Anda di halaman 1dari 22

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan; Dia telah menciptakan manusia
dari segumpal darah; Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia; Yang mengajar
manusia dengan pena; Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah
Al-'Alaq: ayat 1-5)

Surah Al-'Alaq telah memberi asas ilmu, sains, dan teknologi secara langsung
kepada umat manusia. Ayat tiga hingga lima memperlihatkan kepentingan sains dan
teknologi kepada kita melalui penerokaan ilmu yang berkait langsung dengan
kepentingan ilmu kepada umat manusia. 'Pena' yang dizahirkan melalui ayat
berkenaan tidak sekadar sebuah pena yang terbatas fungsinya, tetapi ia merupakan
sebuah bandingan oleh Allah untuk alat Sains dan Teknologi. Membicarakan soal
ilmu Sains dan Teknologi, kita tidak wajar membina penghalang antara ilmu
berkenaan dengan agama kerana sejak zaman Aristotle dan Plato lagi, mereka
percaya bahawa ilmu Sains ini mempunyai kaitan langsung dengan satu kuasa yang
'mengendalikan' benda-benda Sains dan penemuan teknologi. Melalui ilmu ini
misalnya, keajaiban yang diperolehi daripada pengamatan dan kajian terhadap
angkasa lepas, cakerawala, dan astronomi oleh Profesor Dr. Bruno Guiderdoni,
Pengarah nstitut Angkasa Lepas Paris telah memberi cahaya slam kepada beliau.
Atas dasar kekagumannya itu terhadap penciptaan alam cakerawala yang terlalu
sempurna, beliau telah memeluk slam dengan mengguna nama Profesor Dr. Bruno
Abdul Haqq Guiderdoni. Profesor Dr. Bruno Abdul Haqq adalah contoh terbaik untuk
dijadikan hujah perbincangan kerana melalui pemerhatian, penerokaan, dan kajian-
kajiannya, beliau mendapati ada hubungkait antara ilmu Sains dan Teknologi
dengan satu kuasa pengendali (super power natural) yang maha hebat kerana
berkemampuan mengatur perjalanan alam yang maha luas ini secara serentak,
tersusun, dan bekerja mengikut aliran tanpa henti. Beliau percaya bahawa
kewujudan alam berkenaan bukanlah suatu tempoh yang singkat tetapi telah
memakan masa berbilion tahun lamanya.
nternet adalah salah satu bidang kecil dalam penemuan yang diperoleh
daripada kajian ilmu Sains dan Teknologi. Perkembangan nternet di dunia hanya
kira-kira 20 tahun diperkenalkan kepada masyarakat dunia. Riwayat hidup manusia
dalam umur berkenaan hanyalah suatu permulaan yang muda. Sebaliknya, kuasa
nternet dalam tempoh berkenaan telah mampu mengubah tamadun manusia
sehingga menyebabkan banyak pekerjaan pada kurun ini tidak mampu berfungsi
dengan biasa tanpa nternet. Budaya nternet hari ini sudah sebati dalam budaya
kemanusiaan tanpa mengira agama dan bangsa.
Dalam era kebangkitan ilmu Sains dan Teknologi hari ini, kita telah dapat
melihat bahawa dunia menjadi satu perkampungan yang kecil hasil daripada
perkembangan nternet. Teknologi Tanpa Sempadan adalah kesan langsung
daripada kebangkitan ilmu Sains dan Teknologi yang telah mencetuskan kuasa
nternet yang semakin berkembang di negara kita. Perkembangan nternet telah
memendekkan jarak masa dan jarak geografi yang selama ini menjadi penghalang
kepada kelicinan dalam mengendalikan tugas seharian serta ia seolah-olah telah
'menghilangkan sempadan' antara sebuah negara dengan sebuah negara lain di
dunia. Dalam erti kata yang lain, nternet sebenarnya telah berupaya memendekkan
penggunaan masa yang panjang.
Dari perspektif Malaysia, Teknologi Tanpa Sempadan dapat dilihat sebagai
'kemesraan penggunaan' peralatan teknologi khususnya komputer dan jaringan
nternet di semua tempat bukan sahaja terhad di dalam bandar malahan teknologi
juga telah 'dipaksa' supaya menjadi lebih 'mesra pengguna' di kawasan-kawasan
pedalaman. Masyarakat pedalaman dididik supaya menggunakan peralatan
teknologi ini agar mereka tidak ketinggalan. Zaman ini, mereka yang enggan
menggunakan peralatan teknologi akan berada pada tahap jauh ke belakang dan
seolah-olah gagal untuk mengikut arus perubahan perkembangan dunia.
Kebangkitan ilmu ini sewajarnya diurus dengan baik melalui pembelajaran
dalam bilik darjah. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP) dan rangkaiannya diberi tanggungjawab besar untuk
mengendali, mengurus, dan melaksanakan sistem pendidikan berbantukan ilmu
Sains dan Teknologi ini supaya setiap pelajar dapat menggunakannya dengan lebih
mudah sekaligus menipiskan fobia dalam kalangan pengguna terhadap penggunaan
peralatan teknologi terkini. Sebenarnya, untuk menipiskan fobia dalam kalangan
guru khususnya menjadi tugas yang mencabar buat BTP, BTPN, mahupun PKG
kerana ia melibatkan psikologi yang telah lama bertapak di minda seseorang guru.
(akan bersambung pada keluaran akan datang, insya Allah...)

