Anda di halaman 1dari 2

UNIT 16 TINGKATAN 3: KEPENTINGAN KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA

KEPENTINGAN KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA


1) HUBUNGAN PERDAGANGAN
-Hubungan perdagangan dengan negara lain dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara kita. -MATRADE berfungsi menyalurkan maklumat perdagangan dan mempromosi produk tempatan ke pasaran dunia dengan adanya pejabat perdagangan di negara lain. -MITI berfungsi memberi khidmat nasihat, mengleluarkan lesen import dan eksport serta mengesahkan status perintis bagi industri baru -Kerjasama Dua Hala-Perdagangan antara 2 buah negara. -Kerjasama Pelbagai Hala-Perdagangan banyak negara seperti Malaysia dengan ASEAN. -Kerjasama Serantau-Perdagangan antara negara serantau, seperti ASEAN dan APEC. -Kerjasama Sedunia-Perdagangan seluruh dunia seperti WTO. -Kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan-Kerjasama tiga negara jiran, seperti IMT-GT dan IMS-GT

4) PELABURAN/ MODAL
-Pelabur asing boleh melabur di Malaysia secara: -Pelaburan Ekuiti-Pelabur asing miliki saham dalam syarikat tempatan seperti pelahuran Mitsubisi dalam Proton. -Pelaburan Langsung Asing-Pelabur asing melabur secara langsung. -Faktor penarik pelaburan asing ke Malaysia: kestabilan politik, buruh yang murah, daya saing yang tinggi dan kemudahan infrastruktur yang baik. -COFAB (Jawatankuasa Kewangan dan Bank) melaksanakan perkongsian pelaburan modal negara anggota ASEAN menerusi kaedah seperti pelaburan silang, pelaburan bersama dan koperasi kewangan ASEAN.

5) PASARAN
-Kerjasama ekonomi antarabangsa memperluaskan pasaran barangan Malaysia. -Malaysia juga bekerjasama dengan negara lain bagi mengawal harga dan pengeluaran di pasaran dunia, seperti getah dan petroleum.

2) KEPENTINGAN PERDAGANGAN ASEAN


-Negara anggota ASEAN terdiri daripada: Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja dan Filipina. Kepentingan Kerjasama ASEAN: i) dapat mengurangkan halangan perdagangan. ii) mengurangkan kos perdagangan melalui pengecualian cukai. iii) saling melengkapi dan memberi keuntungan.

6) BURUH
-Ekonomi Malaysia semakin pesat menyebabkan mengalami kekurangan tenaga buruh. -Tenaga buruh tidak mahir didapatkan dari Indonesia, India, Vietnam, Bangladesh, Negara Thai dan lain-lain. -Buruh mahir pula didapatkan dari Jerman, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain.

3) PEMINDAHAN TEKNOLOGI
-Pemindahan teknologi berlaku melalui: -Pembelian Terus-Pembelian barang siap terus dari negara lain. -Pembelian Ekuiti-Syarikat asing miliki saham dalam syarikat tempatan seperti pelahuran Mitsubisi dalam Proton. -Aliran Sumber Manusia-Mengupah pakar asing seperti projek pembinaan KLIA. -Latihan Ke Luar Negara-Pekerja tempatan dihantar bagi belajar mengendalikan sesuatu mesin. -Penempatan Pegawai Dagang-Pegawai dihantar ke negara lain. -Perjanjian Pelesenan-Syarikat asing beri lesen kepada syarikat tempatan untuk mengilang dan membekalkan produk. dan perkhidmatan. -Peraturan Paten & Tanda Dangangan-Syarikat tempatan dapat hak cipta daripada syarikat asing.

7) BAHAN MENTAH
-Bahan mentah yang dieksport oleh Malaysia seperti getah asli, minyak kelapa sawit, kayu balak dan petroleum. -Malaysia mengimport barangan dari Negara lain seperti susu tepung dari New Zealand, Buah-buahan dari Australia dan kertas dari Kanada.

Daripada: Cikgu Ang How Koo @ SMK Bandar Tasek Mutiara http://geografi.999.org

KESAN KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA PADA MASA HADAPAN


1) Perdagangan bebas barang dan perkhidmatan. 2) Aliran bebas modal antarabangsa. 3) Malaysia dan negara ASEAN lain akan menjadi satu pasaran luas dan bebas cukai. 4) kerjasama memudahkan urusan perdagangan, meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan daya saing, menambahkan R & D dan meningkatkan daya kreativiti. 5) Malaysia perlu mengambil langkah tambahan bagi melindungi perdagangan luar.

PAKATAN KERJASAMA
ASEAN APEC OIC G 15 G-8 EU Komanwel Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara Persatuan Ekonomi Negara-Negara Asia Pasifik Pertubuhan Negara-Negara Islam Kumpulan Lima Belas Kerjasama Antara Negara-Negara Selatan Persatuan Lapan Buah Negara Islam Kesatuan Eropah Persatuan Bekas Negara-Negara Jajahan British

Daripada: Cikgu Ang How Koo @ SMK Bandar Tasek Mutiara http://geografi.999.org

Anda mungkin juga menyukai