b) "Qatf al-Azhar juga karangan al-Suyuti yang merupakan ringkasan kitab yang
pertama.
c) "Nazm al-Mutanathir Min al-Hadith al-Mutawatir karangan Muhammad bin Ja'far
al-Kattani.

atas
3.2 PERBAHASAN KEUA: KHABAR AL-AHA

Takrifnya:
Dari segi bahasa: al-Ahad adalah jamak bagi ahad yang bermaksud tunggal, khabar al-
wahid pula ialah periwayatan seorang individu.
Manakala dari istilah ia memberi pengertian: Khabar yang tidak memenuhi syarat
mutawatir.
Hukum:
Khabar ahad menghasilkan ilmu nazari iaitu ilmu yang bergantung kepada pengamatan
dan pendalilan.
Bahagiannya berdasarkan kepada bilangan tariqnya:
a) Masyhur
b) Aziz
c) Gharib

3.2.1. AI-Masyhur
Takrif:
Dari segi bahasa: kata nama objek daripada syahartu al-amr iaitu saya menjadikan
perkara itu terkenal apabila saya telah mengumumkan dan menyatakannya. Dinamakan
hadis masyhur kerana penonjolannya.

Dari segi istilah: Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih pada setiap
tabaqah tetapi tidak mencapai taraf mutawatir.

Contohnya:
=-- '='-' ' -- ` -'
"Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menarik ilmu dengan mencabutnya sekaligus." al-
Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, bn Majah, Ahmad).

Hadith Mustafidh:
Dari segi bahasa: kata nama pelaku daripada perkataan istafadha yang berpunca
daripada kalimah fadha al-ma` air telah melimpah. Dinamakan demikian kerana
kemasyhurannya.

Dari segi istilah: terdapat perbezaan pendapat tentang takrifnya:
1. Mustafidh semakna dengan masyhur.
2. Mustafidh lebih khusus daripada masyhur kerana disyaratkan bilangan perawi)
sama antara permulaan dan akhir sanad, tetapi tidak disyaratkan pula pada
hadis masyhur.
3. Mustafidh lebih umum daripada masyhur iaitu kebalikan bagi pendapat kedua.

Masyhur bukan istilah:
aitu hadis yang terkenal di kalangan orang ramai yang tidak mempunyai syarat-syarat
atau memenuhi syarat yang diakui dan ia meliputi :
1. Hadis yang mempunyai satu sanad
2. Hadis yang mempunyai lebih daripada satu sanad
3. Hadis yang tidak mempunyai sanad sama sekali

Bentuk-bentuk hadis masyhur bukan istilah:
anya mempunyai banyak bentuk, antaranya
1. Masyhur di kalangan Ahli Hadis sahaja seperti hadis Anas:
+~ - ~ -= _- -' .~ '~ .= _= =~- _' ~ '
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berqunut selama sebulan setelah ruku' mendoakan
keburukan ke atas Ri'l dan Zakwan."
Bukhari dan Muslim)
2. Masyhur di kalangan Ahli Hadis, ulama dan orang awam, contohnya;
~~' -~- -'~ ~ ~~~' ~ ~
"Orang Islam itu ialah orang-orang Islam terselamat daripada gangguan ucapan
dan perbuatannya."
Bukhari Muslim)
4. Masyhur di kalangan fuqaha seperti hadis:
`=' -' _ .`=' -
" Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. ialah perceraian."


5. Masyhur di kalangan ulama usul seperti hadis:
-= '-~' '~ '-~-' ==' ~ = _
"%ersilap, lupa dan dipaksa telah diangkat dari ummatku, iaitu tidak dikira
berdosa."
6. Masyhur dikalangan ahli-ahli Nahu: seperti hadis:
-+- ~' - . -- -' -=-
"Sebaik-baik hamba ialah Suhaib. Kalau dia tidak takutkan Allah dia tidak akan
berbuat maksiat terhadapNya. hadis tidak ada sumber)

7. Masyhur di kalangan masyarakat. Seperti hadis
~ =' '=-~'
"Kegopohan itu daripada syaitan. Dihukum oleh al-Tirmizi sebagai hasan.

Hukum Masyhur:
Hadis masyhur menurut istilah dan bukan istilah tidak dikatakan sebagai sahih
atau tidak sahih, kerana antaranya ada yang sahih, hasan, daif bahkan terdapat
juga maudu'. Bagaimanapun jika hadis masyhur menurut istilah itu sahih maka
ia mempunyai keistimewaan yang mengatasi hadis aziz dan gharib.

Karangan-karangan yang terkenal:
Yang dimaksudkan dengan karangan tentang hadis masyhur ialah hadis-hadis
masyhur di kalangan orang ramai bukan masyhur dari segi istilah. Antara
karangan-karangan tersebut ialah:
1. "al-Maqasid al-Hasanah fima sytahara `ala al-ulsinah
karangan Al-Sakhawi.
2. "Kasyt al-Khifa' wa muzil al-lbas fima sytahara `ala alsinah
al-Nas karangan al'-ajluni.
3. "Tamyiz al-Tayyib min al-khabith fima yaduru `ala alsinah al-
Nas min al-hadith hasil tulisan bn al-Dayban al-Syaibani.


atas

3.2.2 AI-Aziz

Definisi dari segi bahasa: sifat musyabbahah daripada azza ya'izzu iaitu sedikit dan
jarang atau daripada azzaya'azzu kuat dan bersangatan. Dinamakan demikian sama
ada kewujudannya yang sedikit dan jarang ataupun kerana kekuatannya kerana ia
datang dari tariq sanad) yang lain.

Dari segi istilah: hadis yang bilangan perawi-perawinya tidak kurang daripada dua orang
di kesemua peringkat sanad
Huraian takrif:
aitu perawi-perawinya tidak kurang dari dua orang pada setiap tabaqat sanad.
Sekiranya didapati pada sesetengah sanad tiga orang atau lebih itu tidak menjadi hal
tidak mengapa) dengan syarat ada dua orang perawi walaupun pada satu peringkat
kerana yang diambil kira ialah had minimum mana-mana peringkat sanad.

Definisi ini merupakan definisi yang terpilih sebagai mana yang diputuskan oleh Hafiz
bnu Hajar. Sebahagian ulama berpendapat Hadis al-'aziz ialah periwayatan dua orang
atau tiga orang. Dengan itu mereka tidak mengasingkan hadis aziz daripada hadis
masyhur dalam beberapa bentuk.

Contohnya:
Hadis yang diriwayatkan oleh mam Al-Bukhari dan Muslim daripada hadis Anas dan
mam Bukhari daripada hadis Abi Hurairah bahawa Rasululah s.a.w bersabda:
~= '-' -~' ~ - = _= ~= ~-` -
"%idak sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehingga aku lebih dikasihinya
daripada bapanya, anaknya dan sekalian manusia."

Hadis ini telah diriwayatkan daripada Anas oleh Qatadah, Abdul Aziz bin Suhaib dan
diriwayatkan daripada Qatadah oleh Syu'bah dan Said dan diriwayatkan pula daripada
Abdul Aziz oleh smail bin Ulaiyyah dan Abdul Warith. Dan diriwayatkan daripada setiap
mereka itu oleh sebilangan yang ramai.

Karangan yang terkenal:
Ulama tidak menulis karangan yang khusus berhubung dangan hadis aziz. Yang
jelasnya ialah kerana bilangannya yang sedikit dan kerana tidak didapati faedah yang
penting daripada penulisan itu.

3.2.3 Hadis Gharib
1) Definisi dari sudut bahasa: sifat musyabbahah dengan erti yang bertunggalan
atau yang berjauhan dari sanak saudara.
Dari segi stilah : Hadis yang seorang perawi berseorangan dalam
meriwayatkannya
2) Huraian definisi:
aitu hadis yang seorang perawi berseorangan meriwayatkannya sama ada pada
setiap tabaqat sanad atau pada sebahagiannya walaupun pada satu tabaqat
sahaja. Takrif gharib tidak terjejas dengan adanya lebih daripada seorang perawi
pada tabaqat-tabaqat yang lain kerana yang diambil kira ialah had minimum.
3) Nama lain bagi hadis gharib:
Ramai dari kalangan ulama menyebut hadis gharib dengan nama lain iaitu al-
fard sebagai semakna.Tetapi sebahagian ulama membezakan antara kedua-
duanya. Dengan itu mereka menjadikan kedua-duanya sebagai bentuk yang
berasingan. Akan tetapi Al-Hafiz bnu Hajar menganggapnya semakna dari segi
bahasa dan istilah. Bagaimanapun beliau berkata: Ulama Mustalah hadis
membezakan antara keduanya dari sudut banyak dan kurang pengunaannya.
Mereka lebih banyak menyebut al-fard sebagai al-fard al-mutlaq dan al-gahrib
pula sebagai al-fard al-nisbi.
4) Bahagianbahagiannya
Berdasarkan tempat berlaku berseorangan, gharib dibahagikan kepada dua iaitu
gharib mutlak dan gharib nisbi.
a. Al-gharib al-mutlak atau al-fard al-mutlaq takrifnya: hadis yang gharabah
berlaku pada asal sanad iaitu hadis yang seorang perawi berseorangan
meriwayatkan pada asal sanad. Contohnya Hadis:
'--' .'~=`' '~-
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat"
Sayyidina Umar bin Al-Khatab berseorangan meriwayatkannya tafarrada)
dan ini kadang kala berterusan sehingga akhir sanad dan kadang-kadang
sebilangan perawi meriwayatkan daripada perawi-perawi yang berseorangan
itu al-Mutafarrid)

b. Al-gharib al-nisbi
Takrifnya: hadis yang gharabah berlaku pada pertengahan sanad iaitu
lebih daripada seorang perawi yang meriwayatkan pada asal sanad
kemudiannya seorang perawi berseorangan meriwayatkannya daripada
perawi-perawi itu. Contohnya Hadis Malik daripada al-Zuhri daripada
Anas r.a bahawa:
-~' ~ _= ~ .=~ ~ -= -' _- -'
Rasululah s.a.w memasuki Mekah dalam keadaan memakai mighfar
(tudung).
Malik telah berseorangan meriwayatkannya daripada al-Zuhri sebab itu
dinamakan gharib nisbi. Sebab dinamakan bahagian ini gharib nisbi ialah
kerana tafarrud berlaku dengan nisbah kepada individu tertentu.
Antara bentuk hadis gharib nisbi ialah: Terdapat beberapa bentuk
gharabah atau tafarrud yang boleh dikira sebagai gharaib nisbi kerana
gharabah padanya tidak mutlak. Gharabah padanya wujud secara nisbah
atau merujuk kepada sesuatu yang tertentu.
Bentuk-bentuk itu ialah :
. Tafarrud thiqah dengan periwayatan hadis seperti kata-kata
ulama hadis: Tidak seorang pun thiqah yang meriwayatkannya
kecuali si fulan.
. Tafarrud perawi tertentu daripada perawi tertentu: Seperti
kata ulama hadis : "Perawi itu berseorangan meriwayatkan
daripada si fulan. Walaupun diriwayatkan dengan sanad atau
dengan jalan yang lain melalui perawi yang lain.
. Tafarrud penduduk negeri seperti kata ulama hadis iaitu
diriwayatkan oleh ahli Mekah atau ahli Syam.
V. Tafarrud penduduk sebelah negeri daripada penduduk
negeri lain seperti kata mereka: Tafarrud penduduk Basrah
daripada penduduk Madinah atau tafarrud dalam meriwayatkan
hadis ini penduduk Syam daripada penduduk Hijaz.

Pembahagian lain:
Dari segi Gharabah sanad dan matan, Ulama hadis membahagikan gharib
kepada:
1. Gharib matan dan sanad.
aitu hadis yang seorang perawi berseorangan meriwayatkan matannya.
2. Gharib sanad tidak matan
Seperti hadis yang matannya diriwayatkan oleh sekumpulan perawi
daripada kalangan sahabat kemudian seorang perawi berseorangan
meriwayatkan daripada sahabat yang lain berkenaan dengan hadis ini
mam al-Tirmizi menyebut "gharib min haza al-wajh gahrib dari wajah ini
atau jalan ini,
Karya-karya yang terdapat banyak hadis gharib :
- Musnad al-Bazzar
- Al-Mu'jam al-Awsat - oleh al-Tabarani

Karya -karya yang terkenal:
1. "Gharaib Malik karangan al-Daruqutni
2. "Al-Afrad juga oleh al-Darulqutni
3. "Al-Sunan allati Tafarrada bikulli Sunnah minha ahlu baldah
oleh Abu Daud al-Sajistani.

3.2 FASAL KEUA : KLASIFIKASI KHABAR AHA BERASARKAN KEPAA
KEKUATAN AN KELEMAHANNYA
Hadis ahad yang terdiri daripada masyhur, aziz dan gharib terbahagi kepada dua :
1. Maqbul iaitu hadis yang kebenaran penceritanya lebih kuat atau lebih
mengatasi. Hukumnya, wajib berhujah dan beramal dengannya.
2. Mardud iaitu hadis yang kebenaran penceritanya tidak kuat.
Hukumnya ialah tidak boleh berhujah dengannya dan tidak wajib beramal
dengannya. Setiap hadis maqbul dan mardud itu mempunyai
pembahagian dan perincian yang akan disebutkan pada fasal yang
berasingan. nsya Allah Taala.

3.2.1 AI-Khabar aI-MaqbuI
Perbahasan pertama: Pembahagian al-maqbul
Perbahasan kedua: Pembahagian al-hadis al-maqbul kepada ma'mul bih yang boleh
beramal) dan ghair ma'mul bih yang tidak boleh beramal).

3.2.1.1 P0rbahasa3 50rtama
P0mbahaia3 maqbuI
Berdasarkan kepada tingkatan martabatnya, hadis maqbul terbahagi kepada dua
bahagian utama: sahih dan hasan. Setiap bahagian ini pula terbahagi kepada dua iaitu
lizatih dan lighairih. ni menjadikan hadis maqbul empat bahagian.
1. Sahih Lizatih
2. Hasan Lizatih
3. Sahih Lighairih
4. Hasan Lighairih

atas
AI-Sahih
01i3isi
Dari sudut bahasa sahih adalah lawan kepada saqim sakit) iaitu penggunaan
sebenarnya pada perkara konkrit dan penggunaan secara majaz pinjaman) kepada
hadis dan perkara abstrak.
Manakala dari segi istilah: Hadis yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi
yang adil, dhabit daripada perawi sepertinya hingga ke hujung sanad tanpa ada syaz
dan ``llah.

Huraia3 takri1:
Definisi di atas mempunyai beberapa perkara yang wajib ada bagi menjadikan hadis itu
sebagai sahih iaitu:
a) Bersambung sanad
Setiap perawi mengambil riwayat secara langsung dari orang sebelumnya
dari awal sanad sehingga ke penghujungnya.

b) Keadilan para perawi
Setiap perawi mestilah mempunyai sifat muslim, baligh, tidak fasiq dan tidak
cacat maruah.

c) Ketepatan para perawi
Setiap perawi mestilah sempurna ketepatan, sama ada dari segi ingatan atau
catatan.
d) Tidak syaz
Hadis tersebut tidak bersifat syaz. Maksud syaz ialah percanggahan perawi
thiqah terhadap perawi yang lebih thiqah daripadanya.

e) Tidak mempunyai `llah
Hadis itu mestilah tidak terdapat `llah. `llah adalah satu sebab yang rumit dan
tersembunyi yang mencacatkan kesahihan hadis walaupun pada zahirnya
tidak kelihatan.

Syarat-syarat hadis sahih:
Jelas daripada huraian takrif tadi, terdapat lima syarat yang wajib dipenuhi supaya
sesebuah hadis dikira sebagai hadis sahih. aitu bersambung sanad, keadilan perawi,
ketepatan perawi, tidak ada `llah dan tidak ada syaz.
Apabila tidak cukup salah satu syarat ini, pada ketika itu hadis itu tidak dinamakan
sahih.
Contohnya ;
Hadis yang dikeluarkan oleh mam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:
-~ J'- ^- ,- =- , ,-= , --=- ,- ~'|~ ,' ,- 4-'- '-,= J'- ~~;- , =' -- '---= J'-
~,--' - ,- -~; ^--- =' _-~ =' J;~, ,;=-'

Imam Al-Bukhari berkata : "Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami
bahawa Malik telah mengkhabarkan kepada kami daripada Ibn Shihab daripada
Muhammad Bin Jubir daripada Mu'tim daripada ayahnya katanya: saya telah
mendengar Rasulullah SAW telah membaca Surah Al-%ur di dalam solat
Maghrib."
Sahih al-Bukhari: Kitab al-Azan )

Hadis ini sahih kerana :
- Sanadnya bersambung Muttasil) kerana setiap perawi mendengar daripada
gurunya, tentang periwayatan secara 'an'anah
(
oleh Malik, bn Shihab dan bn
Jubair ditafsirkan sebagai bersambung-sambung kerana mereka bukanlah
perawi-perawi yang melakukan tadlis
[2]
.
- Perawi-perawinya adil dan dhabit, berikut ini sifat-sifat mereka di sisi ulama al-
Jarh Wal Ta'dil:
1. Abdullah bin Yusuf: thiqah, mutqin.
2. Malik bin Anas: imam, hafiz
3. bn Syihab al-Zuhri: faqih, hafiz kehebatan dan keteguhannya disepakati
semua.
4. Muhammad bin Jubair: thiqah.
5. Jubair bin Mut`im: seorang sahabat.
- hadis ini tidak syaz kerana tidak bercanggah dengan yang lebih kuat
daripadanya.
- Kerana ia tidak mempunyai sebarang `llah.
Hukum3ya
Wajib beramal dengan hadis sahih berdasarkan kepada ijma ahli hadis ulama yang
diakui pendapat mereka dari kalangan usuliyyin dan fuqaha. a merupakan salah satu
hujah syara` yang tidak ada ruang bagi seorang muslim untuk tidak beramal dengannya.

