Anda di halaman 1dari 1

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan i steri dan wanita itu bersetuju,

adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa per empuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki? [B]Jawapan[/B] [B]Makna pinang dari segi syarak[/B] adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berka hwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka peremp uan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin ja dikan kamu sebagai isteriku." "Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah me njadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak h aram. Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang [B]menghantar rombongan[/B] meminan g untuk lelaki meminang perempuan? Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunan g itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri. [B]Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?[/B] Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu [B]persetujuannya[/B] sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatak an hasrat mengahwininya. Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum b aligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' terseb ut. Kesimpulannya, kita perlu [B]berhati-hati[/B] kerana kita boleh [B]menjadi tunan g orang tanpa kita sedar[/B]. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan ha kikat ini. Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel '[LINK=/tazkirah/remaja-a-cinta/1148-perigi-cari-timba-dan-disiplin-islam-dalampertunangan.html]Disiplin Islam Dalam Pertunangan[/LINK]' dan [LINK=/tazkirah/re maja-a-cinta/1142-bagaimana-bercouple-cara-islam.html]'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'[/LINK] - [LINK=/index.php]Artikel iluvislam.com[/LINK]

Anda mungkin juga menyukai