Anda di halaman 1dari 5

PASTURA DAN FODER

APA ITU PASTURA DAN FODER BERMUTU ? APA PENTINGNYA PASTURA DAN FODER BERMUTU ? APA MASALAH PENTERNAK MASA KINI ? KENAPA PASTURA/FODER BERMUTU PERLU DITANAM ? PASTURA/FODER YANG DIINGINI ? APAKAH JENIS PASTURA/FODER YANG DISYORKAN ?

Pastura adalah rumput bermutu tinggi, sesuai untuk ternakan ruminan yang ditanam dengan pengurusan secara diragut. Foder adalah rumput atau lain-lain tumbuhan berdaun yang bermutu tinggi, sesuai untuk ternakan ruminan yang ditanam dengan pengurusan secara potong dan angkut. Pastura dan foder adalah makanan hijauan yang penting bagi ternakan ruminan. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya untuk kesihatan, pembesaran, pembiakan dan penghasilan daging atau susu. Penternak-penternak masa kini menghadapi masalah untuk menyediakan makanan yang bermutu dan mencukupi sepanjang tahun. Kekurangan makanan hijau ini begitu ketara semasa musim kemarau dan musim banjir. Cara tradisi memotong rumput di tepi-tepi jalan, di estet-estet dan sebagainya atau membiarkan ternakan lepas bebas meragut di mana-mana telah tidak lagi sesuai. Oleh itu pastura/foder bermutu perlu ditanam bagi menyediakan makanan secukupnya kepada ternakan anda dalam usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pengeluaran dari segi mutu dan kuantiti. Secara langsung ia akan meningkatkan pendapatan anda. Pastura yang diingini mesti mempunyai ciri-ciri berikut. 1. Hasil yang tinggi sepanjang masa (Kandungan Bahan Kering). Nilai zat makanan yang tinggi, terutama kandungan protin kasar. Mempunyai niiai penghadaman yang baik. Tahan lasak, iaitu tahan kepada keadaan-keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula dari segi penjagaan. Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula (selepas dipotong atau diragut) yang cepat. Kadar daun berbanding dengan batang adalah lebih tinggi. Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang. Berekonomik untuk diusahakan. Lazat, iaitu digemari oleh ternakan. Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternakpenternak. Baka dan pengeluaran telur bagi itik-itik telur tersebut adalah seperti di Jadual 1.

JENIS PASTURA/FODER Nama Biasa Pastura / Foder Rumput Signal Rumput Para Rumput Kuda / Guinea Rumput Gajah / Napier Rumput Kazungula Rumput Slendida Rumput MARDI Digit / Pangola daun lebar Kekacang : Centro Stylo Puero / Kudzu Topika Calapo Petai Belalang / Ipil-ipil Centrosema pubscens Stylosanthes guyanensis Pueraria phaseoloides Calapogonium mucunoides Leucaena leucocephala Bracharia decumbans Bracharia mutica Bracharia humidicola Panicaum maximum cv. Colonio, Hamil, Typica Setaria sphacelata cv. kazungula Setaria sphacelata Var. splendida Digitaria setivalva Nama Saintifik

Pemilihan jenis pastura/foder dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada: 1. 2. Jenis ternakan (lembu, kambing/biri-biri).Keadaan topografi dan jenis tanah. Kegunaan (untuk diragut atau dipotong).

APAKAH LANGKAH PERTAMA JIKA SAYA INGIN MENANAM PASTURA/FODER BERMUTU ?

Yang penting anda mesti mempunyai kawasan tanah untuk tujuan ini. Tanah tersebut boleh sama ada milik anda atau tanah-tanah terbiar seperti rezab-rezab jalan, LLN dan JPT atau kawasan di sekitar kandang ternakan dan sebagainya.

BAGAIMANA CARA MENYEDIA TANAH ?

Sebelum kerja menyediakan tanah dijalaiikan, terlebih dahulu hendaklah dibersihkan dari sebarang tumbuhan, batang-batang pokok, tunggul-tunggul kayu dan sebagainya. Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan berair. Ada 3 peringkat penyediaan tanah, iaitu:

i. Membajak ii. Menyikat/memecah iii. Memutar. Kerja-kerja ini sebaiknya dibuat di awal musim kering dan di setiap peringkat mesti dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan struktur tanah yang sesuai di samping memperbaiki daya pemegangan air bagi perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya.

BILA KAPUR PERLU DITABUR DAN APAKAH KADAR PENGGUNAANNYA ?

Kapur hanya perlu ditabur apabila kemasaman (pH) tanah rendah dan apabiia kekacang ditanam bersama. Nilai pH tanah yang dikehendaki adalah diantara 5.0 - 7.0. Kadar penggunaan bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. 2-3 tan kapur/hektar atau 1 tan/ekar akan dapat menaikkan nilai pH sebanyak 0.5. Mengapur dibuat sebaik sahaja tanah siap disediakan atau 2 minggu sebelum menanam.

BILA MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENANAM ?

Menanam elok dilakukan pada awal musim hujan untuk percambahan dan pertumbuhan yang berkesan. Pengairan menggunakan 'irrigator' dan 'sprinkler' juga membantu tanpa terialu bergantung kepada hujan.