Maksud kata-kata: I3i hadis sahih atau i3i hadis tidak sahih:
1. Maksud kata-kata ulama hadis: "hadis ini sahih ialah lima syarat hadis sahih
ada padanya. Bukan diputuskan hadis itu benar-benar sahih kerana harus
berlaku kesilapan dan lupa kepada perawi yang thiqah.
2. Maksud kata-kata mereka: hadis ini tidak sahih ialah hadis ini tidak memenuhi
lima syarat hadis sahih, sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya
bukan bermaksud pada kenyataannya ia adalah satu pendustaan kerana orang
yang biasa melakukan kesilapan boleh jadi betul pada ketika yang lain.
Adakah di5utuska3 ma3a-ma3a sa3ad s0baai sa3ad ya3 5aIi3 sahih s0cara
mutIak?
Mengikut pendapat terpilih, tidak boleh diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad
yang paling sahih secara mutlak kerana perbezaan tingkatan kesahihan berdasarkan
kepada kemampuan sanad untuk memenuhi syarat sahih. Hadis yang memenuhi
keperluan maksimun kesemua syarat sahih adalah sangat jarang. Sepatutnya tidak
dihukumkan kepada mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak.
Bagaimanapun, ada dinukilkan daripada beberapa orang imam tentang sanad yang
paling sahih. Yang nyata, setiap imam memilih sanad yang kuat menurut penilaian
mereka. Antara pendapat tentang sanad yang paling sahih ialah:
1. al-Zuhri daripada Salim daripada bapanya Abdullah bn `Umar). ni diriwayatkan
daripada shaq bin Rahawaih dan Ahmad.
2. ibn Sirin daripada `Abidah daripada Ali bin Abi Talib. ni diriwayatkan daripada
bn al-Madini dan al-Fallas.
3. al-A`masy daripada brahim daripada `Alqamah daripada Abdullah bin Mas`ud.
ni diriwayatkan daripada bn Ma`in.
4. al-Zuhri daripada Ali bin al-Husain daripada bapanya daripada `Ali. ni
diriwayatkan daripada Abu Bakar bin Abi Syaibah.
5. Malik daripada Nafi` daripada bn `Umar. ni diriwayatkan daripada al-Bukhari.

atas

Kara3a3 P0rtama Ya3 Khusus T03ta3 Hadis Sahih
Karangan pertama tentang hadis sahih sahaja ialah Sahih al-Bukhari kemudian Sahih
Muslim. Kedua-duanya adalah kitab yang paling sahih selepas al-Qur'an. Ummat slam
telah berijmak dalam menerima kedua-duanya.
i. Kitab yang paling sahih di antara keduanya ialah Sahih al-Bukhari dan ia lebih
mengandungi banyak faedah. ni kerana hadis-hadis al-Bukhari lebih kemas dari
segi bersambung-sambung sanadnya dan para perawinya lebih thiqah di samping
terdapat kesimpulan-kesimpulan fiqh dan masalah-masalah ilmiah yang tidak ada
dalam Sahih Muslim. Kedudukan Sahih al-Bukhari lebih sahih dari Sahih Muslim
dengan mengambil kira keseluruhan, kerana ada terdapat sebahagian hadis dalam
Sahih Muslim lebih kuat daripada beberapa hadis dalam Sahih al-Bukhari. Ada
juga pendapat yang mengatakan Sahih Muslim lebih sahih, tetapi yang lebih tepat
ialah pendapat yang pertama Sahih al-Bukhari lebih sahih.)
ii. Adakah al-Bukhari dan Muslim beriltizam untuk memasukkan semua hadis sahih
dalam kitab-kitab mereka?
al-Bukhari dan Muslim tidak beriltizam untuk memasukkan semua hadis sahih
dalam kitab-kitab mereka. Al-Bukhari berkata: "Saya hanya memasukkan hadis
yang sahih sahaja dalam kitabku yang jami
(
` ini dan saya tinggalkan hadis-hadis
sahih yang lain kerana takut panjang. Muslim berkata: "Bukan semua hadis yang
sahih menurut saya, saya masukkan di sini, sahih yang disepakati sahaja yang
saya masukkan.
iii. Adakah banyak atau sedikit hadis yang sahih yang tidak dimasukkan oleh mereka
berdua?
1. Al-Hafiz bn al-Akhram berkata: "Hanya sebilangan yang kecil sahaja
yang tidak dimasukkan oleh mereka berdua. Pendapat ini telah dibantah.
2. Mengikut pendapat yang sahih, banyak hadis yang sahih yang tidak
disebutkan oleh mereka berdua. Dinukilkan daripada al-Bukhari katanya:
"Hadis-hadis sahih yang saya tinggalkan lebih banyak. Beliau juga
berkata: "Saya menghafal seratus ribu hadis sahih dan dua ratus ribu
hadis yang tidak sahih.
iv. Berapakah jumlah hadis di dalam kedua-dua sahih itu?
Sahih al-Bukhari mengandungi 7275 hadis termasuk hadis yang berulang dan
dengan yang tidak berulang sebanyak 4000 hadis.
Jumalah hadis dalam Sahih Muslim ialah 12000 termasuk yang berulang dan
tanpa berulang sebanyak 4000 hadis.
v. Di mana boleh didapati hadis-hadis sahih lain yang ditinggalkan oleh Bukhari dan
Muslim?
Kita boleh dapatinya di dalam kitab-kitab muktabar yang masyhur seperti Sahih bn
Khuzaimah, Sahih bn Hibban, Mustadrak al-Hakim, kitab sunan yang empat,
Sunan al-Daruqutni, Sunan al-Baihaqi dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa
kewujudan sesebuah hadis di dalam kitab-kitab tidak bermakna ia pasti sahih
tetapi memerlukan kepada penjelasan tentang kesahihannya kecuali di dalam kitab
yang pengarangnya mensyaratkan hanya menyebutkan hadis sahih sahaja seperti
Sahih bn Khuzaimah.
vi. Perbincangan tentang:
Al-Mustadrak karangan al-Hakim, antara kitab hadis yang besar. Penulisnya
menyebutkan hadis-hadis sahih yang mengikut syarat al-Syaikhan al-Bukhari dan
Muslim) atau syarat salah seorang mereka tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka
berdua. Begitu juga pengarangnya menyebutkan hadis-hadis sahih menurut
penilaiannya walaupun tidak menurut penilaian mereka berdua dengan
mengatakannya sebagai sahih sanadnya. Kadang-kadang beliau menyebutkan
beberapa hadis yang tidak sahih tetapi beliau mengingatkan tentang statusnya.
Beliau seorang yang longgar dalam mentashihkan hadis. Hadis-hadisnya perlu
disemak dan dinilai sesuai dengan keadaannya dan Al-Zahabi menilai semula
status kebanyakan hadis-hadis Mustadrak sesuai dengan kedudukannya.
Bagaimanapun, kitab ini masih memerlukan kepada penyemakkan, penilaian dan
pemerhatian lebih lanjut lagi.
Sahih bn Hbban: Susunan kitab ini agak kreatif kerana ia tidak disusun mengikut
susunan bab dan tidak juga mengikut tertib musnad. leh kerana itu,
pengarangnya menamakan al-%aqasim wa al-Anwa`. Disebabkan terdapat
kesukaran dalam mencari hadis dari kitab ini, sebahagian ulama kemudian
menyusunnya mengikut bab. Pengarangnya adalah seorang yang bermudah
dalam menghukumkan hadis dan sikap bermudah beliau adalah lebih rendah dari
al-Hakim.
Sahih bn Khuzaimah: Kedudukannya lebih tinggi dari Sahih bn Hibban kerana
beliau lebih teliti berbanding bn Hibban sehingga beliau menahan diri dari
menghukumkan hadis walaupun hanya terdapat sedikit kritikan pada sanad.
vii. Al-Mustakhrajat `ala al-Sahihain
1) Topik mustakhraj: iaitu seorang pengarang mendapatkan mana-mana
kitab hadis lalu mengeluarkan hadis-hadis tersebut melalui sanad-
sanadnya sendiri bukan tariq atau jalan pengarang kitab tersebut.
Dengan ini, beliau akan bertemu dengan pengarang pada peringkat
gurunya atau atas lagi.
2) Mustakhraj terhadap al-Sahihain yang paling masyhur:
4Al-Mustakhraj karangan Abu Bakar al-sma`ili terhadap Sahih al-
Bukhari.
4Al-Mustakhraj karangan Abu `Awanah al-sfiraini terhadap Sahih
Muslim.
4Al-Mustakhraj karangan Abu Nu`iam al-Asfahani terhadap Sahih
al-Bukhari dan Sahih Muslim.
3) Adakah pengarang-pengarang Mustakhraj beriltizam untuk sama
lafaz dengan al-Sahihain?
Pengarang-pengarang Mustakhraj tidak beriltizam untuk mengemukakan
lafaz yang sama dengan al-Sahihain kerana mereka hanya
meriwayatkan lafaz-lafaz yang sampai kepada mereka melalui jalan guru-
guru mereka. leh kerana itu terdapat sedikit perbezaan lafaz-lafaz hadis
dalam mustakhrajat. Begitu juga halnya dengan hadis-hadis yang
dikeluarkan oleh pengarang-pengarang terdahulu di dalam kitab mereka
yang berasingan seperti al-Baihaqi, al-Baghawi dan lain-lain seperti kata-
kata mereka: diriwayatkan oleh al-Bukhari atau diriwayatkan oleh Muslim.
Pada sebahagiannya terdapat perbezaan dari segi lafaz dan makna.
Maksud kata-kata mereka: "diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim
ialah mereka berdua meriwayatkan hadis tersebut pada asalnya.
4) Adakah harus menukilkan satu hadis daripada kitab mustakhraj lalu
menyandarkan kepada al-Bukhari dan Muslim?
Berdasarkan kepada perbahasan lalu, tidak harus bagi seseorang untuk
menukilkan daripada kitab mustakhrajat atau mana-mana kitab yang
disebutkan sebelum ini lalu dia berkata diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
Muslim kecuali dengan salah satu cara ini: pertama, dia mestilah
membandingkan hadis itu dengan riwayat al-Bukhari dan Muslim atau
pengarang mustakharaj berkata atau pengarang kitab berkata;
dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dengan lafaznya.
5) Faedah-faedah mustakhrajat terhadap al-Sahihain
Mustakhrajat terhadap al-Sahihain mempunyai beberapa faedah
sehingga menjangkau sepuluh, sebagaiman yang disebutkan oleh al-
Suyuti di dalam Tadrib al-Rawi. Di sini penulis bawakan untuk anda
beberapa faedah terpenting. Pertama, ketinggian sanad iaitu sanad
menjadi tinggi kerana jika pengarang mustakhraj meriwayatkan satu
hadis melalui jalan al-Bukhari pasti sanad akan menjadi lebih rendah
daripada hadis yang diriwayatkannya di dalam mustakhraj. Kedua,
menambah kadar kesahihan kerana berlaku pertambahan lafaz dan
kelengkapan pada sebahagian hadis. Ketiga, hadis menjadi lebih kuat
dengan sebab bertambah jalannya dan faedahnya ialah tarjih ketika
berlaku percanggahan.



Riwayat AI-Bukhari a3 MusIim Ya3 Ma3akah ihukumka3 S0baai Sahih?

Kita telahpun mengetahui bahwa al-Bukhari dan Muslim tidak memasukkan di dalam
kitab sahih mereka kecuali apa yang sahih dan ummat slam menerima dengan baik
kitab mereka berdua. Hadis-hadis manakah yang dihukumkan sahih dan diterima oleh
ummat?
Jawapannya ialah hadis yang diriwayatkan dengan sanad yang bersambung itulah yang
dihukumkan sebagai sahih. Tentang hadis yang digugurkan permulaan sanad seorang
perawi atau lebih-yang dinamakan dengan al-mu`allaq- yang banyak terdapat di dalam
Sahih al-Bukhari iaitu di dalam tajuk bab tarjamtul bab), namun tidak ada sama sekali di
tengah-tengah bab. Di dalam Sahih Muslim hanya ada sebuah hadis dalam bab al-
Tayammum yang tidak diriwayatkan secara mausul bersambung) di tempat yang lain.
Hukum hadis-hadis tersebut ialah:
1) Jika sesuatu hadis dengan lafaz yang pasti seperti 'berkata', 'menyuruh',
'menyebut' maka ia dihukumkan sebagai sahih daripada orang yang
disandarkan kepadanya hadis itu.
2) Jika hadis itu dengan lafaz yang tidak pasti seperti 'diriwayatkan daripada',
'disebutkan', 'diceritakan', 'telah diriwayatkan', 'telah disebutkan', maka ia tidak
hukumkan sebagai sahih. Bagaimanapun di dalamSahih al-Bukhari ini, tidak ada
satu hadis yang sangat daif untuk dimasukkan ke dalam kitab yang dinamakan
dengan kitab sahih.
[4]


Ti3kata3 Hadis Sahih
Kita telah maklum bahawa
[1]
ulama menyebutkan beberapa sanad yang paling sahih
menurut pendapat mereka. Berdasarkan kepada ini dan juga kepada kemampuan
memenuhi syarat-syarat sahih yang lain, hadis sahih itu mempunyai beberapa tingkatan.
1. Tingkatan paling tinggi iaitu yang diriwayatkan dengan sanad yang paling sahih
seperti Malik daripada Nafi` daripada bn Umar.
2. Sanad yang rendah sedikit iaitu yang diriwayatkan melalui jalan perawi-perawi
yang rendah daripada perawi-perawi sanad yang pertama seperti riwayat
Hammad bin Salamah daripada Thabit daripada Anas.
3. Sanad yang rendah sedikit iaitu riwayat perawi-perawi yang mempunyai sifat
thiqah yang paling kurang seperti riwayat Suhail bin Abi Salih daripada bapanya
daripada Abu Hurairah.
Boleh dimasukkan dengan perincian ini ialah pembahagian hadis sahih kepada tujuh
tingkatan iaitu:
1. Hadis yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim tingkatan tertinggi)
2. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari sahaja.
3. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja.
4. Hadis yang mengikut syarat mereka berdua tetapi tidak dikeluarkan oleh
mereka berdua.
5. Hadis yang mengikut syarat al-Bukhari tetapi tidak dikeluarkannya.
6. Hadis yang mengikut syarat Muslim tetapi tidak dikeluarkannya.
7. Hadis sahih yang tidak mengikut syarat mereka berdua tetapi sahih di sisi
imam-imam selain mereka berdua seperti bn Khuzaimah, bn Hibban.

Syarat aI-Syaikhai3
Al-Bukhari dan Muslim tidak menjelaskan syarat yang mereka tentukan sebagai
tambahan kepada syarat-syarat yang disepakati pada hadis sahih. Tetapi ulama yang
mengkaji gaya dan metode penulisan al-Bukhari dan Muslim dapat mengesani apa yang
dikatakan sebagai syarat mereka berdua atau salah seorang mereka berdua.
Pandangan yang paling baik tentang syarat al-Bukhari dan Muslim atau salah seorang
mereka ialah hadis itu diriwayatkan oleh perawi-perawi kitab Sahih al-Bukhari dan
Muslim atau salah seorang dari mereka dengan mengambil kira cara periwayatan yang
mereka berdua beriltizam dengannya.

Maksud Mutta1aq `aIaih
Apabila ulama hadis menyebutkan hadis sebagai muttafaq `alaih maksudnya ialah
persepakatan al-Bukhari dan Muslim tentang kesahihannya bukan persepakatan umat
slam. Sebaliknya bn al-Salah berpendapat kesepakatan ulama adalah mesti dan ada
bersamanya kerana kesepakatan ummat menerima kesepakatan mereka berdua.

Adakah Hadis Sahih isyaratka3 S0baai Aziz
Mengikut pendapat yang sahih, hadis sahih itu tidak disyaratkan menjadi aziz dengan
erti ia mestilah mempunyai dua sanad kerana ada didapati di dalam Sahih al-Bukhari,
Sahih Muslim dan kitab-kitab lain hadis-hadis yang sahih tetapi gharib. Beberapa ulama
seperti Abu Ali al-Jubba'i al-Mu`tazili dan al-Hakim mendakwa hadis sahih mestilah aziz.
Pendapat mereka ini bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui oleh umat slam.





[1]
Periwayatan hadis dengan menggunakan lafaz = yang boleh membawa dua andaian, sama ada perawi
itu mendengar secara langsung daripada gurunya atau melalui perantaraan perawi yang lain.
[2]
Menyembunyikan perawi atau kecatan yang ada pada sanad dengan cara yang mengelirukan.
[3]
Kumpulan hadis yang disusun merangkumi semua bab termasuk aqidah, fiqh, manaqib, perubatan dan
lain-lain.
[4]
Tetapi jika diteliti terdapat beberapa hadis yang daif kerana mempunyai `illah dan bercanggah dengan
hadis-hadis di dalam kitab Sahih al-Bukhari sendiri. Penterjemah)

AL-HASAN

01i3isi:
Dari segi bahasa ia adalah sifat musyabbahah daripada al-husn yang bererti keindahan.
Dari segi istilah pula ulama berbeza pendapat dalam memberikan definisi hadis hasan
memandangkan ia berada di tengah-tengah antara sahih dan dha`if. Sebahagian ulama
mendefinisikan salah satu bahagiannya sahaja. Bagaimanapun penulis akan
menyebutkan sebahagian daripada definisi-definisi tersebut dan akan memilih definisi
yang dirasakan paling tepat.

1. Definisi al-Khattabi: Hadis yang diketahui puncanya dan perawi-perawinya
masyhur lagi dikenali. Kebanyakan hadis tergolong dalam hadis hasan dan ia
diterima oleh kebanyakan ulama dan diamalkan oleh kesemua fuqaha'.
[1]

2. Definisi al-Tirmizi: Setiap hadis yang diriwayatkan tanpa ada di dalam sanadnya
perawi yang dituduh berdusta, hadis tidak syazz, diriwayatkan dengan jalan yang
lain seperti itu juga, maka itu menurut kami adalah hadis hasan.
[2]

3. Definisi bn Hajar: Khabar hadis) ahad dengan nukilan perawi adil, sempurna
ketepatan, bersambung sanad tanpa ada ```llah dan syazz, maka itu adalah
sahih lizatih. Sekiranya ketepatannya kurang, maka ia adalah hasan lizatih.
[3]


Penulis berpendapat, seolah-olah, hadis hasan menurut bn Hajar adalah hadis sahih
apabila ketepatan perawinya rendah dan ini adalah definisi hadis hasan yang paling
baik. Sementara definisi al-Khattabi, terlalu banyak kritikan kepadanya. Manakala
definisi al-Tirmizi, beliau hanya mendefinisikan salah satu bahagian hadis hasan sahaja
iaitu hasan lighairih. Sepatutnya beliau memberikan takrif hasan lizatihi kerana hasan
lighairih adalah hadis dha`if yang meningkat ke darjah hasan kerana ditampung oleh
banyak sanad.

Definisi terpilih
Berdasarkan kepada definisi bn Hajar, hadis hasan bolehlah didefinisikan sebagai:
"Hadis yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi yang adil tetapi rendah
ketepatannya daripada perawi sepertinya sehingga ke hujung sanad tanpa sebarang
syazz dan ```illah.

Hukumnya

a seperti hadis sahih dari segi boleh untuk dijadiakan hujah walaupun dari segi
kekuatan ia lebih rendah. leh kerana itu, semua fuqaha beramal dengannya.
Kebanyakan ulama hadis dan ulama usul berhujah dengannya kecuali segelintir dari
kalangan yang berpandangan keras. Bagaimanapun sebahagian ulama hadis yang
bersikap mudah seperti al-Hakim, bn Hibban dan bn Khuzaimah telah memasukkannya
ke dalam bahagian sahih walaupun mereka berpendapat hadis hasan lebih rendah
daripada hadis sahih seperti yang dijelaskan sebelum ini.
[4]


o3toh3ya: Hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi:

= -=' '~= = -' '~-~ -= ' - ` ~ = - ' - ` ~ =
.' ~`' _~~ :
- - ' . ~ .' .-- ~' -= ~~ ~ - = ' _ : -=' -'
.`= = .

Kata beliau: "Qutaibah telah menceritakan kepada kami bahawa Ja`far bin Sulaiman al-
Dhuba`i telah menceritakan daripada Abi `Imran al-Jauni daripada Abi Bakar bin Abi
Musa al-`Asy`ari berkata: "Saya mendengar ayah saya berkata ketika berhadapan
dengan musuh: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya pintu-pintu syurga berada
di bawah naungan pedang-pedang."
[5]


Hadis ini dihukumkan oleh al-Tirmizi sebagai: "ni adalah hadis hasan gharib. Hadis ini
hasan kerana perawi-perawi yang empat bagi sanad ini kesemua adalah thiqah kecuali
Ja`far bin Sulaiman al-Dhuba`i. Beliau seorang hasanul hadis. leh kerana itu hadis ini
jatuh dari martabat sahih kepada hasan.

Martabatnya

Sebagaimana hadis sahih mempunyai martabat yang berbeza antara satu sama lain,
begitu juga dengan hadis hasan. Al-Zahabi telah membahagikan hadis hasan kepada
dua martabat:

1. Martabat hasan yang paling tinggi: Riwayat Bahz bin Hakim daripada bapanya
daripada datuknya, `Amr bn Syu`aib daripada bapanya daripada datuknya,
riwayat bn shaq daripada al-Taimi dan yang seumpamanya yang dikatakan
sebagai sahih. Martabat ini adalah martabat sahih yang paling rendah.

2. Martabat hasan yang rendah: aitu hasan yang dipertikaikan kedudukannya, ada
yang mentashihkan dan ada yang mendaifkan seperti hadis al-Harith bin
Abdullah, `Asim bin Dhamrah, Hajjaj bin Artah dan lain-lain.


Kedudukan hadis yang dihukumkan oleh ulama hadis sebagai "Hadis Sahih
al-snad

Kata-kata ulama hadis: "ni hadis Sahih al-snad tidak sama dengan kata-kata mereka:
"ni hadis sahih. Begitu juga kata-kata mereka: "ni hadis hasan al-snad tidak sama
dengan "ni hadis hasan. Kadang-kadang sanad itu sahih atau hasan tetapi tidak pada
matan kerana ada syazz dan ``llah. Seolah-olah apabila ulama hadis mengatakan: "ni
hadis sahih, beliau telah menjamin kepada kita bahawa hadis ini memenuhi kelima-lima
syarat-syarat hadis sahih. Sekiranya beliau mengatakan: "ni hadis sahih al-snad,
beliau menjamin adanya 3 syarat sahih sahaja iaitu bersambung sanad, keadilan dan
ketepatan para perawi. Adapun penafian syazz dan ``llah, itu tidak diberi jaminan oleh
beliau kerana ketidakpastian kedua-duanya itu.