Penggunaan teknologi dalam P&P adalah bersesuaian dengan perubahan-


perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai Dunia
Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan
khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan,
seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran
abab ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi
Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan
nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke
arah memperbanyakkan sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat
dan komunikasi(CT) .
Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan
proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan
ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang
menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar.
Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu
mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan
Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan
pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda
pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.
Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah
kebergunaannya.Matematik digunakan dalam perdagangan,perindustrian pendidikan
tinggi dan turut diaplikasikan dalam kehidupan dunia sebenar.Pendidikan Matematik
di sekolah-sekolah di Malaysia bertujuan menyumbang idea-idea kepada pelajar
untuk membentuk pemikiran yang logik, analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta
kemahiran penyelesaian masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula
dalam kehidupan seharian.ni bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan
sebagai seorang yang bertanggungjawab dan menghargai kepentingan matematik.
Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori pengajaran dan pembelajaran jika
arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada dalam keadaan statik.
Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
kita khususnya dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses
mempelajari koleksi hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik
minat pelajar yang jauh daripada matlamat dan objektif sebenar yang hendak
dicapai dalam pendidikan matematik. Kandungan dan aktiviti yang digubal secara
amat tersusun dan kurang memberi peluang kepada pelajar mengembangkan fikiran
kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka pelaksanaan Sekolah Bestari dapat
membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada penggunaan teknologi untuk
mengatasi masalah ketidakserasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik ini.Untuk menjadikan pendidikan matematik lebih bernas maka
pengintergrasian tekonologi dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu
dilakukan.

Pendidikan Matematik Berbantukan Komputer.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara
komputer yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu
seseorang pelajar mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada
program atau perisian.
Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk peningkatan
proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak
sebagai alat kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan
pengabstrakan ke atas sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka
idea-idea sains dan matematik menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai
individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini,
teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit
dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik,
animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi
peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta
perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing .
Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan
mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula
mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat
yang disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi
pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu
komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional
yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat
memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang
lalu NCTM (National Council of Teacher's of Mathematic's, 1980), mencadangkan
supaya pengajaran metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh
komputer. Crockroft (1982), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran
matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu
topik dalam sukatan pelajaran matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti
penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak akan bermakna jika seseorang
pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Crockroft
(1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan ke dalam
sebutan bahasa matematik sebelum ia diselesaikan. Langkah terjemahan
seumpama ini memerlukan kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang
terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran
dan kesulitan pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajarWalau
bagaimana pun masalah, kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi melalui
penggunaan teknologi komputer.
Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut
tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan
sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu
memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta
penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran
dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia,
namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah
teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada
membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati
pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai
sikap yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang
belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat
dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-
bidang lain.
Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer
dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan
80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan
perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan
tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau
bagaimana pun, keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak
menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan
sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kesedaran, keyakinan,
pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer. Dalam pendidikan
matematik, komputer boleh berperanan untuk melasanakan aktiviti-aktiviti berikut :
1. Penghasilan bahan kurikulum
2. Latih tubi
3. Tutorial
4. Pemulihan dan pengayaan
5. Simulasi
6. Pengiraan
7. Alat Bantu Mengajar
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara
komputer yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu
seseorang pelajar mengelola aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada
program atau perisian yang telah disediakan oleh guru.
Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk
peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya
bertindak sebagai alat kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat
refleksi dan pengabstrakan ke atas sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut
mereka idea-idea sains dan matematik menjadi lebih mudah difahami oleh lebih
ramai individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan
ini, teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit
dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik,
animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi
peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta
perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing .
Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan
mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula
mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat
yang disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi
pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu
komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional
yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat
memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang
lalu NCTM (National Council of Teacher's of Mathematic's, 1980), mencadangkan
supaya pengajaran metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh
komputer. Crockroft (1982), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran
matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu
topik dalam sukatan pelajaran matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti
penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak akan bermakna jika seseorang
pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Crockroft
(1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan ke dalam
sebutan bahasa matematik sebelum ia diselesaikan. Langkah terjemahan
seumpama ini memerlukan kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang
terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran
dan kesulitan pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajarWalau
bagaimana pun masalah, kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi melalui
penggunaan teknologi komputer.
Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut
tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan
sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu
memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta
penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran
dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia,
namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah
teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada
membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati
pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai
sikap yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang
belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat
dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-
bidang lain.
Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer
dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan
80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan
perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan
tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau
bagaimana pun, keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak
menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan
sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kesedaran, keyakinan,
pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer. Dalam pendidikan
matematik, komputer boleh berperanan untuk melasanakan aktiviti-aktiviti berikut :
1. Penghasilan bahan kurikulum
2. Latih tubi
3. Tutorial
4. Pemulihan dan pengayaan
5. Simulasi
6. Pengiraan
7. Alat Bantu Mengajar



Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan
manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer
boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan
menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat
dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual,
biasanya persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya
mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting
dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri
berdasarkan kemampuan masing-masing
2. Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan
pengetahuan kepada pelajar
3. Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik
menarik dan menyeronokkan.
4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada
pelajar.
5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang
kali.

(C) Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)

nternet atau "nternational Network of Network ialah sebuah rangkaian
komputer di peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian nternet terdapat berbagai
jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas
persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya.
Seseorang guru matematik boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain
atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber dari pengajaran lain seperti
peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga diperolehi daripada
nternet.

Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli
masyarakat.Melalui internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh
pelbagai maklumat berkaitan matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus,
algebra, sejarah matematik dan sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail
memupuk semangat belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk
meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari ini membawa
perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat kajian
dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang
boleh dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik
melalui internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang
oleh para pendidik iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran
yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri
penemuan.
Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam
matematik seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guru-
guru dan para pelajar untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar
kelas.Lantaran menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah
komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan
telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada para pendidik dan
pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MMOS Kementerian
Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut termasuklah
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan golongan
pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu , kementerian
memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan
segala kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya
merancang,melaksanakan serta memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan
penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda danpengetahuan di
samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan
CT.

Di dalam nternet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini
mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang
berbincang tentang perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain
daripada diskusi elektronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang matematik. Berikut
adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran daripada WWW yang boleh
membantu guru matematik mengajar matematik :
1. The Math Forum
2. Ask Dr. Math
3. Tulang Napier
4. The Tower of Hanoi
5. Pembuktian Teorem Pithagoras
6. Manipula Math With Java
Menyedari potensi dan keupayaan sebagai wadah komunikasi dan interaksi
elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah
untuk memperkenalkan nternet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerja
sama serta bantuan kepakaran daripada pelbagai organisasi, Kementerian
Pendidikan telah melancarkan beberapa projek yang berlandaskan jaringan
pendidikan. Dalam perlaksanaan kepelbagaian projek ini antara lain Kementerian
Pendidikan berhasrat :
1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada
para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab
perguruan bagi melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran
menggunakan kemudahan yang sedia ada (nternet)

2. Merancang, melaksana dan menyediakan pelbagai aktiviti
pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah
mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan
perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi
maklumat.

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan kursus
akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer., khususnya untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat kepelbagaian
program yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat

(D) Penggunaan Geometer's Sketchpad

Pada tahun 1987 icholas Jackin begitu serius membuat programman geometri ini
sehingga terbinalah Geometer's Sketchpad untuk Machintoch. Guru-guru serta
pengguna amnya mencuba versi awal ini. Pada tahun 1990 Nicholas berjaya
menghasilkan versi 'beta' . Pembiyaan dari Yayasan Sains Kebangsaan untuk
meneruskan penyelidikan . Versi kedua program ini program ini dilancaarkan pada
April 1992. Manakala vrsi pertama Sketchpad untuk Window pula dilancarkan pada
April 1995. Penggunaanya berluasa sehingga ke hari ini.

