Anda di halaman 1dari 10

Potong Kuku Cara Islam (Sunnah)

Cutting Nails (Islamic / Sunnah Way)

Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat. Berkata Saidatina Aisyah bermaksud: Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur. (Riwayat Muslim). Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. (Riwayat Muslim). Menurut Imam Shafie: Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. (Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih. Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Sila rujuk (1) http://madani.16.forumer.com/a/sunnah-of-cutting-nails_post895.html (2) http://www.hulchul.net/HC/lofiversion/index.php/t163687.html

(3) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-14897.html (4) http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm (5) http://nukilanlaila.blogspot.com/2005/10/adab-memotong-kuku.html .


MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon) Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda. Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana, Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati, Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak. Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan. Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki. Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

sumber: http://www.primbon.com .

SEELOK-ELOKNYA POTONGLAH KUKU PADA HARI KHAMIS ATAU JUMAAT

1. Doa Ketika Memotong Kuku

2. Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang diajar oleh Syeikh Baijuri) Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan kanan. Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri. Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ;

3. Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang diajar oleh Ibnu Rifah) Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya. Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ;

4. Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ; Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada ; SABTU > Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan) AHAD > Hilang berkat ISNIN > Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan) SELASA > Mempusakai kebinasaan RABU > Mempusakai jahat perangai

KHAMIS > Mempusakai kaya JUMAAT > Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ** RUJUKAN:Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1

soalan: saya ingin bertanya adakah hadith ini sahih atau ia boleh diamalkan RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit * Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan * Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat * Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit * Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. * Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. * Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. neon terima kasih Jawapan : al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya : - Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku. - Makhruh memotong kuku pada malam hari. - Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku. - Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku. - Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-Ied : Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. Dr. Abdul Wahab pula berkata : Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa. wallahu alam abdulkadir http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762 http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut: : ) ) .... .

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh alGhazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

Soalan dari email: Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita. Kalau ustaz ada maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi, supaya dapat ana betulkan sahabat yang forward kan e-mail ini.

RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit * * * * Hari Hari Hari Hari Ahad Isnin Selasa Rabu : : Nescaya : : Nescaya keluar daripadanya kekayaan gila sihat dan dan masuk dan dan kemiskinan sihat penyakit kepapaan..

Nescaya Nescaya keluar

keluar keluar

daripadanya daripadanya was-was

masuk masuk

daripadanya

masuk

kepadanya

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. * Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. Jawapan: Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:

Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa. Darjat Hadith 1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226) 2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id alMajmuah, oleh al-Syaukani. m.s. 197) 3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib alMaudhuaat) Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa alMaudhuah ada menyebut hadith:

Maksudnya: sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat. Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah ( )- Sila

lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

Maksudnya: Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun. Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar alAsqalani (10/345) menyebut: : . ) ) .

Maksudnya: Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun Ibn Daqiq al-Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat

menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan. wallahu alam. sumber- bin-sahak.blogspot.com

ana yg cetek agama ingin bertanya kepada ustaz2 di al-ahkam adakah benar di dalam islam perempuan yg didalam pantang tidak dibenarkan memotong kuku sewaktu didalam pantang bersalin. ramai orang di sekeliling ana mengatakan tak boleh dalam islam dan ada segelintir yg mengatakan boleh.ana betul2 keliru ana harap dapat penjelasan yang logik dan tepat menurut al-quran dan hadis terima kasihjawapan:

Al Jawab: al-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah (edisi Indon, Jld 1/130) menetapkan boleh. Kitab ini sedang kita syarahkan di al-Ahkam Online dan bila sampai bab ni nanti kita akan huraikan dengan detail mengenai dari mana datangnya pendapat yang kata tak boleh, antaranya Imam Abu Hamid alGhazali rh dalam Ihyaanya. Yang sebenarnya tiada larangan dari AQ dan AsSunnah. Maka ia kembali kepada hukum asal, jika tiada larangan maka tidaklah haram atau makruh sedikitpun. Bayangkan wanita dalam pantang tidak boleh potong kuku selama 40 hari. al-Sayyid menggunakan fatwa Atha bin Abi Rabah, seorang tabiin yang lahir pada tahun 24H. sekian al-ahkam

Anda mungkin juga menyukai