Bagaimanpun jika seorang Hafiz yang diakui hanya menyebutkan hadis ini sahih al-
snad tanpa menyebut ``llahnya, maka pada zahirnya, matan itu adalah sahih kerana
kaedah asal ialah tidak ada ``llah dan tidak ada syazz.

Maksud kata-kata al-Tirmizi dan lain-lain: "Hadis Hasan Sahih

Zahirnya, ungkapan ini mengelirukan, kerana hasan lebih rendah daripada darjah sahih.
Bagaimana boleh dihimpunkan kedua-duanya sedangkan martabat kedua-duanya
berbeza? Para ulama telah memberikan pelbagai jawapan kepada maksud ungkapan al-
Tirmizi ini. Jawapan yang paling baik ialah yang dikemukakan oleh al-Hafiz bn Hajar
dan dipersetujui oleh al-Suyuti, kesimpulannya seperti berikut:

1. Sekiranya hadis itu mempunyai dua sanad atau lebih, ungkapan itu bermaksud
hasan berdasarkan satu sanad dan sahih berdasarkan kepada satu satu lagi.
2. Sekiranya hadis itu hanya mempunyai satu sanad, maksudnya ialah hasan
menurut satu kumpulan ulama dan sahih menurut yang lain.

Seolah-olah beliau memberikan isyarat tentang perbezaan pendapat di kalangan ulama
tentang kedudukan hadis ini, atau baginya hadis ini tidak boleh ditentukan sama ada
sahih atau hasan.

Klasifikasi al-Baghawi hadis-hadis Masabih al-Sunnah
[6]


Al-mam al-Baghawi telah menggunakan istilahnya yang tersendiri di dalam kitabnya,
Masabih al-Sunnah. Beliau telah mengisyaratkan hadis-hadis yang terdapat di dalam
dua kitab sahih atau salah satunya dengan kata-katanya: "sahih
dan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab sunan yang empat dengan kata-katanya:
"hasan. ni adalah istilah yang tidak selari dengan istilah umum dipakai di kalangan
ulama hadis kerana di dalam kitab-kitab sunan yang empat itu terdapat hadis sahih,
hasan, dha`if dan munkar. leh kerana itu, bn al-Salah dan al-Nawawi memberi
peringatan tentang perkara ini. Dengan itu, sepatutnya pembaca kitab Masabih al-
Sunnah lebih peka dengan istilah al-Baghawi di dalam kitab ini apabila beliau menyebut
tentang hadis-hadis sebagai sahih atau hasan.

Kitab-kitab yang boleh didapati hadis hasan dengan banyaknya

Para ulama tidak menulis secara berasingan hadis-hadis hasan di dalam satu kitab
seperti mana mereka mengkhususkan hadis-hadis sahih sahaja dalam tulisan mereka.
Namun begitu terdapat beberapa kitab hadis yang terdapat di dalamnya banyak hadis
hasan, antara yang masyhur ialah:
1. Jami` al-%irmizi atau yang lebih dikenali sebagai Sunan al-%irmizi. a adalah
sumber utama untuk mengetahui hadis hasan. Al-Tirmizilah yang memasyhurkan
istilah hasan di dalam kitab ini dan orang yang paling banyak menyebutkannya.
Bagaimanapun kita harus berhati-hati tentang edisi yang berbeza-beza
berhubung dengan kata-kata beliau: "hasan sahih dan sebagainya. Adalah
menjadi tanggungjawab pelajar hadis memberi perhatian dalam memilih edisi
yang telah dinilai dan membandingkan dengan manuskrip asal yang diakui.

2. Sunan Abi Daud: Beliau telah menyebutkan di dalam suratnya kepada penduduk
Mekah bahawa beliau menyebutkan di dalam sunannya hadis sahih, hadis yang
menyerupainya dan hadis yang hampir dengannya. Sekiranya hadis itu
mempunyai kedha`ifan yang kuat, beliau akan menjelaskannya dan hadis yang
tidak disebutkan apa-apa tentangnya maka itu adalah salih
[7]
. Berdasarkan
kepada kenyataan ini, apabila kita mendapati di dalam sunan ini hadis yang
beliau tidak menjelaskan kedha`ifannya dan tidak ditashihkan oleh mana-mana
imam yang diakui maka itu adalah hadis hasan di sisi Abu Daud.

3. Sunan al-Daruqutni: Beliau menyebutkan dengan jelas kebanyakan hadis hasan
di dalam kitab ini.

AL-SAHH LGHARH

Definisi
aitu hadis hasan lizatih apabila diriwayatkan melalui jalan yang lain sepertinya atau
lebih kuat darinya. Dinamakan sahih lighairih kerana kesahihan tidak datang dari sanad
itu sendiri, tetapi hanya sahih apabila digabungkan dengan sanad lain.

Martabatnya
Lebih tinggi martabatnya dari hasan lizatih dan lebih rendah daripada sahih lizatih.

Contohnya

= ~ ~ = , ~ = ~ ~ = ~ = '~- ~ ~ = ' - ` ~ = , - ' - ` ~ =
.' - - : ~ - = -' _ - -' . ~ .' " : ~ ` ~ _ = ~ ` +
, ` - . ~- = =' ~' ."

Hadis Muhammad bin `Amr daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalaulah tidak kerana menyusahkan ummatku pasti aku
akan menyuruh mereka menggosok gigi setiap kali sembahyang.
[8]


bn al-Salah berkata: "Muhammad bin `Amr bin `Alqamah adalah dari kalangan yang
masyhur dengan benar dan menjaga diri cumanya beliau bukan dari ahli itqan sehingga
sebahagian mereka mendhaifkannya kerana ingatannya buruk dan sebahagain mereka
pula menthiqahkannya kerana benarnya dan kedudukannya. Dengan itu, dari sudut ini,
hadith ini hasan. Apabila digabungkan dengan keadaannya diriwayatkan melalui tariq
yang lain, kebimbangan kita tentang buruk hafalannya tidak ada lagi dan kekurangan
yang sedikit itu tertampung dengan sebab tariq tersebut. Dengan sebab itu, sanad ini
menjadi sahih dan tergolong di dalam martabat sahih.
[9]


AL-HASAN L GHARH

aitu hadis dhaif apabila mempunyai banyak tariq dan sebab kedhaifannya bukan
kefasiqan dan pendustaan perawi.

Difahami daripada definisi ini, hadis dhaif boleh meningkat ke tahap hasan li ghairih
dengan dua perkara:
1. Diriwayatkan daripada satu tariq lain atau lebih dengan syarat tariq tersebut
sepertinya atau lebih kuat daripadanya.
2. Sebab kedhaifan hadis itu sama ada buruk hafalan, terputus pada sanad atau
tidak diketahui tentang perawi-perawinya.

Martabatnya
Hasan li ghairih lebih rendah kedudukannya daripada hasan li zatih. Berdasarkan
kepada kenyataan ini, sekiranya hadis hasan li zatihi bercanggah dengan hasan li
ghairih, maka hasan li zatih didahulukan.

Hukumnya
a termasuk dalam hadis maqbul yang boleh berhujah dengannya.

Contohnya
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan beliau mengatakannya hasan melalui tariq
Syu`bah:

.' -' ~= -'= = : - = - ~'= -' ~= ~~ :
- ' _ - ' . ~ .' - -- _= = ' - ~ ~' ~ - = :
" ' -- ='~ =~-- ~ -- : - . .' : -'= ."
-' ' : , '= ~ -' = , - , ~-~ , ~~ .+~ - - ~= =
~~`' , ~~= .

Daripada `Asim bin `Ubaidillah bin Abdullah bin `Amir bin Rabi`ah daripada bapanya
bahawa ada seorang wanita daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mahar sepasang
kasut. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah anda setuju untuk dirimu dan harta dengan
sepasang kasut? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w. membenarkan.
Al-%irmizi berkata: "Di dalam bab ini ada diriwayatkan juga daripada Umar, Abu
Hurairah, `Aisyah dan Abi Hadrad."

`Asim adalah seorang dhaif kerana hafalannya buruk, sedangkan al-Tirmizi
menghukumkan hadis ini hasan kerana ia mempunyai lebih daripada satu jalan.

3.2.1.1.1 Khabar Ahad Maqbul Yang Mempunyai Sokongan

Pendahuluan

Di akhir perbahasan bahagian hadis maqbul, penulis akan menyentuh hadis maqbul
yang mempunyai sokongan. Maksudnya ialah hadis yang mempunyai perkara-perkara
tambahan selain daripada syarat-syarat yang diperlukan pada hadis maqbul.

Perkara-perkara tambahan yang ada pada sesuatu hadis maqbul akan menambahkan
kekuatannya dan menjadikannya lebih istimewa daripada hadis-hadis maqbul yang lain
yang tidak ada perkara-perkara tersebut di samping ia lebih diutamakan daripada yang
lain.

Bahagian-bahagiannya

Hadis yang mempunyai sokongan ada beberapa bahagian, yang paling masyhur ialah:
Hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih mereka yang
tidak mencapai tahap mutawatir. anya disokong dengan:
1. Kedudukan mereka yang tinggi di dalam bidang ini.
2. Kedua-dua kitab ini terkedepan dalam membezakan hadis sahih berbanding
dengan yang lain.
3. Para ulama menerima baik kitab-kitab mereka. Penerimaan ini sahaja cukup kuat
dalam menghasilkan ilmu daripada semata-mata banyak tariq yang tidak
mencapai tahap mutawatir.
4. Hadis masyhur yang mempunya tariq yang berbeza semuanya tidak ada
kedhaifan perawi dan ``llah.
5. Hadis musalsal dengan para imam hafiz dan mempunyai sifat itqan yang tidak
menjadi gharib. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh mam Ahmad daripada
mam al-Syafi`i daripada mam Malik. Selain daripada mam Ahmad, ramai lagi
meriwayat daripada mam al-Syafi`i, begitu juga selain dari mam al-Syafi`i, ramai
perawi lain yang meriwayatkan daripada mam Malik.

Hukumnya
a lebih kuat daripada mana-mana hadis ahad maqbul. Sekiranya hadis ahad yang
memiliki sokongan, bercanggah dengan hadis-hadis maqbul lain, maka didahulukan
hadis yang mempunyai sokongan itu.

3.2.1.2 PERBAHASAN KEDUA : KLASFKAS KHABAR MAQBUL KEPADA
YANG DAMALKAN DAN TDAK BLEH DAMALKAN

Khabar maqbul terbahagi kepada dua: yang boleh diamalkan dan tidak boleh diamalkan.
Terbit daripada pembahagian ini dua ilmu hadit iaitu al-Muhkam wa Muktalaf al-hadith
dan al-Nasikh wa al-Mansukh.

AL-MUHKAM WA MUKTALIF AL-HAITH

Definisi al-Muhkam:
Dari segi bahasa ia adalah isim maf`ul daripada perkataan ahkama yang bererti atqana
iaitu mengemaskan; mengukuhkan.

Dari segi istilah pula ia adalah hadis maqbul yang selamat daripada percanggahan
dengan hadis sepertinya.

Kebanyakan hadis adalah hadis muhkam. Bagi nisbah kepada keseluruhan hadis, hadis
yang bercanggah dan berbeza al-ahadith al-muta`aridhah wa al-mukhtalifah) adalah
sedikit.

Definisi Mukhtalif al-Hadith
Dari segi bahasa ia adalah isim fa`il daripada perkataan al-ikhtilaf lawan kepada
perkataan al-dhidd. Maksud mukhtalif al-hadith ialah hadis-hadis yang sampai kepada
kita dalam keadaan saling bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain dari segi
makna.

Menurut istilah pula ia adalah hadis maqbul yang ditentang oleh hadis sepertinya dan
boleh dihimpunkan antara keduanya.

aitu hadis sahih atau hasan yang didatangi oleh hadis lain sepertinya dari segi martabat
dan kekuatan, dan secara zahir menyanggahinya pada makna serta dapat dihimpunkan
dan diselaraskan pengertian kedua-duanya oleh ahli ilmu dan ulama yang berfikiran
tajam dalam bentuk yang boleh diterima.

Contoh Hadis Mukhtalif
Hadis "Tidak ada jangkitan dan sial burung yang dikeluarkan oleh Muslim dan hadis
"Larilah dari orang yang diserang kusta seperti anda lari dari singa yang dikeluarkan
oleh al-Bukhari.

Kedua-dua hadis ini adalah sahih, namun pada zahirnya ada pertentangan kerana hadis
yang pertama menafikan jangkitan manakala hadis yang kedua mensabitkannya. Para
ulama telah mengkompromikan dan menyelaraskan antara kedua-dua maknanya
dengan pelbagai cara. Di sini penulis menyebutkan pandangan yang telah dipilih oleh al-
Hafiz bn Hajar yang keterangannya seperti berikut:

Metode penyelarasan
Cara menyelaraskan antara dua hadis ini boleh dikatakan, jangkitan itu dinafikan ada
dan ianya tidak sabit berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesuatu itu tidak boleh menjangkiti sesuatu yang lain.

Dan sabda baginda kepada orang yang mempersoalkan tentang unta yang berkurap
yang berada di tengah-tengah unta sihat lalu bercampur dengannya dan unta dijangkiti
kurap juga. Baginda menjawab: Kalau begitu siapa yang menyebabkan jangkitan pada
unta yang pertama?

Maksudnya ialah Allah s.w.t. yang menyebabkan penyakit itu pada yang kedua
sebagaimana Dia menyebabkan pada yang pertama. Perintah lari atau menjauhi dari
orang yang terkena kusta itu adalah sebagai menutup pintu-pintu kerosakan Sadd al-
Zari`a`h) supaya seseorang yang bergaul dengan pesakit kusta itu tidak terkena
kepadanya penyakit kusta dengan takdir Allah bukan kerana jangkitan. Dengan itu, dia
akan menyangka itu kerana dia bergaul dengan pesakit itu, lalu menyebabkannya
mempercayai adanya jangkitan dan menjerumuskannya dalam dosa. leh kerana itu,
diperintahkan supaya menjauhi pesakit kusta sebagai mengelak diri daripada terjerumus
dalam kepercayaan yang membawanya kepada dosa.

Apakah yang wajib dilakukan bila menemui dua hadis maqbul yang saling
bertentangan?

Bila seseorang menemui dua hadis maqbul yang saling bertentangan, dia wajib
mengikuti peringkat-peringkat berikut:
1. Dia mesti menyelaraskan antara kedua hadis tersebut jika boleh dan wajib
beramal dengan kedua-duanya.
2. Jika tidak boleh diselaraskan dengan apa-apa sudut:
i) Sekiranya diketahui mana satu yang nasikh, maka itulah yang
diutamakan dan diamalkan dengannya serta yang mansukh
ditinggalkan.
ii) Sekiranya tidak diketahui nasikh dan mansukh, maka ditarjihkan
salah satunya dengan mana-mana bentuk tarjih yang berjumlah lebih
daripada lima puluh bentuk. Dengan itu, hadis yang rajah kuat)
diamalkan.
iii) Sekiranya salah satu hadis tersebut tidak dapat ditarjihkan- ini jarang
berlaku- maka ditangguhkan beramal dengan hadis tersebut
sehinggalah alasan yang kuat diketahui .


K0503ti3a3

Disiplin ini merupakan antara ilmu-ilmu hadis yang terpenting kerana semua ulama
terpaksa mengetahuinya. Hanya yang memiliki kemahiran yang sempurna di dalam
disiplin ini ialah imam-imam yang menggabungkan antara ilmu hadis dan fiqh dan ulama
usul yang menyelami makna-makna yang halus. Bagi mereka, jarang sekali timbul
kemusykilan apabila berhadapan dengan hadis-hadis seperti ini.

Pertentangan dalil-dalil benar-benar telah merangsangkan fikiran ulama. Padanya
terserlah bakat dan kehalusan pemahaman serta pendapat mereka yang baik. Begitu
juga padanya juga ramai orang yang mengharungi kebanjirannya tergelincir iaitu dari
kalangan mereka yang masih lagi mentah dalam menghadapi perbahasan para ulama.

Kitab-kitab yang terkenal:
1. Ikhtilaf al-Hadith karangan mam al-Syafi`e. beliau merupakan orang yang
pertama membincangkan dan mengarang ilmu ini.
2. %a'wil Mukhtalif al-Hadith tulisan bn Qutaybah Abdullah bin Muslim
3. Musykil al-Athar hasil karangan al-Tahawi Abu Ja`far Ahmad bin Salamah.

Nasikh aI-Hadith wa Ma3sukhuh

01i3isi 3asakh
Dari sudut bahasa ia mempunyai dua makna, pertama, menghilangkan. Daripadanya
terbit contoh nasakhat al-syams al-zill iaitu matahari menghilangkan bayangannya.
Kedua, memindahkan. Daripadanya terbit contoh nasakhtu al-kitab iaitu saya
memindahkan buku apabila saya menukilkan apa-apa yang ada padanya. Dengan ini,
seolah-olah al-nasikh telah menghilangkan al-mansukh atau memindahkannya kepada
hukum yang lain.

Manakala makna istilahnya ialah: Syari` Allah dan Rasul-Nya) telah mengangkat suatu
hukum yang datang daripadanya dan menggantikan dengan hukum yang lain yang
datang kemudian.


K0503ti3a3 da3 k0sukara33ya

Mengetahui hadis yang memansukhkan dan hadis yang dimansukh merupakan satu
disiplin yang penting dan sukar. Al-Zuhri pernah berkata: "Pengetahuan tentang hadis
nasikh dan mansukh telah memenatkan dan melemahkan para fuqaha.

Antara ulama terkenal yang menonjol dalam bidang ini ialah mam al-Syafi`e dan beliau
mempunyai jasa dan sumbangan yang sungguh besar. mam Ahmad bertanya kepada
bn Warah yang tiba dari Mesir: "Adakah anda mencatat buku-buku al-Syafi`e? Beliau
menjawab: "Tidak. Beliau berkata: "Anda telah cuai. Kami tidak mengetahui mana yang
mujmal
(
dan mana yang mufassar
(
, mana yang hadis nasikh dan mana hadis
mansukh sehinggalah kamu duduk di majlis al-Syafi`e.

Baaima3a hadis 3asikh da3 ma3sukh dik0tahui?
Hadis nasikh dan mansukh diketahui dengan salah satu daripada perkara-perkara
berikut:
1. Penjelasan Rasulullah s.a.w. seperti hadis Buraidah di dalam Sahih Muslim:
=`' ~ '+- '- -' '- = -+- -
Dahulu aku melarang kamu dari menziarahi kubur, maka ziarahilah kubur kerana
ia mengingatkan kamu akan akhirat.
2. Kata-kata sahabat seperti Jabir bin Abdullah berkata:
'-' ~~ '~~ --' = '~ -= -' _- -' .~ ~ -~`' = '
Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w. ialah tidak berwuduk kerana
memakan makanan yang dimasak dengan api.

Hadis ini telah dikeluarkan oleh pengarang-pengarang kitab sunan.

3. Mengetahui sejarah seperti hadis Syaddad bin Uwais yang diriwayatkan oleh
Abu Daud:
==~' ='=' = . ~'~ -'
Puasa tukang bekam dan orang dibekam telah terbatal.

Hadis ini telah dinasakhkan oleh hadis bn Abbas:
_- -' -'- =~ - ==' '~ -= -' . ~~ -'
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda
berihram dan berpuasa. hadis riwayat Muslim)
Dalam sesetengah tariq hadis Syaddad, itu berlaku pada zaman pembukaan
Mekah sedangkan bn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida`.

4. Petunjuk ijmak seperti hadis
-' '' ~'= -~=' ~=' -~ ~ . ~~' ~'~ -'
Sesiapa meminum arak maka rotanlahnya. Sekiranya dia mengulangi pada kali
keempat maka bunuhlahnya. hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
mam al-Nawawi berkata: jmak menunjukkan tentang mansukhnya hukum itu.
jmak itu sendiri tidak memansukhkannya dan tidak juga dinasakhkan tetapi
menunjukkan kepada nasikh hadis yang menasakhkan).

Kitab-kitab ya3 t0rk03aI
1. al-I`tibar fi al-Nasikh wa al-Mansukh min al-Athar karangan Abu Bakar
Muhammad ibn Musa al-Hazimi.
2. al-Nasikh wa al-Mansukh karangan mam Ahmad
3. %ajrid al-Ahadith al-Mansukhah tulisan bn al-Jawzi.


atas

3.3 FASAL KETIGA : KHABAR MARU (TERTOLAK)

PERBAHASAN PERTAMA: AL-DHA`F
PERBAHASAN KEDUA: MARDUD DENGAN SEBAB GUGUR PERAW DARPADA
SANAD
PERBAHASAN KETGA: MARDUD KERANA KECAMAN TERHADAP PERAW

Khabar mardud dan sebab-sebab penolakannya


01i3isi:
Hadis yang tidak terbukti kebenaran perawi kerana ketiadaan salah satu atau lebih
syarat penerimaan hadis yang kita telah bincangkan dalam perbahasan hadis sahih.