Kewujudan program menonjolkan keupayannya untuk menggambarkan rajah
geometri seperti Euclidean Geometri. Geometer's Sketchpad banyak membantu
pelajar menerokai dan mencipta bentuk-bentuk geometri sehingga ke peringkat
membuat konjektur mengenai rajah tersebut. Pembelajaran geometri tidak lagi
berakhir kepada noktah tapi sentiasa mencapah ke aras yang lebih tinggi. a
memudahkan pelajar menemui ciri-ciri spesifik dan menjana pelajar membuat 'open
ended questions'.
Michael Serra, dalam bukunya, Discovery Geometry: An Inductive Approach (1999)
menerangkan bahawa melalui pendekatan terhadap GSP membolehkan pelajar
membina rajah geometri sendiri dan berbincang bersama rakan mengenai konjektur
yang terhasil, melalui pengamatankepada pola pola. Pelajar selanjutnya akan
memberi alas an kewujudan konjektur berkenaan. Pierre Van Hiede dan Dina Van
Hiede Geldoft menyatakan melalui GSP secara tidak langsung mengarahkan
pelajar membuat visualisasi, analisis,'rigor' , deduks informal dan deduksi formal.
Seterusnya membolehkan pelajar menemukan 3 peringkat pembinan rumus
matematik yang terdiri dari perinkat permulaan, diikuti dengan peringkat visualisasi,
kemudian peringkat analisis dan seterusnya membuat konjektur sebelum
membuktikan kebenaranya. Pelajar dapat menerokai secara dinamik serta membuat
perubahan kepada rajah geometri dengan lebih analitik.Melaluinya pelajar menjalani
demonstrasi interaktif, membuat kolaborasi dan meyuarakan hasil dapatannya.
Dalam ertikata yang lain, penggunaan GSP ini secara tidak disedari mencetusan
'cooperative learning' .

PembeIajaran Berbantukan KaIkuIatur Grafik.

Kalkulatur Grafik merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh
diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat
menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator grafik yang boleh diperluaskan
penggunaannya adalah seperti alculator-Based Laboratory (BL-2) dan TI-83 Plus.
Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulatur telah diperkenalkan kepada
kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada
ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa kita boleh
biarkan murid menggunakan kalkulator grafik dalam pembelajaran matematik?
Antara sebab-sebabnya seperti berikut:
Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi
Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat
Dapat belajar sendiri
Merdeka minda
Menyingkatkan masa pengiraan
Kalkulator sebagai agen visualisasi
Mudah menggraf
Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam
tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan
pentafsiran matematik


Keterangan/ulasan selanjutnya:

1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana
penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan
apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja
dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan
banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak
terlibat kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata
malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan
lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor
sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh
dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka
berhadapan dengan masyarakat sekeliling .Kalkulator juga mewujudkan cara
yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi
pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu mempekenalkan
nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak.


3. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar
cara pembelajaran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan
simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk
menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu
konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number
sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza

4. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti
penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . ni mengalakkan idea-
idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-
kanak tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka
yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun
masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan
kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.


5. kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk
permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan
pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik
sebagai persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk yang
lebih abstrak.

KesimpuIan

Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan
peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi.
Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar
yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara
bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi
seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan
pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan
secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila
pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran
yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan
refelektif.
Jesteru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang
mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia
untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti
halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.
Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru
seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang
diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka
guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan
teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan
kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak
menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam
matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja dan teknologi
tidak digunakan untuk stresming.
Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
khususnya dalam bidang T ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia
akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu
mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih
aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas dan
teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini
secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi
sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

1) Rujukan:
2) Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3) Douglas H. lements [1998]. omputers In Elementary Mathematics
Education. Prentice Itall Inc. A
) Dinsan of Simon & Sehuster Englewood liffs ew Jersey 07632
5) Leone Burton and Barbara Jawarski [1995]. British Libary ataloguing in
Publication Data.
6) ota-nota Kuliah En. arjoharuddeen Mohd. or
7) Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia :
Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur
8) Sulaiman Hashim (1996), "Jaringan Pendidikan", Proceedings of the ational
Symposium on Educational omputing, USM : ME
9) an Mohd Zahid an Mohd ordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia,
Hala Tuju Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
10) Ibrahim Saad (1990) Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu abaran,
DBP, Kuala Lumpur
11) Janet, L.M (1988), Intergrating spreadsheets into the mathematics
classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 652, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
12) TM (1989), uriculum and Evaluations Standards For School
Mathematics, ew York.
13) Sue Brown & Bette Bush (1992), Multimedia math.The omputer Teacher,
20(3), 57 58
1) Roger M. Garrett, (198), Education and Development,ew York
15) Paul Fisher, (1990), Education 2000: Educational hange ith onsent,
Issues in Education, London
16) Mok Soon Sang (1990), Pedagogi , Kuala Lumpur.
17) Michael T. Battista (1998), Shape Makers Developing Geometric Reasoning
ith Geometer's Sketchpad, Key Kurikulum Press

Anda mungkin juga menyukai