Anda di halaman 1dari 2

CINTA TAK TERUCAP

Mohd Fuad
Disember 2011



Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi.
Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita
yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas
keangkuhan aku memainkan undang-undang Tuhan selama ini.
Aku keseorangan berpuluh ribu batu jauhnya di tanah nan asing ini.
Hanya semangat Fauzi yang wujud dalam diri ini. Semangat yang telah lama
bertakhta di hati ini yang tidak pernah aku ungkapkan. Semangat yang memberi
aku kekuatan untuk terus menempuh hidup yang penuh dugaan dan ujian ini.
Fauzi...kini hanya tinggal bayangan dan kenangan masa silam. Fauzi
benar-benar telah meninggalkan aku, bersama segala kenangannya. Fauzi tidak
lagi akan aku temui sampai bila-bila...
"MaaIkan ibu, Hani. Ibu tak dapat hubungi Hani dua hari yang lalu. Fauzi
sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya.
MaaIkan ibu, ibu lambat beritahu Hani. Kanser hatinya dah semakin merebak
dalam tubuh Fauzi. Dia terlalu rindukan Hani tapi dia tak mampu untuk bertahan
lama. Ibu benar-benar minta maaI Hani..."
Kata-kata ibu tidak berupaya lagi aku dengar. Aku terasa berada di
awangan. Bagai disambar halilintar yang membelah bumi, aku terduduk. Air mata
mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis. Dalam suasana begini,
diketika ini, aku ibarat hilang arah tuju. Dunia ini aku rasakan gelap.
Tidak sempat untuk aku sujud di kaki suamiku Fauzi, memohon ampun
dan maaI. Oh, dosa aku terlalu banyak padamu, Fauzi.
"MaaIkan Hani, abang Fauzi. Hani bersalah pada abang dan Hani tidak
sempat untuk sujud di kaki abang. MaaIkan Hani, maaIkan Hani...!" Aku menjerit
sekuat hati tanpa ku sedari pertama kali aku memanggilnya abang, satu panggilan
yang sepatutnya aku ungkapkan di awal perkahwinan kami. Tapi.... siapalah yang
mampu untuk menenangkan aku di saat begitu.
'Abaaaannnggggg!!!! Kenapa abang pergi tinggalkan Hani bang.
'Abaaaaaaannggggggggggg
Aku meraung semahu-mahunya memangil namanya sebaik sahaja mesin
pengukur degupan jantung berbunyi tanpa henti dan garisan lurus terlihat di skrin
komputer menandakan yang Fauzi telah tiada. Aku pengsan tidak sedarkan diri.

Anda mungkin juga menyukai