P0mbahaia3 Mardud da3 s0bab-s0bab 503oIaka33ya
Ulama telah membahagikan khabar mardud kepada beberapa bahagian. Bagi setiap
bahagian itu, ulama telah menyebutkan namanya masing-masing. Ada juga yang tidak
diberikan nama khusus tetapi mereka menamakannya dengan nama umum iaitu dha`if.

Terdapat banyak sebab-sebab penolakan sesuatu hadis namun secara ringkasnya ia
merujuk kepada dua sebab utama iaitu:
1. Keguguran perawi daripada sanad
2. Kecaman terhadap perawi

Di bawah setiap sebab ini terdapat pelbagai bentuk. Penulis akan membincangkan
dengan berasingan secara terperinci dengan didahului dengan perbahasan dha`if yang
dikira sebagai nama umum bagi hadis mardud.

3.3.1 PERBAHASAN PERTAMA : HAIF

01i3isi
Dari sudut bahasa ia lawan kepada al-qawiyy yang kuat), kelemahan itu terbahagi
kepada konkrit dan abstrak. Yang dimaksudkan di sini ialah kelemahan abstrak.

Makna istilahnya pula ialah hadis yang tidak mencukupi sifat hasan kerana ketiadaan
salah satu syaratnya.

Al-Bayquni mengungkapkan di dalam nazamnya:
- ~=' = '~ . ` '~ - ---' +
Setiap apa daripada tingkat hasan, rendah maka itu dhai`f dan bahagiannya banyak


K050Ibaaia33ya

Tahap kedha`ifan hadis berbeza mengikut tahap berat dan ringan kelemahan para
perawi sebagaimana hadis sahih berbeza-beza. Antaranya dha`if, dha`if jiddan, wahi,
munkar dan yang paling jelik ialah mawdhu`.

Sa3ad ya3 5aIi3 I0mah
Berdasarkan kepada perbahasan dalam hadis sahih tentang sanad yang paling sahih,
ulama menyebut dalam perbahasan dha`if satu istilah yang dinamakan sanad yang
paling lemah. Al-Hakim al-Naisaburi menyebut beberapa buah sanad yang paling dha`if
dengan nisbah kepada sebahagian sahabat, sebahagian kawasan dan negeri. Penulis
akan menyebutkan beberapa contoh daripada kitab al-Hakim dan kitab-kitab lain.
1. Sanad yang paling lemah dengan nisbah kepada Abu Bakar al-Siddiq iaitu
Sadaqah bin Musa al-Daqiqi daripad Farqad al-Sabkhi daripada Murrah al-
Tayyib daripada Abu Bakar.
2. Sanad penduduk Syam yang paling lemah iaitu Muhammad bin Qays al-Maslub
daripada Ubaidullah bin Zahr daripada Ali bin Yazid daripada al-Qasim daripada
Abi Umamah
3. Sanad yang paling lemah dengan nisbah kepada bn Abbas iaitu al-Suddi al-
Saghir Muhammad bin Marwan daripada al-Kalbi daripada Abu Salih daripada
bn Abbas. Hafiz bn Hajr berkata: ni adalah silsilah dusta bukan silsilah emas.

o3toh

Hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi dari tariq Hakim al-Athram daripada Abu
Tamimah al-Hujaimai daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
~~=~ _= .- '~ - ~- '-' '-~ ~' '--'= _ ~
Sesiapa yang mendatangi permpuan yang haid atau mendatangi isteri pada duburnya
atau menemui tukang tilik, sesungguhnya dia telah mengkufuri apa yang telah
diturunkan kepada Muhammad.

Setelah mengeluarkan hadis ini, al-Tirmizi mengulas: "Kita tidak mengetahui hadis ini
dari hadis Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah al-Hujaimai daripada Abu Hurairah.
Kemudian al-Tirmizi berkata lagi: "Muhammad al-Bukhari telah mendha`ifkan hadis ini
dari sudut sanadnya. Penulis berpendapat kerana pada sanadnya ada Hakim al-Athram.
Ulama telah mengatakannya dha`if. Di dalam Taqrib al-Tahzib, Hafiz bn Hajar berkata:
Padanya ada kelemahan.

Hukum m0riwayatka3 hadis dha`i1

Di sisi ulama hadis dan juga orang lain, harus meriwayatkan hadis dha`if dan bermudah
pada sanadnya tanpa menjelaskan kedha`ifannya berbeza dengan yang mawdhu
kerana tidak harus meriwayatkannya kecuali dengan menjelaskan tentangnya.
Keharusan meriwayatkan hadis dha`if dengan dua syarat:
1. Tidak berkait dengan aqidah
2. Periwayatan itu bukan tentang hukum syara` yang berkaitan dengan halal haram

Harus meriwayatkannya pada perkara seperti peringatan, galakan, ancaman, cerita-
cerita dan sebagainya. Antara mereka yang disebutkan bermudah-mudah dalam
meriwayatkannya ialah Sufyan al-Thauri, Abdul Rahman bin Mahdi dan Ahmad bin
Hanbal

Perlu diberi perhatian apabila anda meriwayatkan hadis dha`if tanpa sanad, jangan
katakan 'Rasulullah s.a.w. bersabda', tetapi katakan 'diriwayatkan daripada Rasulullah
s.a.w..' atau 'sampai kepada kami' dan sebagainya supaya anda tidak secara pasti
menisbahkan hadis tersebut kepada Rasulullah s.a.w. sedangkan anda mengetahui
kelemahannya.

Hukum b0ramaI

Ulama berbeza pendapat tentang hukum beramal dengan hadis dha`if. Pendapat yang
dipegang oleh majoriti ulama ialah dianggap sunnat beramal dengan hadis dha`if
berkenaan dengan keutamaan-keutamaan amalan namun dengan tiga syarat yang telah
dihuraikan oleh Hafiz bn Hajar:

1. Kedha`ifan yang tidak bersangatan
2. a termasuk di bawah prinsip atau dalil yang diamalkan
3. Tidak boleh yakin tentang sabitnya ketika beramal dengannya bahkan mesti
berhati-hati.

Kitab-kitab terkenal yang didapatimengandungi banyak hadis dha`if:
1. Kitab-kitab yang disusun berkenaan perawi-perawi dha`if seperti Kitab al-
Dhu`afa' tulisan bn Hibban, Mizan al-`tidal karangan al-Zahabi. Mereka telah
menyebutkan contoh-contoh hadis dha`if yang menjadi dha`if kerana
periwayatan orang-orang dha`if tersebut.
2. Kitab-kitab yang disusun tentang bentuk-bentuk dha`if secara khusus seperti
kitab-kitab al-Marasil, al-`lal, al-Mudraj dan sebagainya. Contohnya Kitab al-
Marasil tulisan Abu Daud, Kitab al-`lal susunan al-Daruqutni.

atas



|1|
Ma`alim al-sunan, jil. 2 hal. 11
[2]
Jami` al-Tirmizi ma` syarh Tuhfah al-Ahwazi-Kitab al-`lal fi Akhirihi jil .10 hal. 519
[3]
Nuzhah al-Nazar syarh Nukhbah al-Fikar, hal. 29
[4]
lihat Tadrib al-Rawi, hal. 87
[5]
Jami` al-Tirmizi, Abwab Fadhail al-Jihad,
[6]
Pengarangnya menghimpunkan hadis-hadis yang disaring daripada Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim,
kitab-kitab Sunan yang empat dan Sunan al-Darimi. Kitab inilah yang dibuat tambahan dan diedit oleh al-
Khatib al-Tibrizi dan menamakannya sebagai Misykah al-Masabih.
[7]
iaitu boleh dijadikan hujjah-Pent. Lihat, Tadrib al-Rawi, hal. 131)
[8]
Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi di dalam Kitab al-%aharah, juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
Muslim melalui Abi al-Zinad daripada Abi Hurairah.
[9]
`Ulum al-Hadith, hal.31-32
[10]
Mujmal iaitu lafaz yang ringkas dan tidak dijelaskan maksudnya.
[11]
Mufassar iaitu lafaz yang telah dijelaskan maksudnya oleh nas yang lain.



3.3.2 P0rbahasa3 K0dua: Mardud 03a3 S0bab Guur P0rawi ari Sa3ad

Maksud gugur dari sanad ialah terputus rantaian perawi dengan sebab gugur seorang
perawi dari sanad, secara sengaja ataupun tidak, yang dilakukan oleh sebahagian
perawi, sama ada dari awal sanad, pertengahan ataupun akhir, sama ada secara jelas
atau tersembunyi.

Bahaia3-Bahaia3 Guur

Berdasarkan kepada jelasnya atau tidak gugur perawi dari sanad itu terbahagi kepada
dua:

Pertama: Gugur yang jelas
Gugur ini diketahui oleh para imam dan mereka yang terlibat dengan ilmu-ilmu hadis.
Bentuk gugur ini dapati dikesan berdasarkan kepada seorang perawi itu tidak bertemu
dengan gurunya. Sama ada dia tidak sezaman dengannya atau sezaman tetapi tidak
sempat bertemu dengannya dan tidak mempunyai ijazah dan juga wijadah). leh itu,
pengkaji sanad-sanad hadis perlu mengetahui sejarah perawi-perawi kerana ia
mengandungi keterangan tentang tarikh lahir dan wafat, zaman pengajian,
pengembaraan mereka dan sebagainya.

Ulama hadis telah memperkenalkan empat nama bagi hadis yang mengalami gugur
jelas berdasarkan kepada tempat atau bilangan perawi yang gugur.
1. al-Mu`allaq
2. al-Mursal
3. al-Mu`dhal
4. al-Munqati`

Kedua: Gugur tersembunyi

Bahagian ini hanya diketahui oleh para imam yang mahir dan mengetahui jalan-jalan
hadis dan kecacatan-kecacatan sanad.
a mempunyai dua nama iaitu:
1. al-Mudallas
2. al-Mursal al-Khafiy

AL-MU`ALLAQ
01i3isi:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja `allaqa al-syai' iaitu
menggantungkan dan mengikatnya supaya ia menjadi tergantung. Sanad ini dinamakan
dengan mu`allaq kerana ia bersambung dengan bahagian atas sanad sahaja dan
terputus pada bahagian paling bawah seperti sesuatu yang tergantung pada bumbung.
Dari segi istilah ia adalah hadis yang dibuang seorang perawi atau lebih pada awal
sanad secara berturut.

Bentuknya:
1. Keseluruhan sanad dibuang kemudian dikatakan Rasulullah s.a.w. bersabda.
2. Keseluruhan sanad dibuang kecuali sahabat atau sahabat dan tabi`in.

Contoh
Hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di awal Bab Ma Yuzkar fi al-Fakhz:
_~~ .' : '~`= .=~ -= - ~ -= -' _- -' _== .

"Abu Musa berkata: Rasulullah s.a.w. menutup kedua-dua lututnya ketika Uthman
masuk."

Hadis ini adalah hadis mu`allaq kerana mam al-Bukhari membuang keseluruhan
sanadnya kecuali sahabat sahaja iaitu Abu Musa al-Asy`ari.

Hukum Hadis Mu`aIIaq

Hadis mu`allaq adalah mardud tertolak) kerana ia tidak mempunyai salah satu syarat
penerimaan hadis iaitu bersambung-sambung sanad. Tertolaknya hadis itu dengan
sebab gugur seorang atau lebih perawi dari sanad dalam keadaan tidak diketahui
keadaan perawi yang gugur itu.

Hukum Hadis-Hadis Mu`aIIaq aIam Sahih aI-Bukhari a3 MusIim

Hukum ini iaitu hadis mu`allaq tertolak hanya kepada hadis mu`allaq secara mutlak.
Tetapi jika hadis mu`allaq itu didapati di dalam kitab yang pengarangnya beriltizam
hanya mengeluarkan hadis sahih sahaja seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim, maka ia
mempunyai hukum yang tersendiri. Penulis sudahpun menyentuhnya dalam perbahasan
hadis sahih. Namun tidak mengapa untuk disebutkan juga di sini.

1. Hadis yang disebutkan dengan lafaz yang pasti seperti 'berkata', 'menyuruh' dan
'menyebut' maka ia dihukumkan sebagai sahih daripada orang yang disandarkan
kepadanya hadis itu.
2. Hadis yang dikemukakan dengan lafaz yang tidak pasti seperti 'diriwayatkan
daripada', 'disebutkan', 'diceritakan', 'telah diriwayatkan', 'telah disebutkan',
maka ia tidak hukumkan sebagai sahih. Bagaimanapun di dalam Sahih al-
Bukhari ini, tidak ada satupun hadis wahin sangat dhaif) untuk dimasukkan
dalam kitab yang dinamakan dengan kitab sahih. Untuk mengetahui kesahihan
dan kedhaifan hadis ini, perlu mengkaji sanad hadis ini dan menghukumnya
sesuai dengan kedudukannya.

AL-MURSAL

01i3isi:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja arsal iaitu melepaskan.
Seolah-olah orang yang meriwayatkan hadis secara mursal melepaskan sanadnya
tanpa mengikatnya dengan perawi yang dikenali.
Dari segi istilah ia adalah hadis yang gugur dari penghujung sanad perawi selepas
tabi`in.

B03tuk3ya:

Bentuknya ialah seorang tabi`in besar atau kecil- berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda,
melakukan sesuatu atau sesuatu perkara dilakukan di hadapan baginda. ni adalah
bentuk mursal di sisi ulama hadis.

Contoh
Hadis yang dikeluarkan oleh mam Muslim di dalam sahih dalam kitab al-Buyu` 1539).
_' ~~=~ -`~= . _-`~' -== '-`~= . = .--= = --' '-`~=
-~~' ~-~ = -'+~ '
-'~' _- = _+- ~ -= -' _- -' .~
Kata Imam Muslim: Muhammad bin Rafi` menceritakan kepadaku bahawa Hujain
menceritakan kepadaku bahawa al-Laith menceritakan daripada `Uqail daripada Ibn
Syihab daripada Sa`id bin al-Musayyab bahawa Rasulullah s.a.w. melarang dari al-
Muzabanah.

Sa`id bin al-Musayyab adalah tabi`in besar telah meriwayatkan hadis ini daripada
Rasulullah s.a.w. tanpa menyebut perantaraan di antaranya dengan Rasulullah s.a.w.
Beliau telah menggugurkan daripada sanad ini seorang perawi selepas dari tabi`in.
paling kurang seorang sahabat yang gugur dan berkemungkinan gugur bersama
sahabat itu perawi lain seperti seorang tabi`in.

MursaI M03urut Fuqaha' a3 UIama UsuI

Bentuk mursal yang penulis sebutkan itu adalah mursal di sisi Ulama Hadis. Sementara
itu, mursal menurut Fuqaha dan Ulama Usul lebih luas lagi. Bagi mereka, setiap hadis
munqati` tanpa mengira bagaimana bentuk terputus sanadnya adalah mursal. ni juga
pendapat al-Khatib.

Hukum3ya

Mursal pada asalnya dha`if dan tertolak kerana tidak memiliki salah satu syarat hadis
maqbul iaitu tidak bersambung-sambung sanadnya dan tidak diketahui kedudukan
perawi yang digugurkan. Ada kemungkinan perawi yang gugur itu bukan sahabat.
Dalam hal ini, boleh jadi pearwi yang gugur itu daif.
Walaupun begitu, ulama hadis dan lain-lain tidak sepakat tentang hukum hadis mursal
dan berhujah dengannya kerana bentuk inqita` terputus sanad) berbeza dengan yang
lain. Juga kerana perawi yang gugur itu biasanya sahabat dan kesemua sahabat adalah
adil dan tidak menjejaskan jika mereka tidak diketahui.

Ringkasnya ada tiga pendapat ulama tentang hadis mursal:
1. Dha`if dan mardud, iaitu di sisi kebanyakan ulama hadis, ulama usul dan fuqaha.
Hujah mereka ialah kerana tidak diketahui kedudukan perawi yang digugurkan
kerana ada kemungkinan dia bukan sahabat.
2. Sahih dan dijadikan hujah, ini pendapat mam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad
dalam satu riwayat yang masyhur daripadanya serta sekumpulan ulama dengan
syarat perawi yang memursalkan itu seorang thiqah dan hanya memursalkan
daripada perawi thiqah sahaja. Hujah mereka ialah tabi`in yang thiqah tidak
menganggap harus untuk berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kecuali beliau
mendengar daripada perawi yang thiqah.
3. Menerima dengan syarat. aitu mursal menjadi sahih dengan beberapa syarat. ni
merupakan pendapat al-Syafi`e dan sebahagian ahli ilmu. Ada empat syarat, tiga
berkenaan dengan perawi yang memursalkan dan satu berkenaan hadis mursal
itu.
Syarat-syarat tersebut ialah:
i. Perawi yang memursalkan itu adalah tabi`i yang besar.
ii. Apabila beliau menyebutkan perawi yang digugurkan itu, beliau akan
menamakan perawi yang thiqah.
iii. Beliau tidak bercanggah dengan perawi-perawi yang hafiz dan
dipercayai jika mereka meriwayatkan hadis yang sama.
iv. Tiga syarat di atas hendaklah disertakan dengan salah satu syarat
yang berikut:
a) Hadis itu diriwayat melalui jalan yang lain secara musnad bersambung).
b) Hadis itu diriwayatkan secara mursal melalui tariq yang lain bukan dari
perawi hadis mursal yang pertama itu.
c) Hadis itu bertepatan dengan qaul al-Sahabi pendapat sahabat)
d) Kebanyakan ulama menfatwakan mengikut makna hadis itu.
Apabila syarat-syarat ini dipe
dipenuhi, kesahihan punca hadis mursal itu akan terbukti begitu juga riwayat-riwayat lain
yang menyokongnya. Kedua-duanya adalah sahih. Sekiranya terdapat suatu hadis sahih
yang mempunyai satu jalan sanad) bercanggah dengannya dan tidak dapat
diselaraskan antara kedua-duanya maka hadis itu akan ditarjihkan dengan sebab
mempunyai banyak jalan.

atas

MursaI aI-Sahabi
aitu hadis yang diriwayatkan oleh sahabat tentang ucapan atau perbuatan Rasulullah
s.a.w. yang tidak pernah didengari dan disaksikannya. Sama ada kerana usianya yang
muda atau lewat memeluk slam atau tidak ada di samping baginda. Hadis-hadis
sahabat-sahabat yang kecil termasuk di dalam bahagian ini seperti bn Abbas, bn al-
Zubair dan lain-lain.

Hukum MursaI aI-Sahabi
Mengikut pendapat yang masyhur yang diputuskan oleh majoriti ulama ialah sahih dan
dijadikan hujah kerana jarang berlaku periwayatan sahabat daripada tabi`in. Apabila
sahabat meriwayatkan daripada tabi`in mereka akan menyatakan dan mereka berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda hukum asal ialah mereka mendengar daripada sahabat lain.
Sebagaimana ditegaskan sebelum ini, menggugurkan sahabat di dalam periwayatan
tidak menjejaskan.
Dikatakan, hukum Mursal al-Sahabi seperti mursal lain, tetapi pendapat ini dha`if dan
tertolak.

Kitab-kitab yang masyhur
1. al-Marasil karangan Abu Daud.
2. al-Marasil karangan bn Abi Hatim.
3. Jami` al-Tahsil Li Ahkam al-Marasil karangan al-`Ala'i.