BAGAIMANA CARA HENDAK MENANAM PASTURA/FODER BERMUTU ?

Ada 2 cara menanam: 1. 2. Menggunakaii biji benih. Menanam secara tampang.

BAGAIMANA CARA MENANAM MENGGUNA BIJI BENIH ?

Biji benih boleh ditabur dengan tangan atau menggunakan mesin seperti 'seedavator'. Kadar secara umum bagi biji benih rumput adalah 3-6 kg/hektar dan benih kekacang adalah 2-5 kg/hektar. Dalam pastura campuran (rumput dan kekacang), nisbah kekacang harusia tidak melebihi 40%.

BAGAIMANA MENANAM SECARA TAMPANG ?

laitu menggunakan keratan batang, jalaran/stolon atau anak. Cara ini dilalkukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi tidak boleh bercambah seperti Napier. Keratan boleh ditanam mengikut barisan sama ada secara cucuk atau baring. Keratan boleh juga ditabur rata dan diputar ke dalam tanah dengan meialukan rotovator. Menanarn menggunakan anak dilakukan apabila biji benih tidak diperolehi dan bukan dari jenis menjalar.

BILA MASA PALING SESUAI UNTUK DIPOTONG ATAU DIRAGUT ?

la boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Keadaan ini dapat dianggarkan iaitu apabiia sebahagian kecil dari rumput dipetak mula berbunga.

Untuk memudahkan pengurusan, boleh juga berdasarkan jangkamasa rehat di antara setiap pemotongan/ragutan, iaitu purata 4-5 minggu.

PERLUKAH DIBAJA PETAK PASTURA/FODER SAYA ITU ?

Pembajaan adalah sangat perlu bagi memastikan hasil dan mutu pastura/foder akan sentiasa tinggi.

APAKAH JENIS BAJA DAN PEMBAJAAN YANG DIPERLUKAN ?

Baja boleh dijeniskan kepada 2, iaitu: 1. 2. Baja asli (boleh diperolehi dari najis ternakan dan kompos). Baja kiinia (baja dagangan yang diproses secara kimia). Jenis pembajaan juga terbahagi 2, iaitu: 1. 2. Pembajaan permulaan iaitu dibuat beberapa hari sebelum atau pada masa menanam. Pembajaan pengurusan iaitu pembajaan selain dari pembajaan permulaan.

APAKAH KADAR PEMBAJAAN PERMULAAN ?

Kadar secara umum bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) ialah N:P:K = 60:30:30, iaitu 60 kg. Nitrogen/hektar : 30 kg. Phoshorus/ha : 30 kg. Kalium/ha. Jika kawasan berkenaan adalah tanah baru dibuka, hanya baja phosphate perlu ditambah untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Baja Triple Super Phosphate (TSP) dengan kadar 250 kg/ha. adalah mencukupi. Untuk petak kekacang atau rumput bercampur kekacang, kadar pembajaan adalah P : K = 30 : 30

BAGAIMANA PULA KADAR PEMBAJAAN PENGURUSAN ?

Berikut adalah kadar pembajaan pengurusan secara am yang disyorkan untuk beberapa bentuk pengurusan:

Jenis tanaman dan bentuk pengurusan Rumput tulin - pengurusan secara ragutan

Kadar baja (kg/hektar/tahun) (326-345 Urea) (199-298 TSP) (100-200 MP) (435-652 Urea) (199-248 TSP) (200-300 MP) (199-248 TSP) (100-200 MP) (248-298 TSP) (300-400 MP) (199-298 TSP) (100-200 MP)

150 - 200 N 40 - 60 P 50-100 K Rumput tulin 200 - 300 N - Pengurusan secara potong dan angkut 40 - 60 P 100 - 150 K Rumput bercampur kekacang 40 - 50 P - Pengurusan secara ragutan 50 - 100 K Rumput becampur kekacang 50 - 60 P - Pengurusan secara potong dan angkut 150 - 200 K Petai Belalang / Ipil-ipil 40 - 60 P 50 - 100 K

Penggunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang adalah baik dan sangat digalakkan.

BILA MASA PALING SESUAI UNTUK MEMBAJA ?

1. 2.

Selepas pastura/foder diragut/dipotong.

Selepas hujan. Sekiranya anda mempunyai sistem pengairan yang sempurna faktor hujan tidak begitu mendatangkan masalah dalam menentukan masa membaja.

BERAPAKAH HASIL PASTURA/FODER BERMUTU BOLEH SAYA PEROLEHI ?

Purata hasil bahan kering beberapa jenis pastura/foder yang dipotong pada setiap 6 minggu adalah seperti berikut: PURATA HASIL Pastura / Foder Rumput Signal Rumput Para Rumput Guinea - cv. Colonio - cv. Hamil Rumput Napier - Local - Uganda Rumput Slendida Rumput Kazungula Purata Hasil Bahan Kering (tan / hektar / tahun) 25.5 12.1 18.6 17.6 23.2 16.9 17.6 18.2

APAKAH RAHSIA SUPAYA PASTURA/FODER SAYA SENTIASA SUBUR ?

"MINAT DAN USAHA" adalah kunci untuk anda berjaya.

Anda mungkin juga menyukai