AL-MU`HAL
01i3isi:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja a`dhala iaitu memenatkan.
Dari segi istilah ia adalah hadis yang gugur dari sanad dua orang perawi berturut-turut.

o3toh3ya

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam Ma`rifah `ulum al-Hadith dengan
sanadnya kepada al-Qa`nabi
' ~ - ='~ = ~ -= -' _- -' .~ .' .' --
'~- -=- '~ ` .~' ~ -- ` -~' ~ ~'= =~~
=~' '~- ='~ = -= .-~

"Daripada Malik bahawa sampai kepadanya bahawa Abu Hurairah berkata: Rasulullah
s.a.w. bersabda: Hamba yang dimiliki itu berhak mendapat makanannya, pakaiannya
secara yang baik. Dia tidak boleh dibebankan dengan kerja melainkan yang mampu
dilaksanakannya. Al-Hakim berkata: Hadis ini mu`dhal daripada Malik demikianlah yang
diriwayatkannya secara mu`dhal di dalam al-Muwatta'"

Hadis ini mu`dhal kerana dua orang perawi berturut-turut gugur antara Malik dan Abu
Hurairah. Kita telahpun mengetahui bahawa keguguran ini berlaku berdasarkan kepada
hadis lain yang diriwayatkan di luar kitab al-Muwatta'. Sanad itu ialah daripada Malik
daripada Muhammad bin `Ajlan daripada bapanya daripada Abu Hurairah.

Hukum3ya
Mu`dhal adalah hadis yang dha`if dan keadaan lebih buruk daripada hadis mursal dan
munqati` kerana ramainya perawi yang gugur daripada sanad. Hukum ini sepakat di
kalangan ulama.

P0rsamaa3 A3tara Mu`dhaI a3 Mu`aIIaq

Di antara mu`dhal dan mu`allaq terdapat hubungan keumuman dan kekhususan dari
satu sudut.
1. Menyerupai mu`alaq dari sudut, apabila dua orang perawi berturut-turut dibuang
dari permulaan sanadnya. Pada ketika itu, hadis ini dalam masa yang sama
mu`dhal dan mu`allaq.
2. Berbeza dalam dua bentuk:
i. Apabila dua orang perawi berturut-turut dibuang dari pertengahan sanad maka
itu adalah mu`dhal tidak mu`allaq.
ii. Apabila seorang perawi sahaja yang dibuang dari permulaan sanad, maka ia
adalah mu`allaq tidak mu`dhal.

A3tara Sumb0r Hadis Mu`dhaI
Al-Suyuti menulis: Di antara sumber hadis mu`dhal ialah:
1. Kitab al-Sunan karangan Sa`id bin Mansur.
2. Kitab-kitab bn Abi al-Dunya.

AI-Mu3qati`

01i3isi:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku bagi kata kerja inqata`a iaitu terputus. Dari
segi istilah ia adalah hadis yang sanadnya tidak bersambung dari mana sudut sekalipun.

o3toh3ya
aitu setiap sanad yang terputus di mana-mana tempat sanad sama ada di awal sanad
atau akhirnya atau pertengahannya. Dengan itu, termasuk di dalam takrif ini, mursal,
Mua`allaq dan Mu`dhal. Bagaimanapun, ulama mustalih hadis mutakhirin
mengkhususkan munqati` dengan hadis yang tidak mempunyai bentuk hadis mursal,
mu`allaq atau mu`dhal. Begitu juga kebiasaan penggunaan ulama mutaqaddimin. leh
kerana itu, mam al-Nawawi menyatakan: "Munqati` itu lebih banyak digunakan kepada
riwayat perawi yang berada pada tingkatan selepas tabi`i daripada sahabat seperti Malik
daripada bn Umar.

Mu3qati` M03ikut UIama Hadis Ya3 Mutakhir

aitu hadis yang tidak bersambung sanadnya yang tidak termasuk di dalam nama
mursal, mu`allaq atau mu`dhal. Seolah-olah munqati` lebih umum bagi setiap sanad
yang terputus selain dari tiga bentuk iaitu gugur di awal sanad, gugur di akhir sanad atau
gugur dua perawi berturut di mana-mana tempat. nilah yang dipilih oleh Hafiz bn Hajar
di dalam al-Nukhbah dan syarahnya al-Nuzhah.

Kadang-kadang terputus sanad berlaku di satu bahagian pada sanad kadang-kadang
berlaku lebih daripada satu seperti dua atau tiga bahagian,

o3toh3ya
Hadis yang diriwayatkan oleh Abd al-Razzaq
--~= = _-`- ~- = '=~ = `' ~ .' '' ~= '-` -' .~ .' .'
-~ - ' '-~- ~ -= -' _-
"Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami katanya al-%hauri telah menyebutkan
daripada Abu Ishaq daripada Zaid bin Yuthai` daripada Huzaifah secara marfu`: Jika
kamu melantik Abu Bakar akan jawatan itu maka beliau adalah seorang yang kuat dan
amanah."

Di pertengahan sanad ini, seorang perawi telah gugur iaitu Syarik antara al-Thauri dan
Abu shaq kerana al-Thauri tidak pernah mendengar hadis daripada Abu shaq secara
langsung. Sebenarnya beliau mendengar daripada Syarik dan Syarik mendengar
daripada Abu shaq.

Terputus sanad ini tidak sesuai untuk dikatakan sebagai mursal, mu`allaq atau mu`dhal.
Justeru kita mengatakan ia adalah munqati`.

Hukum3ya:
Munqati` adalah dhaif dengan sepakat ulama kerana tidak mengetahui kedudukan
perawi yang gugur.

AL-MUALLAS

01i3isi aI-TadIis:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata dasar tadlis iaitu
menyembunyikan kecacatan barang daripada pembeli. Kata akar tadlis ialah al-dalas
iaitu kegelapan atau pencampuranan dengan kegelapan sebagaimana yang disebutkan
oleh kitab al-Qamus al-Muhit. Seolah-olah, kerana perawi mudallis menyembunyikan
kepada orang yang mahu mengetahui sesebuah hadis bermakna dia telah mengelapkan
perkara itu dan jadilah hadis itu mudallas digelapkan).

Dari segi istilah ia adalah menyembunyikan keaiban di dalam sanad dan
memperelokkan zahirnya.

P0mbahaia3 TadIis
Tadlis mempunyai dua bahagian utama iaitu Tadlis al-snad dan Tadlis al-Syuyukh.

TadIis aI-Is3ad
Ulama telah memberi pelbagai definisi bagi tadlis al-snad. Penulis akan memilih yang
paling sahih dan paling halus mengikut pandangan penulis iaitu takrif mam Abu Ahmad
bin Amar al-Bazzar dan Abu al-Hasan bin al-Qattan. Takrif tersebut ialah:
"Seorang perawi meriwayatkan hadis hadis yang tidak pernah didengari daripada
perawi yang dia ada mendengar daripadanya tanpa menyebut dengan jelas bahawa dia
mendengar daripadanya

Huraia3 takri1:
Maksud takrif ini ialah Tadlis al-snad ialah seorang perawi telah meriwayatkan
beberapa hadis daripada seorang syaikh yang dia pernah mendengar daripadanya
tetapi hadis yang ditadliskannya itu dia tidak mendengar sendiri daripada syaikh
tersebut. Sebenarnya dia meriwayatkannya daripada syaikh yang lain daripada syaikh
yang pertama tadi. Jadi dia telah mengugurkan syaikh tersebut lalu meriwayatkan
dengan lafaz yang diandaikan dia mendengar sendiri seperti 'dia telah berkata' atau
'daripada'. Bagaimanapun dia tidak menyatakan dengan jelas bahawa dia mendengar
hadis tersebut daripada syaikh itu. Dengan sebab itu dia tidak berkata, 'Saya
mendengar', 'telah menceritakan kepada saya', supaya dia tidak menjadi seorang
pendusta besar dengan sebab perbuatan itu. Kadang-kadang perawi yang
digugurkannya itu lebih daripada seorang.

P0rb0zaa3 A3tara TadIis aI-Is3ad a3 aI-IrsaI aI-Kha1iy
Setelah mengemukakan takrifnya, Abu al-Hasan al-Qattani menyatakan: perbezaan di
antara Tadlis al-snad dan al-rsal al-Khafi iaitu al-rsal ialah perawinya adalah daripada
orang yang dia tidak pernah mendengar hadis daripadanya. Ringkasnya ialah al-Mursil
al-Khafi perawi yang melakukan al-rsal al-Khafi) dan al-Mudallis meriwayatkan
daripada syaikh hadis yang tidak pernah didengari daripada syaikh itu dengan lafaz
yang memberi kemungkinan dia mendengar. Tetapi al-Mudallis ada mendengar juga
beberapa hadis lain selain daripada hadis yang ditadliskannnya sedangkan al-Mursil al-
Khafi langsung tidak pernah mendengar hadis daripada syaikh tersebut, baik hadis yang
dimursalkannya atau hadis-hadis lain. Cumanya dia hanya hidup sezaman atau pernah
bertemu sahaja.

Contohnya:
Hadis yang dikeluarkan oleh al-Hakim dengan sanadnya melalui Ali bin Khasyram,
~~ ` ` .'- -' ~ ~~ .-- -' = ---= '- .' .' ~= =
-`~= -' ~ ~~ -' = ~~ = '' ~=
"Ali bin Khasyram berkata, Ibn Uyainah berkata kepada kami daripada al-Zuhri lalu
beliau ditanya adakah anda mendengar daripada al-Zuhri katanya tidak, tidak dari orang
yang mendengarnya daripada al-Zuhri. Abd al-Razzaq telah menceritakan kepadaku
daripada Ma`mar daripada al-Zuhri."

Di dalam contoh ini, bn Uyainah telah menggugurkan dua orang perawi di antara beliau
dan al-Zuhri.

TadIis aI-Taswiyah

Sebenarnya bentuk tadlis ini salah satu bentuk Tadlis al-snad. Takrifnya ialah
periwayatan seorang perawi daripada syeikhnya kemudian menggugurkan seorang
perawi dhaif di antara dua perawi thiqah yang masing-masing saling bertemu.
Gambarannya ialah seorang perawi meriwayatkan satu hadis daripada seorang syeikh
yang thiqah. Syeikh yang thiqah itu meriwayatkan daripada perawi dhaif daripada perawi
thiqah. Dua perawi yang thiqah ini pernah bertemu. Lalu perawi yang mendengar hadis
daripada thiqah yang pertama datang dengan menggugurkan perawi dhaif yang terdapat
di dalam sanad. Dia menjadikan sanad itu daripada syeikh yang thiqah dari syeikh
thiqah yang kedua dengan lafaz yang tidak jelas lalu dia telah menyamakan keseluruhan
sanad itu daripada perawi-perawi thiqah.

ni adalah bentuk tadlis yang paling jelik kerana perawi thiqah yang pertama
kemungkinan tidak pernah dikenali sebagai mudallis. rang yang datang kemudian dan
melihat sanad ini setelah berlaku tadlis taswiyah akan mendapati ianya telah
diriwayatkan daripada perawi thiqah lalu dia menghukumkan sahih. Maka ini adalah satu
tipu daya yang dahsyat.

Ora3 ya3 t0rk03aI m0Iakuka3 tadIis

Baqiyyah bin al-Walid. Abu Mushir berkata: hadis-hadis Baqiyah tidaklah bersih maka
hendaklah anda berwaspada.
Al-Walid bin Muslim. Contohnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh bn Abi Hatim di
dalam kitabnya al-`lal, katanya: Saya mendengar bapa saya berkata- lalu dia
menyebutkan hadis yang diriwayatkan oleh shaq bin Rahawaih daripada Baqiyah, Abu
Wahb al-Asadi telah menceritakan kepada saya daripada Nafi` daripada bn Umar hadis:
Jangan kamu memuji keislaman seseorang sehinggalah kamu mengetahui
pegangannya. Bapa saya berkata: Hadis ini mempunyai satu perkara yang jarang
diketahui. Hadis ini diriwayatkan daripada Ubaidillah bin Amar daripada shaq bin Abu
Farwah daripada Nafi` daripada bn Umar daripada Rasulullah s.a.w.. Ubaidullah adalah
seorang yang thiqah. bn Amar, kunyahnya ialah Abu Wahb dan dia dinisbahkan dengan
al-Asadi. Baqiyyah telah menyebutkan Ubaidullah dengan kunyahnya dan
menisbahkannya kepada Bani Asad supaya kedudukannya tidak diketahui sehingga
orang lain tidak menyedari bahawa dia menggugurkan shaq bin Abi Farwah.

TadIis aI-Syuyukh

Definisi: Seorang perawi meriwayatkan satu hadis yang didengarnya daripada syaikh
lalu dia menamakannya, memberikan kunyah, menisbahkannya atau menyifatkannya
dengan sesuatu yang syaikh itu tidak dikenali dengannya supaya tidak dikenali.

Contohnya: Abu Bakar bin Mujahid, salah seorang imam qiraat berkata: Abdullah bin Abi
Abdullah menceritakan kepada saya. Yang dimaksudkannya ialah Abu Bakar bin Abu
Daud al-Sajistani.

atas

Hukum TadIis

Tadlis al-snad hukumnya adalah sangat makruh dan dicela oleh kebanyakan ulama.
Syu`bah adalah seorang ulama yang keras dalam mencela tadlis sehingga ada
beberapa celaan daripada beliau. Antaranya ialah, tadlis adalah saudara berdusta.

Manakala hukum tadlis al-Taswiyah lebih makruh lagi sehingga al-raqi berkata: a
mencacatkan orang yang sengaja melakukannya.

Tadlis al-Syuyukh pula, hukum makruhnya lebih ringan daripada tadlis al-snad kerana
mudallis tidak menggugurkan sesiapa. a dihukumkan makruh kerana mengabaikan
perawi yang diriwayatkan daripadanya dan menyukarkan kepada pendengar untuk
mengetahuinya. Keadaan makruh berbeza mengikut tujuan tadlis itu.

S0bab-S0bab Ya3 M03y0babka3 TadIis

Sebab-sebab berlakunya tadlis al-Syuyukh:
1. Syaikh itu seorang daif atau tidak thiqah.
2. Syaikh itu berusia lanjut sehingga sekumpulan perawi yang lain juga mendengar
hadis daripadanya selain dari perawi yang melakukan tadlis.
3. Syaikh itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.
4. Telalu banyak periwayatan daripada beliau. leh itu perawi yang melakukan
tadlis ini tidak mahu menyebutkan nama gurunya ini dengan satu cara.

Tujuan-tujuan tadlis al-snad:
1. Untuk mewahamkan bahawa sanad itu tinggi.
2. Terlepas satu bahagaian hadis daripada syaikh yang dia mendengar
daripadanya.
3. Syaikh itu seorang daif atau tidak thiqah.
4. Syaikh itu berusia lanjut sehingga sekumpulan perawi yang lain juga mendengar
hadis daripadanya selain dari perawi yang melakukan tadlis.
5. Syaikh itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.

Tiga sebab mengapa tercelanya perawi tadlis.
1. Dia telah mewahamkan bahawa dia mendengar hadis daripada perawi yang
tidak didengarinya.
2. Dia meninggalkan cara periwayatan yang nyata kepada cara yang menimbulkan
pelbagai kemungkinan.
3. Dia menyedari sekiranya dia menyebutkan perawi yang ditadliskannya tentu dia
tidak akan disenangi.



Hukum P0riwayata3 P0rawi TadIis

Ulama berbeza pendapat tentang penerimaan riwayat perawi tadlis. Dua pendapat yang
masyhur ialah:
1. Riwayatnya ditolak sama sekali walaupun dia menyatakan bahawa dia
mendengar kerana tadlis itu sendiri merupakan tajrih. Pendapat ini tidak
dipegang oleh ulama.
2. Pendapat yang sahih mengemukakan perincian iaitu:
O Jika dia menyatakan 'saya mendengar' maka riwayatnya diterima iaitu
beliau mengatakan saya mendengar atau sebagainya maka hadisnya
diterima.
O Jika dia tidak menjelaskan bahawa dia mendengar maka riwayatnya tidak
diterima. aitu jika dia mengatakan 'daripada' dan sebagainya maka
hadisnya tidak diterima.

Baaima3a TadIis a5at ik03aI5asti?

Tadlis dapat dikesan melalui dua perkara:
1. Pengakuan perawi mudallis sendiri apabila ditanya sebagaimana yang berlaku
kepada bn `Uyainah.
2. Keterangan oleh mana-mana imam dalam bidang ini berdasarkan kepada
pengetahuannya yang diperolehi melalui kajian dan penyelidikan.

Kitab-kitab yang terkenal tentang tadlis dan perawi-perawi mudallis
Antara kitab yang paling masyhur ialah:
1. Tiga buah kitab yang ditulis oleh al-Khatib al-Baghdadi, satu kitab tentang
senarai mudallis iaitu al-%abyin Li Asma' al-Mudallisin dan dua buah lagi tentang
bentuk-bentuk tadlis.
2. Al-%abyin Li Asma' al-Mudallisin oleh Burhan al-Din bin al-Halabi.
3. %a`rif Ahl al-%aqdis Bi Maratib al-Mausufin bi al-%adlis oleh Hafiz bn Hajar.




AI-MursaI aI-Kha1iy

01i3isi
Dari segi bahasa mursal adalah kata nama objek daripada perkataan irsal iaitu
melepaskan. Seolah-olah perawi hadis mursal melepaskan sanad tanpa
menyambungkannya. Al-Khafi yang tersembunyi) pula lawan kepada al-Jali yang
terang) kerana bentuk rsal ini tidak jelas dan hanya diketahui melalui kajian.
Menurut istilah ulama pula iaitu hadis yang diriwayatkan daripada perawi yang
ditemuinya atau sezaman dengannya dengan menggunakan lafaz seolah-olah ia
mendengar daripadanya seperti 'telah berkata'.

o3toh3ya:
Hadis yang diriwayatkan oleh bn Majah melalui tariq Umar bin Abd al-Azizi daripada
`Uqbah bn `Amir.
_' -' ~ ~ = ~ '-` ~= . ~ = = ~ -' ' , ~ ~ = ~ - ' ~ = ' - -
~ -= -' _- -' . ~ .' -+ =' , ~' = - = = - ' ~ = :
)) ' = -' = =' .((
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semoga Allah merahmati ketua sekalian pengawal.
Umar tidak pernah bertemu dengan `Uqbah sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Mizzi
di dalam kitabnya, al-Atraf.

Baaima3a MursaI Kha1iy ik0tahui?

Mursal khafiy dapat dikenali dengan salah satu daripada tiga perkara berikut:
1) Kenyataan oleh sebahagian imam bahawa perawi ini tidak bertemu dengan orang
yang dia meriwayatkan daripadanya atau orang yang tidak pernah mendengar sama
sekali.
2) Perawi memberitahu bahawa dia tidak pernah bertemu dengan perawi yang dia
meriwayatkan daripadanya atau tidak pernah mendengar daripadanya satu hadis pun.
3) Hadis itu datang melalui tariq lain yang mempunyai tambahan perawi di antara perawi
tersebut dan orang yang meriwayatkan daripadanya. Cara yang ketiga ini terdapat
perbezaan di kalangan ulama kerana kadang-kadang ia termasuk dalam al-Mazid Fi
Muttasil al-Asanid.

Hukum3ya
a adalah hadis daif kerana ia salah satu bentuk munqati`. Apabila jelas terbukti
terputusnya sanad itu maka hukumnya adalah munqati`.

Kara3a3 Ya3 T0rk03aI
Kitab al-%afsil Li Mubham al-Marasil karangan al-Khatib al-Baghdadi.

AL-MU`AN`AN AN AL-MU'ANNAN

P03a3tar
Selesai sudah perbincangan hadis-hadis yang ditolak kerana keguguran yang berlaku
pada sanad. leh kerana kedudukan hadis Al-Mu`an`an dan al-Mu'annan tidak
disepakati oleh ulama adakah ianya termasuk dalam muttasil atau munqati`, maka
penulis merasakan perlu meletakkannya bersama hadis-hadis yang ditolak kerana
keguguran pada sanad.

Takri1 AI-Mu`a3`a3
Dari segi bahasa Al-Mu`an`an adalah kata nama objek daripada `an`an yang bermaksud
mengucapkan `an `an daripada, daripada). Menurut istilah pula, kata-kata perawi
daripada fulan daripada fulan.

o3toh3ya

Hadis yang diriwayatkan oleh bn Majah 1005) katanya:
- - ~ '~`= ' - ` ~ = . '~- -'~ ' - ` ~ = . ~'~ = ' -- ~ ' - ` ~ =
' ~-'= = = = = '~`= = ~- :
- ~ - = ' _ - ' . ~ .' )) `~ ' -~'-~ _= -- -
---' .((



`Uthman bin Ibn Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami katanya Mu`awiyah bin
Hisyam menceritakan kepada kami katanya Sufyan menceritakan kepada kami daripada
Usamah bin Zaid daripada `Uthman bin `Amr daripada `Urwah daripada `Aishah
katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t dan para mailakat-Nya
berdoa untuk orang-orang berada di bahagaian kanan saf-saf."

Adakah aI-Mu`a3`a3 Hadis MuttasiI Atau Mu3qati?
Ulama berbeza pendapat tentang hadis Al-Mu`an`an.
Ada pendapat mengatakan ianya adalah munqati` sehinggalah terbukti bahawa ia
adalah muttasil.
Pendapat yang sahih dan diterima pakai ialah pendapat majoriti ulama dari kalangan
ulama hadis, fiqh dan usul. Mereka mengatakan bahawa ia adalah mutassil tetapi
dengan beberapa syarat.

Di antara syarat tersebut, dua syarat yang persetujui dan yang lainnya diperselisihkan
adakah menjadi syarat atau tidak. Dua syarat yang dipersetujui itu adalah syarat yang
mesti iaitu:
1. Perawi yang meriwayatkan secara `an`anah bukan seorang mudallis.
2. Ada kemungkinan pertemuan antara perawi yang meriwayatkan secara
`an`anah dengan perawi yang dia mengambil riwayat.
Bagi mam Muslim, dua syarat ini sudah memadai. Sementara syarat-syarat lain yang
diperselisihkan sebagai syarat atau tidak iaitu:
1. Terbukti bertemu. ni merupakan pendapat mam al-Bukhari, bn al-Madini dan
ulama yang tahqiq.
2. Lama bersahabat dan mendampingi guru. ni adalah pendapat Abu al-Muzaffar
al-Sam`ani.
3. Perawi yang diambil riwayat daripadanya secara `an`an mengetahui bahawa
perawi yang meriwayatkan secara `an`anah daripadanya telah meriwayatkan
daripadanya.

AI-Mu'a33a3

Dari segi bahasa al-Mu'annan adalah kata nama objek daripada annana yang
bermaksud mengucapkan anna anna bahawa, bahawa). Menurut istilah pula, kata-kata
perawi 'si fulan menceritakan kepada saya bahawa si fulan berkata'.

Hukum al-Mu'annan
1. mam Ahmad dan sekumpulan ulama mengatakan ia adalah hadis munqati`
sehinggalah dapat dibukti bahawa ia bersambung-sambung.
2. Majoriti ulama mengatakan hukum anna sama seperti `an. Secara umumnya
dihukumkan sebagai sama` mendengar secara langsung) mengikut syarat-
syarat yang telah disebutkan dahulu.

atas

3.3.3 PERBAHASAN KETIGA : MARU ENGAN SEBAB KEAMAN PAA
PERAWI

Yang dimaksudkan dengan kecaman perawi ialah mentajrihkannya dengan kata-kata
dan mempertikaikannya dari sudut keadilan dan agamanya serta dari sudut ketepatan,
hafalan dan kepekaannya.

S0bab-s0bab k0cama3 5ada 50rawi
Sebab kecaman pada perawi ada sepuluh. Lima daripadanya berkait dengan keadilan
manakala lima lagi berkait dengan ketepatan.

Sebab-sebab yang berkait dengan keadilan ialah:
1. Berdusta.
2. Dituduh berdusta
3. Fasiq.
4. Bid`ah.
5. Tidak diketahui jahalah).

Sebab-sebab yang berkait dengan ketepatan ialah:
1. Kesilapan yang jelek.
2. Buruk hafalan.
3. Kelalaian.
4. Banyak kekeliruan.
5. Percanggahan dengan perawi thiqah.

Penulis akan menyebut satu persatu hadis mardud dengan sebab-sebab di atas
mengikut tertib sebab kecaman yang paling kuat.

3.3.3.1 MAUHU'
Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah berdusta atas Rasulullah s.a.w. maka
hadisnya itu dinamakan hadis maudhu`.

01i3isi3ya:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada wadha`a al-syai' iaitu
merendahkannya. Dinamakan demikian kerana kedudukannya yang rendah.
Menurut istilah pula, pendustaan yang direka, dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.

K0duduka33ya
a adalah hadis dha`if yang paling jelek dan paling keji. Sesetengah ulama
menganggapnya sebagai satu bahagian yang tersendiri bukan daripada hadis-hadis
dha`if.

Hukum m0riwayatka33ya
Ulama telah sepakat bahawa tidak halal meriwayatkannya bagi sesiapa yang
mengetahui kedudukannya dalam apa bentuk sekalipun melainkan jika diterangkan
kepalsuannya berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh mam Muslim:
~ -= -' _- -' .~ = " + -~ - - --~= -= ~= ~
-~'' ~= ."

"Sesiapa yang menceritakan daripadaku sesuatu hadis yang kelihatan sebagai palsu
maka dia adalah salah seorang pendusta."

ara 50r0ka-50r0ka hadis m03yam5aika3 hadis
1. Sama ada pereka iaitu mencipta ucapannya sendiri kemudian meletakkan satu
sanad untuknya lalu dia meriwayatkannya.

2. Atau dia mengambil ucapan ahli hikmat atau orang lain lalu meletakkan sanad
untuknya.

Baaima3a hadis mudhu` dik03aIi
a dapat dikenali melalui:
1. Pengakuan oleh pereka itu sendiri seperti pengakuan Abu `smah Nuh bin Abi
Maryam bahawa dia telah mencipta hadis kelebihan setiap surah al-Quran
daripada bn Abbas.

2. Sesuatu seperti pengakuan seperti pereka itu menceritakan daripada seorang
syaikh. Lalu dia ditanya tentang tahun lahirnya lalu dia menyebutkan tahun
kewafatan syaikh tersebut terdahulu dari tahun kelahirannya sendiri dan hadis
hadis itu hanya diketahui melaluinya sahaja.


3. Bukti pada perawi. Contohnya ialah perawi itu seorang rafidhah dan hadis pula
tentang kelebihan ahli bait.

4. Bukti pada riwayat. Seperti hadis itu mempunyai lafaz yang rapuh atau
bercanggah dengan pancaindera atau nash al-Quran yang terang.

Faktor 503doro3 k05ada 50maIsua3 hadis da3 oIo3a3-oIo3a3 ya3 t0rIibat

1. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan mencipta hadis-hadis yang
menggalakkan manusia kepada kebajikan dan hadis-hadis yang menakutkan
dari melakukan kemungkaran. Pereka-pereka ini adalah kumpulan yang
menisbahkan diri mereka kepada zuhud dan kesolehan. Mereka adalah perawi
yang paling jahat kerana orang ramai menerima hadis-hadis rekaan mereka
kerana percayakan mereka. Di antara mereka ini ialah Maisarah bin Abd Rabbih.
bn Hibban telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Dhu`fa' daripada bn Mahdi
katanya: "Saya bertanya kepada Maisarah bin Abd Rabbih: Dari mana anda
bawakan hadis-hadis ini, `siapa yang membaca ini maka pahalanya begini'? Dia
menjawab: Saya menciptakannya supaya orang ramai berminat.

2. Untuk menyokong fahaman, terutamanya fahaman kumpulan-kumpulan politik
setelah berlaku fitnah dan kemunculan kumpulan politik seperti Khawarij dan
Syi`ah. Setiap kumpulan menciptakan hadis masing-masing bagi menyokong
fahaman mereka seperti hadis: Ali sebaik-baik manusia, sesiapa yang
meraguinya maka kafir.

3. Serangan terhadap slam. Golongan ini ialah ahli zindiq yang tidak mampu
menghancurkan slam secara terbuka lalu mereka memilih cara yang keji ini.
Mereka telah mencipta sejumlah hadis dengan tujuan memalsukan slam dan
menyerangnya. Di antara mereka ini ialah Muhammad bin Sa`id al-Syami yang
telah disalib kerana kezindikannya. Dia telah meriwayatkan daripada Humaid
daripada Anas secara marfu`: "Saya adalah penutup sekelian nabi, tidak ada
nabi selepasku kecuali siapa yang Allah kehendaki. Sesungguhnya para ulama
hadis telah bangkit menjelaskan kedudukan hadis-hadis maudhu`. Alhamdulillah,
syukur di atas nikmat-Nya.

4. Mendampingi pemerintah. Sebahagian mereka yang lemah iman mendekatkan
diri dengan para pemerintah dengan mencipta hadis sesuai dengan
penyelewengan yang ada pada pemerintah seperti kisah Ghiyath bin brahim al-
Nakha` al-Kufi dengan al-Mahdi ketika dia menemuinya sedang bermain-main
dengan burung merpati. Lalu secara langsung dia membawakan dengan
sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. sebagai bersabda: "Tidak ada perlumbaan
kecuali pada pedang, kuda, unta atau burung. Dia telah menambahkan burung
kerana al-Mahdi. Mengetahui hal ini, beliau memerintah supaya disembelih
merpati itu dan berkata: "Sayalah yang menyebabkan dia berbuat demikian.

5. Mencari rezeki. Seperti sesetengah tukang cerita yang mencari wang dengan
menyampaikan hadis kepada orang ramai. Mereka membawakan cerita-cerita
yang menghiburkan dan pelik sehingga orang ramai memberi perhatian dan
menghulurkan kepada mereka seperti Abu Sa`id al-Mada'ini.

6. Mencari kemasyhuran. ni dengan cara mengemukakan hadis-hadis pelik yang
tidak ada pada syaikh-syaikh hadis. Mereka memalingkan sanad hadis supaya
kelihatan ganjil lalu menarik minat orang lain mendengarnya seperti Abu Dihyah
dan Hammad al-Nasibi.

Fahama3 aI-Karamiyyah daIam masaIah m0r0ka hadis

Sekumpulan ahli bid`ah yang dikenali sebagai al-Karamiyyah mendakwa harus mereka
hadis-hadis berhubung galakan dan ancaman. Mereka beralasan dengan lafaz
tambahan yang diriwayatkan dalam sesetengah jalan hadis: "Sesiapa yang berdusta di
atas namaku iaitu tambahan "untuk menyesatkan manusia. Tetapi tambahan ini tidak
sabit di sisi ulama hadis yang hafiz.

Setengah mereka berkata pula: "Kami berdusta untuk kepentingan baginda bukan untuk
kemudaratan baginda. Dalil ini sangat lemah sekali kerana syariat yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. tidak memerlukan para pendusta untuk melariskannya.

Dakwaan ini bercanggah dengan ijmak umat slam sehingga mam Muhammad al-
Juwaini menghukumkan kufurnya pereka hadis.

K0siIa5a3 s0s0t03ah ahIi ta1sir daIam m03y0butka3 hadis-hadis maudhu`

Sesetengah ahli tafsir melakukan kesilapan dalam menyebutkan hadis-hadis maudhu` di
dalam kitab-kitab tafsir mereka tanpa menjelaskan kepalsuannya terutama hadis yang
diriwayatkan daripada Ubay bin Ka`ab tentang kelebihan al-Quran surah demi surah.
Antara ahli tafsir itu ialah:
1. Al-Tha`labi.
2. Al-Wakidi.
3. Al-Zamakhsyari.
4. Al-Baidhawi.
5. Al-Syaukani.

Kitab-kitab ya3 masyhur t03ta3 hadis-hadis maudhu`
Kitab al-Maudhu`at karangan bn al-Jauzi. ni merupakan kitab paling awal dalam
masalah ini tetapi beliau seorang bermudah dalam menghukumkan sesuatu hadis
sebagai maudhu`. leh kerana itu, ulama mengkritik dan memberi komentar
terhadapnya.

1. Al-La'ali al-Masnu`ah Fi al-Ahadith al-Maudhu`ah karangan al-Suyuti. ni
merupakan ringkasan kepada kitab bn al-Jauzi dan komentar terhadapnya dan
tambahan yang tidak disebutkan oleh bn al-Jauzi.

2. %anzih al-Syari`ah al-Marfu`ah `an al-Ahadith al-Syani`ah al-Maudhu`ah
karangan bn `Arraq al-Kanani. Kitab ini adalah ringkasan kepada kedua kitab di
atas dan merupakan kitab yang padat, kemas dan berguna.

3.3.3.2 AI-MATRUK

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah tuduhan berdusta maka hadisnya itu
dinamakan hadis matruk.

01i3isi3ya:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-tark iaitu meninggalkan. rang
Arab menamakan telur yang telah menetas dan keluar anak burung darinya sebagai al-
tarikah iaitu yang ditinggalkan kerana tidak mempunyai faedah.

Dari segi istilah pula hadis yang sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta.

S0bab dituduh b0rdusta
Hadis tersebut hanya diriwayatkan melaluinya sahaja dan bercanggah dengan kaedah-
kaedah umum.
<!--[if !supportFootnotes]-->[1]<!--[endif]-->

Perawi itu diketahui berdusta dalam percakapan biasa tetapi tidak jelas dia berdusta
dalam hadis.

o3toh3ya
Hadis `Amar bin Syamir al-Ju`fi al-Syi`i daripada Jabir daripada Abu al-Tufail daripada
`Ali dan `Ammar kata mereka berdua: "Rasulullah s.a.w. membaca qunut di dalam
sembahyang subuh, bertakbir pada hari Arafah pada sembahyang zuhur dan melakukan
perjalanan setelah sembahyang Asar pada hari tasyriq yang terakhir.

Al-Nasa'i, al-Daruqutni dan ulama lain berkata `Amar bin Syamir: Dia seorang matruk al-
hadith.

K0duduka33ya
Kita telahpun mengetahui bahawa hadis dha`if yang paling jelek ialah maudhu`
kemudian matruk kemudian munkar kemudian mu`allal kemudian mudraj kemudian
maqlub dan mudhtarib. Begini tertib kedudukannya yang dikemukakan oleh Hafiz bn
Hajar.

3.3.3.3 AL-MUNKAR
Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah kesilapan yang jelek atau sering lalai maka
hadisnya itu dinamakan hadis munkar.

01i3isi3ya:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-inkar iaitu mengingkari lawan
kepada mengakui.

Dari segi istilah pula ulama memberikan beberapa takrif yang paling masyhur ialah ialah:
Hadis yang terdapat di dalam sanadnya perawi jelek kesilapannya atau sering lalai atau
jelas kefasikannya.

Takrif ini disebutkan oleh Hafiz bn Hajar dan beliau menisbahkan kepada orang lain. Al-
Baiquni di dalam nazamnya menggunakan takrif ini:

"Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dha`if bercanggah dengan perawi thiqah.

nilah takrif yang disebutkan dan diterima oleh bn Hajar. Dalam takrif ini ada tambahan
kepada takrif pertama iaitu percanggahan perawi dha`if dengan riwayat perawi thiqah.

P0rb0zaa3 di a3tara mu3kar da3 syazz

Hadis syazz diriwayatkan oleh perawi maqbul dalam keadaan bercanggah dengan
perawi yang lebih utama daripadanya.

Hadis munkar ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi dha`if bercanggah dengan
perawi thiqah.

Dengan ini, kedua-dua takrif ini mempunyai persamaan dari sudut percanggahan dan
berbeza dari segi perawi syazz adalah maqbul manakala perawi munkar adalah dha`if.
Kata bn Hajar: "rang yang telah menyamakan kedua-duanya sesungguhnya dia tidak
memerhati dengan baik.

o3toh
1. Contoh munkar mengikut takrif pertama, hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasa'i
dan bn Majah daripada riwayat Abu Zukair Yahya bin Muhammad bin Qais
daripada Hisyam bin Urwah daripada bapanya daripada Aishah secara marfu`:
"Makanlah buah kurma mengkal hampir masak) dengan yang kering kerana
apabila anak Adam memakannya maka syaitan akan marah. Kata al-Nasai`i: "ni
hadis munkar, Abu Zukair berseorangan meriwayatkannya. Dia seorang syaikh
yang soleh. Muslim mengeluarkan hadisnya pada mutaba`at, cumanya
keseorangannya dalam periwayatan tidak dapat diterima.

2. Contoh munkar mengikut takrif kedua: hadis yang diriwayatkan oleh bn Abi
Hatim melalui jalan Hubayyib bin Habib al-Zayyat daripada Abu shaq daripada
al-`Aizar bin Huraith daripada bn Abbas daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji,
berpuasa dan melayani tetamu maka dia akan memasuki syurga. Kata Abu
Hatim: dia seorang munkar kerana perawi thiqah yang lain meriwayatkan
daripada Abu shaq secara mawquf dan inilah yang ma`ruf.

K0duduka33ya

Daripada dua takrif di atas, dapat diketahui bahawa munkar termasuk dalam kategori
hadis dha`if jiddan sangat dha`if) kerana berdasarkan takrif pertama adalah
periwayatan perawi dha`if yang melakukan kesilapan yang jelek atau sering lalai atau
fasiq. Manakala menurut takrif kedua periwayatan dha`if yang menyalahi riwayat perawi
lain yang thiqah. Kedua-duanya mempunyai kedha`ifan yang bersangatan. leh kerana
itu, kita telah sebutkan ia berada selepas hadis matruk dari sudut kedha`ifan yang
bersangatan.

3.3.3.4 AL-MA'RUF

01i3isi:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada `arafa iaitu mengenali.
Dari segi istilah hadis yang diriwayatkan oleh perawi thiqah yang menyanggahi riwayat
perawi dha`if.

Dengan makna ini, hadis ma`ruf ialah lawan kepada hadis munkar atau dengan
ungkapan yang lebih tepat lawan kepada hadis munkar mengikut definisi Hafiz bn
Hajar.

o3toh3ya

Contoh bagi hadis ma`ruf ialah hadis disebutkan pada contoh yang kedua bahagian
munkar tetapi melalui jalan perawi-perawi thiqah iaitu secara mawquf setakat bn Abbas
kerana setelah mengemukakan hadis Hubayyib yang marfu`, bn Abi Hatim berkata: "a
adalah munkar, kerana perawi-perawi thiqah yang lain meriwayatkan daripada Abu
shaq secara mawquf dan itulah yang ma`ruf.

3.3.3.5 AL-MU'ALLAL

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah kekeliruan maka hadisnya itu dinamakan
hadis mu`llal. ni adalah sebab yang keenam..

01i3isi3ya:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada a`alla iaitu mencacatkan atau
menimpakan penyakit. Kata nama mu`all iaitu yang cacat atau ditimpa penyakit. Binaan
perkataan ini mengikut kaedah saraf yang masyhur dan merupakan bahasa yang fasih.
Tetapi sebutan al-mu`allal oleh ulama hadis tidak mengikut bahasa yang masyhur. Ada
juga di kalangan ulama hadis yang menyebutkan sebagai al-ma`lul. ni ungkapan yang
sangat lemah di sisi ulama bahasa Arab.

Dari segi istilah pula hadis yang kesan mempunyai `illat yang mencacatkan kesahihan
hadis walaupun pada zahirnya kelihatan tidak ada.

01i3isi `,
Sebab yang sukar lagi tersembunyi yang mencacatkan kesahihan hadis. Berdasarkan
kepada definisi ini, ulama menyimpulkan `illah tersebut mestilah memenuhi dua syarat
iaitu:
1. Sukar dan tersembunyi.
2. Mencacatkan kesahihan hadis.

Jika tidak ada salah satu seperti `illah itu zahir atau tidak mencacatkan maka ia bukan
`illah mengikut istilah ulama hadis.

P03u3aa3 +, tidak d03a3 mak3a istiIah

Takrif yang disebutkan dalam perenggan yang lalu adalah maksud `illah di sisi istilah
ulama hadis. Bagaimanapun, kadang-kadang mereka menggunakan lafaz `illah bagi
menunjukkan sebarang kecaman yang ditujukan kepada hadis walaupun kecaman itu
tidak tersembunyi atau mencacatkan.

Kecaman dengan alasan yang tidak tersembunyi atau nyata seperti menyatakan
pendustaan perawi, kelalaian, lemah hafalannya atau sebab-sebab lain. Sehinggakan
mam al-Tirmizi menamakan nasakh sebagai `illah.

Kecaman dengan alasan yang tidak mencacatkan seperti alasan percanggahan yang
tidak menggugatkan kesahihan hadis seperti memursalkan hadis yang diriwayatkan
para perawi thiqah secara bersambung-sambung. Berdasarkan kepada ini sesetengah
ulama menyebutkan antara hadis yang sahih ada yang sahih mu`allal.

K0utamaa3 da3 k0haIusa3 iImu i3i da3 sia5akah ya3 m03uasai3ya

Mengetahui `illal al-hadith atau kecacatan hadis termasuk dalam bahagian ilmu hadis
yang paling utama dan paling halus kerana memerlukan kepada kajian yang
mendedahkan `illah yang sukar dan tersembunyi yang hanya dikesan oleh tokoh-tokoh
besar dalam ilmu hadis. Bahagian ini hanya dikuasai oleh ahli hadis yang kuat hafalan,
pakar dan mempunyai kefahaman yang tajam. leh itu, lautan yang dalam ini hanya
diredahi oleh sebilangan kecil imam hadis seperti Ali bn al-Madini, Ahmad, al-Bukhari,
Abu Hatim dan al-Daruqutni.

Sa3ad ma3akah ya3 dimasuki oI0h `,?
`Illah memasuki sanad yang lengkap dengan syarat sahih secara zahir kerana hadis
yang daif tidak perlu untuk mencari `illahnya kerana ini tertolak dan tidak diamalkan.

Baaima3a m030tahui `,
`Illah dapat dikesan dengan berpandukan kepada:
1. Berseorangan perawi dalam riwayat.
2. Percangahan dengan perawi lain.
3. Tanda-tanda lain di samping dua perkara di atas.

Perkara-pekara ini mengingatkan kepada orang yang mengetahui ilmu ini tentang
kekeliruan yang berlaku kepada perawi hadis sama ada terdedah kemursalan dalam
hadis yang diriwayatkan secara mausul atau mauqufnya hadis yang diriwayatkan secara
marfu`. Atau sebuah hadis dimasukkan dalam satu hadis lain atau kekeliruan lain yang
membuatkannya hampir yakin lalu menghukumkannya sebagai tidak sahih.

JaIa3 u3tuk m030tahui 2:+,,
Jalan untuk mengetahuinya ialah dengan menghimpunkan semua jalan sanad hadis dan
mengkaji pada perbezaan para perawi dan membandingkan siapakan yang paling tepat
dan kemas kemudian memberi keputusan kepada riwayat yang terdapat `illah.

Di mana terletak `illah
1. `Illah terletak pada sanad inilah yang paling banyak seperti alasan illah dengan
sebab mauquf atau mursal.
2. `Illah terletak pada matan dan ini paling sedikit seperti hadis yang menafikan
bacaan basmalah di dalam sembahyang.

Adakah `, 5ada sa3ad m03cacatka3 mata3 hadis
Kadang-kadang illah mencacatkan pada matan di samping mencacatkan pada sanad
seperti illah dengan alasan mursal.

Mencacatkan pada sanad sahaja manakala matan sahih seperti hadis Ya`la bin `Ubaid
daripada al-Thauri dariapda `Mara bin Dinar daripada bn `Umar secara marfu`: "Dua
orang yang melakukan jual beli berhak mendapat khiyar. Ya`la telah waham dalam
meriwayatkan daripada al-Thauri dalam kata-katanya `Amar bin Dinar sedangkan yang
sebenarnya ialah Abdullah bin Dinar. Matan ini sahih walaupun pada sanad terdapat
illah kesilapan kerana masing-masing `Amar dan Abdullah bin Dinar ialah perawi yang
thiqah. Tersilap menyebutkan perawi thiqah dengan perawi lain tidak menjejaskan
kesahihan matan walaupun lafaz sanad silap.

Kara3a3 ya3 masyhur t03ta3 hadis mu`aIIaI
1. Kitab al-Illah oleh bn al-Madini.
2. `Ilal al-Hadith oleh bn Abi Hatim.
3. Al-`Ilal Wa Ma`rifah al-Rijal oleh Ahmad bin Hanbal.
4. Al-`Ilal al-Kabir oleh al-Tirmizi.
5. Al-`Ilal al-Saghir oleh al-Tirmizi.
6. Al-`Ilal al-Waridah Fi Ahadith al-Nabawiyyah oleh al-Daruqutni. Kitab ini adalah
yang paling lengkap dan paling detail.

P0rca3aha3 d03a3 50rawi-50rawi thiqah

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah percanggahan dengan perawi-perawi thiqah
maka timbul lima kategori hadis yang lain iaitu mudraj, maqlub, mazid fi muttasil al-
asanid, mudhtarib dan musahhaf.

1. Jika percanggahan yang melibatkan perubahan siyaq sanad atau memasukkan
mawquf dalam marfu` maka ia dinamakan mudraj.

2. Jika percanggahan yang melibatkan mendahulukan atau mengkemudiankan
maka ia dinamakan maqlub.


3. Jika percanggahan yang berkait dengan penambahan perawi maka ia
dinamakan mazid fi muttasil al-asanid.

4. Jika percanggahan yang berkait dengan menukar perawi dengan perawi lain
atau wujud pertentangan yang saling menolak pada matan dan tidak dapat
ditarjihkan maka ia dinamakan mudhtarib.

5. Jika percanggahan yang melibatkan perubahan lafaz tetapi konteks ayat tetap
kekal maka ia dinamakan musahhaf.

3.3.3.6 MURAJ

01i3isi3ya:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada adraja iaitu memasukkan sesuatu
ke dalam benda lain.

Dari segi istilah pula hadis yang diubah siyaq sanadnya atau dimasukkan ke dalam
matan sesuatu yang lain tanpa pemisah.

Bahaia33ya
Mudraj terbahagi kepada dua iaitu mudraj al-snad dan mudraj al-Matn.

Mudraj aI-Is3ad

Definasi ialah hadis yang diubah siyaq sanadnya.
Bentuknya ialah perawi mengemukakan sanad tiba-tiba berlaku sesuatu lalu dia
mengucapkan perkataannya sendiri. Dalam keadaan demikian orang yang mendengar
ucapan tersebut menyangka itu termasuk dalam matan sanad itu lalu dia meriwayatkan
begitu.

Contoh: kisah Thabit bin Musa al-Zahid dalam riwayatnya: "Siapa yang banyak bersolat
malam wajahnya akan berseri-seri di siang hari. Asal ceritanya ialah Thabit bin Musa
datang menemui Syarik bin Abdullah al-Qadhi. Pada ketika itu beliau, membacakan
hadis untuk dicatat. Beliau berkata al-A`masy telah menceritakan kepada kami daripada
Abu Sufyan daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: ".. Kemudian beliau
diam untuk memberi ruang kepada pencatat untuk menulis. Apabila beliau terpandang
Thabit lantas berkata: "Siapa yang banyak bersolat malam wajahnya akan berseri-seri di
siang hari. Beliau memaksudkan dengan kata-kata itu akan Thabit kerana kezuhudan
dan kewarakannya. Tetapi Thabit menyangka itu matan sanad tersebut lalu
menyampaikan riwayat tersebut sebagai hadis.

Mudraj aI-Mat3

Takrifnya ialah hadis yang dimasukkan ke dalam matannya sesuatu yang lain tanpa
pemisah.
Mudraj al-Matn terbahagi kepada tiga:
1. Tambahan berlaku pada permulaan hadis. ni tidak banyak berlaku.
2. Tambahan berlaku pada pertengahan hadis. ni jarang berlaku.
3. Tambahan berlaku pada akhir hadis. ni yang biasa berlaku.

o3toh tambaha3 b0rIaku 5ada 50rmuIaa3 hadis:

Sebabnya perawi menyebutkan satu ucapan yang berdalilkan kepada hadis itu lalu dia
mengucapkannya tanpa pemisah. Lalu pendengar menyangka keseluruhan itu adalah
hadis. Contohnya ialah riwayat yang dinukilkan daripada al-Khatib daripada Abi Qatan
dan Syababah daripada Syu`bah daripada Muhammad bin Ziyad daripada Abu Hurairah
katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sempurnakan wuduk, neraka Wail bagi tumit yang
tidak dibasahi. Kata-kata "Sempurnakan wuduk adalah tambahan daripda ucapan Abu
Hurairah seperti yang dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari daripada Adam daripada
Syu`bah daripada Muhammad bin Ziyad daripada Abu Hurairah katanya: "Sempurnakan
wuduk, kerana sesungguh Abu al-Qasim Rasulullah s.a.w.) bersabda: "Neraka Wail
bagi tumit yang tidak dibasahi.

Abi Qatan dan Syababah telah keliru dalam riwayatnya dariapda Syu`bah seperti yang
kami telah kemukakan. Hadis ini telah diriwayatkan oleh sekumpulan yang ramai seperti
riwayat Adam.

o3toh tambaha3 b0rIaku 5ada 50rt03aha3 hadis.

Hadis `A'ishah berkenaan permulaan wahyu iaitu: "Rasulullah s.a.w. bertahannuth
iaitu beribadat- beberapa malam di Gua Hira. Kata-kata "iaitu beribadat adalah
tambahan daripada al-Zuhri.

o3toh tambaha3 b0rIaku 5ada akhir hadis.
Hadis Abu Hurairah secara marfu`: "Hamba yang dimiliki mempunyai dua ganjaran
pahala, demi yang nyawaku di tangan-Nya kalaulah tidak kerana jihad di jalan Allah, haji
dan berbakti kepada ibuku maka saya suka sekali untuk mati sebagai seorang hamba.
Kata-katanya: "demi yang nyawaku.hingga akhir adalah ucapan Abu Hurairah kerana
mustahil itu terbit daripada Rasulullah s.a.w. kerana tidak mungkin baginda bercita-cita
untuk menjadi hamba dan ibunya pula tidak ada untuk baginda berbakti kepadanya.

Faktor-1aktor Idraj
Faktor-faktor kepada berlakunya draj sangat banyak, yang paling masyhur ialah:
1. Menjelaskan hukum syara`.
2. Menyimpulkan hukum syara` daripada hadis sebelum selesai menyebutkan
hadis.
3. Menjelaskan lafaz yang sukar di dalam hadis.

Baaima3a dik0tahui Idraj
draj dapat diketahui melalui perakara-perkara berikut:
1. Hadis itu datang secara terperinci melalui riwayat yang lain.
2. Penjelasan bahawa berlakunya idraj oleh ulama yang mahir.
3. Pengakuan perawi sendiri bahawa dia telah memasukkan ucapannya.
4. Mustahil sesuatu ucapan itu datang daripada Rasulullah s.a.w.

Hukum Idraj
Ulama hadis dan fiqh serta lain-lain telah sepakat bahawa haram melakukan idraj
kecuali untuk menafsirkan lafaz yang sukar kerana itu tidak dilarang. leh kerana itu al-
Zuhri dan imam hadis yang lain ada melakukannya.

Kara3a3 ya3 t0rk03aI:
1. Al-Fasl Li al-Wasl al-Mudraj Fi al-Naql. leh al-Khatib al-Baghdadi.
2. %aqrib al-Manhaj bi %artib al-Mudraj oleh bn Hajr. Kitab ini adalah ringkasan
kepada kitab al-Khatib dengan sedikit tambahan.

3.3.3.7 AL-MAQLUB
01i3isi3ya:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-qalb iaitu memusingkan
sesuatu dari mukanya.

Dari segi istilah pula menukarkan lafaz dengan yang lain pada sanad atau pada matan
dengan cara mendahulukan, mengemudiankan atau lain-lain.

Bahaia3-bahaia33ya
Hadis maqlub terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Maqlub al-Sanad dan Maqlub
al-Matn.
MaqIub aI-Sa3ad:
Penukaran yang berlaku pada sanad. a mempunyai dua bentuk:
1. Perawi mendahulukan dan mengemudiankan nama salah seorang perawi dan
nama ayahnya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ka`b bin Murrah lalu
seorang meriwayatkan dengan Murrah bin Ka`b.
2. Perawi menukarkan seseorang dengan seorang yang lain dengan tujuan untuk
menjadikannya gharib seperti hadis yang terkenal daripada Salim lalu dijadikan
daripada Nafi`.

Antara perawi yang sering melakukannya ialah Hammad bin `Amr al-Nasibi. Contohnya
ialah: Hadis yang diriwayatkan oleh Hammad bin `Amr al-Nasibi daripada al-A`masy bin
Abu Salih daripada Abu Hurairah secara marfu`: "Apabila kamu bertemu dengan orang
musyrik di jalanan maka jangan dahulukan mereka dengan ucapan salam. Hadis ini
maqlub kerana Hammad telah menukarkannya dengan menjadikannya daripada al-
A`masyh. Sebenarnya hadis ini ma`ruf daripada Suhail bin Abu Salih daripada bapanya
daripada Abu Hurairah. Beginilah yang ditakhrijkan oleh Muslim di dalam Sahihnya.
Bentuk penukaran ini menyebabkan perawinya dikenali sebagai pencuri hadis.

MaqIub aI-Mat3:
Penukaran yang berlaku pada matan. a mempunyai dua bentuk:
Perawi mendahulukan dan mengemudiankan sebahagian matan hadis. Contohnya:
Hadis Abu urairah di dalam Sahih Muslim tentang tujuh golongan yang mendapat
teduhan Allah pada hari tiada teduhan selain teduhan-Nya. Lafaz tersebut ialah: "dan
seorang lelaki bersedekah dengan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya
tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kirinya. ni adalah penukaran yang
telah dilakukan oleh setengah perawi. Sebenarnya ialah: "Sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.

Perawi letakkan matan sebuah hadis pada sanad yang lain dan meletakkan sanad hadis
pada matan lain. Tujuannya antara lain ialah untuk menguji. Contohnya sekumpulan
ulama hadis Baghdad telah membalikkan seratus hadis untuk mam al-Bukhari dan
bertanya kepada beliau sebagai menguji daya ingatannya. Lalu beliau mengembalikan
kesemua hadis yang telah dibalikkan kepada keadaan asalnya tanpa melakukan sedikit
kesalahan pun.

S0bab-s0bab ya3 m03doro3 m0mbaIikka3 hadis.

Bermacam-macam sebab yang mendorong berlaukannya pembalikan pada hadis antara
sebabnya ialah:
1. Bertujuan untuk menjadikan hadis itu gharib lalu orang ramai tertarik untuk
mengambil dan meriwayatkannya. Untuk menguji dan memastikan daya hafalan
seorang ulama hadis dan juga ketepatannya.
2. Berlaku kesilapan yang tidak disengajakan.

Hukum m0mbaIikka3 hadis
1. Jika membalikkan itu dengan tujuan menjadikannya gharib, tidak syak lagi itu
tidak harus kerana mengubah hadis dan ini kerja pereka-pereka hadis.
2. Jika dengan tujuan untuk menguji maka harus bagi mendapatkan kepastian
ingatan ulama hadis dan sejauh mana keahliannya. Bagaimanapun sebelum
majlis itu berakhir hendaklah dijelaskan manakah sebenarnya yang sahih.
3. Jika berlaku secara tersilap atau lupa maka pelakunya dimaafkan tetapi apabila
sering kali berlaku itu mencacatkan ketepatannya dan menjadikannya perawi
yang dhaif.

Ringkasnya hadis maqlub termasuk dalam kategori hadis dhaif yang ditolak
sebagaimana yang jelas diketahui.

Kara3a3 ya3 t0rk03aI
Rafi al-irtiyab Fi al-Maqlub Min al-Asma' Wa al-Alqab karangan al-Khatib al-Baghdadi.
Daripada namanya, yang jelas ialah kitab ini khusus dengan hadis maqlub sanad sahaja
aitu kaedah-kaedah yang disimpulkan ulama daripada keseluruhan nash-nash syara`
yang sahih seperti kaedah, 'pada asalnya seseorang tidak menanggung sebarang
tanggungan.

3.3.3.8 AL-MAZI FI MUTTASIL AL-ASANI

01i3isi3ya:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-ziyadah iaitu menambahkan.
Al-Muttasil antonim bagi al-Munqati` dan al-Asanid jamak bagi snad.

Dari segi istilah pula bermaksud penambahan perawi pada pertengahan sanad yang
zahirnya kelihatan bersambung-sambung.


o3toh3ya:

' ~ , ' = ' ~' .' : ' -` ~ = ' -- ~ = ~ = ~= ' ~- - - ` ~= ~ ~- =
' .' : ~ ~ ' - ~ .' : ~ ~ `' . -- : ~ ~ ' , ~` ~ . - - : ~ ~
. ~ ' _ - ' - = ~ . -- : ` ' ~ = _ = -'

Hadis yang diriwayatkan oleh bn al-Mubarak, katanya Sufyan telah menceritakan
kepada kami daripada Abdul Rahman bin Yazid katanya Busr bin `Ubaidullah telah
menceritakan kepada kami katanya saya mendengar Abu dris berkata saya mendengar
Wathilah berkata saya mendengar Abu Marthed berkata saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan bersembahyang dengan
menghadapnya.diriwayatkan oleh Muslim manakala al-Tirmizi meriwayatkan dengan
menambahkan lafaz Abu dris dan dengan tidak menambahkannya)

P03ambaha3 daIam co3toh di atas
Penambahan dalam contoh di atas berlaku pada dua tempat. Tempat pertama pada
lafaz Sufyan dan tempat kedua pada lafaz Abu dris. Sebab berlakunya penambahan
pada kedua-dua tempat ini adalah waham daripada perawi.

1. Lafaz Sufyan adalah waham daripada perawi sebelum bn al-Mubarak kerana
beberapa orang perawi thiqah meriwayatkan hadis ini daripada bn al-Mubarak
daripada Abdul Rahman bin Yazid malah sesetengah mereka jelas menyebutkan
secara jelas pengkhabaran Abdul Rahman bin Yazid kepada bn al-Mubarak.

2. Penambahan lafaz Abu dris itu adalah waham yang berpunca daripada bn al-
Mubarak kerana beberapa orang perawi thiqah meriwayatkan hadis ini daripada
Abdul Rahman bin Yazid tanpa menyebutkan Abu dris. Di antara mereka ada
yang menyebutkan dengan jelas Busr mendengar secara langsung daripada
Wathilah.

Syarat-syarat 503oIaka3 503ambaha3 50rawi
Dua syarat mesti dipenuhi bagi menolak tambahan itu dan dianggap itu sebagai waham
daripada perawi menambahkannya:
1. Perawi yang tidak menambahkan itu lebih kuat ingatan dan kemas daripada
perawi yang menambahkan.

2. Adanya penjelasan bahawa perawi mendengar sendiri pada tempat tambahan.
Sekiranya kedua-dua syarat ini tidak dipenuhi tambahan dikira sebagai kuat dan
diterima. Sanad yang tidak mempunyai tambahan ini dianggap sebagai munqati`.
Cuma terputus sanad itu secara tersembunyi dan dinamakan sebagai al-Mursal
al-Khafiy.

Kritika3 t0rhada5 dakwaa3 wujud3ya 503ambaha3
Dakwaan wujudnya penambahan itu dikritik dengan dua perkara:
1. Jika sanad yang tidak mempunyai tambahan itu dengan lafaz = pada tempat
tambahan maka sepatutnya sanad itu dianggap munqati`.
2. Jika dinyatakan dengan jelas perawi itu mendengar sendiri, ada kemungkinan
dia mendengar hadis itu melalui perantaraan seorang perawi kemudian baru dia
mendengar secara langsung.

Kritika3 i3i boI0h dijawab d03a3 b0rikut:
1. Kritikan pertama boleh diterima dan masuk akal.
2. Andaian pada kiritikan kedua itu mungkin terjadi. Bagaimanapun ulama tidak
memutuskan penambahan itu sebagai waham kecuali bila terdapat tanda dan
bukti.

Kara3a3 ya3 t0rk03aI
%amyiz al-Mazid Fi Muttasil al-Asanid karangan al-Khatib al-Baghdadi.

3.3.3.9 AL-MUHTARIB

01i3isi3ya:
Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada al-Idhtirab iaitu keadaan tidak
tetap dan kucar-kacir. Asalnya daripada idhtarab al-Mauj iaitu laut bergelora apabila
banyak pergerakan dan saling memukul .

Dari segi istilah pula hadis yang diriwayatkan secara berlainan tetapi sama dari segi
kekuatan.

Huraia3 takri1
Hadis yang diriwayatkan dengan cara yang saling bertentangan sehingga tidak dapat
diselaraskan antara satu sama lain. Kesemua riwayat itu sama kuat dari semua sudut
sehingga tidak dapat ditarjihkan dengan mana-mana sudut pentarjihan.

Syarat k0wujuda33ya
Dengan memerhatikan kepada takrif dan huraiannya, jelas bahawa sesebuah hadis
tidak dinamakan dengan mudhtarib kecuali dengan memenuhi dua syarat berikut:
1. Perbezaan riwayat-riwayat hadis sehingga tidak dapat diselaraskan.
2. Riwayat-riwayat tersebut dari segi kekuatan sehingga tidak dapat ditarjihkan satu
riwayat daripada riwayat yang lain.

Namun apabila salah satu riwayat dapat ditarjihkan atau boleh dijamakkan dengan cara
yang diakui maka sifat tidak tetap atau kegoncangan itu hilang daripada hadis tersebut.
Dalam hal pentarjihan, riwayat yang ditarjihkan itu diamalkan manakala dalam hal
penyelarasan, maka kesemua riwayat yang diselaraskan dapat diamalkan.

Bahaia3-bahaia33ya:
Berdasarkan kepada tempat berlaku kegoncangan, mudhtarib terbahagi kepada dua,
mudhtarib al-Sanad dan mudhtarib al-Matn.

Mudhtarib aI-Sa3ad
Contohnya,
~ =' -' .~ '- .' - -= -' - --~= , - -~ .'
'+'= ~- .
Hadis Abu Bakar katanya: "Wahai Rasulullah, saya melihat tuan sudah beruban.
Baginda menjawab: "Surah Hud dan saudara-saudaranya telah menyebabkan saya
beruban."
Al-Daruqutni berkata: ni hadis mudhtarib kerana ia hanya diriwayatkan daripada jalan
Abu shaq. Lebih kurang terdapat sepuluh cara bagaimana hadis ini diriwayatkan
daripadanya. Ada dari kalangan perawi meriwayatkannya secara mursal, ada secara
mawsul bersambung-sambung), ada yang menjadikannya musnad Abu Bakar, ada
yang menjadikannya musnad Sa`ad, ada yang menyebutkannya sebagai musnad
`Aishah dan sebagainya. Perawi-perawinya adalah thiqah dan tidak dapat tarjihkan
antara satu sama lain begitu juga tidak dapat diselaraskan.

Mudhtarib aI-Mat3
Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi
' , - -' ~=' = ~' = ~= = =-~ = : ~
. - ~ .' - ' ' = ~ - = -' _ - -' " : ,~ '-= .'~'
' ' "
Daripada Syarik daripada Abu Hamzah daripada al-Sya`bi daripada Fatimah binti Qais
katanya: "Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang zakat. Lalu baginda bersabda:
Sesungguhnya dalam harta itu ada hak selain zakat.

Dan bn Majah meriwayatkan sanad ini dengan lafaz:
' ' ,~ = .'~' -
"%idak ada hak dalam harta selain dari zakat.
Kata al-raqi: ini adalah kegoncangan yang tidak dapat ditakwilkan.

Sia5akah 5u3ca b0rIaku3ya k0o3ca3a3
Kadang-kadang kegoncangan berpunca daripada seorang perawi sahaja iaitu dengan
meriwayatkan hadis yang sama dengan pelbagai cara.
Kadang-kadang terjadi kerana kumpulan perawi yang ramai iaitu masing-masing
meriwayatkan dengan cara yang berbeza antara satu sama lain.

S0bab dha`i13ya hadis mudhtarib
Dha`ifnya hadis mudhtarib kerana kegoncangan itu menunjukkan kepada ketidaktepatan
para perawinya.

Kitab ya3 masyhur
Al-Muqtarib Fi Bayan al-Mudhtarib oleh Hafiz bn Hajar.

3.3.3. 10 AL-MUSAHHAF

01i3isi3ya
Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-%ashif iaitu kesilapan dalam
catatan. Al-Suhufi iaitu orang yang melakukan kesilapan dalam membaca catatan lalu
mengubah beberapa lafaz kerana salah membaca.

Dari segi istilah pula mengubah perkataan dalam hadis kepada yang bukan diriwayatkan
oleh perawi-perawi thiqah secara lafaz atau makna.

K0503ti3a3 t03ta3 aI-Musahha1

a merupakan ilmu yang sangat utama dan halus. Kepentingannya dalam menjelaskan
kesilapan yang dilakukan oleh para perawi. Tugas yang begitu berat ini hanya dapat
dipikul oleh ulama hadis yang bijaksana dan tajam pemikirannya seperti al-Daruqutni.

P0mbahaia3
Ulama telah membahagikan al-musahhaf kepada tiga pengelasan.
1) B0rdasarka3 k05ada t0m5at b0rIaku.
Dilihat kepada tempat berlaku, al-Musahhaf terbahagi kepada dua iaitu:

1. Tashi1 5ada sa3ad
Hadis Syu`bah daripada al-`Awwam bin bn Murajim. bn Main telah melakukan tashif
dengan mengatakan "daripada al-`Awwam bin Muzahim.

2. Tashi1 5ada mata3.
Contohnya hadis Zaid bin Thabit bahawa Rasulullah s.a.w. berada di dalam masjid. bn
Lahi`ah telah melakukan tashif dengan mengatakan Rasulullah s.a.w. telah berbekam di
dalam masjid

2) B0rdasarka3 k05ada 5u3ca.
Dilihat kepada puncanya, musahhaf terbahagi kepada dua:
1. Tashif penglihatan. ni yang sering berlaku.
Tulisan mengelirukan penglihatan pembaca sama ada tulisan yang jelek atau tidak
bertitik.
Contohnya hadis:
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya enam hari
dalam bulan Syawwal.
Abu Bakar al-Suli telah melakukan tashif dengan menyebutkan:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan
sesuatu dalam bulan Syawwal. beliau telah mentashifkan '~ kepada '--~
2. Tashi1 503d03ara3
Tashif yang berpunca daripada pendengaran yang tidak jelas atau pendengar berada
jauh dan sebagainya lalu dia terkeliru dengan sesetengah perkataan kerana ia
mempunyai kesamaan timbangan soraf.
Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh `Asim al-Ahwal. Sebahagian perawi telah
mentashifkan dengan menyebutkan daripada Wasil al-Ahdab.

3) B0rdasarka3 k05ada Ia1az atau mak3a
Dilihat kepada lafaz dan makna, tashif terbahagi kepada tashif pada lafaz dan tashif
pada makna.

1. Tashif pada lafaz
2. Tashif ini banyak berlaku. Contohnya sama seperti contoh-contoh di atas.

Tashi1 5ada mak3a
aitu perawi yang melakukan tashif itu mengekalkan lafaz dengan keadaanya tetapi dia
mentafsirkannya dengan cara dia memahami makna itu tidak mengikut makna yang
asal. Contohnya kata-kata Abu Musa al-`Anazi:Kami adalah kaum yang mempunyai
kemuliaan. Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan menghadap ke arah kami. Beliau
maksudkan dengan hadis: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan
menghadap `anazah tombak). Beliau telah waham bahawa baginda bersembahyang
menghadap ke kabilah mereka sedangkan `anazah itu ialah tombak yang dipacakkan di
hadapan orang yang bersembahyang.

P0mbahaia3 aI-Ha1iz Ib3 Hajar
al-Hafiz bn Hajar telah membahagikan Tashif kepada pembahagian lain denagn
menjadikannya dua bahagian iaitu:
Musahhaf dan Muharraf.
1. Musahhaf: Hadis yang terdapat perubahan yang merujuk kepada titik huruf
dalam keadaan tulisan tetap kekal tidak berubah.
2. Muharraf: Hadis yang terdapat perubahan yang merujuk kepada baris dalam
keadaan tulisan tetap kekal tidak berubah.

Adakah tashi1 m03j0jaska3 k0adiIa3 50rawi?
Apabila tashif itu jarang-jarang terbit daripada seorang perawi maka itu tidak
menjejaskan ketepatannya kerana tidak ada orang yang terselamat daripada kesilapan
dan tashif yang sedikit.
Sebaliknya jika sering berlaku maka menjejaskan ketepatannya, menunjukkan kepada
kelemahannya dan dia bukanlah tokoh dalam bidang ini.

S0bab b0rIaku3ya tashi1 ya3 ba3yak 5ada 50rawi

Kebiasaannya tashif yang banyak berlaku pada perawi kerana dia mengambil hadis
melalui kitab dan catatan tanpa menerima daripada guru-guru. Ulama hadis berkata:
"Janganlah kamu mengambil hadis daripada suhufi maksudnya jangan kamu
mengambil hadis daripada orang yang mengambilnya melalui catatan.

Kitab-kitab ya3 masyhur
1. Al-%ashif oleh al-Daruqutni.
2. Islah Khata' al-Muhaddithin oleh al-Khattabi.
3. %ashifat al-Muhaddithin oleh Abu Hamid al-`Askari.


3.3.3.11 AL-SYAZZ

01i3isi:
Dari segi bahasa Syazz ialah kata nama pelaku daripada syazza iaitu berseorangan.
Syazz bermakna seseorang yang bersendirian daripada orang lain.
Dari segi istilah pula: Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang maqbul dalam keadaan
bercanggah perawi yang lebih utama daripadanya.

Huraia3 Takri1:
Perawi maqbul ialah perawi adil yang sempurna ketepatannya atau perawi adil yang
kurang ketepatannya. Perawi yang lebih utama daripadanya ialah perawi yang lebih kuat
dan utama kerana mempunyai kelebihan ketepatan atau lebih bilangan atau mempunyai
kelebihan sudut-sudut tarjih yang lain.

Bagaimanapun ulama berbeza pendapat dalam mengemukakan definisi hadis syazz
tetapi inilah takrif yang dipilih Hafiz bn Hajar dan beliau mengulas: nilah yang diakui
berkenaan takrif syazz mengikut istilah.
1[1]


i ma3a b0rIaku3ya syazz

Sebagaimana syazz berlaku pada sanad begitu juga terdapat pada matan.

Contoh syazz pada sanad ialah:

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasa'i dan bn Majah melalui jalan bn
`Uyainah dari `Amar bin Dinar daripada `Ausajah daripada bn Abbas bahawa seorang

1|1|
Lihat Nukhbah dan syarahnya ms. 37.
lelaki telah meninggal dunia pada zaman Rasulullah s.aw. dalam keadaan tidak
meninggalkan waris kecuali seorang hamba yang dibebaskannya. bn Juraih menjadi
mutabi` kepada bn `Uyainah dan perawi lain dengan mewasalkannya
menyambungkannya) tetapi Hammad bin Zaid menyanggahinya dengan meriwayatkan
daripada `Amar bin Dinar daripada `Ausajah tanpa menyebut bn Abbas.

leh kerana itu, Abu Hatim mengatakan: "Hadis yang mahfuz terpelihara) ialah hadis
bn `Uyainah. Hammad bin Zaid adalah dari kalangan perawi yang adil dan kemas
bagaimanapun Abu Hatim mentarjihkan riwayat perawi yang lebih ramai bilangan.

Contoh syazz pada matan:

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dari hadis Abdul Wahid bin Ziyad
daripada al-A`masy daripada Abi Soleh daripada Abu Hurairah secara marfu`: "Apabila
salah seorang dari kamu telah sembahyang sunat subuh hendaklah dia berbaring atas
lambung kanannya. Kata al-Baihaqi, Abdul Wahid telah menyanggahi perawi yang ramai
dalam perkara ini. Sebenarnya mereka meriwayatkan hadis itu sebagai perbuatan
Rasulullah bukan ucapannya. Dari kalangan murid al-A`masy, Abdul Wahid telah
berseorangan meriwayatkan dengan lafaz ini.

3.3.3.12 AL-MAHFUZ

Hadis yang berlawanan dengan Syazz ialah Mahfuz iaitu hadis yang diriwayatkan oleh
perawi yang lebih thiqah dalam keadaan bercanggah dengan perawi thiqah. Contohnya
adalah sama dengan contoh bahagian syazz.

Hukum hadis 8, da3 2,1::
Sebagaimana diketahui syazz adalah hadis yang ditolak manakala hadis mahfuz adalah
hadis maqbul.

3.3.3.13 KETIAKTAHUAN TENTANG PERAWI

Dari segi bahasa adalah kata dasar bagi jahila tidak tahu atau lawan kepada
mengetahui. Ketidaktahuan tentang perawi bermaksud tidak mengenalinya. Dari segi
istilah pula ialah tidak mengetahui diri perawi atau keadaannya.

S0bab-s0bab3ya
Ada tiga sebab mengapa perawi tidak dikenali:
1. Banyak pengenalan pada perawi: sama ada nama, kunyah, gelaran, sifat,
kemahiran atau nisbah dan dia dikenali yang satu daripadanya lalu disebut
bukan dengan sebutan yang dia dikenali dengan tujuan-tujuan tertentu. ni
menyebabkan dia dianggap perawi lain seterusnya menyebabkan ketidaktahuan
tentang keadaannya.

2. Sedikit riwayatnya: dengan itu tidak ramai perawi yang mengambil riwayat
daripadanya boleh jadi seorang sahaja yang meriwayatkan daripadanya.

3. Tidak dijelaskan namanya: disebabkan untuk meringkaskan atau sebagainya.
Perawi yang tidak dijelaskan namanya dipanggil sebagai perawi mubham.

o3toh-co3toh3ya

Banyak sifat pada perawi: Muhammad bin al-Sa'ib bin Bisyr al-Kalbi. Sebahagian perawi
menisbahkannya kepada datuknya dengan mengatakan Muhammad bin Bisyr.
Sebahagiannya pula meletakkan kunyah Abu al-Nadhr, ada yang menyebutkan Abu
Sa`id, Abu Hisyam lalu menyebabkan dia disangka sebagai ramai sedangkan seorang
sahaja.

Sedikit riwayatnya dan sedikit pula perawi daripadanya: Abu al-`Usyara' al-Darimi
seorang tabi`i, tidak ada yang meriwayatkan daripadanya kecuali Hammad bin Salamah.

Tidak dijelaskan namanya: seperti kata perawi: Si fulan atau syaikh atau seorang lelaki
telah menkhabarkan kepadaku.

Takri1 aI-MajhuI
aitu perawi yang tidak dikenali diri dan sifatnya. Maksudnya perawi yang tidak diketahui
siapa sebenarnya atau peribadinya atau peribadinya diketahui tidak diketahui
keperibadiannya iaitu keadilan dan ketepatannya.

Bahaia3 50rawi majhuI
Perawi majhul dapat dibahagikan kepada tiga:

MajhuI aI-`Ai3.
Takrifnya: perawi yang disebutkan namanya tetapi tidak ada yang meriwayatkan
daripadanya kecuali seorang sahaja.

Hukum periwayatannya: tidak diterima kecuali bila dinyatakan tentang kethiqahannya.
Bagaimana kethiqahannya dinyatakan: Kethiqahannya dapat dibuktikan dengan salah
satu daripada dua cara ini: dia dinyatakan sebagai thiqah oleh perawi yang bukan
meriwayatkan daripadanya. Atau dinyatakan thiqah oleh perawi yang meriwayatkan
daripadanya dengan syarat dia dari kalangan ulama al-Jarh wa al-ta`dil.

Adakah hadisnya itu mempunyai nama khusus?
Hadisnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadis dha`if.

MajhuI aI-HaI (di3amaka3 jua aI-Mastur)

Definisi: Perawi yang diriwayatkan daripadanya oleh dua orang atau lebih tetapi tidak
ditawsiqkan.
Hukum periwayatannya: tidak diterima mengikut pendapat yang sahih di sisi majoriti
ulama.
Adakah hadisnya itu mempunyai nama khusus?
Hadisnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadis dha`if.


3.3.3.14 AL-MUBHAM

01i3isi:
Perawi yang tidak dinyatakan dengan jelas namanya di dalam hadis.
Hukum periwayatannya: tidak diterima sehinggalah perawi yang meriwayatkan
daripadanya menyatakan namanya atau namanya diketahui, melalui jalan yang lain
yang menyebutkan dengan jelas namanya.

Sebab hadisnya ditolak ialah tidak diketahui siapa dirinya kerana orang yang
disamarkan namanya tidak akan diketahui dirinya dan apatah lagi tentang keadilannya
tidak diketahui. leh itu periwayatannya tidak diterima.

Adakah diterima periwayatan perawi yang disamarkan dengan lafaz ta`dil? Contohnya
seperti kata seorang perawi yang meriwayatkan daripadanya: "perawi thiqah telah
menceritakan kepada saya?
Jawapan: mengikut pendapat yang sahih riwayatnya juga tidak diterima kerana boleh
jadi thiqah padanya tetapi tidak di sisi orang lain.

Adakah Hadis3ya Itu M0m5u3yai Nama Khusus?
Jawapan: Ya, hadisnya mempunyai nama khusus iaitu hadis Mubham. a adalah hadis
yang terdapat di dalamnya perawi yang tidak dinyatakan namanya. Kata al-Baiquni di
dalam bait-bait syairnya: dan mubham itu di dalamnya perawi yang tidak dinamakan.

Kitab-Kitab T0rk03aI Ya3 M0mbahaska3 S0bab-S0bab ,,,#:,.
. Banyak nama: al-Khatib al-Baghdadi menulis kitab Mudhih Awham al-Jam` Wa
al-%afriq.
2. Sedikit riwayat perawi: Berkenaan sebab ini ditulis kitab-kitab al-Wuhdan iaitu
kitab yang mengandungi perawi yang seorang sahaja meriwayatkan
daripadanya. Antara kitab ini ialah al-Wuhdan karangan mam Muslim.
3. Tidak dinayatakan nama perawi: Berkenaan sebab ini ditulis kitab-kitab al-
Mubhamat seperti kitab al-Asma' al-Mubhamah Fi al-Anba' al-Muhkamah oleh al-
Khatib al-Baghdadi dan kitab al-Mustafad min Mubhamat al-Matn Wa al-Isnad
oleh Waliyuddin al-raqi.

3.3.3.15 AL-BI`AH
01i3isi:
Dari segi bahasa adalah kata dasar bagi bada`a iaitu mengadakan seperti juga ibtada`a.
sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab al-Qamus al-Muhit. Dari segi istilah pula
ialah perkara baru dalam agama setelah ianya disempurnakan atau perkara yang direka
sama ada dalam bentuk hawa nafsu atau amalan setelah Rasulullah s.a.w..

Bahaia3-bahaia33ya
Bid`ah mukaffirah iaitu bid`ah yang menyebabkan pengamalnya menjadi kafir seperti dia
beri`tiqad dengan sesuatu yang membawa kepada kekufuran. Mengikut pendapat yang
diakui, perawi yang ditolak periwayatannya ialah orang yang mengingkari perkara
mutawatir yang diketahui sebagai kemestian ajaran agama atau beri`tiqad dengan
sebaliknya.

Bid`ah mufassiqah iaitu pengamalnya difasiqkan dengan sebabnya dan ia tidak
membawa kepada kekufuran sama sekali.

Hukum 50riwayata3 ahIi bid`ah
Jika dia seorang pengamal bid`ah mukaffirah, periwayatannya ditolak.
Jika dia seorang pengamal bid`ah mufassiqah, menurut pendapat yang sahih riwayatnya
diterima dengan dua syarat:
1. Dia tidak menyeru kepada bid`ahnya.
2. Dia tidak menwarwarkan bid`ahnya.

Adakah hadis ahIi bid`ah m0m5u3yai 3ama khusus?
Hadis ahli bid`ah tidak mempunyai nama khusus kerana hadisnya sebagaimana anda
ketahui termasuk dalam jenis-jenis hadis mardud, tidak boleh diterima kecuali dengan
sebab-sebab yang telah disebutkan.

3.3.3.16 BURUK HAFAZAN
Takrif perawi yang buruk ingatan: Perawi yang aspek betulnya tidak kuat berbanding
dengan aspek kesilapannya.

B03tuk-b03tuk3ya
Ada dua bentuk:
1. Sama buruk hafalan itu ada bersamanya sejak awal kehidupannya lalu
berterusan bersamanya dalam semua keadaannya. Hadisnya dinamakan
sebagai syazz mengikut setengah ulama hadis.
2. Sama ada buruk hafalan itu berlaku kemudian sama kerana tua, atau hilang
penglihatan atau kitab-kitabnya terbakar. ni dinamakan al-mukhtalat.

Hukum 50riwayata33ya
Perawi yang sejak dari mula lagi buruk hafalan maka riwayatnya tertolak. Perawi al-
mukhtalat pula, hukum tentang periwayatannya mengikut perincian berikut:
1. Hadis yang disampaikannya sebelum berlaku ikhtilat dan dapat dibezakan maka
hadisnya maqbul.
2. Hadis yang disampaikannya selepas berlaku ikhtilat maka hukumnya mardud.
3. Hadis yang tidak dapat ditentukan sama ada disampaikan sebelum atau selepas
berlaku ikhtilat maka hendaklah ditangguhkan sehingalah jelas kedudukannya.

Anda mungkin juga menyukai